"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Sanggup terbang 5,000 batu untuk rogol budak

Sanggup terbang 5,000 batu untuk rogol budak
Hall dikatakan menjemput kanak-kanak itu di rumah neneknya di Oregon, AS sebelum mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak terbabit di dalam kereta sewa dan hotelnya.
CAERNARFON – UNITED KINGDOM . Seorang pengawal pantai Brisitish dipenjara selama 50 tahun selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak berusia 10 tahun di Amerika Syarikat (AS).

Gareth Vincent Hall, 22, sanggup terbang sejauh 5,000 batu menggunakan kapal terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi talian sosial.

Hall dikatakan menjemput kanak-kanak itu di rumah neneknya di Oregon, AS sebelum mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak terbabit di dalam kereta sewa dan hotelnya.

Hall kemudiannya terbang pulang semula ke UK untuk meneruskan kerjayanya sebelum ditahan semula sebulan kemudian.

Ketika ditahan, Hall berada di Lapangan Terbang O’Hare, Chicago, AS di mana dia merancang untuk bertemu dengan seorang lagi perempuan yang dikenali menerusi talian sosial.

Hall ketika dibicarakan mengaku tidak tahu yang pasangannya itu berusia 10 tahun.

Menurut Hall, dia tidak akan sanggup terbang ke AS sekiranya mengetahui umur sebenar kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun Hakim Jay McAlphin menyanggah kata-katanya dan membalas, sesiapa sahaja yang melihat gambar kanak-kanak yang dirogol Hall akan sedar yang kanak-kanak itu merupakan bawah umur.
-sinarharian-

Tikam adik 140 kali kerana cemburu

Tikam adik 140 kali kerana cemburu
Stefania Dubrovina, 17, dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah pangsapuri milik seorang lelaki yang tidak dinamakan di bandar tersebut.
ST. PETERSBURG - RUSSIA. Gara-gara dendam dan cemburu, seorang kakak sanggup memotong telinga dan menikam adiknya sendiri sebanyak 140 kali, lapor portal antarabangsa, Metro.co.uk.

Stefania Dubrovina, 17, dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah pangsapuri milik seorang lelaki yang tidak dinamakan di bandar tersebut.
Difahamkan, Dubrovina dan kakaknya, Elizaveta, 19, berada di rumah itu bagi menghadiri parti tertutup sebelum serangan itu berlaku.

Sebaik sahaja lelaki itu keluar meninggalkan pangsapurinya, Elizaveta dikatakan mula menyerang dan mencederakan adiknya.

Elizaveta dikatakan mengorek mata, memotong telinga dan menikam adiknya berkali-kali akibat dendam yang tersimpan sejak sekian lama.

Dalam pada itu, ibu saudara kedua remaja terbabit berkata, kedua beradik itu telah melalui zaman kanak-kanak yang menakutkan.

“Hidup yang tidak menggembirakan (bagi keduanya) menyebabkan mereka berakhir seperti itu,” katanya.
-si

Kes guru melakukan seks oral pada murid sedang disiasat

KUALA SELANGOR: Kementerian Pendidikan (KPM) menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil indakan sewajarnya terhadap seorang guru dari Shah Alam yang didakwa melakukan seks oral terhadap dua muridnya di Ayer Keroh, Melaka pada Oktober tahun lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid sekiranya perlakuan kurang sopan guru lelaki berumur 28 tahun itu dapat dibuktikan, tindakan tatatertib terhadapnya boleh dikenakan secara automatik.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai guru berkenaan yang melakukan seks oral terhadap dua murid lelakinya ketika membawa mereka menyertai kejohanan ragbi di Melaka.

Menurut laporan itu, seorang daripada murid berumur 11 tahun itu membuat laporan polis pada Ahad lepas dengan mendakwa guru ko-kurikulum berkenaan melakukan perbuatan itu terhadapnya semasa beliau di Tahun Lima.

