"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Apabila Utusan menggugah keharmonian negara

Wira Arjuna
Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporanUtusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? 

utusan malaysia kritian agam rasmiLaporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia.

azlanMajoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini.

Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di negara ini?

Jangan melabur
Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi yang akan bergolak. 

Benar atau tidak laporan Utusan itu bukan persoalan di sini. Itu harus dipulangkan kepada pihak berkuasa untuk menilainya.

azlanJika benar, tindakan perlu diambil bagi menjamin kedamaian dan ketenangan sosio-politik negara.

Jika tidak benar, maka makin lebih perlu lagi tindakan diambil ke atas jenis kewartawanan sensasi yang memperjudikan keharmonian negara.

Namun kesannya amat mengerikan. Yang pertama akan merasa bahana perang agama ini adalah pelabur. Ia juga akan mencengkam rasa damai dan tenteram rakyat beragama Kristian.

Bagaimana mereka dapat merenung mata jiran dan sahabat handai Islam mereka jika orang Islam mula curiga akan keikhlasan mereka bermaustatin di bawah naungan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Orang Melayu Islam pun juga bimbang. Jika pelabur asing mulai meninggalkan negara ini tentu ramai yang menganggur.

NONENamun tidak kurang juga yang akan “berdiri tocang” kerana marah akan niat buruk Kristian mahu merampas kuasa di negara ini. Orang Melayu memang berdarah pahlawan. 

Tentu ramai yang sedia syahid untuk mempertahankan agama dan bangsa mereka. Akibatnya tentu lebih parah daripada 13 Mei 1969.

Secara ringkasnya, ini adalah di antara pelbagai kesan negatif daripada laporan media arus perdana perihal perkara sensitif dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Penawarnya...

Sebab itu, para pemimpin yang berfirasat tinggi memutuskan untuk meluluskan perundangan menghalang prasangka begini menular di kalangan rakyat. Akta Hasutan adalah penawarnya.

NONESedihnya, ini bukan kali pertama Utusanbersikap begini. Akta Hasutan langsung tidak menggerunkannya. Mungkin ini kerana Utusan yakin ia berada di luar lingkungan kuasa apa jua akta di negara ini.

Mungkin di atas lessen memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, ia wajib mendedahkan sebarang ancaman yang mungkin menggugat kepentingan khalayak yang menjadi pendokong parti pemerintah - Umno.

Menteri Dalam Negeri ahli Umno. Mungkin sebab itu, Utusanmerasakan mustahil Umno akan bertindak ke atasnya kerana menjadi jurucakap Umno.

Bicara ini bukan soal kesahihan sumber atau landasan laporan Utusan itu. Ia bersabit soal tanggungjawab sosial dan politik Utusandisuluh dari sudut kewartawanan. 

NONEApakah Utusanberharap dengan laporan sensasi ini ia akan membantu pulihkan jumlah akhbarnya yang kian merosot? Atau, agendanya ialah menggertak orang Melayu supaya terus berpayung di bawah parti pemerintah, Umno?

Jika itu niatnya, amat malang bagi Malaysia. Utusan mungkin mendabik dada ia berbuat demikian kerana sayangkan bangsa Melayu dan agama mereka.

Namun dalam pada itu, ia jelas tidak menunjukkan kecintaan kepada negara apatah lagi cita-cita 1Malaysia perdana menteri.
Tamil Eelam

Laporan Utusan itu menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi negara.

sri lanka tamil tigers 260106 sea tigersIni mengingatkan kita pada tuduhan beberapa tahun lalu bahawa gerakan pelampau Tamil Eelam bergerak di Malaysia dan beberapa pemimpin Hindraf turut terbabit dengan gerakan itu. Hingga hari ini tiada pendakwaan atau bukti kukuh diketengahkan. 

Apa yang patut dilakukan oleh Utusan ialah serahkan pada pihak berkuasa menyiasast dahulu perkara sensitif ini sebelum menggemparkan rakyat. 

Menyakat rakyat dengan kemiskinan, prasangka kaum dan prejudis agama adalah jelas bertentangan dengan semangat perpaduan 1Malaysia. 

interfaithApa yang perlu ditanyakanUtusan bagi pihak rakyat apa sudah jadi dengan Badan Pemuafakatan Antara Agama yang ditaja oleh kerajaan? Hormati institusi kerajaan. Usahlah bertindak secara unilateral. 

Jika tiada tindakan diambil ke atas laporan sebegini, maka rakyat haruslah maklum bahawa memang benar ada amalan siasatan terpilih berlaku dan dilakukan dengan sedar dan sengaja di negara ini.
-malaysiakini-

Pendedahan pertemuan paderi diserah ke SKMM

NONE
Pendedahan dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang hari ini.

