"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Betulkah kerjanya suka mengkafir orang?

wanibrah
Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk “Jangan terlalu berani mencabar” hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.”

Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate, mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung? Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya ‘orang luar’ dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS. Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang.

Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid

Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap Peñyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.

Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka. Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno’ tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno. Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk “Amanat Haji Hadi”. Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir’ itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat’ itu.

Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:

“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekelian,

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

Persoalan di sebalik ‘amanat’ tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir? Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujahmenjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku’. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat’ yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya.

Salah faham

Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat’ yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawakerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?

Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah “pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara.” Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar’iyyah) “iqamatiddin wa siasatudunyabih” yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.

Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkanrahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.

Oleh:

Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Ahli Pas halang kereta Guan Eng

PP BUKIT BENDERA
Yaacob YDP Pas Kawasan Tanjung menjelaskan bahawa isu ahli pas halang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam Sinarharian Sabtu 21 Ogos adalah ahli pas yang ada masalah akhlak , tidak ada moral.Mereka ini adalah merupakan ahli pas berkepentingan peribadi.
Ada segelintir ahli kawasan Pas Tanjung yang sudah dikenal pasti melanggar disiplin parti Pas .Nama nama mereka akan dimaklumkan kepada Badan Perhubungan Pas Negeri dan seterus Pas Pusat untuk diambil tindakan displin sewajarnya mengikut undang-undang Parti Islam Semalaysia.

Mereka ini agen UMNO ...........

Ahli Pas halang kereta Ketua Menteri dalam program bertemu rakyat dan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa adalah Arif Ibrahim.

..................................
Ahli Pas halang kereta Guan Eng

EORGETOWN - "Lim Guan Eng langsung tidak mahu pandang ke arah saya ketika saya memintanya beri perhatian untuk selesai masalah tanah perkuburan di Masjid Jelutong.

"Apabila saya berpeluang menjerit ke arahnya sebaik sahaja tingkap keretanya diturunkan, saya lihat dia memalingkan mukanya ke arah lain seolah-olah tidak mahu mendengar," kata Arif Ibrahim.

Menurutnya, beliau bersama seorang rakannya nekad untuk berjumpa Guan Eng setelah mengetahui Ketua Menteri akan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa petang Rabu lalu setelah beberapa usaha sebelum ini untuk mendapatkan bantuannya tidak berhasil.

Arif, ahli Pas kawasan Tanjong, berkata masalah itu sudah berlarutan beberapa tahun tanpa ada penyelesaian selepas pemerintahan Pulau Pinang diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

"Sebelum ini tanah Lot 21 dan 22 yang akan dijadikan tanah perkuburan tambahan untuk kariah Masjid Jelutong hampir diselesaikan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Tetapi apabila PR ambilalih, perkara ini seolah-olah cuba dilengahkan.

"Terkini, saya dapat tahu tanah itu sudah dimiliki oleh sebuah syarikat dan akan dibangunkan dengan projek pembangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, beliau memang merancang untuk menyekat kereta Guan Eng untuk meluahkan rasa tidak puas hati atas sikapnya yang enggan membantu menyelesaikan masalah itu demi keperluan masyarakat di kawasan berkenaan.

"Kejadian ini berlaku begitu pantas, kira-kira satu atau dua minit sahaja. Sebaik sahaja nampak kereta Guan Eng membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa, saya cuba menahan keretanya tetapi pemandu enggan berhenti.

"Apabila kereta itu bergerak perlahan ketika berselisih dengan sebuah lori dari arah bertentangan, saya melompat ke atas bonet kereta dan menutup cermin bahagian pemandu dengan kertas kadbod untuk menghalang penglihatannya supaya dia terus berhenti," katanya.

Arif berkata, Guan Eng kemudian menurunkan cermin kereta dan ketika itu, beliau (Arif) terus meluahkan rasa marah kerana isu itu belum dapat diselesaikan.

"Saya rasa puas hati dapat menyuarakan apa yang terpendam selama ini kepada Guan Eng walaupun dalam tempoh singkat setelah diseret ke tepi oleh anggota polis untuk membolehkan kereta Guan Eng bergerak," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakannya itu akan membuka mata Guan Eng dan Kerajaan Negeri untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum atau keturunan.

"Semua masalah rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira ia melibatkan orang Melayu, Cina atau India," katanya.

Difahamkan, selepas insiden itu, Guan Eng meneruskan programnya untuk berbuka puasa dengan jemaah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, Guan Eng dinasihatkan agar pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini.

Parti Perkauman: Umno Kembali Ke Zaman Batu

Angkasanuri

Kebelakangan ini kita dapat melihat Umno begitu bersungguh-sungguh memainkan isu perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Adakah ini hasil nasihat Apco Worlwide perunding Yahudi yang dibayar oleh Umno-BN?

