"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu

Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.
-malaysiakini-

Perkosa budak, kelar leher, campak dalam api

PULUHAN ribu kanak-kanak dipaksa menjadi askar dalam perang saudara di Sudan Selatan. - Foto Child Rights Awareness Creation Organization
Juba (Sudan Selatan): Laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan anggota kumpulan bersenjata dalam perang saudara di Sudan Selatan melakukan jenayah kejam terhadap kanak-kanak, termasuk memotong kemaluan, merogol dan mengikat mangsa beramai-ramai sebelum mengelar leher mereka.

Ketua agensi kanak-kanak PBB, Anthony Lake, berkata maklumat menyatakan budak lelaki dipotong kemaluan sebelum dibiarkan mati manakala budak perempuan semuda lapan tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.

"Kanak-kanak diikat beramai-ramai dan leher mereka dikelar. Ada yang dicampak ke dalam bangunan yang sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan minggu ini.

Puluhan ribu terbunuh dalam perang 18 bulan itu. Sekurang-kurangnya 129 kanak-kanak dibunuh bulan lalu di negeri Unity, medan pertempuran paling sengit.

Perang saudara di negara itu bermula pada Disember 2013 apabila Presiden Salva Kiir menuduh bekas timbalannya, Riek Machar merancang rampasan kuasa.

“Keganasan terhadap kanak-kanak di Sudan Selatan sudah mencapai tahap baru kekejaman. Ribuan kanak-kanak diculik dan dipaksa menjadi askar,” katanya. - AFP
-hmetro-

Adun Pakatan Selangor mungkin lompat parti, kata akhbar

Krisis hubungan Pakatan Rakyat (PR) dijangka bertambah parah apabila timbul ramalan mengatakan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.

Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, pentadbiran PKR dengan sokongan DAP meletakkan parti itu berada pada majoriti mudah.

Namun, katanya, kedudukan itu tidak selesa kerana majoritinya terlalu kecil.

"Budaya tawar menawar akan berlaku, lebih buruk lagi akan ada yang lompat parti," Samsul dipetik berkata akhbar itu.

Beliau menolak andaian PKR akan membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya "krisis MB 2.0", merujuk kepada krisis menteri besar kedua selepas Selangor tahun lepas, malah krisis dalaman PAS dan DAP juga tidak akan selesai.

Katanya, membubarkan DUN akan melibatkan kos besar, menyebabkan PKR tiada pilihan kecuali mentadbir dengan kerusi majoriti mudah.

"Walaupun situasi sekarang agak mengelirukan susulan pembubaran PR, namun DUN masih boleh berjalan dengan majoriti mudah," katanya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kelmarin menolak dakwaan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kedudukan politik semasa selepas PR diisytiharkan bubar.

Katanya, institusi istana tidak seharusnya diheret dalam pentadbiran kerajaan negeri dan institusi berkenaan sewajarnya dihormati.

“Tidak ada keperluan. Jangan heret istana dalam krisis politik. Kita kena menghormati institusi diraja," kata Azmin.

Teka-teki 'hidup baru' Mat Sabu

Walaupun Presiden PAS menganggap Pakatan Rakyat masih ada, Mohamad Sabu pula berpendapat gabungan tiga parti pembangkang itu memang sudah tiada.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, realiti politik menunjukkan Pakatan sudah berpecah, sama ada dalam bentuk 'mati' atau 'pengsan'.

"Jadi kalau nak kata Pakatan masih wujud, kita kena minta dia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bagi penjelasanlah. Bagi saya Pakatan sudah berpecah dan sedang berpecah," katanya kepada media malam tadi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Pakatan masih 'hidup' walaupun DAP mengumumkan gabungan berkenaan sudah berakhir.

Satu lagi parti yang sebelum ini membentuk Pakatan ialah PKR.

Dalam muktamar PAS lalu, Mohamad serta pemimpi lain yang berhaluan progresif tersingkir  langsung daripada barisan pimpinan parti berkenaan.

Sesetengah pihak mendakwa penyingkiran itu berlaku ekoran campur tangan kumpulan ulama konservatif yang mengedarkan senarai calon yang perlu diundi perwakilan.

Mengenai masa depannya serta pemimin yang diketepikan itu Mohamad berkata, setakat ini beliau masih lagi ahli PAS dan akan terus berceramah selagi ada jemputan

Pada masa sama, katanya, beliau sedang melihat perkembangan semasa.

Ditanya sehingga bila 'penantian' itu akan berlajutan, Mohamad berkata beliau memberi tempoh sehingga Aidilfitri ini untuk membuat langkah susulan.

"Sama ada nak terus jadi ahli biasa ataupun bersama dengan NGO ataupun kita melangkah ke kehidupan baru, bukan parti baru, pada masa akan datang. New life," katanya.
-malaysiakini-

'Ustaz muda' pengaruh Hadi jadi tertutup

Kemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.

"Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan sloganPAS for All (PAS untuk semua).

"Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat," katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Forum itu turut dihadiri Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz berkata beliau melihat perubahan strategi politik Abdul Hadi yang dulu terbuka kini tertutup ekoran pengaruh gelombang ustaz muda dalam PAS.

Faiz Fadzil berkata demikian sebagai menjawab soalan diajukan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Lau Chee Boon.

