"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

(Gambar)Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya

Xiangyang: Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.

Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.
Foto
Foto
KEADAAN Xie Mo sebelum menjalani pembedahan.

Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.

“Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah,” katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak.

Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi. 
-Agensi/hmetro

10 Bukan Islam, Tapi Kerjakan Haji Di Mekah..(Gambar)

Ibnu Hasyim
Gambaran Mekah pada abad ke-16
DIREKODKAN, ada individu bukan Islam yang pergi ke Mekah dan Madinah. Dia adalah bukan Islam pertama berjaya menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah iaitu pada awal zaman tahun 1503 iaitu pada abad ke-16 Masehi. Walau bagaimanapun, niat mereka ke sana bukan kerana untuk beribadah tetapi lebih kepada risikan dan pengumpulan maklumat.

Awalan:

Antara yang terawal pernah dicatatkan berjaya mengerjakan haji di Mekah adalah..
Ludovico di Varthema(1470-1517),
Guru Nanak (1469-1539),
Vincent Leblanc,
Johann Wild,
Joseph Pitts (1663-1735),
Domingo Badia y Leblich (1766-1818),
Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811),
John Lewis Burckhardt (1784-1817),
Sir Richard Burton dan
Snouck Hungronje.

Kebanyakkan daripada mereka adalah orientalis yang mempunyai niat buruk terhadap Islam. Tidak banyak komen positif yang dapat dilihat dalam catatan mereka berkenaan kota suci umat Islam ini. Kritikan, sindiran bahkan kejian dilemparkan sehingga terdapat sesetengah daripada catatan mereka berunsur fitnah dengan fakta yang tidak berasas.

Sebagai umat Islam, wajarlah kita mengetahui setiap orang dari mereka ini. Percayalah, daripada hasil ‘titik-peluh’ mereka ini, para orientalis Barat memahami perilaku umat Islam di timur dan dengan halus mereka mencucuk jarum untuk memusnahkan umat Islam secara total.

1. Ludovico di Varthema (1470-1517)
Ludovico Varthema
Ludovico di Varthema atau Ludovico Barthema dilahirkan pada tahun 1470 di Bologna, Itali. Varthema terkenal sebagai individu bukan muslim daripada Eropah pertama yang menjejakkan kaki ke kota suci umat Islam, Mekah.

Varthema mula meninggalkan tanah airnya menuju ke timur menjelang tahun 1503 atau akhir tahun 1502. Pada 1503, beliau sampai di Iskandariah dan kemudian ke Kaherah, Mesir. Selepas beberapa ketika berada di Mesir, beliau meneruskan perjalanannya ke Tripoli(Libya), Aleppo(Syria) dan Damsyik(Syria).

Daripada Syria, beliau bersama-sama kabilah Arab menuju ke Mekah dan Madinah dengan menyamar sebagai seorang Mamluk dengan nama samaran Yunus. Beliau merumuskan beberapa maklumat berkenaan dengan Mekah dan Madinah dengan agak tepat dan ia diakui oleh ramai orientalis dan pengkaji-pengkaji lain selepasnya.

Varthema adalah individu yang menghapuskan fitnah dan mitos yang mengatakan jenazah Nabi Muhammad saw berada di awangan yang disokong kiri dan kanannya oleh batu magnet. Varthema pernah dipenjara di Yaman selepas khabar angin mengatakan beliau adalah perisik Barat yang berpura-pura memeluk Islam. Namun, beliau dibebaskan selepas permaisuri daripada Yaman menggesa beliau untuk berlagak menjadi orang tidak siuman. Ada rekod menyatakan, permaisuri Yaman tersebut jatuh cinta terhadap Varthema.

Selepas beberapa lama di timur, Varthema kembali ke Eropah pada tahun 1506. Pada 1510, jurnal beliau diterbitkan di Rom dengan nama Itinerario de Ludouico de Varthema Bolognese. Pada tahun 1517, Varthema meninggal dunia ketika baru sahaja berumur 47 tahun.

2. Guru Nanak (1469-1539)
Guru Nanak
Sikh adalah salah satu agama yang utama di dunia. Agama Sikh dianuti lebih daripada 30 juta masyarakat di seluruh dunia. Agama Sikh diasaskan oleh seorang yang bernama Guru Nanak. Menurut rekod dan catatan penganut ajaran Sikh, Guru Nanak dipercayai lahir pada awal pagi Sabtu 15 April 1469 masihi di Talwaldi, Pakistan. Pada masa itu, Talwaldi masih lagi berada dalam wilayah kekuasaan India.

Guru Nanak dan beberapa pengikutnya termasuk seorang muslim, Mardana(1459-1534) telah melakukan empat perjalanan ‘kerohanian’. Dalam perjalanan kerohanian keempat, Guru Nanak telah merantau jauh ke Tanah Arab iaitu Mekah. Di Mekah, Guru Nanak telah ‘mengerjakan haji’ sepertimana umat Islam mengerjakan haji. Guru Nanak turut menziarahi kota suci umat Islam yang kedua iaitu Madinah.

Jangka masa Guru Nanak mengerjakan haji dan ziarah ke Madinah dipercayai antara tahun 1510 hingga tahun 1520. Ramai menyatakan bahawa Guru Nanak adalah tokoh sufi mistik yang menganut ajaran Islam. Beberapa elemen awal dalam ajaran Guru Nanak mirip dengan elemen kesufian. Namun begitu, ia disangka keras oleh beberapa cendikiawan yang lain termasuk cendikiawan Sikh sendiri.

