"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PAS tetap bertanding walaupun hilang deposit?

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara.

PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.

Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).

"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.

Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang

"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.

Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.

Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.

"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.

PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.

Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya.
-malaysianinsider-

Gorila enggan lepas anak yang sudah seminggu mati (Gambar)

Gorila enggan lepas anak yang sudah seminggu mati

Gorila enggan lepas anak yang sudah seminggu mati Gorila enggan lepas anak yang sudah seminggu mati.
FRANKFURT - JERMAN. Sebuah gambar yang menunjukkan seekor gorila yang masih mengendong anaknya yang telah mati sejak seminggu mengundang simpati dan membuktikan ikatan yang kuat antara ibu dan anak.

Gorila yang diberi nama Shira dilihat mundar-mandir di sekitar sangkarnya di Zoo Frankfurt, Jerman sambil mengendong anaknya yang telah mati.

Shira dilihat tidur dengan meletakkan anaknya di dada dan akan cuba untuk membangunkan anaknya itu setiap pagi.

Pengarah Zoo, Manfred Niekisch berkata, keadaan anak gorila itu masih baik pada Khamis pagi namun apabila waktu petang ia tiba-tiba mati, tanpa menunjukkan sebarang tanda.

"Kami masih tidak tahu mengenai punca kematian anak gorila itu," katanya dipetik Metro.uk

Menurut Manfred lagi, ikatan gorila dan bayi amat rapat.

"Shira memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehilangan bayinya itu," katanya lagi.

Penjaga zoo akan memasuki sangkar mengambil haiwan itu untuk mengetahui punca kematian selepas Shira bersedia untuk melepaskan anaknya itu

Anak gorila tersebut mati selepas seminggu dilahirkan.
-sinarharian-

Pak Samad perli Najib

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dankesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.
-malaysiakini-

Lelaki ‘hilang’ kemaluan dikerat kekasih

Lelaki ‘hilang’ kemaluan dikerat kekasih
Lelaki ‘hilang’ kemaluan dikerat kekasih Lokasi kejadian - Foto CEN
HANGZHOU - CHINA. Seorang wanita bertindak memotong kemaluan teman lelakinya kerana dia enggan meninggalkan isterinya.

Mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun sebelum ini pernah berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baru bersama wanita itu.

Berang kerana janji yang tidak dikotakan selepas menunggu bertahun lamanya, suspek yang dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya itu.

Dia melakukan perbuatan kejam itu di sebuah bilik hotel di wilayah itu.

Menurut saksi yang juga kakitangan hotel berkenaan, lelaki berkenaan menjerit dan berlari keluar dari bilik dengan kesan darah.

Saksi turut melihat seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama selepas itu.

"Apabila masuk ke dalam bilik, saya menemui gunting dan alat sulit lelaki itu yang terputus," katanya dipetik Metro.uk.

Ahli perniagaan itu dilaporkan belari keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, menurut polis, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan polis.

Bagaimanapun, polis enggan mengulas sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak.
-sinarharian-

Kisah si makmum yang menampar imam

Nomy Nozwir
Minggu ini kita ada bermacam-macam berita yang mengejutkan dan membuatkan kita berfikir, apa sudah jadi dengan negara ini.Minggu ini berlangsungnya Art For Grabs di mana ramai golongan "so-called liberal" ini tidak putus-putus menghentam filem dan drama Melayu yang mula diresapi unsur-unsur Islamisasi.
Minggu ini juga berlangsungnya demo Maruah Melayu, di mana kira-kira 20,000 orang berdemo dan berkata untuk mempertahankan Melayu Islam daripada diserang "so-called anasir jahat" ini.

Tapi saya tak mahu tulis semua itu. Barangkali sudah ramai yang menulis artikel tentang itu, jadi saya terfikir tentang kejadian yang berlaku pada solat Jumaat tadi.

Seorang lelaki warganegara India, datang ke arah imam Masjid Negara, dan menampar imam itu.

Sebab-sebabnya pula tidaklah saya ketahui, tetapi apa yang saya nak ceritakan ialah reaksi selepas peristiwa itu.

Menurut video yang saya tengok di Facebook, lelaki yang menampar imam tersebut dihalau keluar dan beramai-ramai dipukul makmum yang berada di luar.

Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya, tetapi saya fikir mungkin lelaki itu dibawa terus ke balai polis.