Apa yang berlaku menunjukkan Umno cukup sesak dan terdesak dengan kemerosotan sokongan rakyat di negara ini khususnya daripada masyarakat Cina yang kini semakin menjauhkan diri dari Umno. Pemimpin Umno kini dilihat tidak berupaya untuk menerajui BN yang dikatakan menjadi punca penolakan majoriti rakyat dalam pilihanraya umum lalu

Malah berdasarkan beberapa analisis dan andaian sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat semakin melonjak dan begitu memberansangkan.

Dalam setiap aktiviti dan program sokongan masyarakat Cina khususnya kepada Pas dan PKR begitu meyakinkan. Semua ini menyebabkan pemimpin Umno kini tidak tidur lena kerana dibuai mimpi ngeri nasib mereka menjelang pilihanraya umum ke 13.

Umno tidak ada cara lain selain terpaksa berpaut dan bergantung kepada orang Melayu agar terus kekal berkuasa. Butang kecemasan semangat perkauman terpaksa ditekan agar wujud kebencian kaum di negara ini.

Taktik keji dan jijik ini menjadikan Umno parti yang kini kembali ke zaman batu. Ketika Pas terbuka kepada semua kaum, PKR dikenali parti berbilang kaum serta DAP yang lebih menghormati sensitiviti kaum, Umno terkebelakang dengan cuba menunjukkan lagak sebagai jaguh membela orang Melayu.

Mungkin era zaman batu atau 1960-an hingga 1980-an taktik ini akan berjaya. Tetapi sekarang zaman ICT, dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka rakyat mendapat maklumat di hujung jari. Taktik Umno bakal menikam diri. Mungkin mereka berjaya di kawasan pengundi tradisonal di hulu, solok dan kampung tetapi tidak kepada masyarakat bandar dan kota yang semakin matang dan cerdik untuk menilai segala muslihat dan tipu daya Umno. Cukuplah lebih setengah dekad Umno menipu dan membodohkan rakyat di negara ini.

Saya begitu kagum dengan kematangan pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak melenting dan melatah serta begitu tenang dan bijak menangani situasi ini. Saya berharap ketenangan dan kebijaksanaan menangani isu ini turut dicontohi oleh semua pimpinan bawahan dan penyokong agar tidak terperangkap dengan segala propaganda dan provokasi melampau yang dilakukan oleh pimpinan Umno yang bermain wayang dengan pemimpin MCA.

http://angkasanuri.blogspot.com/

Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk

Afrar Yunus

Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara.

Tidak kira di mana-mana negarapun, apabila mahkamahnya sudah menjadi seperti kedai tuak dan hakim-hakimnya berperangai dan bertindak seperti orang mabuk, maka masa hadapan warganya, negaranya dan kedaulatan mereka akan hancur

Hari ini keputusan lain, besok mendengarkan keputusan lain biarpun fakta kesnya hampir sama.

Terlepas di dunia bukan bermakna bebas untuk selama-lamanya.

Jika di negara Cina penjawat awamnya termasuk hakim-hakim yang didapati menyeleweng atau mengkhianati, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Banyak negara mengaku Islam dan demokrasi, tetapi amalan pentadbiran awam mereka jauh tersangat buruk berbanding beberapa negara di dunia dalam hal seperti ini yang mendaulatkan undang-undang sebagai pengawal aktiviti negara dan masyarakatnya.

Apa yang boleh diharapkan dari mereka yang mabuk pada hari ini lalu mendengarkan tentang keadilan dan esok memberitahu tentang keindahan melacur prinsip keadilan itu sebagai matlamat utama tidak kira di atas faktor tidak waras, kurang ilmu, tekanan atau desakan.

Pemabuk-pemabuk yang diamanahkan untuk mengadili sesama manusia lalu bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka mengabaikan amanah dan tanggungjawab dikira sama taraf atau lebih hina dari binatang.

http://alkerohi.blogspot.com/

Ketua Pengarang Akhbar Nanban Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh

August 21, 2010: Ketua Pengarang harian Tamil Malaysia Nanban M.S. Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Maryanandy berkata beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira pukul 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

“Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Tamil Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Maryanandy berkata pada malam semalam ketuanya Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang merupakan pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau.

“Ugutan yang sama yang diterima oleh Shafee, di mana pemuda itu tidak bagi tulis sebarang berita (mengenai isu tersebut). Kalau tidak, dia akan serang kami dan kami akan dibunuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu, dan perkara itu akan disiasat.
-Bernama-

Peristiwa-peristiwa Yang Menunjukkan UMNO Tendang Saka

BayangDiAir

"Memang dasar UMNO matlamat menghalalkan cara asuhan Macheaveli. Kebusukan hati perut UMNO dan kebusungannya telah meradak sampai ke usus. Pemimpinnya sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira dosa dan pahala asalkan matlamatnya memberikan keuntungan berganda. Inilah gambaran yang berlaku dalam dua isu mutakhir daripada skrip yang hampir sama.

