"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beberapa rakan Dr Fauziah dibogel ketika pemeriksaan Israel

Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan selamat tiba di tanah air, malam ini.

Beliau yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin gagal untuk sampai ke Gaza setelah kapal Zaytouna-Oliva yang dinaikinya ditahan tentera Israel pada Rabu lepas.

Bagaimanapun, Dr Fauziah, 59, berkata ketika berada di atas kapal yang ditawan tentera Zionis untuk menuju ke Israel, beliau bersama 12 rakannya yang lain telah menjadi saksi kepungan rejim itu ke atas Palestin apabila melihat perbezaan suasana malam di Gaza dan Israel.

"Kami menangis, mengalirkan air mata melihat kawasan Israel yang begitu meriah diterangi lampu-lampu bergemerlapan, manakala keadaan di Gaza suram, menunjukkan salah satu bukti penindasan Israel ke atas Gaza," katanya kepada media selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Walaupun kurang sehari mereka ditahan rejim Zionis dan dilayan dengan "agak baik", namun baginya itu hanya tindakan propaganda Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah kejam.

"Ketika ditahan beberapa rakan kami telah dibogelkan untuk pemeriksaan, dan mujur saya tidak melalui pemeriksaan itu mungkin kerana status saya sebagai seorang doktor," dakwanya.

Menceritakan detik-detik sebelum ditahan, Dr Fauziah berkata beliau dan rakan-rakan misi bertindak membuang semua barangan tajam seperti pisau dan barangan elektronik termasuk telefon bimbit, tablet dan komputer riba apabila sedar kehadiran tiga buah kapal tentera berhampiran kapal mereka.

"Kami berulang kali berkata kepada tentera-tentera tersebut bahawa kami datang dalam keadaan aman dan mahu menuju ke Gaza, namun mereka dengan tegas menyuruh kami untuk berpatah balik," katanya yang menambah ketika ditahan kapal mereka hanya berada pada 35 batu nautika dari Gaza.

Katanya setelah pihak mereka bertegas untuk tetap bergerak menuju ke Gaza, kapal mereka telah dipintas dan kemudian tentera tentera Israel yang masing-masing lengkap bersenjata beserta dengan kamera GoPro masuk ke kapal mereka dan mengarahkan kesemua anak kapal untuk menyerah diri.

Kapal membawa misi kemanusiaan yang berlepas pada dari Barcelona, Sepanyol pada 15 September dengan membawa 10 aktivis wanita dan tiga anak kapal itu bertujuan untuk memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007 sebelum ditahan pada Rabu malam (waktu Malaysia) oleh tentera Israel.
-Bernama

Wanita ini mengalami malu besar apabila ‘Vibrator’ tersangkut dalam kemaluan


Seorang wanita mengalami malu bukan kepalang selepas `pengembaraan’ bersama teman lelakinya di bilik tidur berakhir dengan insiden yang tidak disangka-sangka, iaitu alat mainan seks tersangkut (vibrator) di bahagian dalam alat sulitnya.

Menurut wanita itu, Emma Phillips, 24, dia dan kekasihnya, Lee cuba menarik keluar alat mainan seks tersebut namun tidak berjaya hingga memaksa mereka menghubungi ambulans.

“Selepas sejam mencuba, saya tahu saya perlu ke hospital,’’ katanya yang berasal dari Wallasey, Wirral.

Jelas Emma, memandangkan dia dan Lee mengambil minuman keras sebelum itu maka mereka tidak boleh memandu kereta ke hospital.
“Saya terpaksa membuat panggilan yang paling memalukan iaitu menghubungi ambulan pada pukul 7 pagi. Operator yang menjawab panggilan terbabit meminta saya menceritakan apa yang berlaku dan saya tiada pilihan kecuali memaklumkan semuanya,’’ katanya.

Dalam masa lima minit, ambulans tiba dan mereka dibawa ke sebuah hospital di North Wales.

Emma terpaksa menghabiskan masa selama 45 minit perjalanan di dalam ambulans dengan bertenggek di atas kerusi sebelum dibawa ke bilik untuk pemantauan.

