"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Taib Dapat Rumah RM21 Juta Di AS Hadiah Kroni Balak

SuaraKeadilan
SHAH ALAM 28 Ogos: Tatkala hampir 70 peratus penduduk rumah panjang di Sarawak masih tidak mendapat kemudahan bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik serta dibelit derita kemiskinan yang parah, Ketua Menteri serta keluarganya pula bergelumang dengan kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah.

Terbaru, sebuah laman web yang banyak mendedahkan salahlaku, penyelewengan serta amalan rasuah Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sarawakreport.org melaporkan 25 Ogos lalu kediaman berprestij yang dimiliki keluarga beliau di Boylston Avenue, Seattle Amerika Syarikat dikatakan dihadiah oleh syarikat konglomerat dan pembalakan Samling.

Disifatkan sebagai rumah agam 'gred atasan' kediaman tersebut dianggarkan bernilai USD6.8 juta pada 2008 atau bersamaan RM21 juta.

Berkeluasan 9,020 kaki persegi, ia mempunyai 6 bilik tidur dan lima bilik mandi utama, termasuk satu tingkat bawah tanah berkeluasan 2,120 kaki persegi, selain memiliki patio yang luas, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

Kediaman itu juga dikatakan memiliki sebuah anjung besar dan terdapat garaj di tingkat bawah tanah untuk simpanan kereta mewah kesayangan keluarga Taib.

Ia dikatakan di kelilingi taman berkeluasan 26,172 kaki persegi atau bersamaan dengan keluasan enam padang bola.

Menurut sarawakreport, rumah agam tersebut dibeli oleh syarikat pelaburan CSY melalui anak syarikatnya, Inc W A Boylston pada 1991.

Pemilikan hartanah itu didakwa telah dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun selepas itu dengan harga US$1 (RM3.1).

Transaksi ini dikatakan dilakukan pada 19 September 1991 yang meletakkan pemilikan harta tersebut ke dalam anak syarikat W A Boylston yang ditubuhkan beberapa hari lebih awal iaitu pada 5 September oleh CSY.

Alamat berdaftarnya ialah di 2260 Douglas Boulevard, Roseville, yang juga merupakan ibu pejabat CSY.

Menurut sarawakreport, CSY dan Boylston kemudian segera memfailkan satu surat bersama kepada jabatan hartanah daerah diraja dan cukai eksais bagi mengisytiharkan W A Boylston ialah subsidiari milik penuh Syarikat pelaburan CSY, dan dengan itu menjadikan transaksi itu dikecualikan dari cukai eksais.

Bagaimanapun , siasatan sarawakreport mendapati tiada rekod berikutnya selepas pemindahan pemilikan W A Boylston dari CSY (Samling) kepada Taib.

Menurut peraturan diterbit oleh jabatan hartanah, pemindahan sedemikian lazimnya memerlukan pembayaran beribu dolar cukai eksais. Laporan sarawakreport menyebut, nama CSY dibentuk dari huruf awal Chee S Yaw, presiden syarikat pelaburan tersebut yang merupakan anak kepada Yaw Teck Seng, 62 pengasas Samling Global.

Samling merupakan sebuah syarikat pembalakan yang turut menjalankan aktiviti di luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

Teck Seng sering tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Forbes dan keluarganya merupakan antara keluarga yang terkaya di Asia.

Awal minggu ini Samling mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila dana pencen kerajaan Norway menarik balik semua pelaburan dalam Samling selepas mengutuk syarikat itu sebagai ’tidak beretika, disebabkan kegiatan pembalakan haram dan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan di Sarawak.

Menurut sarawakreport, bukan sesuatu yang rahsia Samling telah membina empayar perniagaannya menerusi konsesi pembalakan di Sarawak. Sepanjang tempoh Taib menjadi ketua menteri, syarikat beroperasi di bawah lesen Taib itu telah memusnahkan hampir kesemua hutan dara berharga di Sarawak, yang kebanyakannya diambil tanpa pampasan dari orang-orang asal yang menerima kesan dari aktiviti pembalakan tersebut.

