"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Khalid bimbang Azmin jadi presiden PKR?

Muda Mohd. Noor 
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali kerana menyedari timbalan presiden PKR itu berpotensi menjadi presiden parti dalam pemilihan parti April depan.
“JIka Azmin menjadi presiden (PKR), Khalid akan tergugat, karier politik Khalid termasuk jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya mungkin berakhir.

“Jika itu berlaku, Khalid akan menerima tergugat,” kata timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Syukor Idrus.

Adun Kuang itu menganggap Khalid curiga dengan keakraban Azmin dengan pengurus besar PKNS, Othman Omar.

Menurutnya, barangkali Khalid berpendapat beberapa tindakan Othman berdasarkan hubungan baiknya dengan Azmin.

“Sebab itu Khalid pindahkan Othman,” dakwa Syukor lagi.

Adun Umno itu turut mendakwa, cita-cita Azmin untuk menjadi menteri besar Selangor masih belum padam terutama sejak dilantik menjadi pengerusi PKR negeri.

Bagaimanapun, dakwa Syukor, Adun-Adun DAP tidak setuju menyebabkan cita-cita Azmin belum menjadi kenyataan.

“Tetapi ini tidak bermakna, Azmin tidak mahu menjadi menteri besar Selangor lagi,” tambahnya.
Menurutnya, yang menjadi mangsa sekarang Othman dan penjawat awam dan sekaligus menyebabkan matlamat penubuhan PKNS tersasar jauh.

Rakyat Selangor, katanya bimbang dengan kemelut kepimpinan PKR itu menyebabkan PKNS gagal menjaga kepentingan rakyat negeri dan orang Melayu khususnya.

Gempar!! 13 orang ditahan disyaki merogol seorang gadis 20 tahun secara bergilir-gilir atas arahan JKK

Kolkata: Polis India semalam menahan 13 orang yang disyaki merogol seorang wanita berusia 20 tahun secara bergilir-gilir atas arahan jawatankuasa kampung.

Kejadian Selasa lalu itu berlaku di perkampungan terpencil di negeri Bengal apabila wanita dari suku kaum Santhal yang belum berkahwin itu dituduh menjalin hubungan dengan seorang lelaki Islam kampung bersebelahan.

Jawatankuasa dibentuk untuk menangani kes itu mengenakan denda 25,000 rupee (RM1,330) terhadap keluarga mangsa, tetapi mereka gagal membayarnya, kata pegawai polis daerah, Superintendan C Sudhakar kepada media. “Mangsa dihukum dirogol secara bergilir-gilir kerana menjalin hubungan dengan g pemuda dari masyarakat lain selepas gagal membayar denda itu. “Semua 13 suspek, termasuk ketua jawatankuasa kampung yang dilaporkan ke pihak berkuasa sudah ditahan,” katanya.

Kejadian di perkampungan Subalpur, kira-kira 240 kilometer ke barat Kolkata itu berlaku selepas pasangan terbabit ditemui berdua-duaan.

“Ketua jawatankuasa kampung mengadakan mesyuarat tergempar selepas wanita itu dan kekasihnya ditemui sedang memadu kasih.

“Kedua-duanya kemudian diikat pada pokok berasingan sebelum masing-masing didenda RM1,330 kerana berpacaran,” katanya. Kekasih wanita itu dibebaskan selepas bersetuju membayar denda itu dalam tempoh seminggu, manakala mangsa dibawa ke sebuah khemah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Jawatankuasa kampung yang terdiri daripada beberapa warga tua mempunyai pengaruh yang kuat di pedalaman India, terutama di utara negara itu. Mereka sering mengeluarkan arahan atau menjatuhkan hukuman sesuka hati terhadap sesiapa saja yang disyaki melanggar kepercayaan atau amalan tradisi masyarakat. - AFP
Foto
SEBAHAGIAN daripada suspek yang ditahan dalam kes rogol bergilir-gilir di Subalpur, India, semalam.
-hmetro-

Gambar Sultan Johor dengan kereta plat W1N dan kereta plat WWW1



Kemelut isu penyingkiran Azmin? Baca kronologi peristiwa

Dokumen Cabutan daripada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke-35 mengenai isu penyingkiran Azmin (gambar kecil).