3. Vincent Leblanc
Gambar Pasar Madinah yang diambil oleh Gervais Courtellemont
Vincent Leblanc adalah pengembara dan orientalis daripada Perancis. Beliau berasal daripada Marsailles. Amat sedikit rekod tentang peribadi beliau namun beliau tetap diingati sebagai lelaki Eropah kedua menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.

Beliau direkodkan memulakan penggembaraan ke timur pada tahun 1568. Walaubagaimanapun, kapal beliau karam di Candia. Beliau telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah dengan mengikuti kabilah dagang daripada Syria.

4. Johann Wild(1585- tidak diketahui)
Gambar Masjidil Haram di Mekah yang diambil oleh Snouck Hungronje
Johann Wild berasal daripada Nuremberg, Jerman dan dilahirkan di sana pada tahun 1585. Wild mengerjakan ‘haji’ sebagai seorang hamba setelah diculik oleh tentera Hungary semasa menjalankan perniagaan di Hungary. Ketika diculik, beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Rekod ini diterima sebagai sumber yang sahih.

Beliau bersilih-ganti bertukar tuan sebelum dibeli oleh seorang pedagang berbangsa Parsi yang kaya-raya. Pedagang Parsi yang disifatkan oleh Johann Wild sebagai seorang yang bakhil itu memaksa beliau melakukan pelbagai kerja kasar termasuk membasuh baju, memasak dan berdagang.

Walaubagaimanapun, pedagang Parsi inilah yang membawa Wild ke Mekah pada tahun 1607 yang mana ia mencatatkan nama Wild sebagai salah seorang orang bukan Islam terawal mengunjungi kota suci umat Islam itu.

Wild memberitahu dalam catatannya bahawa pedagang Parsi tersebut kehilangan 1500 orang daripada 20,000 orang dan 900 ekor unta daripada 100,000 unta semasa perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Perkara ini berlaku atas pelbagai sebab termasuklah diserang oleh suku Badwi yang kasar.

Di Mekah dan Madinah, Wild mencatatkan beberapa fakta yang menyindir dan memperlekehkan kota Mekah.

Antaranya adalah memperlekehkan ibadah melontar jamrah dan menyindir perangai penduduk Mekah. Kemungkinan besar, lontaran kritikan beliau berpunca daripada sifat amarah beliau terhadap tuan-tuan beliau yang terdahulu yang kebanyakkan adalah seorang muslim.

Selepas 20 hari berada di Mekah, beliau kemudian berkunjung ke Madinah dan sempat menziarahi makam Nabi Muhammad saw. Beliau menyifatkan makam yang menempatkan junjungan besar tersebut sebagai ‘bilik ukiran yang besar’.

Selepas beberapa lama dengan saudagar Turki tersebut, beliau kemudian dijual kepada seorang lelaki tua berbangsa Turki. Wild berkhidmat selama setahun dan kemudiannya dimerdekakan. Wild kembali ke Nuremberg pada tahun 1611.

5. Joseph Pitts (1663-1735)
Selain Johann Wild, Joseph Pitts juga adalah seorang hamba yang ‘secara tidak sengaja’ dibawa mengerjakan haji ke Mekah. Joseph Pitts dipercayai dilahirkan pada tahun 1663 di Exeter, England. Sejak kecil, beliau sangat berminat dengan aktiviti lasak dan penjelajahan. Ketika umurnya 15 tahun, beliau telah berlayar ke Newfoundland. Namun, semasa pulang daripada Newfoundland, kapal beliau telah dirompak oleh lanun Algeria di luar pantai Sepanyol.

Ketua lanun tersebut adalah seorang berbangsa Belanda namun beragama Islam. Walau bagaimanapun, lanun yang dimaksudkan Pitts bukan lanun pada istilah sebenar. Lanun tersebut adalah antara angkatan tentera laut Islam yang memerangi tentera British dan Sepanyol di perairan Mediterenean dan persisiran Semenanjung Iberia.

Pitts yang masih muda belia ketika itu menggambarkan ketua lanun sebagai ‘makhluk yang ganas’.

Pitts kemudian dijual sebagai hamba di Algeria. Tuan beliau yang pertama tidak memaksa beliau memeluk Islam namun tuan yang kedua bertindak kasar dan memaksa beliau memeluk Islam. Sepanjang berada di tangan tuan yang kedua ini, beliau berasa sangat terseksa sehingga banyak catatan beliau di akhir hayatnya mengutuk tuannya yang kedua ini serta sangat memusuhi Islam.

Pitts berkunjung ke Mekah semasa berkhidmat dengan tuannya yang ketiga. Bersama dengan tuan beliau yang ketiga, Pitts dilayan dengan baik. Beliau sampai di Mekah pada tahun 1680. Sepertimana Johann Wild, catatan beliau sepanjang berada di Mekah banyak berunsur sindiran dan provokasi terhadap ibadah-ibadah umat Islam. Antaranya, beliau menyindir air zam-zam yang dikatakan sangat berkat.

Selain itu, beliau mentertawakan tindakan ‘pelik’ jemaah haji yang mandi di bawah sulur emas Kaabah dan meminumnya. Pitts tinggal di Mekah selama empat bulan dan pernah memasuki Kaabah sebanyak dua kali. Berhubung dengan pengalaman tersebut beliau menyatakan, “I profess I found nothing worth seeing in it”.