Rais, yang juga ahli parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

utusan malaysia, malaysia negara kristianBeliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.

Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.
-Bernama-

5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab

Che Nad
Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.

Okaylah ini soalannya: 

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?

3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?

5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20)hingga buat untuk besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 

15 Dalil GAPS Yang Jahilliah

wfauzdin_ns
SINAR semalam menyenaraikan 15 dalil kununnya Anwar mestilah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang disebut oleh Presiden GAPS(Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) Hamidzun Khairuddin. Apabila membaca satu persatu dalil tersebut, satu pun tidak releven dengan gesaan agar Anwar meletakkan jawatan selaku Penasihat Ekonomi Selangor malahan menampakkan kejahilan Presiden GAPS di dalam isu ini.

Kesemua 15 dalil berkenaan hanya bergantung kepada isu video seks yang kantoi dan memalukan Umno itu, tiada satu pun daripada 15 dalil berkenaan menyenaraikan kelemahan Anwar di dalam membantu menguruskan ekonomi Selangor sekaligus menunjukkan GAPS akur bahawa Anwar berjaya menguruskan ekonomi di Selangor.

Dalil pertama yang dikemukakan oleh GAPS, Anwar gagal di dalam menyerahkan ujian DNA nya untuk mengesahkan samada jam Omega tersebut miliknya. Berapa ribu DNA lagi yang harus Anwar serahkan kepada sekutu Apco ini selain dari DNA yang `dicuri' dari lokap Polis itu? Paling penting, apa relevennya jam tangan Omega itu di dalam kes video seks sedangkan terbaru Eskay mengaku tidak mengetahui samada jam tersebut terdapat di dalam video seks berkenaan. Jam Omega yang awalnya dikatakan adalah hadiah dari Kerabat Diraja Arab Saudi, kemudiannya disahkan oleh Polis jam tersebut datangnya dari Taiwan sebenarnya tidak langsung ada kaitan dengan video seks berkenaan.

GAPS juga mendakwa mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian Poligraf iaitu satu ujian mengesan penipuan. Apa relevennya Anwar mahu mengadakan ujian tersebut kerana sehingga kini siapa yang menuduh Anwar melakukan adegan seks berkenaan? Eskay sendiri berkata beliau tidak pernah menuduh Anwar melakukannya. Jika tiada tuduhan, samalah juga jika GAPS mahu Najib mengadakan ujian Poligraf di dalam kes Altantuya. Lebih menunjukkan kejahilan Presiden GAPS, hukum mana yang beliau guna untuk mensabitkan kes zina atau tuduhan zina boleh menggunakan Poligraf?

Kejahilan Presiden GAPS menonjol apabila beliau bertanya mengapa Anwar tidak mahu melakukan Sumpah Mubahalah, sedangkan Eskay telah pun melakukannya. Sudah tamat belajarkah Presiden GAPS ini tentang Sumpah Mubahalah? Jangan samakan ilmu yang ada pada Anwar dengan ilmu yang ada pada Eskay. Dari segi membaca Bismillah dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah pun Eskay lebih teruk dari kanak-kanak PASTI. Jika Eskay jahil di dalam bab Sumpah Mubahalah, jangan pula Presiden GAPS turut menjadi jahil sama.

Sumpah Mubahalah langsung tidak terpakai di dalam kes zina tetapi boleh digunakan di dalam mencari kebenaran di dalam berhujah seperti yang pernah berlaku di zaman Rasullullah yang berhujah dengan seorang Paderi dari golongan Kafir Najran di mana Rasullullah membawa saksi terdiri dari Sayyidina Ali, Hussin dan Hassan begitu juga Paderi berkenaan. Begitu juga di dalam kes suami atau isteri yang menuduh salah seorang darinya melakukan zina mereka dibolehkan untuk melakukan Sumpah Li'an. Itu pun mempunyai beberapa syarat dan kaedah tertentu untuk melakukan sumpah berkenaan.

Mengapa isu alibi Anwar yang sedang melayan Twitter pada waktu kununnya kejadian berlaku dipertikaikan kerana Anwar `hilang' selama 2 jam. Isu ini telah lama dijawab oleh Sdr Rafizi Ramli secara teknikal dan tidak perlu saya ulang kembali jawapan terhadap persoalan sebodoh ini. Kununnya terdapat kelibat CCTV Anwar disekitar hotel berkenaan, adakah benar itu Anwar kerana pelaku yang beraksi di dalam video berkenaan pun mereka boleh tuduh Anwar, pelik apanya jika ada CCTV yang merakam kelibat orang yang sama?

