"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Adakah BN Masih Relevan?

Cuba jawab soalan ini :

1. Pada 1974 Kerajaan sasarkan pegangan ekuiti sebanyak 30%. Tahun 2009 Bumiputr
a hanya dapat 19.4%. Sekarang kerajaan sediakan pegangan ekuiti 12.5%. Berapakah pegangan ekuiti bumiputra dapat pada tahun 2020 ?
2. Ekuiti yang telah pernah dimiliki oleh bumiputra adalah sebanyak RM54 Bilion. Sekarang tinggal RM2 Bilion.

3. Sebelum ini FIC telah mengawal orang asing membeli hartanah bernilai RM250K keatas. Dengan kawalan itu pun banyak tanah di Johor terlepas kepada warga Singapura. Sekarang FIC telah dimansuhkan. Berapa banyak tanah di Johor yang akan tinggal kepada anak bangsa pada tahun 2020 ?

4. Kerajaan berkata Malaysia mempunyai ekonomi yang mantap. Berbilion Bermakna RM52 Bilion telah dijual kepada bukan bumiputra atau kepada orang asing. Sebahagian pemilik saham ini adalah kroni UMNO. Adakah RM52 Bilion ini telah digunakan untuk rasuah dalam Perhimpunan Agong UMNO ? Lepas tu menjerit kata FIC(Jawatankuasa Pelabur Asing) sudah tidak sesuai dengan persaingan ekonomi global.keuntungan Petronas diperolehi setiap tahun. Mengapa kita terlalu bergantung terhadap modal daripada luar sehingga menawarkan 70% pegangan ekuiti ? Kemana duit kita yang banyak itu ?

5. Pelabur asing yang datang adalah kapitalis. Adakah kapitalis yang datang ini boleh membantu kita menjana ekonomi negara kita ? Atau mereka akan sedut madu kita , kemudian sepahnya dibuang ?

6. FIC telah gagal. Sekarang kerajaan akan melancarkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Apakah jaminan Ekuinas tidak gagal seperti FIC ?

7. Kenapakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal ? Adakah setelah negara tidak ada kecairan wang menyebabkan kerajaan membuka peluang seluas-luasnya kepada orang asing ?

8. Kerajaan Barisan Nasional telah ternyata gagal dalam DEB. Liberalisasi ekonomi sudah tidak dapat dielak bagi menghadapi persaingan ekonomi global. Adakah kerajaan BN sebuah kerajaan yang relevan untuk mengadapi ekonomi global sedangkan rasuah tidak dapat ditanggani ?

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

1Malaysia Maksiat digalakkan Islam diketepikan: Banjir Arak Di Kuala Lumpur?

Oleh Azizi Abdullah

Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.



Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.


Orang kampung minum air daun ketum sajalah


Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The
Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.
www.detikdaily.net

Politik Babi, Siapa Bakal Menang?


PKR Kedah nafi akan keluar Pakatan

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak desas-desus bahawa ia juga kemungkinan akan keluar Pakatan Rakyat Kedah mengikut langkah rakannya, DAP yang Rabu lalu mengumumkan pendirian meninggalkan ikatan pembangkang itu.

Sambil menegaskan anggapan sedemikian tidak benar, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata, pihaknya yakin isu DAP negeri itu keluar Pakatan akan dapat diselesaikan dengan baik secepat mungkin.

"Tak betul. Saya pegang (kerusi) Pengerusi PKR negeri, tak akan keluar (Pakatan).

"Kita pun sudah selesaikan isu babitkan PAS berkaitan dengan kerajaan perpaduan, tak akan kami nak keluar Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah ketika dihubungi mStar Online.

Beberapa pihak termasuk penganalisis meramalkan PKR, salah satu komponen dalam Pakatan, akan keluar menyusul tindakan DAP.

Beliau memberitahu, pihaknya akan berusaha untuk memujuk DAP agar mengkaji semula pendirian mereka dan kekal dalam Pakatan.