Di Mekah juga beliau sempat bertemu seorang berbangsa Ireland yang pernah bersama-sama di dalam kapal hamba dahulu. Tidak seperti Pitts, lelaki Ireland tersebut sudah tidak mampu bertutur bahasa Inggeris dan hanya berkomunikasi dalam bahasa Arab. Lelaki tersebut sudah merdeka dan menjadi seorang muslim yang baik. Dalam catatan Pitts, beliau menyatakan lelaki tersebut menggambarkan Mekah sebagai ‘syurga di dunia’.

Setelah 19 tahun berada di perantauan, Pitts akhirnya dimerdekakan dan terus pulang ke England. Pitts sampai di Exeter pada tahun 1693. Tarikh Pitts meninggal dunia tidak dapat ditentukan namun ramai mempercayai beliau meninggal dunia pada tahun 1735.

6. Domingo Badia y Leblich (1766-1818)
Domingo Badia y Leblich
Domingo Badia y Leblich atau nama samarannya, Ali Bey al-Abbasi dilahirkan pada tahun 1766 di Barcelona. Beliau menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dengan merantau ke negara-negara Afrika Utara, Arab, Mesir, Syria, Palestin, Turki dan Cyprus.

Beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1807 dengan menyamar sebagai seorang kerabat khalifah Abbasiyyah daripada Eropah. Sepertimana orientalis dan perisik-perisik yang sezaman dengannya, Badia adalah seorang yang agak fasih berbahasa Arab. Ramai pengkaji moden mendakwa beliau adalah perisik yang diupah oleh Manuel Godoy (perdana menteri Sepanyol) dan kemudian diupah pula oleh adik kepada Napoleon Bonaparte, Joseph Bonaparte.

Beliau meninggal dunia akibat menghidap disentri pada 1818 sewaktu dalam perjalanan ke Damsyik, Syria daripada Mekah selepas mengerjakan haji buat kali kedua. Ada dakwaan mengatakan beliau mati diracun oleh agen British yang sedar bahawa beliau adalah perisik Perancis. Badia yang menyamar sebagai Ali Bey al-Abbasi akhirnya diketahui identiti sebenarnya apabila rakan-rakan Islamnya menemui rantai salib pada lehernya.

Mereka tidak sanggup untuk mengebumikan Badia sebagaimana seorang muslim. Badia bagaimanapun dikebumikan di Kastel Balka iaitu sebuah tempat yang berada di antara Mekah dan Damsyik.

7. Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811)

Lahir pada 30 Januari 1767 di Sophiengroden, Jever, Jerman. Lelaki yang berbadan kecil ini memiliki kelayakan akademik yang baik. Beliau adalah graduan perubatan daripada University of Gottingen. Beliau turut mendalami pelbagai ilmu lain seperti ilmu zoologi, botani dan oriental. Beliau fasih bahasa Arab yang baik. Direkodkan beliau menghabiskan masa selama 25 tahun untuk mendalami pelbagai bidang ilmu oriental dan hukum Islam.

Seetzen mula bergerak ke timur pada tahun 1802 dengan ditemani oleh seorang lelaki berbadan sasa, Jacobsen. Tujuan utamanya adalah untuk ke Mekah, pusat umat Islam sedunia. Sebelum sampai di Mekah, Seetzen telah melawat beberapa tempat seperti Istanbul (selama 6 bulan), Aleppo (selama 1 tahun) dan Damsyik(selama 1 tahun). Seetzen turut ‘merisik’ ke Laut Mati menjelang November 1806.

Di sana, beliau berpura-pura menjadi seorang pengemis. Beliau sempat melakarkan peta Laut Mati pertama yang agak tepat dan beberapa catatan yang sangat bernilai kepada orang Barat. Selepas itu, beliau terus mengembara sehingga tiba di Kaherah dan menetap di situ sehingga bulan Mac 1809. Seetzen mula menjejak kaki ke Mekah pada 10 Oktober 1810 setelah menempuhi beberapa halangan.

Beliau menggunakan nama Islamnya iaitu Haji Musa dan beliau sendiri mengaku beliau menganut ajaran Islam.

Pada zaman tersebut, puak Wahabbi dan keluarga Saud hampir menguasai keseluruhan Masjidil Haram. Wahabbi melarang mana-mana jemaah melawat makam Rasulullah saw. Namun begitu, Seetzen atau Haji Musa menyelinap masuk dan sempat memberi gambaran keadaan makam Rasulullah saw. Ketika di Mekah, Seetzen telah ditahan oleh penguasa Mekah kerana disyaki beliau adalah perisik tentera Turki.

Namun, setelah disoal selidik mereka mendapati beliau adalah mualaf daripada Jerman. Penguasa Mekah melepaskan beliau tanpa sebarang keraguan. Seetzen menetap selama dua bulan di Mekah selepas tamat musim haji. Seetzen mula meninggalkan Mekah pada Mac 1811 lalu menuju ke Sana’a sebelum ke Muscat. Di Sana’a, beliau menghidap demam panas yang agak teruk. Semasa dalam perjalanan ke Muscat, beliau menemui ajal.

Rakan-rakan Islam beliau dilaporkan menemui rantai salib di leher beliau beserta ular-ular yang telah diawet dengan arak. Ramai mensyaki beliau pengamal sihir dan hanya berpura-pura sebagai seorang Islam untuk merisik budaya hidup sebenar umat Islam. Seetzen meninggal dunia pada bulan September 1811.

8. John Lewis Burckhardt (1784-1817)

John Lewis Burckhardt adalah orientalis yang tidak asing di dunia Barat. Beliau adalah individu Eropah pertama yang menemui runtuhan bangunan purba Petra di Jordan pada tahun 1812 dan memperkenalkan kepada umum selepas itu.