Panggil Abdul Hadi berdialog

Kata Lau, pihaknya pernah berdialog dengan Abdul Hadi sebelum pilihan raya umum 2013 dan Abdul Hadi kelihatan berfikiran terbuka ketika itu.

"Mengapakah pendirian Abdul Hadi boleh bertukar begitu cepat? Sebelum 505 (tarikh pilihan raya umum ke-13), dia memang berfikiran terbuka. Dia kata PAS mempertegaskan perjuangan negara berkebajikan.

"Saya sangat hairan, selepas pilihan raya, dia tukar begitu cepat. Dia berdegil nak melaksanakan hudud," katanya.

Faiz berkata Abdul Hadi perlu diajak berdialog bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan sikap berkenaan.

"Kita kena panggil Abdul Hadi berdialog lagi untuk tanya, sebab saya pun mahu tanya dia," kata Faiz.

Sementara itu Teo berpendapat sikap Abdul Hadi bertukar berikutan pergolakan dalaman UMNO.

"Semasa video (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar, saya tahu inilah sebab mengapa Hadi Awang bertukar sikap.

"Jika orang nombor dua ini membawa sebilangan ahli keluar dari UMNO, mereka yang pro-UMNO atau prokerajaan perpaduan mungkin dapat mengisi jawatan kosong tersebut," dakwa Teo.

Video dimaksudkan Teo adalah rakaman ucapan tertutup Muhyiddin mengenai isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
-malaysiakini-

Muktamar PAS ke 61 keliru dan celarukan ramai

Subky Latif
KEPUTUSAN pemilihan pimpinan tertinggi PAS 2015-2017 memang sudah diduga tetapi Muktamar itu umumnya mengeliru dan mencelarukan ramai, baik dalam parti itu mahupun orang luar. Hingga pengulas termasuk TV Awani dan tetamunya Dr. Mazlee dari UIAM pun tak tahu terjadi dan apa akan jadi pada parti itu.

Pertama, ramai sangat yang mengharapkan Ustaz Ahmad Awang dapat mengalahkan TG Abdul Hadi Awang sebagai Presiden tetapi tidak menang. Jika ia mengelirukan ia adalah kekeliruan sendiri, bukan dikelirukan oleh Muktamar kerana sekalipun parti itu dilihat bergolak, tetapi mengubah pimpinan itu masa ini adalah tidak mungkin.

Kemudian perwakilan menggugurkan hampir kesemua Anggota Parlimennya yang ada dalam Jawatankuasa Pusat dulu. Yang tinggal Presidennya Ustaz Hadi, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Khairudin Aman Razali, Nasarudin Hasan Tantawi dan Nik Abduh, Ketua Dewan Pemuda baru.

Yang terlucut itu adalah MP yang lantang dan terkedepan atau MP yang ada kelas. Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Hanipa Maidin terlucut. Demikian juga Siti Zailah Yusuf, Dr. Mariah, Dr. Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin Jaafar pun tak nampak.

Nampak macam mereka tidak dinilai. Tetapi itulah PAS boleh membuat keputusan yang orang tertanya-tanya. Hujung tahun 70-an Adun Kelantan mengundi tidak percaya kepada Menteri Besarnya Datuk Mohd Nasir. Dalam tahun 1982 pimpinan baru PAS yang diketuai oleh Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor memecat 13 ahli Jawatankuasa Pusatnya termasuk Datuk Asri.

Datuk Asri orang yang membangunkan PAS Kelantan dan Terengganu, 11 tahun jadi Presiden dan sekian lama jadi Menteri Besar Kelantan, berani dipecat dengan nekad. 13 pemimpin itu dipecat oleh pemimpin baru, manakala MP yang tidak terpilih sebagai Jawatankuasa Pusat yang terbaru itu adalah oleh perwakilan.

Ia mengeliru an mencelarukan orang yang melihat. Apa punya celaru parti itu?

Apabila PAS dalam BN dihina oleh Umno hujung tahun 70-an dan PAS dikalahkan di Kelantan, orang sangka PAS habis. Bercelaru dan keliru semua orang dalam dan di luar PAS. Dr. Mahathir yang bertanggungjawab menyingkir PAS dari BN dan perancang merampas kerajaan Kelantan untuk ditadbir di bawah kerajaan pusat apabila ditanya jawabnya:

PAS tak akan terkubur. Mereka akan bangun semula.

Benar, 11 tahun kemudian PAS ambil semula Kelantan ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. Sehingga lebih 12 tahun Dr. Mahathir pun bersara, PAS masih menguasai Kelantan dan hampir menggugat Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Hanya Dr. Mahathir saja tidak keliru dengan segala yang melanda PAS.

Ketika orang menyangka PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat termasuk sangkaan DAP, ucapan dasar Presidennya Beristiqamah Hingga Kemenangan menyarankan PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Cuma dilepaskannya Dewan Ulama membuat usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP, pengerusi usul menerimanya tanpa bahas.

Kesannya orang PAS kena tinggalkan kedudukannya dalam kerajaan yang dikuasai DAP. Ada protes dalam kalangan perwakilan.

Maka pimpinan PAS mentafsirkan keputusan Muktamar itu belum muktamad kerana ia memerlukan pengesahan Majlis Syura Ulama. Di bawah konsep kepimpinan ulama keputusan tahaluf siyasi diputuskan oleh Majlis Syura dan membatalkannya juga ditentukan oleh Majlis Syura.

