"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Dosa UMNO pada PAS bolehkah dilupakan?

kopiahijau
Isu harga gula dan minyak tenggelam dek isu perpaduan antara PAS dan UMNO. Liciknya media haram jadah yang cuba mengalihkan tumpuan rakyat pada masalah negara. Jika UMNO beria-ia nak sangat perpaduan dengan PAS, UMNO kena mengaku segala kesalahan yang telah dibuat pada orang2 PAS antaranya

1. Mengaku atas kesalahan membunuh dan menggelar AsSyahid Ustaz Ibrahim Libya sebagai penderhaka dalam kes Memali.

2. Mengaku salah atas kesalahan mendiskriminasi terhadap kerajaan PAS Kelantan bermula tahun 1990 hingga kini.

3. Mengaku salah diatas penarikan Royalti minyak masa PAS perintah Terengganu dan begitu juga dengan Kelantan

4. Mengaku salah diatas penarikan sumber kewangan sekolah agama Rakyat.

5. Mengaku salah diatas penubuhan JPP dinegeri yang UMNO kalah.

6. Mengaku salah terhadap pertuduhan luar bisasa DSAI ( Pemimpin Melayu).

7. Mengaku salah diatas ketidakperihatinan UMNO dalam menjaga maruah umat Islam khususnya dalam mengawal aktiviti hiburan yang terlampau yang kebanyakan terdiri dari anak-anak melayu.

8. Mengaku salah diatas percambahan program maksiat yang banyak dinegara ini.

9.Mengaku salah diatas kelemahan dan kepincanagan tadbir urus syarikat-suarikat seperti FELDA dan Sime Darby.

10. Mengaku salah diatas sekatan terhadap akhbar2 pembangkang

11. Mengaku salah kerana tidak mengiktiraf Islam yang dibawa oleh PAS. Sebagai contoh Hukum Hudud dikatakan Hudud PAS.

12. Memohon maaf diatas keceluparan ahli UMNO yang mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat.

Cukuplah sekadar itu untuk dijadikan renungan . PAS sewajarnya mengambil kesempatan ini untuk menggantikan UMNO bukannya bekerjasama untuk selamatkan UMNO.

Sifat curiga pada bukan Melayu akan menjadikan PAS sama sahaja dengan UMNO. Inilah masanya bagi PAS sebagai alternatif terbaik untuk memastikan keadilan Islam itu sampai kepada semua bangsa. Bukan seperti yang diamalkan oleh UMNO . Untuk Melayu No (UMNO). Kalau jadi Ketua Bahagian atau ada dalam pimpinan UMNI akan kenyang selama2nya termasuk anak pinak, kaum kerabat.

Perpaduan Islam tidak hanya pada bangsa2 tertentu sahaja.Apa salahnya masyarakat bukan Islam dinegara ini. Jika dahulu masa UMNO tengah kuat ada tak mereka nak wujudkan isu ini?

Pada pimpinan PAS usahlah kita pikirkan sangat soal ini.Fokuskan tumpuan dalam menyebarkan syiar Islam pada orang bukan Melayu dikala PAS kini mula mendapat sokongan dari golongan ini. Lupakanlah UMNO jika PAS inginkan kejayaan yang cemerlang dalam PRU 13. Ingat ! Orang sekarang dah meluat nak sebut UMNO .

Fikirlah yang terbaik mudah-mudahan Allah taala akan memberi kekuatan pada kita semua.Fakta-fakta yang dikemukan ini bukannya sebagai syarat tetapi untuk berkongsi bersama dengan semua siapa UMNO sebenarnya. Mungkin ada lagi yang boleh dikongsi bersama.

Jasmani Harussani tidak haram, tetapi perbuatannya itu macam tak halal

shahil
Assalaamualaikum dan salam hormat.

Tulisan Mohamad Sayuti Omar yang di bawah tajuk Haram dekati Harussani sangat menarik perhatian saya. Sebenarnya mudah sangat untuk memahami kronologi mengapa pehak pemimpin dan pendukung PAS marah sangat dengan Tan Sri Mufti Harussani. Saya menuliskan Tan Sri walaupun janggal kerana dulu ia disebut Sahibussamahah, namun sekarang Tan Sri.

Baiklah kita bicara dengan bahasa yang paling mudah dan kita susun atur satu persatu, dari pandangan saya seorang bloger kemetot.

1.PAS berdasarkan Islam bukan Assobiyyah bangsa, apatah lagi assobiyyah suku sakat dan kroni.

2.Islam adalah untuk semua kaum tak kira Melayu, India, Cina, Bajau, Kadazan, orang putih, orang coklat dan semuanya.

