"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gadis cantik ini balas kenyataan 'pedas' Donald Trump

BEBERAPA hari lalu, calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membuat cadangan 'aneh' agar mereka yang beragama Islam dipakaikan dengan sejenis alat pengesan dan identifikasi, sebagai satu cara memerangi keganasan.

Ia menerima reaksi yang pelbagai dari komuniti Islam yang kebanyakan sudah biasa dengan mulut celupar Trump. Dan bagi seorang gadis cantik bernama Marwa Balkar, dia menyifatkan cadangan itu sebagai satu peluang keemasan untuk memperjelaskan apa itu Islam.

Dalam kemas kini status di laman Facebook, Marwa berkata jika diberi pilihan, dia mahu menggunakan simbol aman atau peace sebagai identiti kerana itulah ajaran yang dibawa oleh Islam.

Mengenai idea Trump berhubung alat pengesan, Marwa yang menetap di California berkata ia mungkin satu langkah yang baik untuk mendedahkan kepada ahli perniagaan itu tentang aktiviti yang dilakukan umat Islam dalam kehidupan seharian.

Jelas Marwa, Trump akan dapat melihat bagaimana dia melakukan kerja-kerja amal, dibantu oleh rakan-rakan seagamanya.

Dari situ, Trump akan sedar bahawa umat Islam tetap menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Amerika yang lain.

Status yang dimuat naik pada 21 November itu telah menerima hampir 500 ribu likes dan lebih 150 ribu perkongsian.

Lebih menarik, CEO Facebook, Mark Zuckerberg, merupakan antara ratusan ribu yang menyukai status berkenaan.

Kongres PKR didakwa tidak sah

Mohamad Fadli 
pkrPETALING JAYA: Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung sehingga 29 November ini didakwa tidak sah kerana membenarkan kehadiran perwakilan dari Cabang PKR yang digantung.
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang PKR, Nasruddin Mohamad, 55, mendakwa sembilan perwakilan daripada Cabang Sepang hadir di kongres itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Dia mempersoalkan bagaimana pimpinan tertinggi PKR boleh membenarkan sembilan perwakilan itu hadir sedangkan cabang itu telah digantung sejak 19 September lalu.

“Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.. Namun perwakilan dari cabang yang telah digantung itu tetap boleh hadir.

“Jadi kita anggap kongres ini tidak sah, haram.. Sudah terbukti mesyuarat agung (Cabang Sepang) tidak sah…,”. katanya kepada FMT.

Nasruddin berkata, Mesyuarat Agung PKR Cabang Sepang ke-11 telah dibatalkan pada 19 September 2015 kerana audit kewangan yang tidak jelas dan dan dakwaan penipuan dalam pemilihan pimpinan Cabang itu.

Dia mendesak Rafizi menjelaskan mengapa sembilan perwakilan itu masih dibenarkan hadir.

“Walaupun penjelasan dan laporan polis telah dibuat sebelum ini… namun masih dibenarkan sembilan perwakilan dari cabang itu hadir ke kongres PKR. Adakah pemimpin PKR korup,” katanya.
-fmt-

Wechat bongkar rahsia rogol

Kampar: Lelaki berusia 23 tahun diberkas polis semalam kerana disyaki merogol pelajar perempuan sekolah menengah di Malim Nawar, di sini.

Penganggur berasal dari Malim Nawar itu ditahan, susulan laporan polis dibuat bapa pelajar berusia 13 tahun terbabit selepas mengetahui melalui aplikasi Wechat di telefon bimbit, anaknya itu melakukan hubungan seks dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati pelajar berkenaan berkenalan dengan suspek melalui Wechat pada 8 November lalu dan selepas berkenalan dalam talian selama beberapa hari, suspek dan pelajar berkenaan mula bertemu di pekan Kampar.

Menurutnya, pada kali kedua bertemu iaitu 20 November lalu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam Tandas Awam Plaza Kranji, Jalan Market, di sini, dan pada awalnya mangsa menolak, namun akur apabila lelaki berkenaan berjanji tidak akan berpisah dengannya.

“Suspek sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan mangsa pada 22 November lalu di tempat sama.

