"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tergamak remaja ini bunuh dan rogol mayat ibu









Samuel Akpobome bakal dibicarakan tidak lama lagi.
ABUJA - NIGERIA. Seorang remaja bertindak diluar batasan apabila membunuh sebelum merogol mayat ibunya.

Remaja terbabit bertindak demikian gara-gara terpedaya dengan skim cepat kaya diperkenalkan oleh seorang bomoh.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan kira-kira 32 kilometer di bandar Ologbo.

Samuel Akpobome, 18, berkata dia dijanjikan sejumlah wang oleh bomoh terbabit jika mengikut segala arahannya.

Menurutnya, pembunuhan itu sebahagian daripada 'ritual wang' bagi membolehkannya mendapat kekayaan dalam sekelip mata.

"Saya dijanjikan wang yang banyak jika membunuh dan rogol mayat ibu.

"Saya ikut arahan bomoh...cekik ibu hingga mati semasa dia sedang tidur.

"Selepas itu, dia suruh simpan mayat ibu selama dua hari," kata Akpobome.

Tambah Akpobome, selepas melakukan perbuatan keji itu, dia diminta memotong cuping telinga serta jari ibunya untuk diserahkan kepada bomoh terbabit.

Namun, remaja itu tidak sempat melaksanakan arahan tersebut apabila perbuatannya terbongkar selepas disedari oleh neneknya sendiri.

Sementara itu, Komisioner Polis, Babatunde Kokumo berkata, Akpobome bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. - The Sun.

Kita bukan curi ahli Pas sesiapa sahaja boleh masuk AMANAH, kata Mat Sabu

MALAYSIADATELINE
AMANAH menyangkal dakwaan bahawa pihaknya ‘mencuri’ ahli Pas dan menegaskan setiap individu berhak menjadi ahli parti itu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, parti itu bersikap terbuka dan tidak pernah mengehadkan sokongan ahli.

“Siapa sahaja rakyat Malaysia berhak jadi ahli Amanah. Kalau ahli dia nak masuk kita bukan curi, sebab sesiapa pun boleh masuk. Kita tidak hancurkan sesiapa, kalau orang sokong kita menang, orang tak sokong kita kalah.

“Parti politik nak ahli ramai tak kira datang dari mana,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Amanah Terengganu, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, penyertaan oleh bekas pemimpin parti lain perlu mendapat persetujuan di dalam mesyuarat.

“Bagi keahlian di peringkat pemimpin, bekas menteri, kita kena bincang dahulu. Kalau orang biasa, bila-bila masa boleh masuk,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, terkini terdapat seramai 100,000 ahli parti itu di seluruh negeri dengan purata pertambahan 10,000 orang setiap bulan.

“Cuma di Terengganu kemasukan ahli baharu masih kurang memberangsangkan disebabkan faktor-faktor tertentu. Namun, di Kelantan ada peningkatan sehingga cecah 2,000 ahli baru dalam sebulan. Ini wajar dicontohi,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, AMANAH tidak sewajarnya menjadikan komplot merekrut ahli Pas sebagai agenda utama parti setelah menjadi komponen kerajaan memerintah hari ini.

Sebaliknya beiau meminta, pemimpin-pemimpin Amanah yang kini di tampuk kuasa agar tidak membiarkan agenda Islam tenggelam dalam kerajaan.

“Tidak sepatutnya menjadi agenda Amanah untuk tarik ahli Pas melompat ke parti mereka.

“Sebelum menang PRU14, Amanah pernah menyatakan akan memperkasakan agenda Islam setelah diberi kuasa.

“Namun kini, jadikan rekrut ahli Pas untuk sertai mereka sebagai petunjuk prestasi utama (KPI). Amanah jangan sesekali biar perspektif Islam tenggelam dalam kerajaan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau tidak gusar dengan gerakan AMANAH dan yakin ahli-ahli Pas istiqamah dengan perjuangan parti Islam tu.

Pelajar Tingkatan Dua sertai parti seks

 
Peserta pesta seks yang ditahan. Gambar kecil: Barang yang dirampas pada serbuan tersebut.
SERDANG
- Seramai 45 individu termasuk seorang pelajar Tingkatan Dua ditahan dalam parti liar seks dan dadah di sebuah kondominium di Seri Kembangan di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3.45 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri 37 lelaki dan 8 perempuan berusia 14 hingga 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, 33 daripada yang ditahan positif dadah dan berada dalam keadaan khayal sewaktu serbuan dilakukan.

"Penganjuran pesta bebas itu juga berjaya menahan sembilan pelajar sekolah menengah dan enam penuntut institut pengajian tinggi di sekitar Kuala Lumpur yang berada di lokasi.

"Dipercayai semua yang terlibat menerima jemputan parti tertutup itu menerusi media sosial dan dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM60 untuk menyertai parti yang diadakan selama dua hari," katanya.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah 11 pil ekstasi dan dua paket dadah ketamin yang beratnya dianggarkan 1 gram.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek ditahan reman selama empat hari bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Saringan awal polis mendapati 33 suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ganja sementara 12 lagi yang ditahan negatif," katanya.

Tengku Asmadi sertai AMANAH

MALAYSIADATELINE
Bekas calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad akan menyerahkan borang keahlian Amanah pada majlis Makan Malam Amal Pemuda Amanah di Terengganu Equestrian Resort (TER), malam ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui selepas Konvensyen Amanah Terengganu di Wisma Peladang, petang tadi.

“Ya, bekas calon BN bagi kawasan Kuala Nerus akan hantar borang keahlian malam ini untuk menyertai Amanah.

“Selain beliau, ada beberapa lagi individu terdiri dalam kalangan kumpulan profesional yang turut akan berbuat demikian,” katanya dipetik Sinar Harian.

Tengku Asmadi merupakan pakar motivasi terkenal negara yang pertama kali dicalonkan mewakili BN untuk bertanding dalam PRU14 mewakili BN di kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Dalam PRU lalu, beliau yang memperoleh sebanyak 29,527 undi tewas kepada calon Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan majoriti 8,447 undi.

Bekas calon BN dijangka umum sertai AMANAH malam ini

BORHAN AHMAD
Bekas calon BN dijangka umum sertai AMANAH malam ini
Poster majlis Makan Malam Amal anjuran Pemuda AMANAH Terengganu.
Seorang bekas calon BN dalam pilihan raya umum ke 14 lalu dijangka akan mengumumkan penyertaan beliau ke dalam AMANAH malam ini di Kuala Terengganu.

Menurut sumber, pakar motivasi itu dijangka akan berbuat demikian dalam Majlis Makan Malam Amal Pemuda AMANAH Terengganu di Terengganu Equestrian Resort.

Beliau dijangka akan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli AMANAH itu kepada Timbalan Presiden, Datuk Salahudin Ayub.

Penyertaan bekas calon parlimen BN dari Umno itu dijangka akan menjadi satu lagi motivasi kepada AMANAH di Terengganu yang tidak memenangi sebarang kerusi dalam PRU 14 lalu.

Salahudin mula turun ke negeri-negeri ekoran keputusan pemukiman pemimpin AMANAH pusat di Bangi pada 4 dan 5 November lepas yang memutuskan semua pemimpin perlu turun menemui ahli, penyokong dan pengundi.

Ia bertujuan untuk menjelaskan segala tindakan, keputusan dan halatuju parti selepas menjadi kerajaan.

Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dilantik sebagai senator dan seterusnya Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 lalu.

Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda pula dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) beliau.

Drama ‘Isteri untuk Disewa’ buat Mufti Persekutuan hantar surat kepada pengarah

MALAYSIADATELINE

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul ‘Isteri untuk Disewa’.

Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di Asto Ria dan Ria HD setiap Isnin sehingga Khamis.

Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menonton drama yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Tiz Zaqyah itu semalam.

“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

“Ada mustafti yang bertanya tentang beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” ujarnya di status dimuat turun dalam facebooknya hari ini tanpa menyatakan sebab surat terbuka itu dikirimkan.

Drama Isteri untuk Disewa itu adalah adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil manakala penulis skrip oleh Mimie Zakaria, Farah Izzati.

Selain Fattah dan Tiz Zaqyah antara pelakon pembantu lain turut melakonkan watak dalam drama itu adalah Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Badrul Muhayat, Aleza Shadan.

Waran tangkap buat Shahidan Kassim

Mahkamah Sesyen Kangar mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim selepas beliau gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan jenayah hari ini.

Waran tangkap itu dikeluarkan hakim Johari Abu Hassan selepas beliau menerima permohonan timbalan pendakwa raya, Mohd Nordin Ismail.

Menurut laporan Utusan Online peguam bela Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim berkata pihaknya akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan waran tangkap tersebut.

Kata Syed Muhammad Anwar bekas menteri besar Perlis itu tidak hadir di mahkamah pagi ini kerana tidak dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan lebih awal.

Malah Syed Muhammad Anwar berkata dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dulu berhubung pendakwaan tersebut.

Shahidan sebelum ini dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung laporan yang dibuat ke atasnya oleh seorang gadis.

Beliau berada di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia itu selama kira-kira tujuh jam.