Ketika itu, kata Emma, ia bukan mengenai kesakitan sangat sebaliknya lebih kepada kejutan.

“Pada mulanya kami menyangka ia sesuatu yang menggelikan hati namun kami sedar ia bukan satu jenaka apabila doktor memberitahu saya terpaksa dibedah.

“Jika vibrator itu gagal dikeluarkan, mereka terpaksa memotong sedikit usus untuk mengeluarkan alat terbabit. Itu bermakna saya terpaksa memakai beg colostomy selama enam bulan,’’ katanya.

Alat berkenaan akhirnya berjaya dikeluarkan dan doktor turut menawarkan kepada Emma untuk menyimpannya namun ditolak oleh wanita itu.

Emma kemudiannya menceritakan pengalaman berkenaan dalam akaun Facebooknya.
-kualalumpurpost 

Negara Syiah Iran Mencipta Mesin Cuci Khusus untuk Memandikan Jenazah (Gambar)

Publik Iran memperdebatkan keabsahan memandikan jenazah dengan mesin cuci khusus. Media Iran melaporkan, para Imam menolak keabsahan memandikan jenazah dengan mesin cuci khusus itu.

Keberadaan mesin cuci khusus jenazah manusia itu sebenarnya telah muncul beberapa tahun lalu di Iran. Namun, kontroversi penggunaannya meredam.

Kini, kontroversi dari penggunaan mesin cuci khusus jenazah manusia itu ramai kembali setelah kantor berita Mehr, menerbitkan foto-foto mesin cuci tersebut.

Media Iran melaporkan bahwa mesin cuci khusus jenazah manusia sebenarnya dibuat wilayah timur laut Kota Mashhad, Iran.

Seorang pejabat Iran dikutip Mehr, menyatakan bahwa Mashhad memiliki tingkat kematian tertinggi kedua setelah Ibu Kota Teheran. Tingginya kasus kematian itulah yang memicu penciptaan mesin, yang penelitian dilakukan di salah satu universitas riset terbesar Iran, yakni Universitas Ferdowsi Mashhad.

مشهد – خبرگزاری مهر: دستگاه مرده شور مکانیزه صبح امروز دوشنبه در بهشت رضا (ع) با حضور خبرنگاران رسانه ها در مشهد رونمایی شد.

MSO: Kunjungan Muhyiddin sangat bermakna buat Anwar dan semua

Mohd Sayuti Omar
 Saya ingat sangat bidalan ini yang dilontarkan oleh seseorang; "jangan mengharap sepat memakan kail dan cacing menelan ular". Itu bidalan mungkin tidak terpakai dalam politik sebab itu ia dilontar sebagai peringatan.

Anihnya ia dilontar oleh seorang veteran politik yang arif mengenai dunia politik. Dalam politik bukan sahaja sepat akan memakan kail, lori pun akan dimakannya jika disua dan terdesak. Jadi saya kira ia terpakai dalam politik.

Begitu juga bukan sahaja cacing akan menelan ular, harimau juga akan dibahamnya. Itu sebagai muqadimah catatan ini.

Pagi ini bekas timbalan perdana menteri telah bertemu dengan seorang lagi bekas timbalan perdana menteri. Pertemuan ini berlangsung di mahkamah apabila bekas TPM itu hadir untuk mengikut perbicaraan bekas TPM yang seorang lagi. Kedua-dua mereka juga pernah duduk sesaf tidak lama dahulu yang dinamakan Tim Wawasan.

Mereka menjadi pemimpin kanan dalam parti Umno, mengikut logik dan tradisi kedua-duanya hanya sejengkal sahaja lagi untuk naik ke kerusi PM. Namun kini kedua-dua tertinggal jauh dari gerabak Umno. Mereka karam dalam politik ganas Umno yang digerakan oleh presidennya, yang keduanya tidak pernah disangka.