Ni kisah Hudud lagi........

notan
Assalamualaikum,,..
Berikut antara kenyataan akhbar LGE yang menyentuh hudud dan pendirian pemimpin DAP."Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.
Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing


Nampaknya hudud terus dipolimikan di kalangan masyarakat bukan Islam.satu perkembangan yang boleh dikatakan fenomena juga di kalangan pemimpin DAP yang dituduh UMNO dan kuncu kuncunya sebagai golongan yang anti negara Islam dan anti melayu.

Fenomena ini terjadi selepas terjalinnya kerjasama antara PAS dan DAP dalam PR bersama sama PKR.Yang jelas, perbezaan pendirian di kalangan pemimpin DAP mengenai hudud dan negara Islam tidak pernah terjadi sebelum ini.Kelantangan Karpal Singh dan LKS menentang gagasan negara Islam yang dibawa PAS menjadi dasar DAP satu ketika dulu.Kerana penolakan negara Islam jugalah pakatan yang cuba dibuat menerusi gagasan barisan alternatif pernah gagal dan kegagalan ini dimenafatkan sepenuhnya oleh UMNO untuk terus berkuasa.

Kini setelah idea kerjasama Tok Guru Presiden yang berteraskan berpakat atas persamaan yang ada dan mengenepikan sebarang perbezaan nampaknya cukup berkesan sehingga momokan PAKATAN RAPUH yang tunggu masa untuk runtuh yang diwar warkan oleh UMNO dan kuncu kuncu mereka menjadi salakan anjing terhadap gunung sahaja.DAP umumnya sudah mula berminat untuk mendengar tentang hudud dan mereka mula tertarik dengan seruan bahawa hudud hanya untuk orang Islam serta mereka mula berminat dengan seruan PAS untuk mengharamkan arak ke atas orang Islam tetapi tidak akan untuk menutup kilang arak, mengharamkan zina hanya untuk orang Islam tetapi orang bukan Islam bebas membuat pilihan.

Hal ini nyata berbeza dengan promosi UMNO yang mengatakan PAS tidak berminat untuk menutup kilang arak kerana takutkan DAP.PAS tunduk kepada DAP kerana memulangkan arak yang dirampas dan beberapa peristiwa lagi termasuk isu babi dan seumpamanya.

Pada UMNO menubuhkan Negara Islam bermakna mengharamkan semuanya termasuk mengharamkan perkara perkara yang dilarang Islam terhadap orang bukan Islam.Itulah definasi negara Islam yang dibawa UMNO yang mungkin juga menyebabkan Karpal singh melenting tak tentu hala.Dan kerana itu jugalah DAP satu ketika dulu menolak hudud seratus peratus.

Hari ini keadaan itu sudah berubah apabila penyokong dan pemimpin DAP mula mengenali PAS dengan lebih dekat.Kini sudah muncul polimik di dalam DAP mengenai hudud dan makna sebenar negara Islam walaupun orang seperti Kapal Singh masih fobia dengan negara Islam dan masih belum faham bagaimana hudud mampu membetulkan permasalah sosial negara.Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketika Karpal mengkritik TGNA berkaitan isu ini.Pada Karpal hudud bukan penyelesaian sebaliknya hudud akan hanya melanggar hak asasi manusia dan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara yang majmuk seperti Malaysia.

Karpal masih belum nampak atau faham dengan nilai tarbiyah hudud kerana pemahaman negatifnya tentang hudud yang sudah terlalu lama.Karpal sudah terbabit dengan politik negara begitu lama untuk merasa takut dengan hudud yang dipromosikan sebagai undang undang yang zalim oleh UMNO.

Oleh itu, wajarkah Karpal dihentam kembali kerana keceluparannya?Apapun kenyataan LGE seperti di atas memberitahu kita satu perkara ia itu hudud sedang dipolimikkan oleh penyokong dan pemimpin DAP.Jadi kenapa perlu kita risau? Yang patut risau sepatutnya pemimpin dan penyokong UMNO kerana hudud sudah semakin difahami oleh orang bukan Islam.Yang patut risau ialah pesalah pesalah hudud yang masih rakus mengamalkan kesalahan tersebut kerana apabila hudud dilaksanakan orang orang yang akan didakwa ialah pesalah hudud yang konsistan melakukan kesalahan.Tetapi bagi pesalah hudud yang mahu bertaubat, pintu taubat masih terbuka selagi nafas masih bergerak.