Semoga doa diterima

Sehari kemudian - iaitu pada 31 Okt - Shahidan tampil memberi penjelasan dengan mendakwa kejadian tersebut berpunca daripada "salah faham."

Katanya dakwaan beliau berdua-duaan dengan pelajar terbabit di dalam kereta adalah tidak benar.

Shahidan menambah pertemuan itu dibuat ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau keluar dari kenderaan terbabit.

Menurut Syed Muhammad Anwar anak guamnya itu berada di luar kawasan ketika ini.

“Kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumkan lebih awal, apatah lagi melibatkan seorang ahli politik.

“Shahidan pula menetap di Perlis, waran tangkap hanya dikeluarkan jika beliau melarikan diri,” katanya.

Sementara itu difahamkan Shahidan kini tiada dalam Malaysia.

Berdasarkan kenyataan dimuat naik di Facebook beliau, anggota parlimen Arau itu sedang mengerjakan umrah.

"Syukur ahamdulillah pada-Mu Ya Allah, kami telah selesai tunaikan Umrah.

"Semoga Allah SWT menerima amalan kami. Saya mendoakan semua sama ada yang berpesan melalui pm (mesej peribadi) atau media sosial.

"Saya mohon pada Allah agar selamatkan agama kami, bangsa kami dan negara Malaysia.

"Semoga Allah SWT makbulkan doa-doa kita semua... Amin," tulisnya kira-kira 14 jam lalu.

Helikopter 'misteri' resahkan penduduk

MUHAMMAD AMMAR ABD HADI

Sabri menunjukkan arah helikopter itu terbang. Gambar kecil: Helikopter yang terbang di kawasan penduduk.
BALING- Helikopter misteri yang dilihat mengelilingi ruang udara penduduk Kampung Tok Bandar, Sungai Limau sejak seminggu lalu mengundang keresahan penduduk.

Wakil penduduk, Mohd Sabri Mahmud,51, berkata, penduduk tertanya-tanya tujuan helikopter itu berlegar di kawasan kampung berkenaan.

Menurutnya, helikopter itu dilihat pada waktu pagi atau petang dan terbang ke arah Gunung Pulai.

"Orang kampung tertanya helikopter ini milik siapa, banyak kali dah...kadang-kadang terbang kawasan ini selang sehari. Di warung pakat sembang benda ni.

"Tak tau lah kenapa lalu sini, laluannya ka, atau mungkin helikopter bawa pelancong, tetapi sebelum ini tak pernah ada," katanya ketika ditemui di Kampung Tok Bandar, Sungai Limau hari ini.

Menurutnya, pada Jumaat lalu, helikopter terbang lebih rendah daripada kebiasaannya.

Menurutnya, penduduk bimbang kehadiran helikopter itu ada kaitan dengan projek kuari Gunung Pulai yang sebelum ini ditangguh sementara.

"Kami fikir, apakah projek ini akan mula semula, itu yang dirisaukan," katanya.

Norma Ahmad, 50, pula berkata, pada Jumaat lalu, helikopter tersebut dilihat jelas pada waktu pagi.

"Memang terbang rendah sangat, memang bunyi kuat. Waktu itu saya sedang basuh baju," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sememangnya terdapat helikopter berlegar seperti didakwa.

Peluang Rafizi menang timbalan presiden PKR cerah

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir percaya Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempunyai peluang besar untuk memenangi jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, walaupun ketinggalan majoriti 1,642 di Sabah, sokongan kuat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien akan membuka peluang besar untuk Rafizi memenangi jawatan timbalan presiden PKR.

“Sebelum ini ahli PKR Cabang Julau hanyalah sekitar 635 orang ahli sahaja tetapi kini jumlah sudah meningkat kepada 13,617 ahli dan ia merupakan satu angka yang cukup mengejutkan.

“Ditambah pula kekalahan Rafizi kepada penyandangnya, Mohamed Azmin baru-baru ini hanyalah setipis majoriti 1,642 di Sabah,” kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu yang dipetik oleh Utusan Online, hari ini.

Menurutnya, umum sedia tahu bahawa Larry Sng adalah antara individu yang memberi sokongan kuat kepada Rafizi.

“Walau bagaimanapun, keputusan akhir terletak di tangan ahli PKR Sarawak. Azmin mungkin boleh menang dan menggunakan rekod lalunya sebagai menteri besar Selangor.

“Namun demikian, Rafizi juga mempunyai potensi besar untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden tersebut kerana kredibiliti serta popularitinya di peringkat akar umbi ahli di Sarawak,” katanya.

Setakat 6 November lalu, keputusan pemilihan menunjukkan bahawa Mohamed Azmin mendapat 59,594 undi berbanding Rafizi yang memperolehi 56,392 undi.

Guns N Roses di Pasir Salak

Dr Muhaimin Sulam

November termasuk bulan monson timur laut yang membawa hujan lebat. Biasanya angin Laut China Selatan datang ke daratan membawa bersamanya ombak besar.

Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi - iaitu pedalaman benua Asia - ke kawasan tekanan rendah - iaitu benua bawah angin.

Angin ini merentasi Laut China Selatan lalu menurunkan hujan lebat. Bukan hujan biasa-biasa.

Hujan biasa-biasa lazimnya dianggap sebagai hujan rahmat. Hujan yang bukan lebat melampau atau membawa angin kencang akan menyuburkan tanah dan menyegarkan hawa.

Tetapi hujan pada November biasanya lebat dan berselang-selikan guruh petir. Ia adalah jhujan yang begitu membimbangkan kerana boleh menyebabkan air naik dan banjir pun berlaku. Pekebun pula tidak dapat menoreh.

Banyak aktiviti harian tergendala.

Ketika itu, ramai yang berfirasat bahawa banjir ialah bala yang diturunkan oleh Allah SWT kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh segelintir atau sebahagian manusia. Itulah hukuman dari Allah SWT, kata mereka.

Semua tafsiran dan firasat itu boleh berubah mengikut kehendak diri sendiri. Sesetengahnya menggunakan wahyu dan hadis nabi bagi memperkukuhkan hujah mereka.

Hujah untuk menolak ada, hujah untuk menerima pun ada.

November Rain yang dinukilkan pada tulisan ini bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan oleh penulis sendiri. Musim tengkujuh dalam politik tanah air menyaksikan beberapa episod pemandiran bangsa, kedangkalan tindakan dan kebekuan pemikiran.

Pada 14 November ini, kumpulan rock al-alamiyah yang terkenal, Guns N’ Roses mengadakan konsert di Sunway, Subang. Antara lagu mereka yang terkenal adalah November Rain. Lagu itu bakal dinyanyikan pada konsert tersebut.

Guns N’ Roses memang tidak dijadualkan pergi ke kampung halaman Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan rakan-rakannya, sama ada untuk sesi bertemu peminat atau menziarahi perkuburan JWW Birch dan askar Inggeris yang ada di Bandar Baru Kampung Gajah.

Di Kampung Gajah yang terletak tidak berapa jauh dari Teluk Intan itulah Birch dan lima lagi askar Inggeris terbunuh dalam pertempuran dengan pengikut Datuk Maharajalela pada November 1875.

Slash - pemain gitar utama Guns N’ Roses kelahiran kota London itu - barangkali berminat menziarahi tanah perkuburan Kristian di perkampongan orang Melayu di Pasir Salak. Tetapi sekarang semua penduduk asalnya berhijrah meninggalkan kampung itu kerana kerap banjir.

Ada tinggal beberapa rumah kosong di situ sekarang. Selebihnya ialah makam sultan Perak, kubur lama dan tapak masjid yang masih tinggal.

Slash mungkin tidak tahu pun kewujudan kubur anak kota London di sini. Slash dan Birch sama-sama anak London.

Kalau Slash berziarah, mungkin ziarah itu akan memberi idea baru kepada Guns N’ Roses untuk menerbitkan satu lagi klip video yang boleh menandingi pencapaian November Rain yang dibikin 20 tahun lalu.

Video klip itu boleh disiapkan dengan berkisah tentang majlis perkahwinan sang kekasih yang gilang-gemilang dalam sebuah gereja jauh di luar bandar.

Pasangan pengantin itu dilakonkan oleh penyanyi utama Guns N’ Roses, Axl, dengan kekasihnya, Stephanie Seymour.

Selepas pengantin lelaki menyarung cincin ke jari pengantin perempuan, Slash boleh digambarkan keluar dari majlis tersebut bersama gitarnya.

Tiba-tiba angin bertiup kencang, hujan lebat dan guruh. Majlis tersebut tiba-tiba kelam-kabut dan ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pada babak-babak akhir, pengantin perempuan kelihatan terbaring di dalam keranda dengan pakaian pengantinnya. Pengantin perempuan itu mati.

Jalan ceritanya penuh dengan analogi dan misteri.

November ini di Pasir Salak - yang terletak 198 kilometer dari ibu kota - akan mengadakan program perpaduan ummah yang menggabungkan dua tokoh utama parti Melayu di atas satu pentas.

Zahid Hamidi - presiden Umno - akan berpadu dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Permit polis bagi mengadakan program itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa. Publisiti dan persiapan sedang diatur dengan dimulai majlis merisik beberapa minggu lalu.

Ini julung kali diadakan program mega bagi menggemblingkan kekuatan dua parti politik Melayu tanah air.

