"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Biar masuk neraka asal ikhlas?

ABD RAZAK MUTHALIB
MENGAPA kita melakukan amal ibadat dan kebaikan?

Mahukah jika kita berpenat lelah beramal di dunia kemudian apabila pulang ke akhirat, semua itu hanya sia-sia, tidak mendapat apa-apa ganjaran?

Ikhlas! Topik ini mungkin biasa-biasa sahaja kerana sudah biasa kita mendengarnya. Ramai orang menyebutnya. Kadang-kadang perkara biasa-biasa inilah yang dipandang remeh, sedangkan ia adalah paksi penting yang perlu dibiasakan.

Solat beribu rakaat, puasa sunat setiap minggu, sedekah berjuta-juta ringgit, baca al-Quran berjuzuk-juzuk, pergi umrah setiap tahun dan buatlah apa-apa amal ibadat sebanyak mana pun, namun jika tidak ada keikhlasan semua itu hanya sia-sia. Apatah lagi jika keikhlasan tersebut diganti oleh perasaan riyak, ingin menunjuk-nunjuk.

Cabaran keikhlasan

Dalam dunia yang penuh cabaran keimanan pada hari ini, mendidik jiwa yang ikhlas adalah satu pertarungan sengit. Bertarung dengan perasaan sendiri. Ada masa kita menang, ada masa kita tertewas.

Tewas dengan kemewahan dunia, wang ringgit yang mahu dikumpulkan, pujian manusia yang ditagih, pujukan wanita yang mencairkan, pangkat dan darjat untuk mencari kemuliaan.

Kadang-kadang kita berebut untuk mendapat nikmat keduniaan dengan segera sehingga kita tidak sedar niat tersebut boleh memadamkan cahaya keikhlasan sekali gus menafikan nikmat di akhirat. Dalam hal ini, ALLAH SWT mengingatkan kita: "Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir daripada rahmat ALLAH.

"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya". (Surah Al-Isra’: 18-19)

Balasan ikut niat

Semasa kita beramal ibadat dan melakukan kebaikan, mulut kita boleh menuturkan ungkapan keikhlasan. Tangan boleh mencatat yang kita ikhlas melakukan semua ini. Namun, niat sebenar ialah apa yang berada dalam jantung hati kita. Hanya ALLAH dan kita sendiri yang mengetahui hakikatnya.

Kita akan dibalas mengikut niat yang terlintas dalam jantung hati. Sebab itu, dalam hadis yang sering kita dengar Rasulullah SAW berpesan: "Sesungguhnya setiap amal mempunyai niat dan seseorang akan dibalas mengikut apa yang diniatkannya". (Riwayat Bukhari)

Bagi sentiasa kekal ikhlas dalam semua amalan kita, ia sangat sukar. Setiap orang tidak terlepas daripada ujian ini sama ada orang awam mahu pun ulama. Sebab itu antara doa yang sering dipohon oleh Rasulullah SAW ialah: "Wahai Tuhan yang membolak balikkan jantung hati, tetapkanlah jantung hatiku ini atas agamaMu”. (Riwayat Tirmizi & Ibn Majah)

Kata Sufyan al-Thauri: "Tidak ada yang paling sukar dalam merawati diriku melainkan niat, sebab niat boleh berubah sehingga menjadi dosa ke atasku".

Yahya bin Abi Kathir berkata: "Belajarlah untuk niat (kerana ALLAH) sesungguhnya ia lebih penting daripada amal". (Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, al-Maktabah al-Asriah, m/s 14)

Syaitan (dengan izin ALLAH) tidak akan berputus asa untuk menipu manusia. Keikhlasan yang terdetik di peringkat awal, boleh sahaja bertukar di pertengahan jalan akibat hasutan dan kelicikan syaitan. Justeru, sentiasalah memohon perlindungan daripada ALLAH agar dipelihara niat kita.

ALLAH berfirman: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-A’raf: 200)

Riak musnahkan amal

Riak adalah penyakit jiwa dan amat bahaya. Riak boleh membatalkan amal kebaikan. Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat". (Surah Al-Baqarah: 264)

Niat untuk masuk syurga

Keikhlasan sentiasa bertarung dengan perasaan riak. Riak boleh menyebabkan seseorang yang beramal tetapi akhirnya dimasukkan ke neraka. Dalam hadis Riwayat Imam Muslim, Rasulullah menyebut ada tiga golongan yang melakukan amal ibadat, namun mereka dihumban ke dalam neraka kerana riak.

