"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mahathir sudah lebih apabila mengeluarkan kata-kata ini?

Tak boleh sayang sampai bunuh orang pun kata 'ok la'
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata walaupun terhutang budi kepada bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, namun beliau harus juga mengambil berat terhadap sebarang salah laku yang mungkin telah dilakukan oleh perdana menteri sekarang.
Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada Tun Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana Tun Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.

"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin di Kuala hari ini.

Mahathir, bagaimanapun, dengan cepat berkata bahawa apa yang dikatakannya itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

"(Ini) tidak ada kena (mengena) dengan apa-apa. Saya (hanya) bagi contoh," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' anjuran NGO Prihatin.

Mahathir kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya.

Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes tertentu.
-malaysiakini-

Perkara mengejutkan di Sidang DUN Kedah

Zulkifli Yahaya
AKHIRNYA kerajaan negeri Kedah secara rasmi mengakui dalam sidang Dewan Undangan Negeri bahawa projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dihentikan selepas dicadangkan pada 2007. Baru beberapa keluaran lalu saya menulis di ruangan ini Projek Zipy Masih Dalam Mimpi kini projek tersebut temui jalan mati.
Exco Industri dan Pelaburan Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mendedahkan bahawa projek Zipy yang diterajui Merapoh berdepan dengan masalah kewangan, lalu kerajaan bertindak menghentikan komitment terhadap projek tersebut. Sebagai ganti, katanya, mereka akan mewujudkan projek baru iaitu Yan Energy dengan menjalin kerjasama dengan pelabur baharu.
Namun pelabur tersebut tidak didedahkan identitinya. Entah betul entah tidak apa yang diberitahu oleh exco tersebut, rakyat kenalah tunggu sehingga berakhir penggal ini. Besar kemungkinan akan bertemu jalan mati lagi kerana prospek projek tersebut sangat kabur. Ia lebih kepada gimik politik.

Sidang Dewan ini juga didedahkan dengan kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji pemberian khairat kematian kepada setiap keluarga yang kematian ahli keluarga iaitu sebanyak RM250. Dalam laporan bertulis yang diberikan kepada setiap Adun, kerajaan hanya memberi sumbangan kepada 80 keluarga sahaja bagi setiap kawasan Dun. Bagi 36 kawasan Dun kesemuanya, bermakna kerajaan hanya menyumbang untuk 2,880 kematian.

“Sedangkan jumlah kematian sebenar yang direkodkan sejak dari awal tahun lalu sehingga Februari 2015 adalah seramai 15,099 orang,” ujar ketua pembangkang Dato’ Amiruddin Hamzah. “Bermakna bagi lebih 12,000 lagi kematian, pihak waris mereka belum terima skim berkenaan.” Jumlah tersebut mewakili 80 peratus dari jumlah kematian yang tidak dibayar skim seperti dijanjikan.

Masa kerajaan Pakatan dahulu, setiap kematian bagi keluarga yang daif mendapat sumbangan skim Kafalah sebanyak RM500. Kerajaan hanya berjanji untuk memberi kepada keluarga dhaif yang layak mengikut syarat-syarat tertentu. Janji tersebut ditepati.

Kini, masa BN mereka berjanji untuk beri kepada setiap kematian tanpa mengira latar belakang keluarga atau keturunan. Malang, janji tidak ditepati.

Seterusnya dalam sidang Dun kali ini, kerajaan terpaksa mendedahkan bahawa isu kekosongan imam yang berlaku di masjid-masjid negeri ini sejak dua tahun lalu masih belum selesai. Setakat Mac 2015 terdapat 158 khariah di mana masjid mereka tiada imam rasmi lantikan kerajaan. Kekosongan jawatan bilal pula 318 manakala siak 226. Pelbagai masalah yang timbul akibat ketiadaan imam. Perkara yang paling menyusahkan ahli khariah ialah soal nikah kahwin, sehingga terpaksa menggunakan imam luar khariah.

Imam adalah jawatan yang melibatkan kepentingan umat Islam dalam sesuatu khariah.

Jika kematian seorang wakil rakyat akan segera diisi tanpa menunggu sehingga melebihi 60 hari, maka jawatan imam juga seharusnya begitu. Tidak munasabah untuk membiarkan sehingga melebihi enam bulan malah ada yang mencecah tahun. Kegagalan pelantikan imam ini adalah kerana kelemahan kerajaan dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

Satu pendedahan mengejutkan dalam sidang Dun kali ini ialah bilangan pegawai menteri besar dan pendapatan yang diperolehi mereka. Dato’ Seri Mukhriz Mahathir mencipta rekod baru di Kedah di mana beliau adalah menteri besar yang mempunyai pegawai khas dan pegawai peribadi paling ramai iaitu 19 orang! Jumlah tersebut tidak termasuk kakitangan pejabat dan kediaman rasmi menteri besar di bawah Skim Saraan Kerajaan yang sedia ada.

