"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Selepas Dicekup

SALWA SHA’ARI
KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama.

Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu.

“Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan.

“Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.

Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan.

Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).

Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran.

Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah.

Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum.

Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran.

“Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.

Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut.

“Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat.

“Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya.

Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim bersambung 8 Oktober depan.

Umno patut malu, mereka lulus lesen judi

Ali Hashim
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Mahathir mula serang Najib Bangsawan

Afrar Yunus
Ramai yang rasakan Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri mula menyerang Najib Bangsawan. Ahli UMNO sendiri berpendapat Najib menghidap 'sindrom bisu' dalam banyak hal sejak kebelakangan ini.

Sindrom ini pernah dihidapi oleh Abdullah Badawi.Pentadbiran Abdullah pernah dikaitkan dengan kerajaan tiga beranak dan 'kerajaan 4K'.

Najib Bangsawan pula dikaitkan dengan kerajaan NKRA - Najib kerja Rosmah arah.

Rosmah Mansor adalah isteri kedua Najib Bangsawan. Ada yang mengatakan, beliau sangat digeruni oleh ahli kabinet. Entah ya entah tidak?

Mustaffa Kamil tewas ketua cabang

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "
politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Bagaimanapun, menariknya, beliau dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang itu berganding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, usaha 
Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh 
heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 13 pencalonan daripada 100 cabang yang keputusannya telah diperoleh. 

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 58 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini.

-malaysiakini-

Pemilihan PKR Merbok dicemari aksi 'ganas'

Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesan.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Zunar akan ditahan sehari lagi

Pihak polis hari ini berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah majistret Sepang.untuk terus menahan kartunis Zunar.


Menurut peguamnya Latheefa Koya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini masih dalam tahanan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.


Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini polis masih belum merekodkan kenyataan kartunis popular itu walaupun telah menahannya sejak jam 4 petang semalam di pejabatnya di Brickfields.


"Mereka juga masih flip-flop (berdolak-dalik) sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.
-malaysiakini-

Mahathir macam raja lawak Astro

Mohd Shubihi Muhamad Zain



ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.
"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.


"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.


Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.


Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.


"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.


"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.


"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.

Kes Banting : Isteri Jutawan India, MP Kapar Beri Keterangan

BANTING 24 Sept : S. Usharani, isteri usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hari ini bersama Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam untuk memberi keterangan berhubung kehilangan suaminya.

Mereka tiba di IPD berkenaan kira-kira 6 petang dan selesai memberi keterangan pada 9 malam tadi.
Manikavasagam berkata beliau dipanggil merakamkan kenyataan berhubung penglibatannya membawa Usaharani dan membantu wanita itu berurusan dengan polis.

Beliau berkata Usharani turut dipanggil berhubung perkara yang sama, dan polis turut mengambil keterangan berhubung rakaman dalam telefon bimbit milik wanita itu.

“Tadi, pukul 12 tengah hari, saya telah menyerahkan telefon bimbit (milik Usharani) ke Bukit Aman. Turut diserahkan ialah memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport dan salinan surat beranak anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD berkenaan.

Manikavasagam berkata Usharani akan menyambung keterangannya di ibu pejabat polis itu pada 1 tengah hari hari ini.

Sementara itu, Usharani yang tiba di negara ini sejak 22 September lepas, berkata beliau mungkin pulang ke India esok, bagaimanapun, ia mungkin ditangguhkan jika ada perkembangan baru dalam siasatan kes itu.
Beliau juga percaya saudara terdekat suaminya akan datang ke negara ini dalam tempoh terdekat bagi membantu mengesahkan DNA suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata pihaknya telah memperoleh telefon bimbit yang menjadi bahan bukti siasatan kes itu.

Semalam, Usharani mendedahkan ada menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa Tamil di telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti, membabitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati.
-Bernama-

Bakun akan dijual pada S'wak

Kerajaan Persekutuan bersetuju menjual Empangan Elektrik Hidro Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Chin (
gambar) memberitahu Bernama bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah memulakan perundingan untuk menentukan harganya.

"Sarawak menawarkan untuk membeli. Kerajaan Persekutuan kata okay."

"Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut."

"Berasaskan perkara itu, mereka mahu membeli dan kami kini berbincang mengenai harganya," katanya.

Katanya projek empangan Bakun, di bawah Kementerian Kewangan Inc, kini bersedia digenangi air.

"Usaha memenuhkan takungan empangan itu, seluas pulau Singapura, dijadual dimulakan bulan depan," katanya.

Projek Bakun itu, iaitu empangan elektrik hidro terbesar di Malaysia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, kira-kira 37km di sebelah hulu Belaga.

Projek elektrik hidro itu mula-mula dicadangkan pada awal 1980'an oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempelbagaikan sumber kuasa negara ini dan mulanya diberikan kepada Ekran Bhd, iaitu sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Ting Pek Khing.

Kerja fizikal empangan itu bermula pada 1994.