Murid itu, yang kini di Tahun Enam, dikatakan tidak mahu ke sekolah akibat perbuatan guru itu menyebabkan ibu bapanya menyoal lanjut sehingga beliau menceritakan kejadian itu.

Terdahulu, Mahdzir merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Mahang di sini dan menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan sekolah kepada lebih 20 murid sekolah itu.

Beliau turut menyerahkan cek bernilai RM500,000 kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor sebagai peruntukan bagi pembinaan sebuah dewan serba guna di sekolah berkenaan yang sering dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. 
-Bernama-

Kecelaruan PAS: Bimbang ditinggalkan pengundi, terpaksa hadir deklarasi anti-Najib

Arahan Hadi, ahli Majlis Syura PAS hadir Deklarasi Rakyat
Faiz Zainudin 
Datuk-Dr-KhairuddinPETALING JAYA: Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri dalam majlis menandatangani Deklarasi Rakyat adalah atas arahan ketuanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Khairuddin berkata, PAS menyokong matlamat program itu iaitu menukar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Namun, Khairuddin yang juga Anggota Parlimen Kuala Nerus menegaskan PAS masih tetap dengan pendirian bahawa sebarang gerakan menukar Perdana Menteri hendaklah dibuat melalui pilihan raya.

“(PAS) hadir dengan mandat daripada Presiden sebagai sokongan umum kepada program tetapi kekal dengan pendirian PAS sebagaimana diputuskan iaitu Perdana Menteri hendaklah ditukar menerusi pilihan raya,” katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadirannya pada majlis menandatangani Deklarasi Rakyat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini.

Selain Khairuddin, pemimpin PAS lain yang dilihat berada pada majlis berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Khairuddin berkata, PAS akan terus berjuang untuk menguburkan UMNO terus daripada arena politik negara ini.

“(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mahu UMNO kekal memerintah dan kerana itulah beliau berjuang Najib diturunkan sekarang.

“PAS pula berpendirian bahawa UMNO tidak lagi boleh diharapkan untuk menjadi pemerintah negara ini,” katanya.
-fmt-

Terkejut tengok beberapa orang pemimpim PAS menyertai deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'


Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan

Serama 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.
-malaysiakini-

Tarian bogel dalam penjara (Gambar)

Tarian bogel
Ia adalah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling maksimum di El Salvador namun sesuatu yang mengejutkan apabila tiga penari bogel telah dibenarkan membuat persembahan di depan 200 banduan lelaki.

Lebih memeranjatkan ialah pertunjukan itu mendapat kebenaran daripada ketua penjara, Jose Abarca. Permohonan berkenaan yang dihantar kepada Abarca telah didedahkan kepada umum.

Video rakaman aksi penari bogel itu telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan kerajaan terpaksa menjalankan siasatan.

Menteri yang terbabit dalam menjaga penjara, Rodil Hernandez bagaimanapun menyalahkan menteri sebelum ini iaitu Nelson Rauda, dengan mendakwa kontroversi berkenaan berlaku pada 2012.

Dalam rakaman yang didedahkan itu, kelihatan seorang lelaki yang mempunyai tatu di bahagian muka dan tangan, sekali gus menunjukkan dia adalah anggota kumpulan merbahaya sedang duduk di depan kumpulan penari terbabit.

Salah seorang banduan lagi kedengaran menjerit : “Menari, menari, mari sini, jangan bimbang, tiada siapa yang akan menyentuh kami’’ ketika ketiga-tiga wanita itu berbogel sambil melakukan tarian di atas riba.

Lebih malang apabila beberapa warden penjara turut menikmati persembahan lucah itu .

Video selama 41 saat itu ditemui dalam telefon bimbit milik salah seorang daripada banduan terbabit, selepas telefon itu dirampas.

Dalam pada itu, pembangkang mahu siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada wanita terbabit dipaksa atau diugut untuk melakukan tarian bogel itu dan berapa banyak parti telah diadakan di situ sebelum ini.
-kualalumpurpost-

‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’ - Muhyiddin Yassin

Aedi Asri 
muhyiddin,umno,1mdbKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.
Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.