Pendapatan yang diterima setiap pegawai sangat tinggi.

14 dari 19 petugas tersebut menerima pendapatan melebihi gaji pokok Adun Kedah. Secara purata para pegawai khas menerima pendapatan RM7,800 setiap bulan. Kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM133,805.56 untuk membayar gaji dan elaun kesemua pegawai khas dan pembantu tersebut, tidak termasuk caruman KWSP.

Adun Kuah Nor Saidi Nanyan, menyebut perihal rakyat yang tidak nampak apa perubahan yang dibuat oleh kerajaan BN sejak mengambilalih pada Mei 2013. Ia satu pengakuan yang ikhlas kerana umumnya rakyat Kedah tidak terasa perbezaan atau perubahan yang lebih baik, apabila berlaku pertukaran kerajaan dari Pakatan Rakyat ke BN.

Sebelum Sidang Dun bermula, Pesuruhjaya PAS Kedah Dato’ Mahfuz Omar membuat cabaran kepada menteri besar selaku anak Tun Dr Mahathir supaya menyatakan pendirian rasmi berhubung kritikan bapanya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Mahfuz menyenaraikan kritikan Tun, antaranya berhubung senario politik negara seperti isu pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam, skandal 1MDB, pembaziran wang negara, pembelian jet peribadi, kekayaan luar biasa keluarga Najib dan kegagalan dasar pentadbirannya.

“Sikap atau pendirian rasmi beliau berhubung kritikan Tun terhadap Najib itu sangat penting bagi rakyat negeri ini memahami isu sebenar yang berlaku. Jika Mukhriz mengambil sikap berdiam diri dalam isu terbabit bermakna beliau tidak menyanggahi segala kritikan Tun terhadap Najib yang juga selaku ketuanya,” ujar Mahfuz yang pasti membelit pemikiran Mukhriz.

Mukhriz pasti dalam dilema. Jika beliau menerima apa yang disebut oleh Tun itu sebagai benar, maka atas dasar moral Mukhriz wajar mengundurkan diri dari jawatan menteri besar lantaran jawatan tersebut adalah lantikan oleh perdana menteri.

Menteri Besar itu tidak mengulas apa-apa berhubung konflik antara bapanya dengan ketuanya, Najib. Namun Adun Bukit Lada, Dato’ Ahmad Lebai Sudin dengan sinis mengulas isu tersebut dalam Dun. Beliau membangkitkan anologi kononnya dalam PAS, Pasma sedang berusaha menjatuhkan presiden sedia ada. Tiba-tiba dengan lantang dan penuh semangat Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli Umno mesti mempertahankan kerajaan yang dipimpin oleh perdana menteri.

Beliau tidak menyebut Tun Dr Mahathir tetapi semua yang hadir dalam Sidang Dun faham apa yang dimaksudkannya. Mukhriz pasti terganggu.

PRK Permatang Pauh: Pertandingan empat penjuru

PERMATANG PAUH: Empat calon disahkan menjadi calon PRK Permatang Pauh selepas diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam di Berapit, hari ini.

Pertandingan empat penjuru itu melibatkan calon BN, Suhaimi Sabidi; calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan wakil Bebas, Salleh Isahak.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon hari ini dan pengundian 7 Mei.

Pada PRU lepas, Anwar mengalahkan Dr Mazlan Ismail dari BN dengan majoriti 11,721 undi.  

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi berdaftar terdiri daripada 71,252 pengundi biasa, 627 pengundi awal dan 11 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei di Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan pengundian biasa pada 7 Mei di 25 buah sekolah di kawasan itu.

PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
 
Sembilan pilihan raya kecil sebelum ini adalah PRK Dun) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK Dun Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK Dun Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK Dun Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK Dun Pengkalan Kubor, Kelantan (25 September 2014); PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); dan PRK Parlimen Rompin (5 Mei 2015).
-sinarharian-

Wanita yang menanggalkan pakaian adalah warga Malaysia dari Sabah (video)

pelancong-tayang-dada
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang didakwa menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling, Khamis lalu.

Rakaman video tersebut dipadam beberapa jam selepas dimuat naik di laman sosial, Youtube sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahawa suspek yang berasal dari Sabah itu berjaya ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu.

"Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan bahawa wanita tersebut berkemungkinan adalah warga Iran namun sebenarnya tidak benar.

"Wanita itu merupakan rakyat Malaysia dari Sabah," katanya sambil menambah polis akan melakukan ujian air kencing bagi memastikan suspek tidak di bawah pengaruh dadah.

Dilaporkan wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelakkan daripada membuat bayaran terhadap makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling.

Wanita tersebut pergi ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki, yang digambarkan sebagai 'mat saleh' oleh saksi kejadian pada Khamis petang.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita itu tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.