TPM yang satu itu tersenyum dan ketawa tatkala TPM yang satu itu ditendang keluar oleh presidennya. Dan ketawanya terhenti apabila beliau juga menerima nasib yang sama; ditendang dan diteranjang. Penolakan mereka kedua-duanya gara-gara untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. TPM satu itu baharu tahu sakit dan senaknya penangan seorang presiden Umno apabila perkara itu tertimpa sama ke atas dirinya.

Bolehlah disimpulkan dalam Umno sesiapa yang hendak cuba tegakkan keadilan dan kebenaran mereka akan menjadi mangsa kerakusan kuasa prerogatif presiden.

Tidak perlu saya perkenal siapakah kedua-dua TPM itu secara lebih lanjut sejarah dan perjalanan politik mereka. Satu masa mereka bersama membangunkan wawasan untuk membangunkan rakyat dan negara. Kemudian mereka berpisah selama 18 tahun atas keyakinan masing-masing. Kini mereka bersama lagi. Itulah dunia politik yang unik.

Perjumpaan kedua bekas TPM itu, Muhyiddin Yassin dengan Anwar Ibrahim hari ini adalah sejarah kecil sahaja namun memberi signifikan besar kepada politik pembangkang. Pertemuan itu akan mengombakkan gelombang baharu dalam politik khasnya bagi menghadapi Piraum 14. Ia berlaku selepas baru-baru ini Dr Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan Anwar. Perjumpaan yang orang tidak terfikir akan berlaku, tetapi ia berlaku dengan indah dan mesra sekali. Sekali lagi itulah politik.

Perjumpaan itu jugalah yang menarik Muhyiddin hari ini mencuri waktunya menemui Anwar di mahkamah. Kunjungan Muhyiddin itu sebagai kesenimbungan kedatangan Dr Mahathir menemui Anwar. Ertinya peristiwa hari ini ke arah pemangkin pakatan oposisi lebih mantap dan kuat lagi. Kumpulan pembangkang di ambang kehilangan Pas mendapat suntikan daripada dua tokoh yang tidak terduga, Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Baik bagi Anwar dan juga Muhyiddin serta Dr Mahathir takdir itu menggembirakan mereka dan mengembirakan semua orang yang sehati sejiwa untuk menumbangkan Najib. Orang yang merindui persatuan akan sebak dan menangis melihat pertemuan itu. Lebih tepat lagi untuk melihat berlaku perubahan kepimpinan dan pentadbiran dalam negara.

Dr Mahathir boleh meleraikan perasaan kesalnya atas tindakan terhadap Anwar selama ini dan begitu juga sebaliknya. Hal yang sama juga bagi Muhyiddin yang sepatutnya semasa Anwar dipecat dahulu beliaulah membuntui Anwar sebagai penimbalnya tetapi tidak berlaku kerana Muhyiddin terkeliru waktu itu.

Baik Muhyiddin maupun Anwar mereka saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Mereka juga sedar seperti mana kebanyakan orang sedar untuk menjatuhkan Najib dan kerajaanya memerlukan tenaga dan peralatan yang cukup. Najib dan Umno bukan calang-calang. Hanya dengan kesepaduan dan kesepakatan pembangkang sahaja kerajaan berusia 61 tahun itu boleh ditumbangkan.

Saya percaya rakyat juga bergembira melihat apa yang berlaku. Setidak-tidaknya kalau pun bukan atas kepentingan politik tetapi setidak-tidaknya mereka (Muhyiddin, Anwar dan Mahathir) dapat mengemaskan semula tali silaturahim yang renggang kerana pertelingkahan politik hampir dua dekad lalu.

Begitu juga pengikut masing-masing yang selama ini bermasam muka dan berenggang kerana dipisahkan oleh "keterpisahan" tokoh-tokoh itu kembali bertakut semula. Anwar, Muhyiddin dan Dr Mahathir bagi mereka adalah biduk yang menakutkan kiambang.

Seperti mana kata Anwar beliau menghormati kedatangan Muhyiddin memberi sokongan moral kepadanya. Lebih jauh beliau berharap Muhyiddin akan turut memperkuatkan ikatan oposisi. Kedudukan Muhyiddins sebagai presiden PBBM kunjungan itu sangat baik ia menjelaskan pembentukan kerjasama baharu di kalangan pembangkang. Ada nilai tambah kepada pembangkang.

