"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Duit jatuh dari langit

BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.
BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.
PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.
PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.
SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.
-hmetro-

Rafizi: NFC akhirnya mengaku…

rafizi
PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.

Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”.

“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa,” katanya.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.

Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.
Surat debat kepada Khairy.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.

Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12 Disember depan.

Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3 Disember depan.

“Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat,” kata Rafizi.

Fitnah!!Gambar Syeikh Besar Azhar Berkucupan Dengan Pope Disebarkan!!!

siasahkini

CETUS MARAH…antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.
Vatican berang pope dipersenda oleh Benetton

ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.

Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.

Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.

“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.

Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed – seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.

Selain itu, Benetton juga menerbitkan imej lain yang turut memberi kejutan, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao.

Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
.
Imej bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, mengucup Angela ditarik di saat-saat akhir selepas bilionair kaki perempuan itu mengemukakan surat peletakan jawatan minggu lalu.

Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.
.
“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya.

57 orang lelaki dan perempuan memakai seluar dalam yang sama pada masa yang sama


SERAMAI 57 orang berdiri di dalam seluar dalam gergasi di daerah Canary Wharf, London semalam.
LONDON: Seramai 57 orang berjaya mencipta rekod dunia apabila mereka berdiri di dalam sehelai seluar dalam gergasi yang berukuran 5 meter x 1.5 meter di daerah Canary Wharf, London kelmarin.

Mereka memperoleh sijil Guinness World Records selepas berjaya melakukan aksi itu. 
-Agensi-

Gadis, Bogel, JUARA SATU BOTOL ARAK DAN RM600

mohdnoorawang

wangApa sudah jadi dengan wanita dan gadis Malaysia, terutama gadis dan wanita Melayu. Malah pemuda Melayu berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun hampir 52 peratus terlibat dengan dadah, seks bebas, dan gejala sosial yang cukup menakutkan. Malah laporan terkini kaum lelaki menjadi kaum mainoriti dalam IPTA. dan IPTS.

Wanita Melayu dan gadis Melayu adalah yang paling ramai dalam kes buang bayi. Hampir 200 ribu anak luar nikah yang didaftarkan dalam tahun 2008 hingga 2010. Yang bagusnya BANGSA MELAYU PALING RAMAI. HEBAT,HEBAT BANGSA KU.

Berita terbaru yang dipetik dalam akhbar arus perdana, lagi hebat. Gadis Melayu tayang tubuh dan berlagak seksi dan adegan ghairah dipertontonkan dan bertanding dalam "lady Nite" disebuah kelab hiburan di Bandar Kuantan.

Gadis berusia antara 15 tahun hingga 18 tahun majoritinya bangsa Melayu bertanding separuh bogel dan adegan sesksi. YANG BAGUSNYA HADIAH JUARA PERTANDINGAN IALAH SATU BOTOL ARAK DAN WANG TUNAI RM600.00.

Gadis dan wanita yang ditangkap oleh pehak berkuasa berasal dari KEMAMAN, MARAN DAN SEKIRAT BANDAR KUANTAN.

Cubalah fikir bersama, dimana silapnya. Bangsa Melayu kian hancur, kuasa politik UMNO dan Melayu dilacur oleh pemimpin yang bernama UMNO.

TAHNIAH Harimau Muda, Penyokong Indon `Kurang Ajar Dan Brengsek'

wfauzdin_ns
TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah menewaskan Indonesia 1 - 0 di dalam menentukan kita ke Separuh Akhir Bolasepak Sukan Sea di Stadium Bung Karno sebentar tadi. 

Kemenangan tipis Harimau Muda itu amat bermakna sekali apatah lagi pasukan kita berhadapan dengan puluhan ribu penonton `kurang ajar dan brengsek' dari Indon yang memenuhi setiap ruang di stadium berkenaan.  Saya menyebut sebilangan besar penonton Indon itu `kurang ajar dan brengsek' atau `bangsat' adalah kerana mereka langsung tidak profesional dan beradab apabila menyorak dan membuat bising apabila lagu Kebangsaan Negara kita berkumandang sebelum perlawanan.

Kita memahami sememangnya rakyat di Indonesia memang `bermasalah' dengan negara kita atas beberapa isu.  Isu terbaru adalah kononnya negara kita merampas wilayah mereka.  Sebelum ini Kedutaan negara kita di Jakarta telah dikepung dan dilempar dengan najis dan cat merah.  Itu semua isu politik dan sepatutnya tidak dibawa secara melampau ke dalam Sukan Sea di mana mereka menjadi Tuan Rumah.  

Mungkin ramai di kalangan kita yang berada di rumah yang menyaksikan Siaran Secara Langsung sebentar tadi begitu sakit hati melihat kelakuan buruk penyokong-penyokong Indon yang menghina Lagu Kebangsaan negara kita.  Itu lah sikap para penyokong negara jiran kita itu yang lupa diri bahawa rakyat mereka semakin lama semakin ramai merempat dan mencari sesuap nasi di negara ini bahkan lebih istimewa ada di antara mereka yang boleh mengundi menentukan pemimpin di negara ini.  Itulah hebatnya layanan kerajaan kita terhadap mereka, dan itu lah balasan yang boleh mereka berikan kepada kita. 