Umno terus beri tekanan untuk Taib Undur segera

Ustaz Idris Ahmad
Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Tekanan yang diberikan ini sama seperti usaha yang dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah yang ketika zaman kejatuhan mereka kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan;

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,”

Pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno berikutan masyarakat Melayu disana bersatu dibawah parti PBB.

Kewujudan parti PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti Melayu. Keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru untuk membina kubu terakhirnya.

PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas.

Di Semenanjung Malaysia, telah banyak kubu-kubu BN yang ditawan Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan tipis mereka.

Pas yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen BN pada pilihanraya umum yang lalu.

PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi "Maharaja dalam BN". Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sahaja Banggang Malah Lebih Mangkuk Dari Mangkuk Ayun

LeeSlimShady
BAJET 2011: PM PELAWA RAKYAT KONGSI PEMIKIRAN - mStar Mat Monggol hari ini sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijangka dibentangkannya di Parlimen Oktober ini.
Mat Monggol berkata, sepertimana tahun lepas, beliau mengakui sekali lagi merasakan pentingnya berhubung dengan rakyat dan mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.

Dengan prinsip kebesertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya telah meminta rakan-rakan Rakyat Malaysia menyumbangkan cadangan untuk Belanjawan Negara 2010" dan hasilnya pemikiran rakyat itu telah menjadi sebahagian penting dalam belanjawan tersebut.

warghhh...kah...kah woit!! jemput lah kami bagi pandangan pulak...kah....kah

Sudah terang lagi tak payah suluh pakai "torch Light" kalau nak terang lagi bagus pakai "spot light" memang ini kenyataan nak kelentong 1 malaysia.Nak jemput Rakyat bagi pandangan Buat apa???

Bangang betul Mat Monggol!

Dengar je la pandangan dari Ahli Parlimen yang ada dalam Dewan Rakyat tuhh!!! nama Pun dah dewan rakyat....Bodoh!

Wakil Rakyat yang dipilih oleh Rakyat untuk bercakap dalam dewan rakyat itu lah Suara yang mewakili Rakyat....Bangang!

Nak jemput Rakyat apa lagi???? Bangang Betul Laki Mama Penguin Nie!!!

Ini bukan Zaman Saidina Umar atau Sultan Muzaffar yang menyamar sebagai rakyat biasa untuk mendengar keluh - kesah Rakyat.Sekarang Ni Tahun 2010!!! Zaman pentadbiran!!

Mangkuk Ayun ni ingat dengan mengambil pandangan rakyat tu maka dia akan di lihat lebih demokratik agaknya!!!

ITU BUKAN DEMOKRATIK!!! ITU BANGANG NAMANYA!!!! MANGKUK!!!

http://amkshahalam.blogspot.com/

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Asing Adat & Hukum Hakam, Umat Islam Perlu Teliti Tamadun Islam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.

Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.

"Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik.

"Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya.

Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.

Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.

"Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.

"Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya.

Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching

Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.
Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

“Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi.

"Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah,” kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor.

Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

“Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul.

"Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid,” kata beliau.

Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil.

“Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi.

"Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu.

"Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip,” katanya lagi.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu.

Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama.

“Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis.

Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya,” katanya.

Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam.

Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu.

"Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor.

"Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan,” katanya.
-tvselangor-

Isu Teo Nie Ching, Umno Tiup Provokasi Agama

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dari Pas menyifatkan Umno melalui akhbar kawalan mereka cuba mengambil kesempatan atas kejadian seorang pemimpin DAP masuk ke dalam surau.

Dalam hal ini, beliau meminta pimpinan Umno tidak cuba meniup provokasi agama yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk ke bahagian dalam surau Al- Huda di Kajang, dipolitikkan pimpinan Umno.

Niat baik Teo Nie Ching diputar belit dan dijadikan modal politik dan perkauman dengan niat jahat bagi meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.

Sedangkan, Teo Nie Ching sekadar menyampaikan sumbangan memperbaiki pagar surau seperti yang diminta penguurusan surau.

Semua orang akan mengambil kesempatan untuk menang 'political mileage' atau mendapatkan sokongan politik daripada perkara yang boleh menimbulkan salah tafsir atau salah tanggapan semua pihak.

"Untuk mengelakkan perkara seperti ini, kita kena proaktif, pengerusi surau dan masjid proaktif supaya tidak ada orang yang boleh mengambil kesempatan untuk menjadi su politik. Ini adalah perkara yang khilaf boleh diinterpretasikan dari pelbagai aspek," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berpandangan kontroversi melibatkan Teo Nie Ching tidak perlu diheret berpanjangan bagi mengekalkan keharmonioan negara.