Dalam pada itu, yang menampar imam ditahan pihak berkuasa, makmum beramai-ramai yang memukul lelaki itu, adakah turut didakwa?

Alasan, kononnya lelaki itu melakukan tindakan biadap, menampar seorang imam Masjid Negara.

Jadi, apakah tindakan memukul lelaki tersebut juga satu tindakan yang betul?

Bukankah kalian semua selalu kata, Islam itu agama yang damai.

Damai apa kalau ramai-ramai pergi memukul lelaki itu?

Mungkin dia mengalami masalah mental. Mungkin dia rasa khutbah yang dibaca mengguris hatinya lalu lepas geram dan terus menampar imam itu.

Mungkin dia merasakan umat Islam di sini menindas golongan imigran sepertinya. Saya mengandaikan bermacam-macam faktor.

Tapi dalam kita melihat ini ke satu sudut yang lebih luas, sebenarnya masyarakat kita ini sedang mengalami depressi.

Contohnya, dalam hal forum Art For Grabs di The School, Jaya One awal minggu ini, saya melihat golongan liberal ini tidak habis-habis menghentam golongan konservatif, terutamanya Melayu.

Dan pada 16 September lalu, golongan “baju merah” pula menghentam kaum bukan Melayu dengan kata-kata kesat.

Ketiga-tiga kejadian ini, saya rangkumkan menjadi satu – masyarakat kita sedang tertekan dengan cara negara ini berjalan.

Kawan saya ada berkata ini adalah "The Great Depression of all sense," baik ekonomi, politik, agama atau budaya.

Rakyat tak kira apa fahaman dia pun, sedang diasak dan ditekan dengan daulah.

Dalam filem Fight Club, dialog watak Tyler Durden lakonan Brad Pitt berkata, "we don't have The Great War, or Great Depression. Our great war is spiritual war, our great depression is our lives."

Jadi, pertembungan spiritual, mental, kelas ekonomi, dan sosial yang semuanya ditekan ini membentuk satu kemarahan yang berterusan berlaku.

Kita melihat Islamisasi makin kembang pesat di media perdana serta liberalisasi juga berkembang pesat di arus alternatif.

Pertembungan ini mencetuskan satu peperangan mental dan ideologi, antara logik dan dogma, dan antara daulah dan rakyat biasa.

Forum liberal pun syok sendiri menghentam golongan lawannya, ceramah agama pun syok sendiri menghentam lawannya, dan semua kekalutan dan keserabutan ini, dan semua pertembungan dan saling cabar mencabar ini.

Peristiwa lelaki India itu menampar imam Masjid Negara adalah seperti satu letusan awal, sebelum letusan yang lebih besar bakal berlaku.

Saya bukan Nostradamus, tapi kalau inilah patennya, inilah coraknya, saya khuatir, 20 tahun dari sekarang, mungkin akan ada perang saudara.

Teruk sangat ke apa yang saya fikirkan ini? Tapi setiap peperangan besar itu berlaku apabila semua masyarakatnya ditekan dari segala aspek, dari ekonomi hinggalah ke seksualiti, maka bersedialah untuk menghadapi pertempuran ini.

Siapa yang tersepit? Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, yang hanya mahu meneruskan kehidupan.
-malaysianinsider-

PKR dijangka meninggalkan Pas

Khairil Ashraf 
PAS-PKR1PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.

“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,

“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.
-fmt-

Khairuddin Abu Hassan ditangkap kerana buat laporan mengenai 1MDB di Switzerland, London, Singapura dan Hong Kong?


Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap malam ini.

Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

"Polis tidak menyoal siasatnya dan akan menahannya semalaman. Mereka akan memfailkan permohonan reman pagi esok pada pukul 9.30 pagi dengan majistret Dang Wangi," kata Chang (gambar).


Isteri Khairuddin, pelakon Umie Aida memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap di rumah mereka pada pukul 7.30 malam.


"Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah," katanya.

Difahamkan Khairuddin ditangkap oleh para pegawai dari Bukit Aman.

Awal hari ini bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu mendapati dia dan Chang telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.

Selain daripada Switzerland, Khairuddin ju

ga telah membuat laporan mengenai 1MDB di London, Singapura dan Hong Kong.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berulang kali menafikan menyalahguna dana 1MDB untuk kepentingan peribadi dan berikrar untuk menyelesaikan kemelut 1MDB tidak lama lagi.

