"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Budaya celaka arab..

Tranungkite
Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam.

Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup. Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya...ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah.

Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah.

Anda boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi saya sendiri. Nauzubillah.

Gambar ini sekadar hiasan tetapi percayalah dari Arab kaya sampai Arab yang tak kayapun membudayakan pembaziran yang sama.

Mereka bangga nabi diutus pada kaum mereka tetapi mereka tidak sedar jika nabi saw membawa hudan Al-quran mampu membaiki akhlak manusia yang terburuk atas mukabumi ini, pastinya Al-Quran dengan mudah mampu membentuk bangsa yang lain.

SAIFUL NANG

Kisah Perisik M15 menyamar mualaf (Gambar)

Siti Salmiah A Hamid
Pada pandangan ‘sau­daranya’ yang ekstrem, dia adalah orang putih yang baru memeluk agama Islam dan bersemangat melakukan jihad. Hakikatnya, Morten Storm adalah perisik M15 dalam Perkhidmatan Perisikan Rahsia British dan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Sheikh yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang mengagumkan, tinggi lampai dalam jubah putih, pedang tersisip di pinggang­nya, seorang ulama dan juga ahli falsafah.

Dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dan berketurunan Arab, dia melarikan diri selepas kejadian 9/11 kerana bimbang menjadi sasaran Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Sheikh itu dianggap se­orang daripada tokoh utama Al-Qaeda berpengaruh dan berkarisma selain Osama bin Laden.
Foto
MORTEN bekas ejen yang menyamar dan menyusup masuk ke dalam Al-Qaeda hingga berpeluang membunuh Awlaki.
Foto
MORTEN menyamar sebagai tentera jihad selama lima tahun bergambar selepas memeluk agama Islam.
Foto
MORTEN menyertai bantahan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di London pada 2005.
Foto
AWLAKI menjadi sasaran Morten yang berselindung sebagai mualaf.
Morten mengembara ke Yaman pada 2009 untuk berjumpa Sheikh yang nama sebenarnya Anwar Al-Awlaki.

Awlaki sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang selamat dan menyampaikan mesej kebencian menerusi e-mel dan Internet.

“Saya berdoa agar Allah memusnahkan AS dan sekutunya.

“Kami akan melaksanakan undang-undang Allah di bumi ini,” kata Awlaki yang memakai jaket tentera menutupi jubahnya sambil menggalas Kalashnikov.

“Orang AS menuntut kematian saya,” kata Awlaki kepada Morten ketika mereka duduk bersama.

Pesawat AS drone (tanpa pemandu) merayau di langit menjejak Awlaki.

Menurut Morten, Awlaki bercerita de­ngan bang­ga me­ngenai orang-orangnya yang menyerang hendap tentera kerajaan Yaman dan mendapat senjata berat termasuk roket antikereta kebal untuk dihantar kepada pejuang Islam di Somalia.

“Awlaki mendesak saya pulang ke Eropah dan me­rekrut militan agar datang ke Yaman untuk mendapat­kan latihan.

“Tugas saya adalah untuk mencari, mengesan dan memaklumkan me­ngenai kegiatan orang yang berkongsi kepercayaan­nya dengan saya tidak lama dulu.

“Senarai sasaran teratas adalah Awlaki yang satu ketika adalah ‘abang’ dan rakan saya.

“Saya bawakan dia bekalan yang diminta seperti gogal visi malam dan komputer riba tetapi tanpa pengetahuannya terdapat peranti pengesan, ihsan daripada kawan-kawan baru saya, CIA.

“Awlaki memperkenal­kan saya kepada perisian khas yang dipanggil ‘Mujahideen Secrets 2.0’ yang unik dengan kod digital rahsia untuk mengunci dan membuka mesej,” kata Morten.

Peristiwa di Texas menarik Awlaki menjadikan dia sasaran utama CIA. Pada 5 November 2009, warga AS Mejar Nidal Hasan, 39, pakar psikiatri tentera memasuki pangkalan tentera Fort Hood dan menembak mati 13 orang dan mencederakan 30 orang lagi.

Menurut Hasan, dia tidak mampu bersabar untuk bersama Awlaki di akhirat yang membolehkan mereka berbual tanpa wain alkohol.