Kemelut penyingkiran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akhirnya terjawab semalam. Betul ke maklumat ini??

Ini berikutan dokumen minit mesyuarat EXCO berhubung pelantikan ahli lembaga pengarah yang didedahkan kerajaan negeri kepada media semalam, mengesahkan nama Azmin tidak ada dalam senarai pelantikan semula yang diputuskan dalam mesyuarat pada 13 November tahun lalu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mesyuarat itu hanya menimbang dan meluluskan pelantikan semula ADUN Chempaka, Iskandar A Samad dan membuat pelantikan baru ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim sebagai ahli lembaga pengarah.

Keputusan itu kemudian disahkan dalam mesyuarat 4 Disember yang juga dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Kertas Ringkasan yang dibentangkan oleh Menteri Besar pada mesyuarat 13 November ada juga menyatakan seorang lagi ahli akan ditentukan kemudian, tetapi tidak menyatakan nama Azmin.

Edar kronologi peristiwa

Berdasarkan kronologi peristiwa yang turut diedarkan, Setiausaha Dewan menghantar minit mesyuarat itu kepada PKNS untuk pemakluman agensi itu.

PKNS dalam surat bertarikh 8 Januari kemudian memaklumkan Azmin bahawa kedudukannya sebagai ahli lembaga pengarah telah ditamatkan berkuat kuasa 4 Disember.

Turut terkandung dalam dokumen yang didedahkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar itu ialah satu salinan Kertas Ringkasan yang dibentangkan Abdul Khalid pada 13 November yang mengesyorkan kepada mesyuarat EXCO bahawa jawatan Iskandar, Azmin dan ADUN Kinrara, Teresa Kok Suh Sim, dikekalkan sehingga tamat tempoh pada 10 Februari 2015 atau digantikan dengan calon lain yang bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing.

Kertas Ringkasan itu juga ada menyatakan ulasan pejabat Menteri Besar, antaranya kedudukan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah sesuai untuk dikaji semula kerana beliau telah mengembalikan kemudahan yang diterimanya.

Penang Wasabi..

Dihalang memasuki Jepun: Anwar patut salahkan diri sendiri

Aspan Alias
Takahari Suegami, dari Kedutaan Jepun telah memberikan sebab kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu empat hari yang lepas. Penyebabnya bukannya kerajaan Malaysia atau UMNO. Penyebabnya adalah Anwar sendiri. Setiausaha Kedua Kedutaaan Jepun itu telah menyatakan Anwar tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun. Di negara Jepun jika seseorang itu pernah di penjarakan perlu memohon visa dahulu sebelum memasuki negara itu.

Walaupun rakyat lain seperti Azeez Rahim dan Shahidan Kasim atau Shahrizat Jalil boleh memasuki Jepun tanpa visa tetapi kepada sesiapa yang telah di sabitkan kesalahan jenayah seperti Anwar mesti memberitahu Kedutaan Jepun sebelum berangkat dan meminta visa kemasukan beliau ke negara itu.

Itu sebabnya pihak Imigresen Jepun telah memberitahu Anwar yang penyekatan kemasukan beliau ke Jepun itu adalah di sebabkan pensabitan kesalahan beliau pada tahun 1999 dahulu. Kemasukan Anwar beberapa kali sebelum ini dibenarkan oleh pihak Imigresen Jepun kerana semasa itu ada pihak yang telah menyediakan visa untuk Anwar.

Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat ‘special arrangement’ untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.

Anwar sepatutnya memohon visa itu di Kedutaan Jepun dari menuduh pihak kerajaan memainkan peranan untuk sekatan terhadap kemasukan beliau ke Jepun itu. Jangan memohon visa itu dari UMNO atau kerajaan Malaysia. Minta visa itu dari Kedutaan Jepun.