Beliau berharap pengurusan surau lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya rasa pihak surau tidak memberikan nasihat yang sepatutnya. Dan saya rasa kalau diberi nasihat yang sepatutnya, saya rasa tiada masalah,” katanya kepada TV Selangor.

Sekalipun fatwa memaktubkan orang bukan Islam tidak dilarang memasuki bahagian dalam surau atau masjid, Pas akur dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Larangan bukan islam memasuki masjid: Dr. Danial dan Dr. Asri jawab Khusrin


Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukarka?

AnakSungaiDerhaka
Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..
Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya,

telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor).

Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.- sepenuhnya di
SINI

Kesalahannya adalah jelas iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat dan mungkin kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang besar oleh blogger-blogger pro UMNO..

Sedangkan Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau..

Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu.

Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Masuk surau: Teo akan perjelas kepada Sultan Selangor

Harakahdaily
PETALING JAYA, 28 Ogos:
Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Menurutnya lagi, setelah menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki pagar surau, beliau telah dijemput berucap pada majlis tersebut.

"Saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," jelasnya.

Ekoran isu tersebut telah dipolitikkan, beliau sedia mengambil langkah lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.

Beliau juga akan akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, mengenai perkara tersebut.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.

Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?

jilfityan
Hari ini saya membelek-belek tajuk thread yang ada di Forum MyKMU (portal popular Kelab Penyokong uMNO).

Tiba-tiba saya terpandang tajuk "Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?". Saya terpaku sebentar. Ishhh..~ Bukankah Khairy Jamaluddin itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia??

Saya ingatkan hanya bising di kalangan penyokong UMNO disitu sahaja, tetapi ternyata hakikat ini dipegang ramai pihak. Seolah-olah Khairy Jamaluddin ini adalah liabiliti UMNO keseluruhannya.Tidak kira penyokong atau pemimpinnya.~

Masakan tidak, satu tajuk artikel berjaya lulus di Utusan Meloya, menyokong PERKASA secara terbuka dan menghentam Khairy Jamaluddin walaupun Ibrahim Ali bukan sesiapapun di dalam UMNO berbanding Khairy Jamaluddin.

Tindakan UMNO mengenepikan Khairy dan mengjengkelkan Khairy di khalayak telah membuktikan bahawa UMNO itu sendiri memang sebuah parti yang mengamal politik "Tikam daripada belakang". Jika seseorang itu tidak suka dan tidak sehaluan, maka mereka akan dipijak dan dimalukan.

Jadi tidaklah menjadi hairan sangat Ketua Pemuda UMNO itu tiada jawatan dalam senarai Menteri Kabinet Malaysia. Dan juga tidaklah hairan sangat sekiranya PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali yang bukan sesiapa itu di sokong.

Inilah bukti yang tersangat relevan berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bahawa penolakan kepada Kerajaan Perpaduan UMNO adalah kerana terkenangkan nasib PAS yang pernah bergabung dengan UMNO dalam Perikatan, dan UMNO "tikam belakang" PAS suatu masa dulu.Pas diajak bergabung bila UMNO terdesak, dan PAS ditendang keluar apabila UMNO sudah kuat. Dan kini sudah terbukti segalanya. Kita dapat lihat bagaimana Khairy Jamaluddin diperlukan sedemikian hingga memberi kata dua kepada UMNO sama ada dia atau Perkasa. Dan kini, UMNO lebih suka pilih PERKASA dan malukan Khairy Jamaluddin.

Hai Khairy, Nasib badann...

Kamu tidak lagi disayangi oleh UMNO.

Saya jamin suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin akan menjadi pemimpin UMNO buangan sepertimana Ku Li.

http://jilfityan.blogspot.com

Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia

GEORGETOWN: Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi.

Allahyarham berusia 58 tahun.

Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam.

Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.
-b/harian-

53 tahun berkuasa, PM & MB Melayu, apa mereka buat?

PAS mendakwa Umno sebagai parti bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera selama ini, setelah diberi kuasa lebih 53 tahun memerintah Malaysia. Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau yakin isu ini akan terus dijadikan modal oleh Umno selagai parti itu berkuasa. Katanya, kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan ketidakupayaan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini

"Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat," ujarnya. Ustaz Idris berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

"Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, KeADILan dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor curut, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera?" tanya beliau.