FBI menganalis e-mel terbabit, tetapi melabel mereka sebagai tidak berbahaya. Tetapi tidak lagi.

Agensi AS kini meneliti segala yang berkaitan de­ngan Awlaki. Mereka sudah melihat bagaimana Awlaki mengetuai pengikutnya di barat.

“Pada Mac tahun itu, saya mengatur pengumpulan dana rahsia menerusi Skype dengan sekumpulan pe­nyokong British-Pakistan di Rochdale. Beberapa doktor begitu bersemangat untuk menyumbang ke arah jihad.

“Mereka terpesona mendengar jawapan Awlaki yang mampu menjawab pel­bagai topik agama. Malah, saya masih menyimpan rakaman majlis itu. Awlaki mahir mengumpul dana seperti mana ahli politik AS.

“Bagi menghormati kematian Nidal Hasan, Awlaki menyeberangi Rubicon. Kata petugas CIA saya, sudah masanya untuk me­ngumpan dia keluar.

“Terbukti Awlaki bukan sasaran yang mudah. Peluru berpandu dilancarkan ke arah bilik mesyuarat yang dihadirinya bersama tokoh kanan Al-Qaeda dan laporan awal mengesahkan Awlaki terbunuh.

“Tetapi saya menerima e-mel berkod daripada Awlaki yang berbunyi: Phew. Hampir-hampir terkena.

“Tidak lama selepas itu, seorang pemuda Islam Nigeria cuba meletupkan dirinya di dalam pesawat yang terbang dari Amsterdam ke Detroit. Dia tidak berjaya, ditangkap dan ternyata misi syahid itu dirancang Awlaki,” kata Morten.

Tidak hairanlah apabila Presiden Obama membuat keputusan meluluskan pembunuhan warganya sendiri kerana Awlaki kini terbabit dalam plot keganasan.

Di Washington, pegawai perisikan mengkaji imej satelit kampung di Yaman, tempat yang dilawati Morten dan pasukan khas Yaman menyerbu untuk menang­kapnya.

“Malangnya, Awlaki tiada di situ pada hari kejadian. Sebahagian daripada pengikutnya mati termasuk orang yang saya kenal dan hormati.

“Perkara ini meresahkan saya kerana tersebar berita me­ngenai pekerjaan saya sebagai pemberi maklumat hing­ga membunuh ramai orang.

“Awlaki memberitahu, seluruh AS sudah bertukar menjadi negara jahat. Jihad menentang AS kini me­ngikat diri saya seperti mana ia mengikat orang Islam lain.

“Selama ini Awlaki tidak pernah mengesyaki saya, malah menganggap saya antara ‘saudara’ yang dipercayainya,” katanya.

Beliau berkata, kata-kata Awlaki menyentuh perasaannya, malah pada suatu ketika berada dalam dilema antara menangkap Awlaki atau tidak.

“Kunci penyelesaian ditemui apabila dia meminta saya carikan seorang wanita barat untuk dijadikan isteri.

“Melalui Facebook, saya menemui wanita cantik Croatia bernama Irena yang menukar namanya kepada Aminah selepas memeluk Islam. Dia juga fanatik seperti Awlaki.

“CIA merancang untuk menanam peranti pengesan dalam bagasi Aminah ketika dia ke Yaman untuk berkahwin dengan Awlaki dan akan membawa CIA kepada lelaki itu. Saya ditawarkan RM793,510 sebagai ganjaran,” kata Morten.

Semuanya berjalan lancar antara Aminah dan peranti pe­ngesan yang dilekat­kan pada beg­nya. Tetapi kemudian perkara tidak dijangka berlaku.

Atas arahan wakil Al-Qaeda, Aminah membuang beg terbabit di padang pasir. Tiada peranti pengesan ketika perjalanan ke rumah Awlaki.

“Kegagalan misi ini me­nyebabkan AS membekukan hubungan de­ngan saya. Mereka hanya menghubungi saya pada awal 2011.

“Keadaan terdesak apabila Awlaki terdedah sebagai perancang utama yang ingin meletupkan pesawat kargo AS.