“Namun, pada 25 November lalu, bapa pelajar berkenaan terbaca mesej di dalam WeChat anaknya yang menyatakan sudah tiada dara dan selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar, bapa terus membawa pengadu datang ke Balai Polis Malim Nawar untuk buat laporan,” katanya di sini hari ini.
-hmetro-

Padah maki hamun penguatkuasa wanita

Lelaki
Georgetown: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman terhadap dua lelaki yang memaki hamun dan melempar wang kepada anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bulan lalu.

Tertuduh, Bok Kwong Shen, 25, dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,200.

Rakannya, Leong Wai Loon, 19, dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 150 jam dan turut dikenakan denda RM100.

Kedua-duanya kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.

Dua tertuduh berkenaan diwakili peguam Tan Guat Cheng dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkifli
-kualalumpurpost-

CCTV rakam aksi peragut

Kes rompak
Melaka -Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita disamun dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin. mangsa kerugian lebih RM1,200.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa yang berusia 20-an berjalan seorang diri tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut.
-kualalumpurpost-

Najib akan dijatuhkan dalam sebulan dua- Ketua UMNO Cawangan

Mohamad Fadli 
najib-umno
PUCHONG: Lebih 200 orang Ketua UMNO cawangan yang mendesak Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, mengakui pergerakan itu semakin berkembang dengan lebih banyak sokongan.

Ketua Cawangan Bandar Putri Puchong, Mohd Shukor Mustaffa mengingatkan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak memandang ringan desakan itu lagi memandangkan ia boleh menjatuhkan Najib dalam jangka masa sebulan dua lagi

Ketua-ketua cawangan UMNO katanya, sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.

“Kita akan susun beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini.

“Asalnya 34 cawangan, tetapi hari ini lebih 800 hingga 1000 ketua cawangan UMNO yang menyertai kami dalam desakan Najib berundur.

“Jika kami ada kuasa mengundi dia jadi Presiden, maka kami juga ada kuasa menolaknya dan ia akan dilakukan dalam masa sebulan dua,” katanya dalam satu sidang media di Kinrara Golf Resort.

Dalam pada itu, ketua cawangan UMNO Teluk Kemang pula mengesahkan pihaknya akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin parti ekoran desakan secara terbuka mengajak Najib berundur.

Ketua Cawangan Taman TKK Teluk Kemang, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, tindakan itu diambil berikutan kepimpinan UMNO berasa tercabar dengan desakan terhadap Najib itu.

Tambahnya, ia bukti kepimpinan UMNO bimbang dan tindakan pantas diambil oleh majlis tertinggi parti.

“Saya nak tanya, kalau desakan itu tidak berkesan, kenapa sembilan orang dalam kalangan mereka yang telah membuat sidang media di Teluk Kemang telah dihantar surat tindakan tataterib?

“Sembilan orang itu akan dihadapkan ke tribunal disiplin oleh UMNO pada Rabu ini jam 2.30 petang,” katanya.

Beliau ditemui dalam satu sidang media bertema, “Perjuangan Mendemokrasikan UMNO, berani kerana benar, kami sayangkan UMNO” oleh 200 ketua Cawangan UMNO Malaysia.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa desakan terhadap Najib tidak memberi sebarang kesan.
-fmt-

Pemimpin PAS pening kepala dengan jawapan YB Salleh Man

Perah susu lembu tengah bandar (Gambar)

Beijing: Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman dulu kala apabila membawa lembunya ke bandar di Zhangye dan menawarkan penduduknya susu asli sebenar.

Strategi perniagaan lelaki itu nampaknya laris apabila penduduk Zhangye berpusu-pusu membeli susu asli diperah segar dari lembunya.

China News melaporkan ada penduduk tempatan lebih menggemari susu seperti itu berbanding yang sudah diproses dan dijual dalam kotak kerana menganggapnya lebih sihat.

Malangnya, pelbagai bakteria seperti Salmonela, E coli dan Listeria antara kuman yang mampu menjangkiti seseorang yang minum susu yang tidak dipasteur, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).

Mungkin petani dari Gansu ini mendapat idea untuk menjual susu lembunya selepas melihat kejayaan gembala kambing di wilayah Shaanxi yang membawa haiwan ternakan mereka ke Xi’an menaiki van untuk menjual susunya dengan harga 10 RMB (RM6.90).

Pengguna China tidak mempercayai jenama susu tempatan disebabkan pelbagai skandal dikaitkan dengan bahan minuman itu sejak beberapa tahun.