Pertama, seorang dikatakan mati syahid. Kedua, seorang yang belajar dan mengajar al-Quran. Ketiga, seorang yang bersedekah dengan hartanya.

Hal ini menakutkan kita. Sentiasalah memohon agar kita terpelihara daripada perasaan riak dalam melakukan amal kebaikan. Bolehkah kita beramal dengan niat untuk masuk syurga? Sebahagian ajaran kesufian dan tarekat mengajar pengikutnya tidak boleh niat untuk mendapatkan syurga.

Sebaliknya kita beramal dengan niat untuk mendapat reda dan kasih sayang ALLAH. Jika niat untuk mendapatkan syurga, itu bererti niat kita belum cukup ikhlas atau ia boleh mencemarkan keikhlasan.

Sehinggakan ada yang menyebut, sekiranya kita dimasukkan ke dalam neraka dan di situ adanya rahmat, reda dan kasih sayang ALLAH, maka kita rela. Adakah ini fahaman yang benar?

Sekiranya kita menimbangkan fahaman ini dengan ajaran al-Quran dan sunnah serta sirah rasul, ternyata ia bercanggah.

Contohnya dalam ciri-ciri ‘Ibad al-Rahman ( hamba ALLAH) yang disebut dalam ayat 65 Surah al-Furqan, satu daripada cirinya mereka mendoakan: "Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan".

Nabi Ibrahim AS dalam doa Baginda memohon: "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim”. (Surah Al-Syu’ara’: 85)

Ketika ALLAH menceritakan mengenai bayangan nikmat syurga, kemudian ALLAH sendiri yang menyuruh kita supaya berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "...Dan untuk (memperoleh nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan". (Surah Al-Mutaffifin: 26)

Sekiranya kita ingin membentangkan dalil yang menggalakkan kita mengejar ganjaran pahala dan syurga, meminta dijauhkan daripada dosa dan neraka, pasti artikel boleh dijadikan sebuah buku.

Al-Hafiz al-Munziri mengarang kitab al-Targhib wa al-Tarhib sebanyak tiga jilid. Dalamnya terkumpul dalil yang menjanjikan pelbagai ganjaran beramal dan peringatan mengenai dosa dan azab melakukan kesalahan. Justeru, ternyata apa diajarkan sebahagian aliran kesufian tersebut bercanggah dengan apa diajar ALLAH dan Rasul-Nya.

Semoga pesanan ini menjadi kebiasaan kepada kita. Ikhlas dalam setiap amalan. Lakukan kerana ALLAH.Yakinlah. Jiwa ini perlu sentiasa dididik dengan keikhlasan kerana di situlah pintu penentu segala ganjaran kebaikan. Keikhlasan membuahkan ketenangan dan kebahagiaan. Bukan inikah manusia mahukan?

* Penulis mantan pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah dalam bidang Ilmu Wahyu UIAM
-sinarharian-

Lagi Panas!!! Sirul dakwa Ketua Polis Negara menipu?

Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernama semalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Menurut Sirul, tiada siapa dari pasukan polis yang datang untuk menyiasat atau bertanya tentang kebajikannya.

"Saya keseorangan di sini, "katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Sirul, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bersama dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, kedengaran menangis di hujung talian.

Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.

"Jika polis dan orang ramai ingin mengetahui kebenaran, saya cabar Khalid membuka fail 'perisikan'", kata Sirul.

Fail perisikan yang dirujuk oleh Sirul ialah kenyataan asal yang diberinya kepada polis perisikan Malaysia - biasanya dirujuk sebagai cawangan khas - dan jabatan siasatan jenayah.

Ia telah dirakamkan apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa pulang dari Pakistan, ketika mengiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-malaysiakini-

PANAS!!! Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya - Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika  berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis, Dr Mahathir mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menganggap dakwaan Sirul itu sebagai 'merepek' dan ianya tidak disiasat.

Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006
-malaysiakini-

Video Demo Subjek Fizik Lelaki Kena Kapak Kemaluannya


VIDEO menyaksikan seorang lelaki terkena pukulan sebilah kapak semasa melakukan demonstrasi untuk mata pelajaran Fizik telah mendapat perhatian ramai dan tersebar luas kini.

Rakaman video menunjukkan, seorang lelaki menghayun kapak ke atas seorang individu untuk memecahkan bongkah batu yang dipegangnya namun tersasar dan terkena di celah kemaluannya.