Anwar sekarang sepatutnya sedar yang kegagalan beliau memasuki Jepun bukannya salah kerajaan kita. Ia adalah kesalahan beliau sendiri. Anwar tidak boleh membuat ‘equation’ dirinya sama dengan Azeez Rahim atau Shahrizat Jalil kerana mereka berdua ini belum sabit dengan apa-apa kesalahan dimahkamah.

Walaupun ramai pemimpin UMNO, termasuk Presidennya sendiri diketahui umum banyak melakukan kesalahan tetapi mereka belum lagi disabitkan kesalahan mereka dalam mahkamah. Itu sebabnya Rosmah dan ramai yang lain boleh masuk negara Jepun tanpa halangan kerana mereka ini belum lagi didapati bersalah di mahkamah. Negara Jepun bergantung sepenuhnya kepada sistem pentadbiran yang mantap.

Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.

Di sini sistem ada, tetapi tidak terpakai kerana kerakusan pemimpin boleh mengenepikan sistem untuk kepentingan mereka dengan menghormati pengasingan kuasa di negara ini. Kita juga ada sistem pengasingan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciari nya, tetapi tidak terpakai kerana Eksekutif telah merampas semuanya dan menentukan perjalanan Badan Kehakiman.

Pernah dahulu Eksekutif menubuhkan Tribunal dalam tempoh sehari pada hari cuti umum pada tahun 1988 dahulu untuk membuang Ketua Hakim Negara. Sistem itu ada, tetapi dicerobohi oleh politik. Tribunal itu di tubuhkan pada hari Ahad dan juga Hari Buruh.

Mungkin Anwar terlupa yang negara yang beliau lawati itu adalah negara yang ber'sistem'. Mungkin beliau menganggap sistem di Jepun sama seperti sistem disini. Mungkin Anwar merasakan yang di Jepun politik boleh menceroboh bidang undang-undang seperti yang beliau sokong Dr Mahathir melakukannya pada tahun 1988 dahulu.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa itu, Anwar menyokong kuat tindakan Dr Mahathir mencerobohi Badan Kehakiman semasa itu. Hanya sejak dibuang oleh Dr Mahathir sahaja Anwar bercakap tentang sistem dan perkara-perkara yang lain yang berhubung kait dengan sistem berkerajaan ini.

Sekarang kita sudah tahu cerita sebenarnya kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun. Tetapi jika minggu hadapan Anwar memohon visa untuk ke negara itu saya yakin beliau tidak akan dihalang lagi oleh pihak Imigresen di sana.

Pencerahan Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun itu boleh diyakini, kerana di negara yang ber'sistem' itu apa yang diperkatakan oleh pegawainya itu selalunya tidak berubah, Ia tidak seperti di negara kita ini yang sentiasa berubah kenyataan pegawai dan pemimpinnya. Sebab ia berlaku begini, ialah kerana kita tidak menghormati sistem sebaliknya kita utamakan politik peribadi.

Bolehkah kemelut di Selangor diselesaikan jika Azmin dilantik jadi MB Selangor?

Shahbudin Husin
Krisis berlarutan di Selangor berhubung kedudukan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, membuatkan orangramai mula mempertikaikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Daripada soal sekecil kedudukan Azmin dalam PKNS, Khalid terlihat begitu kalut untuk menyelesailan isu tersebut sehingga diheretnya sekali Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek.

Daripada awal, jawapan beliau nampak berbelit-belit sehingga lebih mudah menujukan kesalahan berhubung pengguguran Azmin ke bahu Pengurus Besar sedangkan beliau adalah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Sesiapa pun yang tahu pengurusan korporat memahami bahawa kedudukan Ahli Lembaga Pengarah adalah dibawah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Agak malang akhirnya, Orhman dan Norita dihukum dengan dipindahkan ke pejabat SUK.