Seterusnya ini membuka ruang untuk usahawan yang kreatif membawa haiwan ternakan mereka ke bandar besar, malah ada juga yang terbang ke Australia semata-mata mahu membeli susu formula bayi untuk dijual semula di China. - Agensi
PETANI berkenaan memerah susu lembunya di tepi jalan raya.
-hmetro-

Padah Bergurau Cerai Isteri Talak Tiga

Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30-an yang baru sahaja balik dari Mahkamah Rendah Syariah bersama dengan seorang rakan. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas.

“Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?” soalnya.

“Puan bercerai talak berapa?”

“Talak tiga,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.

“Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama,” katanya.

Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.

“Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?” soal aku.

“Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia ‘aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga’. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya,” katanya.

“Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami sekiranya puan mahu khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat,” kataku.

Pemaju menara didapati bersalah curi cahaya matahari

Nanjing (China): Pemaju sebuah menara tertinggi di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.
Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.

Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).

Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.

Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. - Agensi
-hmetro-

Lari berbogel elak ditahan

Jertih – Seorang penagih dadah diberkas dalam keadaan berbogel selepas kain tuala dipakai tercabut ketika terjatuh semasa cuba melarikan diri daripada polis yang menyerbu rumahnya dekat Kampung Raja, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang memakai tuala terlebih dahulu terjun keluar melalui jendela rumahnya dalam Ops Waran Tangkap Narkotik.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Kamsani Hasan berkata, lelaki tersebut ditahan dalam operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Besut Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Setiu dan Dungun membabitkan beberapa kawasan di daerah ini.

Menurutnya, operasi yang turut dibantu anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut telah menahan suspek tersebut yang diburu kerana mempunyai waran tangkap berkait kesalahan dadah jenis heroin.

“Suspek merupakan salah seorang daripada 33 suspek yang berjaya diberkas dalam operasi tersebut yang membabitkan umur antara 19 hingga 55 tahun. Daripada keseluruhan yang diberkas seramai 26 orang yang mempunyai waran tangkap sementara bakinya membabitkan kes lain,” katanya,

Katanya, dalam operasi itu turut berjaya merampas satu botol plastik berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan empat biji pil dipercayai dadah jenis methamphertamine (pil kuda).

Menurutnya, operasi tersebut bagi memburu suspek yang mempunyai waran tangkap kerana ingkar dengan perintah mahkamah berkait kesalahan dadah sejak tahun 2008 hingga 2014.

“Kebanyakan mereka diberkas dalam serbuan yang dilakukan di rumah-rumah dan tepi jalan sementara tangkapan paling ramai adalah membabitkan dalam operasi di kawasan perumahan di Jertih dan Kuala Besut.

“Kita akan sentiasa melakukan operasi memburu dan mengesan mereka yang terlibat dengan waran tangkap dan sehubungan itu kita meminta menyerah diri sebelum tindakan diambil,” katanya.

Kamsani berkata, hasil serbuan itu, terdapat juga suspek cuba melarikan diri setelah polis mengetuk pintu rumah beberapa kali dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, namun berjaya ditahan, 
Sinar Harian.

Siapa takut, Husam atau PAS?

Al-Abror Mohd Yusuf 
 Apabila Zaharudin Muhammad memuat naik gambarnya duduk bersendirian di sebelah bangku kosong yang di depannya bertanda nama Husam Musa, kita faham perseteruan antara kedua-duanya belum padam.
Biarlah Zaharudin berkata bahawa tulisan di Facebook itu adalah yang terakhir dan tidak akan melayan Husam, namun bahasa – termasuk bahasa badan – yang digunakan ternyata membayangkan kebencian menantu Presiden PAS kepada bekas naib presiden PAS.

Kebencian itu seolah-olah tidak akan padam. Di pihak Husam pula, nampaknya dia tidak boleh berbuat apa-apa. Barangkali sudah rezeki dia dimusuhi dua menantu orang besar dalam PAS.

Detik kejatuhan Husam bukan bermula ketika dia dikatakan diarah untuk dicantas bersama gerombolan pimpinan progresif PAS dalam muktamar Jun lalu.

Kalau sebatang pokok boleh dijadikan analogi, kulit di sekeliling Husam dikikis perlahan-lahan hingga ke terasnya sejak isu menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu muncul.

Ketika itupun bukan Husam saja yang dicantas. Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Anual Bakri Haron tentu faham benar kedudukan politik dalaman kompleks Kota Darul Naim ketika itu.