Ada orang PAS sudah tinggalkan jawatan kerajaan di Pulau Pinang tetapi Majlis Syura belum putuskan sama ada putus diplomatik dengan DAP. Yang tegas PAS tak tinggal PR. Keliru orang, nak kekal dalam PR tapi hendak bercerai dengan DAP. Mengapa tidak berani tinggalkan saja PR?

Politik PAS ada seni fekahnya, jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua. Nabi pesan, jangan tinggal Bukit Uhud! Orang keliru tetapi Dr. Mahathir tahu payah orang PAS tinggalkan jemaah. Jika ada mufarakah solat zuhur, apabila asar bermakmum semula

Lelaki jahanam

Cagayan De Oro (Filipina): Seorang lelaki Australia yang disiasat kerana membunuh dan beberapa kesalahan seks, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol dan memperdagang dua budak perempuan di Filipina, hari ini.

Gerard Peter Scully, 51, menghisap rokok sebelum dengan tenang menjawab ‘tidak bersalah’ selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di mahkamah di bandar pelabuhan Cagayan de Oro.

Polis Filipina mendakwa Scully merogol dua remaja perempuan berulang kali yang ditemui bogel dan dirantai dalam apartmennya di bandar itu, tahun lalu.

Dia menghadapi lima tuduhan merogol dan satu tuduhan memperdagang manusia yang membawa hukuman penjara seumur hidup bagi salah satu tuduhan itu jika didapati bersalah.

Scully juga sedang disiasat merogol bayi perempuan berusia 18 bulan dan merogol serta membunuh budak perempuan berusia 12 tahun yang mayatnya ditemui tertanam di bawah lantai dapur satu lagi apartmen lelaki itu di Surigao.
Scully ditahan pada bulan sama di Malaybalay di selatan Filipina.

Media Australia melaporkan Scully yang berasal dari Melbourne, melarikan diri ke Filipina pada 2011 selepas dia didakwa kerana menipu.

Di Filipina, dia memulakan perniagaan seks siber, merakam adegan seksnya dengan budak perempuan berusia antara 12 hingga 18 tahun dari keluarga miskin. Rakaman itu dijual kepada pelanggan di Jerman, Amerika Syarikat dan Brazil.

Filipina kini antara pusat industri seks siber menggunakan kanak-kanak dan minggu lalu, polis menyelamatkan lapan budak perempuan dari sebuah rumah di Manila yang dijual untuk pelacuran dan dipaksa melakukan seks untuk tontonan secara dalam talian. Dua orang, termasuk ibu seorang budak itu ditahan. - AFP
-hmetro-

DAP desak Azmin gugur tiga EXCO PAS

azmin,PR
PETALING JAYA: DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor.

Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Tiga EXCO Pas itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib.

Sementara itu, FMT dimaklumkan desakan itu antara pilihan yang dibuat oleh DAP Selangor di samping beberapa pilihan lain yang belum dimuktamadkan.

Sumber DAP memberitahu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akan mengadakan perbincangan dengan Azmin dalam waktu terdekat ini.

Katanya, beberapa pilihan akan diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal.

“DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,” katanya.
-fmt-

Inlah Lapan Lanun Yang Disyaki Merampas MT Orkim Harmony Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Vietnam

Lapan orang lanun yang disyaki merampas MT Orkim Harmony ditahan di Pulau Tho Chu, Vietnam. -foto Ihsan Panglima TLDM
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan lanun yang disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di negara itu awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, penahanan ini dilakukan ketika mereka dipercayai cuba meloloskan diri daripada buruan aset-aset kapal dan udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta APMM.

"Kesemua suspek ditangkap selepas menceroboh menggunakan bot di perairan Vietnam iaitu 80 batu nautikan barat negara itu dan kini disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam.

"Kita sedang mendapatkan kerjasama Vietnam menerusi pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membawa kesemua suspek ke Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan," katanya pada sidang media Operasi Mencari dan Menyelamat MT Orkim Harmony di ibu pejabat APMM di sini, Jumaat.

Ahmad Puzi berkata, APMM akan membuat siasatan secara terperinci yang memberi fokus kepada kejadian penculikan dan cubaan merompak kapal MT Orkim Harmony.

"Kita akan menyiasat di bawah Akta APMM 2004 (Akta 633) Seksyen 6(3)(c) iaitu bagi pencegahan dan penyekatan pelanunan," katanya.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony tersebut dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi Jumaat namun salah seorang daripada mereka yang merupakan tukang masak warga Indonesia cedera ditembak ketika kapal itu dirampas pada 11 Jun lalu.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi Sabtu.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
-mstar-

Yang Di Kejar Tak Dapat , Yg Di kendong Berciciran: Wahai ulamak2 PAS , akui lah kamu tidak pandai berpolitik

Tranungkite
"Beginilah nasib Pas . Kesian + sedih . Itulah akibat terlebih cerdik oleh mereka yang merasa diri mereka ulamak. Nasib Pas tak ubah seperti LEBAI MALANG...seperti kata bidalan YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN... Inilah padah nya MENDENGAR GURUH DILANGIT AIR DITEMPAYAN DIBUANG . Putuskan hubungan dengan DAP. Kalau bersendirian PAS akan jadi lebih kuat . Itu lah antara kata-kata dan ungkapan si Tak Cerdik.