Pertelingkahan antara Khalid dan Azmin ini bukan saja menampakkan adanya kecacatan apabila parti dipegang oleh tangan lain manakala pentadbiran kerajaan dipegang oleh pihak lain. Walaupun tujuan asalnya adalah baik iaitu untuk mewujudkan "check and balance" tetapi apabila melibatkan kuasa, jarang ada pihak yang sanggup menjadi terbuka untuk kuasanya diperiksa dan diseimbangkan. Kuasa selalunya sentiasa ingin diperkukuhkan.

Meskipun berolehnya PKR pada kuasa Menteri Besar adalah atas ehsan Pas dan DAP berikutan kedua-dua parti itu mempunyai 15 kerusi DUN manakala PKR hanya 14 sahaja, sudah sampai masanya PKR kembali menjadikan kedudukan parti menguasai kerajaan.

Oleh kerana Azmin yang menjadi Pengerusi PKR Selangor, beliau seharusnya segera dijadikan Menteri Besar untuk mengatasi kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Tidak dapat dipastikan bagaimanakah penyelesaiannya kes kedudukan Azmin ini dalam PKNS tetapi selagi adanya dua nakhoda dalam PKR Selangor, satu pihak menguasai parti dan satu pihak lagi menguasai kerajaan negeri, selagi itulah masalah akan timbul.

Dalam hal ini PKR haruslah tidak lupa kepada sejarah Kedah di mana krisis yang berlarutan antara Allahyarham Azizan Razak dengan Pahrolrazi Zawawi selama bertahun-tahun akhirnya telah menyebabkan kerajaan PAS dapat ditumbangkan oleh BN dalam pilihanraya umum lalu.

Meskipun mungkin ada banyak sebab lain yang menyebabkan tumbangkan kerajaan Pas di Kedah tetapi harus diakui salah satu sebab besarnya ialah krisis yang tidak sudah-sudah antara kedua pemimpin tersebut.

Krisis yang berlarutan terlalu lama dah tiada jalan penyelesaian akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan menyampah. Walaupun Khalid mempunuai rekod baik dalam mentadbir negeri dan dapat menambah kantung perbendaharaan negeri dengan jumlah yang banyak tetapi rekod itu boleh dilupakan jika tidak bijak menyelesaikan krisis dan menyebabkan pentadbirannnya kelihatan tidak aman.

Walaupun dalam keadaan sekarang Anwar dan Wan Azizah seperti ingin menjaga dan mengekalkan kedua-dua pihak itu iaitu Khalid dan Azmin terapi sebenarnya sudah sampai masanya pilihan yang tegas dibuat. Azmin harus dijadikan Menteri Besar Selangor, sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR negeri. Jika mahu juga mengekalkan Khalid, berilah beliau tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Azmin yang juga menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, hendaklah diberi pengkhususan untuk memantapkan parti di peringkat nasional.

Ketegasan Anwar sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak harus ditangguhkan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Jika tidak bersedialah untuk menerima rasa muak dan menyampah yang akan terus meningkat serta berisiko kehilangan Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Harun Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri (Gambar)

Harun Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.
Harun Din stabil di IJN
Harun Din stabil di IJN
Hadi melawat Harun Taib

Kenapa Harga Gula Malaysia Mahal?

Orang atas merupakan punca kos sara hidup meningkat.

Tidak wajar sekiranya kerajaan tidak mampu menanggung subsidi gula, kerana trend dunia menunjukkan penurunan harga, kata Penyelidik Institut Rakyat (IR), Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

“Trend harga gula menurun ketika ini. Jadi tidak wajar kerajaan tidak boleh menampung subsidi,” katanya.

Azrul berkata, kadar harga gula yang diimport dari sesebuah negara adalah berdasarkan harga pasaran sesuatu kontrak ditandatangani.

Jelasnya, kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan semasa rakyat dan kebarangkalian kenaikan harga secara teliti.


Laman web Futures pada September 2013 melaporkan peningkatan pengeluaran gula di Brazil, India dan Thailand, dalam masa yang sama permintaan gula rendah di pasaran dunia menyebabkan harganya rendah.