Ramai menganggap, lelaki yang sedang baring itu adalah pelajar manakala yang menghayun kapak adalah gurunya justeru teruk jugalah ‘si guru’ itu dikecam kerana dianggap melampaui batas.

Ngapa Erdogan tidak dulukan hudud?

SUBKY LATIF
SEBAGAIMANA saya tidak mahu mengatakan Islam PAS lebih baik daripada Islam Umno, maka saya mengelak daripada mengatakan bahawa Islam Malaysia ini lebih baik daripada Islam Turki.
   
Cuma saya boleh kata, kita terutama di Kelantan lebih lebai dan lebih ramai lebai daripada Turki. Justeru lebatnya lebai itu Kelantan beriya-iya mahu hudud dilaksana lambat laun. Tidaklah kurang inginnya orang Turki untuk kembali kepada pemerintahan Islam, tetapi  suasana yang ada Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mendahulukan hudud dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat dan pemerintahan.
     
Kekebalan Kemal Ataturk dan ajaran sekularisma dalam perlembagaannya jauh mengatasi kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tiada siapa sedar akan ulang tahun kemangkatan sekalian duli, akan tetapi pada minit dan jam ulang tahun kematian Ataturk kena berdiri seminit, yang berjalan kaki berhenti seminit, yang memandu motokar membunyikan hon seminit. Cuma anak saya semasa belajar di Turki apabila datang waktu itu dia masuk ke bilik air. Berbunyi saja semboyan, dia pun kencing.
   
Di Malaysia sesiapa yang memperleceh Raja kena akta hasutan saja. Jika ada yang dikira menderhaka kepada ajaran kemalisma nescaya datang malaikat maut kepadanya.
   
Apabila Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul dia mula dicurigai kerana buat pertama kali sejak kejatuhan empayar Islam Turki, diadakannya musalla di Dewan Bandaraya, saiznya sebesar musalla stesyen minyak Petronas saja. Apabila satu hari dia membaca sajak Islam yang selalu dideklamasikan oleh kanak-kanak sekolah, Datuk Bandar Erdogan didakwa, dijatuhkan hukum, lucut jawatan diharamkan memegang jawatan awam untuk tempoh tertentu.
   
Sebelum jadi Datuk Bandar dia adalah ketua pemuda, Refah Partisi Turki dan ketua parti bagi Istanbul. Parti Islam itu adalah parti pimpinan Erbakan yang kedua diharamkan. Lepas itu dua lagi partinya yang ditubuhkan diharamkan. Lepas itu Erdogan tidak ikut lagi Erbakan. Dia tubuh parti sendiri, menang. Jadi Perdana Menteri dan kini jadi Presiden.
   
Erbakan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia bercakap tentang Islam dan memperkenalkan Islam kepada rakyat melalui kerajaan. Tentera memecatnya, mengharamkan partinya, melarangnya berpolitik untuk tempoh tertentu.
   
Semasa dia jadi Pedana Menteri dan Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul. Dia bina masjid gunakan dana kerajaan, adakan kemudahan haji dan beberapa syiar Islam. Dia diberi kata dua, letak jawatan atau ditangkap? Terpaksalah meletak jawatan.
     
Perlembagaan Turki memberi kuasa kepada tentera, polis dan universiti bagi melindungi ajaran sekular kemalisma. Sesiapa yang mengancam Ataturk dan ajarannya, tiga anasir ini akan bertindak menghancurkannya.
   
Awal tahun 50-an berlaku kebangkitan umat Islam kerana Turki pupus imam dan khatib. Jika dibiarkan, tiada acara sekularisma Ataturk dapat dipertahankan. Maka dilantik seorang anggota parlimen yang baik, Adnan Manderas jadi Perdana Menteri. Dia mengadakan sekolah Imam dan Khatib bagi membekalkan imam dan khatib ke masjid-masjid. Dibenarkan semula azan rasmi. Sebelumnya azan dalam bahasa Turki. Dibenarkan Quran dalam tulisan asalnya digunakan, tidak lagi Quran tulisan rumi. Banyaklah syiar Islam diperkenalkannya.
   
Golongan elit kemalis mengira Adnan Manderas membahayakan sekularisma Ataturk. Seluruh pelajar universiti bangkit menentang. Tenterapun merampas kuasa. Adnan Manderas yang  10 tahun jadi Perdana Menteri/Presiden dikenakan tindakan gantung di khalayak umum.
   