Mereka memilih Pasir Salak sebagai tempat pelancaran hari persandingan dua parti. Ini bukan satu kebetulan.

Kali terakhir Presiden PAS turun ke Pasir Salak ialah pada 2013 untuk program ‘PAS Ganti UMNO’. Ia adalah satu program persiapan PAS mengambil peranan Umno sebagai pemerintah.

Kini, tema program sudah berubah dan berkembang di luar jangkaan pemikiran aras biasa. Itulah, tiada kemustahilan dalam politik. Musuh berubah menjadi kawan.

November ini dipilih kerana bulan inilah Birch dibunuh pahlawan Melayu di Pasir Salak. Nampaknya PAS dan Umno mahu mengambil semangat memberontak, biarpun Birch dibunuh ketika mandi di tepi sungai saja pun, bukan berdepan sebagaimana pahlawan Melayu sejati.

Pelamin itu keranda politik

Namun detik itu amat penting. Itulah detiknya orang Melayu bangkit dengan emosi dan semangat yang meluap-luap.

Dalam catatan buku Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British Di Perak oleh Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali ada disebutkan beberapa askar "sepoi" (bahasa sastera lama yang merujuk kepada askar India) yang mengawal Birch bertempiran lari.

Ada antara mereka terjun ke Sungai Perak apabila mendengar suara jeritan "amuk!" dan melihat beberapa orang Melayu berlari sambil menghunus senjata ke arah mereka.

Amuk adalah perlakuan di luar kawalan otak yang sihat. Pakar psikologi menyebutkan tindakan amuk ini sebagai suatu kecenderungan sikap orang Melayu yang mempunyai sikap pendendam, memendam rasa dan keterikatan yang berlebihan pada sesuatu tradisi atau kelaziman dalam masyarakat.

November ini bagai bulan untuk PAS dan Umno 'mengamuk'.

Tiba-tiba sahaja Islam dan Melayu terancam dan dalam keadaan kritikal. Tiba-tiba sahaja bukan Islam kurang ajar dan biadab.

Hilang sudah pertimbangan yang pernah dimiliki. Bagaimana mungkin perjuangan murni PAS selama ini sanggup bersengkokol dengan Umno yang mereka pernah gelar korup?

Pelamin yang dibina adalah satu keranda politik.

Umno ibarat bahtera yang sedang tenggelam.

Orang Melayu tiada kehilangan apa-apa selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan dalam tempoh lima bulan ini. Namun Melayu mula hilang kebergantungan kepada Umno.

Orang Melayu perlu berdiri atas kakinya sendiri. Jangan dibiarkan lagi nama Melayu dijaja dan dijual atas kepentingan peribadi atau sekelompok tertentu.

Bawa bertenang dan fikirkan.

Tapak program tersebut akan berlangsung di bekas tapak stesen teksi dan bas awam pekan Kampung Gajah.

Sejurus peralihan kerajaan berlaku Mei lalu, antara langkah awal yang diambil oleh anggota parlimen Pasir Salak ialah merobohkan stesen teksi dan bas awam itu.

Itulah 'amuk' Melayu Pasir Salak. Pengambilan tanah awam itu didakwa melalui proses perundangan tetapi berselindung atas nama Melayu.

Hakikatnya nama Melayu dijaja demi pengekalan kuasa sang penjarah bangsa.

Ketika kaki terakhir melangkah dari bekas tapak stesen teksi dan bas Kampung Gajah itu, hujan berlaku dengan lebat, guruh bergemuruh, kilauan petir sambar-menyambar di langit gelap tanpa purnama.

Penyanyi Guns N’ Roses, Axl pun menyanyi:


Do you need some time on your own
do you need some time all alone
everybody needs some time
on their own
don’t you.

Itulah November Rain di Pasir Salak.


DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.

Bongkokkan badan 10 kali sehari, untuk kekal sihat

Bernama
Apabila saya diberitahu untuk membongkok dan menyentuh kaki saya sebanyak 3,650 kali unuk kekal sihat, saya pandang guru yoga saya seakan kebingungan…tidak mungkin saya dapat melakukan pergerakan itu.

Guru saya, S. Singaram berumur lebih 70 tahun ketika itu, iaitu hampir 30 tahun lalu (1988) tatkala beliau berbual dengan saya mengenai yoga, senaman dan kesihatan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai penolong teknikal di Jabatan Pengairan dan Saliran di Temerloh dan Jerantut mengamalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam. Sebenarnya apa yang beliau maksudkanketika menyuruh saya melakukan pergerakan membongkok dan menyentuh kaki ialah supaya buat senaman itu sekurang-kurangnya 10 kali sehari dan jangan culas. Setahun sudah tahu akan jadi 3,650 kali!

Kata Singaram badan kita akan kekal sihat dan tidak mengalami kekejangan sekiranya kita kerap melakukan senaman menggerakkan otot sendi serta senaman lain. Senaman itu juga dapat membantu mencegah sembelit. Jurulatih fizikal juga berkata membongkok juga memberi urutan yang baik untuk tulang belakang serta otot seluruh badan sekiranya regangan itu dibuat dengan sempurna.

Meskipun Singaram meninggal dunia beberapa tahun lalu pada usia hampir 90 tahun, beliau kekal sihat sepanjang usianya dengan melakukan senaman kerap dan yoga.

Beliau melakukan senaman membongkok dan yoga dengan pergerakan yang perlahan tanpa memberitekanan kepada badan. Saya memang berasa kagum melihat beliau melakukan senamannya di sebalik usianya yang lanjut. Meskipun hampir mencapai usia 90 tahun, beliau begitu sihat dan boleh membaca suratkhabar tanpa menggunakan cermin mata.

Saya dan yoga

Sejak saya mula belajar yoga dari Singaram, saya melakukannya setiap pagi. Saya akan lakukan apa yang dipanggil “suria namaskarams” iaitu 10 senaman yang kebanyakannya regangan untuk tangan, kaki dan membongkokkan badan serta dirian kepala serta bahu.


Yoga menjadikan saya sihat dan pada usia 57 tahun sekarang saya masih boleh aktif berkebun.

Meskipun saya tidak mengsyorkan anda melakukan dirian kepala, yoga sebenarnya mudah dan semua orang boleh melakukannya. Saya sering memberitahu rakan-rakan saya supaya bermula dengan membongkokkan badan – sentuh kaki dan melakukannya 10 kali supaya mereka akan dapat melakukan sebanyak 3,650 kali setahun.

Cubalah lakukannya dan anda pasti dapat rasa kelainannya. Lagi pun yoga hanya melibatkan postur membongkok, meregangkan setiap bahagian badan secara perlahan tetapi ia akan menyegarkan otot, saraf dan kapilari darah.

Bagaimanapun, bagi saya, postur paling seronok saya lalukan ialah dirian kepala yang saya buat antara kira-kira 2 hingga 7 minit. Ketika itu juga saya berdoa dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya sehari lagi kesihatan yang baik. Dirian kepala dibuat dengan kepala dan kedua tangan di atas lantai dan perlu dilakukan berhati-hati agar tidak terjatuh ke belakang.

Kepada sesiapa yang mahu melakukan postur ini mulakan dahulu dengan senaman biasa. Bila sudah bersedia buatlah secara perlahan dengan kadar yang mampu. Dirian bahu juga satu lagi senaman yang baik.

Pandangan ahli sukan

K.Palanisamy iaitu jurulatih kabaddi kebangsaan yang banyak melatih pemain kabaddi pada peringkat antarabangsa juga bersependapat pergerakan membongkok adalah cara terbaik untuk kekal sihat. Senaman ini juga mudah dan boleh dilakukan di mana termasuk di bilik tidur.

“Pemain-pemain perlu melakukan senaman membongkokkan badan pada setiap sesi latihan, “ kata Palani yang kini melatih pemain Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM) bagi persediapan Sukan Asia akan datang. Senaman membongkokkan badan amat baik untuk pemain berkenaan kerana ia dapat mengurangkankecederaan badan dan koyakan tisu sewaktu permainan kabaddi serta meningkatkan kepantasan pergerakan.

“Jika membongkokkan badan membuat atlet kabaddi cergas, bayangkan betapa besar manfaatnya kepada kita semua, “ kata Palani.

Datuk Mohd Musa Noor Mohd, pengerusi Persatuan Atlet Amatur Temerloh dan juga pelari jarak jauh turut berkata senaman mebongkokkan badan adalah cara mudah untuk mencegah pelbagai jenis sakit belakang, kejang kaki serta kebas kaki.

Musa turut menyatakan ramai orang hari ini tidak melakukan senaman mudah seperti membongkokkan badan.

Beliau berkata golongan umur pertengahan seharusnya melakukan senaman mudah setiap hari seperti membongkokkan badan serta menyentuh kaki.

Musa yang berusia 58 tahun aktif bersukan berkata senaman ini bukan sahaja dapat menjadikan mereka lebih sihat tetapi kurang keperluan berjumpa doktor.

Beliau sendiri banyak melatih pelari pecut dan berkongsi rahsia kejayaannya iaitu banyak menyuruh mereka melakukan senaman mudah seperti regangan dan membongkokkan badan kerana masa itu belum lagi ada gimnasium untuk mengadakan sesi latihan.