-mstar-

Akhirnya PKR meminta maaf berhubung kenyataannya terhadap Presiden PAS

Tranungkite
Mengikut The SunDaily pada saat-saat terakhir sebelum hari penamaan calon, PKR akhirnya telah membuat permohonan maaf secara peribadi dan penjelasan berhubung kenyataan mereka terhadap Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang persendirian Hudud ke bahagian Permatang Pauh parti itu dalam usaha untuk mengekalkan kerusi parlimen dalam akan datang pilihan raya kecil.
Petikan TheSun yang menyiarkan permohonan maaf PKR.

PAS Permatang Pauh dan ahli jawatankuasa bahagian Jamsari ketika dihubungi theSun, berkata bahawa mereka baru sahaja selesai pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam ini.

Mereka bertemu sebelum pengumuman calon PKR yang bertanding untuk kerusi Parlimen.

"Azmin Ali telah meminta maaf kepada kami dan menjelaskan bahawa ada salah faham berhubung kenyataan mereka yang dibuat terhadap Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang swasta hudud," jelas Jamsari.

"Azmin berkata salah faham yang berlaku pada yang teknikal hudud.

Beliau berkata umat Islam di PKR tidak pernah menentang hudud sama sekali. Beliau menekankan bahawa mereka menerima hudud."

Jamsari berkata PAS Permatang Pauh telah menerima permohonan maaf Azmin dan penjelasan.

Oleh itu, bahagian ini akan membantu PKR dalam pilihan raya kecil sejak perkara itu telah diselesaikan.
"Dalam mesyuarat itu, Azmin telah memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menyerang PAS terus di atas perkara hudud. DAP perlu belajar menghormati objektif parti kita walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka (DAP) tidak boleh menyentuh atau mempolitikkan isu ini," katanya.

.....
Komen: Tahniah kepada PAS Permatang Pauh yang menunjukkan sikap tegas dan berani dalam isu penghinaan kepada Presiden PAS dan sikap ini mengembalikan kewibawaan PAS disaat ramai pimpinan PAS sendiri menjadi 'alas kaki' Pakatan Rakyat.

Wanita ini bertindak seperti orang hilang akal berbogel kerana dituduh tak bayar minuman (video)

Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman
Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam
SHAH ALAM - Sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.

Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.

Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka.
-sinarharian-

Mari kita boikot peniaga dan Najib yang 'tak berhati perut'

Najib: Boikot peniaga 'tak berhati perut'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pengguna memboikot peniaga “tidak berhati perut” yang mengaut keuntungan melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Masalah GST bukanlah konsepnya tetapi sikap tidak beretika sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan.

"Saya menyeru semua pengguna untuk memainkan peranan dan buat tekanan. Jangan beli jika mereka terus eksploitasi GST,” katanya semasa ucapannya di Anugerahg Bisnes ASEAN lewat malam ini.

Najib berkata, kerajaan sudahpun menilai sepenuhnya pelaksanaan GST yang dijangka akan memberi kesan positif ke atas ekonomi negara.

"Ramai yang berfikir ia akan menjadi satu bencana politik, tapi kita perlu mempunyai keyakinan moral dan keberanian untuk melakukan pa yang biak untuk rakyat dan negara.

"GST akan menjadi kebaikan kepada negara. Kita percaya pada jangka panjang, kita percaya dengan tempoh masa yang munasabaha, GST akan mengukuhkan asas hasil negara,” katanya.

Beliau menjangkakan bahawa pelaksanaan GST akan membantu meningkatkan Keluaran Negara Kasar sebanyak 0.3 peratus dan jumlah eksport sebanyak 0.5 peratus.

“Ini adalah keuntungan jangka panjang untuk semua rakyat Malaysia dan inilah yang menjadi keutamaan kerajaan saya,” katanya.
-malaysiakini-

Saifuddin Nasution hasut Pas tolak Wan Azizah?

azizha rakyat
PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution menafikan dakwaaan beliau melobi di kalangan ahli Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dakwaan dia menghasut ahli Pas supaya menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat.

Katanya, dia menyokong penuh Presiden PKR dicalonkan pada PRK Permatang Pauh.

“Saya menyokong penuh Dr Wan Azizah. Tidak benar malah berniat jahat tuduhan bahawa saya menghasut ahli Pas,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada FMT.

Saifuddin yang kalah di kerusi Bandar Baharu Kulim pada PRU13 mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial yang mendakwa dia melobi untuk menjadi calon PRK Permatang Pauh.

PKR dijangka akan mengumumkan calon pada Jumaat malam. Pengumuman itu sepatutnya dibuat pada 22 April lalu tetapi ditangguhkan keranan dipercayai calon yang dipilih tidak mendapat sokongan Pas.