“Dia benar-benar melakukan jihad di tempat kelahirannya. Ketika itu, Osama bin Laden sudah terbunuh dalam satu serbuan pasukan khas AS di rumah­nya di Pakistan. Tetapi Awlaki pantas mengambil tempatnya.

“Orang hubungan saya memberitahu, Awlaki adalah musuh nombor satu AS, tetapi bukan mudah me­ngumpan dia keluar. Pesawat tentera AS mengebom trak pikap yang dinaikinya, namun Awlaki sempat menukar kenderaan beberapa saat sebelum dibom.

“Perancangan itu memerlukan saya kembali ke Yaman dan mendekatkan hubungan dengan ‘saudara’ lama saya.

“Saya diberi latihan senjata intensif pada senapang ringan dan Kalashnikovs selain diajar menembak me­nggunakan kedua-dua belah tangan dan mengelak bom ketika memandu.

“Rakan ejen berkata: Anda melakukan kerja yang paling berbahaya di dunia jadi pastikan tuntutan anda dipenuhi,” katanya.

Katanya, bersemuka dengannya pasti saat yang sukar.

“Agak perlahan untuk mendapatkan Awlaki, tetapi sedikit demi sedikit saya menghampiri lelaki berbahaya di dunia itu.

“Saya menerima laporan agensi seperti CIA yang gembira dengan perkembangan itu sehingga mereka menawarkan saya RM1.5 juta jika berjaya mendapatkannya.

“Saya mengatur perjumpaan dan menunggu. Akhirnya pertemuan ditetapkan dengan pengikutnya di tempat letak kereta restoran KFC di Sana’a.

“Saya menyerahkan beg sukan yang berisi bekalan kepada kurier yang tiba. Saya menerima e-mel daripada Awlaki tiga hari kemudiannya mengesahkan dia menerima barang itu,” katanya.

Menurutnya, pada Ogos, dia bercuti dan pulang berehat di rumah bersama keluarga di Eropah. Dia mempunyai anak lelaki, Osama dan anak perempuan, Sarah hasil daripada isteri pertama, Karima.

“Sewaktu ketiadaan saya, permintaan barangan Awlaki dipenuhi pengikutnya dan AS yang memantau pertukaran barangan itu me­ngesan kedudukannya.

“Suatu hari pada Sep­tember, berita di televisyen mengenai drone CIA yang berlepas dari Arab Saudi dan tepat menembak ke arah trak pikap di padang pasir Yaman.

“Peluru berpandu Hellfire dilancarkan dan Awlaki bersama enam anggota Al-Qaeda terbunuh serta-merta. Akhirnya AS membunuh lelaki yang dianggap paling berbahaya.

“Selepas cerita ini tersebar, tekanan ke atas rahsia hidup saya akan bertambah, malah jauh daripada bantuan perlindungan kerana ketua saya pasti akan meng­khianati saya nanti,” kata Morten.
-hmetro-

Kantoi: Agensi berita pro yahudi, ABC cuba putarbelit serangan Israel di Gaza (Gambar)

Gambar menunjukkan rakyat Palestin mengangkut barang-barang mereka yang mampu diselamatkan selepas serangan udara Israel.
Gambar menunjukkan rakyat Palestin mengangkut barang-barang mereka yang mampu diselamatkan selepas serangan udara Israel.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi berita ABC meminta maaf atas kesilapan dalam satu laporan berita bergambar berhubung serangan tenteras Israel ke atas penduduk Gaza baru-baru ini.

Kesilapan tersebut berlaku ketika agensi berita berkenaan menayangkan gambar yang dipetik dari Associated Press (AP) yang menggambarkan ‘rakyat Israel cuba menyelamatkan diri selepas serangan roket pejuang Palestin’.

Sebaliknya, imej tersebut sebenarnya menggambarkan dua rakyat Palestin berjalan melalui runtuhan dengan harta benda mereka berikutan serangan udara Israel.

Kesilapan itu dikenal pasti oleh wartawan pro-Palestin, Rania Khalek, lewat Rabu lalu.

Kemudian, ABC membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi Facebook oleh penyampai berita, Diane Sawyer.

“Pada petang Selasa, kami melakukan kesilapan. Saya akan naikkan sekali lagi gambar ini kerana ketika menggambarkan serangan antara Israel dengan Palestin, saya silap mengenal pasti imej tersebut.