“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.

“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau pernah membangkitkan perkara yang sama dalam kenyataan pertamanya selepas penggantungan, mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO pernah datang bertemunya mengadu tentang beberapa skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mendedahkan identiti pemimpin-pemimpin tersebut ketika ditanya wartawan.

“Kalau saya sebut nanti mereka malu, nanti Presiden tanya dan mungkin tanggung akibat yang sama.
“Tak kisahlah mereka duduk senang-lenang dan saya begini. Tak mengapa,” katanya.
-fmt-

Mahfuz Omar Akan Dipecat Seperti Husam Musa ?

 Zabidi Hj Saidi
Ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar yang akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac bertentangan dengan pendirian Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang tidak akan menyertai perhimpunan tersebut.
Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu pendirian Haji Hadi pelik kerana beliau tidak anti orang Umno sebaliknya anti Umno sahaja. Haji Hadi sudah insaf tidak mahu PAS jadi alat DAP kerana dalam perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim itu DAP, Amanah, PKR akan hadir.

PAS tidak bersama Pakatan Harapan buat apa PAS hadiri perhimpunan tersebut. Justru itu tindakan Mahfuz Omar itu wajar diambil tindakan disiplin seperti mana PAS akan mengambil tindakan kepada bekas Naib Presidennya, Husam Musa.

Husam Musa telah menghadiri majlis pelancaran Amanah di Kuala Lumpur yang menimbulkan rasa kurang senang ahli-ahli PAS. Jika Husam Musa dipecat dari PAS, beliau dikatakan bakal Pengerusi Pakatan Harapan kerana majoriti ahli Pakatan lebih menyenangi Husam Musa jadi PM daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Minggu lepas Mahfuz Omar telah menemui Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir yang mahu Najib ditumbangkan. Ia dibuat sebelum Dr Mahathir keluar dari Umno. Lim Kit Siang semalam mengaku telah menemui Dr Mahathir dan mereka bersetuju menjatuhkan Najib dalam perhimpunan 27 Mac itu.

Jika benar PAS mengambil pendirian tidak menyertai perhimpunan 27 Mac seperti mana PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih, maka Mahfuz Omar wajar dipecat dari PAS kerana melanggar arahan Presiden Umno.

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Mahfuz apabila beliau bertanding sebagai calon Pokok Sena menentang calon PAS dan BN nanti.

Dalam suasana menghadapi pilihanraya seperti juga Umno, PAS akan mempastikan para pemimpinnnya sehati sejiwa dengan Presidennya. Jika para pemimpin tidak dapat mematuhi arahan Presiden, maka jalan terbaik keluar dari PAS dan tak perlu menunggu dipecat dari parti.
~http://catatanzabidi.blogspot.my

Masih hidup walaupun kepala ditembusi besi (Gambar)

Lelaki-ngeri
Mumbai: Seorang buruh binaan mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter.

Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan, di sini apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya.

Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala Mohammad.

Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.

Mohammad kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan besi itu selepas menjalani pembedahan selama dua jam.

Pakar bedah yang mengetuai pembedahan itu, Dr Batuk Diyora berkata, ia satu keajaiban kerana Mohammad masih hidup walaupun mengalami kemalangan yang mengerikan.

“Ia satu pembedahan yang sukar dan dia sangat bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai bahagian otak yang penting,” katanya.

Menurutnya, Mohammad mengalami lumpuh sementara di bahagian kiri badannya, tetapi dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan.
-kualalumpurpost-

Kenyataan Hadi mudahkan rakyat buat pilihan PRU14

Sheikh Omar Ali
Saya merujuk kenyataan dikeluarkan presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.3) di Terengganu pada 27 Februari lalu yang menggambarkan beliau hanya anti kepada parti Umno, bukannya orang Umno.