Dari kenyataan2 oleh geng2 kopiah selepas tindakan drastik oleh DAP nyata mereka sebenarnya mahukan sokongan DAP dan PKR. Maka kelaurlah azam dan ikar PR masih wujud....PR masih utuh...PR tak terjejas...dan yang terkini oleh Mustafa Ali PR tak mati cuma pengsan.

Nyata sekali PAS perlukan sangat2 PR. Ini dapat dilihat sebaik saja Lim Guan Eng melibas Pas di P Pinang . Boleh dikatakan geng2 utama apa yang disebab ulamak2 PAS tergamam . Maka keluar kenyataan dari mulut2 yang sebelum muktamar lidahnya keras dan mulut tak ada insuran tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang lembut . Kita sangka mereka akan keluarkan kenyataan yang lebih keras. Tetapi sebaliknya pula. Yang lebih menghairan watak seperti Zuhdi dan Dr. khairuddin tidak kedengaran. Nik Amar juga tidak berbunyi . Begitu juga ahli tomoi PAS dari Temerloh yang hendak menyiku dan melututkan DAP tidak berbunyi.

Hari dah jelas umno keberatan hendak menyokong undang2 hudud yang dibentangkan oleh Haji Hadi. Hudud yang dibawa oleh PAS tak sampai kemana. Kesannya PAS dah macam RUSA MASUK KAMPUNG. Terpingga-pingga. Harapkan umno , umno dah mainkan. Pelawaan bersama umno tidak dihulurkan. Cuma ucapan tahniah dari Najib kepada PAS kerana PR telah berpecah dan dibubarkan hasil dari muktamar.

Lalu tanpa rasa segan silu masih mengaku dirinya masih ahli gabungan PR. Sedangkan PR sudah tidak wujud lagi. Tanpa malu mengatakan kerajaan PR masih utuh sedangkan PAS yang mahukan PR bungkus.

Nyatakan golongan berlatarbelakangkan pendidikan agama ( mereka bukan ulamak sebenarnya) amat cetek dalam permainan politik . Terlalu gopoh dalam menguruskan kemenangan yang masih muda usianya. Gagal menilai dan mengukur kekuatan keupayaan PAS . Bagi mereka kemenangan PAS dinegeri2 Selatan khususnya Selangor adalah kerana sokongan padu pengundi kepada PAS. Sebab ahli tomoi PAS di Temerloh jadi orang lupa daratan. Dia sangka kemenangannya mengalah Datuk Saifuddin adalh kerana kekuatan pengeruh PAS disitu.

Tindak tanduk PAS tak ubah seperti...perempuan tua yang latah , malam dia tenun , siang di rosakkannya tenunannya. Geng2 kopiah tidak menghargai dan berteterima kasih kepada golongan profesional dan moderate yang bertungkus lumus meyakinkan pengundi Cina ( yg seblumnya sangat takut dengan PAS) akan menyokong dan memberi peluang kepada PAS. Usaha itu berjaya. Tapi dengan satu hari sahaja usaha yang bertahun-tuhan itu di musnahkan. Kita percaya selepas ini tidak ada lagi orang2 cina yang mahu memberi undi kepada PAS.

Wahai ulamak2 PAS , akui lah kamu tidak pandai berpolitik.

Jangan buka puasa dengan kurma?

MUHAMAD MAT YAKIM
TAPIR. Saya selalu teringat akan binatang yang hanya ada dua warna ini - seperti televisyen zaman dahulu - setiap kali masuk bulan puasa. Ada cerita yang jadi sebab musababnya.

Ketika menyertai Sinar Harian pada 2007, saya ditugaskan dengan edisi Terengganu sebagai penolong pengarang. Masa itu bulan puasa. Tatkala saya masih teraba-raba untuk memahami perkataan dalam dialek daerah dari negeri itu dengan tanggapan hanya perlu ditambah huruf 'g' di hujungnya, saya dihadapkan dengan peristiwa ini:

Hari itu, saya terima satu rencana mengenai juadah berbuka yang dijual di bazar Ramadan di Terengganu. Antara beraneka juadah itu termasuklah 'tapir'.

Saya hubungi wartawan yang berkenaan, lalu bertanya: "Tapir ni masak apa?"

Dia tanya saya semula, "Masakkang ape encik? Masak tapirlah ..."

Saya kata lagi, "iyalah, masak tapir... tapi kenalah ada namanya, kari ka? rendang ka, atau kurma?"

"Itu daging encik, bolehlah buat kari, buat rendang atau kurma macang hok encik kate, tapi ini tapir," dia membalas kata-kata saya.

"Habis, ni bukan daging?" Saya tanya dia semula.

"Mana ada daging encik, ni tapir. Tapir pulut hok bukuh (bungkus) dengang daun getah tu encik."

HAHAHAHAHAHA!

Saya ketawa sekuat-kuat hati mendengar kata-katanya. Setelah ketawa sedikit reda, barulah saya berkata, "saya sangka awak tulis pasal tapir, binatang hitam putih yang dok dalam hutan tu."

Giliran dia pula untuk ketawa. Kata dia, "itu tapir binatang encik, ini tapir pulut."

Saya kata lagi, "bukan tapirlah, itu tapai."

Apabila saya melawat Terengganu kemudiannya, memang betul orang di negeri itu menyebut 'tapey' yang seakan-akan tapir untuk merujuk kepada tapai.