Beliau yang dilahirkan pada 24 November 1784 di Laussance, Switzeland telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti University of Gottingen, University of Liepzig dan University of Cambridge, London. Di London, Burckhardt telah mendalami bahasa Arab secara konsisten. Terdapat beberapa catatan menyatakan bahawa Burckhardt telah menjalani kehidupan ala Arab dan kasar sewaktu berada di London seperti berjalan tanpa memakai kasut sewaktu cuaca panas, tidur di jalanan dan memakan sayur-sayuran.

Pada Mac 1809, Burckhadt telah meninggalkan England untuk menuju ke Malta dan seterusnya ke Aleppo, Syria selepas musim luruh untuk memantapkan bahasa Arab dan hukum Islam. Beliau percaya bahawa beliau akan diterima sebagai ‘sahabat’ kepada rakan Arab beliau jika sekiranya beliau memeluk Islam. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Sheikh Ibrahim bin Abdallah.

Walaubagaimanapun, ramai pengkaji tidak percaya bahawa penerimaan beliau kepada ajaran Islam adalah ikhlas daripada hatinya. Ini kerana, kisah hidup beliau selepas itu menunjukkan beliau hanya layak digelar orientalis dan perisik musuh Islam. Selepas berada beberapa lama di Syria, Nubia dan Mesir, beliau kemudian bertolak ke Mekah dan mendarat di perlabuhan Jeddah pada 1814. Beliau menyamar sebagai pengemis miskin. Ini bukan kali pertama beliau melakukan penyamaran.

Ketika di Mesir, beliau telah menyamar sebagai saudagar Syria bagi menghidari perasaan musykil umat Islam di sana. Pernah beberapa ketika beliau dipanggil menghadap Muhammad Ali Pasha kerana diyakini beliau adalah seorang perisik Inggeris. Pelbagai soalan diaju termasuk persoalan hukum agama oleh dua orang kadi yang ditugaskan oleh Muhammad Ali Pasha. Namun, kesemua soalan tersebut berjaya dijawab. Dua orang kadi tersebut membuat kesimpulan bahawa Burckhardt bukan sahaja seorang Islam tetapi seorang yang sangat terpelajar dalam hukum hakam dan perundangan Islam.

Beliau kemudian melaksanakan haji dan menetap di Mekah selama hampir tiga bulan sebelum menuju ke Madinah. Di Mekah dan Madinah, beliau menggunakan kesempatan ini untuk melakukan penyelidikan dan perincian di segenap penjuru dua kota suci itu. Orientalis-orientalis sesudah beliau terhutang budi dengan ketepatan fakta yang dinyatakan beliau. Dalam satu tulisannya, Burckhardt menyatakan bahawa kota Mekah adalah tempat mengujakan kepada beliau.

Banyak yang beliau pelajari tentang umat Islam semasa tinggal di kota ini. Beliau ada menyatakan bahawa kota Mekah turut mempunyai wanita pelacur yang bekerja untuk memuaskan nafsu ‘beberapa’ orang lelaki. Selepas penyelidikan dan penelitian yang cukup teliti di Mekah dan Madinah, Burckhardt kemudian menuju ke Kaherah, Mesir. Pada April 1817, beliau telah menuju ke Fezzan namun telah jatuh sakit akibat disentri. Pada 15 Oktober 1817, beliau menemui ajal pada usia baru menginjak 32 tahun.

9. Sir Richard Burton (1821-1890)
Sir Richard Burton
Sir Richard Burton adalah orientalis, penulis, penterjemah dan penjelajah yang paling popular berbanding yang lain. Richard Burton paling diingati kerana beliau yang bertanggungjawab menterjemahkan Kisah 1001 Malam ke dalam bahasa Inggeris dan mempopularkannya.
Burton yang dilahirkan pada 19 Mac 1821 berjaya menguasai lebih 29 bahasa termasuk bahasa daripada Asia, Afrika dan Eropah.

Kemampuan dan kelebihan yang ada pada beliau ini dimanfaat sepenuhnya untuk aktivti risikan dan kajian beliau terhadap Islam dan masyarakat Islam. Beliau berjaya mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1853 sebagai seorang doktor berbangsa Afghan daripada India. Sebelum itu, beliau menyamar sebagai seorang rakyat Parsi iaitu semasa beliau di Keherah. Namun begitu, setelah mengetahui bahaya beliau menyamar menjadi seorang Parsi, beliau bertindak menukar identiti beliau.

Beliau memiliki jurnal dan catatan harian yang terperinci sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Catatan beliau yang dikenali A Personal Narrative of a Pilgrimage to Al-Medinah and Meccah diterbitkan pada tahun 1855. Maklumat yang disampaikan beliau menjadi bahan rujukan utama orientalis-orientalis kemudian hari. Richard Burton meninggal dunia pada tahun 1890 di Trieste akibat serangan jantung.

10. Snouck Hungronje (1857-1936)
Snouck Hungronje
Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.
Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus. Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda.