Anwar juga berharap Muhyiddin dapat menjadi penyambung pakatan oposisi dengan Pas yang kini nampak gelisah hendak melarikan diri. Anwar memberi peluang itu dan mempercayai Muhyiddin boleh melakukannya. Mungkin Anwar memerhati kunjungan Muhyiddin ke Marang Terengganu dua tiga malam lalu. Anwar tidak perlu memberi tahu siapa dan macam mana sikap politik presiden Pas. Kerana mungkin Muhyiddin ada ilmu lain.

Melihat harapan tinggi Anwar agar Pas dapat bersama itu menunjukkan tingginya daya politik Anwar. Tindakan itu mengesahkan bahawa baginya tidak ada dendam dalam politik. Kalau hendak diikutkan hati apa yang dilalui dan dirasainya dengan presiden Pas itu beliau tidak lagi perlu bersunggut dan mengharapkan Muhyiddin berunding dengan Pas.

Itulah Anwar dia tidak mementingkan dirinya tetapi meletakkan kepentingan dan matlamat perjuangan mendahului dari segala yang lain. Itulah pemimpin sejati. Baginya biarlah orang menghenrdiknya tetapi asalkan dia tidak mudah berputus asa untuk terus berjuang demi rakyat. Anwar juga memahami dan menyedari bahawa bagai mana buruknya perangai sesetengah orang Pas terhasapnya tetapi parti itu tetap merupakan aset dalam usaha hendak menggulingkan UBN.

Berjayakah Muhyiddin melaksanakan apa yang Anwar harapkan itu? Saya tidak mahu komen panjang dan memberi pendapat di sini nanti saya akan dikatakan jahat dan khianat, walaupun saya tahu apa yang sedang berlaku dan bergelora dalam parti agama itu kini.

Ah cukuplah catatan ini, saya berhenti di sini kerana malas untuk memperkatakan hal ini. Titik

Video rompakan berparang jadi viral


Petaling Jaya – Dua video seorang wanita didakwa disamun oleh seorang perompak bersenjata di Ara Damansara di sini menjadi viral di media sosial dan aplikasi mesej.

Video berdurasi masing-masing satu minit dan 15 saat, dan 35 saat dengan tarikh dan waktu tertera di sebelah atas kanan rakaman, menunjukkan insiden tersebut berlaku pada pukul 3.40 pagi 5 Oktober.

Ia menunjukkan sebuah kereta Myvi biru di pintu berpalang apabila sebuah kereta putih muncul dan berhenti di belakangnya.

Seorang lelaki berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar pendek kelabu kemudian keluar secara tiba-tiba dari kereta putih sambil membawa parang.

Menerusi satu lagi klip video, penyerang itu dilihat berlari ke arah seseorang dipercayai penumpang yang keluar dari kereta biru itu.
Penyerang itu didakwa dilihat mengelar tangan wanita itu bagi mendapatkan beg.

Dalam pada itu, kereta Myvi berkenaan dilihat secara perlahan memecah pintu palang tersebut. – mStar

Video roh wanita berpisah dari badan jadi viral



Thailand – Sebuah video kemalangan di Thailand baru-baru ini menjadi viral di Internet selepas rakaman itu dipercayai berjaya merakamkan unsur-unsur entiti.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda dan motosikal yang ditunggangi seorang wanita.

Penunggang motosikal itu maut serta merta di tempat kejadian selepas kenderannya bertembung dengan kereta itu yang mahu membelok ke kanan jalan.

Mangsa terpelanting dan dirinya terhentak di tiang lampu jalan.

Selepas terpelanting didapati satu entiti berwarna hitam muncul, yang menggambarkan seolah-olah rohnya keluar dari badan.