Najib dan beberapa yang lain telah mendakwa wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.
-malaysiakini-

Agaknya kenapa PAS Selangor jadi meroyan macam ni

GHB dicabar bentuk kerajaan sendiri
KUALA LUMPUR: PAS Selangor mencabar pimpinan GHB supaya membentuk kerajaan sendiri jika parti itu ditubuhkan untuk menumbangkan Umno-BN.

Setiausaha PAS, Mohd Khairudin Othman berkata GHB perlu membentuk kerajaan sendiri di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat belum menang dalam pilihan raya.

Jika matlamat menubuhkan parti untuk menumbangkan Umno-BN soalnya kenapa hendak bertanding di kerusi yang sama dengan PAS terutama di Selangor dan Kelantan.

"Kenapa tidak tumpu negeri yang belum menang? Bertandinglah di Johor tubuhkan kerajaan GHB di Johor; tubuhkan kerajaan GHB di negeri Sembilan; Sabah dan Sarawak....silakan," tegasnya.

Beliau yang juga Adun Paya Jaras mencabar pimpinan GHB jika `gentlemen' jangan bertanding di Selangor; Kelantan dan Pulau Pinang.

"Jika menubuhkan parti GHB untuk menumbangkan Umno-BN tubuhkan kerajaan di negeri yang belum menang," tegasnya.

Di Selangor katanya, tidak ada rundingan langsung untuk GHB mengambil kerusi PAS.
Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli GHB supaya tidak menggunakan taktik `memancing' atau mencuri ahli PAS ke parti baru mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa ketika berada dalam PAS tidak menggunakan kempen menarik ahli Umno masuk PAS.

"Tariklah orang Umno masuk PAS kalau betul-betul hendak berdakwah. Ini bila masuk GHB tarik orang PAS," tegasnya.

Menurut beliau jika ahli PAS memilih sendiri untuk berada dalam GHB itu terpulang mereka tetapi jangan paksa orang lain dengan mengambil gambar mengatakan orang tersebut masuk GHB.

Dosa celah pokok bunga

Kuala Lumpur: Atur temu janji dan melakukan aktiviti meraba kekasih di celah rimbunan pokok bunga. Itu antara kegiatan seorang duda anak dua yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama kekasihnya, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berusia 42 tahun dan pasangannya berusia 26 tahun itu antara 48 individu yang ditahan pegawai JAWI sekitar Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Difahamkan, mereka berkenalan sejak dua minggu lalu sebelum berjumpa dan singgah ke lokasi berkenaan untuk ‘bermesra’.

Lelaki yang mempunyai anak berusia 16 dan 17 tahun itu dikatakan sanggup datang dari Seremban, Negeri Sembilan dan menjemput pasangannya yang menetap di Gombak, Selangor.

Sebaik ditahan pegawai JAWI, duda terbabit cuba merayu dan meminta dibebaskan dengan memberi pelbagai alasan kononnya tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.
-hmetro-

Pelakon wanita berusia 20 tahun diberkas miliki dadah

Subang Jaya: Seorang pelakon drama wanita berusia 20 tahun diberkas polis bersama dua rakannya selepas mereka memiliki dadah.

Semua suspek perempuan itu ditahan polis 11 malam tadi, hasil serbuan mengejut dilakukan polis di sebuah kediaman di Persiaran Kemajuan di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap bilik pelakon itu sebelum polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan pil eramin 5.

"Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lagi remaja wanita yang sedang tidur. Siasatan lanjut di bilik itu menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lut sinar berisi ceraian daun kering dipercayai ganja seberat 15.74 gram serta dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada semua suspek mengedar dadah berkenaan ataupun untuk kegunaan sendiri. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-hmetro-

3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki

Tranungkite
Ramai diantara kita pernah mengalami masalah kewangan dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki. Rezeki bukan sahaja dari bentuk wang ringgit malah dari rezeki anak, rumah, kerja, dipermudahkan urusan dan sebagainya :)

Jom amalkan 3 cara mudah untuk menarik rezeki !

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki kita.

Jangan mengharapkan balasan ketika bersedekah.

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.

Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok.

Buatlah si penerima berasa gembira dengan sedekah yang kita beri. Sedekah dengan ikhlas, jangan caci atau mengeji. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia.

Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya.
Insyaallah, rezeki akan tiba juga kepada kita sama ada cepat atau lambat sahaja. Yang penting yakin dengan janji Allah dan sabar :)

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha ini salah satu solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Yang ini memang Syira akui, baru selesai solat dhuha beberapa minit, tiba-tiba rezeki datang. :)

indahnya.. janji Allah tak pernah salah !