Sarawak Hidro telah diwujudkan bagi mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek itu pada 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997-98 melumpuhkan projek itu.

Pada akhir 2002, satu konsortium yang diketuai Sime Darby memenangi tender kompetitif untuk melaksanakan kerja-kerja awam bagi empangan itru pada harga kurang RM1.8 bilion.

Kos keseluruhan Bakun secara rasminya diletakkan pada harga RM7.3 bilion, tetapi berikutan lebihan kos, ganti rugi bagi kelewatan dan kadar faedah, kos muktamadnya dikatakan telah meningkat tinggi.
-Bernama-

Pelancaran Cartoon-o-phobia dapat sambutan

Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 02
Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.
zunar cartoon book launching in klscah 040910 fazlina rosley
Bahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui 
isterinya, Fazlina Rosley (kiri), Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.

Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.

"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 steven gan
"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.

Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".

Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.

"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.

Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.

Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

zunar cartoon book launching in klscah 040910 03
Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, 
yang turut dipaparkan dalamPerak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.

Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".

Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".

Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia'dimasukkan ke dalam Wikipedia.

Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".
Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.
puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 s ambiga
Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".

Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".

Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.

Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.

Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.

Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.

Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.

Seorang lagi Anak Melayu dibunuh kejam

amkns

Dari Blog Singalautmetro-Seorang lagi dipercayai keturunan Melayu, bernama Borhan Sulong, 20-an menjadi mangsa pembunuhan kumpulan gengster. Kali ini tujuh lelaki ditahan di beberapa tempat di Klang, Batu Caves dan Selayang bagi membantu siasatan pembunuhan kejam itu.

Mayat Borhan ditemui dalam guni ditinggalkan di tepi jalan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Gombak. Tubuh mangsa mempunyai banyak kesan tetakan terutama di muka, kepala, badan dan lengan dipercayai menggunakan parang oleh penyerangnya. 

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dibuang di tempat ia ditemui oleh seorang kontraktor pembuangan sampah. Ketua Polis Derah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan penahanan tujuh lelaki berkenaan yang dilakukan dalam beberapa serbuan bermula kelmarin sehingga malam semalam.  

Beliau juga berkata, ketujuh-tujuh lelaki yang ditahan itu adalah kumpulan penjenayah yang turut terbabit dalam kes samun sebuah lori kargo di depan sebuah stsyen minyak Shell di MRR2, dua hari lalu.

7 lelaki diberkas
Harian Metro 23 Sep 2010
GOMBAK: Misteri pembunuh kejam seorang lelaki yang disumbat di dalam guni sebelum mayatnya dicampak ke tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini, terbongkar selepas polis memberkas tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki membunuh mangsa terbabit. 

Suspek dipercayai anggota kumpulan gengster membunuh mangsa beramai-ramai menggunakan parang sebelum mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah pada 30 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Selayang, Subang Jaya dan Klang bermula jam 11.45 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam. 

“Hasil siasatan lanjut, semua suspek mengaku membunuh mangsa dan seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mangsa dibunuh. “Suspek sama turut menunjukkan tempat mereka membuang dua parang yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya. 

Beliau berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan A/2D, Taman Seri Murni, Selayang, Batu Caves, pada pukul 11.45 malam kelmarin. Pada pukul 12.30 tengah malam pula, katanya, seorang lagi suspek berusia 40 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Selayang Bahagia, Batu Caves.

“Susulan itu, kami memberkas lima lagi suspek. Antaranya ialah suspek berusia 23 tahun di Taman Selayang Jaya pada pukul 1.45 pagi semalam. “Ia diikuti tangkapan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Plaza Tol Seafield, USJ5, Subang Jaya, pada pukul 5.30 pagi dan rakannya berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Yusuh Shahbudin Off Jalan Raja, Taman Sentosa, Klang, pada pukul 6 pagi,” katanya. 

Beliau berkata, hasil siasatan, semua suspek yang menganggotai satu kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang lelaki, Borhan Sulong, 20-an yang dibunuh dengan kejam di Taman Perindustrian Ehsan Jaya. 



Selain itu, katanya, suspek sama juga dipercayai terbabit kes samun sebuah lori kargo di stesen minyak Shell di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada Rabu lalu. Pada 30 Ogos lalu, seorang kontraktor sampah berasa curiga lalu menghubungi polis apabila menemui satu guni yang kelihatan seperti berisi mayat ketika memeriksa sampah Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini. Polis yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki dibunuh kejam dengan kesan tetakan di kepala, muka, badan dan lengan. 



Siasatan mendapati mayat yang masih berpakaian lengkap kemeja-T dan seluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ. Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan, seorang suspek turut membawa polis ke sebuah kawasan semak di belakang Blok F, Pangsapuri Intan Baiduri, yang membawa kepada penemuan dua parang yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu./hmetro

I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan

ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat bumiputera itu.

"Sebagai orang politik, kami didatangi oleh sesiapa sahaja, malah memang pegawai syarikat yang mendakwa mewakili I'Da World datang jumpa saya di rumah.