Jemputan tidak hadir

Sebenarnya tiada yang unik dengan gambar Zaharudin dengan kerusi kosong Husam itu. Ia memang gimik yang biasa PAS buat selama ini. Tidak pasti sama ada Husam sendiri pernah terbabit dalam insden begitu, tetapi PAS memang selalu.

Ketika ada apa-apa isu politik, PAS akan mencabar lawannya – ketika itu, Umno – untuk berdebat. Pilih tarikh, tempat dan masa yang difikirkan sesuai dan ajak wakil parti lawan datang berdebat.

Pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan, biasanya tiada sesiapa dari parti yang dijemput itu akan hadir. Maka yang berlangsung ketika itu adalah siri syarahan politik sepihak.

Zaharudin sekadar melanjutkan kelaziman cabaran debat murahan PAS selama ini. Atau dalam bahasa yang lain, dia mungkin belajar daripada abang-abangnya dalam PAS selepas dia sendiri kini menjadi orang besar PAS.

Lucunya amalan debat yang diuar-uarkan PAS itu malah tidak subur dalam PAS. Ketika orang ramai berharap Husam berdebat – atau berdialog – dengan Mustafa Ali, tiba-tiba Datuk Takiyudin Hassan tampil memberikan arahan selaku setiausaha agung parti.

Ia kira-kira sama dengan hangatnya bahang debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy.

Tony Pua adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, manakala Arul Kanda adalah presiden 1MDB yang menjadi sasaran kritikan ramai, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berbeza daripada cerita Zaharudin dan Husam, antara Pua dan Arul Kanda ada cabar-mencabar berlaku. Seolah-olah debat itu hampir sangat akan terjadi – sehinggalah keluar ketetapan Speaker Dewan Rakyat yang memberi hukum larangan.

Gagal satu lagi debat yang dinanti-nanti.

Kemudian kita mungkin boleh teringat kepada sesi Nothing To Hide yang juga sangat hampir kepada sesi debat, atau sekurang-kurangnya dialog.

Ia berakhir dengan arahan polis supaya majlis itu dibubarkan.

Ingat debat antara PAS-Umno pada 1980-an dulu? Selepas Umno berlatih sesama sendiri sebagai persediaan menghadapi PAS, keluar arahan supaya ia dibatalkan tidak lama sebelum tarikh sebenar dipersetujui.

Apakah moral daripada satu demi satu insiden "gagal" ini?

Ketakutan kelihatan melampau

Ia membawa mesej bahawa kita sebenarnya kelihatan takut kepada kebenaran. Siapa yang benar antara Zaharudin dan Husam, Mustafa dan Husam, Pua dan Arul Kanda?

Malah dalam keadaan tertentu, ketakutan itu kelihatan melampau.

PAS yang selama ini menjenamakan partinya sebagai pertubuhan yang matang dan terbuka, rupa-rupanya tertutup apabila ia membabitkan isu dalaman sendiri.

Seboleh mungkin bau hanyir bangkai itu mahu diselimutkan agar tidak terhidu ke luar rumah walaupun tengiknya disedari seluruh kampung.

Kita masih jauh daripada politik matang. Pada masa sama kita masih akrab kepada sindrom penafian. Wayang politik dimainkan di mana-mana saja dan oleh sesiapa saja yang merelakan dirinya menjadi haiwan politik.

Hak rakyat untuk mengetahui hakikat dan fakta sebenar menjadi perkara kedua atau ketiga. Keutamaan parti dan orang politik adalah mengekalkan imej masing-masing sebagai bersih daripada masalah.

Orang politik adalah orang politik. Mereka boleh berseteru atau bertegang urat leher di mata umum tetapi mampu bertepuk tampar ketika bertemu di kedai minum atau kantin parlimen.

Tanpa disedari – atau sengaja enggan disedari – yang menanggung bala bencana daripada perseteruan itu adalah rakyat terbanyak di peringkat akar umbi. Penyokong Husam misalnya, mungkin tidak akan rela bermanis muka dengan orang yang menadah kitab kuliah Zaharudin.

Pengagum tegar Nasrudin Hassan mungkin akan berhujah dengan ayat al-Quran untuk menghalalkan rasa marah mereka menyalahkan anak murid Ahmad Awang.