3.Islam mementingkan keadilan walaupun dengan orang bukan Islam. Maka bukan orang Islam yang amanah lebih baik dari orang Islam yang khianat kepada apa yang diamanahkan.

4.Islam adalah syumul bukan separuh-separuh. Sekarang mufti lantang dengan perpaduan melayunya. Tapi bila bab lain dia hanya berkata “saya dah cakap tapi kerajaan tak dengar, apa saya boleh buat”. Maka jika PAS menolak seruan perpaduannya, dia tak bolehlah komplen cakapnya tak di dengar.

5.Sistem pilihanraya Malaysia telah sepakat diterima pakai. Tidak ada fatwa dari mana-mana mufti dan juga majlis Fatwa bahawa haram mengguna pakai sistem pilihanraya sekarang, walaupun ia berasal dari orang putih. Erti mana-mana wakil rakyat yang dipilih adalah sah untuk memerintah.

6.Melalui sisten Pilihanraya sekarang pemimpin boleh jadi dari DAP, UMNO, PAS, PKR, MIC dan lain-lain. Tidak ada fatwa samada dari majlis fatwa dan mufti secara peribadi haram memilih bukan Islam dari DAP jika mereka menang. Samalah orang melayu memilih orang bukan Islam dari MCA.

7.Melayu hanya satu bangsa yang memeluk Islam. Orang Cina dan India, Bajau dan Kadazan juga ramai sekali Islam. Maka Tan sri Mufti Harussani menyeru perpaduan Melayu. Islam Bajau, Islam Cina bagaimana?

8.Mufti Tan Sri Harussani mula mengeluarkan fatwanya supaya melayu bersatu demi Islam hanya timbul setelah Barisan (UMNO) kalah teruk. Tidak timbul ketika PAS terpenyek dahulu. Kalau demikian lebih baik ditukar slogan “Kalau UMNO kalah Islam akan hancur”

9.Perak dimenangi dengan jalan pilihnaraya yang sah. BN dan UMNO melayu hilang kuasa. Tetapi apa kata kalau ADUN UMNO + MCA + MIC melebihi Pakatan Rakyat? Pasti dan memang pasti Tan Sri Mufti Harussani tidak akan menjadi juara perpaduan melayu ini dan tidak akan bercakappun tentangnya.

10.Soalnya apakah Tan Sri Harussani memfatwakan lompat parti itu khianat kepada pengundi atau tidak? Apakah kerajaan Perak sekarang sah atau tidak? Kalau sah, selepas ini parti politik tidak perlulah berkempen kepada rakyat. Tunggu selepas pilihanraya, berkempen kepada ADUN supaya melompat parti.

11.Apa komen Tok Mufti pada saranan Nik Aziz, Datok Harun Din dan lain-lain supaya UMNO menukar dasar sekular kepada dasar al-Quran Hadith?

12.Apa kata kalau Tan Sri Mufti Harussani laungkan pula supaya UMNO menukar dasar kepada Islam dan masuk PAS.

13.Jasmani Tan Sri Harussani tidaklah haram sebagaimana kita tidak boleh membenci jasmani orang jahat. Kerana jahat adalah perbuatan. Namun orang PAS “mengharamkan” perbuatan Harussani yang tidak melihat pokok pangkal masalah ini.

Sekian, sebahagian dari blogger otat kemetot yang tidak ada master Islam dan bukan ahli makrifat.

Dakwaan dibiayai Anwar: Peguam PI Bala minta bukti

Peguam-peguam yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam berang apabila didakwa yuran perundangan mereka dibiayai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

L to R - Amarjeet, americk, manjeet Bala PCSebaliknya mereka mencabar bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari yang membuat tohmahan itu tampil memberikan bukti.

“Saya cabar beliau. Buktikan apa yang anda ada. Tunjukkan kepada kami. Anda tidak mempunyai apa-apa pun, Anuar Shaari, baik di tangan mahupun di kepala anda.

“Saya anggap dia menipu. Anuar adalah pembohong dan tidak berkata perkara yang benar,” kata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon dengan nada marah.

Bukan jenayah

Bercakap pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, Manjeet juga menafikan dakwaan Anuar bahawa beliau telah berkali-kali menawarkan bekas penyokong ketua umum PKR itu - S Nallakarupan untuk menyertai PKR semula.

“Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula?” soalnya.

anuar shaari permatang pauh leave pkr 270307 sadAnuar (kanan) juga memberi bayangan bahawa Anwar menanggung yuran perundangan dan mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

“Kenapa perlu kami mengisytiharkan pendapatan kami kepada pihak yang tidak terbabit. Komen oleh Anuar menunjukkan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia tiada apa-apa,” kata seorang lagi peguam Balasubramaniam - Americk Singh Sidhu.