"Harap (mereka) tidak keluar. Kalau saya diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya akan menemui DAP dan memujuk mereka," kata Ahmad lagi.

Petang ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijadual menemui pemimpin DAP Kedah di Alor Setar.

Beliau berkata, isu penyembelihan babi di Alor Setar yang digunakan sebagai alasan untuk keluar Pakatan sebenarnya "perkara kecil yang boleh diselesaikan."

"Saya pun sudah bercakap dengan Menteri Besar Kedah semalam. Cuma masa sahaja tidak kena (tindakan merobohkan pusat penyembelihan)... isu ini adalah isu yang boleh diselesaikan," kata beliau sambil menambah, pusat yang dirobohkan Rabu lalu merupakan salah satu daripada tiga lokasi penyembelihan yang sedia ada.

"Jadi saya tidak menganggap pusat penyembelihan adalah isu yang membawa kepada tindakan mereka keluar, mereka cuma merajuk... kita boleh selesaikan," katanya.

"Lokasi pusat ini tidak sesuai... kalau ada reban ayam pun, saya akan robohkan," katanya.

-mstar.com.my-

Pusat sembelih babi di laman rumah Lee dan Thomas


Nak tanya sikit Pengerusi DAP Kedah Thomas Su dan ADUN Kota Darul Aman dari DAP, Lee Guan Aik:

1. Berapa lama hampa mintak tangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi tu? Sebulan? Dua bulan? Tiga bulan?

2. Kalau hampa mintak tangguh sebulan, awat mintak tangguh sebulan ja?

3. Sebelum mintak tangguh, awat tak kaji tentang macam-macam proses yang mesti diikuti sebelum dapat buat tempat penyembelihan yang baru?

4. Awat tak mintak tempoh penangguhan yang sesuai dengan kemungkinan jangka masa yang diperlukan untuk buat tempat penyembelihan baru?

5. Hampa ingat tempoh penangguhan tu macam main aci ka? Boleh cop, cop. Cop sat!

6. Hampa pernah ambik kira ka perasaan dan penderitaan penduduk dan orang-orang yang dok pi market dekat pusat penyembelihan babi tu? Tak payah tanya yang Melayu, hampa tanya yang bangsa Cina saja pun tak pa. Depa seronok sangat ka dan tak rasa tertekan ka dengan segala bau dan sisa buangan pusat penyembelihan babi tu?

7. Kalau pusat penyembelihan babi tu depan rumah hampa atau sebelah rumah hampa, adakah macam ni hampa perjuangkan pusat penyembelihan babi tu?

8. Aku nak tanya sorang-sorang. Ni, Thomas, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang? Lee, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang?

9. Kenapa hampa tak offer laman rumah hampa sebagai pusat penyembelihan babi sementara? Apa salahnya laman rumah hampa jadi temporary abbatoir sementara menantikan pusat sembelihan yang nak dibuat di Pendang tu siap.

10. Ca hampa bagi tau rakyat, rakyat Kedah ka, rakyat Malaysia ka, production pusat penyembelihan babi tu hanya untuk bekalan babi di Kedah sahaja ka atau depa tibai untuk tempat lain sama?

11. Dengaq ni, aku ni dari Kampung Matang dalam kawasan Bukit Gantang di Perak. Celik-celik mata ja, kandang babi bersepah di kampung aku dan kampung-kampung yang berdekatan (aku balik masa pilihan raya kecil Bukit Gantang baru ni dah tak dak dah). Bau busuk tak payah cakap la. Bila mai hawaq babi, barbarians yang bela babi tu main lempaq ja bangkai-bangkai babi tu dalam sungai di kampung aku. Mengelampung berpuluh-puluh bangkai babi dalam sungai. Punya busuk, punya hanyaq, tak payah cakap la. Tu tak kira lagi waktu-waktu lain, dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Ada pernah hampa ambik peduli perasaan dan penderitaan kami?