Dan pada hampir setiap masa kita mengeluh kerana keadaan menjadi kian keruh dan kebenaran masih belum muncul.

AL-ABROR MOHD YUSUF anggota sidang redaksi Malaysiakini.

Mayat Kevin Morais dibakar tanpa pengetahuan tujuan untuk melupuskan bukti?

FMT Reporters
charlesPETALING JAYA: Perbalahan mengenai mayat Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais mencetuskan kontrovesi baharu selepas dua adiknya mendakwa mayat mendiang telah dibakar.
Charles Suresh, 51, dan David Ramesh, 51, menyelar perbuatan yang dibuat adik bongsu mereka, Datuk Richard Morais, 49 tahun.

Dia dikatakan menuntut mayat abang mereka di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu, hari yang sama abangnya memfailkan permohonan di mahkamah untuk bedah siasat kedua.

Kedua-dua mereka mendakwa mayat mendiang telah dibakar secara senyap.

“Saya sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Richard. Dia telah melanggar kepercayaan keluarga,” kata Charles yang dipetik daripada Mstar Online.

Rabu lalu, Charles menandatangani surat akuan sumpah pada Rabu, mendakwa hubungan Richard dan Kevin sudah berjauhan selama kira-kira 15 tahun.

Katanya, dia berasa aneh apabila Richard berkelakuan seolah-olah dia sangat rapat dengan Kevin.

Dakwa Charles, beliau percaya perbuatan itu dilakukan untuk memusnahkan bukti baharu.

Muslimah berpurdah dipukul dan disayat ketika ia meninggalkan stesen metro di Marseille, Perancis

Hanin Mazaya
 Muslimah bercadar di Perancis dipukul dan disayat saat ia meninggalkan stasiun metro di Marseille
Muslimah Eropa yang mengenakan cadar
MARSEILLE (Arrahmah.com): Seorang Muslimah Perancis yang mengenakan niqob (cadar) mendapat serangan pengecut, ia dipukul kemudian disayat ketika ia meninggalkan stasiun metro di Marseille saat kejahatan anti-Muslim meningkat di Perancis setelah serangan Paris beberapa waktu lalu, lansir WB pada Senin (23/11/2015).

Penyerangnya dilaporkan mengeluarkan komentar mengenai pakaian yang dikenakan oleh korban. Korban telah dibawa ke rumah sakit terdekat dengan luka di wajah.

Tidak ada laporan rinci mengenai serangan tersebut termasuk nama korban dan penyerang.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve “mengutuk” serangan tersebut dan menyatakannya sebagai serangan pengecut serta mendesak warga Perancis untuk mengingat “nilai-nilai Republik”.

Patah Leher, Retak Muka Akibat Vape Meletup (Gambar)

COLORADO: Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

"Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang," katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup.
-mstar-

Bil letrik akan dinaikkan tahun depan? Teriima kasih BN (video)


Pelakun lelaki ini lakukan seks oral pada kenalan lelaki punca dia menghidap HIV

 Baru minggu lalu Charlie Sheen mencuri tumpuan ramai dengan pengakuannya menjadi pembawa virus HIV.
Hari ini beredar klip video pelakon bermasalah itu dalam keadaan lebih meloyakan - melakukan seks oral ke atas lelaki.

Sebuah laman sesawang melaporkan video berkenaan adalah salah satu bahan bukti dalam kes saman bernilai AS$20 juta terhadap Sheen.

Pelakon berusia 50 tahun itu dilaporkan dia menjadi punca jangkitan penyakit herpes ke atas seorang lelaki lain.

Pelakon siri komedi The Two And A Half Men itu mendakwa dia "tidak menghidap sebarang penyakit berjangkit" ketika berhubung dengan lelaki terbabit.

Kes berkenaan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah dengan Sheen diberi hak sah terhadap video asal berkenaan.

Menurut anak kepada pelakon Martin Sheen itu, dia bertemu lelaki berkenaan di Las Vegas pada April 2011.

Dia disahkan membawa HIV pula pada Mei tahun sama.
-malaysiakini-

Doktor terkejut jumpa gulungan duit dalam perut (Gambar)

Doktor terkejut jumpa gulungan duit dalam perut
Doktor terkejut jumpa gulungan duit dalam perut Gulungan wang yang ditemui di dalam perut seorang pesakit.
KAHERAH - MESIR. Sekumpulan doktor terkejut selepas menjumpai gulungan wang kertas yang dibalut dengan plastik di dalam perut seorang pesakit.