Senaman berjalan

Seorang lagi yang penulis temui dan aktif melakukan senaman ialah Oh Ce Mai, seorang mekanik kereta.

Beliau kerap beriadah berjalan waktu pagi di Taman Tasik Chatin di Mentakab dan banyak melakukan pergerakan membongkokkan badan serta regangan di samping Tai Chi. Beliau langsung tidak mengambil pil melangsingkan badan atau mengikuti program menurunkan berat badan.

Berusia 65 tahun, beliau masih bekerja di bengkel kereta yang banyak memerlukan beliau membongkokkan badan.

G.Sivalingam dari Majlis Sukan Pahang dan juga jurulatih atlet menggesa semua orang tanpa mengira usia untuk mula melakukan senaman membongkokkan badan dengan segera memandangkan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia amat membimbangkan.

Beliau yang aktif bersukan datang dari keluarga atlet yang sememangnya banyak mengharumkan nama negara dalam sukan ASEAN.

Saudara perempuan beliau, G.Shanti adalah pelari wanita terpantas untuk acara trek pada tahun 1990an.

“Saya tidak melihat diri saya berusia 60 tahun, ramai yang berkata saya baru berumur 45 tahun, “ kata Siva secara berjenaka.

Sebagai pengadil sukan tinju peringkat antarabangsa, Siva banyak menghabiskan masa untuk aktiviti bersenam.

Banyak manfaat

Begitu banyak manfaat bersenam seperti yang ditunjukkan juga oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun usia beliau sudah menjangkau 93 tahun namun beliau masih sihat dan seharusnya diteladani. Beliau turut berbasikal pada waktu pagi malahan juga sesekali menunggang kuda.

Baru-baru ini beliau menyarankan semua pekerja baik di sektor awam atau swasta supaya menghentikan kerja selama 15 minit pada pukul 11 pagi untuk melakukan senaman ringan.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu perlu memandangkan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang semakin tidak sihat dan memberi kesan terhadap produktiviti serta kualiti idea yang diharapkan daripada setiap pekerja.

Bagi saya itu satu saranan yang amat baik supaya semua dapat membudayakan gaya hidup sihat di samping menzahirkan minda yang cerdas.

Ayuh, mari kita mula membongkokkan badan. Meskipun jari tidak dapat mencecah kaki, semangat untuk melakukannya mesti ada dan apabila berjaya membuatnya, sudah tentu ada ganjarannya kemudian. Kita akan jadi lebih segar dan sihat.

Penulis, Ravindran Duraisamy adalah seorang akauntan dan tinggal di Mentakab, Pahang. Beliau mengamalkan senaman yoga setiap hari untuk kekal sihat dan dalam menempuh alam penuaan.

'Rasa seperti dunia sudah kiamat'

MUHAMMAD AMMAR ABD HADI

Ratusan ribu yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Syeikh Sami Ul Haq. Gambar kecil kiri, Samiyullah dan gambar kanan, Syeikh Sami Ul Haq.
KUALA KETIL- Pembunuhan kejam ulama Pakistan, Syeikh Sami Ul Haq Abdul Haq, 83, di Islamabad, Pakistan Jumaat lalu sukar dipercayai.

Guru tahfiz al-Quran dari Pakistan, Samiyullah Ali Ahmad, 24, berkata, berita sedih itu diterimanya selepas solat Isyak di Maahad Al Naim, di sini pada hari sama.

Beliau yang juga guru agama di sekolah itu berkata, kematian ulama itu satu kehilangan besar kepada seluruh dunia Islam.

"Bila dapat tahu berita itu, saya susah percaya. Rasa seperti dunia ini sudah kiamat.

"Beliau umpama ayah kami sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Maahad Tahfiz Al Naim, di sini, hari ini.

Samiyullah berkata, dalam kejadian selepas solat Jumaat lalu, Syeikh Sami Ul Haq ditikam berkali-kali di kepala, tangan, hati dan muka.

"Menurut maklumat daripada anaknya, Syeikh Hamid Ul Haq Haqqani (50an), ayahnya dibunuh ketika sedang berehat di rumah selepas solat Asar.

"Beliau mempunyai dua rumah, satu di kampungnya di Akora Khattak dan satu di Islamabad. Orang bunuhnya di rumah, Islamabad," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian hanya ulama itu berada di rumah.

"Tiada siapa tahu siapa melakukan pembunuhan itu, tetapi kemungkinan besar dilakukan orang yang tidak sukakan keamanan.

"Sepanjang hayatnya, Syeikh Sami Ul Haq insan yang memperjuangkan keamanan di Pakistan, Afghanistan dan seluruh dunia.

"Arwah mahu umat Islam dan bukan Islam hidup dengan aman," katanya.

Beliau berkata, sehari sebelum dibunuh, tokoh ulama berkenaan menyampaikan ceramah di madrasah.

"Ceramah itu diadakan bagi menjawab semula penghinaan seorang wanita Kristian bernama Asiah kepada Rasulullah SAW.

"Dalam ceramah itu, Syeikh menuntut kerajaan dan mahkamah mengambil tindakan kepada penghinaan wanita itu," katanya.

Samiyullah berkata, ulama yang khusus mengajar bagi hadis Al-Bukhari dan tafsir al-Quran itu mempunyai lebih 100,000 murid di Pakistan dan seluruh dunia.

"Tahfiznya iaitu Darul Ulum terletak di Akora Khattak. Cawangan tahfiz itu ada di seluruh Pakistan," katanya.

Menurutnya, hasil didikan guru agama itu dapat dilihat pada ratusan ribu orang yang hadir pada majlis pengebumian.

"Jika lihat pada tikaman pada jenazah arwah, mungkin akan menimbulkan perasaan marah dalam kalangan anak muridnya hingga merosakkan harta benda.

"Tetapi ketika majlis pengebumian, tiada seorang pun merosakkan harta benda awam. Itulah hasil didikan Syeikh," katanya.

Jangan gundah walau dikatakan kalah di Sabah, kata Rafizi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli memohon pasukannya agar tidak gundah walaupun digembar-gemburkan mereka kalah di Sabah.

Ini kerana keputusan rasmi hingga kini menunjukkan saingan mereka hanya mendahului dengan kelebihan 1,611 sahaja dan kelebihan undi itu tidak termasuk bahagian Pensiangan dan Keningau.

“Kedua-dua cabang ini dianggarkan boleh memberi margin kemenangan mencecah 3,000 kepada saya, jika pengundian dibenarkan berjalan baik dan tidak disabotaj dengan pelbagai masalah,” katanya di Facebook.

Antara masalah yang Rafizi sebut adalah keadaan pusat mengundi yang tidak memuaskan, ketiadaan internet dan peranti yang tidak mencukupi.

Keputusan rasmi menunjukkan 22 daripada 25 bahagian di Sabah menunjukkan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului Rafizi dengan kelebihan 1,611 undi.

Bagaimanapun keputusan bagi Tawau, Keningau dan Pensiangan belum dikeluarkan.

Rafizi menyeru jawatankuasa pemilihan pusat parti segera mengumumkan keputusan pengundian ketiga-tiga bahagian berkenaan yang digantung.

Beliau mengingatkan JPP agar tidak mengulangi kesilapan minggu lalu di Sabah iaitu tidak menyediakan peranti mengundi secukupnya dan pemilihan tempat mengundi tanpa talian telefon dan terlalu kecil untuk jumlah pengundi yang ramai.

“Sedangkan JPP tahu bahagian seperti Pensiangan sentiasa mengeluarkan ribuan anggota setiap pemilihan,” katanya.

Sementara itu, Rafizi yakin Sarawak akan memberi saingan yang baik dan membantu pasukannya merapatkan jurang.

Beliau turut menyeru agar tiada tangan-tangan ghaib yang cuba menekan bahagian-bahagian yang bersama pasukannya seperti PKR Julau.

“Kita hanya ketinggalan 2,600+ undi setelah 185 cabang mengundi di seluruh negara.

“Dengan undi dari Pensiangan, Keningau, Julau dan bahagian-bahagian lain, saya yakin kita berupaya menamatkan musim pemilihan kali ini dengan bergaya, asalkan JPP melaksanakan tugasnya dengan memastikan pengundian di bahagian-bahagian yang besar ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Penyelam dengar tangisan, teriakan di dasar laut?

WARTAWAN SINAR HARIAN
JAKARTA, INDONESIA - Genap seminggu tragedi pesawat Lion Air JT610 terhempas, pelbagai pihak berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanpa kenal erti penat.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu berdepan dengan segala kemungkinan di dasar laut.

Memetik Riauonline, salah seorang penyelam unit Persatuan Olahraga Selam Seluruh Indonesia (Possi) dari Semarang berkongsi pengalaman operasi menyelamat di perairan Karawang.

Kata Malik, sepanjang proses pencarian mangsa nahas JT 610 di laut Jaya Karawang, dia alami beberapa kejadian aneh.

Salah satuya, apabila tiba-tiba mendengar ada suara yang memanggil sedangkan dia berada pada kedalaman puluhan meter di bawah laut.