Di Johor, isu kain rentang yang memaparkan gambar Pengerusi PKR Negeri Johor, Chua Jui Meng yang didakwa akan menjadi MB Johor apabila Pakatan Rakyat memerintah Johor nanti. Di sebelahnya dipaparkan gambar Sultan Johor. Kain rentang ini seolah-olah direncanakan oleh PKR. Daripada paparannya bagai ada sesuatu yang tersirat. Mudaratnya jauh lebih besar daripada manfaat. Mustahil PKR begitu bodoh untuk memilih mudarat itu. Sesiapa yang berpelajaran tidak akan bertindak sedemikian rupa. Tetapi kain rentang provokasi itu itu sudah tergantung dan dapat dibaca oleh rakyat jelata.

Orang Melayu marah dan Sultan murka. Orang Melayu marah kerana bercanggah dengan perlembagaan negeri Johor yang menetapkan bahawa MB mesti berketurunan Melayu. Sultan murka kerana gambar baginda dipermainkan. Sanggupkah PKR untuk menempah kemarahan ini? Sudah pasti tidak. Tetapi musuh PKR amat menanti-nanti situasi ini. Situasi ini amat menguntungkan musuh PKR. Maka tidak mustahil bahawa dalang kain rentang itu adalah musuh PKR sendiri yang sanggup menggunakan gambar Sultan demi mengapi-apikan kemarahan Sultan dan orang Melayu umumnya.

Begitu juga dengan isu doa khutbah yang didakwa oleh Zahid Hamidi. Beliau mendakwa doa untuk Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan doa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Akhbar Utusan Malaysia terus menasionalkannya. Modus operandinya sama. Dicipta sendiri dengan gaya yang menampakkan kerajaan Pakatan Rakyat yang melakukannya. Sekali lagi Sultan murka dan orang Melayu marah kepada Pakatan Rakyat. Sekali lagi nampak jahat dan tak gunanya Melayu Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng. Tentulah Pakatan Rakyat tidak sebegitu bodoh untuk mencipta kebencian rakyat ini. Maka sudah pasti sekali lagi musuh Pakatan Rakyat memainkan peranannya.

Demi kebenaran Pakatan Rakyat meminta pihak berkuasa membuat siasatan yang jujur untuk mencari dalang bagi kedua-dua isu ini. Kalau benar pemimpin Pakatan Rakyat yang merancang, maka biarlah mereka dihukum mengikut undang-undang. Dan sebaliknya jika pemimpin UMNO yang merancang maka biarlah kebenaran itu difahami oleh rakyat.

UMNO mudah untuk mencetuskan pelan taktikal durjana kerana UMNO menguasai kerajaan Pusat dan majoriti kakitangan kerajaan baik kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terdiri daripada ahli dan penyokongnya. Mereka boleh digunakan untuk mensabotaj kerajaan negeri dan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan. Sabotaj adalah salah satu modus operandinya.

Taktik ini pernah berlaku di Terengganu semasa pemerintahan PAS. Dalam satu peristiwa, Ustaz Harun Taib, Exco Pendidikan pada masa itu telah membatalkan kehadiran bagi satu mesyuarat agong PIBG di sebuah sekolah agama di Terengganu. Makluman itu telah dimaklumkan kepada pegawai pejabat agama seminggu sebelum tarikh mesyuarat agong itu berlangsung. Pejabat agama yang ketika itu bertanggung jawab terhadap sekolah agama kerajaan negeri telah tidak memaklumkannya kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Maka apabila tiba waktu perasmian mesyuarat agong itu, kecoh ibu bapa marah kerana menunggu Ustaz yang akan merasmikannya begitu lama. Mereka berkata Ustaz Harun mungkir janji dan menyusahkan mereka. Kata mereka ulama apa macam ini. Hanya selepas itu, berita kekecohan itu sampai ke pengetahuan Ustaz Harun sehingga beliau telah membuat penjelasan. Itupun setelah rakyat mengecop beliau sebagai ‘ulama penipu,.

Demikian satu kisah yang pernah berlaku di Negeri Darul Iman ini bagaimana pegawai kerajaan negeri yang menjadi tali barut UMNO memainkan peranan jahat mereka. Aku tidak pelik jika perkara yang sama boleh dilakukan oleh barua-barua mereka di negeri Pakatan Rakyat. Mereka sanggup pasang perakam video mini di bilik MB Selangor. Akan datang entah apa lagi yang akan dilakukan oleh mereka.

Binatang kalau hampir mati disembelih, dia akan melakukan ‘tendang saka’ kata orang Terengganu. “Tendang saka’ ini kuat dan ganas. UMNO akan ‘tendang saka’. Sakitnya nampak semakin parah. Nafasnya yang mendengus semakin nazak. Jangan duduk dekat binatang yang tendang saka. Sekali kena patah keting dan biru biji mata. Maka berwaspadalah dengan UMNO ini wahai rakyat jelata semua. Selepas dia tendang saka, insya Allah makan gulai kawahlah rakyat jelata semua. Tunggulah saatnya tak berapa lama sahaja lagi.