Satu lagi hujah dangkal Presiden GAPS adalah beliau mendakwa adalah mustahil untuk Super-imposed terhadap video apatah lagi selama 22 minit. Siapa pakar yang digunakan untuk mengatakan mustahil itu? Yusry KRU? Apa kehebatan dan kepakaran Yusry KRU yang boleh menilai mustahil atau tidak sesuatu video dilakukan Super-imposed? Jika sekadar bikin filem `Cicak Man' belum boleh dikatakan pakar.

Kita tidak persoalkan tulin atau tidak video seks berkenaan. Samada tulin atau tidak sesuatu video seks, adalah menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja untuk memiliki, menyimpan atau pun menayangkannya. `Tukang tayang' telah mengaku tetapi sehingga kini mereka tidak didakwa. Soal pelakunya, kita juga mahu tahu siapa pelakunya. Tiada cara lain di dalam kes ini melainkan mengikut cara yang diajar di dalam Islam kecuali Presiden GAPS tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya. Jika begitu, memang wajar Presiden GAPS menyenaraikan 15 dalil berkenaan./wfauzdin.blogspot.com

Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2

Milosuam
Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam. Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.

1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia

Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto).

Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay.

2) Perniagaan membekal baja dari Thailand

Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay.

Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak.

Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T.

Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra.

3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok'

Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura.

Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider]

Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan.

Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau.

ReJaM© "Kata bidalan Melayu Rasis, kalau jumpa keling dengan ular, bunuh keling dulu..."

Gadis acu pisau ketika ditangkap khalwat

TANAH MERAH: Seorang gadis berusia 22 tahun berlagak samseng apabila mengacukan pisau kepada sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Tanah Merah ketika cuba ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan kekasihnya di Jalan Jedok, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, gadis terbabit mengamuk apabila menjatuhkan beberapa barangan di dalam rumahnya termasuk peti sejuk sebaik dimaklumkan akan ditahan.

Lebih mengejutkan, gadis yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi itu turut menendang kekasihnya berusia 24 tahun sehingga tersembam ketika dipujuk supaya meletakkan pisau yang dipegangnya.

Difahamkan, gadis itu bertindak demikian bagi mengelak ditahan selain tidak mahu kegiatan maksiatnya diketahui keluarga serta jiran kerana ketika serbuan, dia dipercayai tinggal seorang diri di rumah selepas ibu bapanya ke Kuala Lumpur dan ketiadaan keluarga memberi peluang kepadanya membawa kekasih dari Kota Bharu masuk ke rumah.

Menurut sumber, pejabat JHEAIK Tanah Merah menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 11 malam memaklumkan ada kegiatan maksiat di rumah di Jalan Jeduk, di sini, sebelum empat anggota Skuad Amru melakukan serbuan.
-hmetro-

Pakatan junjung Islam sebagai agama rasmi – Anwar


Pada 8hb September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, Sdr Lim Kit Siang dan saya sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama menegaskan Pakatan Rakyat menjunjung prinsip asas Perlembagan Persekutuan, antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Perkara 3 iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan.
Persetujuan bersama ini tidak pernah berubah malah menjadi asas kepada Pakatan Rakyat menggarap sebarang kebijakan seumpama Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
Namun hari ini, pimpinan Umno melalui suaranya iaitu Utusan Malaysia sanggup merendahkan martabat dan maruah sehingga sanggup menabur fitnah dengan memintal kononnya Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah negara Kristian serta menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Saya mengecam pimpinan Umno dan akhbar Utusan kerana cuba mengapi apikan sentimen perkauman sempit dan agama. Kini jelas ada antara pimpinan Umno percaya politik fitnah dengan meniupkan api perkauman sempit dan agama ini akan mengekalkan kekuasaan mereka.
Saya yakin bagi pimpinan Umno sekarang ini, apa yang ditakutkan adalah kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan kerana itu mereka tidak menghiraukan sekiranya fitnah yang dipintal menjejaskan keharmonian di negara ini.
Hakikatnya rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan fitnah serta propaganda yang melampau. Mereka kini sedar Umno sanggup berbuat apa sahaja hatta menghancurkan negara ini demi untuk terus kekal berkuasa.
Rakyat Malaysia mampu menilai bahawa Pakatan Rakyat berusaha keras membawa kemakmuran ekonomi dan juga memastikan keharmonian antara kaum yang berasaskan rasa saling hormat menghormati tidak terjejas.
ANWAR IBRAHIM

Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila mmemainkan isu agama rasmi di Malaysia.
Mengikut nota admin blog Datuk Seri Anwar Ibrahim, Utusan dengan mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.
“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.
“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis nota itu lagi.
Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin  Perlembagaan,” kata penyataan itu.
Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia?