Bahkan atas niat apa sekalipun, Utusan Malaysia memetik sedutan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memberikan gambaran PAS bersedia menjadi pendukung kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Pada pandangan saya, kebijaksanaan rakyat hari ini tidak boleh sama-sekali dipandang enteng mana-mana pihak, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada pada zaman “langit terbuka”.
Maklumat boleh diperoleh di mana-mana dan daripada pelbagai sumber.

Rakyat mampu menilai dan membuat analisis terhadap apa sahaja kenyataan yang dilontarkan pemimpin. Sekalipun presiden PAS menyatakan beliau tidak menolak orang Umno sebaliknya hanyalah menolak parti itu, ia tidak akan sama sekali dapat “mengkelabukan” kebijaksanaan rakyat dalam menilai pelbagai maksud dan niat yang mungkin di sebalik kenyataan seperti ini.

Persoalan dan keresahan kita pada hari ini adalah terhadap ketidaktentuan politik yang dipacu govenment of the day pimpinan Datuk Seri Najib Razak akibat pelbagai skandal yang akhirnya menekan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Saya berpandangan , apa yang penting bagi rakyat pada hari ini adalah kezaliman serta ketidakadilan sistem ekonomi dan sosial yang menghimpit hidup rakyat mestilah ditamatkan segera.

Dengan apa juga hujah sekalipun yang diguna pakai PAS dalam menanggapi kemelut politik yang diterajui Najib – tidak kira sama ada menolak Umno atau individu bernama Najib itu sendiri.

Hanya ada 2 sahaja jalur pilihan jelas menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang; berkompromi dengan kerajaan hari ini yang meranapkan keseluruhan sistem bernegara sehingga memangsakan rakyat atau bersama menggembleng tenaga dalam gelombang rakyat melawan pemimpin korup serta salah guna kuasa yang menyebabkan negara berada dalam bahaya.

Kenyataan presiden PAS jelas sekali berpunca daripada persoalan adakah beliau akan turut serta dalam himpunan “anti-Najib”?

Jawapan beliau adalah "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik".

Namun soalnya, orang Umno sendiri pada hari ini jelas terbahagi kepada 2 kelompok iaitu penyokong Najib, dan yang mahu agar Najib turun daripada tampuk kuasa.

Jika saya boleh melontarkan soalan kepada presiden PAS, beliau mahu berbaik dengan ahli Umno daripada kelompok mana satu?

Respons diberikan presiden PAS pada saya menggambarkan kekaburan PAS dalam menempatkan diri di saat kemarahan rakyat terhadap perdana menteri kian memuncak. Termasuklah daripada kalangan orang Umno itu sendiri.

PRU ke-14 bakal tiba kurang lebih 2 tahun sahaja lagi dari sekarang. Saat keadaan kian meruncing, ditambah dengan beberapa langkah drastik diambil tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan disusuli beberapa tokoh lain, dinamika politik Malaysia bakal mengalami perubahan yang besar.

Justeru, saya katakan kenyataan dikeluarkan presiden PAS hanyalah akan memudahkan lagi rakyat untuk menilai PAS serta membuat perhitungan tuntas dalam PRU akan datang bagi memastikan negara ini kembali bergerak mengikut arah tuju yang betul.

* Penulis adalah penolong setiausaha publisiti DAP Johor.

Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu

Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu
Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu Polis menahan remaja yang menyertai himpunan orang awam di South Rio Grande, Salt Lake City.
SALT LAKE CITY - AMERIKA SYARIKAT. Sekumpulan besar orang awam mengamuk selepas seorang polis dilaporkan menembak seorang remaja hanya kerana memegang penyapu.

Menurut Fox News, remaja lelaki berumur 16 tahun tersebut ditembak di perut dan dada dan keadaan terkini tidak diketahui.

Polis Salt Lake pula mengatakan mereka bertindak selepas menerima aduan mengenai suatu kes jenayah.

Seramai dua anggota polis terlibat dalam kejadian tembak tersebut.

Kawan kepada mangsa, Selam Mohamad mengatakan polis menyuruh mangsa supaya meletakkan penyapu dipegang mangsa ketika kejadian ke atas lantai.