Ustaz Idris hairan, bagaiman Umno yang mempunyai kuasa, membuat dasar, merancang dan melaksana, gagal mensasaran koata 30 peratus itu. "Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno jadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara," uajar beliau lagi.

PAS tegasnya berpendapat sasaran koata tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agihan projek bukan kepada mereka yang sepatutnya, sebaliknya merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek melalui 'hak istimewa orang Umno'. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada Bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur?

Soalnya, kemana perginya dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lagi lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%, tegas Ustaz Idris.

PAS katanya, pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS itu di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut.

Katanya, PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat, malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

"PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PASdi Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang daif," dakwanya.

Ustaz Idris berkata, kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.

"Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang China dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Dato' Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah," tegas beliau.

Sudah sampai masanya, kata Ustaz Idris, PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang dipimpin PAS untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.
-detikdaily-

Raya: Kedah belanja RM3 juta untuk kakitangan

Mohd Ali Hashim
YAN, 28 Ogos:
Kerajaan Negeri Kedah turut menghargai kakitangan awam negeri dengan membelanjakan sebanyak RM3 juta sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran sebanyak RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54.

Menurut beliau lagi, semua kakitangan akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada guru Al-Quran dan bidang kampung di Kampung Teroi, Yan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ia kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat yang mengumumkan pemberian sebanyak RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang tersebut menjelang Aidilfitri yang akan datang.

Lima beradik dirogol abang sendiri

KOTA BHARU: Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin.

Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini.

Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam.

Simpati nasib tiga beradik itu, Abdullah membawa mereka ke rumahnya untuk berbuka puasa sebelum ke rumah Penghulu Kampung Tok Ku, Mat Rani@Abdul Ghani Ibrahim, 61, dekat sini, bagi mencari jalan penyelesaian selepas mendengar kisah sedih mereka.

Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah.

Selepas lima jam mendapatkan perlindungan di rumah penghulu kampung itu, tiga beradik terbabit dibawa seorang anggota polis wanita ke balai polis untuk direkodkan kenyataan.

Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa, abangnya merogolnya 20 kali dan kakak serta tiga adik perempuannya yang lain juga pernah menerima nasib sama.

“Malah, abang juga tergamak merogol seorang adik perempuan kami yang berusia lima tahun,” dakwanya ketika ditemui di rumah Mat Rani, malam kelmarin.

Menurut remaja itu, dia nekad meninggalkan rumah kira-kira jam 2.10 petang kelmarin bersama kakaknya yang berusia 16 tahun dan adik, lima tahun.

“Itu saja peluang yang ada. Ketika itu, kami terserempak ayah yang mabuk sambil memegang sebatang kayu. Tanpa berlengah dan kerana bimbangkan keselamatan diri, kami segera meninggalkan rumah.

“Kami tak tahu apa nasib dua adik perempuan lain berusia 12 dan 9 tahun kerana mereka berdua bersekolah ketika kejadian dan berharap kedua-duanya selamat,” katanya sambil memeluk adik bongsunya.

Menurutnya, mereka tiga beradik berjalan menuju rumah ibu saudara di Tumpat untuk mendapatkan perlindungan meskipun menyedari jaraknya terlalu jauh.

“Saya tiada pilihan kecuali menyelamatkan diri dari rumah itu. Dapat membawa keluar kakak dan adik sudah cukup. Dalam keadaan berpuasa, kami gagahkan diri untuk cuba sampai ke rumah ibu saudara.

“Kami tak sangka ketika dalam perjalanan ke Tumpat, seorang pak cik memanggil kami untuk berbuka puasa kerana melihat keadaan kami yang terlalu lesu,” katanya.

Dia yang juga anak ketiga daripada enam beradik bersyukur kerana dihantar ke rumah penghulu kampung berkenaan sementara menunggu polis membawa mereka ke rumah kebajikan.

Remaja terbabit juga berkata, dia terpaksa mencari rezeki dengan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan untuk menanggung perbelanjaan keluarga.

“Ibu sudah lima tahun meninggal dunia dan ayah tidak menjalankan tanggungjawabnya selain menagih pil kuda serta kerap mengambil minuman keras manakala abang sulung pula terbabit penyalahgunaan dadah.