Namun, ramai pihak percaya rakaman itu telah diedit selain ramai mempersoalkan tindakan si tukang edit yang dilihat seakan-akan tidak menghormati si mati.
-kualalumpurpost

Gambar SPRM mengira wang tunai RM 50 juta yang dirampas di rumah pegawai kanan kerajaan


KUALA LUMPUR: Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini.

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.
Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

"Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi," katanya di sini, hari ini.


Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

Difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

--------------

Wang Tunai RM52 Juta Dirampas, Akaun Bank RM60 Juta Dibeku - SPRM

Gambar yang viral di laman sosial berkaitan rampasan wang tunai hasil operasi SPRM susulan penahanan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah, Selasa.
PETALING JAYA: Jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam meningkat kepada RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga percaya besar kemungkinan lebih banyak wang disimpan dalam bank di negara jiran.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan itu.

"Selain wang tunai, turut disita sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, petang Rabu.

Mengenai dua lagi individu yang ditahan pada Rabu, Azam berkata, salah seorang bergelar Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu yang berusia 55 tahun.

Turut ditahan adalah akauntan berusia 50 tahun.
Semua empat suspek kes melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Wang tunai mencecah RM10 juta ditemui di kediaman pegawai kanan yang ditahan SPRM di Sabah, Selasa.

Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.

“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.

Pada Selasa dilaporkan dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi Selasa kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Azam berkata, sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan di Kota Kinabalu petang ini.

Menurutnya, SPRM akan meneruskan siasatan dengan lebih agresif dan menjangkakan lebih ramai lagi ditahan.

Kedua-dua pegawai kanan berjawatan pengarah dan timbalan pengarah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan telah memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010./mstar

Kantoi lakukan seks di lorong kecemasan

China – Seorang anggota polis yang menjalankan rondaan di sebuah lebuh raya Shanghai-Chengdu di Chongqing, China tidak menyangka akan melihat ‘aktiviti’ tidak senonoh dari pasangan suami isteri dalam kejadian 1 Oktober lalu.

Menurut laman Shanghaiist, sewaktu melakukan rondaan, anggota polis berkenaan melihat sebuah kereta diletakkan di tepi lorong kecemasan dan dilitupi dengan sehelai kain penutup kenderaan.

Disangkakan kenderaan itu kosong dan ditinggalkan kerana mengalami kerosakkan tetapi ia ternyata meleset apabila mendapati seorang kanak-kanak perempuan sedang lena di tempat duduk hadapan.

Tambah mengejutkannya lagi apabila mendapati sepasang suami isteri yang berada di bahagian tempat duduk belakang dengan tidak mengenakan ‘seurat benang’ pun pada badan mereka.

Menurut suspek, mereka dalam perjalanan ke sebuah gunung berdekatan untuk bercuti dan berehat sempena Hari Kebangsaan negara itu.

Namun semasa dalam perjalanan, anak perempuan mereka mengadu mengantuk lalu mereka berhenti di lorong kecemasan tersebut.

Jelas mereka, tindakan menutup kenderaan dengan kain penutup bertujuan untuk memudahkan anak perempuan tidur namun tidak menyangka keadaan itu bertukar sebaliknya apabila mereka lemas dalam gelora nafsu masing-masing.

Tindakan tidak senonoh pasangan itu yang melakukan hubungan seks di tempat awam mendapat ‘syarahan’ percuma daripada anggota polis berkenaan kerana menyalahgunakan lorong kecemasan.

Namun insiden yang berlaku itu menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan netizen tentang bagaimana suspek boleh menutup seluruh kenderaan dari dalam keretanya.
-kualalumpurpost

Saintis Rekod Kilat Paling Lama, Terpanjang Di Dunia


GENEVA: Kajian saintis mengesahkan bahawa pancaran kilat terpanjang di dunia yang pernah direkodkan mencapai jarak kira-kira 321 kilometer manakala pancaran kilat paling lama bertahan melebihi masa tujuh saat.

Rekod pancaran kilat paling panjang dicatatkan pada 20 Jun 2007 dengan melibatkan pancaran kilat di hampir keseluruhan kawasan Oklahoma di Amerika Syarikat yang memiliki kawasan selebar 370 kilometer.