Manjeet juga berkata jika benar Anwar membiayai yuran mereka, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Ia hanya membuktikan betapa berminatnya untuk melihat mereka yang melakukan jenayah itu diheret ke muka pengadilan. Bukankah itu satu perkara yang baik?” kata Manjeeet.

balasubramaniam holiday villa 070710Peguam-peguam itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka membantu mengendalikan masalah Balasubramaniam secara dasarpro bono ataupun sukarela.

“Kami tidak pernah menuntut wang atau bayaran. Apa yang kami berminat ialah mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” kata Americk.

Beliau berkata perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani
Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan
kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

balasubramaniam holiday villa 060710“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan
pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib.

-malaysiakini-

Bapa setan rakam noda anak

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.

Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

“Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL,” katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Hasan akui temu Harussani tetapi bukan sulit

Harakahdaily
SHAH ALAM, 24 Julai:
Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya hari ini.

Hasan mengulas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa beliau ada bertemu dengan Harussani. Ini ekoran kenyataan Harussani bahawa beliau ditemui oleh pimpinan PAS dan Umno yang memintanya menyatukan PAS dan Umno.

Berikut adalah kenyataan penuh Hasan Ali mengenainya:-


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:


1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Umno Selangor menuju ke pusara.........

Roslan SMS

Semalam menurut laporan portal Malaysia Insider Umno Selangor telah melancarkan kempen "tawan Selangor dari PR" melalui sebuah majlis ceramah yang kononnya besar-besaran di Shah Alam.

Saya tidaklah berhasrat mahu merendahkan usaha gigih Noh Omar itu selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno (yang berebut pengaruh dengan Khir Toyo) tetapi majlis kempen mahu tawan Selangor itu (bukan kata PAS atau PR) menurut laporan portal berkenaan dihadiri oleh 200 penyokong termasuklah penduduk tempatan yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku (penonton terserempak tanpa undangan maksudnya).

Dalam majlis itu juga dilepaskan "ayam tambatan" Noh iaitu Ezam Md Nor (sekarang Senator) yang lepas-lepas sahaja terus berkokok menyerang Tan Sri Khalid dan kerajaan PR. Modal bersama yang dikongsi untuk menggodam PR pasir dan pasir semata-mata. Betul tak betul tak kira, tetapi itulah modal utama yang mampu mereka fikirkan.

Kalau perang Umno dilancar dengan kehadiran cuma 200 orang, bukan hanya orang PR dan rakyat Selangor tersenyum lebar tetapi saya pasti Khir Toyo "tegak misainya" mahu membuktikan betapa gagalnya kepimpinan Noh kerana "perang" apa kalau begitu sahaja kekuatan yang mampu dibariskan.

Ternyata Umno masih belum pulih. MCA dan MIC Selangor kita tak pasti wujud lagi ataupun tidak. Gerakan dan PPP Selangor entah mana batu nisannya. Kerana itu ini bukan masanya kita bersorak dan bercekak pinggang. Ini masanya kita memecut laju memperkemas dan memperteguhkan jentera pilihan raya kita masing-masing baik PAS, DAP mahupun PKR Selangor.
Gerak kerja mendaftar pengundi baru mesti dipertingkatkan. Menurut angka terbaru SPR bagi tempuh berakhir Jan-Jun 2010 PR jauh mengatasi BN di Selangor dalam mendaftarkan pengundi baru. Syabas, tetapi itu pun tidak cukup lagi. Alang-alang kita bertarung dengan BN dan Umno, pastikan mereka pupus terus.

PAS dilaporkan berjaya mendaftar 4,561 pengundi baru bagi tempuh berkenaan iaitu bersamaan 753 pengundi setiap bulan. Bilangan ini masih kecil sedangkan kita bakal bertanding di 20 kerusi DUN iaitu mempertahankan 8 dan bertanding menempuh ADUN Umno di 12 kerusi. Lantaran itu kita perlu bekerja lebih kuat lagi.

Umno sedang longlai, kita jangan turut begitu. Rakyat mengharapkan kepimpinan kita, kita sekarang memegang mandat, jangan mengecewakan pihak yang mengharapkan. Ayuh bersatu menggarab tenaga bekerja untuk Allah demi memartabatkan dasar perjuangan.

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang

AnakSungaiDerhaka
UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.

Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:

Keseluruhan agenda untuk membantu rakyat sila lihat di SINI

Ketua Menteri: Putrajaya lindungi 'Little Napoleon'

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau menerima dengan baik teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus, lapor Bernama.

"Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri...saya ucap terima kasih atas mesej tersebut," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Georgetown hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata kabinet tidak dapat menerima tindakan Lim yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah seorang pegawai persekutuan.

Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya membuat teguran berhemah dan secara tertutup.

Bohong

Dalam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang membidas Nik Ali yang disifatkan oleh setiausahanya, Ng Wei Aik sebagai bercakap bohong.

Ng sehubungan itu juga menafikan ketua menteri Pulau Pinang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali (kiri) ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dan menyangkal kerajaan negeri tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis berkenaan.

“Sehingga kini, ketua menteri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut yang telah dibangkitkan oleh Nik Ali. Tidak pernah terlantas dalam fikiran ketua menteri untuk mengeluarkan kata-kata kesat walaupun diberi layanan yang kurang sewajarnya oleh Pejabat Pembangunan Negeri,” katanya.

Menurut Ng (
kanan), Nik Ali merupakan seorang 'Little Napoleon' yang kurang ajar yang sanggup “berperang dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan tindakannya telah direstui oleh ketua setiausaha negara dan pemimpin-pemimpin Umno, temasuk timbalan perdana menteri.

“Adakah ini bermaksud bahawa Nik Ali, termasuk kakitangan-kakitangan awam yang lain turut boleh mengkritik atau berperang dengan menteri-menteri Umno atau BN, termasuk ketua menteri atau menteri besar bagi negeri-negeri yang diterajui oleh BN?”

Katanya, Nik Ali telah membelakangkan sikap profesional dan berkecuali yang terpakai ke atas kakitangan-kakitangan awam.

“BN pasti akan menerima padah ekoran kakitangan-kakitangan awam yang lain turut memberontak jikalau tiada tindakan tegas diambil terhadap Nik Ali dengan serta-merta,” katanya lagi.

-malaysiakini-

Pelajar USM wakil tunggal ke Gaza

GEORGE TOWN, 24 Julai: Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi wakil tunggal pelajar universiti di Malaysia yang terpilih menyertai konvoi ‘‘Ramadan di Gaza: Ramadan March For Freedom’’ pada 6 hingga 18 Ogos ini.

Mohd Nur Hadi, 24, pelajar Sarjana Sains Farmakologi berkata beliau berasa gembira dan bertuah dipilih untuk menyertai konvoi misi kemanusiaan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) itu untuk meletakkan batu asas pembinaan sebuah hospital di Gaza.

‘‘Misi utama konvoi ini adalah untuk meletakkan batu asas bagi membina sebuah hospital yang pembinaannya akan dibuat melalui hasil sumbangan masyarakat seluruh dunia.

‘‘Selain itu misi berkenaan juga turut menghantar bantuan ubat-ubatan dan makanan,’’ kata anak kelahiran Tawau, Sabah itu pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Hadi berkata beliau bersyukur kerana terpilih menyertai konvoi berkenaan tambahan pula diadakan pada bulan Ramadan dan akan ke sana melalui jalan darat menerusi pintu Rafah sempadan Gaza, Palestin bersama-sama 40 rakyat Malaysia.

‘‘Ini adalah satu cabaran kepada saya dalam mencari pengalaman sebagai seorang pelajar untuk menyelami permasalahan dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan,’’ katanya yang sangat aktif dalam bidang kesukarelawan.

Hadi juga anggota Pertubuhan Aman-Pattani (AMANI) sebuah badan bertindak terhadap isu konflik selatan Thailand yang digerakkan di bawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bagi menggerakkan usaha yang lebih serius untuk menyalurkan bantuan serta sokongan padu terhadap masyarakat di selatan Thai.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan berkata pihaknya sememangnya menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kemasyarakatan bagi memahami kehidupan masyarakat sekeliling selain hanya memfokuskan kepada prestasi akademik semata-mata.

‘‘Kita menyokong hasrat pelajar menyertai aktiviti sebegini kerana ia adalah sebahagian bentuk pendidikan yang boleh digunakan dan dikongsikan dengan pelajar lain melalui pengalaman yang dilaluinya nanti,’’ katanya.

Katanya pendidikan bukan hanya kepada akademik tetapi juga berdasarkan pengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan kerana ia berbeza dari hanya bercakap tetapi tidak mempraktiskannya.

Beliau berkata USM akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Hadi sepanjang menyertai konvoi berkenaan kerana beliau pergi dengan membawa status pelajar universiti itu.
-Bernama-

Isu Pasir: MB Tidak Goyah, Noh & Khir Berebut Pengaruh

Kecurian Pasir, isu yang cuba dimanipulasi pimpinan Umno Barisan Nasional terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim, sebaliknya memakan diri.