Bertemu dengan wartawan itu, saya kata kepadanya, cukuplah setakat sebutan 'tapey' atau 'tapir' tetapi jangan sampai ejaan dalam tulisan pun tapir juga. Sampai sekarang, cerita 'tapir masak kurma' terus jadi modal sendaan saya dan dia, juga rakan-rakan lain yang tahu apa yang pernah berlaku.

Apa yang menghairankan saya, di Terengganu, ada tempat atau pekan yang bernama Wakaf Tapai. Di situ ada pusat latihan pasukan bomba dan penyelamat yang agak besar, dan saya difahamkan wartawan yang berkenaan sering masuk ke pusat latihan itu untuk membuat liputan program. Mujur saya tidak pernah jumpa pula berita yang dia tulis menyebut 'Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapir'.

Sebenarnya sedari awal lagi saya sedar peristiwa itu pastinya berkait dengan masalah ejaan. Tetapi untuk meneka bahawa apa yang ditulis sebagai 'tapir' itu adalah tapai, tidak pula terlintas dalam fikiran. Saya sekadar mampu mengagak bahawa itu mungkin daripada jenis juadah atau masakan tempatan yang hanya ada di satu-satu tempat tetapi tidak ada di tempat lain.

Misalnya, serabai yang saya pernah makan di Kuala Berang. Kalau di Kedah, negeri asal saya, serabai maksudnya berserabut, kusut masai atau tidak kemas.

Dalam satu kes lain, juga di Terengganu, ketika mula-mula bertugas, saya diberitahu oleh rakan-rakan penyunting bahawa seorang pemberita ini orangnya agak garang. Silap bertanya, kita yang dimarahnya. Itu kata mereka.

Pada satu hari, ketika menyemak berita yang dihantarnya, saya terjumpa perkataan 'lembung' yang berkait dengan masakan.

Saya terus hubungi dia. Selepas meminta maaf kerana 'menganggu', saya pun bertanya, apakah jenis masakan yang dipanggil 'gulai lembung' itu.

Dengan nada serius, dia menjawab, "bukan lembung, itu gulai lembu, daging lembu. Saya yang silap tulis ..."

Saya pula membalas, "saya kena tanya sebab saya ingatkan 'lembung' ini kacukan lembu dengan ikan kembung, dikacuk dalam kawah lalu jadi gulai lembung."

Di hujung sana, saya dengar dia ketawa.

Sejak itu, berakhirlah persepsi saya dan kawan-kawan lain bahawa gadis pemberita itu seorang yang garang. Kami terus berhubung mesra sampai sekarang walaupun dia sudah berhenti kerja, tidak lagi jadi wartawan.

Berkait dengan bulan puasa, sejak dahulu lagi kita sering diperingatkan bahawa berbuka puasa harus dimulakan dengan kurma. Sebenarnya itu tidak betul.

Kurma bukan makanan yang baik untuk dijadikan permulaan buka puasa kerana ia tidak boleh dimakan begitu sahaja sebaliknya perlu berserta dengan nasi. Tidak kiralah sama ada kurma ayam atau kurma daging.

Yang sunat bagi kita untuk jadikan juadah permulaan berbuka puasa ialah buah tamar, bukannya kurma.

Selamat berpuasa.
-sinarharian-

Pengemis ini ada tujuh isteri dan rumah besar

Sidoarjo (Indonesia): Seorang lelaki tua yang meraih simpati pengguna media sosial negara ini apabila gambarnya memakai kostum watak kartun Winnie the Pooh ketika meminta sedekah tersebar di Internet sebenarnya mempunyai tujuh isteri dan tinggal di rumah mewah.

Lelaki itu, Suaedi, 75, mendapat simpati pengguna media sosial selepas dia mendakwa hidup sebatang kara dan menderita penyakit strok.

Kisah lelaki itu menyebabkan ramai pengguna media sosial turut mengkritik pihak berkuasa kerana tidak membantu lelaki malang berkenaan.

Selepas kisah itu tersebar, Pengarah Kebajikan Sosial dan Tenaga Kerja Sidoarjo, Husni Tamrin mengarahkan pegawainya membawa Suaedi ke hospital untuk dirawat.

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor di hospital mendapati lelaki itu tidak sakit, sebaliknya sangat sihat.

Seorang pegawai kebajikan sosial, Dayat berkata, selepas didesak Suaedi akhirnya mengaku dia sengaja mereka cerita untuk meraih simpati.

Katanya, lelaki itu mengaku dia memperoleh pendapatan Rp500,000 (RM141) sehari dengan mengemis.

“Ketika menghantar lelaki itu pulang, kami terkejut apabila mendapati dia tinggal di rumah besar dan disambut seorang wanita muda.

“Pada mulanya Suaedi memberitahu wanita itu anaknya, tetapi selepas didesak dia akhirnya mengaku wanita itu isteri mudanya.

“Lebih mengejutkan lagi, Suaedi mendedahkan dia mempunyai tujuh isteri,” katanya.

Menurutnya, jabatan itu merancang untuk membuat laporan polis terhadap Suaedi kerana menipu.
-hmetro-

Gambar bogel: Akhirnya Tasha Shilla buat laporan polis

Tasha-polis
Kuala Lumpur: Selepas berdiam diri tanpa memberi apa-apa respons mengenai sekeping foto artis wanita ‘selfie’ separuh bogel dikaitkan iras wajahnya, terkini, Tasha Shilla khabarnya telah pun membuat laporan polis.