"Tetapi polis terus tembak sebaik sahaja kawan saya memusingkan badan," kata Selam.

Sementara itu, orang ramai yang mengamuk berkumpul di South Rio Grande sambil menghamburkan kata-kata makian dan membaling batu ke arah anggota polis.

Detektif, Greg Wilking memberitahu pihak polis terpaksa menahan beberapa orang awam yang berkumpul kerana 'bertindak ganas'.

Polis juga bertindak menutup jalan di kawasan kejadian dan kawasan orang ramai berkumpul.

Punca kejadian masih disiasat.
-sinarharian-

Inilah 7 Alasan Mengapa Barat Takut Pada Dr Zakir Naik

Tranungkite
Dr Zakir Naik - Raja Salman
Dr Zakir Naik - Raja Salman

Meskipun banyak warga Eropa dan Amerika kagum terhadap Dr Zakir Naik dan berusaha menghadiri forum-forumnya, ternyata tidak demikian dengan pemerintahnya. Sejumlah negara seperti Inggris dan Kanada mencekal Dr Zakir Naik. Amerika Serikat bahkan terang-terangan mengecam Dr Zakir Naik.

Mengapa Barat takut pada Dr Zakir Naik?

1. Dr Zakir Naik Nyatakan Teror 9/11 “Pekerjaan Orang Dalam”


Ini adalah alasan formal yang disampaikan oleh pemerintah AS sebagaimana diberitakan Washington Post. Pemerintah AS mengecam Dr Zakir Naik sewaktu mendapatkan penghargaan dari pemerintah Arab Saudi pada Maret 2015.

“Pandangan Dr Zakir Naik tentang teror 9/11 sungguh tercela,” kata juru bicara Departemen Luar Negeri Jen Psaki.

2. Dr Zakir Naik Membeberkan Terorisme Amerika
Hal yang juga dikecam Washington dan mencuat di media terkait Dr Zakir Naik, kristolog dunia itu dikecam karena menyatakan Amerika adala teroris terbesar.

Pada tahun 2015, Departemen Luar Negeri AS mengkritik Raja Arab Saudi Salman karena memberikan hadiah internasional Raja Faisal berupa emas 24 karat dan uang 200 ribu dollar Amerika. Pasalnya, Zakir Naik pernah menyebut Amerika sebagai teroris terbesar.

Selain itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr Zakir Naik juga mengungkapkan aksi terorisme yang dilakukan oleh Amerika Serikat sejak menginvasi Irak.

3. Dr Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin Amerika sebagai Teroris
Dr Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahwa George W Bush adalah teroris. Pernyataan-pernyataan Dr Zakir Naik itu pantas untuk ditakuti Amerika Serikat mengingat popularitas dan pengaruh Dr Zakir Naik terus meningkat. Selain jutaan orang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan juta orang telah menonton video-video ceramahnya.

Namun, selain 3 alasan yang juga diberitakan media Barat itu, ada 4 alasan berikutnya yang lebih menakutkan bagi Barat.

Alasan Berikutnya yang Lebih Ditakuti Barat 
SUMBER: mydebat.com 

Wanita ditahan seludup kokain dalam kemaluan

Kokain
New York: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang John F. Kennedy, New York selepas didapati memiliki ¼ kilogram kokain yang disimpan dalam vaginanya.

Shekira Thompson, 24, ditangkap ketika diperiksa petugas di lapangan terbang selepas pesawat yang dinaikinya tiba dari Kingston, Jamaika pada Ahad.

Shekira dikatakan mengaku kepada petugas dia menyimpan sesuatu pada tubuh badannya selepas digertak apabila didapati berkelakuan aneh.

Hasil pemeriksaan menemukan kapsul berbentuk telur berisi serbuk putih kokain.

Berat kokain yang dimasukkan ke dalam vaginanya dianggarkan 0.225 kilogram.

Dia didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba menyeludup dadah.
-kualalumpurpost-

Mahfuz Omar langkah Haji Hadi?

