"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Umno Cuma Berani Bertanding 10 Kerusi Parlimen Di Selangor!

Blog Jalan Pulang
Heboh dicanang ke seluruh dunia kononnya atas semangat mempertahankan ketuanan Melayu, Umno sebaliknya hanya mampu menurunkan 10 calon parlimen daripada 26 kerusi yang akan ditandingi menjelang hari penamaan calon.

Sedangkan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan Umno dengan menyenaraikan 13 calon parlimen, iaitu separuh dari 26 jumlah kerusi parlimen keseluruhan di negeri ini yang akan ditandingi calon PAS dan KEADILAN.

Berikut menunjukkan bukti 13 kerusi parlimen yang ditandingi calon Melayu dari PAS dan KEADILAN di negeri termaju di Malaysia ini.

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - Mohd Salleh Husin (PAS)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN)
P 095 - Tanjong Karang - Dr Mohd Rashidi Deraman (PAS)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - Dr Che Rosli Che Mat (PAS - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (KEADILAN - penyandang)
P 113 - Sepang - Hanipa Maidin (PAS)

Sebagai perbandingan, ini pula merupakan senarai 10 calon Umno yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat:

P 092 - Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (Umno)
P 093 - Sungai Besar - Noriah Kasnon (Umno)
P 095 - Tanjong Karang - Noh Omar (Umno)
P 096 - Kuala Selangor - Irmohizam Ibrahim (Umno)
P 098 - Gombak - Raman Ismail (Umno)
P 099 - Ampang - Dr Rozaidah Talib (Umno)
P 101 - Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (Umno)
P 108 - Shah Alam - Zulkifli Noordin (Umno)
P 112 - Kuala Langat - Sharuddin Omar (Umno)
P 113 - Sepang - Mohd Zain Mohamed (Umno)

Tiga lagi kerusi parlimen yang tidak ditanding Umno ialah di Hulu Selangor, Pandan dan Kota Raja.

Kesemua kerusi berkenaan ditanding sama ada calon dari MIC atau MCA.

Ternyata Umno terus mengkhianati orang Melayu secara tidak sedar walaupun mengetahui Pakatan Rakyat akan meletakkan calon Melayu lebih ramai di seluruh negara.

Pakatan Rakyat akan meletakkan 145 calon Melayu keseluruhan termasuk DAP yang turut menyenaraikan tiga calon parlimen Melayu di Bukit Bendera, Raub dan Tanjong Piai berbanding hanya 131 dari Umno dan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di kerusi parlimen Sarawak.

Umno hancur: Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno

Harakahdaily
KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.
"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Herman Tino bertanding Bebas di Parlimen Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar ditentang calon Pas, Mohamad Rashdi Deraman dan calon Bebas, penyanyi Herman Tino pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Ketiga-tiga calon itu menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon, Dewan Dato Hormat di sini pagi tadi.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, yang merupakan anak jati Tanjong Karang dilihat hanya hadir bersama seorang pencadang dan penyokong.

Beliau popular dengan lagu antaranya seperti Berkorban Apa Saja, Yale Yale dan Makan Sirih.

Ibrahim Ali lawan satu sama satu dengan Nik Abduh

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir di situ pagi ini.

Presiden Perkasa mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Gambar penaman calon


(Calon PAS di DUN Pasir Panjang, Lumut Rohawati Abidin sedia untuk bergerak ke pusat penamaan calon di Perak - gambar Faeez Azhar)

(Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim berdoa di perkarangan Masjid Lama Jengka sebelum bertolak ke Temerloh untuk menyerahkan borang penamaan calon)

(Dr Rani bersama calon-calon Pakatan di sekitar Klang)

(Ustaz Idris dan Ustaz Norazli Musa berjalan menuju pusat penamaan calon)


(Aishah sedia ke pusat penamaan calon)

(Datuk Fauzi Shaari bersama Nazri Din berdoa sebelum memasuki pusat penamaan calon)

(Razman [tengah] mengetuai bacaan doa untuk kemenangan Pakatan di sana) Di Parlimen Lenggong

(Salahudin mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong)

(Tuan Guru Nik Aziz memberikan panduan dan tazkirah sebelum mengimamkan solat)

(Zamri di tengah-tengah para penyokongnya menuju pusat penamaan calon) Titiwangsa

(Ribuan penyokong  mengiringi  Datuk Husam Musa)

(Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon ke Majlis Daerah Marang )

(Haji Mohamad Sabu di Pendang)


Sebahagian daripada para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon-calon P.011 dan N.18 Tokai dan N.19 Sungai Tiang.