Pelajar dedah cerita di sebalik video ‘cium kaki’ (video)

FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Terengganu tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik rakaman video ‘cium kaki’ seorang perempuan sebagai tanda meminta maaf yang telah menjadi viral.

Pelajar yang hanya mahu dikenali Mia itu mendakwa, dia dipaksa melakukan perkara itu oleh ibu kepada perempuan berkenaan.

Menceritakan punca kejadian itu, Mia mengakui berlaku perselisihan faham antara dia dengan perempuan itu.

“Memang selama ini hubungan saya dan dia (pelajar yang memaksa mencium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan padanya. Tetapi saya dah minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mia yang baru kehilangan bapanya pada bulan lalu menceritakan, dia dan perempuan itu pernah berjumpa pada 8 September untuk menyelesaikan masalah antara mereka tetapi dia mendakwa dipukul dan cuba ditanggalkan pakaian oleh perempuan berkenaan.

Mia berkata, dia mengalami trauma selepas kejadian itu.

Katanya, dia telah didesak bertemu di kedai makan milik keluarga perempuan itu di Teluk Ketapang untuk menyelesaikan masalah antara mereka pada 9 September.

“Awalnya pertemuan berlangsung baik sehinggalah ibu pelajar itu memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf,” cerita Mia.

Katanya, walaupun sedih tetapi dia terpaksa melakukan perbuatan itu (cium kaki) kerana tiada pilihan selepas dikepung rakan-rakan perempuan itu.

Salah seorang saksi kejadian dipercayai telah merakam kejadian itu yang kemudian tersebar di media sosial.

Malu dengan rakaman video itu, Mia bersama ibunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang merakam dan menyebarkan video itu.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan itu.

Lelaki tampar imam dakwa ‘suara halus’ serunya ganti jadi imam (video)

FMT Reporters
Zainol-Samah_tampar_600
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India yang menampar pipi Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat mendakwa, dia mendengar suara halus yang menyuruhnya supaya menggantikan tempat imam itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.

“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.

Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selain cuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.

Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.

GEMPAR!!!! Imam Masjid Negara ditampar ketika solat Jumaat

Zainol-Samah_tampar_600
Suasana solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab bertindak menampar Imam 2 Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika beliau sedang mengimamkan solat.

Saksi berkata, kejadian berlaku ketika solat di rakaat pertama dan imam baru saja selesai membaca surah Al-Fatihah, tibat-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Lelaki terbabit juga bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.

Video kekecohan di masjid itu dan tangkapan lelaki terbabit kini viral di laman sosial.

Imam berkenaan juga mengesahkan beliau ditampar
-malaysianinsider-

Kantoi sembunyi arak dalam jubah (Gambar)

Kantoi sembunyi arak dalam jubah
SEORANG lelaki Arab ditahan selepas cubaannya menyeludup arak ke negara itu dengan menyembunyikan botol dibawah jubah putih yang dipakainya dikesan pihak kastam.

Lelaki yang pulang dari Bahrain menyembunyikan 12 botol arak di dalam jubah putih yang dipakainya.

Botol-botol tersebut diletakkan di dalam poket seluar lelaki itu.

Walaubagaimanapun, taktiknya itu berjaya dikesan pegawai kastam selepas melihat lelaki itu berjalan dengan gaya yang mencurigakan ketika melepasi pemeriksaan.

Memetik Mirror.uk, selepas diperiksa, pihak berkuasa mendapati botol tersebut diletakkan dalam poket seluar yang diubahsuai.
-sinarharian-

Lagi musibah di Mekah: Dua jemaah cedera kebakaran bilik hotel

Dua jemaah cedera kebakaran bilik hotel di Makkah
Dua jemaah cedera kebakaran bilik hotel di Makkah Dua jemaah cedera kebakaran bilik hotel di Makkah
MAKKAH - ARAB SAUDI. Lebih 1,000 jemaah haji telah dipindahkan dari sebuah hotel di Makkah selepas kebakaran berlaku di salah sebuah daripada bilik hotel berkenaan, menurut pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.

Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan hotel tersebut.

Kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas kren tumbang di Jumaat lepas, membunuh sekurang-kurangnya 111 jemaah dan mencederakan lebih daripada 390.
-sinarharian-

PANAS!!! AS$1 bilion lagi hilang dari 1MDB ke IPIC - The Wall Street Journal


Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ).