Mahfuz lawan arus, mahu hadir demo anti-Najib
 Ketika presidennya memilih tidak hadir dalam perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak 27 Mac ini, Datuk Mahfuz Omar menjadi pemimpin pertama parti itu mengambil langkah berbeza.

Mahfuz hari ini berkata akan hadir dalam perhimpunan itu “atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”.

“(Langkah ini) bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan cintakan Malaysia dan rakyat termasuk ahli-ahli Umno,” katanya.

Mahfuz, anggota parlimen Pokok Sena, berkata perasaan cintakan negara menuntut beliau menyertai kempen 'selamatkan Malaysia', yang baginya sebahagian tuntutan perjuangan Islam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kelmarin dilaporkan berkata tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya perdana menteri melepaskan jawatan.

Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, tindakan Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui parti Islam itu.

Perkukuh cengkaman

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuiz berkata pengunduran Najib adalah keperluan negara kini dan kegagalan pengurusan negara berpunca daripada beliau.

“Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim,” katanya.

Beliau juga menyifatkan percaturan politik dalam negara, termasuk penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) daripada tugas sebagai timbalan presiden Umno bukan menyelamatkan negara dan rakyat.
“Najib terus memperkukuh dan menghidupkan Umno untuk cengkaman kuasanya memerintah Malaysia.

“Memerintah negara mengikut telunjuknya bukan mengikut landasan keadilan, kehendak dan keperluan hidup rakyat,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu berkata Pengunduran Najib tidak boleh ditangguh kerana akibatnya negara akan terus mengalami kerosakan dan rakyat akan terus dihimpit penderitaan.

“Reformasi institusi perlu disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan perhimpunan tertutup 1,000 orang bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac depan.
-malaysiakini-

Remaja sanggup reka cerita disamun, dirogol

Tampin: Takut dimarahi ibu bapa kerana terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun, seorang remaja bawah umur sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dan dirogol di rumahnya di Air Kuning Selatan, 11 Disember tahun lalu.

Pelajar berusia 17 tahun itu bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, gara-gara tindakannya membuat laporan palsu tersebut.

Remaja berkenaan ketika dibacakan pertuduhan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit memberi maklumat palsu bahawa dia disamun dan dirogol di kediamannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ezwady Mat Lajis sebagai penjawat awam di Balai Polis Air Kuning Selatan, kira-kira jam 7 malam, 11 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan, P Pushpa memohon tarikh sebutan lain bagi kes berkenaan untuk mengemukakan laporan akhlak pelajar berkenaan.

Majistret, Mahyun Yusuf menetapkan 17 Mac ini bagi sebutan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, pelajar berkenaan sebelum ini membuat laporan menyatakan ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu, sementara adiknya berusia lima tahun menonton televisyen di bilik, dia didatangi dua lelaki berpakaian penuh hitam serta bertopeng yang masuk ke rumahnya dari pintu belakang.

Menurutnya, seorang daripada suspek meluru ke arahnya, manakala seorang lagi suspek masuk ke dalam bilik menggeledah barangan.

Suspek yang meluru ke arahnya telah mengacukan pisau lipat dan bertindak merogolnya.

Pelajar berkenaan juga mendakwa dapat melarikan diri ke arah dapur mengambil pisau semasa suspek memakai seluar.

Remaja itu juga mendakwa suspek berjaya menepis pisau berkenaan dan dia sempat melarikan diri masuk ke dalam bilik yang terdapat adiknya.

Pada masa sama, kedua-dua suspek tadi melarikan diri.

Pelajar berkenaan kemudian terus menghubungi jiran bagi meminta bantuan.

Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan membuat laporan palsu selepas terlanjur dengan teman lelakinya kerana bimbang dimarahi ibu bapanya. 
-sinarharian-

Jangkaan UMNO akan berkubur semakin jadi kenyataan

PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini menguatkan lagi ramalan parti itu akan ‘berkubur’ selepas Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, bukan setakat rakyat biasa malah pemimpin parti Melayu terbesar itu menyem3
dari bahawa mereka akan kalah teruk dalam PRU14.