Manakala rekod pancaran kilat paling lama bertahan berlaku di wilayah Perancis, Provence-Alpes-Côte d’Azur pada 30 Ogos 2012 dengan masa 7.74 saat.

Kedua-dua rekod berkenaan disahkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) yang bertanggungjawab merekodkan kejadian sedemikian.

Pakar di WMO, Randall Cerveny berkata, kajian terhadap kilat dilakukan menggunakan alat pengesan khas yang dinaiktaraf bagi memantau kejadian kilat yang luar biasa.

Jelasnya lagi, disebabkan teknologi semakin maju, pakar meteorologi kini boleh memantau dan mengesan pancaran kilat dengan lebih terperinci berbanding sebelum ini.

"Hasil kajian menggunakan teknologi yang lebih canggih menunjukkan kilat terpancar pada jarak yang jauh," katanya seperti dilaporkan portal The Times.

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara, sebanyak 25 juta kali pancaran kilat berlaku di Amerika Syarikat pada setiap tahun dengan purata kematian 49 orang selain beratus-ratus mangsa lagi cedera.

Sepanjang tahun ini, seramai 35 orang disahkan maut akibat disambar kilat manakala angka kematian paling ramai direkodkan pada 2007, iaitu sebanyak 45 orang.

SMK Balung ditutup pantau Nuri jatuh di atas bumbung sekolah

Bernama 
TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran,” katanya.

Selain bumbung pusat itu, difahamkan sebuah dewan yang sedang dalam pembinaan turut rosak.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru,” katanya.

Kejadian melibatkan sebuah bangunan 3 tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan 4 dan 5.


---------------

14 anggota TUDM cedera dikejarkan ke hospital

TAWAU - Seramai 14 anggota tentera cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidi Mahali berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, lima pelajar turut tercedera.

Pekerja kantin sekolah dipercayai turut tercedera.

Difahamkan kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan sedang cuba hendak mendarat di atas padang sekolah itu.

Satu bilah kipasnya dikatakan turut terpelanting kira-kira 200 meter.

TUDM dalam satu kenyataan berkata pesawat Nuri tersebut yang dinaiki 14 anggotanya berlepas dari pangkalan TUDM di sini pada pukul 7.35 pagi untuk melakukan latihan penerbangan harian.

"Semua anak kapal dan penumpangnya terselamat," katanya.

Pihak TUDM berkata mereka telah menghantar pasukan menyelamat dan akan membawa keluar pesawat daripada lokasi kejadian.

TUDM sedang membuat penilaian berhubung insiden tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.

"TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. – Bernama

Padah tuduh isteri berzina

Riyadh: Gara-gara menuduh isteri berzina, seorang lelaki dijatuhi hukuman 80 sebatan apabila gagal membawa empat saksi seperti dikehendaki undang-undang Syariah.

Mahkamah di Riyadh turut menjatuhkan hukuman sama terhadap ejen lelaki berkenaan yang menyampaikan tuduhan itu ketika perbicaraan.

Berikutan keputusan yang menyatakan keterangan mereka di mahkamah tidak boleh dipercayai dan mereka membuat tuduhan palsu, kedua-duanya tidak dibenarkan menduduki jawatan awam di negara itu atau membentangkan sebarang keterangan terhadap sebarang isu.

Menurut dokumen kes, lelaki terbabit memfailkan kes mendapatkan hak penjagaan anak daripada isterinya berikutan perceraian mereka lebih setahun lalu.

Ketika perbicaraan, lelaki itu meminta seorang lelaki lain mewakilinya apabila beliau tidak dapat hadir di mahkamah dan menyampaikan pandangan dan hujahnya.

Antara hujah yang digunakan lelaki terbabit dan dibentangkan di mahkamah oleh wakilnya ialah isterinya pernah berzina dan tidak boleh menjadi ibu yang baik kepada anak mereka, memberi didikan kepada kanak-kanak terbabit, menggesa hak penjagaan diberikan kepadanya, lapor akhbar Al Watan.