Akhiran:

Beberapa individu lain turut menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat Barat adalah..
Giovanni Finati (Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, diterbitkan pada 1830),
L. Roches (L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam, diterbitkan pada 1884),
G. A. Wallin (Journal of the Royal Geographical Society, diterbitkan pada 1854),
Von Maltzan (Meine Wallfahrt nach Mekka, diterbitkan pada 1913),
J. F. Keane (Six Months in the Hejaz , diterbitkan pada 1887) dan
Gervais Courtellemont (Mon Voyage à la Mecque, diterbitkan pada 1896)
Rujukan
[1] Voyages of Ludovico Varthema – Hakluyt Series ed. C. F. Badger. London, 1863.
[2] Les Voyages Fameux du Sieur Vincent le Blanc, in Bergeroni Voyages Fameux. Paris 1870.
[3] J. Wild – Neue Reisbeschreibung eines gefangenen Christen – Nürnberg 1623.
[4] J. Pitts – A Faithful Account of the Religion and Manners of the Mahometans. London, 1810.
[5] The Travels of Ali Bey el-Abbassi in Africa and Asia. 2 vols. London, 1816.
[6] U. J. Seetzen – Reisen durch Syrien, Palästina u.s.w. Berlin, 1854.
[7] J. L. Burckhardt – Travels in Arabia. 2 vols. London, 1829.
[8] Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, ed. W. J. Banks. London, 1830.
[9] L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam. Paris, 1884.
[10] G. A. Wallin – Journal of the Royal Geographical Society, vol. xxiv, 1854.
[11] R.F. Burton – Pilgrimage to Al-Madinah and Meccah, 2 vols. 1913 (Bohns Ed.)
[12] Von Maltzan – Meine Wallfahrt nach Mekka, Leipzig, 1865.
[13] J. F. Keane – Six Months in the Hejaz, London, 1887.
[14] C. Snouck Hurgronje – Mekka, mit Bilderatlas, Hague, 1889.
[15] Gervais Courtellemont – Mon Voyage à la Mecque, Paris, 1896.

(IH)
http://www.ibnuhasyim.com

Buddha Muslim bernama Benz Ali

XIFU NASER
INI artikel siri satu: Pada Aidiladha, saya diberi pilihan sama ada membaca buku Benz yang bertajuk Antithesis atau buku Ustaz Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat.

Frasa indahnya hidup melalaikan saya. Keluarga Cina saya selalu memberi penekanan pada survival. Harga petrol baru naik 20 sen seliter!

Tetapi mengapa saya perlu baca buku Benz? Pemuda yang tiada kelayakan, cap halal dari universiti. Miskin. Kononnya ber-‘usrah buku’ di kedai mamak.

Ramai pendakwah tidak menghiraukan suara hati orang muda. Dakwah adalah monolog. Orang tua bercerita, orang muda wala’ (taat).

Tiba-tiba terbayang anak perempuan saya yang sebaya dan lebih muda daripada Benz berkata, “papa hanya baca kitab-kitab ulama. Ini diari dari hati saya. Kalau papa tak nak baca, campakkan saja ke tong sampah.”

Naluri sebagai seorang ayah memanggil saya membuka bab Kata Mula dalam buku atau diari Antithesis dan meletakkan kitab ustaz ke tepi.

Benz menulis, “Nak jadi anak yang baik, nak jadi Muslim yang baik, tapi susah sangat kenapa? Kenapa Tuhan?”

Benz menyimpulkan, “Anak-anak muda, kalau kau rasa dah depresi, paling teruk, paling buruk, aku dah rasa. Lama. Dan aku sudah berfikir untuk masuk dan tidur di dalam neraka, sebelum kau tengah ragu memegang buhul tali yang menjerut tengkuk kau.”

Gambaran depresi yang diberi Benz mengingatkan saya tentang perjuangan Siddharta, pengasas agama Buddha. Siddharta melihat hidup sebagai duka. Setiap insan, walaupun putera raja seperti Siddharta, pasti menemui sakit, tua dan ajal.

Kalau Siddharta tanya mengapa ada sakit, tua dan mati, Benz tanya mengapa ada miskin, tertindas dan tercicir daripada sistem pendidikan. Wacana stereotaip ialah kamu tercicir kerana kamu memang bodoh sebagaimana kamu sakit kerana kamu memang berpenyakit. Aku masuk universiti kerana aku memang pandai. Aku sihat kerana aku putera raja.

Manusia dibodohkan untuk berpegang kepada tesis: sihat lawannya sakit, alim lawannya bodoh. Kalau yang alim takkan jadi bodoh seolah-olah yang sihat takkan jadi sakit. Ayah Siddharta tidak mahu anaknya keluar dari istana. Dia tidak mahu anaknya melihat depresi dalam kalangan rakyat jelata. Dia mahu anaknya kekal bodoh supaya bahagia.

Siddharta dan Benz memilih menjadi antithesis kepada konspirasi ‘pembodohan’ ini. Kedua anak muda ini ditakdirkan untuk keluar daripada “indahnya hidup bersyariat” dan melihat kesengsaraan rakyat serta buruh hasil daripada sistem kasta agama (bagi Siddharta) dan sistem kelas kapitalis (bagi Benz).

Antithesis ialah: yang dilabel bodoh bukan kerana dia itu bodoh tetapi dia dibodohkan oleh yang alim. Siddharta menentang sistem birokrasi kasta di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta pariah tidak mungkin menjadi lebih mulia daripada kasta Brahmin dan sistem kasta ini diasaskan oleh Brahmin.

Bagi Siddharta, setiap rakyat mampu mencapai nirwana selagi dia rajin lawan nafsu. Kerajinan mampu tewaskan kasta agama.

Bagi Benz, dia menentang sistem birokrasi kapitalis di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta yang tiada kelulusan universiti tidak mungkin menjadi lebih bijak daripada kasta berkelulusan universiti dan ini diperakui oleh brahmin universiti.