Wan Azizah disebut-sebut bakal dicalonkan selain anak keduanya, Nurul Nuha Anwar.
-fmt-

Nenek Presiden Obama Tunaikan Ibadah Umrah (Gambar)

Tranungkite
MEKKAH - Al Arabiya Sara Omar, yang berusia 90-an, menjalankan ibadah umrah ke Mekkah, Arab Saudi. Demikian media setempat melaporkan, Rabu (22/4/2015).

Sara Omar, yang berusia 90-an, tiba di kota Mekkah bersama puteranya, Saeed, dan cucunya, Mousa Obama. Ketiganya menjalankan ibadah umrah di kota suci umat Islam itu.

Setelah menyelesaikan rangkaian ibadah umrah, Sara Omar mengunjungi sebuah pameran tentang kehidupan Nabi Muhammad. Dia mengatakan, apa yang dilihatnya merupakan contoh terbaik dari apa yang disebutnya sebagai Islam moderat.

"Saya sangat gembira mengunjungi pameran ini, yang merupakan contoh terbaik penyebaran Islam dengan cara modern yang didukung dengan dokumen-dokumen ilmiah dan otentik," ujar Sara seperti dikutip harian Arab News.

Sementara itu, harian berbahasa Arab, Akhbar, mengatakan, nenek Presiden Obama itu bahkan terlihat menangis ketika menyaksikan pameran tersebut.

Editor : Ervan Hardoko

IS Rejam Pasangan Gay Hingga Mati (Gambar)

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak merejam dua lelaki gay sehingga mati di khalayak ramai sebagai hukuman kepada kesalahan hubungan sejenis itu di Homs, Syria.

Dalam gambar terbaru yang dimuat naik IS ke laman sosial, terdapat empat lelaki dipercayai ahli kumpulan militan tersebut membawa dua lelaki gay yang telah ditutup mata mereka.

Pasangan gay tersebut kemudian berpelukan sesama mereka serta ahli kumpulan militan sebelum hukuman dijalankan.
Pasangan gay berpelukan dengan ahli kumpulan militan sebelum mereka direjam hingga mati.

Rejam menggunakan batu itu dimulakan oleh empat lelaki berkenaan sebelum disusuli oleh penduduk yang menyaksikan kejadian.

Pasangan gay tersebut didakwa telah diberikan dadah supaya mereka tidak berkelakukan agresif ketika hukuman dijalankan.

Bagaimanpun tiada sumber yang dapat mengesahkan mengenai pemberian dadah yang didakwa media barat.
-mstar-

Hoi dah kahwin ka belum?

Hoi dah kahwin ka belum?
Hoi dah kahwin ka belum? Sedutan video yang viral di laman sosial Facebook.
SHAH ALAM: Seorang pemuda bertindak merakam aksi beliau menegur perbuatan pasangan lelaki dan perempuan di sebuah taman yang disifatkannya sudah keterlaluan.

Video berdurasi satu minit 30 saat tersebut dikongsi beberapa pelayar di laman sosial Facebook hari ini.

"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," kata pemuda tersebut di awal video tersebut.

Dia kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.

"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.

Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.

Hampir 150,000 pelayar yang menonton video berkenaan berpendapat tindakan pemuda tersebut adalah berani dan sedikit kasar namun tetap dipuji kerana berjaya menegur.

"Tak kena tertib dia rakam, lebih baik dia tak rakam, terus tegur, biar ALLAH rakam," kata seorang pelayar.

"Tapi teguran dia tu saya setuju. Apa pun jadikan iktibar," kata Aki Naszeri.

"Kalau ramai manusia macam abang dalam video tu dekat sini, mesti dapat mengurangkan kes-kes macam tu," kata Affiq Zulkifle.
-sinarharian-

Anak belajar di sekolah Islam, Kara tergerak jadi muslimah

HARAKAHDAILY  
Image result for Kara AllouziNAMA saya adalah Kara Allouzi dan saya berusia 45 tahun. Saya dari Amerika; lahir dan dibesarkan di negeri ini. Saya menjadi seorang Muslim pada tahun 1993.
Orang tua saya membesarkan saya sebagai orang Kristian, tetapi pada masa yang sama mereka mendidik saya seperti seorang Muslim. Mereka selalu memberitahu saya: "Jangan melakukan hal ini, jangan lakukan itu, bukan kerana kami mengatakan begitu tapi kerana Allah meminta kamu untuk tidak melakukannya".

Jadi saya fikir seluruh hidup saya, saya adalah seorang Muslim, tetapi saya tidak tahu bagaimana mencari Islam. Ayah saya adalah Katolik, ibu saya Protestan. Tetapi mereka sangat kecewa terhadap gereja.

Jadi apabila saya lahir, mereka memutuskan bahawa mereka akan membiarkan saya mencari agama yang menurut saya paling selesa, lapor web Islampos.

Setiap kali saya pergi ke sebuah gereja, mereka akan memberitahu saya: "Jika kamu bukan milik gereja ini, kamu akan ke neraka; jika kamu bukan milik gereja ini kamu akan neraka; jika anda bukan milik gereja ini anda akan neraka ". Dan saya jadi takut. Aku menemui ayah saya dan saya berkata: "Saya takut saya memilih yang salah".

