"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Tukiman Menyokong Penuh Program MES

Yang Dipertua Majlis Hulu Selangor yakin Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor mampu mencapai matlamat memandu ekonomi negeri kepada ekonomi bertunjangkan dasar pro-rakyat.

Tuan Tukiman Nail menyanggah tuduhan pihak tertentu yang mengatakan MES telah gagal dan berkata dasar besar seperti ini memerlukan masa dan kecekalan untuk berjaya.

Dalam masa sesingkat dua tahun sahaja, Tukiman berkata telah pelbagai perubahan terpakai hasil program MES.

“Dorang dah boleh terima maknanya perubahan macam saya sebut tadi, skim-skim merakyatkan ekonomi dibuktikan benda ini, dan kita kena ingat benda ni baru 2 tahun, yela manusia ini kadang tak boleh menilai hanya setakat 2 tahun sahaja, tapi tula kerajaan negeri sekarang tak boleh berhenti setakat apa yang ada”

Beliau memberi petunjuk bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk memperluaskan lagi MES mencakupi setiap aspek kehidupan rakyat.

“Saya tengok pun MB dia cadang untuk perkembangkan apa faedah-faedah lain yang boleh dinikmati oleh penduduk, kalau dapat dilaksanakan so maknanya ia meningkat, tahun yang ketiga dia meningkat, tahun yang keempat dan seterusnya.

Tukiman menyifatkan projek-projek yang direncana dibawah MES meletakkan matlamat jangka panjang dan bukan keuntungan singkat dan pantas.

Menyifatkan perancangan kerajaan negeri sebagai berwawasan, Tukiman berkata antara yang paling menarik perhatian beliau adalah Projek Pemulihan Sungai Klang.

“Saya sendiri pun tak dapat nak gambarkan vision MB macammana dia nak majukan Sungai Klang tu, tapi saya nampak benda tu logik, yela dia amik contoh Korea, dia ambil contoh tempat-tempat lain, memang boleh buat, dia ambil contoh Singapore pun negara yang dekat dengan kita”.
-tvselangor-

Khalid kesal tohmahan media arus perdana berhubung isu pemberian tanah

Tohmahan kononnya pemberian hak pemilikan tanah oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Hulu Selangor adalah gimik politik meraih undi dibidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata pemberian tanah ini adalah sebahagian dari rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan dua tahun lalu.

Beliau tidak mahu mengikut cara Umno Barisan Nasional yang hanya memberikan tanah setiap kali tiba pilihanraya kecil untuk memikat pengundi.

Kerajaan Negeri Selangor membuat perancangan jangka panjang bagi memastikan ia dapat dijalankan di seluruh Selangor bukan hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Tan Sri Khalid melahirkan kekesalan dengan tohmahan yang dilemparkan media arus perdana dan berkata Umno-BN seharusnya mengiktiraf usaha Pakatan Rakyat menyerahkan hak tanah kepada penduduk miskin, yang kebetulannya majoriti Melayu.

Beliau menolak kenyataan yang mengatakan Kerajaan Negeri Selangor hanya membuat gimik politik tapi bersetuju dengan kenyataan beliau mengambil kesempatan menggunakan program MES bagi menyelesaikan masalah di Hulu Selangor.

Malah, terang beliau, Barisan Nasional tidak melakukan banyak perubahan setelah lebih 50 tahun menerajui negeri Selangor.
-tvselangor-

Presiden PAS akan berkampung di Hulu Selangor

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 April:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun berkampung di Hulu Selangor beberapa hari bagi membantu kempen calon Paktan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Beliau dijangka mula berkampung di sana 19 April ini selama beberapa hari sebelum hari pengundian 25 April nanti.

Sebelum itu beliau juga akan hadir dan menyampaikan ucapan pada hari pengumuman calon Pakatan Rakyat 13 April ini yang akan diadakan di Pusat Komuniti Serendah.

Manakala jadual ceramahnya dalam tempoh kempen pula akan bermula 19 April jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Kalumpang.

Akan turut serta pada ceramah itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pada 20 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi dijangka berceramah di kampung Soeharto bersama Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim.

Selain mereka, akan turut serata berceramah pada malam itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada 21 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor.

Beliau akan bersama Anwar dan juga Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng.

Program ceramah pimpinan utama dari ketiga-tiga kompenen parti akan terus diadakan setiap malam sehingga hari Sabtu, 24 April iaitu malam sebelum pengundian.
Bagaimanapun jadual mereka masih tertakluk kepada perubahan.

Mereka dijangka akan menyentuh pelbagai isu politik tanah air termasuk yang terbaru berhubung penglibatan firma perunding Apco Worlwide yang ada kaitan dengan Israel dalam menjayakan misi 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak.

RM 10 Juta Motosikal Petronas terbengkalai

Anak Muda KG


RM 10 Juta motosikal lumba kuasa tinggi FP1 Petronas terbengkalai di England ?

Mungkin boleh hadiahkan motosikal-motosikal ini kepada belia Kelantan sebagai motosikal wang ehsan ?

MCN has discovered a secret hoard of 60 £25,000 Foggy-Petronas FP1 road bikes in a bunker in Essex.

Carl Fogarty – race team manager and figurehead of the ill-fated FP1 project – said when told the news: “You’re joking – that’s amazing!” It had been thought – and stated by the team – that the bikes were shipped to Malaysia five years ago and disposed of. But in fact virtually all the bikes initially produced to homologated the FP1 for WSB racing are still on UK soil.