“Memang kadang-kadang ada gangguan seperti ini, tetapi saya anggap ia perkara biasa kerana perkara itu memang ada tertulis di dalam al-Quran. Jin dan manusia itu memang diciptakan oleh ALLAH SWT,” katanya.

Selain Malik, salah seorang anggota dari Angkatan Laut Tentera Laut Indonesia (TNI), turut mengalami kejadian serupa.

“Saat berada di dasar laut, dia terdengar teriakan suara wanita memanggilnya namun mengendahkan suara tersebut.

“Dia hanya fokus kepada misi pencarian mangsa walaupun sering ‘diganggu’.

“Kita seperti merasakan ada jeritan, tangisan, tetapi kita tidak hiraukan mereka, kita anggap itu hanya halusinasi penyelam sahaja,” katanya.

Hubungan ketuanan Melayu dan agama (Bhg 2)

Wan Ji Wan Hussin
Dari sudut persepsi, ketuanan Melayu melahirkan gambaran seakan-akan wujud kekastaan berdasarkan bangsa dan kaum, atau wujud eleman mahu menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Persoalannya, apa sudut pandang Islam dalam melihat gambaran ini?

Dalam Islam, perhambaan hanya kepada Tuhan. Dengan demikian, Islam tidak mengiktiraf amalan perhambaan sesama manusia. Jauh sekali menerima konsep kasta. Ini disandarkan kepada beberapa bukti:

Pertama, seorang sahabat bernama al-Rab’ie bin ‘Amir berhadapan dengan Raja Rustum dari kerajaan Farsi, dia berkata bahawa Allah swt mendatangkan muslim untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.

Kedua, di awal Islam berkembang, sistem perhambaan sesama manusia masih lagi diamalkan. Memandangkan amalan itu adalah sesuatu yang diterima secara lumrah dalam masyarakat Arab, Islam hapuskan sistem itu secara bertahap-tahap.

Antara caranya pembebasan terhadap hamba melalui membayar kifarat pada saat melakukan kesalahan dalam beribadat, seperti bersetubuh dengan isteri pada siang hari pada saat sedang berpuasa Ramadan.

Ketiga, ketika beribadat di Mekah dalam musim Haji atau Umrah, terdapat amalan memakai ihram. Ia tidak membezakan antara kasta sesama manusia, tidak kira ia dari kalangan Raja, atau bukan; dari kalangan orang berkuasa atau rakyat biasa.

Islam menolak perkauman

Apabila Islam menolak sistem perhambaan dan kekastaan, makanya tidak hairan Islam tidak menerima konsep kemuliaan seseorang manusia itu berdasarkan kaum dan bangsa. Ini disandarkan kepada beberapa dalil berikut:

Pertama, al-Quran menyatakan bahawa manusia itu diciptakan Tuhan dari lelaki dan perempuan, berbangsa dan beretnik. Tujuannya adalah untuk manusia saling kenal-mengenali sesama mereka.

Kedua, dalam Hadis, Nabi Muhammad ada menyatakan bahawa bangsa Arab tidak lebih mulia berbanding bangsa lain. Kemuliaan di sisi Allah di akhirat kelak adalah ketaqwaan manusia itu kepada Allah.

Ketiga, dalam Hadis ada diceritakan bahawa Bilal bin Rabah dihina oleh Abu Zar. Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa Abu Zar memanggilnya, “Wahai Anak kepada perempuan yang berkulit hitam”. Perkara itu menjadikan Rasulullah saw berkata kepadanya, “Wahai Abu Zar, kamu telah menghina ibunya? Sesungguhnya kamu masih ada lagi sifat-sifat jahiliyyah.”

Islam melihat bahawa pelantikan seseorang pemimpin, bukan berasaskan kepada kaum dan etnik tertentu, sebaliknya berasaskan kelayakan dan kemampuan dalam mengurus sehingga memberi kebaikan kepada rakyat. Asas ini berdasarkan kepada beberapa dalil berikut:

Pertama, Abu Hurairah bercerita bahawa ketika Nabi saw sedang berada dalam satu kalangan sahabat dan menyampaikan ucapan. Tiba-tiba datang seorang lelaki badwi. Dia bertanya, bilakah kehancuran akan berlaku? Nabi tidak menjawab, sebaliknya terus dengan ucapan Baginda sehingga ada dari kalangan sahabat berkata, bahawa Nabi saw mendengar soalan tersebut dan Nabi tidak suka soalan sebegitu.

Sebilangan yang lain pula kata, Nabi tidak mendengar soalan badwi itu. Apabila selesai, Nabi saw bertanya, di mana orang yang bertanya berkenaan kehancuran. Lalu, badwi itu menyahut dan mengulangi soalannya. Lalu jawab Nabi, apabila dikhianati amanah, ketika itu sampai saat kehancuran. Lalu, badwi itu bertanya lagi, bagaimana cara khianati amanah tersebut. Jawab Nabi saw, “Apabila diberikan sesuatu urusan itu bukan kepada orang yang berkelayakan, maka tunggu saat kehancuran.”

Kedua, Nabi dilahirkan di Mekah. Tetapi, apabila Nabi sampai ke Madinah yang ketika itu dikenali Yasrib, baginda dilantik jadi ketua kerajaan. Walaupun Nabi saw bukan rakyat tempatan Madinah, tetapi berasaskan kelayakan, Nabi dilantik menjadi ketua kerajaan di Madinah.

Ketiga, memandangkan Nabi bukan berasal dari Madinah, makanya selepas kewafatan Nabi, masyarakat Madinah bersetuju untuk melantik orang tempatan menjadi pemimpin. Sa’ad bin Ubbadah yang merupakan calon pemimpin mereka berkata, “Wahai masyarakat Ansar, kamu adalah golongan terawal dengan agama dan mempunyai kelebihan tersendiri dalam Islam yang tidak ada kabilah lain dari kalangan Arab.”

Walaupun berlaku kempen mengangkat Sa’ad bin Ubbadah yang merupakan orang tempatan, tetapi perdebatan sesama sahabat dalam pelantikan yang akhirnya bersetuju melantik Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah, walaupun Abu Bakar kelahiran Mekah.

Keempat, lebih jelas lagi apabila Nabi suruh taat kepada pemimpin, walaupun bukan dari kalangan bangsa Arab. Dalam hadis, perkataan Nabi dipetik, dengar dan taat, walaupun yang menjadi pemimpin yang ditaati itu adalah seorang hamba yang berbangsa Habsyah (berkulit hitam) yang rambutnya seakan-akan buah kismis (Melayu: buah anggur kering).

Tindakan afirmatif

Tindakan afirmatif dalam konteks bernegara adalah merujuk kepada bantuan yang diberikan kepada golongan minoriti yang kurang mampu dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan. Pada saat golongan majoriti bersaing secara sihat, terdapat golongan minoriti yang gagal untuk setahap dalam persaingan.

Dengan demikian, golongan minoriti ini “dibimbing tangan mereka” dengan bantuan kerajaan agar dapat bersaing secara sihat.

Dari sudut ekonomi, Islam cenderung kepada persaingan sihat. Ini didasarkan kepada satu kisah bahawa ada dari kalangan sahabat berjumpa dengan Nabi minta agar buat penetapan harga kerana harga barangan telah naik di pasaran. Nabi saw terus menyatakan bahawa baginda tiada hak untuk buat penetapan harga, malahan menyatakan semua itu bergerak di pasaran berdasarkan ketetapan Tuhan.

Hadis ini menjadi bukti bahawa harga barangan di pasaran bukan ditetapkan oleh pihak yang berkuasa, tetapi perlu berdasarkan persaingan di pasar secara “permintaan” dan “tawaran”.

Apabila ada persaingan antara ramai peniaga terhadap sesuatu barangan jualan, sudah pasti setiap mereka mahu memastikan barangan mereka dibeli, makanya mereka akan menawarkan barangan mereka yang lebih kualiti dan paling murah. Dengan itu, para pembeli akan dapat membuat pilihan dan keuntungan.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa ada dari kalangan yang lemah dan tidak mampu bersaing secara sihat yang memerlukan afirmatif. Dalam tradisi Islam, tidak terdapat langsung tindakan afirmatif berasaskan bangsa atau kaum tertentu. Bantuan diberikan berdasarkan keperluan bagi orang yang memerlukan, tidak kira apa bangsa atau kaum dia sekalipun.

Antara bukti-buktinya adalah seperti berikut:

Pertama, semasa berlaku peperangan di Khaibar, Nabi saw membahagikan harta rampasan perang (bahasa Arab: Ghanimah) kepada sahabat yang terlibat dengan perang.21. Pemberian tersebut tidak berasaskan kepada kaum, tetapi merentasi bangsa dan kaum, kerana antara yang menerima itu adalah Bilal bin Rabah yang berbangsa Habsyah (golongan kulit hitam).

Kedua, konsep zakat diberikan bukan berdasarkan sesuatu kaum atau bangsa, tetapi berdasarkan keperluan dan kebajikan kepada yang memerlukan. Dalam al-Quran, dinyatakan lapan golongan yang layak terima zakat, iaitu (1) fakir, (2) miskin, (3) amil zakat, (4) muallaf, (5) orang yang tertawan (hamba), (6) orang yang berhutang, (7) orang yang berada di jalan Allah dan (8) orang ada masalah kewangan semasa dalam perjalanan.