“Aku anti universiti,” Benz mencabar. “Dan anti banyak lepasan Pengajian Islam. Bagi aku, kebanyakan lepasan Pengajian Islam sangat malas.”

Bagi Benz, setiap rakyat boleh mencapai nirwana kebijaksanaan kalau dia rajin. Kerajinan mampu mengatasi kesarjanaan dan mampu tewaskan kasta birokrasi ilmu. Ini adalah kerana mahasiswa membaca buku untuk siapkan assignment demi kemewahan tetapi beliau membaca buku untuk mendapat ilmu dan berfikir. Berfikir bagaimana menghapuskan kemiskinan, penindasan dan pembodohan.

Benz adalah pemuda yang rajin membaca dan berfikir. Bukan sekadar membaca, tetapi berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi membaca. Bukan sekadar membaca dan berfikir tetapi mencabar.

Tetapi sejauh mana dunia Brahmin dan ulama sudi dengar kebodohan orang muda seperti Benz dan Siddharta? Tetapi inilah suara generasi yang akan datang sebagai antithesis kepada fikrah dakwah lama.

* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak
-sinarharian-

Anak kucing dilahirkan berwajah luar biasa

Anak kucing ini mati beberapa hari selepas dilahirkan.
Anak kucing ini mati beberapa hari selepas dilahirkan.
RANTAU PANJANG: Seorang pelajar terkejut apabila mendapati anak kucing yang baru dilahirkan berwajah luar biasa.

Namun Mohd Afendi Mohd Termizi, 17, berkata, usia kucing berkenaan tidak panjang dan mati beberapa hari kemudian.

Menurutnya, kucing yang dilahirkan sehari sebelum Aidiladha lalu, mempunyai dua wajah dan berkongsi satu badan.

“Ibu kucing yang dinamakan Cin melahirkan tiga anak tetapi hanya seekor yang berwarna hitam dan berkepala dua.

“Saya dapati ia tak pandai minum susu sedangkan dua lagi anak kucing yang lain sudah aktif dan memberi tindak balas sekiranya dipegang,” katanya.

Afendi berkata, sebelum ini Cin turut menarik perhatian penduduk kampung kerana dilahirkan dengan berjari enam.

Mungkin disebabkan keturunannya yang unik, Afendi sekeluarga percaya anak-anak Cin turut berkongsi genetik istimewa tersebut.

Sementara itu, abangnya, Mohd Kamel Kamaruzaman Mohd Termizi, 25, berkata, Cin merupakan kucing peliharaan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun sebahagian keluarganya kurang menggemari kucing, namun disebabkan keunikan Cin, haiwan itu menjadi antara penyeri di dalam rumah.

“Penduduk turut teruja untuk melihat keunikan Cin dan anaknya, namun kecewa kerana tak panjang umur,” katanya.
-sinarharian-

Kenapa seorang penumpang MH17 warga Australia pakai topeng oksigen

Mayat seorang penumpang pesawat MH17 didapati memakai topeng oksigen, kata pendakwa Belanda berkata pada hari Khamis, dan ia menimbulkan persoalan sama ada semua mereka dalam pesawat itu maut serta-merta apabila ia terhempas di timur Ukraine pada bulan Julai.
The Guardian UK melaporkan bahawa Wim de Bruin, seorang jurucakap pejabat pendakwa Belanda berkata, penumpang warga Australia itu tidak memasang topeng di muka tetapi di lehernya.

Laporan itu menyatakan bahawa pejabat pendakwa Belanda sedang menjalankan siasatan jenayah berhubung nahas tersebut.

"De Bruin berkata pakar-pakar forensik Belanda memeriksa topeng itu "untuk mengesan cap jari, air liur dan DNA dan ia tidak mendapat sebarang hasil. Jadi ia tidak diketahui bagaimana atau bila topeng itu berada di leher mangsa."

"De Bruin berkata mayat-mayat lain yang ditemui di tempat nahas, ditemui tidak memakai topeng. Beliau juga berkata beliau tidak tahu di mana mangsa warga Australia itu duduk."

Oktoberfest: Tony Pua ugut PAS agar jadi pak turut

Tranungkite

EKORAN bantahan yang dikemukan oleh PAS dan Perkasa baru-baru ini di pejabat MBPJ, Tony Pua sudah melombat dan menggeletar satu badan marah sama itu Nasarudin Tantawi dan Pas.

Tony Pua dikatakan marah dengan tindakan Pas yang bersekongkol dengan Perkasa semata-mata hanya mahu membantah Pesta Arak di Selangor.

Dalam satu kenyataan Tony Pua menyebut supaya Pas tidak campur tangan dalam penganjuran pesta arak ini kerana pesta ini hanya untuk bukan Islam. DAP mengutuk tindakan Pas yang sanggup bekerjasama dengan pertubuhan rasis Perkasa semata-mata mahu melawan DAP.

"Nasarudin jangan hipokrit, Melayu kenduri pun (ada) hidang arak," kata Tony Pua ketika dihubungi wartawan Malaysin Isider.

Tony Pua juga minta Pas jika masih bersama pakatan berdiam diri dan jangan terlalu menunjukkan keislaman mereka untuk membantah apa-apa sahaja jika tidak mahu pakatan kalah dalam PRU14 di Selangor akan datang.

Adakah ini semangat Pepsi Cola?

tokpepijat
Sudah menjadi lumrah setiap orang politik mahu kepada popular.Cara popular buat aksi popular.Ada aksi popular dengan slogan macam PM Najib dengan 1 Malaysia dan Tranformasi .Pak Lah dengan "Mari bekerja bersama saya" dan Islam Hadhari. Dr Mahathir dengan Bersih, Cekap dan Amanah dan "Pandang ke Timur".