10. Lee, hang yang banyak cakap sekali. Kalau aku kata hang nampak bodoh terlampau, hang marah, kan? Tapi memang, hang tak nampak cerdik. Aku tau hang cerdik. Malangnya, hang tak nampak cerdik. Aku cakap soal menghormati jiran. Kalau hang nak kata aku cakap soal perkauman, hang punya pasai la.

11. Akhirnya, kalau aku jadi penduduk Kota Darul Aman, aku tetap undi hang. Haram tangan aku ni undi calon MCA ka, Gerakan ka. Tapi hampa jangan la kurang ajaq sangat!

Umno/BN: Polis jahat, polis baik

Oleh: Bakaq a.k.a. ~penarik beca

Dalam artikel Malaysia Today 2/7/09 bertajuk "
Director of the CCD who investigated these cases was severely dealt with," Raja Petra Kamarudin mendakwa:
'Jenayah' yang dilakukan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof ialah kerana beliau menahan kepala-kepala kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan polis di samping membuka fail serta melancarkan siasatan ke atas perbuatan rasuah, salah guna kuasa, kepentingan bercanggah dan salah urus MAS ketika pihak atasan mengingatkan beliau supaya jangan melakukan perkara itu.

Kenapa pihak atasan mahu menutup sindiket jenayah Cina dan penyiasatan ke atas MAS dan meletakkan kes-kes itu dalam kategori NFA (tiada tindakan selanjutnya)?
Dan, jangan tak baca kenyataan Lim Kit Siang bertajuk "100 reasons why Malaysia needs a new Inspector-General of Police".

Semalam, saya disoal siasat oleh pegawai polis dari JSJK yang menyatakan dia buat kerja kerana menjalankan tugasnya (maksudnya supaya beliau dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta). Yang lain-lain, kata dia, itu urusan "Yang di atas nu" (Allah).

Kalau dia betul-betul buat semua kerja yang dia patut buat dengan ikhlas (istilah dia juga) supaya dia dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta, apa jaminan dia tak akan menerima nasib seperti Ramli yang juga bekas bos dia?

Semua orang nak mempercayai polis. Masalahnya, sampai bila polis jahat dibiarkan tanpa diambil tindakan? Polis baik saya tak usik.
http://penarikbeca.blogspot.com/

Azalina Masih Enggan Membayar 'Hutang' Norazan?


Skudai - Datuk Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang pernah mengeluarkan kenyataan pada 03 Mac 2008, bahawa tuduhan segelintir pihak menuduhnya merasuah RM1 juta Norazan Abdullah agar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Umum ke-12 adalah mengarut.

Azalina menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut ketika itu. Johor Daily mendapat maklumat dari seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang namanya enggan disebut, bahawa Norazan sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut sejumlah wang yang dikatakan belum dibayar lagi oleh 'pihak berkenaan'.

Menurut sumber itu lagi, Norazan kini telah menyembunyikan diri dari sebarang tekanan dan dikatakan telah membuat satu laporan Polis terhadap sejumlah wang yang masih dimungkiri. Perkara tersebut dikatakan dalam tindakan peguam yang dilantik oleh Norazan.

Azalina juga sebelum ini telah dipertikaikan oleh sebahagian ahli Umno Pengerang kerana didakwa menyogok beberapa cawangan parti itu agar mengundinya bagi merebut Ketua Bahagian Pengerang. Walaupun pertuduhan itu telah dilaporkan oleh Lembaga Displin Umno namun sehingga hari ini Johor Daily mendapati belum ada keputusan mutamad.

Johor Daily menghubungi Ketua Angkatan Muda Keadilan Pengerang, Zulkifli Daud untuk mengesahkan dakwaan tersebut, beliau berkata "saya mengikuti perkembangan ini sejak dari awal, saya enggan mengulasnya kerana Norazan telah memalukan PKR apabila 'hilang' di hari penamaan calon".