Bagi fakir, miskin , riqab (hamba yang mahu dimerdekakan), Garimin (orang yang dikekang hutang), Ibn Sabil (orang yang ada masalah kewangan ketika dalam perjalanan25) adalah kelompok manusia yang memerlukan kepada bantuan kewangan, tidak kira dari apa bangsa dia.

Amil zakat (pengutip zakat yang dilantik kerajaan) pula, berdasarkan kepada kebajikan terhadap hasil kerja yang dilakukannya. Muallaf pula adalah memberi bantuan kewangan kepada mereka yang dibuang ahli keluarga mereka ekoran baru memeluk Islam atau kecenderungannya kepada agama Islam.

Dari konsep zakat ini, amat kelihatan bahawa bantuan tidak diberikan berdasarkan sentimen sesuatu kaum dan bangsa, tetapi berdasarkan kepada golongan yang memerlukan dan keperluan mendapat kebajikan. Lebih-lebih lagi, pada zaman Omar menjadi khalifah, beliau pernah menafsirkan maksud orang fakir dan miskin itu merujuk kepada orang ahli kitab yang tidak beragama Islam, sudah pasti tidak berbangsa Arab, kerana ahli kitab pada zaman itu adalah berbangsa Bani Israel.

Ketiga, pendekatan tidak berorientasikan bangsa ini lebih kelihatan apabila Nabi berpesan kepada Muaz bin Jabal semasa dilantik menjadi gabenor di Yaman, bahawa beliau perlu ajar kepada masyarakat Yaman yang Allah mewajibkan diambil sedekah dari harta orang-orang kaya yang kemudian perlu diberikan kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka.

Keempat, pada zaman Saidina Omar menjadi khalifah, beliau telah ke pasar, beliau dapati Hatib bin Abi Balta’ah menjual buah zabib (anggur yang telah dikeringkan) dengan harga yang murah. Dengan kadar yang murah itu, menyebabkan peniaga-peniaga lain yang mempunyai kadar kos yang rendah tidak dapat bersaing dengan dia. Dengan demikian, Omar pun berkata kepada Hatib, “Sama ada kamu mahalkan harganya, ataupun kamu pergi berniaga di tempat lain”.

Hatib bin Abi Balta’ah berbangsa Arab sedangkan peniaga-peniaga di pasar itu bercampur dengan pelbagai kaum. Kewujudan Hatib bin Balta’ah menjadikan pasaran tidak seimbang. Makanya, Hatib yang berbangsa Arab diminta menaikkan harga jualannya ataupun dia pergi ke pasar yang lain supaya dia tidak membebankan peniaga lain dalam pasaran.

Ini menjadi bukti, pembelaan bagi golongan yang tidak mampu bersaing bukan berasaskan kaum dan bangsa, tetapi tahap kemampuan, tidak kira apa bangsa dan kaum dia sekalipun.

Kelima, semasa Saidina Omar memerintah, beliau tidak membenarkan pengutipan jizyah dari orang-orang yang lemah seperti kaum wanita dan kanak-kanak29.

Begitu juga, surat beliau kepada gabenor beliau yang bernama Osman bin Hunaif yang melarang mengambil jizyah dari orang yang lemah dari kalangan orang terlalu tua, wanita, orang gila, orang tidak ada kemampuan bekerja, orang yang tidak ada kemampuan untuk mendapat upah dan para ahli ibadat yang beribadat dalam rumah ibadat mereka.

Jelas dari tindakan Saidina Omar ini bahawa memberi bantuan bukan berasaskan kepada kaum dan bangsa, tetapi berasaskan kepada kelemahan individu dan kebajikannya yang perlu dijaga.

Ketuanan Melayu wujud dalam Islam?

Berbalik ke Malaysia, seringkali konsep Ketuanan Melayu cuba dihalalkan dengan beberapa hujah, dengan memetik kisah dalam Hadis.

Hujah pertama:

Ketuanan Melayu ini wujud dalam Islam, dengan merujuk kepada tindakan Saidina Omar, iaitu ketika tentera muslim telah menguasai Iraq selepas dijajah Farsi, tanah-tanah masyarakat Iraq sewajarnya dibahagikan kepada tentera muslim sebagai ghanimah.

Perkara ini dituntut oleh Bilal bin Rabah. Walau bagaimanapun, Saidina Omar tidak bersetuju dan meminta agar tanah itu diberikan semula kepada orang tempatan di Iraq. Pendapat Saidina Omar itu disokong oleh Abd al-Rahman bin ‘Auf.

Jawab:

Perlu difahami bahawa sesuatu tindakan Saidina Omar dari kisah ini bercanggah dengan prinsip yang diajar oleh Nabi, iaitu pembahagian harta ghanimah. Apabila demikian tindakan Saidina Omar, sudah pasti terdapat tujuan atau punca (Arab: illat atau manat) terhadap tindakan tersebut.

Apa yang pasti, terdapat riwayat bahawa beberapa kalangan bangsa Arab yang beragama Yahudi yang dikenali sebagai Bani Tughlub. Mereka memohon untuk duduk dalam kerajaan Madinah semasa Saidina Omar menjadi khalifah. Memandangkan mereka tidak beragama Islam, makan mereka perlu membayar jizyah.

Ketua mereka melihat bahawa orang Islam diwajibkan membayar zakat, sedangkan golongan bukan Islam termasuk Bani Tughlub tidak membayar zakat, sebaliknya perlu membayar jizyah. Sebagai kalangan yang mempunyai sentimen yang suka berperang, ketua Yahudi Bani Tughlub itu berjumpa dengan Saidina Omar dan menyatakan kebimbangannya — Andainya Yahudi Bani Tughlub membayar jizyah yang berbeza dengan orang Islam yang membayar zakat, akan melahirkan tanggapan bahawa mereka sebagai golongan kelas kedua dalam masyarakat Madinah.

Dengan ini, dibimbangi di masa akan datang, kelompok Yahudi Bani Tughlub akan bangun memberontak. Mendengar kebimbangan ketua Yahudi Bani Tughlub tersebut, Saidina Omar pun menyuruh tukar bentuk bayaran jizyah itu, bukan lagi dijenamakan sebagai jizyah, tetapi dijenamakan sebagai zakat.

Kisah ini membuktikan bahawa kebimbangan Saidina Omar adalah faktor masalah kerajaan tidak stabil di masa akan datang, iaitu kebimbangan masyarakat Bani Tughlub akan memberontak. Demikian juga ketika baru sahaja mengusai Iraq sejurus kekalahan Farsi. Ia bukan soal “ketuanan” tetapi soal menjamin kestabilan kerajaan dari sebarang elemen yang boleh membawa kepada pemberontakan.

Hujah kedua:

Terdapat dalam Hadis bahawa Nabi saw berkata, pemimpin itu dari kalangan Quraish. Dengan itu, ia menjadi dalil bahawa Nabi saw mengangkat konsep “Ketuanan Quraish”, dan ia selaras dengan konsep “ketuanan Melayu”.

Jawab:

Sesuatu hukum itu dilihat pada dua sudut, iaitu (a) hukum asal (Arab:al-hukmu Lizatih), dan (b) hukum yang berubah dengan sebab faktor-faktor tertentu (Arab: al-Hukmu li Ghairih). Bagi pemahaman konsep hukum ini, kita mengambil contoh menjual anggur yang dari sudut hukum asalnya adalah harus. Tetapi, andai tindakan itu memberi implikasi secara pasti untuk dibuat arak, maka hukum jual anggur yang asalnya harus itu telah bertukar menjadi haram.

Demikian juga hadis yang menyatakan bahawa pemimpin itu dari kalangan Quraish. Secara hukum asalnya, pemimpin itu dilantik berdasarkan kepada kelayakan, merentasi kaum dan etnik. Ini berdasarkan Hadis bahawa Nabi saw menyatakan, “Apabila disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggu saat kehancuran”, dan Hadis bahawa Nabi saw bersabda, “Dengar dan taat, walaupun kepada pemimpin itu seorang hamba yang berbangsa habsyah (berkulit hitam) yang rambutnya seakan-akan buah anggur yang kering”.

Pun begitu, andai pelantikan selain Quraish membawa implikasi pertumpahan darah, maka dalam ketika dan tempat itu, perlu dilantik bangsa Quraish. Dengan makna, pada ketika dan di tempat yang lain pula, pelantikan selain dari Quraish tidak mendatangkan implikasi pembunuhan, maka ia tidak termasuk dalam maksud hadis tersebut.

Dari perbahasan ini, dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama, konsep ketuanan Melayu bukan sekadar tidak wujud dalam Islam, malahan ia tidak wujud dalam perlembagaan seperti mana yang diakui oleh pakar sejarah, pakar perlembagaan dan tokoh-tokoh besar dalam politik Malaysia.

Kedua, walaupun konsep ketuanan Melayu tidak ada, ia tetap dimainkan oleh parti Melayu Umno. Pun begitu, konsep ini mendapat serangan dari beberapa tokoh politik, seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Rafidah Aziz dan sebagainya.