“PRU akan datang UMNO akan kalah teruk, bukan saya sahaja yang kata, malah pemimpin UMNO sendiri menyedari bahawa mereka tidak akan menang pada pilihanraya akan datang,” katanya kepada FMT.

Tambah bekas EXCO Pergerakan Wanita UMNO lagi, keputusan Dr Mahathir keluar parti adalah tepat kerana perjuangan UMNO sudah terpesong jauh ketika ini.

“Sebab saya tengok hari ini apa juga keputusan yang dibuat oleh parti bukan untuk kepentingan parti tetapi untuk kepentingan Najib, malah keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sangat mereka pun sudah hilang arah tuju.

“Contoh rakyat menghadapi kesempitan hidup tetapi, kita tak nampak pemimpin UMNO tampil menyelesaikan masalah rakyat tetapi kalau perkara melibatkan Najib mereka akan membuat keputusan segera. Saya amat kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang,” katanya.

Hamidah dipecat UMNO pada November lalu kerana mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan. 
-fmt-

Haji Hadi buat kenyataan pelik - Mat Sabu

Mat Sabu: Kenyataan Hadi tak hadir himpunan anti-Najib 'pelik'

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan hadir pada perhimpunan anti-Najib sebagai 'pelik'.

Menurut Mohamad, kenyataan presiden PAS itu yang didakwa hanya 'anti-Umno' dan bukan individu dalam parti itu, sebagai 'paling pelik dalam dunia'.

"Tak guna kita buat makan malam, buat kutipan derma, bertanding pilihan raya tapi tak mahu kuasa.

"Ini ucapan yang paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan dalam sebuah majlis makan malam di Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua serta Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok.

Malah, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, beliau bersama rakannya dalam HARAPAN turut berhasrat untuk 'merampas' kuasa daripada kerajaan melalui pilihan raya.

Berbanding bekas partinya iaitu PAS, Mohamad berkata pihaknya bukan sahaja menolak parti Umno tetapi turut menolak calon dari parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kawan-kawan Pakatan (HARAPAN) akan bertanding (pilihan raya) dan ambil alih kuasa sebab presiden parti lama kata mereka tak bertujuan merebut kuasa. Kami nak rebut kuasa.

"Kita tolak Umno, dan tolak orang yang menjadi calon Umno yang nak melawan dengan kita," katanya lagi.

Sinar Harian Ahad lalu melaporkan Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan). (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.
-malaysiakini-

Separuh ahli UMNO akan keluar parti menyertai Mahathir

Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina
Faiz Zainudin  
anina-umnohPETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.

“Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.

“Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini.
Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar.

“Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO.
-fmt-

---------------------------
Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes

 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.

Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.
Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.

Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.
-malaysiakini-

Khairuddin dakwa Tengku Adnan guna gelaran 'Tengku' palsu

Faiz Zainudin
Khairuddin-Abu-Hassan
PETALING JAYA: Gelaran ‘tengku’ yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.

“Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran ‘tengku palsu’ tu?

“Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran ‘tengku’ palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.

“Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?,” soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.

Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai “tidak boleh pakai”.

“Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti ‘gergaji dua mata’.

“Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat ‘tengku palsu’ ni jangan cakap banyak,” tambah Khairuddin.
-fmt-

Gambar seorang kanak-kanak Syria berusia 5 tahun bersendirian merentas padang pasir ke Jordan

Wanita cincang kemaluan‎ suami akibat curang

MOMBASA - KENYA. Berang dengan kecurangan pasangan, seorang wanita dituduh membunuh suaminya dengan mencincang kemaluan lelaki itu sehingga hampir terputus dua.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, wanita itu terserempak dengan suaminya yang sedang bermesra dengan wanita lain di sebuah pub di bandar itu.