(DS Anwar, Datuk Salleh dan penyokong bergerak ke pusat penamaan calon)

Johor Macam Sudah Pasti Di Tangan Pakatan Rakyat? (Gambar)

Abbas
Semalam ceramah DAP (Pakatan Rakyat) di Skudai Johor, kehadiran diluar jangkaan. Biasanya sukar untuk mendapatkan kehadiran sekitar 1000 orang untuk satu-satu ceramah di negeri Johor.

Tapi semalam, amat berbeza sekali, buka ribuan, malah puluh ribu orang hadir. Gambar yang saya akan paparkan nanti akan menceritakan segala-galanya. Lihat satu persatu dalam gambar, bagaimana Melayu Cina dan India berasak-asak untuk mendengar ceramah.
Wartawan
TKO
PRU 13
...
Sumber : Gambar klik

Senjata makan tuan: PAS jangka DAP akan dibenar guna “Roket”

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS percaya DAP akan dibenarkan menggunakan lambang Roket untuk bertanding dalam PRU13, dalam penamaan calon hari ini selepas Umno-BN melihat perkara itu telah menjadi senjata makan tuan.


Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) yang dihubungi Harakahdaily berkata segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik semata-mata.

“Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan. Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik,” kata beliau.

Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu malapetaka kepada sistem demokrasi negara.

“Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang,” tegas beliau.

Jika pelan jahat terhadap calon-calon DAP diteruskan juga, Mustafa berkata kerajaan sementara Umno-BN bakal berdepan dengan kemarahan rakyat, yang rata-ratanya menginginkan satu pertandingan yang adil antara Pakatan Rakyat.

Sementara itu, penganalisa politik Bridget Welsh turut berkata Umno-BN tersilap langkah dalam mempermainkan DAP menggunakan RoS pada saat-saat akhir menuju garisan penamat.
(Sidang media DAP di Pulau Pinang malam tadi)

“Mereka salah percaturan. Mereka memandang rendah keinginan rakyat untuk melihat satu pertandingan yang adil dan seimbang dan bukannya berat sebelah,” kata Bridget dalam tulisannya di Malaysiakini.

Semalam, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata partinya terpaksa menggunakan lambang PAS dan PKR setelah barisan kepimpinannya tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan yang menyebabkan surat watikah calon tidak boleh dikeluarkan untuk calon-calon DAP.

Atas sebab itu, DAP terpaksa menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan janji SPR, kata Guan Eng, logo Roket boleh digunakan, semua calon-calon DAP akan diberikan dua surat watikah.

"Satu surat watikah untuk gunakan simbol Roket. Jika mereka menolak, kita akan gunakan surat watikah PAS yang menggunakan simbol bulan," beritahu Guan Eng.

Menurut Guan Eng, pihaknya telah menerima semua surat watikah dari PAS yang ditandatangani oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Tulisan jujur seorang Ahli baru DAP terhadap PAS

FS

Saya terbaca satu tulisan Aspan Alias, nak kata saya faham Aspan Alias ini taklah tapi saya rasa setelah 40 tahun dengan UMNO beliau mula jemu dan juak dengan UMNO. Beliau nak cari wadah baru. Beliau mungkin boleh memilih PKR atau PAS. Tapi beliau memilih DAP.


Asas pemilihan ini rasa saya atas dasar Melayu mesti ada dan kuat dalam DAP satu parti bukan diasaskan atas perkauman. Tapi yang menjadi pelik DAP dimomokkan sebagi parti satu kaum iaitu Cina. Walaupun ada India tapi India tidak dominan. Ini senjata UMNO menyerang DAP dan ini Aspan Alias cuba setahun berceramah untuk menerangkan peranan Melayu dalam DAP.

Saya tak berhasrat mengambil semua tulisan Aspan Alias dalam artikel ini. Saya juga tahu TKO boleh mengeluarkan artikel itu.

Artikel ini sekadar membawa apa yang tersirat bagi seorang yang mencari sesuatu baru. Saya rasa tulisan beliau terhadap PAS dalam artikel berkenaan adalah pandangan ikhlas yang datang dari hati setelah melihat PAS daripada kaca mata sendiri melalui penglibatannya dengan DAP.

Aspan Alias ada menulis.