Ketiga, kesan dari mengangkat konsep ketuanan Melayu, melahirkan persepsi bahawa wujud tanggapan bahawa bangsa selain Melayu sebagai hamba atau sentimen kekastaan antara sesama manusia berasaskan kepada bangsa. Tanggapan sebegini, sudah pasti bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam menolak konsep perhambaan, dan menolak konsep perkauman dan kasta.

Keempat, demikian juga, kesan dari mengangkat konsep ketuanan Melayu ini melahirkan tanggapan bahawa bangsa selain Melayu sebagai penumpang dan pendatang. Keadaan ini tidak jauh beza tindakan orang munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul terhadap Nabi Muhammad sehingga Abdullah mendapat kecaman dari al-Quran.

Kelima, konsep ketuanan Melayu sering dikaitkan dengan tindakan afirmatif yang memberi bantuan; keutamaannya kepada bangsa Melayu. Secara dasarnya, afirmatif yang diterima dalam Islam bukan berasaskan kepada kaum dan bangsa, tetapi kepada membangunkan orang yang lemah dan memerlukan, tidak kira apa bangsa dan anutan agama dia.

Hubungan ketuanan Melayu dan agama (Bhg 1)

Ketuanan Melayu, satu ungkapan yang amat popular dalam budaya politik di Malaysia. Umno yang sejak sekian lama membawa agenda perkauman Melayu menjadikan ungkapan ini sebagai kalam keramat ketika berhadapan dengan musuh-musuh partinya.

Dari sudut sejarah, ungkapan ini bermula pada tahun 1986. Pada peringkat awalnya, ia adalah ucapan seorang pemimpin Umno Kelantan yang dikenali sebagai Abdullah Kok Lanas (nama sebenarnya: Tan Sri Abdullah Ahmad, meninggal dunia pada 12 Jun 2016) dalam satu ucapan beliau di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, Allahyarham Abdullah mengungkapkan istilah “Malay Dominance”, tetapi kemudiannya diterjemah kepada bahasa Melayu sebagai 'ketuanan Melayu'.

Pemaknaan dan definisi bagi ketuanan Melayu tidak pernah jelas. Dari sudut persepsi, terdapat pelbagai kefahaman terhadap ketuanan Melayu. Walau bagaimanapun, pemahaman yang popular adalah, ia sebagai konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang: Malaysia).

Implikasi kefahaman ini menjadikan orang Cina dan India dianggap sebagai pendatang dan terhutang budi kepada orang Melayu. Dengan itu, wujud sentimen bahawa Malaysia ini dimiliki oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia yang bukan berketurunan Melayu adalah 'hamba'. Jika tidak dianggap sebagai 'hamba' sekalipun, mereka dianggap mempunyai tahap kasta yang rendah berbanding Melayu.

Dari sudut pengamalan, ia dilaungkan oleh Umno. Namun, pada akhir tahun 2010, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa slogan ini digunakan oleh Umno untuk mengkayakan pemimpin Melayu dan mengabaikan warga Melayu yang miskin. Kenyataan tersebut mendapat kecaman hebat daripada pemimpin Umno.

Kesan dari kecaman tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Ketua Umum PKR mengulangi slogan 'ketuanan rakyat' yang pernah diungkapkan tahun 2008. Anwar membangkitkan perihal hak ekonomi kaum selain Melayu, seperti Kadazan, Iban, Cina dan India.

Atas semangat Islam, pada tahun 2010, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz pernah mengungkapkan bahawa perjuangan 'ketuanan Melayu' adalah sia-sia sahaja. Allahyarham Nik Aziz menyatakan bahawa laungan ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan orang Melayu lebih hina, bukan lebih mulia.

Lebih berani lagi, pada 1999, Nik Abdul Aziz bukan sahaja membangkitkan soal ketuanan Melayu, malah mempertikaikan konsep hak istimewa Melayu. Allahyarham Nik Aziz berkata: “Sesuatu bangsa itu tiada hak istimewa. Kalau ada bangsa Arab boleh diberi hak, tetapi Islam tidak memberikan kepada mana-mana bangsa. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan istilah (hak istimewa Melayu) itu.”

Kewarganegaraan

Dalam era konsep kewarganegaraan (bahasa Arab: al-Muwatanah), asas kerakyatan bagi sesebuah negara bukan lagi berasaskan kepada kaum, tetapi berasaskan pengiktirafan perlembagaan sesebuah negara terhadap individu rakyat.

Ini berbeza dengan pengamalan pada zaman pemerintahan muslim dahulu, di mana kewarganegaraan berasaskan kepada anutan agama. Ini berlaku dalam pemerintahan Osmaniyyah, Abasiyyah, Umawiyyah, Fatimiyyah dan banyak lagi.

Seseorang itu dikira sebagai warganegara, apabila dia telah memeluk agama Islam. Apabila seseorang itu tidak beragama Islam, maka dia dibebankan untuk membayar jizyah (cukai kepada orang yang tidak beragama Islam).

Dengan membayar jizyah, maka dia dikira sebagai kafir zimmi (non-muslim yang wajib dijaga kebajikannya oleh sesebuah kerajaan). Kafir zimmi ini dianggap sebagai golongan kelas kedua dalam sesebuah kerajaan.

Andai non-muslim tersebut tidak mahu membayar jizyah, dia dianggap sebagai kafir harbi (non-muslim yang boleh diperangi). Ini kerana, dengan sikapnya yang berkeras tidak mahu memeluk agama Islam dan tidak mahu membayar jizyah, diragui motifnya berada dalam pemerintahan muslim. Kemungkinan besar dia mempunyai hasrat untuk memberontak.

Konsep ini berteraskan bahawa muslim sebagai tuan dalam sesebuah negara. Jelas, konsep itu sudah tidak relevan untuk diamalkan dalam bentuk negara bangsa seperti Malaysia, malahan di semua negara dalam dunia pada hari ini.

Dalam konsep sekarang, semua rakyat yang disahkan secara perlembagaan dikira sebagai rakyat dalam negara, tanpa mengira anutan agamanya. Setiap mereka mendapat hak keamanan dan kesejahteraaan sebagai rakyat.

Namun, di Malaysia terdapat satu sentimen yang dikenali sebagai ketuanan Melayu, yang meletakkan asas kaum Melayu sebagai tuan rumah. Dengan sentimen ini, lahir tanggapan bahawa bangsa selain Melayu, kaum lain seperti Cina dan India adalah pendatang, walaupun mereka sudah menjadi warganegara Malaysia secara sah dan secara berperlembagaan.

Dari sudut sejarah Islam, semasa Nabi Muhammad masuk ke Madinah bersama para sahabat yang dikenali sebagai Muhajirin (kalangan rakyat Mekah yang bersama-sama dengan Nabi berhijrah ke Madinah), status Nabi dan sahabat Muhajirin bukan “warganegara” Madinah (ketika itu: Yasrib).

Pun begitu, kehadiran Nabi dan sahabat Muhajirin diterima rakyat Madinah yang dikenali sebagai Ansar sehingga melantik baginda sebagai ketua kerajaan di Madinah. Penerimaan terhadap rakyat Mekah untuk dijadikan ketua kerajaan di Madinah berlanjutan turun temurun; iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq diterima menjadi ketua kerajaan, kemudian disambung oleh Saidina Omar, Osman dan Ali dan seterusnya, walhal mereka berasal dari Mekah.

Tanpa dinafikan, memang terdapat rakyat asal Madinah yang tidak bersetuju, iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Dengan status Nabi sebagai “orang luar”, menyebabkan dia merancang untuk mengeluarkan baginda dari Madinah. Tindakan itu menyebabkan dia mendapat celaan al-Quran sepertimana diceritakan dalam ayat ke-8, dari surah al-Munafiq.

Pandangan tokoh sejarah, politik

Hal yang pasti, ketuanan Melayu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut pakar sejarah, Prof Khoo Kay Kim, istilah ketuanan Melayu tidak pernah digunakan dalam sejarah. Dengan sebab itu, tidak hairan terdapat sebilangan tokoh besar dalam negara yang menolak konsep tersebut.

Antara yang menolak konsep ini adalah Allahyarham Nik Abdul Aziz, bekas menteri besar Kelantan. Atas semangat Islam, beliau berkata, “Jika di Malaysia ini, suka sangat sebut ketuanan Melayu, sebab Melayu bangsa asal, tetapi kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah. Sepatutnya, kita kena sebut ketuanan Allah. Sepatutnya, lagu ini (seperti ini) cara berfikir orang-orang beriman”.

Dalam kenyataan yang lain, Nik Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa dia secara terang-terangan menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau berkata, “Sebab tu kita buat PAS for All. Lama dah 1Malaysia ini dilakukan oleh PAS, lama dah. Dan DAP sebut, Malaysian Malaysia. Lama dah. Jadi, oleh yang demikian, 1Malaysia ini tiru gerakan Islam sebenarnya, bukan gerakan Melayu. Sebab itu saya lawan ketuanan Melayu.”

Juga menolak konsep ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Malahan beliau menampilkan pula kegagalan Melayu dalam ekonomi berbanding bangsa lain. Dengan demikian, beliau menganggap slogan ketuanan Melayu sebagai sia-sia.