"

Umno Tak Nak Lim Guan Eng Masuk Islam

Al-Bakistani

baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi."kat mana salahnya doa itu?" soalnya.

"Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.

penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi;

اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين

maksudnya;
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".


Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok].

dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.

Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah.

Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia.

"UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
21 Ogos 2010 * 2:59 Pagi

Jawatan Tinggi, Tetapi Tidak Pandai Menjawab Soalan

tayadihmaysia
Orang bertanya: Berapakah gaji dan imbuhan yang diterimanya selaku Pengerusi Felda? Dua kali Sivarasa membangkitkan hal ini. Jawapannya:
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari “publisiti murahan”.

“Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.

“Kami ada tugas yang murni (wow!) untuk dilaksanakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
.............
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.

Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.

Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.

“Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh,” kata Yusof lagi.


Frasa "publisiti murahan" bukan jawapannya. Frasa "jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa" juga bukan jawapan yang tepat. Apa jawapannya yang sebenar?

Mengapa Pengerusi Felda yang duduk di dalam pejabat besar, berhawa dingin, menaiki kereta yang disediakan pemandu mahu merahsiakan gaji dan imbuhan yang diterimanya? Dia perlu ingat setiap sen yang diterimanya adalah berkat usaha gigih peneroka yang membanting tulang setiap hari, berjemur, berpanas, berhujan, berhadapan dengan pelbagai binatang berbisa untuk membayar gaji dan imbuhan yang diterimanya setiap tahun!

Bukan setakat 1Malaysia yang hendak tahu, malah setiap peneroka Felda yang memerah keringat berhak mengetahuinya!

Katanya lagi, "Saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah...", kalau begitu beritahulah jumlahnya secara jujur supaya tidak timbul fitnah. Lainlah jika jumlah tersebut begitu besar sehingga gerun untuk dinyatakan secara jujur!

www.duniacacamarba.blogspot.com

Kontraktor mati dipukul ketika selamatkan kekasih

Seorang kontraktor bangunan mati dipukul ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya daripada dicederakan oleh lima lelaki yang dipercayai Ah Long di hadapan Medan Makan Lung Sung, Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Tan Boon Tat, 51, dari Kg Kayu Ara, Petaling Jaya mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan kayu.

Ketua Polis Daerah Setul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian berlaku semasa Tan bersama teman wanitanya, seorang warga Filipina, baru keluar dari berhibur di sebuah pusat karaoke di kawasan berhampiran, apabila mereka diekori lima lelaki.

Beliau berkata lelaki itu kemudiannya meminta wang yang didakwa dipinjam oleh abang wanita Filipina itu, sebelum mereka mula memukulnya apabila wanita itu menafikan abangnya pernah berhutang dengan mereka.

Zakaria yang dihubungi Bernama berkata Tan kemudiannya masuk campur untuk membantu teman wanitanya, namun dia pula yang menjadi sasaran apabila dipukul dengan kayu, dan selepas Tan rebah, kelima-lima suspek terus melarikan diri dengan sebuah BMW berwarna hitam.

Mayat Tan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

-Bernama-

Timbalan Presiden PAS Yang 'Mesra Jerat' UMNO

ramziredang

"Kebelakangan ini ada beberapa isu utama yang agak menggemparkan yang berlaku di seluruh negara. Antara isu utama yang hangat adalah, kain rentang di johor baru dengan wajah Dr Chua, Anwar dan Sultan johor, isu khutbah jumaat yang menukarkan nama Lim Guan Eng menggantikan nama agong dan juga isu tuntutan menghapuskan keistimewaan bumiputera oleh kongres persatuan Cina. Juga gempar bercampur lawak bodoh adalah isu yang diutarakan oleh 'mufti cari makan' tentang perlembagaan baru malaysia. Kita dapat rumuskan semua isu ini berkaitan dengan agama, hak orang melayu, raja raja dan perlembagaan.

Jika kita cepat tersedar, semua isu ini akan condong untuk mendatangkan rasa perkauman, rasa ketidakselesaan kaum atau mungkin ada agenda untuk mendatangkan rusuhan kaum.

Siapakah yang memainkan isu ini? Sudah tentu jika kita tatap di dada media, UMNOlah yang giat mempromosi isu ini. Jadi dapatlah kita merumuskan dengan mudah UMNOlah yang akan dapat untung jika isu ini semakin parah. Juga tidak sukar untuk menelah siapa yang bermain di sebalik tabir, tentulah UMNO kerana semua ini adalah taktik yahudi zaman berzaman.

Di malaysia taktik pecah perintah ini telah bermula dari ketika awal era merdeka lagi.