Di bawah perlembagaan dan politik seperti inilah Erdogan menjadi Pedana Menteri. Keutamaan poliik Turki ialah menyertai Komuniti Eropah. Siapa yang boleh membawa Turki ke dalam EU? Ia adalah antara kempen Erdogan. Mana boleh negara hudud jadi anggota EU?
   
Maka fiqh aulawiyyat Erdogan ialah menangani perlembagaan demikian rupa dan menyertai EU. Jika aulawiyyatnya hudud, mautlah jawabnya.

Pengunjung pusat beli-belah gempar kanak-kanak maut, jatuh dari tingkat dua

maut_terjatuh
Malang tidak berbau. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.

Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.

Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.

Bagaimanapun setakat ini, kami dapati belum ada laporan rasmi disiarkan berkaitan kejadian tersebut.

Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada juga yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di samping berkongsi cerita tentang kompleks beli belah berkenaan dikatakan memang agak ‘bahaya’ buat kanak-kanak jika tidak dipantau teliti./klpost


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini, hari ini.

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zainol Samah berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
-Bernama-

GST HALAL ??? Kenyataan Muzakarah Majlis Fatwa di Seleweng?

Tranugkite
Saya terpanggil untuk meneliti sendiri keputusan yang di buat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan tentang GST.

Rujuk Laman Web Rasmi ( Link )

Tuan2 akan dapati Majlis Fatwa TIDAK memberikan "Blanket Approval" menghalalkan GST, tetapi meletakkan beberapa Syarat, Parameter Syarak seperti berikut (Rujuk Per. 4 ):-

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;


Jadi.... Adakah Keputusan Majlis Fatwa telah di "Salah Ertikan" ???? Adakah pehak2 berkepentingan telah membuat "rumusan sendiri" ???

Berikut artikel penuh dari laman Web tersebut.........

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;

Anak biri-biri muka manusia (Gambar)

Chirka: Seekor anak biri-biri yang dilahirkan dengan wajah menyerupai manusia menggemparkan penduduk sebuah kampung di Russia.

Mata, hidung dan mulutnya menyerupai manusia, sementara telinganya saja seperti biri-biri biasa.

Selepas dilahirkan, anak biri-biri itu dikatakan membuat bunyi pelik ketika digesel ibunya.

Haiwan itu dilahirkan di Kampung Chirka, berhampiran Dagestan.

Petani Blasius Lavrentiev, 45, menanti beberapa minggu untuk melihat biri-biri diternaknya melahirkan anak.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat anak yang dilahirkan itu menyerupai manusia.
-Agensi-

Ibu Sirul mahu jumpa Mahathir untuk "memberitahu sesuatu"

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang mengatur pertemuan antara ibu bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
MP Pokok Sena itu berkata Piah Samat (sebelah kanan) ingin "memberitahu sesuatu" kepada tokoh negarawan itu berkaitan anaknya, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Piah berharap Dr Mahathir akan membantu anaknya sejak Sirul menjadi kambing hitam," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz turut berharap pertemuan tersebut akan membantu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan terhadap warganegara Mongolia itu termasuk motifnya.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut mendedahkan rasa bertuah terhadap Dr Mahathir kerana membangkitkan isu itu.

"Masa saya cakap dengan dia melalui telefon, dia beritahu saya bahawa dia 'terharu' dengan kenyataan bekas perdana menteri itu," katanya.

Semalam, Dr Mahathir meminta polis menyiasat dakwaan Sirul.

Dalam temubual eksklusifnya dengan Malaysiakini Sirul berkata beliau hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas.
Mahathir (kanan) semalam berkata kenyataan Sirul harus disiasat kerana perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika dia dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya dalam blog.
-malaysiakini-

Pemandu Teksi Nafi Tumbuk 3 Gadis Myvi Dan Dedah Punca Kejadian Sebenar

Tranungkite
Berikutan tersebarnya video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam semalam yang melibatkan beberapa gadis yang menaiki kereta Perodua MyVi yang memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.

Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit.

Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali, kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.

Namun, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.
Sumber: katakcomel

Gambar kanak-kanak perempun,4 tahun mengangkat tangan menyangka dia akan ditembak ketika kamera dihala kepadanya jadi viral

Gambar kanak-kanak kena ‘tembak’ jadi viral
Gambar kanak-kanak kena ‘tembak’ jadi viral Gambar yang diambil jurufoto Osman Sagirli. - Foto Osman Sağırlı
GAMBAR seorang kanak-kanak yang mengangkat tangan menyerah kerana menyangka dirinya akan ditembak mengundang simpati pengguna media sosial baru-baru ini. Apa cerita di sebalik gambar kanak-kanak ini?