Secara jujur saya menghormati parti PAS kerana parti itu tidak menghadapi hiruk piruk seperti parti-parti lain samada dalam BN mahu pun dalam Pakatan Rakyat. PAS merupakan parti yang lebih tersusun berbanding dengan semua parti yang lain.

PAS serius dan tidak memungkiri janji-janjinya dan sisik kematangan politik PAS itu lebih jauh ke hadapan dari parti-parti lain. PAS tidak menghadapi masalah perkauman kerana parti itu bukan parti perkauman. PAS bersandar banyak kepada kehendak agama dalam banyak hal walaupun ia bukan agama. Walaupun berbagai-bagai tuduhan dilemparkan oleh UMNO terhadap PAS, parti itu tetap dengan pendiriannya dan tidak terganggu dengan segala tohmahan pihak lawannya.

PAS telah memenuhi janjinya untuk menurunkan calon bukan Islam untuk bertanding dalam pilihanraya ini dan ia telah terlaksana.

Sebenar ramai yang tidak sedar atau tidak tahu, bahawa PAS satu-satu wadah perjuangan yang perlu disertai dan warnai bagi menerajui Malaysia untuk Masa Depan yang Cemerlang dan Gemilang.

Sebab PASlah yang boleh menyelesaikan banyak masalah yang bakal berlaku. Kelamahan PAS sekarang ialah persepsi PAS untuk rakyat Malaysia masih ditahap yang cukup lemah sehingga PAS tidak dilihat suatu yang hebat!

Pimpinan PAS boleh menyelsaikan masalah sesama sendiri, Orang bawahan PAS boleh menerima kepimpinan walaupun pahit mana keputusan. Lihat semasa tahun 1999 semasa PAS menerima PKR, banyak kawasan dan kubu kuat PAS diberikan kepada rakan pakatan terutamanya PKR.

Bukan sahaja kawasan dan Dun diberikan, malah semua Jentera PAS digunakan untuk memenangkan Pakatan terutama PKR. Tapi bila suasana berubah banyak DUN tak selesai kerana konsep pengorbanan ini tidak seperti semasa 1999.

Kenapa? Itu boleh dijawab oleh orang yang berfikir mantang. Tapi PAS melihat kehadapan. PAS ada Islam. PAS menghayati Islam dengan Tahahuf Siyasi dan memahaminya kadang kala ada terpaksa 'memakan hati'.

Tapi Allah telah menjanjikan kita berada PAS bukan untuk 'dunia' sebab kita dijanjikan 'akhirat'. Keredhaan Illahi adalah sebaik-baik pilihan bagi orang yang beriman. Redha dengan apa yang sudah termaktub...

900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui

Koh Jun Lin
NONE
Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

NONE"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.

Sebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak
dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

NONENama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari sekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.

Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan

NONEdengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap.

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).
Dalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab Rapar Awang' berkongsi tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.
-malaysiakini-

Guna logo roket dahulu esok, kata Guan Eng

Hafiz Yatim & Susan Loone 

DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.


"Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.

Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya.

"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.

Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata calon DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri di hari penamaan esok.

Karpal berkata, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

pakatan convention 191209 karpal with nik aziz
Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.


Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

"Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

Lihat Poster Ini, 3 Hari Najib tak boleh tidur!!

FS
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, maka Setiausaha Agung DAP tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket dalam PRU13.

DAP pula berwaspada dengan janji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri. Kemungkinan ini juga adalah tipu muslihat BN @ UMNO.

Oleh itu DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam tadi.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

MAMPUSLAH ENGKAU BN @ UMNO...
NAK PERKENAKAN DAP...
APA DAH JADI!!!

........

Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas
Oleh RUZY ADILA IDRIS

SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi.
DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU
3:38PM Apr 19 2013
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS
/malaysiakini

Senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu dan Perak

Berikut ialah senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada PRU13.

P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

P.035 Kuala Nerus : Mohd Khairuddin Aman Razali
N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim
N.011 Seberang Takir : Zakaria Dagang
N.012 Bukit Tunggal : Alias Razak

P.036 Kuala Terengganu : Raja Kamarul Baharin
N.013 Wakaf Mempelam : Mohd Abd Wahid Endut
N.015 Ladang : Tengku Hassan Tengku Omar
N.016 Batu Buruk : Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

P.037 Marang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman
N.018 Bukit Payung : Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong

P.038 Hulu Terengganu : Kamaruzaman Abdullah
N.022 Manir : Helmi Harun
N.023 Kuala Berang : Muhyiddin Abd Rashid
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias

P.039 Dungun : Wan Hassan Mohd Ramli
N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail
N.026 Rantau Abang : Alias Harun
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik
N.028 Paka : Satipul Bahri Mamat

N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid
N.030 Kijal : Hazri Jusoh
N.031 Chukai : Hanafiah Mat
N.032 Air Putih : Abd Razak

Dibawah ini pula senarai calon PAS dan Pakatan Rakyat Perak
PARLIMEN (PAS)
Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib

DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol: Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.