Memetik pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh pegawai-pegawai di Abu Dhabi.

WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.

Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.

Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.
-malaysiakini-

Mufti Perlis disiasat kerana menghasut berhubung posting menjelang Bersih 4

ZULKIFLI SULONG
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disiasat polis mengikut Akta Hasutan berhubung satu postingnya di laman sosial Facebook menjelang perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos lalu.

Dalam status yang dimuat naik pada 8.00 malam sehari sebelum himpunan selama 34 jam itu, mufti Perlis menggambarkan mereka yang bangkit menentang si zalim sebagai wira.

"Sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa maka dia pastinya seorang wira.

“Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak,” tulis Asri.

Beliau turut memuji pejuang dari Argentina yang membantu membebaskan Cuba daripada kediktatoran, Ernesto Che Guevara.

"Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya.

"Kita mungkin tidak setuju dengan 'sosialism' Che Guevara namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai positif yang patut dipuji pada dirinya," katanya seperti dipetik dari laman Facebooknya.

Katanya, tidak salah sekiranya agamawan mengiktiraf kebaikan perjuangan dan mempelajari strategi yang mereka lalui.

"Tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan dan menyertainya jika ternyata ia satu kebaikan," katanya dipercayai merujuk kepada himpunan Bersih 4.

Polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal apabila 2 pegawai polis dari Bukit Aman merakamkan kenyataan wartawan awal minggu ini yang menulis laporan berhubung posting mufti itu di Facebook.

Perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam itu antara lain untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan dengan skandal kewangan.

Perhimpunan itu juga menuntut reformasi seperti pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk berhimpun, menguatkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Walaupun Putrajaya mengharamkan baju T kuning tertera tulisan Bersih 4, tetapi puluhan ribu membanjiri Kuala Lumpur dan memakainya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga muncul 2 hari berturut-turut mendesak Najib meletakkan jawatan.

Dr Mahathir, penganjur, aktivis dan ahli politik pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Datuk Ambiga Sreenevasan kini disiasat berhubung kesalahan berkaitan Bersih 4 seperti memakai ‘baju T haram’ dan ucapan mereka.

Bagaimanapun, polis masih belum lagi memanggil Dr Mahathir untuk soal siasat
-malaysianinsider-

PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat - Hadi

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Dengan penegasan Hadi, terdapat kemungkinan PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai Amanah, PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin pembangkang kini sedang berusaha membawa masuk PAS ke dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
-malaysianinsider-

Ini salah satu bukti syiah dan yahudi bersatu membunuh Sunni

Terbukti syiah dan yahudi bersatu membunuh Sunni.
.
Dilaporkan rejim syiah Hezbullat menggunakan roket yang dibekalkan oleh israel untuk membunuh saudara dan anak-anak kita di Syria.
.
Bangkitlah wahai saudara-saudaraku. Lihatlah sekarang, tentera dajjal telah bersatu membunuh umat Islam. Lenakah lagi tidur kita setelah mendengar kabaran ini...

Baju merah ganggu forum BERSIH di Bayan Baru

Forum BERSIH di Bayan Baru malam tadi terganggu selama kira-kira 30 minit ekoran kemunculan sekumpulan berbaju merah.

Sekumpulan kira-kira 50 orang, yang diketuai oleh ketua penerangan Umno Bayan Baru, Ridzwan Bakar dan ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim, masuk ke dalam dewan lebih satu jam selepas forum itu bermula.

Forum itu bermula pada pukul 8 malam di Dewan MBPP, Pasar Bayan Baru di Pulau Pinang.

Aktivis pelajar Adam Adli berhenti bercakap apabila kumpulan baju merah itu berjalan masuk pada kira-kira pukul 9.30 malam.

Moderator forum itu, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, menyambut kehadiran kumpulan itu dengan berkata mereka dialu-alukan dan "kita boleh berkongsi pandangan kita".

Selepas Adam selesai bercakap, Sim menjemput Ridzwan untuk berucap di forum itu.

Pemimpin Umno itu mengambil mikrofon dan menimbulkan tentang masalah setinggan di kawasan Sim.

Dalam ucapannya, Ridzwan memberi jaminan kepada hadirin bahawa kumpulan itu tidak berada di situ untuk menimbulkan kekecohan tetapi untuk mendengar ucapan penceramah.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya jangan lagi memijak gambar pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datil Seri Abdul Hadi Awang.