Memetik laporan BBC, gambar yang di ambil pada tahun 2014 tersebut, menjadi perhatian pengguna-pengguna laman sosial selepas dikongsi dilaman mikro Twitter oleh Nadia Abu Shaban, jurufoto yang berpangkalan di Gaza.

Gambar tersebut diambil oleh seorang jurufoto Turki, Osman Sagırlı yang kini bekerja di Tanzania.

Menurut Osman, kanak-kanak tersebut menyangka kameranya adalah senjata yang mahu menembaknya.

"Saya tahu, dia takut selepas saya mengambil gambarnya dan jika dilihat gambar tersebut dia mengetap bibirnya sambil mengangkat tangannya jelas menunjukkan dia ketakutan.

"Kebiasaannya kanak-kanak akan lari, menyembunyikan muka mereka atau senyum apabila mereka melihat kamera," katanya.

Kanak-kanak itu bukanlah seorang budak lelaki, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun, Hudea.

Hudea mengembara ke kem-kem pelarian kira-kira 10km dari sempadan Turki dengan ibunya dan dua adik-beradik iaitu kira-kira 150 km dari rumah mereka di Hama.

Gambar tersebut diambil di kem pelarian Atmeh di Syria, pada Disember tahun lepas.

Tambah Osman lagi, gambar tersebut menunjukkan ketakutan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak pelarian.

"Ia mencerminkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya.

Gambar mula-mula diterbitkan dalam akhbar Türkiye pada Januari lalu, di mana Osman telah bekerja selama 25 tahun sebagai jurufoto yang melaporkan mengenai peperangan dan bencana alam di luar negara.

Ia kini mula menjadi viral di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Barat sejak minggu lepas.
-sinarharian-

Anak Gadis Sudah 4 Kali Bersalin Hasil Maksiat, Ibu Mohon Doktor Ikat Fallopian

Tranungkite
Pukul 11.29 malam, terdengar sms masuk. Saya buka dan baca. ” Salam puan, Fina dah bersalin, belum? Kalau belum, minta doktor ikat.

Sebab dah 4 kali bersalin, dan Fina tu saya cadangkan tinggal terus di rumah puan, jadi pembantu. Kalau tidak, perkara yang sama akan berulang.”

Oleh kerana tidak ada nama pengirim, hanya nombor yang tertera , saya balas sms, ” Ini siapa?”

“Nordin, bapa Fina.” (Nama-nama yang terpapar bukan nama sebenar)

Ulasan saya, ” menerung punya bapak, seperti mengalakkan anak terus buat maksiat, macam nak kata lepas ni kalau nak berzina, teruskan aja dah tak risau mengandung lagi.”

Sebelum ni pun ada seorang ibu memohon doktor pakar perbidanan untuk ikat salur folopian anaknya supaya tidak mengandung lagi. Doktor pakar sudi minta pandangan saya.

“Kenapa nak ikat? “

“Saya tak larat nak jaga dia, dia suka jalan jalan mana dia suka, dan orang suka ambik kesempatan atas kelemahan dia.”

“Puan, nampaknya lepas ni puan dah tak kisah anak puan dijadikan pemuas nafsu lelaki, sesiapa pun yang tergerak nak guna dia, puan biarkan. Puan dah tak payah cari dimana anak puan berada, begitu ke?”

“Tidaklah sampai gitu.”

“Habis tu, kenapa nak suruh ikat? Patutnya bila sudah terjadi macam ni, puan akan lebih prihatin terhadap anak puan, ambik tahu kemana dan dengan siapa dia keluar. Buat larangan dalam situasi win win.”

Tunduk dan terdiam ibu tu memikir sesuatu. Tapi memang itulah tugas seorang ibu yang Allah amanah dan pertanggungjawapkan sehingga anak itu bernikah.

Berat atau mudah kena redha dan terima tanggungjawap ni. Bukan boleh ambik mudah dan cari jalan mudah.

Kembali semula cerita sms dari bapa tadi tu, jika bapak tu dah serah anaknya kepada jagaan saya, maka dengan rendah diri, saya memohon pertolongan Allah, supaya dia istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang dia dapat di Baitus Solehah.

Saya pun takde sebarang daya upaya melainkan mengharapkan pertolongan Allah. Moga moga dia selamat dalam perjalanan menuju keredhaan Allah.