Gabungan antara Putera yang diketuai oleh Dr Burhanuddin Al helmy dan AMCJA yang diketuai oleh Tan Cheng Lok pada tahun 1946 telah menggugat rasa keselesaan British. Pakatan ini menggabungkan kaum melayu, cina dan india di bawah satu pakatan yang mesra dan bervisi menggoncangkan kekuatan agenda British. Berselindung di sebalik undang undang Darurat 1948, british telah berjaya memecahbelahkan pakatan ini dengan menangkap tanpa bicara ramai pemimpin pakatan tersebut. Antara yang ditahan tanpa bicara adalah Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam.

Untuk mengatasi tuntutan rakyat yang sedang ingin bersatu padu british mencadangkan tertubuhnya perikatan yang diwakili UMNO, MCA dan MIC dan dapat memenangi pilihanraya umum pertama pada tahun 1955.

Kini, riak kebimbangan pemimpin melayu yang berguru dengan british mula terserlah lagi. Dengan acuan yang hampir sama, kebimbangan yang sama dan ingin menggunakan taktik yang sama ia muncul setengah abad dari peristiwa british. Jika tidak disebut UMNO atau British mungkin kita tidak akan tahu yang menjalankan agenda ini adalah orang yang berlainan.

Mereka ingin mencetuskan sesuatu isu perkauman, hak istimewa orang melayu atau sistem beraja, supaya rakyat merasa terancam. Supaya jiwa rakyat yang semakin aman damai ini bertukar menjadi resah. Supaya orang Melayu merasa marah kepada Cina kerana tuntutan berlebihan, supaya orang melayu yang cintakan raja raja merasa perbuatan pakatan rakyat telah melampau, supaya para umat Islam merasa kesucian Islam telah mula dicemarkan oleh Pakatan Rakyat.

Namun disebalik kemunculan isu isu yang cuba disensasikan ini, nasib baik ada pemimpin pakatan rakyat dengan tegas cuba mengawal keadaan. Api perkauman dengan pantas telah dipadamkan dengan ucapan pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar. Mereka dengan pantas menyedarkan rakyat bahawa ini adalah lakonan atau opera UMNO untuk mencari keuntungan. Jelaslah pemimpin seperti ini tidak menari mengikut rentak gendang UMNO.

Yang aneh dan hairannya, timbalan presiden PAS muncul di depan pentas, menari, berjoget, melompat dan bertempik mengikut gendang paluan UMNO. Garang memberi amaran kepada MCA supaya jangan sentuh hak orang melayu. Sepertimana sebelum ini dia muncul bingkas melompat ketika wakil DAP sebut pasal bilangan masjid dan rumah ibadat agama lain.

Saya sering hairan sebenarnya, kerana orang yang sama seperti ustaz Nasa, Hasan Ali atau PAS selangor contohnya, sentiasa berhujah seiring dengan UMNO. Tidak dapat dipastikan apakah kejadian yang berulang ulang ini adalah secara kebetulan atau tidak. Mungkinkah memang cara mereka berfikir sudah memang seiring dengan UMNO atau kita masih tidak mampu untuk memahami cara politik mereka.

Seolah olah jika UMNO ingin membakar api perkauman, mereka ini dengan lantas terbakar seluruh tubuh badan. Terlalu sinonim melayu, melayu, melayu. Atau mungkinkah mereka ini agak tidak percaya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bahawa jika PR memerintah hak istimewa orang melayu akan terbela?

Sangatlah dikesalkan bila UMNO cuba memasang jerat, pemimpin PAS muncul menyeru rakyat masuk ke arah jerat.

'Serangan' berterusan pada editor

Kini giliran editor majalah politik berbahasa Cina Special Weekly Xiao Hong Long mengalami nasib yang sama dengan penggantungan DJ Radio 988 atas alasan menyentuh isu sensitif melibatkan kaum.

special weekly ong tee keat 020609 01Difahamkan, penyiaran kartun politik 'Mr U-turn' dianggap sebagai 'ancaman' kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, Xiao, 37, dimaklumkan oleh pihak atasannya bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraihitamkannya dan menuntut beliau dikeluarkan daripada majalah itu.

Bagaimanapun, syarikatnya memutuskan mengekalkan Xiao, yang kini sedang bercuti" sambil menunggu nasibnya.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Dalam jawapan balasnya kepada
Malaysiakini melalui SMS semalam, Zaitun berkata kementerian hanya mengeluarkan amaran kepada majalah itu ekoran penyiaran iklan perjudian.

Daging Mc Donald Tidak Halal, JAKIM Perlu Jelaskan.

clip_image004

PAGI ini Blog Ibnu Hasyim menerima e-mail yang menyebutkan 'Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM'

E-mail, antaranya setelah diringkaskan berbunyi...

Bukti Pertama: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN. -Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre. (Gambar seperti di atas sekali)

Bukti Kedua: Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Dikatakan juga pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010. (Gambar seperti di atas, selepas gambar bukti pertama.)