"Tiada siapa yang memijak gambar pemimpin anda semasa perhimpunan kami, jadi jangan lakukannya kepada pemimpin kami," tegasnya disambut laungan ' Allahuakbar' dari penyokongnya.

BERSIH telah menafikan ia terlibat dalam kejadian itu.

Selepas ucapan Ridzwan, kumpulan baju merah kemudiannya mengelilingi Adam (foto) dan menuntut untuk tahu mengapa dia menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa satu perhimpunan di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Kumpulan itu juga mensasarkan jeritan mereka terhadap pembantu Sim dan seorang lagi pemimpin PKR kerana didakwa "memfitnah" perhimpunan baju merah dalam Facebook.

Anggota polis yang hadir di ceramah tersebut, campur tangan apabila keadaan menjadi tegang.

Sebelum kumpulan baju merah itu beredar, Sim menjemput Ridzwan dan Rafizal untuk bergambar bersamanya.

Forum itu disambung semula selepas kumpulan baju merah itu beredar dari tempat tersebut.

Penceramah di forum itu termasuk pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, pengurus BERSIH Mandeep Singh dan Fariz Musa dari Jingga 13.

Bercakap kepada pemberita selepas forum itu, Sim berkata beliau tidak akan membuat laporan polis kerana kumpulan itu tidak ganas.

Ditanya sama ada beliau berasa terancam dengan kejadian itu, Sim berkata "tidak", sambil menambah beliau akan terus berdialog dengan mereka.

Maria berkata, walaupun baju merah terus menimbulkan masalah kepada BERSIH atau membuat kekecohan semasa aktivitinya, acara itu mesti diteruskan.

"Kita mesti terus untuk berdialog dengan mereka, agar mereka memahami perjuangan kita," katanya.
-malaysiakini-

Dapat je upah perhimpunan baju merah terus masuk kedai nombor tak sempat tukar baju? (Gambar)

PKR tidak tahu apa-apa dan keliru tentang pakatan pembangkang!

Ahmad Mustapha Hassan
PKR sedang bermain permainan yang sangat bahaya, yang mungkin akan memusnahkan pakatan sepenuhnya ketika berdepan dengan Umno Baru untuk pilihanraya umum 2018. Ia cuba untuk memuaskan hati semua pihak dalam kem pembangkang. Dengan berbuat begini ia tidak akan memuaskan hati sesiapa, dan akan dibiarkan bersendirian untuk berjuang dalam pilihanraya nanti.
PAS tidak akan bekerjasama dengan PKR. Ini terbukti apabila PKR menerima dua ahli penting parti Islam itu masuk ke dalam partinya. Ia mahu bekerjasama dengan PAS, tetapi masih bersedia menerima mereka yang keluar daripada PAS. Perkara yang sukar diterima akal.

PKR mengatakan menerusi timbalan presiden Azmin Ali yang PKR mahu PAS berada dalam gabungan pakatan baru walaupun DAP dan Amanah menentang tindakan ini.

Azmin berkata, “Kita sudah lama membincangkan perkara ini dan mengambil kira pandangan dan maklumbalas yang kita terima dari ketua ulung, yang berkata PKR sentiasa memasukan semua orang.” Dalam kata lain Anwar mahukan PAS berada dalam pakatan baru ini.

PKR berada dalam kedudukan yang sukar. Salah seorang pemimpin berpengaruh PAS telah menyatakan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan PKR sekiranya PKR berkerjasama dengan DAP dan Amanah.

PAS hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah menerima konsep tentang apakah masa hadapan yang dikongsi bersama. Ia hanya bergantung kepada harapan mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini. Ini pastinya bertentangan dengan semangat dan asas pakatan pembangkang, sekularisme.

PKR perlu menyedari yang PAS dalam kekeliruan dan sedang cemas. Ia berusaha merapatkan diri dengan Umno Baru tetapi masih belum mendapat maklum balas yang baik dari parti itu. Umno Baru pula ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai jenis skandal. Pemimpin-pemimpinnya sedang berdiri di atas tanah yang sedang retak menanti belah.

PKR sengaja enggan berdepan dengan realiti yang PAS adalah risiko kepada mana-mana gabungan pembangkang di masa hadapan.