Justeru, Azrul membayangkan Malaysia tidak menyediakan pakar untuk membaca pasaran selain kumpulan perunding sebelum membuat sesuatu perjanjian dengan pengeluar gula antarabangsa.

“Kita bimbang kerajaan memuktamadkan kontrak pada harga yang tinggi. Bila harga gula di pasaran dunia menurun, Malaysia tidak ada pilihan.

“Katakanlah Malaysia telah tanda tangan sesuatu kontrak bagi tempoh tiga tahun. Kita kena patuh kepada perjanjian tersebut,”
jelasnya.

Pengurus restoran bersalah rogol isteri bawah umur

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini mendapati pengurus restoran, Riduan Masmud, bersalah kerana merogol seorang gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.

Bagaimanapun Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menetapkan Isnin depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Riduan.

Ummu Khaltom berkata hukuman ditangguhkan sementara meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak.

Riduan, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol pelajar perempuan berumur lingkungan 12 tahun sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam
sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Februari tahun lepas.

Dia berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu.

Bagaimanapun, pada 6 Jun, Jabatan Peguam Negara berkata pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin manakala Riduan diwakili peguambela Y.S. Lo dan Timothy Daut.

Hadir selaku peguam pemerhati ialah Mary Lee bagi Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC Pulau Pinang), Sisters in Islam dan Mama Anne of Bukit Harapan, serta peguam Mary Florence Gomez bagi Persatuan Undang-undang Sabah dan Suara Kanak-kanak Malaysia.
-Bernama-

Rumah Anti-Kiamat Ini Bernilai USD 11.5 Juta

Rumah anti-kiamat ini memiliki luas 390,19 meter persegi, dan terletak di Yellow Jacket, sebuah kota sepi di Colorado, Amerika.

Dinding rumah ini terbuat dari konkrit yang dilapisi baja tebal. Itu membuat struktur rumah ini begitu kuat, sehingga dikatakan tahan gempa. Jika dilihat dari luar, rumah ini hanya nampak seperti sebuah bangunan yang membosankan. Namun, jika dilihat ke dalam, ini adalah sebuah rumah mewah yang dilengkapi dengan rekaan dalaman yang indah. Ini mungkin adalah bunker paling mewah yang pernah ada di dunia.

Bukan hanya itu. Rumah ini juga memiliki sistem tujuh tahap penyaringan air dan empat sistem daya yang dipasang terpisah di rumah tersebut. Sebagaimana disiarkan Curbed.com, rumah ini juga memiliki menara radio setinggi 30,48 meter dan sebuah landasan helikopter.

Rumah ini dibina pada tahun 2003 lalu, dan sekarang dijual seharga USD 11.5 juta. -malaysiasensasi
 


 -tranungkite-

7 dipercayai ahli Perkasa dan Pekida ditahan polis kerana menyerang dan memukul

Omakkau
Tujuh dipercayai ahli Perkasa dan Pekida ditahan polis kerana menyerang dan memukul pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya Georgetown semasa operasi meroboh premis penjaja haram.
Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan-omakkau

Celaka sungguh manusia yang lebih ganas dari binatang ganas ini? (Gambar)

Inilah suspek yang dipercayai merogol dan meliwat seorang kanak- kanak perempuan hingga mengakibatkan kematian kerana usus keluar melalui dubur. Suspek dikatakan seorang penagih dadah dan menjadi rakan kepada ibu mangsa.

Ini pula adalah ibu kepada mangsa yang juga merupakan seorang penagih dadah dan pengedar dadah secara kecil kecilan.
Ibu kepada kanak kanak malang ini dikatakan telah bertindak menjual anaknya yang berumur 2 tahun (mangsa) untuk dijadikan pemuas nafsu kepada penagih-penagih dadah ini dan mereka bergilir-gilir merogol mangsa hingga mati.

Panas!! Kes Altantuya: Sirul hilang, mahkamah akan batalkan rayuan pendakwa raya? Seperti dijangka tiada siapa terhukum!!! WAYANGGGGG!!