PARLIMEN (PKR)
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN (PKR)
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor: Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim PARLIMEN (DAP)
Ipoh Timur: Thomas Su Keong Siong
Pasir Pinji: Howard Lee
Tebing Tinggi: Ong Boon Piow
Batu Gajah: V. Sivakumar
Ipoh Barat: M. Kulasegaran
Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham
Kampar:
Teluk Intan:


DUN (DAP)

Paul Yong (Tronoh), Loh Sze Yee (Jalong), Wong May Ing (Pantai Remis), Leong Cheok Keng (Malim Nawar) , Leow Thye Yih (Aulong), A. Sivanesan (Sungkai), S. Sivasubramaniam (Buntong), Chen Fook Chye (Keranji) and Lim Pek Har (Menglembu).

DAP tunggu jawapan ROS hingga jam 3 petang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: DAP terpaksa menggunakan lambang parti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menarik balik suratnya dua hari lepas menjelang jam 3 petang ini.

Ini kerana, dengan tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada bermakna tidak ada pemimpin DAP yang layak mengeluarkan surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk bertanding.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam.

Lim Guan Eng serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam teresak-esak menangis ekoran tindakan yang tidak wajar ini. Bagi banyak pihak, ini adalah pukulan 'bawah pinggang' (bellow the belt) sebagaimana tindakan mengedarkan video lucah ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurut peraturan SPR, setiap parti perlu mengesahkan calon-calon yang bertanding mewakili parti masing-masing.

Surat-surat ini hendaklah dikemukakan semasa penamaan calon esok, 20 April.

Tanpa surat kuasa ini bermakna semua calon DAP tidak boleh bertanding atas tiket DAP yang menggunakan lambang roket.

Pengerusi SPR berkata, DAP tetap boleh bertanding kerana pendaftaran parti itu tidak dibatalkan.

Namun dengan tidak ada surat kuasa ini, bagaimana calon-calon DAP hendak bertanding di atas lambang DAP itu.

Malaysiakini hari ini melaporkan, ROS sedang berbincang bagaimana mahu bertindak ekoran permintaan DAP semalam yang menetapkan ROS perlu menarik balik suratnya menjelang jam 3 petang ini.

“Kami akan buat apa yang sepatutnya selepas ini,” Kata Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman

Jika ROS tidak menarik balik atau membatalkan surat itu, kesemua calon DAP di Semenanjung akan menggunakan lambang PAS manakala di Sabah dan Sarawak lambang PKR.

Di Pejabat Agung PAS, kakitangan PAS telah menyiapkan semua surat kuasa penggunaan lambang PAS oleh calon DAP.

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " kata Mustafa semalam.

Para pemimpin DAP, PAS dan PKR semalam menyatakan, tindakan ROS menghantar surat 48 jam sebelum hari penamaan calon adalah agenda jahat BN untuk menyusahkan mereka.

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar.

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," kata Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Umno hancur lagi: Kamilia kecewa, beri kata dua kepada Umno

Salmiyah Harun

PUTRAJAYA: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim terharu apabila calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa merupakan orang pertama yang menghubungi sebaik sahaja mengetahui beliau digugurkan dari senarai calon BN bagi PRU13 ini .


Ketika Husam menelefonnya tengah hari semalam, Kamilia menyifatkan orang luar parti lebih prihatin terhadapnya berbanding orang Umno sendiri.

Bagi Husam, pengguguran Kamilia merupakan satu kesilapan besar kerana banyak jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada rakyat.

"Keadaan ini seumpama tidak mempedulikan hal-hal wanita, kerana Datuk Kamilia merupakan seorang wanita yang sangat baik, berwibawa, dan berpengaruh," tambah beliau.

Husam turut membayangkan Kamilia mungkin orang yang lebih layak bertanding dengan beliau di Putrajaya menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kamilia adalah seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata.

Menurut Kamilia beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” kata Kamilia.