Wanita berkenaan menafikan dakwaan dan peguamnya menyaman kedua-dua lelaki itu kerana menuduhnya berzina.

Hakim meminta suami dan wakilnya yang menyokong dakwaan itu mengemukakan empat saksi seperti diminta undang-undang Syariah.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian dan wakilnya berkata dia cuma menyampaikan apa yang didengar.

Hakim berkata, beliau tidak percaya dan mengarahkan kedua-dua defendan dihukum 80 sebatan kerana tuduhan tidak berasas itu
-kualalumpurpost 

Hina Jalur Gemilang: Netizen desak polis ambil tindakan terhadap penganjur F1 (Gambar)

MALAYSIA DATELINE
Aksi warga asing ketika menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang semalam menimbulkan kurang senang netizen mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.

Netizen hari ini menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.

Beberapa komen di Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM)rata-rata marah dengan tindakan penonton F1 yang dipercayai warga asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.

Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 di Sepang dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.

Seorang netizen, Mohd. Zaine Md. Sharif turut memuat naik komen: "Bangsa apa ini ... Tidak hormat negara kita ???" manakala Mohamad Farid pula memberikan komen "Melampau..pihak pgurusan (pengurusan) mne (mana?)".

Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status "indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia" manakala Mohd. Din Daud pula menyatakan "OH negara ku ... ke mana perginya penganjur... atau ini salah satu slot yang penganjur selitkan..."

Sementara itu di laman Twitter, Ranes Subramaniam (@ranes1985) pula memuat naik status: "Action should be taken on them. Very disrespectful towards the National Flag. @PDRMsia @themmailonline @UMonline @BuletinTV3 (Tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak menghormati bendera kebangsaan"

------------------------

Penonton Asing Hina Jalur Gemilang Ditahan
Sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Australia berkelakuan tidak senonoh ketika menonton perlumbaan Formula Satu Grand Prix di Sepang pada 2 Oktober 2016.
SEPANG: Sekumpulan penonton warga asing ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia.

Kesemua lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun nasib kesemua tahanan tidak diketahui./mstar

Bukti Ilmiah Bahwa Nabi Muhammad Pernah Membelah Bulan Jadi Dua (Gambar&video)

Tranungkite
Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir dan silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku.

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa suatu ketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakam oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garis rekahan pada bulan.
NASA telah menghantar 3 angkasawannya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bulan pernah terbelah dua!

Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1434 tahun yang lalu.

Saksikan video ini sebentar..

Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim didalam surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan).

Allah berfirman: “Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. Perkara ini terjadi ketika kaum musyrikin ‘mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta Rasulullah membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: Saksikanlah oleh kalian.(Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta Rasulullah SAW untuk diperlihatkan kepada mereka salah satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah SAW. (Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau benar engkau Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, “Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, “Cuba belah bulan…” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendiri. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan untuk berdagang.

Orang-orang Quraisy pun bergegas keluar keperbatasan kota Mekah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun bertanya, “Adakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh kemudian bersatu kembali…“

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagiannya tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, ”Ini adalah sihir yang terus-menerus“, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (sampai akhir surah Al-Qamar).

Peristiwa bulan terbelah memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun mukjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walaupun mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat dan Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar utama dunia di bawah tajuk ‘Splitting of the Moon’ yang bermaksud bulan terbelah.
Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut dan diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbuktilah satu lagi bukti yang paling nyata dan kuat.

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah juga boleh kita dapati didalam haiku (kisah dongeng Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua.

Penerbangan pesawat AirAsia gara-gara bunyi getaran alat mainan seks


Sebuah pesawat AirAsia bersedia untuk berlepas di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok pada 29 Jun 2016. - Foto Reuters
BANGKOK - THAILAND. Penerbangan domestik AirAsia dari Chiang Mai ke Don Mueang ke Bangkok ditunda seketika berpunca daripada bunyi getaran alat mainan seks yang disangka adalah sebuah bom.