Menerusi portal murai.com menyebut, seorang peminat yang mendedahkan hal itu berdasarkan komen yang ditinggalkannya di laman Instagram pelakon tersebut baru-baru ini.

Menurut komen berkenaan, dia mendakwa ternampak Tasha serta keluarganya sedang membuat laporan polis setelah gambar separuh bogel yang didakwa sebagai Tasha itu tersebar dan dikatakan sengaja dimanipulasi oleh seseorang untuk menjatuhkan nama pelakon tersebut.

Namun setakat ini masih tiada sebarang kenyataan daripada aktres itu berhubung perkara tersebut./klpost

Masya Allah Bacaan Al-Quran Erdogan getarkan hati pendengar (2 video)

HARAKAHDAILY
Tidak banyak pemimpin dunia terutama yang muslim pandai melantunkan bacaan Al-Quran atau bahkan hafal (hafiz) al-Quran.

Salah satu di antara yang sedikit itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, negara berasaskan sekular, lapor web Eramuslim.

Dalam sebuah video yang dipaparkan di akaun Facebooknya, seorang ahli politik AKP Turki, Mehmet Sercan oge, mengaplod video Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan ayat-ayat Al-Quran.

"Cumhurbaşkanımız Recep Tayyip ERDOĞAN'ın sesinden Kuran Tilaveti ... [Ali İmran Süresi]. (Suara Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan Al-Quran ... Surah Ali Imran," tulis Mehmet Sercan oge pada 3 Jun lalu.

Dalam video berdurasi 2:50 minit itu, Erdogan yang dilahirkan pada 26 Februari 1954 melantunkan ayat 190-194 surah Ali Imran dengan bacaan yang fasih, suaranya merdu, tajwidnya bagus dan menggetarkan bagi yang mendengarnya, masya Allah!


Parti baru akan bertanding di kawasan Pas- Phahrolrazi

Faiz Zainudin 
Parti baru itu akan menggantikan Pas dan bergabung dengan DAP serta PKR di bawah 'pakatan baru.
Datuk Phahrolrazi Zawawi,pasmaPETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuh oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) merancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti itu akan menggantikan Pas oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, parti baru itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.

Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Dia menaruh kepercayaan bahawa Pas tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baru.
-fmt-

Mustafa Ali buat lawak

PAS: Pakatan hanya pengsan

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

“Pakatan tidak mati, hanya pengsan,” katanya seperti dipetik dalam laporan porttal itu.

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

“DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR,” kata Mustafa lagi.

Tak boleh bergerak sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Mustafa Mustafa berpendapat PAS tidak boleh bergerak sendirian untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN.

"Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap kepada pemberita di pejabat PAS Terengganu hari ini, Mustafa berkata berkata muafakat bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.

Beliau yang kini dilantik pengarah pilihan raya Pusat PAS berkata tiada parti boleh memerintah sendirian walaupunUmno.

Sementara itu, ditanya berhubung ancaman pembentukan sebuah parti baharu oleh anggota PAS yang kalah pemilihan, Mustafa mengakui ia sedikit sebanyak bakal memberi kesan parti itu.

"Kalau betul parti baharu itu akan ditubuhkan, ia sedikit sebanyak memang ada kesan. Kita tidak boleh kata 'tiada kesan langsung'. Cumanya sejauh mana kesan itu, ia perlu ditengok," beliau dipetik sebagai berkata.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu ditemui media pada majlis 'Jasamu Dikenang' di Bakri, Muar tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas-bekas AJK PAS Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta bekas Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan turut hadir.

Kesemuanya bekas pemimpin PAS yang hadir itu pada majlis itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.
-malaysiakini-

Mahathir gelar Chegubard kucing kurap PKR (video)


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan menjawab soalan yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan syarat ia dibuat secara terbuka dan bersemuka.

Tegasnya, Najib boleh membangkitkan apa sahaja soalan kepada beliau dan pada masa sama Dr Mahathir juga akan berbuat demikian.

“Najib boleh soal saya tentang apa yang saya buat dulu kononnya saya hilangkan duit, apa semua ..lesapkan duit .. dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia ! Sama-sama lah.

“Ini bukan soal saya, ini soal Najib. Tapi pasal nak bagi elak daripada Najib, ( …. ) tanya saya. Saya nak jawab !

“Tapi you jawab sama. Sama-sama kita duduk atas stage …… semua TV duduk depan tu dan broadcast bagi seluruh negara,” kata Dr Mahathir yang dipetik daripada dinturtle.blogspot.com.

Mengulas mengenai kenyataan itu, dinturtle, menulis Najib boleh ungkit segala dakwaan yang dilemparkan terhadap Dr Mahathir dan ia akan dijawab oleh beliau.

Pada masa yang sama segala soalan yang dibangkitknya perlu dijawab Najib, di hadapan rakyat.

Bagaimanapun ketika nama Chegubard disebut, dengan nada sinis bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau tidak akan melayan kucing kurap.

“Itu kucing kurap daripada PKR ni ….. bagi tahu kepada dia, saya tak jawab soalan kucing kurap,” kata Dr Mahathir.