The collection – worth around £2m – is held in a state of suspended animation awaiting, with the bikes’ owner – Malaysian oil giant Petronas – keen to draw a veil over the whole episode. The firm burned £30m on a WSB program that was intended to kick-start a Ducati-sized bike manufacturing business in Malaysia, but in fact petered out with a 21st place championship finish in 2006.


Laporan penuh di
http://www.motorcyclenews.com/MCN/News/newsresults/General-news/2010/February/feb1010-hoard-of-foggy-petronas-fp1s/

**********************
Petronas FP1
The Petronas FP1 is a 899.5 cc (54.89 cu in) liquid-cooled inline three-cylinder homologation special sport bike that was produced in 2003 by Petronas.

Originally developed jointly by Petronas and Sauber Petronas Engineering AG as the Petronas GP1 989cc prototype to compete in MotoGP, Petronas decided to race the motorcycle in the Superbike World Championship instead. To meet the requirements for the motorcycle's entry into the championship, the engine was reduced to 899.5 cc (54.89 cu in) and Petronas had to produce 150 road version motorcycles for FIM homologation, thus making it the first Malaysian-built Superbike.

Laporan penuh di
http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas_FP1

http://amkns.blogspot.com/

PRK Hulu Selangor: Kerjasama erat PAS, PKR dan DAP Selangor mampu tumbangkan BN

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 10 April:
Kerjasama erat ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP Selangor mampu menumbangkan Barisan Nasional dan memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal milik Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan penampilan calon berwibawa dari PKR yang akan diumumkan 13 April ini.

“Bagi kami (PAS) di Selangor, tidak ada masalah bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana keadilan itu untuk semua, dan ini adalah antara tuntutan perjuangan dalam Islam," katanya.

“Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah ‘tahalul siaasi’ (kerjasama politik), bekerjasama dalam satu Pakatan bagi menggantikan BN (memerintah negara ini), insya Allah,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-43 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pagi tadi.

PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April ini.

Mengulas Pilihanraya Kecil Sibu, beliau pula berkata ianya menjadi titik tolak bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.

“Sibu ini akan menjadi sebagai titik permulaan gerak kerja hendak menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis sama Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Bunut Payung Datuk Takiyuddin Hassan dan Adun Tanjong Mas Rohani Ibrahim.

Parlimen Sibu menjadi kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew baru-baru ini, dipercayai mengidap penyakit barah.

Pilihan raya kecil itu nanti, jika diisytiharkan, adalah yang kedua diadakan di Sarawak selepas pilihan raya kecil Dun Batang Ai.

Pada pilihan raya lalu, Datuk Robert (SUPP) yang mewakili Parlimen Sibu sejak 1990 mengalahkan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang dengan mejoriti 3,235.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 Datuk Lau memperolehi 19,138 undi, sementara Wong memperolehi 15,903 dan Lim mendapat 812 undi.

Umno-BN makin pening di Hulu Selangor

Angkasanuri
Menjelang tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena.

Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel.

Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel.

Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang.

Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini.

Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding.

UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib.

Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam.

Azmin tolak dakwaan tak selari dengan MB

Naib Presiden PKR Azmin Ali menolak tanggapan bahawa beliau tidak selesa dengan pemilihan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mengetui kempen pilihan raya di Hulu Selangor.

Hanya seminggu sebelum penamaan calon pada 1 April, terdapat khabar angin bahawa terdapat perselisihan faham antara dua pemimpin kanan parti itu berhubung siapa yang patut mengetuai kempen pilihan raya parti.

Dilaporkan terdapat beberapa pemimpin utama PKR curiga dengan kemampuan Khalid kerana sebagai seorang tokoh korporat beliau dikatakan kurang kemahiran politik.

Bagaimanapun, ditemui ketika pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor semalam, Azmin mengenepikan spekulasi bahawa berlaku keretakan hubungannya dengan Khalid.

"Sayalah orangnya yang mencadangkan supaya menteri besar menjadi pengarah pilihan raya. Ia juga keputusan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan kerajaan negeri," katanya kepada Malaysiakini.
-malaysiakini-

7 polis T'ganu disiasat kes dadah

Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

"Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai Karnival PDRM Bersama Masyarakat Besut yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh di Besut hari ini.

Menyentuh tentang pembangunan, beliau berkata Polis Terengganu diperuntukkan RM1 juta untuk projek membaiki bangunan-bangunan lama di balai-balai dan ibu pejabat polis di seluruh negeri.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan terdapat segelintir anggota polis di Terengganu terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan kuasa hingga mengambil tindakan sendiri yang tidak menyenangkan masyarakat.

Mohd Shukri berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisplin atau terlibat dengan kes jenayah.

-Bernama-

Membunuh atas nama Moral

Wong Chip Choo

Apakah moral itu masih bermoral, apabila moral dijadikan senjata dalam pergelutan kuasa?

Sejak peristiwa Anwar Ibrahim pada tahun 1998, moral seks menjadi senjata yang tajam untuk menyerang musuh dalam arena politik. Pelopornya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Sejak Anwar dituduh "sodomi", istilah "sodomi" ini tersebar luas melalui televisyen, radio dan media cetak, malah menjadi istilah yang popular di bumi yang konservatif ini. Kini, kes liwat Anwar kedua telahpun dibuka tirainya. Istilah sodomi menjadi popular kembali.

Dua tahun kebelakangan ini, istilah "oral seks" menjadi popular dalam perbualan harian di atas "bolehland" ini, setelah dihebohkan oleh musuh politik Presiden MCA, Chua Soi Lek. Sebelum ini, EXCO Selangor Elizabeth Wong juga diserang dengan isu moral lantaran daripada penyebaran foto peribadinya, yang diambil oleh teman lelakinya ketika beliau sedang tidur.