 Peguam Kamarul HIsham Kamaruddin memberitahu Koperal Sirul Azhar Umar tidak pernah menghubunginya sejak dibebaskan. Gambar fail.
Peguam Kamarul HIsham Kamaruddin memberitahu Koperal Sirul Azhar Umar tidak pernah menghubunginya sejak dibebaskan.
Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.

Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya”.

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

"Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya.

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.

Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti. – 22 Januari, 2014. 

Semakan di mahkamah sah Nurul mohon cerai

Semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.
-Bernama-

Cerita Panas Harian Brunei Baca kerana ini penting


Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun depan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jangan nampak bentuk b/dada, pakaian jangan fit/hanging, klu pakai seluar jangan fit. Boleh kena dakwa tu.

Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -

(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau

(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70.

Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Beg ini kosong, mengapa?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Alkisah beg kerja hitam

Seorang lelaki bangun di tengah padang. Matahari kelihatan terik tapi suasana mendung diselubungi awan hitam. Dia tidak tahu mengapa dia berada di padang. Di padang mana pun tidak dikenalinya.

Tetiba ada seorang pakcik menepuk di belakangnya.

“Dah sampai masa. Dah kena jalan. Dah tak ada masa. Cepat jalan,” jerit pakcik itu sambil menolak belakangnya untuk bergerak.

“Nak pergi mana?” tanya lelaki itu.

“Pergi tempat yang kamu tak pernah pergi,” jawab pakcik itu.

Pakcik itu memberikan satu beg kerja hitam pada lelaki itu.

“Apa dalam ini?” tanya lelaki itu.

“Benda peninggalan milik kamu,” jawab pakcik.

“Benda peninggalan saya? Saya tertinggal di mana? Baju? Duit?” tanya lelaki itu.

“Bukan. Semua ini bukan milik kamu, ia milik bumi,” jawab pakcik itu.

“Apakah itu ingatan saya?” tanya lelaki itu.

“Tidak. Ingatan kamu milik masa,” jawab pakcik itu.

“Apakah di dalamnya kemahiran saya?” tanya lelaki itu lagi.

“Kemahiranmu milik situasi di mana kamu menggunakan kemahiran kamu,” jawab pakcik itu lagi.

“Apakah dalam itu ada kawan dan keluarga saya?” tanya lelaki itu lagi.

“Tidak. Mereka milik laluan hidup kamu,” jawab pakcik itu lagi.

“Apakah dalam itu isteri dan anak saya?” tanya lelaki itu.

“Tidak. Mereka milik hatimu?” jawab pakcik itu lagi.

“Apakah dalam itu jasad saya?” tanya lelaki itu.

“Tidak. Jasadmu milik habuk,” jawab pakcik itu lagi.

“Saya tak faham. Jadi apakah dalam beg hitam ini?” tanya lelaki itu sambil membuka beg tersebut.

Sejurus dibuka, lelaki itu terus menangis.

“Beg ini kosong. Mengapa?” tanya lelaki itu.

“Itulah yang kamu miliki – waktu ini. Waktu ini kamu kena pilih antara bangun atau ikut aku,” jawab pakcik itu.

Tetiba…

“Encik, boleh dengar tak? Encik boleh dengar tak? Siapa nama encik? Tahukah siapa encik?” lelaki itu kedengaran suara seorang perempuan bertanya padanya.

Lelaki itu membuka mata, dalam samar-samar lelaki tersebut terlihat seorang jururawat sedang berkata-kata dengannya.

Setelah sedar, lelaki tersebut baru tahu dia terlibat dengan satu kemalangan yang dahsyat. Nasib baik tiada yang mati, hanya dia koma seketika dan dibawa ke hospital dengan luka di kepala.

Lelaki itu melihat ada beg hitam kerjanya di tepi katil…

Rupanya tadi perbualan dengan pakcik itu hanya dalam mimpinya sewaktunya koma. Dia hampir mati, menurut jururawat yang merawatnya tadi.