Sebelum ini terdapat tuduhan yang mengatakan Azalina juga terbabit dalam kes rasuah di sebuah kementerian yang pada ketika itu beliau adalah seorang Menteri. Tuduhan itu dikatakan menjadi punca Azalina kalah semasa pemilihan Majlis Tertinggi Umno..

http://johornews.blogspot.com/

Michael Jackson:Keluarga pertimbang kebumikan Jackson ikut cara Islam

Abang Michael, Jermaine dan isteri, Halima Rashid. - foto THE STAR oleh LOW LAY PHOON

KELUARGA Michael Jackson berkemungkinan akan mengadakan upacara pengebumian Raja Pop itu mengikut istiadat agama Islam.

"Keluarganya sedang dalam pertimbangan untuk mengebumikan Michael mengikut istiadat Islam kerana mereka percaya, Michael ingin disemadikan dengan mengikut agama barunya itu.

"Abang Michael, Jermaine, mengajar keluarganya tentang upacara itu kerana dia merasakan amat penting untuk mengebumikan Michael mengikut cara Islam," kata satu sumber.

Bintang handalan Michael Jackson berlatih menyanyi dalam satu raptai di The Staples Center, Los Angeles pada 23 Jun 2009. -foto AP

Dalam pada itu, setakat ini belum ada lagi pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson tentang lokasi pengebumian itu.

Jackson dilaporkan telah memeluk Islam pada tahun 2008, setelah bertahun-tahun meluahkan hasratnya untuk berbuat demikian. Dia kemudiannya menukar namanya kepada Mikaeel.

-mstar.com.my-

PPSMI: Jaminan Kementerian Pelajaran berita menggembirakan dalam sehari dua?

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi memberi jaminan keputusan berhubung kedudukan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menggembirakan semua pihak.

Katanya, beliau percaya kerajaan akan bertindak responsif dalam isu PPSMI yang menjadi polemik sehingga hari ini.

"Kita berharap sesuatu yang positif akan dikemukakan kerana perkara ini sudah pun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu.

"Apa pun keputusannya, ia akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) kerana perkara ini melibatkan dasar kerajaan dan kita harap ia dapat diselesaikan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Ke-38 di sini malam ini.

Mohd Puad juga berkata, kerajaan perlu menjalin hubungan yang lebih erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Gapena supaya pandangan mereka dapat diambil kira dalam membuat dasar kerajaan.

"Kesilapan kerajaan sebelum ini adalah kita terpisah dengan golongan ini termasuk budayawan dan kaum Melayu yang berpengaruh dan ini harus diperbetulkan.

"Pandangan mereka harus didengar supaya kerajaan mempunyai pelbagai sumber maklumat," katanya.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan mungkin boleh memanggil NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan bersama.

"Selain itu, resolusi yang diserahkan oleh badan-badan ini perlu dipertimbangkan dalam menentukan dasar dan membuat keputusan," katanya. Sumber/mstar.com

Berita menggembirakan yang dijanjikan oleh Puad Zarkashi mungkin merupakan sebahagian dari kempen pilihanraya Manek Urai dalam usaha menarik pengundi-pengundi melayu yang telah lari meninggalkan Umno. -kerengga

'Perempuan Puaka': Pemimpin siswa temui NC UM

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) berhasrat merayu kepada naib canselornya bagi membolehkan dua pelajar - dituduh menconteng dan cubaan membakar di sebuah dewan - menyambung pelajaran apabila semester baru dibuka.

Exco kepemimpinan badan tertinggi pelajar itu Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu
Malaysiakini hari ini, MPMUM akan bertemu Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon awal minggu depan.

Sesi pengajian kampus itu akan bermula Isnin ini.

Beliau bersama Setiausaha Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Hafiz Ilyas dan wakil Akademi Pengajian Islam (API) Fadzil Jamal akan bertemu dengan naib canselor untuk mengetahui status dua pelajar akademi itu.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - kedua-duanya pelajar API - dituduh menconteng, cuba membakar dan menceroboh dewan kuliah utama fakulti tersebut 24 Jun lalu beberapa jam sebelum program isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,500 tiap seorang keesokannya.

Kes tersebut akan disebut semula 13 Julai ini. Polis kini sedang menjejaki tiga lagi pelajar API - termasuk presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - bagi membantu siasatan kes tersebut.