Memandangkan e-mail ini mula tersebar luas, maka pihak JAKIM atau mana-mana pihak yang bertanggung jawab perlu jelaskan segera, demi keselesaan semangat berpuasa dan berbuka bagi orang Islam. (AK)

Ibnu Hasyim

Berbuka Dengan Lim Guan Eng

MSO
JARANG saya berbuka puasa di luar. Hanya jemputan terpilih saja akan dipenuhi. Itu pun kerana tidak ada helah ataupun kerana ada sebab-sebab yang tertentu. Hari ini pertama kali berbuka di luar. Di sebuah restoran di Petaling Jaya. Majlis ini dianjurkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Saya memilih untuk menerima jemputan ini, bukan apa sebab orang bukan Islam yang mengundangnya. Walaupun Guan Eng ada tujuan tersendiri, tetapi saya terliur untuk hadir. Bukan nak makan sangat, nak tengok suasana saja di samping bertemu kawan-kawan media. Kiranya penting juga pelawaan Guan Eng ini kerana saya terpaksa membatalkan satu perjalanan jauh.

Jemputan hari ini nampaknya khususnya kepada wartawan, penulis blog dan juga orang kanan media alternatif. Semua wakil media alternatif, protol, penulis blog, akhbar ada.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Exco, Teresa Kok dan beberapa wakil rakyat lain turut sama hadir.

Saya tidak pasti saya termasuk dalam golongan mana, bloger atau sebagai ketua pengarang Siasah. Sebelum ini saya tidak pernah hadir pada mana-mana majlis Guan Eng secara eksklusif, melainkan hadir pada majlis ceramahnya saja.

Kali pertama saya mendekati beliau ialah semasa demonstrasi Protes kenaikan harga minyak tahun 2007 dulu. Itu, gambar Encik Ibrahim Ali dengan Guan Eng di KLCC yang saya postkan beberapa hari lalu itu, adalah gambar pada hari demonstrasi berkenaan.

Jadi hari ini kali pertama saya duduk semeja, bersapa dan bertanya khabar mengenai politik di Pualu Pinang. Saya datang agak terlewat sedikit kerana jam dan tersesat jalan. Sesampai Guan Eng sedang rancak berbual dengan rakan di satu meja ada bersama Tengku Abdul Aziz dan beberapa orang rakan media.

Cara Guan Eng, boleh tahan juga. Macam Zahid Hamidi PRnya. Saya tidak pasti dia perasaan saya atau tidak. Tetapi masa berjumpa di Sibu, Sarawak tempoh hari, dia macam perasaan saya adalah saya.

Di meja itu dia sedang menjelaskan mengenai politik orang Melayu. Tentang provokasi Umno untuk menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan DAP. Macam-macam yang dilakukan Umno, mengenai pemilikan tanah, ruang niaga dan terbaru katanya mengenai fitnah kononya imam masjid dalam khutab jemaah telah mengganti namanya dengan nama sultan.

Perkara itu didakwa oleh Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi. Guan Eng dalam reaksi itu biasa saja seolah sudah mengetahui atau arif dengan permainan Umno.

Majlis tadi khasnya untuk media alternatif. Tidak ada wakil akhar arus perdana.

Selepas solat Maghrib saya terus meninggalkan majlis berkenaan tanpa berbasa basi dengan Guan Eng dan tetamu lain. Mungkin sebaik saya keluar majlis itu juga bersurai kerana wartawan Islam perlu bekerjar ke masjid untuk solat terawih.

Terima kasih kepada Guan Eng kerana mengudang dan mengadakan majlis berbuka puasa untuk wartawan Islam. Nampaknya Guan Eng mendahului MB kerajaan-kerajaan Pakatan lain. Sanggup datang dari Pulau Pinang untuk meraikan wartawan. Jadi tidak hairanlah kalau berita Guan Eng dan DAP mudah kedapatan di mana-mana med
ia alternatif, blog dan juga portal berita kerana beliau seorang tokoh mesra media. [wm.kl.11:00 pm 10/08/10]

Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dlm Khutbah

ustnik
Sekitar tahun 2001-2002, saya berkhutbah Jumaat pada bulan Ramadhan di sebuah masjid di daerah Kemaman. Ketika itu Terengganu di bawah kerajaan PAS baharu sahaja mewartakan satu peruntukan undang-undang iaitu meletakkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang-undang tubuh negeri Terengganu. Ia diperkenankan oleh as-Sultan Mizan (moga Allah sentiasa memelihara Tuanku dan Sultanah).

Dari atas mimbar saya melihat beberapa wajah makmum yang seperti ada sesuatu di dalam diri mereka. Saya belum berkhutbah ketika itu. Ketika mula berkhutbah kemudiannya, saya membacakan firman Allah tentang kewajipan puasa: “Wahai orang beriman! Difardhukan ke atas kamu sebagaimana difardhukan puasa itu kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (183: alBaqarah).