“Walaupun masih bersekolah, beban menyara adik-beradik terpaksa saya pikul dengan mencari kerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan mangkuk dengan upah RM10,” katanya yang kadangkala terpaksa menyerahkan sebahagian upahnya itu kepada bapa untuk digunakan membeli minuman keras.

Katanya, meskipun ketika ini abangnya sudah lebih seminggu berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas ditahan bersabit penyalahgunaan dadah, dia tetap diselubungi kebimbangan apabila melihat tindakan agresif bapanya ketika mabuk, kelmarin.

“Sebelum ini ada laporan polis dibuat saya bersama ayah di balai polis mengenai abang kandung kerana terbabit dadah, tapi saya takut melaporkan kejadian rogol berikutan diugut abang.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila ayah tiba-tiba mahu memukul saya dengan menggunakan kayu kerana tidak puas hati dengan laporan itu, sedangkan kami sama-sama ke balai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dijalankan.

“Seorang suspek berusia 18 tahun yang sudah ditahan sebelum ini, kini disoal siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Riuh 1 Malaysia, YB Teo Nie Ching Masuk Surau

Sofi Wahab

Riuh 1Malaysia YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan memberikan 'tazkirah'. Sedangkan perkara sebegini sudah lama dilakukan oleh YB-YB dari MCA di Melaka ini sejak dari dahulu. Tetapi media mensensasikan cerita ini seolah-olah ianya suatu kesalahan yang amat berat dan besar sedangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir sendiri memberikan komen bahawa ianya tidak wajar dilakukan bukanlah sampai ke tahap kesalahan yang berat dan dahsyat.

Jawatankuasa Surau pula diambil tindakan sehingga mereka digantung dari jawatan.

Saya sendiri dihubungi oleh seorang yang mengaku ahli PAS yang cukup kesal dengan kejadian ini. 'Kawan' kita juga seolah-olah menuduh yang perkara itu dilakukan oleh PAS sehingga beliau menuding jari kepada PAS dengan katanya janganlah oleh kerana hendakkan undi prinsip digadaikan.

Pelik bunyinya kerana yang menjemput untuk masuk dan memberikan ceramah di surau itu bukannya pimpinan PAS atau ianya program PAS, mengapa ianya hendak dikaitkan dengan PAS. Mengapa ketikan YB-YB MCA masuk surau dan masjid ia tidak dikaitkan dengan Umno.???

Dari percakapannya jelas 'kawan' kita itu sebenarnya cuba memprovokasi saya dengan bertanyakan pandangan saya tentang isu itu. Dari pandangan dan percakapannya saya dapat mengagak siapa sebenarnya 'kawan' itu. Tak payahlah layan 'orang' macam itu .....cari makan beb.

Bagi isu ini akan disensasikan bagi menutup isu-isu lain yang lebih besar. Ianya akan terus dipolitikkan bagi tujuan politik.

Umno tentang Majlis Fatwa

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 28 Ogos:
Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Masuk surau: DAP mahu Mais siasat terperinci

Harakahdaily
SHAH ALAM, 28 Ogos:
Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Rumah Baru Osman Jailu...Kayanya Dia....


Cikgu Din Sisibukit
Rumah baru Osman Jailu, Adun Changkat Jering. Rumah ini didakwa oleh penduduk Kg Larut Tin, Taiping telah dibeli tunai RM250 ribu. Nilai sebenar setelah ubahsuai dan perabot di dalamnya bernilai Rm 1 juta.

Osman Jailu yang mempunyai rumah asal di Taman Sri Hijau, Pokok Assam dan kini memiliki rumah mewah di Kg Larut Tin yang dibeli tunai mengikut satu sumber yang boleh dpercayai.

Gambar rumah ini diambil semasa mengikuti DS Nizar dalam majlis sumbangan untuk rakyat yang memerlukan di Kg Larut Tin.

Osman Jailu dikatakan telah membuat majlis masuk rumah pada 8 Ogos lalu. Osman menjemput penduduk kampung. Tetapi dikatakan kurang mendapat sambutan orang surau.

Rakyat Dun Changkat Jering masih terdapat yang miskin, tetapi Osman Jailu bermewah berbelanja hasil menjadi wakil rakyat mesra UMNO. Pegawai-pegawai Osman pun hidup seperti mereka tidak pernah mengkhianati rakyat dan pengundi DUN Changkat Jering.