Namun perbualan dengan pakcik itu diingatnya sehingga hari ini – bahawa manusia tiada mempunyai apa-apa di duniawi ini. “Itulah yang kamu miliki – waktu ini.”

Lelaki itu membuka beg hitam kerjanya – dalamnya terdapat satu nota kad yang dihadiahkan oleh Ustaz Azizan. Lelaki tidak sempat membacanya lagi.

“Jangan butai nafsu kamu dengan mengejar benda-benda yang kamu tidak boleh bawa ke akhirat. Ayah doakan Allah membuka mindamu untuk kamu memahami apa yang ditulis ayah,” baca nota yang ditulis ustaz kesayangannya yang dipanggilnya ‘Ayah’.

Wahai anakku,
Segalanya hanya sementara. Apabila kamu meninggalkan dunia ini, tiada apa yang boleh dibawa. Oleh itu, jangan terlalu taksub mengejar kebendaan ciptaan manusia.

Belajarlah hidup dengan nikmat bersyukur dengan apa yang ada daripada merungut dengan apa yang tiada. Semestinya yang ada sebenarnya jauh lebih bernilai daripada apa yang tiada.

Senyum

Khalid nafi tandatangan surat perlucutan Azmin

Jamilah Kamarudin 
KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau menandatangani surat perlucutan jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
”Saya tak tandatangan surat tu. Keputusan (perlucutan) itu berasaskan surat Pengurus Besar jadi sebab itu kita gantung dia. Kita mahu cari kebenaran di sebalik surat itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata isu Azmin tidak dibincangkan dalam mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah PKNS semalam.

Sekaligus mengesahkan keputusan untuk melucutkan Azmin dalam PKNS kekal buat sementara seperti yang diputuskan melalui surat bertarikh 8 Disember lalu.

Menurutnya, isu utamanya tiada kaitan dengan Azmin sebaliknya ia membabitkan integiriti penjawat awam apabila berlakunya pertikaian kuasa Pengurus Besar tidak mengikut arahan kerajaan negeri.

Tegasnya, Pengurus Besar tidak ada hak menandatangani sebarang surat pelantikan dan perletakan jawatan melainkan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Timbalan Pengarah PKNS.

Sehubungan itu pihaknya akan memanggil Transparency International (TI-M) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti dokumen yang dikeluarkan kerajaan negeri dan dokumen lain yang dikeluarkan Pengurus Besar dan Setiausaha PKNS dalam masa terdekat.

Katanya, siasatan itu berkemungkinan akan selesai dan akan dibentangkan selewat-lewatnya selepas Tahun Baru Cina.

“Oleh kerana kes ini ada kaitan dengan politik oleh sebab itu saya meminta Setiausaha Kerajaan Negeri yang kendalikan kes ini supaya memberi keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau turut bersedia untuk mendedahkan dokumen minit mesyuarat Exco kepada umum esok selepas meneliti ia tidak bercanggah dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ditanya mengenai nasib Pengurus Besar PKNS Othman Omar dan Setiausahanya Norita Mohd Sidek, Abdul Khalid berkata jawatan mereka akan digantung sementara menunggu siasatan selesai.

Khalid dalam kenyataannya semalam mengarahkan Othman dan Norita bertukar tugas ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri secara serta-merta.

Katanya, pertukaran itu bersifat sementara bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan yang melibatkan fakta dan undang-undang.

Pagi tadi, Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi pula mengesahkan dakwaan kononnya status penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin dalam PKNS ditarik balik dan terbatal adalah palsu.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar,” katanya.

Kanak-Kanak Perempuan Dibunuh Kejam Di Dungun (Gambar)

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.

"Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

-Bernama-

Pelik sungguh kes perceraian bekas Sultanah Johor ni

Bekas Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah kerana Mahkamah Syariah terikat dengan fatwaBekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.

Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.

Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.

Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.

"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.

Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.

Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.

Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu. 
-TMI-