Persamaan ketiga-ketiganya adalah, mereka adalah mangsa penganiayaan. Malah, tujuan penganiaya adalah untuk mencalar imej moral mangsanya. Taktik sebegini sememangnya akan mencalar imej moral mangsanya, tetapi penganiaya juga terpalit sedikit sebanyaknya. Ini menjelaskan mengapa bekas teman lelaki Elizabeth hilang begitu sahaja, sehingga gagal dicari polis.

Siapa yang merakamkan skandal Chua Soi Lek masih kekal sebagai tanda soal hingga sekarang. Namun, "suspek"-nya telah kecundang dalam pemilihan semula baru-baru ini. Bahkan "pengarah" kes liwat pertama juga telah berundur. Cuma "mangsa" kes liwat kedua, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar kiri) masih berada dalam keadaan yang baik, berbeza dengan watak yang sama-sama dituduh dalam kes liwat pertama.

Malah, Saiful memuatkan gambar dirinya ke facebook, blognya, seolah-olah seorang mangsa yang sangat gembira. Jadi, semua kekanda dan adinda yang dirogol seharusnya menjadikan beliau sebagai teladan.

Analisa kes moral

Sememangnya, perbincangan masalah moral pantang dengan idea yang cetek, kerana ia akan menjadikan masalah semakin rumit, malah mungkin menjurus kepada kesimpulan yang radikal. Jadi, kita harus membincangkan isu moral dengan bernas, berdasarkan kes yang konkrit.

Kes pertama, foto peribadi Elizabeth ). Secara perbandingannya, Elizabeth adalah mangsa yang tidak berdosa. Kerana gambar ini diambil ketika beliau sedang tidur oleh orang yang beliau percayai. Jadi, apakah kesalahannya? Lebih-lebih lagi, ini bukan masalah moral sepenuhnya, bahkan lebih kepada persoalan keperibadian. Jadi, adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa motif di sebalik tindakan ini adalah untuk mengaibkannya.

Kes yang kedua ialah kes liwat yang melibatkan Anwar. Sama ada kes pertama mahupun kedua, Anwar tidak mengaku bersalah. Ini kuncinya. Keduanya, kes ini berbau politik, ramai yang cenderung untuk mempercayai bahawa kes ini adalah penganiayaan politik.

Dalam kes pertama, Anwar menjalani hukumannya kerana penyalahgunaan kuasa, malah tuduhan liwat itu dibiarkan begitu saja pada akhirnya. Dalam kes keduanya, walaupun terdapat seorang saksi yang tampil ke depan untuk menuduh Anwar, namun orang umum masih meragui bagaimana liwat berlaku tanpa kesan "tusukan". Jadi, untuk mengatakan ia masalah moral, lebih baik ia dijelaskan sebagai penganiayaan politik menggunakan moral.

Lebih-lebih lagi, kita berdepan dengan masalah double standard dalam perundangan. Dan ini berkaitan dengan DVD skandal seks Chua Soi Lek yang akan kita bincangkan.

Double Standard

Skandal DVD seks semestinya isu keperibadian, namun ia juga masalah moral, sekurang-kurangnya masalah imej moral. Kunci persoalannya adalah pengakuan Chua Soi Lek bahawa beliaulah watak lelaki dalam DVD tersebut. Ini adalah sesuatu yang ironi. Apabila seseorang itu bersikap jujur, beliau perlu membayar harga yang lebih tinggi sebaliknya. Jadi, siapakah yang harus kita contohi, Chua Soi Lek atau VK Lingam?

Dari sudut ini, Chua Soi Lek telah menjalani hukumannya dari segi politiknya. Kita seolah-olah telah bersetuju agar isu ini dijadikan peristiwa yang sudah berlalu. Dari segi politik, kita harus beri peluang agar beliau bermula di titik permulaan yang baru. Namun, dari segi undang-undang, kejujuran Chua Soi Lek telah mencungkil satu persoalan berhubung keadilan.

Seksyen Kanun Keseksaan 377A berbunyi, "Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature."

Anwar didakwa di bawah seksyen ini, dan oral seks juga terkandung dalam seksyen ini. Mengapa Chua Soi Lek tidak dituduh? Jelas, ini double standard. Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menyerang masalah moral Chua Soi Lek ini, tetapi semestinya akan menyerang amalan "double standard" dalam kes ini. Jadi, DVD skandal seks Chua Soi Lek akan diikat bersama kes liwat Anwar kedua ketika dibincangkan.

Dalam keadaan di mana kes ini belum selesai, maka kemasukan Chua Soi Lek ke dalam kabinet akan menjadi beban kepada BN. Ini kerana sama ada Chua menjadi Presiden atau tidak, adalah hal ehwal dalaman MCA. Tetapi sama ada beliau memasuki kabinet, itu urusan BN, setidak-tidaknya PM. Dari satu sudut yang lebih luas, kemasukan Chua ke dalam kabinet berhubung kait dengan isu imej negara. Walaupun politik ditimbang mengikut pengaruh seseorang, tetapi perlu juga ada garis moralnya.

Atas nama moral

Selain itu, Ong Tee Keat dan Chew Mei Fun juga terjerat ke dalam dilema moral dalam pemilihan semula MCA ini. Namun, berbeza dengan ketiga-tiga kes di atas, mereka lebih kepada "meludah ke langit". Mereka berlagak seakan-akan bertindak atas nama moral, tetapi padahnya menimpa pada dirinya.