Saya juga membacakan ayat di dalam mushaf pada mukasurat sebelumnya tentang hukum Qisas. “Wahai orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu qisas (pembalasan setimpal) dalam jenayah pembunuhan.

khutbah Jumaat 10 Ramadhan 1431H/20.8.2010 (6)

Saya hubungkaitkan antara 2 ayat tersebut, lalu saya berkata: ‘Kedua-dua ayat diseru kepada orang beriman. Kedua-duanya disebut kutiba iaitu difardhukan. Puasa berkait dengan ibadat. Qisas adalah salah satu hukum berkait jenayah selain hudud dan takzir. Puasa di mana sahaja boleh dilakukan tapi Qisas perlu kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang menaunginya.’

Tiba-tiba beberapa orang makmum bangun dan meninggalkan masjid. Ke mana mereka pergi? Sakit perut? Bukan. Apabila ditanya kepada makmum lain selepas solat Jumaat, mereka rupanya keluar terus dari masjid tanpa solat Jumaat. Mereka sakit dalam hati. Iman mereka sakit sebenarnya. Benarlah Allah yang menyebut, maksudnya: “Dalam hati mereka ada penyakit. Lalu Allah tambah penyakit kepada mereka.”

Saya sengaja membacakan ayat tentang kewajipan puasa dan kewajipan melaksanakan hukum qisas itu di atas mimbar ketika berkhutbah di masjid itu dalam bulan Ramadhan dengan tujuan menyelamatkan aqidah para jemaah dari kesesatan sekularisme hasil tanaman UMNO/BN selama puluhan tahun. Bukan bermaksud menghalau mereka keluar dari masjid. Tapi itulah yang berlaku. Aqidah sesat UMNO/BN (ada jawapan untuk ini wahai ulama muda UMNO?) ditanam begitu kuat dan kukuh dalam diri rakyat sehingga mereka tidak boleh menerima Islam secara menyeluruh. Benar kata-kata: ‘Mereka boleh terima hukum puasa, tapi tidak boleh menerima hukum hudud dan qisas.’

Apa salah saya membacakan ayat-ayat itu? Ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal Islam yang mesti ditegakkan. Ketika diberi amanah memerintah Terengganu, PAS Terengganu telah melaksanakan satu perkara asas besar iaitu meletakkan asas pemerintahan undang-undang negeri berpandukan wahyu. Justeru itu saya mengingatkan makmum tentang perkara ini.

Ketika itu kes buang bayi tidak sekerap sekarang. Ketika artikel ini ditulis kes buang bayi hampir saban hari dilaporkan. Kerajaan yang memerintah seperti hilang punca mencari penyelesaian yang entah bila akan ada kesudahannya ini.

Apakah apabila al-Quran disusun demikian rupa menyebut tentang hukum Qisas sebelum beberapa ayat tentang hukum puasa Ramadhan, ia dibuat saja-saja? Maha Suci Allah dari bermain-main dan Allah Yang Maha Mengetahui tentang susunannya.

Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan?

Tok Pepijat

Datuk Ramli Yusof kini bebas dari 3 tuduhan rasuah dan penyalahangunakuasa. Bermula dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kota Kinablu Julai tahun lepas, kemudian oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Mac lalu dan sempena keberkatan Ramadhan nama beliau dipulih dan dibersihkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam dari tuduhan melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bertepatan pula jawatan IGP Musa diambang sore untuk bersara. Tidak diketahui mengapa KDN begitu "liat" untuk mempersarakan IGPMusa yng sepatutnya bersara pada 2006.


JIka Datuk Ramli tidak didakwa atas tuduhan rasuah, beliau berkemungkinan berjawatan IGP. Ramai beranggapan tuduhan keatas beliau lebih kepada
"peteh keting" permainan politik pegawai atasan PDRM.

Ramli berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005.

Ramli Yusuff pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang Islam.

Beliau adalah pegawai ketiga tertinggi di PDRM, sebelum digantung tugas dan ditahan kerja sehingga mahkamah memutuskan kes rasuah yang dihadapinya.

Rekod IGP MUsa tidak begitu memberangsangkan. IGP Musa terbabit dengan perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1999. Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

Antara cara pihak KDN memulihkan imej PDRM adalah menukar IGP. Elok benar diangkat Datuk Ramli Yusof menjadi IGP baru September ini.

Adakah KDN ketandusan individu untuk pilih IGP baru? Daripada 100,000 anggota dan 2,000 orang pegawai yang dimiliki PDRM tiada seorang pun tidak layak ganti Musa?

Barangkali terlantiknya Ramli bakal memberi anjakan paradigma kepada imej PDRM.

TOK PEPIJAT

Penyelesaian jangka pendek???