“Orang yang di dalam gambar itu adalah rakyat Palestin selepas serangan udara Israel dan kami ingin anda tahu, kami benar-benar minta maaf atas kesilapan itu,” katanya yang dipetik dari video yang dimuatnaik di laman Facebook ABC World News with Diane Sawyer.
-sinarharian-

Sekali lagi Mahathir perlekeh Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat,” katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: “Saya tidak tahu”.

"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya,” katanya.

Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.

"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?

"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini,” katanya.

Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.

Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.

Bahayanya Minum Minuman Berais Ketika Berbuka Puasa

Detikislam
Dalam bulan puasa ini mesti yang ramai berbuka dengan minuman berais yer dak..? sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan. mari baca penjelasan dibawah:
Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.

Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.

Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

Impian merepek Mahathir terhadap Proton

Ng Kee Seng
Kita hairan mengapa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 90 tahun, yang pernah memerintah selama 22 tahun berusaha bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan tak masuk akal.

Jika beliau bercakap soal politik kita fahamlah itu bidangnya, kerana dalam politik kita boleh menuturkan segala yang tak masuk akal.

Tetapi wajarkah beliau berkata Proton mampu menyaingi pesaing di bidang industri otomotif yang mempunyai 128 tahun pengalaman?
New Straits Times online pada 9 Julai memetik pengerusi Proton Holdings Bhd itu berkata harapan masih ada bagi pengeluar kereta nasional itu mencipta nama di bidang otomotif.

Mahathir, yang dilantik pengerusi dengan kuasa eksekutif pada Mei lalu, berkata Proton mengorak langkah melakukan program transformasi bagi meningkatkan kualiti produknya.

Beliau menjelaskan bahawa syarikat tersebut menghasilkan kereta buat pasaran dunia tanpa sebarang kecacatan, dan bakal meyaingi pesaing daripada Korea dan Jepun.

“Saya percaya Proton mampu menghasilkan kereta berkualiti yang lebih baik daripada keluaran Jepun dan Korea. Kereta kita selepas ini akan membuktikannya.

“Kita berbincang dengan semua kakitangan Proton bagi melaksanakan strategi baharu ini dengan arah tuju melakar kejayaan,” katanya selepas berbuka puasa dengan kakitangan Proton pada 8 Julai.

Inilah kenyataan merepek yang bersifat retorik tanpa ada bukti kemahiran teknologi.

Mahathir berkata Proton bakal menangani pelbagai isu penting yang selama ini menjejaskan imejnya, termasuk bahagian yang dibekal vendor.

Rancangan Proton ialah mengubah tanggapan bahawa ia hanya mampu mengeluarkan kereta murah. Mahathir berkata selepas ini, kereta keluarannya bertahap dunia.

Adakah Proton dilabel kereta murah atau kurang berkualiti? Tidak benar.

Keluaran terbaru iaitu Suprima berharga RM80,000 didakwa Mahathir lebih murah pada kadar RM40,000 berbanding saingannya dengan kualiti yang sama.

Di mana Proton pada pasaran dunia sekarang ini?

Ia bukan termasuk di dalam 20 negara pengeluar otomobil di dunia. Proton berada pada kedudukan ke-35 daripada 50 pengeluar.

Jepun dan Korea ditangga ke-3 dan ke-5 di kalangan 20 negara pengeluar otomobil dan Mahathir yakin mampu menyaingi mereka.

Ini kenyataan yang hampir tidak waras sebenarnya.

Awie tempelak blogger macam pernah tidur dengan bininya

Tranungkite
Tahukah anda bahawa sekarang ini sedang tersebar satu tulisan mengenai tragedi yang sedang menimpa Awie dan isterinya, Rozana Misbun. Ditulis menggunakan nama pena Sangkalajari9, penceritaan si penulis memang agak terperinci dan seolah-olah kenal rapat dengan Rozana kerana jelas tulisannya membela isteri Awie.

Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie. Sedikit petikan tulisan tersebut untuk anda:-

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATMsesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Bercakap menerusi portal Murai, Awie mempersoalkan identiti Sangkalajari9 yang seolah-olah tidur sebantal dengan isterinya. Kata Awie:-

Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri…

Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya.

Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya

Kematian model jelita Estonia masih kekal misteri

Regina_Soosalu_300PETALING JAYA: Punca kematian model jelita warganegara Estonia yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini masih menjadi tanda tanya. Mayatnya dijumpai terapung oleh beberapa tetamu di pusat peranginan itu.
Nama Regina Soosalu, 30, mula di sebut-sebut apabila beliau dikatakan berpacaran dengan seorang kerabat diraja sejak tiga tahun lalu.

Pihak polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh berikutan penemuan kesan kecederaan yang mencurigakan pada tubuh mangsa. Regina disifatkan sebagai wanita ‘berani dan berdikari’ di kalangan teman-teman rapatnya. Akan tetapi, kematian wanita ini hanya diketahui melalui laman sosial rakannya selepas lima hari kematiannya.

Melalui status terakhir teman lelaki beliau di laman sosial Facebook, Regina merupakan kawan baik sekaligus merangkap cinta hati kerabat berkenaan. Wanita jelita ini akan sentiasa menjadi inspirasi dalam kehidupannya biarpun wanita itu sudah tiada.

Setakat ini pihak polis telah menahan enam individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini untuk membantu siasatan lanjutan. Mayat wanita itu dibedah siasat di Hospital Sultan Aminah dan pihak polis telah menghubungi pihak Interpol untuk memaklumkan kejadian ini.

Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China.

Kami akan pertahan walaupun dengan nyawa - Haniyeh

HARAKAHDAILY 
GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah.
"Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun.

"Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami.

"Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh.

Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh nafi peluk Islam

Status di facebok yang mendakwa Hannah memeluk Islam dan mengagumi hukum hudud.
Status di facebok yang mendakwa Hannah memeluk Islam dan mengagumi hukum hudud.
SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam,” tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan kononnya beliau memeluk Islam.

Menurutnya, beliau berkata, ada pihak menuduhnya sedemikian mungkin kerana melihatnya berbaju kurung dan mengenakan selendang setiap kali dijemput ke majlis buka puasa di surau dan masjid.

Katanya, dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara ini dan siapa yang mendakwanya sedemikian, beliau akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak berasas.

Semalam kecoh di laman sosial milik individu dikenali Ustaz Hisham yang meminta mana-mana pihak mengesahkan dakwaan Hannah Yeoh menyatakan keinginan mahu memeluk Islam.

Kenyataan dipaparkan bersama gambar Hannah Yeoh bermesra dengan penduduk itu berbunyi ’setelah beramah mesra bersama umat Islam di SS13, Speaker Selangor, Hannah Yeoh menyuarakan keinginannya untuk memeluk agama Islam dan meluahkan kekagumannya kepada hukum hudud.'

Status dihantar jam 11.54 malam turut tertera nama Farhanah Yeoh di atas kenyataan tersebut.

Kenyataan Rasmi Tentera Briged Al-Qassam

Kenyataan Rasmi Tentera Briged Al-Qassam  “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)  Meletupkan rumah-rumah orang awam dianggap suatu tindakan melampaui batas. Sekiranya tindakan ‘politik’ ini tidak dihentikan, kami akan membalas dengan meluaskan kawasan sasaran serangan yang tidak dijangka oleh musuh.  Inilah dia musuh, Zionis yang penakut, yang mengisytiharkan peperangan baru terhadap Semenanjung Gaza yang kekal bertahan. Mereka seolah-olah tidak memahami Bahasa Briged Al-Qassam melalui roket-roketnya yang meratakan beberapa sasaran Al-Qassam di dalam entity Zionis, petang semalam.  Penjajah telah memulakan peperangan ini dengan menyerang rumah-rumah awam yang tidak membahayakan secara kejam dan pengecut, menggunakan serangan udara melakukan jenayah menyerang rumah penduduk.  Dan sesusungguhnya kami di Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, dalam menghadapi pencerobohan berbahaya Zionis kali ini menegaskan perkara-perkara berikut:  Pertama: pengumuman operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza tidak menakutkan. Kami akan melancarkan serangan balas terhadap permusuhan ini dengan serangan yang mengegarkan. Kami akan pastikan pihak musuh menyesal di atas keputusan tergesa-gesa mereka.  Kedua: Kami memberi amaran kepada musuh, tindakan mensasarkan rumah-rumah awam yang tidak memberi ancaman dengan cara ini adalah dianggap telah melampaui sempadan semua garis merah. Jika musuh tidak menghentikan tindakan politik mereka mengebom rumah-rumah itudengan serta-merta, kami akan mebalas dengan meluaskan kawasan sasaran serangan kami, dan kami akan menghadapi politik ini dengan cara yang tidak disangka oleh musuh, dan pimpinan musuh harus bertanggungjawab ke atas akibat jenayah politik yang tidak bertamadun ini .  Amaran telah diberikan.  Sesungguhnya bagi kami ia adalah jihad di antara dua keputusan, sama ada kemenangan atau mati syahid,  Briged Asy-Syahid Izzuddin al-Qassam  Selasa, 10 Ramadan 1435 AH Bersamaan dengan 8 Julai 2014
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)