Berkahwin

Selepas saya berkahwin, saya mula belajar tentang Islam, sedikit demi sedikit; suami saya seperti contoh yang sangat baik dari Islam itu sendiri, ia seorang muslim yang baik. Dia tidak pernah memaksa saya untuk memeluk Islam.

Suatu kali dia sakit. Ketika itu juga, anak kami sampai ketikanya masuk sekolah. Beberapa orang yang datang menjenguk suami saya memberitahu kami tentang sebuah sekolah Islam dan suami saya meminta saya untuk menyekolahkan anak-anak kami di sana.

Kerana dia sakit, saya setuju. Sejujurnya, saya tidak ingin menyekolahkan anak-anak kami di sekolah ini, saya takut bahawa mereka akan menjadi Muslim. Tapi, setelah saya menyekolahkan mereka di sana, saya mula percaya betapa indahnya hal itu, dan sekolah itu benar-benar menunjukkan keindahan sebuah agama, bukan hanya sisi agama, tetapi juga cara hidup.

Kerana melihat kehidupan di sekolah itulah, akhirnya saya memutuskan menjadi seorang Muslimah.

Sekarang saya fokus untuk berjuang menjadi seseorang yang solehah. Ini menjadi usaha yang terus menerus, dan tidak pernah berakhir, untuk seorang Muslim

Haji Hadi bersikap pelik walaupun PAS Pusat menyokong PKR, Haji Hadi bersikap berkecuali

Walaupun pemimpin PAS Pusat termasuk calon timbalan presiden paling popular, Naik Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkali-kali membuat kenyataan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya enggan menyatakan pendiriannya dengan jelas.

Hadi kelihatan 'tersepit' pada Rabu ketika diajukan soalan mengenai sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang seperti mahu memboikot kempen PKR di sana susulan tidak setuju dengan pendirian presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh. Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi ketika itu, mengulas kenyataan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

Omar sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka selepas menarik balik kenyataan menolak hudud, menggesa Dr Wan Azizah menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah juga memberikan amaran yang sama kepada PKR.

Malah, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman mengatakan, 'hukumnya haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud', merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan 7 Mei ini.

Di satu pihak, Hadi perlu berkempen untuk mendapat sokongan kepada hudud yang diperjuangkan PAS, tetapi di satu pihak lagi, terpaksa menghadapi rakannya dalam PKR yang tidak menyokong hudud dilaksanakan sekarang.

Kenyataan Hadi itu bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April yang menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.

Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh memberi undi mereka kepada calon PKR.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama berkata keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh ialah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Beliau malah mengatakan PAS menerima penjelasan PKR berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dipertikaikan dan memahami pendirian mereka bukannya menolak syariat Allah tetapi hanya berbeza pendapat dan pendekatan.

Selain perlu menyatakan sokongan kepada PKR atas dasar rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS juga akan menghadapi PRK Rompin pada 5 Mei di mana calon PAS akan menentang calon Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, kenyataan Hadi semalam memberikan pelbagai mesej kepada ahli PAS menjelang Muktamar PAS ke-61 awal Jun ini di Kuala Selangor.

Ini kerana, selain kenyataan yang menjauhkan PAS daripada rakannya dalam PKR itu, Hadi juga dilihat mahu merapati Umno, dengan membuat kenyataan parti Islam itu perlu percaya kepada musuh tradisi PAS itu apabila ia menyatakan kesediaannya menyokong hudud.

"Umno kata hendak sokong hudud – dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekalipun.

"Jadi, dengan cara ini yang munafik pun akhirnya bertaubat," kata Hadi pada forum yang sama.

Kenyataan sebegini sudah tentu menghantar mesej yang pelbagai kepada PAS.

Sebelum ini, kenyataan beliau pernah mengakibatkan seorang ahli PAS, Tamrin Abdul Ghafar mengumumkan keluar parti Islam itu.

Sebagaimana Tamrin, Leman Raja Lawak, seorang selebriti yang mendekati PAS menjelang pilihan raya 2013 lalu juga nampaknya terasa dengan kenyataan Hadi itu.

"Haram lawan Umno kat Rompin sebab Umno sokong hudud dah! Haram undi PKR kat Permatang Pauh sebab PKR tolak hudud... Haram kesemua," tulisnya di laman Facebook.

Leman juga jelas kesal dengan kenyataan yang dibuat Badrul.

"Buat kenyataan media haram tak wala' kat pimpinan PAS Pusat! Kita dok tarik pengundi, depa dok bagi lari pengundi," tulis Leman menjawab persoalan itu.

Pandangan Leman dan tindakan Tamrin sebelum ini dibimbangi menjadi trend dalam PAS ketika Hadi mengumumkan pertambahan ahli parti itu secara mendadak bulan lalu kepada 1,004,000 orang kini.