Mula-mula mata rakyat bersilau-silau lihat slogannya dan telinga rakyat berdegar-degar mendengarnya setiap detik.

Akhirnya semuanya "hampeh" belaka. Pak Lah dengan Scomi, Patrick dan Tingkat 4, Mahathir dengan Mirzan, Operasi Lalang, Memali, londeh Raja Melayu.

PM Najib apa kurangnya.Transformasi berjalan seiring sejalan dengan perjalanan mewah Rosmah serata dunia.

Lakonan, hipokrit dan sandiwara belaka. Itulah "sunnah" orang politik.

Khir Toyo asalnya miskin.Jual suratkhabar lama sebelum jadi bomoh gigi..Bila jadi MB selama hampir 10 tahun, banyaknya "sampah" bawah karpet.

MB Azmin pernah jadi kuli UMNO sebelum ditendang bersama tuannya DS Anwar. Moga tiada lagi unsur-unsur UMNO dalam batang tubuhnya.

Sekadar ingatan buat Azmin,anda adalah MB negeri terkaya di Malaysia.Aset ada RM3 bilion.Kerusi MB Selangor paling panas di Malaysia.

Azmin,rakyat Selangor antara yang paling cerdik berpolitik selepas Kelantan.Jangan tipu mereka buat kali kedua seperti bomoh gigi.

Ikut pandai anda mahu jadi Jokowi atau Khalifah Umar atau TG Nik Aziz.Yang penting,jangan"kelabu mata" tengok aset RM3 bilion.

Jadilah anda sebagai Azmin sebenar.Bukan puppet Anwar !

Ingat dalam PKR ramai musuh menunggu dan mengintai - ngitai untuk benamkan anda seperti Khalid Ibrahim.

Tidak impikah anda untuk berhenti MB Selangor seperti TG Nik Aziz ?Tenang dan damai

Adakah ini semangat Pepsi Cola ?"

Terbongkarnya rahsia di Pulau Besar

Wanita berusia 31 tahun yang ditahan Jaim bersama empat daripada lima anaknya.
Wanita berusia 31 tahun yang ditahan Jaim bersama empat daripada lima anaknya.
BANDARAYA MELAKA: Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

Gambar seorang anak mengendong ayah sepanjang tunai ibadat haji

http://idahsalam.blogspot.com 
Mengharukan, anak gendong ayahnya sepanjang menunaikan ibadat haji
Bakti besar kepada orangtua ditunjukkan oleh Mohammad Rasheed, lelaki dari India yang kini berusia 50 tahunan. Rasheed menggendong ayahandanya yang berusia 80 tahun sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci.

"Sebenarnya saya boleh mendorongnya dengan menggunakan kerusi roda tetapi tidak ada yang lebih selesa dan enak saya atau orangtua rasakan selain bahu saya," kata Rasheed kepada harian lokal Al Watan, dikutip merdeka.com, Khamis (9/10).

Sepanjang ibadah haji, Rasheed terus menerus menggendong ayahandanya. "Saya berjanji tidak akan membiarkan kaki ayahanda menyentuh tanah dalam menjalankan rukun-rukun haji seperti tawaf (keliling Kabah), sa'i (berjalan bolak balik antara bukit Shofa dan Marwah) atau melempar jumrah," ujar Rasheed.

Rasheed adalah anak tunggal dari ayah yang selalu digendongnya di Tanah Suci, sementara ibunda Rasheed sudah meninggal dunia. Rasheed mengaku kecintaannya kepada ayahanda makin mendalam seiring kepergian ibunda menghadap Yang Maha Kuasa.

Cerita mengharukan kembali disampaikan Rasheed bahawa ayahandanya juga selalu menggendongnya di masa muda. "Ini masanya saya membalas kasih sayang ayahanda yang selalu ditumpahkan kepada saya," kata Rasheed.

Rasheed mengaku, ayahnya selalu bicara kepadanya tentang harapan dan keinginan naik haji. Tetapi kondisi kewangannya selalu tidak memungkinkan. Dia mengaku, boleh memenuhi harapan ayahandanya selalu menghantui setiap saat. "Seringkali dalam mimpi, saya melihat ayahanda menunaikan ibadah haji dan saya menggendongnya," kata Rasheed.

Dengan segala tekad yang dimiliki, Rasheed memutuskan untuk memberangkatkan ayahandanya naik haji, tak peduli berapapun biayanya. Rasheed berjuang hingga akhirnya dapat membiayai ayahanda naik haji.

"Saat ayahanda berusia 80 tahun, saya putuskan untuk memberangkatkan dia naik haji, tak peduli berapapun biayanya," ujar Rasheed.
sumber:merdeka.com

AR Tompel Bukan Lelaki Gatal - Ruminah Sidek

Ruminah Sidek (kiri) bersama Adlin (tengah) dan AR Badul.
AMPANG: Pelakon veteran Ruminah Sidek mengaku bekas suaminya iaitu Allahyarham AR Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita.

Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif langsung tidak menggambarkan identiti bekas suaminya itu.

"Rasa sedih pula bila tonton telefilem Saloma, watak Tompel sedikit pun tidak sama seperti yang dipaparkan.