Bapaknya tidak yakin anaknya boleh berubah untuk menjadi hamba yang mentaati Allah dan rasulNya. Biarlah, Baitus Solehah akan terus membimbing dia menjadi hamba Allah yang diredhai.
Sumber: Baitus Solehah

Bagaimana mengesan kamera tersembunyi untuk lindungi kehormatan diri

Bilangan mereka yang berfikiran lucah nampaknya meningkat seiring dengan kemajuan teknologi. Mereka yang sumbang laku (kinky) memasang kamera tersembunyi di setiap tempat, untuk merakam wanita, malah kanak-kanak, dalam keadaan yang paling terdedah.

Baru-baru ini akhbar Singapura The New Paper melaporkan, rakaman perempuan sedang menukar pakaian di bilik persalinan awam telah muncul di laman-laman pornografi.

Ia dipercayai dirakam dalam bilik persalinan di pelbagai lokasi di kota itu, dan dimuat naik secara mingguan di laman tersebut sejak tiga bulan lalu.

Video-video menjelekkan itu, yang sebahagiannya turut memaparkan pelajar sekolah, telah ditonton sebanyak 10,000 kali.

Baru-baru ini juga di negara itu, orang ramai mencekup seorang pemuda berusia 20-an yang cuba menyusup ke tandas perempuan, yang menyamar dengan memakai rambut palsu dan skirt. Video lelaki itu ditangkap juga telah tersebar di internet.

Menurut akhbar itu, di Singapura sahaja ada 629 kes yang dilaporkan, berhubung pencabulan terhadap kehormatan perempuan. Angka itu meningkat daripada 271 pada tahun 2013, dan 621 pada tahun 2012.

Ia termasuk kes mengambil gambar dari bawah skirt dan juga menunjukkan kemaluan kepada perempuan.

Gejala seumpama ini bukanlah hanya berlaku di negara jiran kita. Di Malaysia, kita juga pernah mendengar tentang kamera tersembunyi, seperti yang pernah ditemui di tandas sebuah klinik di Kuantan dan juga tandas sekolah rendah, juga di Pahang.

Kamera kecil seumpama itu mudah dibeli di internet, serta di sesetengah pasar lambak.

Bagaimanakah untuk mencari kamera tersembunyi ini bagi menghalang diri daripada dicabul?

Carian singkat di internet menunjukkan beberapa cara. Pertama, dengan membuat pencarian sepintas lalu, sama ada di bilik persalinan mahu pun di hotel.

Cari objek yang tidak perlu berada di situ, seperti pasu bunga, kertas tisu, cermin atau apa sahaja yang kelihatan janggal.

Selain itu, lihat juga di tempat seperti palam elektrik, pengesan asap, penggantung baju atau lampu, untuk lihat jika ada kamera tersembunyi di sana.

Anda juga boleh menggunakan telefon pintar untuk mengesan kamera tersembunyi. Buat panggilan dan halakannya di sekitar bilik, terutama di kawasan yang mencurigakan. Telefon anda akan mengeluarkan bunyi desiran dan “klik” jika diletakkan berhampiran dengan alat yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik, seperti kamera.

Kaedah lain adalah dengan mencarinya dalam keadaan gelap. Tutup semua lampu, dan buat pencarian dengan melalui tiub tisu tandas, seperti melihat menerusi teleskop. Pada masa sama, halakan lampu suluh di sekitar bilik dan perhatikan jika ada cahaya yang berkerlip ke arah anda.

Apabila anda menjumpai kamera tersembunyi, jangan cuba menjadi hero dengan menanggalkannya secara sendiri. Tetapi maklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.

Jika langkah-langkah ini melecehkan, anda juga boleh membeli alat pengesan kamera di internet. Ia pasti akan memberi ketenangan kepada anda.

Lebih baik berjaga-jaga berbanding menyesal kemudiannya. Perkara terakhir yang sesiapa sahaja mahukan adalah gambar dan video mereka dalam keadaan berbogel menjadi santapan penyumbaleweng di internet.
-theantdaily-

Mahathir dedah kenapa dia serang Najib

Susulan serangan kerasnya pada Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa bertindak demikian “demi bangsa dan negara”.
Katanya, beliau terpaksa menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.

“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya,” katanya.

“Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini. ”
Mahathir (kiri) juga menegaskan beliau masih belum nyanyuk walaupun sudah berusia 90 tahun.

“Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri,” katanya.