Bertindak balas kepada Badrul, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan meminta pimpinan parti di semua peringkat tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi sama ada melibatkan hubungan dengan PR atau hukum.

"Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan pendirian rasmi Dewan Ulama kerana ia mempunyai implikasi besar.

"Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa," kata Tuan Ibrahim.  
-Malaysianinsider-

'Mangsa-mangsa' lama Mahathir mula balas dendam

Mariam Mokhtar
Kita perlu jelas dengan satu perkara; rakyat sudah bertahun-tahun mengkritik Perdana Menteri Najib Razak. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad adalah yang terakhir menyertainya.
Ketika Mahathir berkata yang beliau rasa “bersendirian” dalam mengkritik Najib, beliau telah menjadikan negara berbelah bahagi.

Mahathir mungkin satu-satunya tokoh Umno Baru yang mengkritik parti itu secara terbuka, namun rakyat telah melakukannya selama berdekad. Mahathir kini merasai sendiri apa yang dilakukannya dahulu, dan diabaikan.
Tidak sedikit rakyat yang mengalu-alukan penyertaan Mahathir untuk menyuarakan kemarahan mereka ke atas kerajaan Najib. Kerajaan Umno Baru telah mengabaikan kebimbangan rakyat, menghabiskan berbilion ringgit untuk projek besar yang sia-sia dan tidak perlu bertanggungjawab kepada sesiapa.

Mahathir suatu ketika dahulu menggunakan undang-undang untuk menutup mulut pengkritiknya di bawah Operasi Lalang. Najib pula memiliki Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota). Jadi, apa yang baru?

Selama beberapa hari ini, Umno Baru menjadi lebih bertenaga. Berbanding serangan Mahathir kepada Najib, kini individu-individu yang pernah diserang Mahathir dahulu menggunakan peluang untuk membalasnya.

Individu pertama adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Universiti Rafidah Aziz. Ketika pertelingkahan dengan Mahathir beberapa tahun lalu, Mahathir telah menuduhnya “berbohong” dalam kontroversi “permit AP (approved permit)”.

Dalam satu wawancara berhubung penyalahgunaan AP, Mahathir ditanya, “Bagaimana untuk menghentikan penyalahgunaan AP?” Jawapannya adalah: “Senang sahaja. Singkirkan menteri (Perdangangan Antarabangsan dan Industri Rafidah Aziz).”

Kini adalah waktu membalas dendam. Rafidah telah menyatakan yang beliau menyokong Najib.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob bukanlah nama yang asing dengan kontroversi. Beliau mengaitkan setiap perkara dengan kaum.
Kali ini beliau menggunakan taktik “menyalahkan kaum” yang sama terhadap Mahathir. Beliau menyalahkan Mahathir kerana memulakan manipulasi persempadanan semula selepas Pilihanraya Umum 1999. Menurut Ismail, Mahathir mengubah kerusi majoriti Melayu kepada kerusi campuran kerana sudah hilang sokongan orang Melayu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin adalah seorang lagi yang menjadi sasaran Mahathir ketika pemerintahan Abdullah Badawi. Majalah Time Asia pernah melaporkan yang Mahathir mensasarkan Khairy, timbalan ketua pemuda ketika itu, kerana sering mempengaruhi bapa mertuanya dalam soal pentadbiran negara. Ia amat menjejaskan kempen anti-nepotisme oleh Abdullah.

Kini Khairy sudah pun mengisytiharkan sokongannya terhadap Najib.

Politik Malaysia, seperti yang ditunjukkan oleh Umno Baru, menggunakan kaum, agama dan Raja-raja untuk melaksanakan dasar pecah dan perintah terhadap warganya.

Kita perlu memberi kredit kepada Mahahthir di atas pendiriannya terhadap raja-raja. Beliau terganggu dengan ketidakadilan dan jenayah yang dilakukan oleh golongan diraja terhadap orang biasa. Beliau tahu jika ia berterusan, rakyat akan bangkit menentang. Justeru beliau mengehadkan kuasa raja-raja dan memberitahu yang mereka tidak melangkaui undang-undang.

Baru-baru ini, seorang Sultan yang dikatakan pernah “dibantu” Mahathir berkata, “Datuk Seri Najib adalah pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah berdoa agar kepimpinannya kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu.”

Namun rakyat tahu apa isunya yang sebenar, dan penyelesaiannya bukanlah Najib. Beliau adalah sebahagian daripada masalah, korupsi yang membarah dalam Umno Baru. Jika Mahathir mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, beliau patut menyokong pembangkang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan. Itu akan menjadi bukti bahawa beliau berada di pihak rakyat.
-theantdaily-

KPN Khalid Abu Bakar tak profesional dakwa Tan Sri Musa Hassan, mantan KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar salah apabila membersihkan penunjuk perasaan antisalib di Petaling Jaya sebelum siasatan dibuat, kata pendahulunya Tan Sri Musa Hassan.
“Beliau patut bertindak secara profesional,” katanya apabila disoal berhubung perkara itu.