Mohd Aizat menambah, beliau berharap dua rakannya itu tidak mengalami tindakan tatatertib di peringkat universiti akibat diseret ke muka pengadilan.

"Kita akan minta kepada pihak universiti supaya membenarkan mereka terus belajar walaupun akan dibicarakan. Syarat-syaratnya terpulang kepada pihak universiti," katanya.

"Cuba bayangkan dibicarakan selama 10 tahun, dan tidak (dapat) belajar, kemudian tidak didapati bersalah."

Sementara itu, petang tadi, Mohd Aizat bertemu pegawai kanan API Dr Ruzman Mohd Noor untuk mendapatkan maklumat terkini status pengajian Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen.

Setakat ini, katanya, Dr Ruzman tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pentadbiran UM.

Menurut Mohd Aizat, pegawai memaklumkan kepadanya: "Selagi tiada surat penggantungan, tidak ada masalah untuk mereka meneruskan pelajaran minggu hadapan."
-malaysiakini-

K'jaan S'gor perjelas skim usia emas

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menurutnya cuba mengelirukan masyarakat umum berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Ia ekoran setiausaha dakwaan MCA Sungai Besar yang dilaporkan mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalihkan wang sumbangan di bawah SMUE kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewengan kuasa.

"Kenyataan anggota parti pembangkang itu memperlihatkan beliau tidak langsung menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

"Ini kerana sesiapa yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur adalah layak mendaftar sebagai ahli SMUE," kata kenyataan sekretariat kerajaan Selangor hari ini.

Menurutnya, syarat kelayakan lain yang membolehkan seseorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli SMUE ialah lahir dan sedang menetap di Selangor, atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Skim ini merupakan satu skim khairat kematian bagi membantu keluarga Warga Emas yang layak dan berdaftar, yang meninggal dunia.

Ketepi perbezaan politik


"Maka adalah tidak wajar untuk memberi sumbangan RM1,000 sebaik selepas tarikh pendaftaran sepertimana dicadangkan oleh anggota MCA itu bagi tujuan perbelanjaan atau pelancongan.

"Berhubung kes 1,000 borang permohonan ditolak sepertimana dilaporkan dalam media, pihak urusetia yang mengendalikan skim ini - Rantaian Mesra Sdn. Bhd - mengesahkan ia tidak wujud kerana urusetia tidak berhak menolak permohonan tetapi hanya memproses borang permohonan yang dihantar dari Pusat Khidmat DUN," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya, mereka yang layak, akan didaftarkan terus dan borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat DUN untuk melengkapkannya.

"Skim ini disasarkan kepada semua yang layak dan berdaftar tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial.

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap parti pembangkang mengetepikan perbezaan politik dan tidak melakukan tuduhan yang tidak berasas, sebaliknya membantu menjayakan program ini demi kebaikan dan kebajikan seluruh warga Selangor.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah dari segi pendaftaran, sila hubungi terus pihak urusetia, Rantaian Mesra Sdn. Bhd. di talian 03-55103468 atau 03-55103472," katanya.
-malaysiakini-

Emas ditemui di Pendang

Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di Pendang, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.

"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib.

"Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.

Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.

"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.

Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu.

"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.
-malaysiakini-

ISA: GMI desak sahkan 3 tangkapan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggesa kerajaan mengesahkan isu penahanan tiga lelaki di Ulu Tiram, Johor Bahru hujung bulan lalu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

"GMI mendesak kerajaan mengesahkan tangkapan terbaru ini," kata seorang penyelarasnya E Nalini hari ini.

Menurut NGO tersebut, mereka yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 25 Jun bernama Sulaiman Bukhari, Latif Omar dan seorang lagi yang dikenali Samsudin.

Bagaimanapun GMI sendiri tidak dapat
mengesahkan maklumatini.

Ia malah mengecam kerajaan yang terus-menerus menggunakan ISA walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji untuk memulakan semakan terhadap akta kontroversi itu, sejak April lalu.