Milosuam
PAPARAN muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang tajuk besar "Kristian Agama Rasmi?". Jelas sekali tanpa berselindung, niat akhbar rasmi milik gerombolan songkok tinggi itu mahu mencetuskan perasaan benci rakyat beragama Islam di negara ini kepada orang-orang Kristian. Dengan berbekalkan artikel provokasi dari blog-blog jalanan gerombolan songkok tinggi, Utusan kini jadi medium menanam kebencian dan memecah belahkan rakyat Malaysia.

Seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM sebelum ini, taktik terbaru Najib Tun Razak pada Pilihanraya Umum kali ini adalah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan.

Barisan Nasional sudah mula menanamkan kebencian Melayu kepada kaum cinasebelum ini dengan mengedarkan VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia rujuk sini [Karnival 1 Malaysia].

Kali ini demi mengekalkan kuasa, Barisan Nasional memainkan isu agama pula untukmelaga-lagakan orang Islam dan orang Kristian. Telah berulang kali ReJaM© tekankan, kita harus berhati-hati dengan dua isu yang selalu dibangkitkan oleh Barisan Nasional, iaitu "isu kaum" dan "isu agama", dua isu ini akan membawa kita kepada huru hara, dan mencetuskan pertumpahan darah antara rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa.

Demi mengekalkan kuasa Najib Tun Razak sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat asalkan dia kekal menjadi Perdana menteri. Perdana Menteri bangsat ini tidak peduli jika rakyat saling berbunuhan, tidak peduli mayat rakyat bergelimpangan akibat dari isu kaum dan agama yang dicetuskan ini. Bila rakyat sudah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri, Najib dan pemimpin gerombolan songkok tinggi yang lain boleh lari menaiki jet atau pesawat peribadi untuk bersembunyi di luar negara.

Lihat sahajalah semua kempen Barisan nasional kini semuanya berbaur provokasi perkauman dan agama. Jika anda sayangkan keamanan negara ini, ayuh tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang bangsat ini! Lihat sahajalah, di depan mata dan batang hidung anda, masyarakat cuba dipecah belahkan. Ini semua demi kuasa, demi wang ringgit.

ReJaM© "Rakyat mampos mereka tak peduli, yang penting Barisan Nasional terus memerintah dan Najib terus jadi Perdana Menteri!"

Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar- che GuBard

che'GuBard
1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana UMNO memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.

4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.

5. Di kesan antara puncanya ialah berita di TMI yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti.

6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya.

7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.

8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?

9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.

10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang BN dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.

11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.

12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.

13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung dan menyamar dengan nama 'sumber'.

14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.

15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.

Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya.

16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.

Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.

Guru-guru semakin benci, meluat dengan Umno BN, salah Muhyiddin

amkns
Nampaknya guru-guru di Malaysia ni semakin tertakin. Saban hari ada saja aduan, keluhan disiarkan dalam akhbar. Itu yang disiar dalam akhbar, belum lagi di facebook, blog, kedai kopi, pejabat guru, kantin sekolah. Dah menterinya sibuk dengan politik, sibuk anjur pertandingan tarian terkangkang-kangkang pelajar sekolah perempuan. Bila masa nak gaji beban guru. 

Jangan lupa baca keluhan guru-guru kita di bawah ini yang pemimpin Umno tak ambil peduli kerana sedang sibuk dengan video porno, isu DAP pengkhianat Melayu dan sedang sibuk nak meminang PAS.

Artikel sebelum ini:
Kementerian Pelajaran galakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian terkangkanghttp://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html
Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam (mahal rantai dari beruk)http://amkns.blogspot.com/2011/05/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan.html

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Tugas pentadbiran jejas fokus guru

HASIL kajian daripada jawatankuasa mengkaji beban tugas guru telah ditanya banyak pihak. Sudah siapkah laporannya dan bila mahu diumumkan?

Kementerian Pelajaran wajar memberi penjelasan supaya kedudukan yang sebenarnya difahami dan diharap rumusan kajian dapat diterima guru dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab.

Jadi tidaklah guru ternanti-nanti. Ini disebabkan penubuhan jawatankuasa itu sudah diumumkan sejak setahun lalu.