Wanita itu yang tidak dapat mengawal perasaan, mencapai pisau di dapur dan menyerang lelaki itu di kemaluannya sebaik sahaja lelaki itu pulang ke rumah.

Jirannya yang terdengar bunyi bising di kediaman pasangan itu pergi ke rumah terbabit dan menemui lelaki tersebut terbaring dengan tompokan darah pada kemaluannya.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan darah.

"Ketika kami ke sana (rumah pasangan itu), kami menemui lelaki itu terbaring berlumuran darah," kata jirannya, Haningtone Ochieng.

Polis kini mengesan wanita itu yang dipercayai sedang bersembunyi.
-sinarharian-

Ayah bunuh 14 beranak sebelum gantung diri

Husnain Anwar Warekar
Husnain Anwar Warekar
NEW DELHI - INDIA. Seorang lelaki membunuh 14 ahli keluarganya termasuk lapan kanak-kanak sebelum menggantungkan diri, hari ini.

Laporan CNN mengatakan Husnain Anwar Warekar, 35, dilaporkan meletakkan ubat pengsan (sedative) ke dalam makanan-makanan mangsa sebelum mengelar mereka di leher.

Salah seorang mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan polis.

Ketika polis sampai ke tempat kejadian, Husnain ditemui sudah tergantung.

Motif pembunuhan tidak diketahui dan polis masih menjalankan siasatan.
-sinarharian-

Peluang terakhir gerakan pembaharuan sebelum PRU-14

Ooi Heng
Kenyataan pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO seiring dengan kenyataan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur, pada masa yang sama, menolak institusi politik yang korup dan menuntut pembaharuan.

Semalam, Selangorkini melaporkan pesanan Anwar yang disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.

Menurut Wan Azizah, Anwar memesan bahawa, langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja.

Hari ini, kenyataan pertama Muhyiddin setelah dipecat kelihatan seiring dengan kenyataan Anwar.

Menurut laporan Malaysiakini, kenyataan Muhyiddin berbunyi seperti berikut:

“Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Semenjak siri pendedahan dilakukan berkenaan kes 1MDB dan seterusnya kes RM2.6 bilion oleh media tempatan dan antarabangsa, cukup ramai rakyat Malaysia yang kecewa dengan situasi negara.

Perkembangan merisaukan telah berlaku di mana satu demi satu media yang melaporkan berita melibatkan pentadbiran tertinggi negara telah diambil tindakan, antaranya termasuk The Edge dan Sarawak Report, sehingga yang terkini The Malaysian Insider.

Namun, harapan rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan terkilan kerana dalam situasi sebegitu, dan dalam konteks perpecahan pihak oposisi, seolah-olah tuntutan rakyat tidak dapat diterjemahkan sebagai gerakan massa dan tindakan politik yang berkesan.

Pihak-pihak yang mengikut perkembangan politik negara secara dekat tahu akan peri pentingnya peranan Anwar dan betapa pengemblengan tenaga melibatkan semua pihak yang mahukan perubahan dan pembaharuan, termasuk semua parti oposis, semua pemimpin dan mantan pemimpin parti pemerintah yang mahukan perubahan, semua akar umbi, pihak masyarakat madani dan masyarakat massa, adalah faktor penting untuk menjayakan impian dan tuntutan perubahan.

Berikutan kenyataan pertama Muhyiddin yang jelas seiring dengan kenyataan Anwar, kini tiba masanya semua pihak berkaitan bergerak bersama menuntut perubahan dan pembaharuan.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, ini merupakan peluang terakhir rakyat yang mahukan perubahan menaruh harapan terhadap pimpinan politik kedua-dua belah pihak dan masyarakat madani untuk bergerak bersama melakukan sesuatu yang penting dan bermakna sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jika kiranya pemimpin parti politik terus angkuh dan bergerak sendiri dengan tindakan politik yang mengecewakan rakyat, KPRU khuatir, sokongan rakyat akan berlerai menjelang PRU-14.
Ooi Heng adalah Pengarah Eksekutif Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT
-fmt-