Sebelum itu, doktor membuat imbasan di perut seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit perut dipercayai disebabkan penyakit apendiks di sebuah hospital di Kaherah Mesir.

Hasil imbasan, doktor mendapati terdapat gulungan di dalam perut yang menyebabkan pesakit sering mengadu sakit dan muntah.

"Kami membuat pembedahan untuk membuang gulungan tersebut dan didapati terdapat gulungan wang kertas bernilai EGP 1,000 (RM543) di dalam perut pesakit yang dibalut dengan plastik berwarna putih.

"Kami hanya pernah menjumpai barangan besi atau tulang di dalam perut pesakit, namun ini pertama kali kami menjumpai wang," kata doktor memetik Emirates 24/7.

Pesakit itu ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat tentang bagaimana wang itu boleh berada di dalam perutnya.
-sinarharian-

Punca Ibrahim Ali naik angin gelar Maria Chin ‘perempuan sial’

Faiz Zainudin
ibrahim-aliKUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali memanggil Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sebagai ‘perempuan sial dan senget’ kerana memburukkan nama Perkasa dalam pertemuan dengan Presiden Barrack Obama baru-baru ini.
Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal berita yang melaporkan Maria Chin didakwa mengaitkan Perkasa dengan kegiatan ekstremis di negara ini.

“Kalau betul Maria Chin, dalam dia berhujah kononnya kerajaan mengizinkan ekstremisme dia sebut nama Perkasa kononnya kerajaan tidak ambil tindakan ke atas NGO yang ekstremis, dia nak ke suruh saya panggil dia perempuan sial.

“Saya hanya baca perkara itu melalui laporan sebuah portal. Saya bukan anti wanita, saya hormat wanita,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Ibrahim juga mempersoalkan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat yang mengaturkan pertemuan dengan Obama apabila hanya memilih NGO pro-pembangkang.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pertemuan itu sebagai salah satu usaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

“Kenapa Obama memilih untuk bertemu dengan NGO pro pembangkang, Saya rasa ini cara halus yang digunakan Amerika untuk menekan kerajaan Malaysia,” katanya.
-fmt-

Pelajar SPM Gantung Diri, Kecewa Gagal Jawab Kertas Matematik Tambahan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan seorang pelakon drama tempatan berbahasa Cina dilaporkan membunuh diri di rumahnya semalam selepas dipercayai kecewa kerana gagal menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan dalam ujian tersebut.

Memetik laporan akhbar New Straits Times, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang, pelakon berusia 17 tahun yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah ditemui tergantung di dalam biliknya dengan tali leher dilehernya.

Difahamkan, remaja lelaki itu pernah berlakon dalam beberapa siri televisyen berbahasa Cina dan guru-guru menyifatkan mangsa sebagai seorang pelajar cemerlang.

Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman.

"Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat jawab (soalan Matematik Tambahan).

“Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang. Namun, mangsa enggan dan terus pulang ke rumah,” kata Mohd Sukri dipetik NST.

Tambah Mohd Sukri, ketidakhadiran mangsa ke sekolah pada waktu petang untuk menduduki ujian Kertas 2 subjek tersebut menyebabkan gurunya bimbang, sebelum mengambil keputusan menghubungi keluarga mangsa.

“Guru tersebut menghubungi ibunya untuk bertanyakan mangsa. Ibu pelakon tersebut yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.

“Ibu saudara mangsa menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya terikat pada bingkai tingkap,” jelas Mohd Sukri.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Lelaki India Ditangkap Dan Dipukul Ketika Cuba Rogol Gadis Melayu (Video &Gambar)

india rogol gadis melayu kena pukul
Difahamkan 3 lelaki bangsa India telah ditangkap oleh orang awam bangsa India juga kerana didakwa cuba merogol seorang gadis Melayu menurut post blogger OhDunia.
rogol gadis melayu india
Kedua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Penyakit Misteri Ragut Nyawa Anak Orang Asli Suku Jahai

BELUM: Satu penyakit misteri sedang merebak dan membunuh kanak-kanak Orang Asli daripada suku kaum Jahai di kawasan Sungai Kejar di Taman Negeri Perak Royal Belum.