Kata Dr Mahathir,“Tidak guna (tidak ada faedah) kita panggil diri kita tuan. Kita bangga kerana kita adalah tuan? Kalau kita jadi pemandu kereta dan ada orang di belakang yang mengarah kita ke mana-mana? Apakah kita tuan, atau yang di belakang itu adalah tuan?”

“Kadang-kadang kita terpaksa cuci kasut orang. Orang yang mempunyai kasut itu tuan, atau kita (orang yang cuci kasut) itu tuan?.

“Tidak ada gunanya laung ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu… ketuanan, (kalau) jadi kuli orang, (itu) bukan tuan.”

Pada Jun 2018, bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz ada menyatakan, sudah sampai masanya ditinggalkan konsep 'Ketuanan Melayu' dan digantikan dengan konsep 'ketuanan Malaysia'. Beliau berkata, “Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan Cina. Kita rakyat Malaysia. Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini.

“Ia (ketuanan Melayu) sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat kini. Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia. Negara ini mesti didahulukan.”

Anwar pula pernah membangkitkan persoalan kepada pemaknaan bagi “tuan” dalam pengistilahan ketuanan Melayu. Anwar berkata, “Tuan itu, (maknanya) yang berkuasa, yang utama, yang memiliki. Jadi, kalau Melayu itu tuan, bagaimana kedudukan Iban, Kadazan, Cina, India?”

Dalam satu ucapan di Kampung Baru pada 14 April 2008 yang dikenali sebagai “Dari Black 14 ke arah kemenangan rakyat”, Anwar Ibrahim pernah menggantikan sentimen “ketuanan Melayu” kepada “ketuanan Rakyat”.

Dalam ucapan itu, beliau berkata, “Kita tidak bicara soal ketuanan Melayu, tetapi program kita akan lebih banyak membela nasib orang Melayu. Kita tidak bicarakan ketuanan Melayu, kerana yang kita bicarakan adalah ketuanan rakyat.”

(Ikuti bahagian 2 tulisan ini pagi esok)

WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre. Tulisan ini dipetik dari saudara.org

6 bulan tempoh 'amaran' buat perokok

Balqis Jazimah Zahari
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan terburu-buru mengeluarkan saman kepada perokok yang merokok di premis makanan dalam tempoh enam bulan pertama sebaik pelaksanaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sebaliknya kementerian akan melaksanakan pendekatan mendidik dan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum menguat kuasakan larangan sepenuhnya

“Kita akan memberikan amaran (dalam tempoh enam bulan) kepada perokok jika mereka merokok di restoran terbuka.

“Bagaimanapun, selepas tempoh itu jika perokok enggan mempedulikan amaran dan terus merokok, maka kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan (saman) serta-merta.

“Pendekatan ini diambil kerana matlamat kementerian bukan untuk menghukum, sebaliknya memberi pendidikan kepada perokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja dan sesi dialog bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kampar di Klinik Kesihatan Malim Nawar, Kampar, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming.

Dr Boon Chye berkata, pada masa sama kementerian turut menggesa pemilik restoran untuk mempamerkan papan tanda pemberitahuan larangan merokok dan melupuskan semua penggunaan bekas abu rokok di premis mereka.

Katanya, ia sebagai langkah untuk mengelakkan pemilik didenda jika pelanggan masih mahu merokok di kedai mereka.

NSTP sebelum ini melaporkan KKM akan mempertimbangkan sekiranya terdapat pemilik premis yang mahu membuka restoran atau kafe khusus untuk perokok.

Kementerian sebelum ini juga memaklumkan akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks


Penduduk berasal daripada kasta lebih rendah, Dalit sering dinafikan hak pendidikan dan pekerjaan.
CHENNAI - INDIA. Gara-gara menolak ajak seks lelaki yang jauh lebih berusia dan berasal daripada kasta lebih tinggi, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipenggal dengan kejam.

Kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu.

Menurut polis, suspek, Dinesh Kumar telah diberkas dan didakwa di bawah akta kekejaman berdasarkan kasta yang merupakan sebuah undang-undang yang telah wujud di negara itu sejak 1989.

"Dia menggunakan sabit untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Kami percaya lelaki itu berada dalam keadaan waras ketika membunuh remaja itu," jelas jurucakapnya.

Mangsa yang belajar di sebuah sekolah berhampiran pernah mengadu kepada ibunya yang bekerja sebagai buruh tentang 'hasrat' lelaki itu yang telah ditolak olehnya beberapa kali.

Menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, jumlah perbuatan jenayah terhadap golongan kasta lebih rendah adalah lebih 47,000 kes pada 2016. - Agensi

Najib bohong, perlu mohon maaf pada ahli kata akhbar Umno

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya.

Sebelumnya, Najib mendakwa wang itu merupakan "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pojok Awang Selawat dalam Mingguan Malaysia hari ini mengatakan pembohongan Najib itu terbongkar ketika wawancara terbaru Al Jazeera dan beliau perlu memohon maaf kepada semua ahli Umno.

"Pendedahan Najib Razak yang beliau sebenarnya tidak tahu sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya ahli Umno berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima kenyataan beliau bahawa wang itu sebenarnya adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

"Adalah tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu...Akhirnya pembohongan Najib terbongkar dalam wawancara bersama Mary Ann Jolley dalam siaran Al Jazeera baru-baru ini.

"Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telag menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah," kata Awang Selamat.

Awang Selamat hari ini menggunakan pembayang pantun dua kerat, "siakap senohong, gelama ikan duri..." sebagai judul pojoknya.

Sementara pada penghujung ruangan itu, Awang Selamat menyimpulkan maksud pembayang pantun lama yang malar segar itu.

"Bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya mencuri," katanya.
-malaysiakini

Gagal pikat pelajar, guru cuba kelar leher



Guru terbabit mengajar di Sekolah Tinggi Rockwell di Bangarupeta. - FOTO NDTV
HYDERABAD - INDIA. Gara-gara usaha 'memikat' pelajarnya tidak dilayan, seorang guru lelaki bertindak menyerang dan cuba mengelar leher pelajar terbabit.

Dalam kejadian di daerah Kurnool, wilayah Andhra Pradesh awal pagi semalam, guru bernama Shankar itu pergi ke rumah pelajar perempuan berkenaan dan cuba untuk mengelar leher pelajar itu menggunakan pisau.

Guru berusia 25 tahun yang dipercayai sedang mabuk itu kemudian mengelar lehernya sendiri.

Ketika kejadian, pelajar terbabit bersendirian di rumah, namun jeritannya berjaya menarik perhatian jiran tetangga yang kemudian bergegas keluar.

Shankar berjaya ditangkap dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis yang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya polis, pelajar berusia 15 tahun tersebut mengadu kepada ibunya tentang perangai Shankar yang sering mengacaunya, dan si ibu telah memberi amaran kepada guru tersebut.

Guru bahasa Hindi di Sekolah Tinggi Rockwell itu dikatakan telah mengganggu pelajar terbabit sejak setahun lalu.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Andhra Pradesh, Ghanta Srinivas dilaporkan telah menggantung tugas guru tersebut dan kes telah difailkan ke atasnya kerana cuba membunuh pelajarnya. - NDTV

Pemilihan PKR Di Sarah, Rafizi dakwa diserang di Keningau

PEMILIHAN PKR | Rafizi Ramli, yang mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden PKR memulakan saingannya di Sabah dengan penuh berliku.

Pengundian di negeri itu akan menentukan keputusan pemilihan PKR.

Menurut keputusan tidak rasmi, Azmin mendahului Rafizi dengan 345 undi hasil pemilihan 11 daripada 12 cabang PKR hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin mendapat 5,115 undi berbanding Rafizi yang memperolehi 4,770 undi.

Pengundian di Keningau dilanjutkan dan tiada keputusan rasmi setakat ini dari cabang PKR itu.

Terdahulu, berlaku kekecohan di cabang PKR Keningau, yang mana Rafizi mendakwa diserang.

Azmin dijangka menang di cabang Libaran, Sandakan, Kalabakan, Sepanggar, Beaufort dan Tawau.

Sementara itu, Rafizi pula dikatakan akan menang di cabang Kota Kinabalu, Batu Sapi, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.

Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) masih belum mengeluarkan makluman keputusan rasmi.

Keputusan awal dijangka akan dimaklumkan JPP lewat malam ini.

Esok 13 lagi cabang PKR Sabah akan mengundi

Sabah amat penting dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR kerana terdapat sebanyak 18 peratus anggota parti tersebut dari negeri itu, keahlian kedua selepas Selangor.

Keputusan tidak rasmi pengundian pusingan pertama di Sabah pad ahari ini menyaksikan Azmin mendapat 54,739 undi berbanding Rafizi yang memperolehi 52,684 undi keseluruhan dalam pemilihan PKR setakat ini.

Esok, 13 lagi cabang PKR di Sabah akan melakukan pengundian.

Setelah pemilihan di Sabah selesai, masih terdapat kira-kira sembilan peratus lagi baki undi pada peringkat nasional.

Sarawak akan mengadakan pemilihan pada minggu hadapan, manakala pengundian semula akan diadakan di Melaka. Pemilihan turut dibuat sekali lagi di cabang PKR Labuan, Kuala Selangor dan Jelebu.