"Dia bukanlah seorang yang nakal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Ruminah ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel mengenai rasa tidak puas hati dengan paparan watak seniman itu menerusi telefilem Saloma di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Kira-kira 30 orang waris seniman itu hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel, Adlin Aman Ramlie serta bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail selain wakil peguam mereka, Azam & Co.
mStar Default Image
AR Tompel (tengah) bersama P. Ramlee (kanan) dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.
Keluarga berkenaan telah menghantar notis bersama tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar itu menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan mengadakan pertemuan bagi proses rundingan bersama pihak penerbitnya, Kus Semangat Aktor.

Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita.

"Macam saya dahulu, dia tak pernah tunjuk yang dia ada hati pada saya walaupun ketika itu dia sukakan saya.

"Beberapa tahun kami bekerjasama dan menyimpan perasaan sehinggalah bapa saya sedar apabila melihat kami seperti suka antara satu sama lain. Bayangkan, saya panggil dia pakcik.

"Kemudian, sepanjang perkahwinan kami, dia hanya memarahi saya dua kali saja. Pelik pula bila watak Tompel dalam telefilem itu menunjukkan dia seorang yang sombong, cemburu dan pemarah," ujarnya.

Telefilem Saloma dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
-mstar-

Brigade Golani (tentera Yahudi): Kami Melihat Neraka Jahanam di Gaza

Tranungkite
Tentara-tentara Yahudi yang tergabung dalam Brigade Golani menceritakan dahsyatnya perang yang terjadi di distrik Syuja’iyah, sebelah timur kota Gaza. Menurut mereka, perang di sana adalah neraka Jahanam.

Kepada surat kabar Maariv, seperti dilansir Memo Islam, Kamis (14/8/2014), seorang perwira militer Zionis itu menuturkan, “Para pejuang Gaza itu sudah menunggu kami di distrik Syuja’iyah. Mereka langsung menembaki kami. Perang berlangsung berjam-jam lamanya. Kami kehilangan 16 personil dan seorang perwira terbaik kami.”

Menurut perwira lainnya, pada malam pertama mereka memulai serangan darat di bagian timur distrik Syuja’iyah. Sudah ada titik-titik yang menjadi target mereka. Namun mereka dikejutkan dengan tembakan dahsyat yang berasal dari para pejuang Gaza, menggunakan senapan ringan, berat, dan juga RPG. Anehnya, mereka tidak melihat para pejuang Gaza itu dengan mata telanjang. Para pejuang Gaza itu keluar-masuk tanah dengan mudahnya. (msa/dakwatuna)

Redaktur: Sofwan

Khinzir gigit kemaluan lelaki

Sichuan: Seorang peniaga babi yang cedera parah selepas kemaluannya digigit seekor haiwan itu di sebuah ladang baru-baru ini, memperoleh pampasan daripada seorang penternak, semalam.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu memasuki kandang babi untuk membeli haiwan berkenaan.

Dia diserang sebaik memasuki kandang itu dan seekor babi menggigit kemaluannya hingga memaksa dia dimasukkan ke hospital.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, jika kecederaan lelaki itu diukur pada skala satu hingga 10, ia mencecah tahap maksimum, 10.

Peniaga itu menyaman penternak terbabit dengan menuntut ganti rugi 90,000 yuan (RM48,000).

Mahkamah bagaimanapun, mengarahkan penternak itu membayar 16,000 yuan (RM8,500).
-Agensi

Letupan di Bukit Bintang, jilat punggung buaya untuk selamat dari naga

Zainudin-MaidinPETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin di dalam blognya hari ini berkata, kesanggupan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa berunding dengan rakyat yang menyokongnya telah ‘dihukum’ dengan kejadian letupan bom dihadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang pagi tadi.
Beliau juga mempersoal kecekapan pihak polis kerana gagal mencium rancangan buruk ini lebih awal.

“Untuk memadamkan berbagai spekulasi liar yang boleh mencemarkan imej baik negara, Timbalan CID Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa segera menyatakan bahawa kejadian itu mungkin berpunca dari persengketaan kongsi gelap dan siasatan sedang dijalankan dari semua sudut.

“Jika secepat itu diketahui puncanya, maka tidak pula polis secepat itu menciumi rancangan mereka.”

Zainuddin yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu berkata, kenyataan Khairi itu bertujuan untuk mematahkan spekulasi, namun tidak menghalang orang ramai untuk mengaitkan kebarangkalian apa yang selama ini berlaku di Selatan Thailand dan Indonesia telah tercetus di Malaysia.
“Keyakinan ramai tergugat terhadap keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan.

Zainuddin juga menyatakan bahawa, dengan kejadian pagi tadi, tiada siapa yang dapat menghalang rakyat dari berfikir bahawa Perdana Menteri Malaysia hanya mahu menjadi wira di mata Obama dengan meletakkan demokrasi dan liberalisme Malaysia setaraf dengan nilai globalisasi wacana Barat sehingga sanggup menghapuskan ISA yang selama ini menjadi payung keselamatan negara

Beliau berkata, walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pemerintahannya menyedari kita tidak mungkin akan terlepas dari mulut buaya dalam menghadapi penjajahan baru barat, tetapi kita tidak mahu keadaan sampai menjadi sesuatu yang lebih parah. Umpama menjilat punggung buaya untuk selamat dari naga.

“Najib telah menghancurkan pagar yang dibina dengan darah dan air mata oleh ayahnya.”

Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan

Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan


Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.
“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.

Rujukan Link :


Saya hanya mengambil dari blog mengenai cerita ini. Disebabkan cerita ini membuktikan ajaran islam itu benar, saya menyebarkannya melalui Facebook (platform viral terbaik masa kini).

Semoga bermanfaat.