Ada pihak menganggap beban tugas ini seolah-olah memberi gambaran sikap guru yang kurang dedikasi menyebabkan tugas mereka dilihat begitu membebankan. Sebenarnya, kita perlu melihat perkara ini secara positif. Tidak wajar mengaitkan guru yang mempersoalkan beban tugas sebagai kurang komitmen. Malah, atas rasa tanggungjawab perkara ini dikemukakan agar tugas tambahan tidak terlalu banyak sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

Kebanyakan guru mendakwa mereka tetap mengutamakan tugas asalkan dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Jika ini tugas guru, mereka rela berkhidmat dengan lapang dada dan tidaklah dianggap sebagai beban.

Kita boleh berkata guru perlu dedikasi, serba boleh dan bijak mengurus masa agar dalam menjalankan tugas tambahan, tugas P&P tidak terabai. Adakah kita yakin seorang guru yang sibuk dan kepenatan menjalankan tugas pentadbiran, maka tugas P&P tidak terjejas?

Tugas hakiki bermaksud kemahiran mengurus kelas secara profesional agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tugas ini hendaklah dipastikan tidak terganggu dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut perancangan kerana inilah faktor utama menentukan kualiti sesebuah sekolah.
Jika guru terlalu sibuk dengan tugas pentadbiran, dikhuatiri fokus dan minat terhadap P&P semakin merosot. Kita tidak mahu ada guru yang tidak sempat membuat persediaan, menyediakan alat bantu mengajar, memeriksa buku latihan dan terlambat masuk kelas kerana terlalu sibuk dengan kerja pentadbiran. Yang pasti guru tidak dapat masuk kelas kerana bertugas di luar sekolah.

Ada masanya pihak pentadbir meminta guru menyiapkan laporan segera kerana ini arahan pihak atasan walaupun ketika itu guru ada tugas P&P. Pandai-pandailah guru bertindak menghadapi tugas yang semakin banyak asalkan semuanya beres. Mungkinkah dengan keadaan begini kita dapat mencapai pendidikan berkualiti?

Persoalannya sejauh mana seseorang guru itu mampu melaksanakan semua tugas dengan berkesan? Elok dibuat kajian untuk melihat hubungan antara tahap keupayaan guru dan keberkesanan hasil kerja. Kajian juga perlu menjurus ke arah mewujudkan garis panduan untuk pentadbir dalam pengagihan tugas tambahan kepada guru supaya tidak melampaui had maksimum yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Guru jalankan tugasan luar terpaksa tinggal di asrama

BARU-BARU ini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) melalui unit sukan mengadakan pelbagai pertandingan sukan peringkat negeri di seluruh negeri ini dan ramai guru terbabit sama ada menjadi jurulatih, pengurus pasukan, pengadil dan pengiring kepada peserta atau pelajar yang mewakili daerah masing-masing.

Malangnya, kami guru turut tinggal di asrama sekolah dengan tilam yang berkerak, tidak bercadar, berbantalkan lengan atau beg baju sendiri serta mandi di bilik mandi bersama pelajar.

Antara guru yang terbabit bersama peserta atau pelajar berada pada gred jawatan DG41, DG44, malah ada Guru Penolong Kanan DGA32 atau guru besar DGA34.

Saya kira tiada pegawai atau penjawat awam yang berada di gred 41 atau 44 akan tinggal di asrama, malah kumpulan ini akan berada di hotel.

Malang sungguh nasib guru, malah orang awam tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Lebih mendukacitakan, kami guru yang menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar ke tempat kejohanan sama ada di dalam daerah atau luar daerah tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan dengan menggunakan jarak perjalanan sebaliknya menuntut kadar satu tempat duduk teksi pergi dan balik saja, walhal kami mengangkut pelajar setiap hari pagi atau petang.

Kami juga dilarang menuntut sekurang-kurangnya lojing menggantikan tinggal di asrama sekolah, terdapat guru yang sudah tidak mahu tinggal di asrama kerana pada zaman persekolahan mereka sudah berlalu tetapi masih bersama pelajar tidur di tilam berkerak dan bantal busuk.

Baru-baru ini, sahabat saya yang mengiringi pelajar ke Karnival Muzik Sekolah Pahang turut mengalami perkara yang sama dan lebih malang bertugas mengawasi muridnya dalam tempoh yang panjang termasuk pada cuti umum sedangkan kakitangan awam lain seronok bersama keluarga masing-masing.

Diharap pihak Kementerian Pelajaran dan jabatan negeri masing-masing memikirkan bagaimana menjaga kebajikan guru yang menjalankan tugas di luar waktu pejabat dan di luar kawasan serta keselamatan mereka.

GURU SEDIH,
Temerloh, Pahang.