Memetik laporan Daily Star, getaran itu telah menyebabkan suasana di dalam pesawat bertukar panik apabila kakitangan pesawat mendengar dengungan yang kuat daripada sebuah beg sandang berwarna hijau.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, petugas pesawat meminta bantuan pakar pemusnah bom ke landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk mengesahkan perkara itu.

"Tetapi mereka menarik nafas lega apabila sebaik sahaja beg itu dibuka ternyata punca bunyi getaran itu hanyalah daripada alat mainan seks," kata petugas pesawat.

Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai Thailand ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang pada jam 8:25 pagi pada hari Rabu.

Ia berlepas sejurus selepas 8:30 pagi kemudian.

Jurucakap Thai AirAsia berkata, syarikat penerbangan itu tidak merampas barang itu kerana ia tidak mengancam keselamatan penerbangan.

"Penerbangan itu tertunda selama lima minit," kata jurucakap itu memberitahu Daily Star.

Pemandu Bas Parah Rempuh Gajah (video)



BANGKOK: Seorang pemandu bas persiaran cedera parah apabila melanggar seekor gajah yang berkeliaran di kawasan lebuh raya yang menghubungkan ibu negara Thailand ke wilayah Chiang Mai pada Jumaat malam.

Bagaimanapun kesemua 25 penumpang bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berkenaan berlaku di daerah Hang Chat dan sempat dirakamkan oleh seorang pengguna lalu lintas yang memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada gajah jantan tersebut.

Beberapa pemandu sempat mengelak daripada melanggar gajah berkenaan tetapi bas yang dipandu laju oleh Narit Jittrong, 45, gagal mengelak haiwan tersebut, sebaliknya merempuh dan mengheret mamalia berkenaan hampir 100 meter.

Rakaman video berkenaan kemudiannya menunjukkan gajah itu mati dalam keadaan tersepit di bawah tayar kanan bas tersebut manakala Jittrong mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pasukan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa sebelum membawanya ke hospital berhampiran.

Timbalan Ketua Unit Siasatan Hang Chat, Virot Saeng-iem berkata, siasatan mendapati gajah itu terlepas dari kandangnya dan tersesat masuk di kawasan lebuh raya.

"Bas berkenaan sedang menyusuri bukit Khun Tan pada waktu kejadian dan pemandunya tidak nampak gajah itu akibat pemandangan gelap.

"Gajah itu pernah terlepas pada 8 September lalu dan ditemukan mencari makanan di kawasan hutan berdekatan lebuh raya Khun Tan," ujarnya./mstar

'Tayang video lucah: Polis sudah tangkap pelaku'

Paparan video lucah di skrin papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam yang menimbulkan kekecohan orang awam.
JAKARTA - INDONESIA. Polis dilaporkan telah menangkap pelaku yang bertanggungjawab menayangkan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.

"Kita sudah menangkap pelakunya," kata jurucakap polis Budi Hermanto, lapor Liputan 6.

Menurut Budi, pihaknya terus membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan.

Sebelum ini, keadaan di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menjadi kecoh dan riuh rendah apabila orang ramai dan pengguna jalan raya melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi menayangkan filem lucah, yang mana tayangan itu berputar selama 20 minit iaitu sekitar jam antara jam 1 tengahari sehingga 2 petang.

Menurut seorang pemandu yang melintasi papan iklan itu, Marwani, mengaku panik apabila melihat tayangan video lucah itu, kerana ketika itu dia sedang membawa anak majikannya yang masih bersekolah.

"Saya cemas, kerana di sebelah saya ada anak bos, saya membawanya pulang dari sekolah, saya jadi binggung bagaimana hendak mengalih perhatiannya," katanya.

Namun, katanya dalam situasi itu, dia terpaksa bertindak kasar dengan anak majikannya itu dengan cara menekan kepalannya supaya tunduk ke bawah.

"Katanya sakit-sakit....saya kata minta maaf kerana terpaksa," ujarnya lagi.

Terdahulu, wakil syarikat papan iklan tersebut dilapor sebagai berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis.

Katanya syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu telah diceroboh serta menafikan ia merupakan perbuatan petugas syarikat berkenaan.