Meletupkan rumah-rumah orang awam dianggap suatu tindakan melampaui batas. Sekiranya tindakan ‘politik’ ini tidak dihentikan, kami akan membalas dengan meluaskan kawasan sasaran serangan yang tidak dijangka oleh musuh.

Inilah dia musuh, Zionis yang penakut, yang mengisytiharkan peperangan baru terhadap Semenanjung Gaza yang kekal bertahan. Mereka seolah-olah tidak memahami Bahasa Briged Al-Qassam melalui roket-roketnya yang meratakan beberapa sasaran Al-Qassam di dalam entity Zionis, petang semalam.
Penjajah telah memulakan peperangan ini dengan menyerang rumah-rumah awam yang tidak membahayakan secara kejam dan pengecut, menggunakan serangan udara melakukan jenayah menyerang rumah penduduk.

Dan sesusungguhnya kami di Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, dalam menghadapi pencerobohan berbahaya Zionis kali ini menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: pengumuman operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza tidak menakutkan. Kami akan melancarkan serangan balas terhadap permusuhan ini dengan serangan yang mengegarkan. Kami akan pastikan pihak musuh menyesal di atas keputusan tergesa-gesa mereka.

Kedua: Kami memberi amaran kepada musuh, tindakan mensasarkan rumah-rumah awam yang tidak memberi ancaman dengan cara ini adalah dianggap telah melampaui sempadan semua garis merah. Jika musuh tidak menghentikan tindakan politik mereka mengebom rumah-rumah itudengan serta-merta, kami akan mebalas dengan meluaskan kawasan sasaran serangan kami, dan kami akan menghadapi politik ini dengan cara yang tidak disangka oleh musuh, dan pimpinan musuh harus bertanggungjawab ke atas akibat jenayah politik yang tidak bertamadun ini .

Amaran telah diberikan.

Sesungguhnya bagi kami ia adalah jihad di antara dua keputusan, sama ada kemenangan atau mati syahid,

Briged Asy-Syahid Izzuddin al-Qassam

Selasa, 10 Ramadan 1435 AH
Bersamaan dengan 8 Julai 2014

Niat murtadkan teman wanita

Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini.
Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini. Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini.
GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.

“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ
saya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid
USM,” katanya.


Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya.

Kitab YAASIN Tidak Terbakar Walaupun Rumah Hangus Di Ratah oleh API.

Kitab YAASIN Tidak Terbakar Walaupun Rumah Hangus Di Ratah oleh API.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kg Melayu Panchor Muar Johor. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Muar dan BBP Bukit Gambir.



Masyarakat beragama Islam pun sama berebut kutip ikan ‘babi’

Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.

Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.

“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.
Foto
Foto
NORAISHAH (tiga dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.
“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya.

Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.
-hmetro-

Zionis - Israel Bertempiaran Ketakutan!

Dalam tempoh tidak sampai satu hari, 150 roket telah dilepaskan dari Gaza dan disasarkan ke arah Israel. Ia merupakan serangan paling besar yang pernah dilancarkan oleh Al Qassam.