“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.”

Kritik pelbagai aspek

Mahathir hari ini menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun ini.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.
Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.
-malaysiakini-

ADUN Perak nyaris bertumbuk di luar dewan (video)

Tranunkite
PETALING JAYA: Sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak terus dicemari kekecohan selepas berlaku pertikaman lidah antara wakil kerajaan dan pembangkang.

Menurut laporan yang dipetik dari portal Perak Today, insiden berpunca daripada tindakan pembangkang yang berpakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang pada Rabu.

Wakil kerajaan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya bertekak dengan Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) hingga menimbulkan kekecohan dalam dewan.

Keadaan itu memaksa Speaker, Datuk SK Devamany mententeramkan keadaan bagaimanapun ia tidak membuahkan sebarang hasil apabila kedua mereka bertindak keluar dari dewan secara serentak.

Bagi mengelak kejadian lebih buruk beberapa wakil yang lain mengambil tindakan yang sama dengan cuba mententeramkan ADUN berkenaan.

Ada orang bertambah menggigil apabila Mahathir tanya siapa arah bunuh Altantuya?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.
-malaysiakini-

Jemputan ingkar: Gambar majlis perkahwinan anak PM disebar (8 Gambar)

anak-najib-khawin
PETALING JAYA: Gambar dan rakaman video majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tersebar di laman sosial selepas hampir seminggu ia berlangsung.

Tindakan itu sekaligus mengingkari arahan yang tertera pada kad jemputan yang melarang sebarang bentuk rakaman ketika majlis meraikan detik bersejarah, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev diadakan.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” antara petikan yang terkandung dalam kad jemputan yang diedarkan kepada para tetamu jemputan.
Salah seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nurul Ashikin telah memuat naik lima keping gambar dalam majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 28 Mac lalu.

Salah satu darinya menunjukkan kek perkhawinan setinggi empat tingkat berwarna putih yang dihiasi dengan bunga pelbagai warna.

Malah, saiznya juga mengkagumkan sehingga melebihi ketinggian pasangan pengantin berkenaan.

Sebelum ini, personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang mendedahkan bahawa pasangan mempelai telah melarang gambar hari bahagia mereka didedahkan untuk tatapan masyarakat umum.
-fmt-

Lagi gambar







Kahwin_Anak_Najib_5
Kahwin_Anak_Najib_3
Kahwin_Anak_Najib_4
Kahwin_Anak_Najib_1

Jiwanya kental: Nashita tidak gentar walau dirinya, suami ditahan

AZAMIN AMIN
TIDAK sedikit pun terlihat di raut wajahnya, kusam mahupun sugul. Sentiasa cergas dan tegas. Perasaannya disimpan kemas dan kejap. Yang terpamer, keredaaan dan semangat yang naik menjulang. Tidak berubah.
Sama malah lebih kuat dari dulu. Sewaktu memperjuangkan nasib rakyat dan rakan-rakan yang menjadi mangsa kezaliman akta tak bermata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak berundur walaupun seinci, bersama-sama suami Bad Latif Mansor ke sana kemari, melaungkan suara demokrasi dan membantah tekanan ke atas rakyat sendiri yang tidak berdosa.
Perjuangan yang lama, akhirnya membuahkan hasil yang bahagia. Akta, dimansuhkan setelah ramai melintasi derita.

Namun, ujian tuhan siapa yang menyangka, hikmah yang tidak terduga, Bad suami Nashita pula, menjadi mangsa. Kali ini, nama diberi atas akta yang lain pula.

Perjuangan mereka, masih sama, namun dipenjara atas alasan yang tidak boleh diterima. Ulang tayang cerita lama pemerintah yang tidak memberi peluang mereka yang mahukan keadilan dan kecewa dengan sekumpulan manusia yang melanggar peraturan negeri, sekali gus merampas sebuah kerajaan tanpa aturan yang ada dalam undang-undang negara.

Tidak siapa pun, akan melupakan kisah hitam, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang memerintah selama 10 bulan, tiba-tiba ‘dirampas’ tanpa mandat.

Berpunca dari itu, rakyat sudah tidak tahan dengan gelagat yang semakin pedih dan menyakitkan jiwa, lalu membantah secara aman, sebuah demokrasi yang dilaung namun tidak dilaksanakan.

Kisah sedih dan mencengkam rasa terus menghimpit rakyat yang tidak berdosa. Kali ini, Nashita Md Noor menerima ujian yang cukup hebat menyentuh, naluri seorang suri dan menjadi galang ganti, ketua keluarga setelah suami, Bad dihukum penjara 10 bulan.