Kakitangan awam kata,No money?No work!

cucupakkasim
Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang kerajaan yang memerintah hari ini, semakin hari semakin teruk, sebab berita yang terkini ialah JPA sudah arahkan pembekuan kerja-kerja lebih masa atau kerja overtime kepada kakitangan-kakitangan kerajaan.

Ini disebabkan sudah timbul rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan-kakitangan kerajaan yang mana mereka diarahkan untuk kerja over-time oleh Ketua Jabatan mereka tapi tak akan dapat bayaran sebab kantung kerajaan sudah kering, sudah tidak ada wang mau dibayar, akaun semua sudah jadi debit, akaun sudah jadi negatif, akaun sudah jadi tolak ..Kah..Kah..Kah..

Kena tunggu peruntukan tahun depan pula tengok macam mana dan kena tengok pula budget 2011, berapa jabatan akan dapat.

Setelah penat mendengar rungutan dan hamun dari kakitangan yang buat OT ini tapi tak dapat dibayar, Ketua Jabatan sudah datang idea ganti bayaran OT itu dengan cuti tahunan.

OT yang dibuat dan diganti dengan cuti ini pula hanya akan dibenarkan oleh Ketua Jabatan sekiranya benar-benar diperlukan seperti kerja-kerja kecemasan yang tidak boleh tunggu.

Hellooo ... kakitangan awam seperti pemandu dan buruh ini buat OT untuk dapat duit cash, nak tampong beban ekonomi mereka, bukan mahu cuti.

Apa pun gurkah-gurkah politik di'port' tumpang sedih sebab nasib kakitangan kerajaan yang jadi ahli kesatuan CUEPACS sudah dapat presiden yang tak dapat berfikir dengan panjang, yang langsung tak dapat membantu ahli-ahlinya dalam perkara ini.

Sepatutnya kerajaan yang kena jaga kakitangan ini, tetapi sudah terbalik pulak bila kakitangan ini pulak yang kena kerajaan, buat kerja free, buat kebajikan, tolong kerajaan.. Kah..Kah..Kah..

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Kalau sampai buat OT pun tak mampu nak bayar, memang kerajaan Najib hari ini sudah teruk !

Mercun: Penjarakan pesalahnya

SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais dan Polis terhadap tindakan keras mereka di seluruh negara terhadap penyeludupan dan penjualan bunga api dan mercun.

Ini jelas menunjukkan bahawa jika penguatkuasaan dipertingkatkan, penyeludupan barangan gelap boleh dikawal.

Dalam laporan media hari ini, Pengarah Jabatan Risikan Kastam, Datuk Ismail Ibrahim dipetik sebagai berkata denda yang lebih berat sebagai ganti kompaun minimum RM100 bagi mereka yang ditangkap atas kesalahan bunga api yang akan bertindak sebagai pencegahan. CAP menyokong sepenuhnya langkah yang sudah lama tertangguh.

Selama lebih daripada dua dekad, CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan denda yang lebih berat terhadap kesalahan yang dilakukan termasuk hukuman penjara.

Peningkatan insiden penyeludupan, pengedaran dan penjualan bunga api dan mercun hanya boleh dihentikan melalui penguatkuasaan yang tegas dan dengan kerjasama daripada orang ramai supaya tidak membeli barangan gelap.

Di bawah seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang didapati mengeluarkan, memiliki atau mengimport bungai api dan mercun boleh dipenjarakan tidak kurang lima (5) tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pencabulan undang-undang yang sedia ada untuk mengawal penyeludupan yang berleluasa, pengedaran dan penjualan barangan gelap jelas tidak dipandang serius oleh pesalah.

Oleh itu, undang-undang itu perlu dipinda untuk memasukkan perkara yang berikut:

  • Hukuman penjara mandatori bagi penyeludup termasuk merampas harta dan aset mereka.
  • Kenderaan yang digunakan untuk membawa barangan gelap juga perlu dirampas dan dilelong.
Keberanian orang ramai bermain bunga api dan mercun secara terbuka dan bebas juga menunjukkan pihak polis tidak mampu untuk menghentikannya. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap mereka yang ditangkap bermain bunga api dan mercun.