Ong Tee Keat terjerat dalam dua kes. Pertama, janjinya untuk berundur walaupun kalah satu undi dalam EGM; keduanya, plan perpaduan bersama Chua Soi Lek yang "tidak bermoral". Menurut puak Ong Tee Keat, Ong Tee Keat mengambil keputusan untuk tidak mengundur setelah berdepan dengan desakan agar beliau berundur. Hujah sedemikian hanya menjelaskan mengapa beliau mungkir janji, tetapi gagal menjelaskan mengapa dia bekerjasama dengan Chua. Masalahnya bukan bekerjasama dengan Chua, tetapi kerana serangannya terhadap Chua sebelum ini, kononnya Chua tidak bermoral. Jadi, agak sukar untuk diterima apabila Ong mengambil pendirian corner baring untuk bekerjasama dengan Chua, setelah kalah dalam EGM.

Dilema Chew Mei Fun lebih rumit berbanding Ong Tee Keat. Pertamanya, Ong Tee Keat berjasa kepada Chew, malah ketua untuk Chew dari namanya. Setelah Ong Tee Keat hilang kuasa, Chew bukan sahaja bagai kacang lupakan kulitnya, malah mendesak Ong Tee Keat dengan kata-kata yang keras. Pada hakikatnya, sesiapa yang tahu apa itu "malu", tidak akan melampaui garisan ini.

Keduanya, Chew menyerang kecacatan moral Ong Tee Keat tadi, malah mendakwa akan letak jawatan seandainya Chua Soi Lek menjadi Presiden.

Moral sebagai senjata

Kini, Chua Soi Lek menjadi Presiden. Chew hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, undur untuk bebaskan diri dari dilema moral ini. Keduanya, kekal dan menjadikan dilema moral ini sebagai bintik hitam yang gagal dibersihkan seumur hidupnya. Walaupun sesetengah orang cuba meredakan keadaan dengan alasan bahawa Chew hanya terlanjur kata, dan seharusnya dimaafkan kerana sumbangannya sebelum ini, demi perpaduan parti dan sebagainya, namun ia agak sukar diterima.

Pertama, seandainya hujahnya dilihat tanpa konteks, ia mungkin menjadi kes "keterlanjuran kata". Tetapi seandainya dibaca dalam konteks, ia adalah satu strategi, untuk mengasak Ong Tee Keat pada ketika itu (kerana Ong Tee Keat bekerjasama dengan Chua selepas EGM). Apakah adil kepada orang yang dilukai (Ong Tee Keat), hanya dengan memberi alasan "tersasul" selepas itu?

Keduanya, adalah hal ehwal MCA untuk memaafkan Chew atau tidak. Tetapi, adakah masyarakat kita akan memaafkannya? Itu tidak ditentukan MCA. Lebih-lebih lagi, kalaupun nak maaf, biarlah mengaku salah dahulu. Kalau tidak mengaku salah, apa yang harus kita maafkan? Realitinya, imej MCA telah menjunam. Seandainya MCA masih tidak memandang berat persepsi masyarakat terhadapnya, lebih baik parti ini menggulung tikar.

Kesimpulannya, masyarakat tidak boleh wujud tanpa moral. Masyarakat yang meremehkan moral adalah masyarakat di mana manusia membaham sesama dirinya. Lihatlah apa yang berlaku di China, maka kita akan memahami mengapa perlunya ada garis untuk moral. Namun, jangan pula terlalu menonjolkan moral, kerana ia akan menjadi munafik, dan akhirnya menjadi senjata untuk membunuh orang. Keterlaluan dan ketiadaan bukannya sesuatu yang baik. Jalan yang tepat untuk moral adalah kesederhanaan.

*Wong Chip Choo ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disiarkan sebelum Chew Mei Fun mengumumkan perletakan jawatannya pada 8 April 2010. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

APCO punya agenda tersembunyi- Pemuda PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 April:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.

"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.

Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.

"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"

Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara.

Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya.

Hulu Selangor: Majoriti undi rosak 2008 tak dipangkah

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 10 April: Calon-calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bukan sahaja dijangka akan berusaha mengekalkan undi penyokong tegar, malah dilihat akan meletakkan harapan untuk mengurangkan undi rosak dalam usaha menaikkan majoriti.

Daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor dua bahagian mencatatkan undi rosak lebih besar berbanding majoriti pada 8 Mac 2008. Selain Hulu Selangor, satu lagi ialah kerusi Kuala Selangor.

Timbalan Presiden MIC tewas dengan perbezaan 198 undi sedangkan undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 1,466 atau tujuh kali ganda manakala di kerusi Kuala Selangor, yang dimenangi calon PAS, jumlah undi rosak direkodkan 894 berbanding majoriti 862.

Kerusi-kerusi Parlimen di Selangor yang mencatatkan undi rosak atau ditolak melebih 1,400 undi ialah Selayang (1,506), Hulu Langat (1,401), Serdang (2,072), Puchong (1,580), Subang (2,079) dan Kapar (3,064). Bagaimanapun dari segi peratusan berbanding jumlah yang keluar mengundi, kadar dicatatkan Hulu Selangor adalah tinggi.

Rekod pilihan raya umum 2004 menunjukkan jumlah undi rosak yang direkodkan di Hulu Selangor tidak jauh berbeza berbanding dua tahun lalu.

Pada tahun 2004, Palanivel menang untuk buat penggal keempat dengan undi rosak direkodkan 1,406.