"Kerahsiaan dan amalan sewenang-wenangnya yang menyelubungi penggunaan ISA bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan," kata Nalini lagi dalam satu kenyataan.

"Ia menonjolkan belang sebenar ISA yang digunakan sangat sewenang-wenangnya dan tidak kena-mengena dengan keselamatan negara.

"Ia mengesahkan lagi bahawa ISA hanyalah alat politik untuk menutup mulut penentang dan pengkritik kerajaan."

Pada 27 Mei lalu, ketua JI Singapura, Mas Selamat Kastari ditahan dua tahun bawah ISA selepas diberkas di Johor Bahru, awal April lepas.

Mas Selamat meloloskan diri dari penjara berkawalan ketat republik pada Februari tahun lepas dan kemudian dipercayai berenang menyeberangi Selat Teberau ke bandar raya itu sebelum disambut Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan.

Abdul Matin ditahan 1 April lalu, dipercayai bersama Mas Selamat.

Abdul Matin kini ditahan selama dua tahun, sementara Johar - yang menyewakan rumahnya di Skudai kepada Mas Selamat - dikenakan perintah kediaman terhad.

mat sabuSementara itu, GMI akan mula menyebarkan risalah esok bagi menggerakkan kempen membantah akta itu dalam satu perhimpunan besar di ibu negara, 1 Ogos depan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu, yang turut serta dalam sekretariat GMI, akan mengadakan sidang media jam 2 petang di depan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur sebelum mengedarkan risalah berkenaan.
-malaysiakini-

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat

Senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada dalam Jawatankuasa Parlimen mengikut 25 Kementerian yang telah ditubuhkan semalam.

Kementerian.

1. JABATAN PERDANA MENTERI

Ahli Parlimen PAS

YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
YB Ust Nasharudin Mat Isa
YB Salahuddin Ayub
YB Dr Hatta Ramli
YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin
YB Khalid Samad

Ahli Parlimen PKR

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Mohamed Azmin Ali
YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
YB William Leong
YB Ahmad Kasim
YB Fuziah Salleh

Ahli Parlimen DAP

YB Lim Kit Siang
YB Ngeh Koo Ham
YB Hiew King Chiew
YB John Fernandez

2.KEMENTERIAN DALAM NEGERI

YB Dato' Johari Abdul
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS)
YB Karpal Singh

3.KEMENTERIAN KEWANGAN

YB Mohamed Azmin Ali
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)
YAB Lim Guan Eng

4.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
YB Khalid Samad (PAS)
YB Tan Kok Wai

5.KEMENTERIAN KERJA RAYA

Dato' Kamarul Bahrin Abbas
YB Dato' Mahfuz Omar (PAS)
YB Gobind Singh Deo

6.KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

YB Dato' Rashid Din
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS)
YB Er Teck Hwa

7.KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

YB Chua Tian Chang
YB Nasir bin Zakaria (PAS)
YB Charles Anthony Santiago

8.KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

YB William Leong
YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS)
YB Teresa Kok

9.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

YB Ahmad Kassim
YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS)
YB Sim Tong Him

10.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

YB Azan Ismail
YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
YB Jeff Ooi

11.KEMENTERIAN PELAJARAN

YB Yusmadi Yusoff
YB Che Uda Che Nik (PAS)
YB Chong Eng

12.KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

YB Amran Abdul Ghani
YB Dato' Mahfuz Haji Omar (PAS)
YB Teo Nie Ching

13.KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

YB Abdullah Sani Abdul Hamid
YB Muhammad bin Husin (PAS)
YB M Kulasegaran

14.KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

YB Nurul Izzah Anwar
YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS)
YB Chow Kon Yeow

15.KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

YB Hee Loy Sian
YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
YB Nga Kor Ming