"Dia ada ceritakan kepada saya mengenai projek-projek yang mereka rancang nak buat... tapi pada waktu itu dalam hati saya sudah terdetik bahawa mereka ini berkhayal dengan projek-projek itu," katanya ketika dihubungi  di sini, Jumaat.

Laporan media hari ini menyebut, Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abd Rahim Abd Wahab terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

Malah Abd Rahim mendakwa mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran I'Da World di Kelantan, malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Ahmad dalam pertemuan berasingan.

Mengulas mengenai pertemuan itu Ahmad berkata, beliau sudah menerangkan kepada wakil syarikat berkenaan mengenai prosedur yang perlu diambil bagi melaksanakan apa jua projek di negeri itu.

"Mereka nyatakan banyak perkara, nak buat projek di Tumpat dan Rantau Panjang.

"Tapi awal-awal lagi saya sudah nyatakan bahawa mereka kena buat permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan selepas itu ia perlu mendapat kelulusan Exco," katanya.

Ahad lalu, I'Da World mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek RM4 bilion itu diserahkan kepada Nik Din Nik Mat, yang juga adik kepada Nik Abdul Aziz, yang dijemput menerimanya sebagai mewakili Kerajaan Kelantan ketika majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kota Baru.
-mstar-

Pemimpin & artis yang leka dengan dunia serta Gossip kahwin dgn Shafie Apdal

PolisPencen
"Cerita di negeri di bawah bayu; negeri di mana UMNO cuba mengalih cengkamannya apabila Johor sudah mula longgar dan langlai. Pemimpin mereka sudah leka dengan dunia dan rakyat akan sengsara akibat daripada kelekaan ini.

Dulu kita dengar gossip Bung Mokhtar dengan Zizie Ezette. Teruk juga ceritanya dan gambar mereka juga teruk belaka! Akhirnya cerita gossip ini di tutup dengan perkahwinan. Tapi perangai masa "leka" masih tak berubah. Gambar-gambar semuanya boleh menceritakan walaupun saya bukan suka sangat nak siar dalam blog ini.

Tapi pemimpin yang "jahat" perlu dedahkan supaya harta khazanah rakyat tidak sewenang-wenangnya menjadi macam hak milik bapak dia orang.






Saya tak nak ulas panjang pasal gambar ini. Tuan punya laman asal ada mengulas, saya sekadar memetik sahaja.
Wuhuu.. Nampak so sweet je bila nengok Zizie Ezette dan Bung Mokhtar kat gambar atas ni kan. Sampai jeles tahap gaban kitorang dibuatnya. Hehe.. Actually kitorang tak sure bila dan di mana gambar ini diambil tapi menurut sumber dari salah sebuah forum, gambar ini diambil pada 23 Januari 2010 di sebuah kelab Shen – WR, Kota Kinabalu. Kalau sumber tu betul, maknanya gambar ni diambil selepas diorang dah sah sebagai suami isteri la kan. Alhamdulillah. Boleh jadi pasangan bahagian ni. Hee..

Walau bagaimanapun, ada beberapa gambar yang membuatkan kami tertanya-tanya apabila Zizie Ezette kelihatan bermesra dan memeluk seorang lelaki. Persoalan’nya, apakah kaitan mereka dengan Zizie Ezette? Ok, kita fikir positif. Mereka mungkin ada pertalian darah dengan Zizie Ezette sebab tu Zizie Ezette slumber je buat lagu tu dan Bung Mokhtar pun tak kisah. Boleh macam tu? Apa-apa pun, jom layan beberapa lagi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersama entah sape ntah kat bawah ni.
Boleh baca lagi di sini.

Laman yang sama
http://www.zonartis.com/ ada mengulas mengenai gossip terbaru Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal.

Saya panjang petikan laman tersebut kepada pembaca.


First of all korang kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan punya body keluarkan kenyataan.

Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.
Hurm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete?
Nampaknya bergolak lagilah negeri di bawah bayu! 

Polis nafi laporan akhbar Sosilawati dirogol sebelum dibunuh


KUALA LUMPUR, 24 Sept: Polis hari ini menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk ‘‘8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati (gambar) dirogol’’.

Mohd Bakri berkata, “Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Bakri berkata selain itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon oleh PDRM kepada pihak hospital ke atas kesemua suspek berkenaan.

Laporan akhbar itu mendakwa kesemua suspek termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HKL dua hari lepas.

Difahamkan juga sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.

Dikatakan juga bahawa pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber yang diperolehi oleh akhbar tersebut juga mengatakan bahawa proses itu sebahagian daripada prosedur standard Operasi PDRM khusus untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Bakri juga mengulas laporan yang disiarkan di muka surat enam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk ‘‘Suspect Claims Abuse By Cops’’ mengenai dakwaan bahawa suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipukul dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen oleh polis.

“Pihak polis ingin menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

‘‘Datuk’’ itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan polis telah mendapat perintah tahanan reman sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. 
-Bernama-