Aris Awang

Sinar Harian: Menurut perangkaan JAKIM terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini. Pada tahun 2007 sebanyak 16,100, tahun 2008 sebanyak 16,541, pada tahun 2009 sebanyak 17,303. Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan dalam tempoh lima tahun sehingga 2009 ialah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ada sorang kawan dok kelui minta penyelesaian jangka pendek masalah anak luar nikah dan perzinaan dikalangan remaja yang semakin menjadi-jadi sekarang ini sementara menunggu Hukum Allah Taala (Hudud) dilaksanakan. Lontaran ideanya, itu sekali pandang nampak hebat dan terdepan, kerana tak mahu lagi hukum Allah hendak dilaksanakan (pasai apa aku tak tahulah?)

Katanya, perlu penyelesaian jangka pendek, kerana dah terdesak sekarang ini, jadi dia minta orang ramai tolong bagi idea macammana nak selesai, tapi jangan cakap pasai cara yang Allah Taala tunjuk, beri cara lain untuk jangka pendek ini.

Aku malas nak bagi idea, kerana As-Syahid Syed Qutb telah menulis di dalam Petunjuk Sepanjang Jalan (Yang sering diguna sebagai teks Usrah semasa awal Kepimpinan Ulamak dulu tahun 80án, sekarang mungkin tak sesuai dah kut?). Jika kita melayan seruan penyelesaian masalah jangka pendek itu, maka kita hanya akan berpusing-pusing di dalam hutan belantara tanpa ada kompas yang akhirnya kembali semula ketempat kita mula sesat.

Bila kembali ketempat sesat tadi, bukan setakat 81,000 anak luar nikah, tetapi mungkin sudah menjadi 250,000 orang!

Tulis Syed Qutb:

"Kita sekarang berada ditengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang ada pada zaman kedatangan Islam dahulu, malah lebih gelap lagi. Segala sesuatu disekitar kita ialah jahiliyah, konsep hidup manusia sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasaan mereka, sumber pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka, hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenarnya adalah hasil ciptaan jahiliyah!.

Oleh kerana itulah nilai Islam tidak tulus dan tidak hidup subur lagi di dalam jiwa kita, ajaran Islam itu tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran kita, dan dikalangan kita sekarang tidak muncul lagi suatu generasi manusia hebat dari model yang dilahirkan oleh Islam di zaman Rasulullah saw.

Oleh itu, di dalam program gerakan ke Islaman, kita mesti membebaskan diri diperingkat permulaan, di peringkat taman asuhan kanak-kanak lagi, dari sebarang pengaruh jahiliyah. Kita mesti rujuk semula ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah ditimba dan dicedok oleh orang-orang sebelum kita. iaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan sumber yang lain. Kita mesti kembali semula kepadanya untuk mendapat ajaran mengenai hakikat wujud, terhadapnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia ini dan pertalian dengan Allah swt. Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup dan kita mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dalam program pemerintahan, politik, ekonomi, sosial dan segala aspek kehidupan kita.

Bila kita ingin merujuk semula kepada Islam, maka kita mesti berlajar untuk melaksanakannya, bukan dengan kaedah belajar untuk mengetahui, menjadi guru dan pensyarah serta sebagai penglipurlara dikuliah-kuliah. Kita merujuk kepadanya untuk mengetahui apa yang sebenar telah diminta oleh Al-Quran untuk kita lakukan, maka kita lakukan perkara itu, maka di dalam perjalanan itu kita akan bersua dengan kehebatan Al-Quran."

Apabila ingin mengambil langkah jangka pendek, teringat aku cerita seorang sahabat.

Satu hari TVnya rosak tak keluar gambar, dia bunyi syeeeeeeee........... bila buka.

Dia pun tepuk perlahan-lahan belakang TV. Tup! Keluar gambar....... OK... sekeluarga mereka dapat tengok TV semula, termasuk 3 orang anaknya yang masih sekolah rendah.

Selepas itu......... bila TV tidak keluar gambar......... dia akan mengetuk TV itu... maka gambar akan keluar.

Pada hari lain.......... dia tidak ada di rumah....... TV tidak keluar gambar...... anaknya yang bongsu ketuk TV bukan setakat tak keluar gambar.......... punah terus.

Kena beli TV baru.

Itulah penyelesaian jangka pendek........ bukankah mudah jika sejak mula lagi, beliau membuka buku manual TV, untuk dibaiki dan kalau tidak tahu rujuklah kepada tukang baiki TV.

Itu baru mesin ciptaan manusia, inikan pula kita manusia sebuah mesin biologi ciptaaan yang Maha Pencipta. Sudah tentu jika rosak kenalah merujuk kepada manual yang diberikan iaitu Al-Quran. Tiada jalan pintas lain dan tiada berfikir luar kotak yang lain

Kesimpulannya: Apabila ada masalah, terpekik terlolonglah mencari penyelesaian, jangka pendeklah, sederhalah dan sebagainya. Namun sedarlah hasil tidak kemana, kemusnahan dan kehancuranlah yang ditempa. Kembalilah kepada buku manual pencipta kita sebelum kehancuran yang lebih parah.

http://arisawang.blogspot.com/