Musa berkata Khalid berkata Khalid sepatutnya menjalankan siasatan terlebih dahulu daripada berkata tiada kesalahan dilakukan.

Bekas ketua polis itu juga menyarankan supaya Khalid sendiri tidak terlibat dalam kes itu memandangkan abangnya antara yang terlibat dalam demonstrasi itu.
Sebaliknya, kata Musa, Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sepatutnya yang menguruskan kes tersebut.

"Saya rasa polis perlu lebih profesional. Saya sendiri, kalau mana-mana anggota keluarga sya terlibat, saya tidak sepatutnya terlibat, penyiasatan perlu dilaksanakan," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan bantahan di gereja itu tidak sepatutnya berlaku pada peringkat awal lagi.
-malaysiakini-

Terselamat selepas 66 hari hanyut dengan makan ikan mentah dan minum air hujan

JORDAN (kanan) berjalan turun dari sebuah helikopter selepas diselamatkan oleh pengawal pantai di Carolina Utara. - AP
NORFOLK, Virginia: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) diselamatkan kelmarin selepas 66 hari hilang di lautan kerana kapal layar dinaikinya rosak, kata pengawal pantai AS.

Louis Jordan, 37, dilaporkan hilang pada 29 Januari lalu dan dia ditemui kru kapal tangki Houston Express, 322 kilometer dari pesisir pantai Carolina Utara sebelum diterbangkan helikopter pengawal pantai ke sebuah hospital di sini.

Jordan yang belayar dengan kapal layar bernama Angel itu memaklumkan kepada ahli keluarganya bahawa dia meneruskan hidup dengan makan ikan mentah yang ditangkap menggunakan tangan di samping minum air hujan.

Pelayar itu menjelaskan bahawa dia tidak dapat membaiki kapal layar tersebut untuk kembali ke Carolina Selatan, tempat perjalanannya bermula pada Januari lalu. Jordan cuma menyatakan kebimbangan bahawa ibu bapanya menangis kerana percaya dia sudah mati.

“Memang kami menangis, ayah ingat sudah kehilangan kamu,” kata ayahnya, Frank ketika mereka berbual selepas dia diselamatkan.

Bapa pelayar itu memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia tidak pernah berhenti mengharapkan anaknya akan ditemui dengan selamat, tetapi dia tidak pasti bagaimana kapal layar tersebut boleh tersasar jauh dari laluan asal.

Media tempatan ­melaporkan kapal layar Jordan sudah terbalik ketika dia ditemui, manakala pelayar itu ditemui duduk di atas bahagian badan kapal berkenaan yang masih terapung. – AFP/kosmo-

Mana perginya RM27 bilion duit 1MDB? - Mahathir

Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.

“Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal,” katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

“Di mana wang yang lain?” soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.

Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) - RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) - RM2.3 bilion
3) Jimah Energy - RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) - RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) - RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion
-malaysiakini-

Islam jadi pilihan Hean Kong selepas 59 tahun

Tranungkite
SEBELUM memeluk agama Islam, Chong Hean Kong tidak pernah kenal apa ertinya Tuhan. Baginya yang tidak menganut mana-mana agama selama hayatnya yang kini berusia 59 tahun, hidup adalah satu pusingan nyawa yang akan berhenti bila tiba waktunya.

Itu sahaja yang boleh ditafsirkan tentang erti kehidupan. Ketenangan yang dicari hanya bersifat sementara. Sama seperti rakan-rakan sebangsanya yang lain, mencari duit adalah segala-galanya selagi masih bernafas.

“Saya baharu saja memeluk Islam kira-kira enam bulan lalu iaitu pada 16 Oktober 2014. Kehendak hati untuk mendekati Islam bermula daripada pertemuan dengan seorang sahabat yang bernama Sulaiman.

“Dia yang saya panggil cikgu amat menyenangkan hati saya baik dari sudut pergaulan, perbualan dan kehidupan sehariannya.

“Kenal pun tak lama tetapi hati saya tertarik untuk mengenal Islam dan seterusnya memeluk agama Allah ini banyak didorong oleh Sulaiman secara tidak sengaja.

“Akhirnya, setelah memikirkan semasak-masaknya, saya menyuarakan hasrat kepada Sulaiman dan melalui dialah saya kini mempunyai agama yang sah iaitu Islam,” katannya ketika ditemubual wartawan MalaysiaGazette di Sungai Besi pagi tadi.

Orangnya kurus, berperawakan sederhana dan cukup ramah.

Bangga dengan nama Islamnya, Harris Adeen Chong, lelaki yang belum pernah berkahwin ini berkata, sejak memeluk Islam, jiwanya sentiasa tenang walaupun ditimpa masalah.