Persoalannya sama ada pihak berkuasa tidak mengetahui mengenai kejadian itu atau masyarakat Orang Asli itu sendiri tidak melaporkan mengenai kematian yang berlaku.

Suku berkenaan memanggil penyakit itu sebagai serawan.

Ia bermula dengan tompok putih di dalam mulut kanak-kanak dan ia terus membunuh dalam masa beberapa hari selepas tanda-tanda itu dilihat.

Pasukan R.AGE daripada The Star mengembara jauh ke dalam taman negeri itu untuk menyiasat dan melakukan dokumentari.

Kami menemui beberapa keluarga suku Jalai yang kehilangan anak-anak mereka kerana penyakit itu.

Seorang budak perempuan berusia lapan tahun, Malini, meninggal dunia pada pagi selepas pasukan R.AGE tiba.
Kurup, menyalakan api di kawasan kubur anak perempuannya, Malini. Binaan buluh berbumbung itu dibuat bagi menghalang gangguan binatang.

Kami dibenarkan untuk merakamkan upacara pengebumian.

"Jika tidak kerana serawan, dia masih berada di sini," kata Kurup iaitu datuk Malini sambil menambah bahawa lebih ramai mangsa yang terkorban akibat serawan.

Bain, seorang lagi lelaki dari suku itu berkata penyakit tersebut telah membunuh lima anak-anaknya.

"Kami pernah mempunyai kira-kira 600 orang di kampung-kampung di sini, dan kita gembira. Kini kira-kira 400 daripada kami sudah meninggal dunia," katanya.

Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) terdapat kira-kira 300 Orang Asli di Sungai Kejar.

R.age menunjukkan gambar gejala penyakit itu kepada beberapa doktor dan mereka membuat kesimpulan bahawa bintik putih berkenaan adalah gejala seriawan mulut.

Seriawan merupakan penyakit pada mulut atau lidah.

Ia berlaku apabila sistem imun menjadi lemah oleh penyakit atau kekurangan zat makanan.

Para doktor berkata ujian terperinci perlu dilakukan untuk menentukan punca gejala.

Ahli antropologi Universiti Malaya, Kamal Solhaimi Fadzil yang telah melakukan kajian menyeluruh ke atas masyarakat Orang Asli di hutan Belum-Temenggor di Perak, berkata kadar kematian kanak-kanak di Sungai Kejar boleh menjadi setinggi 50 peratus.

Namun apa yang menghairankan, Jakoa Hulu Perak dan Pegawai Daerah Baling, Razali Khamis yang menyelia kawasan Sungai Kejar berkata tiada sebarang kematian dilaporkan di kalangan Orang Asli Sungai Kejar sejak 2014.

Katanya, beliau juga tidak pernah mendengar tentang serawan dan menyatakan keraguan terhadap cerita kematian kanak-kanak.

Razali juga merujuk pasukan R.AGE ke jabatan kesihatan daerah untuk maklumat lanjut, tetapi rekodnya adalah sama.

Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Dr Noor Asmah Ahmad Shah Azizi berkata ia mungkin masyarakat Orang Asli itu tidak melaporkan kematian yang berlaku.

Berdasarkan rekod ia menunjukkan hanya satu kematian sejak 2013.

Kematian Malini, bagaimanapun hanya direkodkan selepas R.AGE meminta untuk mengadakan temu bual dengan jabatan kesihatan.

"Mungkin ada kematian yang tidak dilaporkan, tetapi ia tidak sebanyak seperti yang didakwa," katanya.

Namun selain kematian Malini, R.AGE mendapati lebih banyak bukti mengenai kematian kanak-kanak Jahai.

Keladi, iaitu individu yang menjadi tuan rumah pasukan dokumentari ini menunjukkan sijil kematian anak perempuannya yang meninggal dunia akibat serawan pada 17 Mei tahun ini.
-mstar-

Mesyuarat Umno: Akhirnya seorang pemimpin umno dipecat

Umno pecat Hamidah; Muhyiddin dan Shafie selamat

Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan digantung, Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak hari ini mengumumkan bahawa hanya seorang ketua wanitabahagian yang dipecat.

Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.

“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin.

"Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.

Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambutkepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga lantang membidas Najibdan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presiden dan naibpresiden, tidak hadir pada mesyuaratyang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.
-malaysiakini-

Wajarkah umat Islam bayar zakat kepada institusi tak amanah, soal mufti Perli

Mufti Perlis Datu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempersoalkan kewajaran seseorang individu membayar zakat dan mengamanahkan harta awam dan anak yatim kepada institusi yang tidak dipercayainya.