Bagaimanapun ketika pilihan raya umum enam tahun lalu undi rosak tidak begitu signifikan kerana majoriti diperoleh Palanivel adalah sebanyak 14,483 undi — dilihat sebagai kedudukan yang selesa untuk wakil rakyat empat penggal.

Pegawai-pegawai jentera pilihan raya Palanivel, yang namanya telah dikemukakan oleh MIC untuk pertimbangan pucuk pimpinan BN, mendakwa kira-kira 1,000 daripada 1,466 kertas undi rosak melibatkan kertas undi yang dimasukkan ke dalam peti undi tanpa sebarang tanda.

“Kertas-kertas undi ini dimasukkan ke dalam peti undi tanpa meletakkan tanda pangkah, bermakna mereka ambil kertas undi dan sengaja memasukkan tanpa memangkah,” kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider.

Pembantu-pembantu Palanivel itu juga mendakwa sebahagiannya besarnya adalah undi protes, berpunca daripada kemarahan kakitangan awam terhadap kepimpinan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Sejauh mana benarnya andaian itu masih boleh dipersoalkan dengan mengambil kira 1,406 undi rosak yang direkodkan pada pilihan raya umum 2004.

Undi rosak pada 2008 cuma meningkat 60 berbanding 2004.

Menjawab andaian itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui wujudnya sejumlah undi rosak ataupun dalam istilah pilihan raya ia dianggap sebagai “undi ditolak”.

Kata beliau, fenomena itu didapati berlaku di kebanyakan bahagian pilihan raya umum ke-12.

“Biasanya undi ditolak adalah dalam lingkungan dua peratus... 200, 400 undi, ada bahagian yang sampai 400, sampai 500... tetapi di Hulu Selangor jumlahnya adalah tinggi. Hulu Selangor saya anggap tinggi,” kata beliau.

Undi ditolak itu termasuklah kertas-kertas undi yang dipulangkan kosong ataupun dimasukkan ke dalam peti undi tanpa dipangkah sama sekali, jelas beliau.

“Bagaimanapun selain tidak faham cara betul untuk memangkah, mengapa pengundi berbuat (undi protes) cuma mereka sahaja yang tahu,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Wah Ahmad memberitahu, sesuatu kertas undi akan dianggap sebagai “undi ditolak' jika tidak ditanda ataupun tanda pangkah berada di luar petak ditetapkan ataupun menconteng simbol calon-calon yang bertanding.

“Bagaimanapun, biasanya kami akan menerima sebarang tanda, bukan semestinya tanda dalam bentuk pangkah pada petak yang betul, yang disediakan pada kertas undi,” katanya.

-malaysianinsider-

Marah JKR, penduduk bakar geran tanah

Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda bantahan.

Dengan bantuan sebuah NGO pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".

Menurut timbalan pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (GEMPAK) Rahimuddin Md Harun, penduduk dan NGO terbabit hari ini mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan pemantauan JKR terhadap projek tersebut.

Sejak dimulakan pada 2004, tambahnya, projek pembesaran jalan Pasir Panjang-Port Dickson itu tidak dijalankan dengan baik sehingga menyebabkan rumah-rumah di sekitarnya terdedah kepada risiko dirempuh kereta dan banjir.

Katanya, jalan yang ditambak beberapa kaki itu, dengan saliran yang tidak sempurna menyebabkan air dan selut melimpah masuk ke rumah penduduk setiap kali hujan.

Jalan baru tersebut juga tidak mempunyai penghadang bagi mengelakkan kereta yang terbabas merempuh rumah mereka, tambahnya.

Sebanyak 72 keluarga - kira-kira 300 penduduk - terlibat dalam projek pembesaran jalan sejauh kira 5 kilometer itu.

Rahimuddin berkata, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk JKR, wakil rakyat, kerajaan negeri, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau hendak kumpul semua aduan, sudah satu rim kertas. Janganlah pandai menabur janji dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor sahaja, tetapi dengarlah juga rintihan penduduk di sini," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini selepas bantahan tersebut.

Rahimuddin juga berkata, penduduk Pasir Panjang tidak membantah pembangunan "tetapi janganlah kerana pembangunan, keselesaan dan hak penduduk diabaikan".

Menurut Rahimuddin, projek tersebut diusahakan oleh Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

Kira-kira 70 penduduk setempat hadir menyatakan bantahan itu kira-kira jam 11 pagi tadi.

-malaysiakini-

Menjana ekonomi dengan judi sukan?

Nasrudin Hassan Tantawi

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang telah mengemukakan cadangan agar membenarkan Judi Sukan di Malaysia sempena FIFA World Cup 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan Jun nanti. Beliau berkata ketika menjawab solan pemberita ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong tempohari.

DPPP merasakan adalah lebih memalukan apabila perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rasah yang beragama Kristian, Anthony Loke Siew Fook (gambar kiri) pada sidang media di lobi parlimen. Sebagai seorang yang mengaku seorang yang beragama Islam, Perdana Menteri sepatutnya lebih prihatin terhadap perkara ini.

DPPP juga mendesak Najib Razak agar jangan berdiam diri sebaliknya perlu segera menjelaskan pendirian beliau terhadap isu ini yang mana jelas bercanggah dengan syariat Islam memandangkan ini boleh menjejaskan imej Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan slogan "Islam Hadhari" serta meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

DPPP juga mencabar Pemuda UMNO dan NGO-NGO agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan ini. Jangan hanya berani bertindak jika ianya melibatkan Pakatan Rakyat tetapi "menikus" apabila melibatkan UMNO dan Barisan Nasional. Sekiranya Judi Sukan ini diteruskan, akan menyebabkan mutu sukan di negara kita merosot disebabkan perbuatan mengatur perlawanan di kalangan "taukeh-taukeh" judi seperti mana yang berlaku di dalam Liga Bolasepak Malaysia di era 1990-an dahulu.