Kenyataan itu merujuk kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Ia sebagai reaksi terhadap cabaran Chegubard yang sebelum ini mencabar Mahathir agar tampil sebagai panel untuk sesi “Hot Seat” #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun. 
-fmt-


----------------------

'Dr M takut, maki saya kucing kurap'
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata Tun Mahathir Mohamad menggelarnya “kucing kurap” kerana takut dengan kritikan pada bekas perdana menteri itu.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata kenyataan Mahathir di depan sekumpulan “kaki sorak dan ampu”semalam hanya memalukan dirinya sendiri.

“Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu dan dah kenyang dengan dia (Mahathir).

“Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina.

“Sebagai negarawan umur 90 tahun dia panik, dia tertekan dengan kempen kami. Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media, depan orang ramai.

“Maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri,” kata anggota PKR yang digantung keahlian itu dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mahathir semalam menggelar Badrul kucing kurap apabila mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog 'Nothing2Hide' anjuran SAMM.

Sementara itu, Badrul turut mengumumkan penerbitan sebuah buku bertajuk “Wajah Sebenar Mahathir” yang memuatkan dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Badrul berkata buku itu dicetak sebanyak 40,000 salinan dan telah diedarkan sebanyak 10,000 naskah.

Katanya, buku itu akan diedarkan ke seluruh Malaysia, terutamanya kepada penjawat awam.

Jelasnya, penerbitan buku itu sebahagian dari kempen “Sudahlah Mahathir” yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

Badrul ketika ditanya tujuan sebenar menyerang Mahathir ketika orang ramai sedang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjawab:

“Sebab Najib sudah ramai orang serang. (Saya hendak) bagi tahu rakyat Malaysia, Mahathir bukan hero,” katanya.
-malaysiakini-

Perampas MT Orkim Harmony Minta Dilepaskan Sebagai Tuntutan Bebaskan Kru

Perampas yang bertutur dialek Indonesia dilaporkan menukar warna dan nama MT Orkim Harmony kepada Kim Harmon.
KUALA LUMPUR: Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.

Beliau berkata, buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.
"Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal.

"Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan kesemua kru selamat dan tidak diapa-apakan. Kesemua kru selamat.

"Mereka perompak (perampas) minta dibebaskan dengan selamat dan tidak ditangkap serta dicederakan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
"Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu," katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
-Bernama-

Mana nak letak muka puak GU dalam PAS apabila Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS

EILEEN NG
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberikan jawapan tentang pendirian Putrajaya mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.

Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

"Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

"Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri."

Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah.

"Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya.

Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen.

Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan.
-malaysianinsider-

Benarkah Surat SUA PKR Rafizi ini yang mengarahkan persediaan menghadapi pilihanraya segera seluruh Selangor?

Tranungkite
 
Facebook dan Whatsapp kini di viral dengan surat PKR untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil Selangor. Pihak kami cuba mendapat makluman daripada pihak Rafizi Ramli sendiri tetapi tidak berjaya. Status surat ini menjadi tanda tanya.

Kredit:

Najib ibarat penjenayah, kata Dr M kepada NY Times

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melancarkan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah wawancara dengan New York Times. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meninggalkan warisannya sendiri dalam pentadbiran negara namun beliau ibarat seorang penjenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan The New York Times (NYT).

Wawancara bekas perdana menteri itu dengan akhbar tersebut berkisar kritikannya terhadap dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya lama dalam kerajaan dan saya sudah mempelajari beberapa perkara.

"Beliau ingin meninggalkan warisannya. Tetapi apa yang beliau lakukan ibarat seorang penjenayah," katanya seperti dipetik NYT.
-malaysianinsider-

Ikuti pandangan Nik Omar anak TGNA, Faiz Fadzil anak Ustaz Fadzil Nor mengenai apa yang berlaku dalam PAS sekarang

Anak bekas menteri besar Kelantan Nik Omar Nik Aziz dan anak kepada bekas presiden PAS, Faiz Fadzil. Nik Omar berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Jun, 2015.
Anak bekas menteri besar Kelantan Nik Omar Nik Aziz dan anak kepada bekas presiden PAS, Faiz Fadzil. Nik Omar berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Jun, 2015.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.

Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

“Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

“Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya - PKR dan DAP - dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Macam mana pun, kita kena terima, PAS ini parti politik, kita nak bezakan politik yang PAS nak bawa dengan lawannya, Umno, yang berasaskan kebangsaan dan sekular.

“Apabila politik, kita kena fikir akhirnya kita mahu undi. Di Malaysia, Allah buat ketentuan masyarakat majmuk dan agama pelbagai. Kalau kita fokus pada satu bangsa sahaja, dari segi logiknya agak sukar kita nak dapat kuasa.

“Dari situlah yang saya faham, Tok Guru beri perhatian serius kepada Islam dan bukan Islam. Selain untuk dakwah, Tok Guru lihat jangka masa panjang, dia juga tengok melalui undi tadi,” katanya.

Mengulas hasrat PAS memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dipersetujui semasa muktamar parti itu awal bulan ini, Nik Omar berkata beliau menghormati Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana menghormati ayahnya sendiri, namun mengakui pendekatan presiden PAS itu berbeza dengan ayahnya.

Katanya, Nik Aziz jelas menunjukkan bagaimana akhlak pemimpin Islam yang sepatutnya untuk mendekati DAP bagi menghasilkan kejayaan dalam hubungan PR.