“Saya dapat rasakan kelebihan itu dan setiap kali berada dalam masalah, saya menadah tangan kepada Allah memohon diberi ketenangan.

“Waktu tak ada agama dulu, saya tak buat semua ini sebab tak ada tempat untuk mengadu selain kawan-kawan yang bukannya semua menyenangkan kita.

“Tapi syukurlah, kerana sepanjang menjadi mualaf, hidup saya tidak pernah disisihkan oleh umat Islam lain malah ramai yang sedia membantu saya jika diperlukan terutama yang melibatkan pengajian ilmu,” ujarnya.

Jelas Harris, sebagai mualaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dia menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

“Bukan itu yang saya cari dalam Islam malah saya sendiri tak pernah menggunakannya untuk keperluan diri, sebaliknya menyedekahkan wang itu kepada sebuah badan kebajikan.

“Biarlah sedekah saya itu menjadi pahala saya untuk bekalan selepas mati nanti. Saya tak boleh sentuh bagaimana mualaf lain membelanjakan wang tersebut kerana itu hak masing-masing,” katanya.

Menurut Harris, dia bersyukur kerana perjalanannya ke arah Islam tidak mendapat bantahan daripada sembilan adik beadiknya.

“Ibu bapa saya sudah lama meninggal dunia. Jadi ketika berbincang dengan adik beradik, mereka suka dan tidak membantah keputusan yang saya ambil.

“Saya tidak juga mengajak mereka untuk bersama saya tapi saya berdoa kepada Allah supaya mereka juga akan diberi hidayah oleh Allah,” ujarnya.
gambar_harris_2
Bercakap tentang pendapatan bulanan, Harris menjelaskan, dia merupakan pembekal ikan tilapia segar kepada restoran-restoran Cina sejak 11 tahun lalu.

“Paling sedikit yang dibawa menaiki lori adalah sebanyak 600 kilogram untuk diagihkan mengikut tempahan.

“Saya kini sedang cuba untuk memasuki restoran Melayu Islam bagi memperkenalkam ikan yang saya jual.

“Mudah-mudahan, sebagai saudara baharu, saya yakin kehidupan saya akan semakin baik pada masa-masa akan datang dan itulah doa saya,” ujarnya.

Menyentuh tentang pengajian hal-hal agama Islam, buat masa ini katanya, seminggu sekali dia akan mengikuti pengajian di sebuah pusat pengajian untuk mualaf di Wangsa Maju berdekatan rumahnya yang dikenali Multiracial Reverted Muslims (MRM).

“Terlalu banyak yang saya mesti pelajari dan akan mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

“Tetapi saya bersyukur dan sentiasa bersabar dengan apa jua ujian yang datang,” katanya. 
-MalaysiaGazette-

BN bakal hilang satu kerusi Parlimen?

Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat, apabila Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung keahliannya sebagai ahli UMNO selama enam tahun.

Difahamkan, penggantungan itu berkuat kuasa 1 April lalu, selepas Lembaga Disiplin UMNO selesai mengadakan proses pendengaran kes berkenaan.
Dengan penggantungan ini, Jumat hilang kelayakan sebagai wakil rakyat BN dan kini menjadi Ahli Parlimen bebas, seperti Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jumat ketika dihubungi The Rakyat Post mengesahkan perkara itu.

Menurut Jumat, beliau digantung keahlian UMNO, bukan disebabkan kelantangan beliau mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerana mempersoalkan projek mesra rakyat di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri telah memberi peruntukan untuk beberapa projek mesra rakyat di Sabah, tetapi pelaksanaan terlalu lambat dan ada yang tidak dilaksanakan lagi.

"Apabila saya membangkit perkara ini, saya dituduh menimbulkan suasana tidak baik kepada kerajaan dan kakitangan awam Kerajaan Negeri Sabah," katanya.

Mengulas lanjut penggantungan itu, Jumat memaklumkan, beliau telah membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin UMNO, sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir 9 April lalu.

"Saya sudah buat rayuan, terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk mempertimbangkannya," ujarnya.

Jika rayuan Jumat ditolak, BN akan kehilangan satu kerusi Parlimen, menjadikan keseluruhan kerusi yang dimiliki parti itu setakat 132 kerusi.

Turut menerima nasib sama, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar yang digantung keahlian selama tiga tahun, kerana mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang tidak mahu mengiktiraf pergerakan parti itu.

Syed Atief sudah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan Azlan, bagi membincangkan hala tuju dan program bersama negeri, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Azlan.

"Tindakan Syed Atief mengkritik menerusi Facebook itu boleh mencemarkan parti. Itu antara sebab tindakan dikenakan terhadapnya," demikian kata seorang sumber kepada The Rakyat Post.

Syed Atief juga dilaporkan sudah membuat rayuan dan sedang menunggu keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
-tranungkite-