16.KEMENTERIAN PERTAHANAN

YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS)
YB Liew Chin Tong

17.KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

YB Ab Aziz Ab Kadir
YB Dato' Ab Halim bin Ab Rahman (PAS)
YB M Manogaran

18.KEMENTERIAN LUAR NEGERI

YB Sivarasa Rasiah
YB Dato' Kamarudin Jaffar (PAS)
YB P Ramasamy

19.KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

YB Tan Tee Beng
YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS)
YB Anthony Loke Siew Fook

20.KEMENTERIAN KESIHATAN

YB Dr Lee Boon Chye
YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS)
YB Dr Tan Seng Giaw

21.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

YB Zuraida Kamaruddin
YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS)
YB Fong Po Kuan

22.KEMENTERIAN PELANCONGAN

YB Manikavasagam a/l Sundaram
YB Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah(PAS)
YB Fong Kui Lun

23.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

YB Wee Choo Keong
YB Dr Lo' Lo' Haji Mohd Ghazali (PAS)
YB Lim Lip Eng

24.KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

YB Zulkifli Nordin
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS)
YB Tony Pua

25.KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

YB Gobalakrishnan a/l Nagapan
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS)
YB Chong Chien Jen


Manik Urai: Nik Aziz jadi tumpuan di kubu Umno di Lela Jasa

Mohd Nor Yahya

KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Biarpun Kampung Lela Jasa dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh, namun ramai penduduk hadir menemui Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertandang ke kampung tersebut hari ini.

Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa.

Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan.

Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.

Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas.Image

Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.

Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam.

"Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian.

"Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik," katanya.


Umno berdepan laluan berliku di Manek Urai

Wartawan Kita

KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Beberapa indikator yang ditemui membayangkan usaha Umno untuk merampas kerusi Dun Manek Urai semakin samar. Kajian melalui kajiselidik yang dijalankan sebuah badan meletakkan PAS berada di hadapan.

Begitu juga dengan perkembangan di lokasi pilihan raya yang berlaku sekarang.

Pertembungan di antara kumpulan bekas Ketua Bahagian Umno Kuala Krai, Dato' Wan Zaid Wan Abdullah dengan ketua bahagian sekarang, Dato' Ramzi Abdul Rahman tidak mampu disembunyikan lagi.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dikatakan mempunyai hubungan lebih rapat dengan Wan Zaid. Malah sebelum ini Ramzi lebih mengharapkan Naib Ketua Umno bahagian itu, Che Jalal Muda dicalonkan membawa cabaran Umno di Manek Urai.

Malah calon BN dikatakan keseorangan keluar masuk kampung tanpa mendapat sokongan padu ketua bahagian. Kedatangannya ke Masjid Kampung Manek Urai Lama baru-baru ini tanpa ada sokongan jentera Umno di situ.

Seorang penduduk berkata, beliau tidak mengenali siapa lelaki bersongkok yang datang sembahyang baru-baru ini.

"Saya hanya lihat ada beberapa sahaja jemaah yang ada di masjid bersalam dengan orang berkenaan. Saya hanya tahu orang terbabit ialah calon BN Manek Urai selepas diberitahu kemudian," katanya ketika ditemui di sini.

Kata beliau orang kampung langsung tidak kenal calon terbabit biar pun dikatakan bekas pegawai tinggi di Kesedar.

Sementara itu orang ramai merungut bekalan elektrik di Manek Urai dan Laloh sering terganggu sehari dua ini.

Kata mereka gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang.

Gangguan bekalan elektrik berlaku semalam mulai jam 5 petang sehingga 7.30 malam. Biar pun kaunter aduan Tenaga Nasional Bhd dibina di kampung Manek Urai Baru, nampaknya masalah gangguan bekalan elektrik masih berlaku.


Umno/BN: Pemuda Umno akui pecah meja DAP

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.

Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu.

“Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini.

“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.

"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti."

Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan.

Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP.

“Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini.

Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku.

Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani.

Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut.

“Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya.

Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ.

Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”.

"Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya.

Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemu
da Umno.
-malaysiakini-

Nizar vs Zambry: Pembubaran Dun Perak pasti berlaku!

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.