Menurut laporan TV10 Israel, 150 roket Hamas telah jatuh di selatan Israel dalam tempoh 24 jam menyebabkan puluhan ribu rakyat Israel terpaksa lari meninggalkan kediaman mereka dalam tempoh tersebut. Bahkan kebimbangan yang lebih utama adalah terhadap kekuatan Al Qassam dengan ratusan roket yang berkemungkinan boleh menjangkau ke tengah-tengah kota Tel Aviv.

Penduduk Palestin tak perlukan kita berjihad di sana

rozmal
Mereka punya tentera yang bertaqwa, saintis yang bertaqwa, jurutera yang bertaqwa. Mereka ada ALLAH, mereka tak perlukan kita. Kita berdoa dan beri sumbangan kepada mereka agar kita tidak ditanya di akhirat nanti apa peranan kita dalam krisis ini. ALLAH yang jaga pejuang dan rakyat Palestin, bukan kita.

Kita di Malaysia perlu bentuk tentera yang bertaqwa, rakyat yang bertaqwa, saintis yang bertaqwa, jurutera yang bertaqwa.

Walaupun disekat, ditindas, dibunuh, di macam-macam lagi, mereka boleh mencipta roket yang boleh menjangkau beratus kilometer sehingga ke Tel Aviv.

Tapi kita masih tak mampu nak buat roket sendiri yang menjangkau berpuluh kilometer.

Kerja kita di sini ialah ajak orang pada ALLAH, makmurkan masjid dengan solat jemaah dan kuliah ilmu, itu taman syurga kita. Taman syurga mereka ialah di medan perang.

Yang belajar di IPT, Politeknik, belajar betul-betul, ilmu itu penting, digandingkan dengan taqwa.

Jangan semangat kita macam BUIH COCA COLA.

-Tranungkite-

Pengadil bola maut ditumbuk (Gambar)

Anggota perubatan bergegas ke tengah padang selepas mendapati Bieniewicz pengsan sejurus ditumbuk.
Anggota perubatan bergegas ke tengah padang selepas mendapati Bieniewicz pengsan sejurus ditumbuk.
GARA-gara mahu melayangkan satu kad merah, seorang pengadil maut akibat ditumbuk dalam satu perlawanan bola sepak di Livonia, Amerika Syarikat.

Jurucakap Hospital Detroit Receiving, Alton Gunn mengesahkan kematian John Bieniewicz dua hari selepas mangsa diserang seorang pemain yang tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Susulan daripada insiden itu, Baseel Abdul-Amir, 36, dihadapkan ke mahkamah di Livonia atas dakwaan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin AS$500,000 (RM1.6 juta) dan sebutan semula kes ditetapkan pada Khamis ini.

Dalam satu kenyataan, peguam Brian Berry memaklumkan, anak guamnya memberi kerjasama dan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Baseel gagal mengawal kemarahan hingga menyebabkan dia bertindak menumbuk kepala mangsa," katanya menurut FOXSports.com.

Sementara itu, rakan mangsa, Jim Acho memaklumkan, Bieniewicz menjadi pengadil bola sepak sejak 20 tahun lalu.

"Dia menjadi pengadil hanya untuk mengisi masa lapang memandangkan Bieniewicz merupakan seorang juruteknik dialisis di Hospital Kanak-kanak Mott," menurutnya.

April tahun lalu, Ricardo Portillo meninggal dunia selepas koma selama hampir seminggu akibat ditumbuk pemain berumur 17 tahun ketika kejohanan bola sepak di Taylorsville, Utah dekat Salt Lake City.

Difahamkan, remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan membunuh.

Senjata makan tuan: Penyamun cedera ditetak

MUAR: Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul dan ditetak dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, berkata beliau tiba-tiba ditetak dengan parang oleh suspek sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

"Sebaik membuka pintu kayu itu, kepala saya terasa sakit dan darah mula mengalir di bahagian dahi sehingga penglihatan saya menjadi samar-samar. Tanpa berfikir panjang, saya mencapai kerusi dan memukul lelaki bertopeng itu berulang kali hingga patah.

"Saya nekad merampas parang yang dipegang lelaki itu dan menetaknya," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar petang tadi.

Menurutnya walaupun penglihatannya samar-samar, beliau dapat memukul suspek berusia 58 tahun itu berulang kali sehingga senjatanya terlepas dari pegangannya.