Posting di laman Facebook miliknya turut bertanyakan hukum institusi pengurusan zakat dan harta awam yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

"Apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?

"Apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dan lain-lain kepada pihak yang beliau yakini tidak atau kurang amanah?" soal Asri.

Persoalan itu katanya dibangkitkan susulan menerima pertanyaan bertalu-talu daripada ramai pihak yang mendesaknya supaya mengulas kenyataan pihak tertentu membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa.

"Memang, persoalan kewajiban bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan sarjana fekah. Ada perincian dan perbezaan pendapat.

"Namun sebelum mengulas soalan tersebut, sekurang-kurang dua soalan itu hendaklah ditanya dan dijawab terlebih dahulu," katanya.

Asri bagaimanapun berkata, sekiranya persoalan-persoalan itu dapat dijawab dengan memuaskan, dan yakin pihak rasmi zakat itu amanah dan telus, zakat hendaklah dibayar melalui mereka.

"Kerana mereka lebih tahu maslahat fakir miskin. Bahkan, enggan bayar kepada ulul amri tanpa sebab yang munasabah boleh berdosa kerana Allah memerintahkan kita taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha yang mendakwa pengagihan zakat tanpa melalui pemerintah adalah sah tetapi berdosa.

Othman berkata pandangannya sejajar dengan Muzakarah ke-76 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 November 2006.

Beliau berkata, pembayaran zakat tanpa melalui agensi yang sah akan menyebabkan ketidakadilan kepada pihak lain kerana kemungkinan seseorang asnaf turut menerima bantuan daripada individu lain.

“Perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa kerana dalam Islam, patuh dan taat kepada pemerintah atau ulul amri dalam perkara kebaikan adalah wajib,” katanya
-malaysianinsider-

Chegubard tuduh Azmin terlibat kemelut PKR-DAP di Pulau Pinang

Mohamad Fadli 
Badrul Hisham ShaharinPETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dituduh terlibat dalam kemelut antara PKR dan DAP di Pulau Pinang.
Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa, Azmin bertindak menyerang DAP di Pulau Pinang bagi mempertahankan kerjasama antara PKR dengan Pas di Selangor.

Dia mendakwa, seorang wakil rakyat PKR Selangor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil rakyat PKR Pulau Pinang sebelum usul tambakan laut itu dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November lalu.

“Jika ini benar ia keadaan lebih parah dari apa yang kita jangka….Maknanya Azmin bukan sahaja membuat celaru dalam parti tetapi juga peranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) kini dimainkan Azmin dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, Chegubard kecewa setelah Angkatan Muda Keadilan (AMK) lambat mengeluarkan kenyataan berhubung isu lima wakil rakyat PKR berkecuali terhadap usul tambakan laut.

Katanya, AMK Pulau Pinang sepatutnya mengeluarkan kenyataan dengan segera bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

“Selaku anggota PKR saya merakamkan rasa kecewa apabila ini bukan sekali berlaku di mana kelihatan PKR agak lambat respon.

“Selepas apa belaku, PKR peringkat negeri sudah tampil dengan penjelasan kepada rakyat. 

Takkanlah perkara seperti ini juga memerlukan campur tangan peringkat pusat ?,” katanya.

Sebelum ini, DUN Pulau Pinang mengundi usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Lima wakil rakyat PKR bersikap berkecuali iaitu Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak puas hati dengan tindakan itu melabelkan lima wakil rakyat PKR itu menyokong UMNO.
-fmt-

2 pegawai kanan Yapeim diarah bercuti, kata sumber

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim semalam, membincangkan dakwaan terhadap institut itu. 

Dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim diadakan pada 9.30 pagi di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Mesyuarat ini dipercayai membincangkan dakwaan terhadap penyalahgunaan dana Yapeim.

The Malaysian Insider difahamkan, mesyuarat itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin.

The Malaysian Insider sudah cuba menghubungi kedua-duanya untuk pengesahan namun tidak berjaya.

Pendedahan-pendedahan dilakukan kebelakangan ini menyebabkan Yapeim terpaksa memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Selepas pendedahan terbaru skandal Yapeim di Perancis minggu lalu, semalam Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.
-malaysianinsider-