Ini juga menjadi punca terjejasnya kepercayaan di kalangan peminat sukan. Bayaran yang dibuat kepada individu tertentu juga akan menyebabkan hubungan di antara rakan sepasukan terjejas. Selain itu berjudi juga dilarang di dalam mana-mana agama. Justeru itu, DPPP secara lantang mendesak agar kenyataan itu ditarik balik kerana ini jelas boleh merosakkan masyarakat Malaysia umumnya dan akhlak umat Islam khasnya.

*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat Selangkah Di Depan UBN

Mohd Sayuti Omar

PAKATAN Rakyat (PR) nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk menghadapi pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April nanti. Baru sekejap tadi PKR telah melancarkan jentera pilihan rayanya yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohd Khalid Ibrahim bersama para pemimpin Pas dan DAP.

Majlis itu berlangsung di Dewan Komuniti, Kuala Kubu Baru . Lebih 2,500 hadir pada majlis tersebut. Kebanyakan yang hadir adalah para petugas jentera berkenaan dan juga pemerhati dari luar yang sudah mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor sejeak beberapa hari lalu.

Melihat kepada semangat hadirin yang ditunjukkan pada majlis itu seolah-olah Pakatan Rakyat sudah meninggalkan UBN selangkah di belakang. UBN yang akan menurunkan calon dari MIC tetapi masih belum muktamad siapakah calon mereka sedikit sebanyak akan merasa kecut perut dengan persiapan awal PKR.

Antara tiga nama yang disebut-sebut bakal diturunkan UBN ialah, Kamalanathan, Mugilan dan G Palanivel calonnya yang tewas dalam pilihan raya lalu. PKR pula sudah pasti akan menurunkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Zaid Ibrahim. Tidak ada persoalan lagi mengenai calon di pihak PKR. Pemilihan Zaid sepakat dan disokong padu dalam PKR dan Pakatan Rakyat.

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Hassan Ali, yang mewakili Pas dan Tan Seng Giaw, Teresa Kok mewakili DAP menyerlahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat. Selain dari mereka turut hadir pemimpin PKR Selangor, Fauziah Salleh, Mohd Azmin Ali, Syed Shahir Syed Mohamud, Abdullah Sani, Xavier Jayakumar, Gan Pen Nei lain-lain.

Semua pemimpin tertinggi parti turut memberi ucapan sebagai muqadimah dan alu-aluan kepada para petugas pilihan raya berkenaan. Nasharudin dalam ucapannya, memberi perakuan Pas akan berkerja seperti mana parti itu sendiri yang bertanding bagi memastikan kerusi berkenaan kekal kepada PKR.

Katanya kemenangan di Hulu Selangor adalah penting dan menjadi anak tangga untuk ke Putrajaya. Kerana itu beliau menyeru supaya pilihan raya itu dihadapi dengan serius. Sehubungan itu jelasnya Pas telah pun mula mengerahkan jenteranya di seluruh negara untuk berkhemah di Hulu Selangor.

"Sebanyak 60 buah rumah telah disewakan untuk ditempatkan para petugas Pas dari seluruh negara," katanya disambut laungan takbir.

Sementara itu Khalid Ibrahim ketika berucap dan melancarkan jentera berkenaan berkata, kemenangan boleh dicapai dengan berkerja kuat. Paling penting katanya petugas parti kena mendekati rakyat.

"Jangan ingat pilihan raya ini senang, dan semangat saja tidak akan menjamin kemenangan. Yang penting kena cari pengundi seberapa banyak yang boleh," katanya. Sebagai simbolik pelancaran itu beliau telah menyerahkan name tag dan bendera Keadilan kepada tiga ketua jenterata peringkat Dun, Kuala Kubu Baru, Hulu Berenang dan Batang Kali.

Tan Seng Giaw pula membakar semangat para hadirin dengan patun dua keratnya berbunyi;
pisang sesikat, gulai sebelanga; mari kita sepakat bersama-sama. Katanya Seng Giaw rakyat Hulu Selangor perlu menolak UBN kerana mereka cakap tidak seperti bikin. Beliau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengutamakan Melayu dahulu mana kaum lain kemudian di mana kenyataan itu disokong pula oleh Najib Razak pelopor 1 Malaysia.

Dalam pilihan itu seramai 3,000 telah dilantik sebagai petugas rasmi dalam jentera berkenaan dan angka itu tidak termasuk petugas sukarela yang datang dari seluruh negara.

Khalid Ibrahim bersama Nasharuddin dan pemimpin Pakatan
Rakyat mengibar bendera melancarkan jentera berkenaan.
Fauziah Salleh, Xavier Jayakumar dan Mohd Azmin.

Tan Seng Giaw, Dr Hassan Ali dan Khalid Ibrahim.

Sebahagian daripada petugas dan pemerhati yang turut hadir.

Sebahagian daripada petugas wanita.

Kombinasi kaum yang terlibat dalam jentera pilihan raya PKR menunjukkan keunikan Pakatan Rakyat.

Syed Shahir Mahamud bersalaman dengan para petugas.

Azmin: Pakatan pilih calon wakili rakyat, bukan lompat parti

HULU SELANGOR, 10 April: Pakatan Rakyat (PR) akan memilih calon yang mampu mewakili parti dan bukan yang menang kemudian lompat parti, demikian tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, PR akan mengumumkan calonnya pada 13 April ini di Pusat Komuniti Serendah di sini.