Dan tidak cukup sampai di situ, beberapa hari setelah suami di penjara, Nashita bangkit dan muncul semula memperjuangkan resah beban rakyat. Bukan lagi isu suami, di hadapan Wisma Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Selangor, petang 23 Mac, Nashita bersama rakyat membantah pelaksanaan GST.

Tidak tahan tekanan rakyat, penguasa mula melancarkan tangkapan dan skrip sama berulang kembali. Rakyat berjuang ditahan, termasuk Nashita yang disumbat ke dalam trak polis. Di dalam trak itu, ada hampir 30 lagi yang ditahan.

Mengujakan, tidak berkudiskan rasa gentar, masih, berada dalam trak Nashita tetap tenang menjawab soalan Harakah dari talian telefon bimbitnya. Bermula dengan tangkapan kasar pasukan keselamatan sehinggalah ke kisah perjuangan menuntut keadilan rakyat dan suami. “Azamin...saya tak tahu akan dibawa ke mana. Dalam trak ini ada dekat 30 orang. Di luar ramai yang kena kepung dan terus disumbat ke dalam trak,” katanya jelas.

Maaf, dari mana datang semangat juang yang tinggi puan, seperti tiada henti, soal saya yang melihat Nashita seperti tidak secebis rasa jemu atau mahu berehat seketika mengenang nasib 10 bulan tanpa suami.

“Suami saya pesan supaya terus berjuang dan saya juga tidak mahu pengorbanan suami dan lain-lain diabaikan dan didiamkan. Tidak ada apa yang boleh menutup bicara dan menahan semangat kami.

“Selagi ada kezaliman dilakukan ke atas rakyat, kita akan terus berjuang menentang dan melawan, itu prinsip yang saya pegang,” katanya tegas dan tuntas.

Ya, benar seperti luahan Nashita, yang menanggung derita rakyat dan rakyat jua berhak meluahkan rasa dan penyudahnya rakyat menjadi mangsa berganda, dihadiahkan oleh pemerintah dengan pelbagai tekanan, sekatan dan jua tangkapan.

Sedang berbicara dengannya, Nashita sempat mengepilkan sekeping gambar yang dihantar melalui WhatsApp dari telefonnya.

Benar, beliau berada di dalam trak polis bersama-sama yang lain.

Terkedu saya menatap. Ketabahan dan dugaannya cukup kuat. Di hatinya ada azimat yang terpahat, berjuang demi rakyat.

Beliau kemudian menitip katakata yang terasa membuatkan mata seperti hampir berkaca.

Wanita berjiwa kental, yang pernah disebut mutiara kata, yang mampu menanggung beban dunia.

Ya, sejak Harakah menyusuri perjuangan keadilan sejagat dan membela nasib rakyat, wajah Nashita sentiasa berada di manamana bersama suami, rakan-rakan dan pejuang rakyat yang lain.

Biarpun, Nashita tidak bersuara seperti yang lain, keberadaannya sudah cukup membuktikan bahawa dia sanggup bersusahpayah, mendepani badai yang menggila, walaupun Nashita kelihatan adakalanya diam, namun di hatinya penuh bara, melawan penguasa yang menyalahguna kuasa dan menghimpit rakyat jelata.

“Saya sudah rasa hidup susah. Saya tahu anak-anak dan rakyat akan terus susah jika GST dilaksanakan.

“Saya menjadi marah bila lihat pemimpin hidup mewah sedangkan negara dan rakyat dalam kesempitan,” katanya.

Ditanya soal harapan, dia menyatakan jika berpeluang menemui suaminya, khabar tentang perjuangan rakyat di luar sana akan dicerita untuk menaikkan semangat mereka yang dipenjara.

Ketika khusyuk menyelami isi hatinya, tiba-tiba Nashita memaklumkan talian hayat bateri telefonnya sudah sampai ke penghujungnya dan sebelum terpadam, beliau sempat membariskan ayat akhir sebagai menutup wawancara dari dalam trak polis.

“Saya akan terus berjuang walaupun suami saya terpenjara...” titipnya dan sehingga kisah ini ditulis jam 7.30 malam 23 Mac itu, tidak diketahui perkembangan atau keadaan Nashita yang terkini, pejuang wanita yang sentiasa mempertahankan dan membela nasib rakyat yang berterusan menjadi mangsa.