Akhirnya, dengan provokasi yang melampau dari mula lagu Kebangsaan dimainkan, sepanjang 90 minit perlawanan pemain kita bertambah semangat untuk memalukan skuad yang disokong oleh `para-para brengsek' itu.  Kita berjaya memalukan mereka dan kita berharap aksi lebih cemerlang apabila bertemu dengan Myanmar di Separuh Akhir nanti.  Sekali lagi tahniah kepada semua pemain Harimau Muda dan pegawai-pegawainya./wfauzdin.blogspot.com

Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

Addin


JAKARTA: Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia

Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.

Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.

Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas

Jual maruah rebut RM600

SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.
SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.
KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.
-hmetro-

Wanita ditahan kes bunuh abang

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang wanita di sini Selasa lepas bagi membantu siasatan kes pembunuhan abangnya yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Selamat, Sungai Bakap di sini, pada Mei tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt. Shafien Mamat berkata, hasil siasatan dan risikan sejak setahun lepas, wanita berusia 20 tahun itu ditahan setelah teman lelakinya berusia 25 tahun diberkas pada 9 November lepas berhubung kejadian samun dan bunuh seorang lelaki terencat akal.

Wanita itu, yang bekerja di sebuah kilang di sini, dan teman lelakinya, yang merupakan seorang penghantar surat, direman selama 10 hari bagi membantu siasatan. 
-Bernama-

Laporan Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar - TG Nik Abdul Aziz


Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.


Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

Muhammad Faeez
TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN

Mohd Sayuti Omar
http://1.bp.blogspot.com/-Yfj5s4lQlt8/TYCMBlakNCI/AAAAAAAAAGY/RkCvfEWOXXM/s400/Najib-Tun-Razak_3.jpgSATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.

Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.

Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.

Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.

Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.

Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.

Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.

Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.

Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.

Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.

Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.

Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri.

'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'


Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
NONE“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

“Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup.” kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
azlanMenurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim  telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.
Kebenaran hakiki

“Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.
NONE“Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran,” kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (
bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.
pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali“Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

“Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana,” katanya.
Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa “alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas”.

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.
NONESebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.
Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.
Himpun placards“Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

“Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri,” katanya.
Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.
azlan"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.
"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.
Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.
azlan"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.
"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.
"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.
-malaysiakini-

Berita yang amat memalukan warga PDRM, bukti hilang

amkns

Pada bulan September 2011, 3 orang pegawai SPRM telah ditahan berkaitan kes rompakan hampir RM1 juta di Lapangan Terbang KLIA. Kini bukti penting, sebahagian dari wang rompakan tersebut yang disimpan di Ibu Pejabat Polis Selangor pula didapati hilang, walaupun bilik simpanan bahan bukti ini dikawal ketat. 

Nampaknya Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri sudah hilang kawalan terhadap anggota mereka sendiri. Kes yang amat memalukan bukan sahaja PDRM, tetapi rakyat Malaysia.

Cerita berkaitan rompakan hampir RM1 juta yang dikaitkan dengan pegawai SPRM di sini
Part of robbery loot goes missing
17 November 2011

Evidence of KLIA heist stolen from state police headquarters Part of the loot in the RM930,000 robbery at the Kuala Lumpur International Airport on Sept 15 has gone missing from police custody. The crucial evidence, said to be RM11,000, was kept in the investigating officer's room at the Selangor police headquarters in Shah Alam.

The money was discovered missing last week and investigators believed it was an inside job as all visitors to the police headquarters are strictly vetted. It is learnt that although there are closed-circuit television cameras (CCTV) installed at various points in the building, there are no CCTVs at the investigating officers' rooms.

The missing money was part of the loot which comprised foreign currencies which was robbed from a group of moneychangers at KLIA.

The three MACC officers -- S. Vijayarao, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad and Aziz Jaafar -- were slapped with nine charges on Oct 7 at the Sepang Sessions Court. It was reported that five men, including the three MACC officers, allegedly robbed the moneychangers of the cash at the airport's satellite building.

Artis Malaysia Gambar Bogel , Dibayar USD3500

mohdnoorawang

Apa sudah jadi dengan artis wanita Malaysia. Sanggup bergambar BOGEL KERANA DIBAYAR USD3500 sahaja untuk dimuat dalam majalah FHM keluaran bulan 10/2011.

Artis wanita Malaysia bernama ZARINA ANJOULIE pernah bergambar seksi / bogel sehingga nampak lurah alat sulit dan buah dada yang besar di sebarkan dalam internet tahun 2008.

Terbaharu Zarina Anjoulie bergambar separuh bogel dan seksi serta nampak pusat bertindik, buah dada besar ala akters Hollywood. Memang cukup seksi habis.
Jawapan yang diberi cukup bagus Zarina cukup bagus, gambar separuh bogel dibuat kerana dapat bayaran. Hebat.