PAS adalah Hadi dan Hadi ialah PAS. Itulah hakikatnya.
Ketika ini, kerajaan negeri Pakatan di Selangor diketuai oleh PKR dengan wakil rakyat Pakatan seramai 43 orang, daripada jumlah 56 orang wakil rakyat. Terdapat seorang wakil rakyat bebas dan Umno Baru mempunyai 12 buah kerusi.

Pecahan baru dewan undangan negeri Selangor pula seperti berikut; DAP 15, PAS 13, PKR 13, PPM (Amanah) dua dan seorang calon bebas. Sekiranya PAS meninggalkan kerajaan negeri, maka gabungan baru pakatan akan mempunyai 30 kerusi, menentang 13 kerusi wakil rakyat PAS dan 12 wakil rakyat Umno Baru yang berjumlah 25 orang dengan tambahan seorang wakil rakyat bebas.

Pakatan pembangkang baru masih mampu mentadbir Selangor. Mungkin PKR tidak pasti kesetiaan wakil rakyat sedia ada kini, tertanya-tanya sekiranya mana-mana mereka akan meninggalkan parti. Itulah satu-satunya sebab mengapa PKR bersungguh-sungguh benar mahu PAS terlibat sama dalam pakatan pembangkang yang baru.

Juga, Azmin berhutang budi kepada Hadi apabila dia meminta wakil rakyat PAS itu untuk menyokongnya dalam dewan undangan negeri tahun lepas, berikutan kekecohan langkah Kajang yang berlaku.

Pengalaman di Perak boleh dijadikan teladan yang baik.

Ketakutan kehilangan kuasa dan kewajipan untuk menghormati sokongan yang Hadi berikan kepada PKR dengan meminta semua wakil rakyat PAS menyokong Azmin, menyebabkan PKR berasa terhutang budi memasukan PAS sebagai salah satu rakan dalam pakatan pembangkang yang baru dibentuk.

Umno Baru dan PAS tidak akan beroleh kemenangan sekiranya pilihanraya negeri diadakan hari ini. Kedua-dua parti bergolak dengan masalah.

Umno Baru terus kekal kerana wang. Tanpanya ia tidak akan mampu meraih sokongan. Wang sentiasa menjadi talian hayat Umno Baru.

Pakatan baru perlu meninggalkan PAS sendiri, untuk memutuskan apa yang perlu parti itu lakukan.

Malang sekali tetapi PKR perlu berdepan realiti dan bertindak menurut harapan majoriti, DAP dan Amanah.

DAP dan Amanah boleh menjadi kuasa yang digeruni, dan malang sekali sekiranya PKR tidak mampu memutuskan siapa yang mahu dituruti.

Sudah sampai masanya semua parti dengan matlamat yang sama bekerjasama, membentuk strategi ampuh untuk menewaskan Umno Baru dalam pilihanraya akan datang.
-theantdaily-

Raja Bomoh buat hal lagi letak bongkah ais dalam kuali untuk kurangkan jerebu? (Gambar)

Raja Bomoh bantu kurangkan jerebu?
Raja Bomoh bantu kurangkan jerebu? Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.

RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.

Menurut laporan SuaraTV, Raja Bomoh berkenaan menggunakan teropong buluh dan meletakkan sebongkah ais di dalam kuali dan meminta jerebu 'membebaskan Malaysia'.

“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya Ibrahim.

Beliau turut membacakan doa supaya jerebu hilang secepat mungkin.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengklasifikasikan perbuatan Raja Bomoh berkenaan sebagai haram.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.
-sinarharian-

Ramai warga tua ditipu kata rombongan ke Putrajaya sambut Hari Malaysia rupanya ke perhimpunan baju merah

Netizen: Bapa mertua ditipu sertai 'baju merah' 
Netizen: Bapa mertua ditipu sertai 'baju merah'
Foto OhBulan
"BAPA mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tapi sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai baju merah dan ikut perarakan dari Masjid Negara," kata Qystina dipetik laporan OhBulan.

Demikian luahan seorang netizen termasuk beberapa lagi pelayar laman sosial mendakwa ibu, bapa atau saudara mereka ditipu untuk sertai himpunan tersebut.

"Lain kali tolong jujur. Beritahu cerita sebenar. Bukan menipu orang tua, cakap untuk kehadiran sambutan Hari Malaysia," kata Rie di Facebook.

Himpunan Baju Merah yang berlangsung semalam dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Terdapat sekumpulan peserta himpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air.
-sinarharian-