Azmin menjelaskan PR yang turut terdiri daripada PAS dan DAP telah membuat keputusan menyerahkan kepada PKR untuk menentukan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Senarai calon terlalu panjang dan kita (pakatan) akan mendengar pandangan dari negeri dan akar umbi sebelum menentukan calon. Kita akan pilih calon yang betul-betul boleh mewakili kita bukannya calon yang menang kemudiannya lompat (parti), kita mahu calon yang berpegang pada amanah yang diberikan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya kecil Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Pilihan raya kecil itu diadakan pada 25 April ini berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac. Pencalonan diadakan pada 17 April.

-Bernama-

PERKASA: Noh tidak perlu mohon maaf

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina.

"Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?" katanya ketika dihubungi
Malaysiakini semalam.

Ditanya tindakan pihaknya selepas ini berhubung permohonan maaf Noh itu, Arman berkata pihaknya tidak merancang untuk berbuat apa-apa tindakan.

"Bagi saya jika berlandaskan gagasan 1Malaysia, seharusnya pihak-pihak media yang salah petik ucapan Datuk Noh Omar seharusnya memahami, di mana beliau berceritakan (tentang)sejarah silam.

"Datuk Noh meminta maaf atas dasar menghormati prinsip BN terhadap semua lapisan masyarakat, seharusnya mereka menilai dengan matang ucapan Datuk Noh," katanya.

Kelmarin, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang dilaporkan
memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, sebaliknya mahu mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan pemimpin parti-parti komponen BN.
-malaysiakini-

Makin Sukar mencari Terompah

Ust Saiful Bahri
Adun UMNO-BN (Tepoh) menyebut dalam sidang DUN Terengganu bahawa terdapat segelintir guru pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di negeri itu mencampuradukkan soal politik dalam pengajaran mereka dengan memburukkan pemimpin negara pada kalangan murid. Katanya lagi :perkara itu mungkin berpunca daripada pengambilan guru j-QAF yang tidak melalui saringan menyebabkan ada lulusan agama yang menyokong fahaman parti pembangkang turut diterima

Saya merasa bangga dengan kenyataan Adun Tepohh itu. Ianya sebagai pengakuan bahawa kerajaan gagal untuk memperalatkan guru j-QAF sebagai terompah mereka. Guru j-QAF sebenarnya mereka mendapat pendidikan dan tarbiyyah yang sebenar. Sebahagian besar mereka mendapat pendidikan sehingga ke Universiti hatta mereka graduate dari al-Azhar. Mereka dididik bukan calang-calang tokoh pendidik bahkan ulama yang tersohor. Mereka mendapat pendidikan sebenar bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw itu adalah Islam yang syumul. Mereka tahu sikap menjuzu’kan ajaran Islam itu adalah kerja Yahudi dan membawa kepada kekufuran. Islam tidak boleh dipisahkan dari poltik. Islam tidak boleh dipisahkan dari pimpinan. Itulah yang mereka belajar dan itulah yang mesti diajar kepada murid-muridnya.

Sememangnya lulusan agama yang sebenar, jika mereka pulang ke Malaysia sudah menjadi fardhu dan kewajipan mereka untuk mendokong Parti Islam PAS. Tidak ada sebab dan alasan untuk menyokong UMNO-BN kecuali mereka gagal dan tidak menamatkan pengajian. Di mana tempat sahaja mereka bekerja, nescaya akal, hati serta jiwa mereka mesti bersama perjuangan untuk menegakkan Islam ini. Sebab itu tak berapa kerat lulusan agama yang bersama UMNO kecuali mereka yang berkepentingan tertentu. Kalau mereka saring berdasarkan kecenderungan politik UMNO nescaya tidak ada guru untuk megajar j-QAF. Adun Tepuh sepatutnya mempertahankan dasar kerajaan beliau yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan. Sistem politik berpilihanraya. Kalau nak bagi zakat, nak bagi biasiswa, rumah murah, nak bagi kerja, nak bagi projek perlu tunjuk ahli UMNO. Tak usah amalkan pilihanraya. Haramkan semua parti. Biar UMNO sahaja yang memerintah. Buat macam parti Komunis di Korea Utara, senang cerita. Tetapi ketika kutip cukai, kutip zakat, biar itu.. ini tak Tanya pulak UMNO ke PAS.

Allah SWT menunjukkan keadilan dengan membahagikan kehidupan dunia ini bukan hanya kepada mereka yang beriman bahkan kepada mereka yang kufur juga. Akhiratlah baru dihitung dosa dan pahala mereka. Pemimpin UMNO ini sentiasa mengungkitkan bahawa jasa mereka sepatutnya rakyat bersyukur dengan menyokong mereka sampai kiamat. Sedangkan Islam mengajar supaya hanya kebenaran yang mesti disokong dan tidak kepada kezaliman. Nabi Musa a.s mendapat biasiswa Firaun semenjak kecil ketika dibesarkan dalam istananya tetapi ketika besarnya Nabi Musa terpaksa menentang Firaun kerana kezaliman yang dilakukannya.