(untuk rekod kami tidak paparkan gambar Zarina artis wanita Malaysia. tuan tuan boleh layari dan membaca artikal tersebut , gambar cukup lucah dan teramat seksi.

Kita mengharap pehak yang berkuasa mengambil tindakkan yang sewajarnya kepada artis artis Malaysia terutama wanita yang sangat suka tayang buah dada. peha dan gambar yang agak seksi tidak dipaparkan dalam media tv dan media cetak.

Najib Terus Dibelasah Ahli Parti

Mohd Sayuti Omar

SELEPAS menghasil dan menerbitkan buku berjudul "Najib PM Terakhir" bekas wartawan Shahbuddin Husein mucul pula dengan buku kedua berjudul Kesilapan2 Najib. Saya kira buku ini berangkaian dan merupakan sambungan kepada buku yang pertama.

Kalau dalam buku pertama Shahbudin banyak mengkritik Najib dan memberi kata dua sekiranya Umno tidak dipulihkan kemungkinan Najib adalah PM terakhir dari Umno. Selepas ini mungkin orang Umno tidak berpeluang lagi menjadi perdana menteri.

Dalam buku pertama Shahbudin masih berselindung apakah matlamat dan tujuan beliau menulis. Tampak beliau ikhlas dan mahu melihat partinya itu berada di dalam landasan sebenarnya. Shahbudin masih berkompromi dan sayang kepada Umno. Walaupun sudah ada bunga-bunga kemarahan dan kekecewaan beliau kepada Umno yang diluahkan dalam buku itu tetapi beliau masih bersikap kompromi, dan memberi jalan keluar kepada Umno amnya dan Najib khsusunya.

Shahbudin semacam memberi peluang untuk Najib terus membaiki Umno dan mengembalikan parti itu sebagai sebuah parti yang membela bangsa Melayu.

Tetapi buku kedua ini sudah jelas Shahbudin tidak dapat menyembunyikan isi hatinya kepada Umno. Apabila beliau menyenaraikan kesalahan-kesalahan Najib baik dari segi sikapnya sebagai pemimpin polisi dan dasar diperkenalkan makin terserlah bahawa Shahbudin secara peribadi sudah tidak percayakan kepada Umno lagi. Sebagai ahli parti sepatutnya Shahbudin tidak bertindak demikian kerana ia boleh dianggap sebagai melanggar disiplin parti. Namun kebimbangan itu seperti tidak dipedulikan oleh ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

Malahan buku ini paling kejam apabila beliau meminta Najib berundur demi keselamatan Umno. Memahami apa yang dituntut Shahbudin ini menunjukkan Najib berada dalam keadaan yang parah dan tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk kebaikan Umno.


Pandangan Shahbudin mungkin lebih jelas permasalahan dalaman Umno kerana beliau adalah ahli parti. Jadi kalau seorang ahli sudah berpandangan demikian sudah pasti Najib mempunyai masalah besar sehingga dia diminta berundur secara terhormat demi masa depan Umno.


Shahbuddin nampak begitu yakin kalau Najib tidak akan mengorbankan diri, berundur ia akan membawa maut kepada parti berusia lebih 60 tahun. Bagi Shahbudin, Najib menjadi liabiliti kepada Umno dan gagal untuk membaiki pulih dengan projek transformasinya.

Apa yang menambahkan keparahan Najib menurut buku yang mengandungi 267 muka surat itu ialah disebabkan lagak dan perangai Rosmah Mansor. Tampaknya momokan pembangkang terhadap Rosmah Mansor yang dikatakan menjadi perosak kepada Najib ikut sama diaminkan oleh ahli Umno sendiri.

Saya tidak mahu memperkatakan lebih dari apa yang saya perolehi dari pembacaan buku berkenaan. Elok kalau ianya dibaca dan dinilai sendiri oleh penjenguk sekalian. Apakah Kesilapan-kesilapan Najib itu. Cari dan fikirlah sendiri apakah ia benar atau pun hanya satu ilusi penulis sahaja yang mahu memburukkan Najib.

Kepada anda yang ingin memiliki buku ini sila klik iklan di side bar di sebelah kiri, dan berhubunglah dengan email yang diberikan. Atau kalau sulit hubungi di nombor telefon 019 2026388. Yang berminat perlu cepat kerana buku yang dibekalkan hanya 50 naskah sahaja.

'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit yang mengkhianati perjuangan Islam

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit.

Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

“Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

Majlis merupakan ‘projek perintis’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum.

Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.

“Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

“Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga,” katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam ‘berada di tampuk pemerintahan’.

“Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya,” katanya.

Lelaki mati dipukul dengan pemarut kelapa

SANDAKAN: Seorang lelaki mati setelah dipukul dengan alat pemarut kelapa ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Bahagia Batu Sapi dekat sini.

Isahak Iming, 59, yang cedera parah di kepala, mati di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, pada pukul 6.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, kejadian dilapor berlaku pada pukul 3.30 pagi dan Isahak yang cedera parah dibawa ke HDOR oleh anggota keluarganya.

Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa bagi membantu siasatan kes itu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 59 Anggota Polis di sini hari ini. 
-Bernama-