“Kalau kita berbaik melalui perbincangan, hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, guna saluran perbincangan yang betul sebagaimana Tok Guru tunjuk dulu, mungkin suasana agak berbeza sikit.

“Kalau tanya saya secara peribadi, saya lebih suka kita masih ada ruang (untuk berbaik dengan DAP) sebab kita tahu DAP ini 90% pimpinannya bukan Islam.

“Kalau mereka tunjuk akhlak yang tidak sesuai dengan kita orang Islam, padanlah, sebab dia bukan Islam. Kita sendiri lebih sesuai tunjuk pendekatan Islam bagaimana,” katanya.

Sementara itu anak kepada bekas presiden PAS, Faiz Fadzil berkata, PAS kini tidak berpijak kepada realiti dan cuba kembali kepada zaman retrogresif 1970-an.

Faiz yang merupakan anak kepada Datuk Fadzil Mohd Noor berkata, pimpinan PAS pada hari ini juga sudah melupakan pendekatan bapanya yang banyak membawa kejayaan besar kepada parti itu.

“Mereka tidak berpijak pada realiti. Tak mungkin PAS boleh memerintah Malaysia atau negeri Pantai Barat tanpa berpakat dengan parti lain.

“Kalau hanya melihat PAS di Pantai Timur yang majoriti rakyatnya adalah Melayu, mungkin boleh berjuang sendirian.

"Tetapi sejarah membuktikan PAS tak mampu membentuk kerajaan dengan berjuang bersendirian," katanya sambil menambah, malah sewaktu membentuk kerajaan negeri Kelantan pada 1990, PAS bermuafakat dengan Semangat 46.

"Tanpa muafakat Angkatan Perpaduan Ummah, tak mungkin kita boleh bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau mendakwa, ucapan penggulungan Hadi semasa muktamar lepas yang positif terhadap Umno jelas menunjukkan ahli Parlimen Marang itu dan pengikutnya tebal dengan semangat ketuanan Melayu.

Katanya, PAS harus sedar, Islam itu bersifat terbuka, inklusif dan rahmat, selaras dengan gerakan Islam yang tidak diturunkan kepada golongan tertentu.

“Mereka tak dapat terima pendekatan yang dibina Fadzil untuk kembangkan PAS dan letakkan parti dalam persada arus perdana.

“Di Malaysia berbeza dengan Arab. Kita di Malaysia pelbagai kaum, jadi, pendekatan kena berbeza.

“Kita hidup di Malaysia perlu menerima masyarakat majmuk dan berkongsi kuasa. Malaysia tak boleh dipusatkan pada satu kaum pemerintahannya. Mesti berkongsi,” kataya kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata kepimpinan PAS yang dahulu berbeza dengan kepimpinan sekarang apabila mengelak dari perbuatan keji dan mungkar.

Katanya, sifat terbuka PAS ditambah dengan budaya terlalu berpolitik, menjadikan pimpinan sekarang tidak mampu mengawal anasir buruk yang berlaku dalam parti.

“Zaman dulu tak ada perebutan jawatan dalam parti dan masing-masing bukan nak melawan antara satu sama lain. Masing-masing menolak untuk memegang jawatan.

“Mungkin juga mengambil kira pada waktu itu PAS tiada kerajaan negeri, tidak ada kekuatan seperti hari ini," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, walaupun ada perbezaan pandangan pada waktu itu, ia lebih dilihat sebagai satu perkara biasa yang berlaku dalam organisasi.

“Tidak wujud cantas mencantas, fitnah memfitnah, label melabel maka perjalanan parti dipacu semangat persaudaraan,” katanya.

Ketika ditanya hala tuju PAS apabila parti Islam itu kini dianggotai anak dan menantu Hadi, Mujahid berkata, ini bukan kali pertama keluarga presiden dominan dalam parti.

Katanya, bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda yang terlebih dahulu mengamalkannya sehingga parti Islam itu dilabel sebagai parti keluarga.

"Dulu masa zaman kemuncak Asri, ada gelaran yang diberikan kepada PAS.

"Ini kerana Asri presiden, ketua Muslimat isterinya, ketua Pemuda menantunya, AJK PAS yang lain kroni-kroninya. Dulu mereka namakan ‘Parti Asri Sekeluarga’, PAS.

"Maknanya ini bukan kali pertama dominan keluarga presiden dilihat terserlah dalam PAS. Cuma soal yang lebih utama saya harap keberadaan menantu dan anak itu kerana merit.

"Saya yakin mereka ada merit sebab mereka dipilih perwakilan. Mungkin perwakilan melihat mereka ada merit. Bukan melihat mereka anak Hadi atau menantu,” katanya.

Faiz pula berkata, PAS perlu dilihat berbeza dengan parti lain kerana parti Islam itu dikurniakan dengan ramai pemimpin berkebolehan.

“Macam ayah saya, dia ambil pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk mengelak berlakunya kepimpinan kekeluargaan dalam parti.

"Bila berlaku kekeluargaan dalam parti, ia menyukarkan keputusan dibuat secara kolektif, kerana ada keluarga dalam jawatankuasa kepimpinan. Bukan satu suasana yang baik dalam parti."

Nik Omar pula berpandangan mungkin Hadi melihat dari sudut berbeza dan percaya anak dan menantunya mempunyai kebolehan untuk memimpin.