Kekadang rasa simpati pun ada terhadap penyokong dan pendokong UMNO. Mereka mempunyai pemimpin dengan pemikiran dunia kelas ketiga. Bahkan masih lagi terjebak dengan politik penjajah zaman Afonso de Albuquerque. Begitulah akibatnya jika terpelosok kedalam agenda politik sempit UMNO yang terlalu kuat mengamalkan dasar sekularisme. Politik yang memisahkan agama dari pemerintahan yang didoktrinkan oleh penjajah sebagai politik warisan sehingga kini. Meskipun dulunya mereka sebagai agamawan tetapi kini hanya menjadi terompah UMNO atau sekadar ‘kayu ngelong’ semata selagi boleh dimanfaatkan bagi mengelabui masyarakat seolah-olah UMNO juga hendak memperjuangkan agama. Apabila mereka rela menjadi terompah UMNO mereka juga cuba memaksa orang lain bersama dengan mereka bahkan kalau boleh semua guru j-QAF ingin dijadikan terompah UMNO juga.
Maaf Adun Tepoh! Dunia sudah berubah. Terjunlah kau dengan labu-labu mu. Semua orang sudah tahu.

Ingatlah ketika menghadapi pilihanraya 2004, UMNO-BN ingin mengambil alih kembali Terengganu dari pemerintahan PAS lalu mereka menjadikan golongan agama sebagai calon-calon bagi menentang calon-calon ulama PAS. Meskipun mereka dahulunya merupakan pendokong gerakan Islam diperingkat kampus dan ketika mula-mula berkecimpung dalam masyarakat. Tawaran dari UMNO-BN menyebabkan mereka tidak mampu untuk istiqamah dalam perjuangan. Mereka inilah menjadi jurucakap, juruhina bahkan jurusalak kepada PAS dan pimpinan ulamanya di Terengganu. Mereka sanggup mencerca guru-guru mereka sendiri bahkan sanggup menghina hukum Hudud, Qisas & Ta’zir yang diluluskan pada tahun 2001 dengan pelbagai alasan logik dan hawa nafsu mereka. Selagi mereka menang dalam pilihanraya nescaya mereka dikipas dan diampu tetapi dimana tempat mereka jika mereka dikalahkan dalam pilihanraya. Masjid manakah tempat mereka ma’murkan. Surau manakah tempat mereka memberi kuliah?

Seorang dikalangan mereka dahulunya sebagai Imam Masjid Tengku Mizan, Kerteh. Dengan hebat menyuarakan pandangan dalam khutbahnya. Ia dihormati dan dikagumi. Sanggup berkata benar meskipun pahit. Setelah melompat dan menjadi Adun UMNO, ia terpaksa menelan ludah dan kahaknya diatas mimbar dengan hujah dan nas yang diutarakannya dahulu dan kini ia memakan dirinya sendiri. Penyakit membusuk didalam UMNO menghingapi dirinya sehingga didalam kelulusan projek-projek ia kenali sebagai ‘Mr 10 Persen’. Akhirnya setalah kalah dalam pilihanraya ia terbuang jauh ke utara Afrika. Ia ‘bersuluk’ di Hayyu Sabi’, Cairo, Mesir. Mengambil tempat yang hanya layak sebagai pegawai Yayasan Terengganu.

Semoga Allah mengurniakannya hidayah dan kembali ke pangkal perjuangan. Bersama sahabat yang sama-sama mengorak langkah untuk membersihkan masyarakat daripada tahik UMNO. Bukan duduk didalamnya bergelumang najis tanpa berkesudahan. Cukuplah sengsara Anwar Ibrahim membaiki UMNO dari dalam untuk dijadikan iktibar. Jangan ada orang lain yang ingin mencuba.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Kalau dia ni calon MIC, kalah PKR

Anak Muda Kg

Kalau dia ni jadi calon MIC di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, kemungkinan tinggi Barisan Nasional akan menang dengan majoriti besar .

USTAZ MOHD FARID RAVI ABDULLAH

Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Islam pada 20hb November 1989.

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah adalah saudara baru pertama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke bangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://amkns.blogspot.com/

Teman tapi Mesra atau Bebas tapi Mesra?

Al-Brangi
Teman tapi mesra. Itu istilah orang muda. Selalunya golongan selebriti yang ber'couple' apabila terserempak dengan pemberita maka bermacam-macam penafian dibuat. Sesetengahnya akan berkata, kami berkawan saja, atau kalau yang 'daring' sikit akan menjawab, teman tapi mesra.

Ada satu istilah yang baru terfikir kejap tadi, 'bebas' tapi mesra. Golongan ini ialah golongan ADUN/Ahli Parlimen yang melompat keluar dan mengisytiharkan diri mereka bebas tapi mesra BN. Maka bolehlah kita gelarkan mereka, 'bebas' tapi mesra.

Apa tak mesranya, dibawa mereka ke Washington, kononnya menyertai menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.

BN mempertahankan, "Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang."

Umum mengaitkan kesemua Ahli Parlimen yang melompat atau dipecat itu mempunyai hubungan yang sangat 'intim' dan 'kautim' dengan BN, maka membawa 'mereka' itu ke Washington akan menimbulkan fitnah yang besar kepada BN dan sistem demokrasi serta perjalanan Parlimen itu sendiri.

Walau apapun, mereka itu memang 'bebas' tapi mesra.

9 borang diambil, ramai calon dijangka saing di Hulu Selangor

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 10 April: Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?

Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan calon,” kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan.

-malaysianinsider-

Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 10 April:
Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

"Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.

Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS).

Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza (IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit dalam pertemuan eksklusif itu.

Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut."

Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan.

"Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin.

Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar, rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya, iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM.

Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001 lalu.

Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu Izhak David Nakar dan Ido Schechter.

Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana.

Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi seakan diabaikan.

Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin Technology Sdn. Bhd.

Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan Asiasoft atau sebaliknya.

Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama memelihara keamanan negara.