Denda yang lebih berat dan hukuman penjaraperlu dikenakan ke atas penjual dan mereka yang ditangkap bermain dengan bunga api dan mercun. Ibu bapa yang didapati anak-anak mereka ditangkap membeli dan bermain bunga api dan mercun hendaklah dipertanggungjawabkan terhadap tindakan anak-anak mereka.

Kumpulan pemantau kejiranan juga perlu dibentuk untuk melaporkan sebarang aktiviti di kawasan mereka. Orang ramai seharusnya tidak takut untuk melaporkan mengenai jiran mereka yang didapati memiliki barangan haram ini.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi melalui telefon 04-8299511 atau faks: 04 8298109 atau emel: idrismd@tm.net.my laman sesawang: http://consumer.org.my/

'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau

Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli
politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."
# Hanya umno saja yang boleh guna surau dan masjid kat selangor - kerengga

Mengapa Beraninya Hanya pada Malaysia, pada Singapura Tidak?

amkns
Hubungan Indonesia dan Malaysia saat ini sedang memanas. Banyak pihak yang menginginkan Indonesia memutuskan hubungan dengan Malaysia. Di tengah situasi yang panas itu, saya menemukan sebuah tulisan yang memandang persoalan ini dari sudut pandang berbeda. Sepertinya ada agenda dari pihak-pihak tertentu yang tidak menginginkan Indonesia dan Malaysia rukun. Berikut tulisan tersebut saya kutip seutuhnya.

Mengapa Kita Beraninya Hanya pada Malaysia? http://rinaldimunir.wordpress.com/

Oleh: Afriadi SanusiSumber tulisan: www.hidayatullah.com

SEORANG Profesor Singapura menulis dalam sebuah artikelnya; Kebanyakan rumah mewah yang ada di Singapura, Kebanyakan uang yang beredar di Singapura adalah punya orang Indonesia. Kebanyakan pembangunan yang ada di Singapura, dibangun dari uang yang datangnya dari Indonesia.

Dan di saat Singapura mengadakan Grand Sale setiap tahunnya, lebih 2 juta orang Indonesia datang belanja ke sana..” Seorang sahabat di Singapura pernah mengatakan, “dari jalan ini sampai ke ujung sana dulunya adalah lautan, dan sekarang menjadi daratan cantik yang ditimbun dengan pasir yang didatangkan dari pulau-pulau kecil di Riau”. Apa yang sebenarnya kita dapatkan dari Singapura?

Pertama, TKI laki-laki dari Indonesia diharamkan bekerja dan mencari nafkah di Singapura seperti di bidang pembangunan, kuli kasar, buruh dan sebagainya. Singapura lebih memilih warga negara lain daripada WNI, dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal.

Kedua, banyak orang mengatakan dan dari sumber lainnya, “Satu per satu pulau-pulau kecil di Riau hilang karena pasirnya diangkut ke Singapura.

Ketiga, identitas orang Melayu yang identik dengan Islam seperti istana, rumah, perkampungan orang Melayu, dihilangkan. Adat dan budaya melayu dimuseumkan. Azan diharamkan menggunakan pengeras suara di semua masjid dan surau di Singapura.

Keempat, pemerintah Singapura melayani dan melindungi koruptor RI yang telah membuat rakyat RI sengsara selama ini (karena hak-hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan, rumah sakit, infrastruktur, makan dan tempat tinggal yang baik terjajah dan terzalimi), dengan tidak mau menandatangani perjanjian ekstradisi.

Kelima, banyak rakyat, nelayan dan petugas kita diacungi senjata berat dan diusir dengan pengeras suara karena disangka telah melintasi garis batasan laut kepunyaan Singapura.

Malaysia Lebih Baik dari Singapura “Sejahat” apapun Malaysia, saat ini ada 2 juta orang lebih WNI yang sedang mencari rezeki di Malaysia untuk nafkah keluarga mereka di RI. Triliyunan uang TKI dikirim ke Indonesia setiap tahunnya.

Dapat dibayangkan, bagaimana dampak sosial, ekonomi dan budaya yang akan berlaku di Indonesia kalau TKI pulang sekaligus. Faktanya, TKI-lah sebenarnya “pahlawan” yang harus dilindungi, karena mereka penyumbang devisa negara.

Baca selanjutnya di sini