Lau berkata, tindakannya itu telah mengejutkan suspek yang kemudian menjerit memintanya berhenti memukulnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh jiran-jirannya yang menghubungi polis bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Suspek yang dirawat di hospital sama dipercayai mengalami patah tulang rusuk kanan, cedera parah di kepala akibat ditetak dengan senjata tajam dan cedera di kedua-dua belah tangannya.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, yang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun. 
-Bernama-

Brazil kalah: Terpaksa kayuh beca dalam keadaan bogel

Fuzhou: Walaupun gagal menempatkan diri dalam pusingan akhir bola sepak Piala Dunia, China masih menjadi tajuk utama sukan itu dengan yang terbaru, gambar bogel seorang lelaki mengayuh beca.

Menurut rakannya, lelaki berkenaan bertindak demikian selepas kalah bertaruh dalam satu perlawanan bola sepak.

Beberapa rakannya memandu kereta di sebelahnya bagi memastikan dia mematuhi syarat yang sudah ditetapkan mereka ketika bertaruh.

Gambar itu tersebar dengan cepat di Internet dan beberapa pengguna berkata, lebih baik kalah wang pertaruhan daripada terpaksa berbogel di jalan raya. 
-Agensi-

Kelajuan 5G adalah 250 kali lebih laju dari 4G?

Tatkala pengguna mobil internet di Malaysia 'berperang' dengan pelbagai pelan internet dan juga kuota, syarikat gergasi luar negara telah pun mula menguji cuba internet berkelajuan tinggi 5G. Meskipun tiada standard yang ditetapkan kepada 5G, namun dikatakan kelajuannya adalah 250 kali lebih laju dari 4G!

Baru-baru ini, syarikat Ericsson mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pindahan data pada kelajuan 5Gbps dalam satu ujian makmal. Ini bermakna kelajuan tersebut telah melepasi kelajuan Google Fiber Internet pada 1Gbps.

Secara teorinya, dengan kelajuan sebanyak 5Gbps, video bersaiz 50GB hanya akan mengambil masa sebanyak 80 saat sahaja untuk dimuat turun!

Walaupun ternyata, kelajuan ini belum mampu menjadi realiti dalam tempoh tahun terdekat ini, akan tetapi nampaknya menjelang 2020 ia seperti dapat direalisasikan, asal saja syarikat penyedia servis internet (ISP) dan juga MVNO (Telco) bersedia untuk melabur dan mengorak langkah bagi menyediakan infrastruktur internet yang lebih moden kepada pengguna.

.........
Arya Putra
http://www.omghackers.com

Miroslav Klose mempunyai kelas yang tersendiri menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia

Miroslav Klose.
BELO HORIZONTE: Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, pada Rabu, sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh bekas penyerang Brazil, Ronaldo.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod 15 gol Ronaldo dalam perlawanan menentang Ghana di saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol dalam empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan.

Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan yang menyaksikan Klose menjaringkan gol.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew menyifatkan keupayaan Klose beraksi dan menjaringkan gol di pentas paling berprestij seperti Piala Dunia pada usia 36 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa dan rekod ini katanya, hanya mampu diatasi oleh Thomas Mueller.

Penampilan Klose yang pertama dalam siri Piala Dunia ialah pada tahun 2002, yang menyaksikannya menjaringkan gol hatrik dalam kemenangan 8-0 ke atas Arab Saudi.

Dia kemudiannya menjaringkan gol lagi dalam perlawanan menentang Republik Ireland yang berkesudahan 1-1 dan kemudian menjaringkan gol seterusnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Cameroon.

Malangnya walaupun Jerman berjaya sampai ke final dalam temasya tahun itu tetapi Klose gagal menjaringkan gol lagi.

Empat tahun selepas itu dalam temasya 2006, Klose menjaringkan lima gol, cukup untuk dia mengutip gelaran 'kasut emas' sebagai penjaring terbanyak.

Pada edisi 2010, Klose masih mampu menjaringkan empat lagi gol.

SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK PIALA DUNIA:

> Miroslav Klose 16 gol

> Ronaldo 15

> Gerd Muller 14

> Just Fontaine 13

> Pele 12

> Jurgen Klinsmann 11

> Gary Lineker 10