Semuanya kerana ada dua puak dalam Umno Selangor cuba menonjolkan diri menjadi jaguh demi kepentingan politik peribadi masing-masing.

Ini menjadikan Umno Selangor semakin berpecah belah ketika Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui Khalid Ibrahim semakin teguh sekalipun digasak dari segenap sudut.

Kem Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo, dilihat cuba melebar pengaruh.

Namun, kerajaan Selangor langsung tidak goyah dan cekal dalam mendepani serangan demi serangan yang tak kunjung habis.

Pimpinan Umno Selangor melanjutkan persengketaan politik sesama sendiri dalam menarik perhatian pimpinan Umno di peringkat persekutuan.

Sekalipun berdepan pentadbiran cemerlang Khalid Ibrahim yang berpaksikan kepentingan rakyat, Noh Omar dan Khir Toyo dilihat mengutamakan kuasa dan mendahulukan pengaruh.

Bercakap kepada TV Selangor, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menyifatkan tindakan Dr Khir Toyo dan Noh Omar menyimpan angan-angan untuk menjadi ‘Menteri Besar’ selepas PRU 13.

"Inilah peluang yang ada pada kedua-dua pimpinan ini menonjolkan imej sebagai pimpinan utama di Selangor. Jika salah seorang daripada mereka dipilih dan mereka berharap dapat menjadi MB dalam PRU 13 akan datang. Itupun jika rakyat memberi mandat," katanya

"Kalangan pimpinan Umno boleh baca memang wujud keretakan dan kalau pun keretakan itu tidak kelihatan pada permukaan tetapi pada peringkat dalamnya, keretakan itu sudah ada," katanya.

Shuhaimi turut menegaskan kritikan Umno terhadap Khalid Ibrahim semata-mata atas landasan politik kuasa, bukannya mahu benar-benar membela rakyat.

Beliau berkata keretakan hubungan mereka mudah dikesan jika menelusuri tindak tanduk mereka kebelakangan ini.

Katanya, Noh Omar dilihat cuba mengangkat diri sendiri manakala Khir Toyo mengelak dari dipersalah lantaran kegagalan kerajaan pimpinannya sebelum ini mengurus kecurian pasir.

Kata Shuhaimi, Noh Omar dan Khor Toyo juga berlumba-lumba mahu mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan perpecahan Umno amat ketara.

"Bila Khir Toyo melawat ke Kuala langat dan Dengkil, beberapa hari selepas itu Noh Omar pula sewa helikopter pergi ke kawasan Bestari Jaya, Batang Berjuntai dan Kuala Langat," katanya.

Noh, Ezam Gerakkan Kempen Rampas Selangor

Umno Selangor memulakan kempen untuk merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan aman di Shah Alam malam semalam.

Hanya 200 orang menghadiri ceramah bagi mendengar ucapan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan penyimpan kotak-kotak rahsia, Senator Ezam Mohd Noor.

Ceramah malam semalam bertujungan untuk menghebohkan dakwaan berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Noh Omar mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang.

Noh Omar juga mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Selangor menyanggah dakwaan-dakwaan Noh Omar dan berkata permit perlombongan hanya boleh diperoleh melalui tender terbuka, seraya membawa kepada pulangan royalti yang jauh lebih memberangsangkan.

Keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat.

Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta.

Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak.

Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke

mamak
Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010.

Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN.

Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan ‘penghakiman’ prestasi syarikat pun dibuat.

Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik.

Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan!

Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.

Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.

Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.

Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali?

Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara
‘Mesyuarat di Naka’:
1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00,
1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?)

13/2/2008 – RM10,000.00,
13/2/2008 – RM7,905.90,
13/2/2008 – RM4,610.00,
13/2/2008 – RM11,700.00,
13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)
Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, “Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah.” Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu ‘Mesyuarat di Naka’, bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?

Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab.

Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu.

Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada ‘muslihat besar’ mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti.

Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak.

Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor

Roslan sMs

Saya hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian kita sehingga akhirnya kita terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?

PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor. Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan.

Isnin lepas kita mengadakan mesyuarat dwi mingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Berbagai isu strategik dibincangkan. Mesyuarat dipengerusikan Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar. Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja.

Kita punya banyak kerja yang mahu dibereskan. Pakatan Rakyat Selangor perlu diperkasakan. Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihanraya awal langsung tidak menarik minta kita.

Bubarlah parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal.

Cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri. PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno, malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama……kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.

Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.

Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu.

Tidakkah Pesuruhjaya PAS Selangor ada jumpa Mufti Perak baru-baru ini?

Inilah soalan sensasinya. Tambah sensasi kerana dunia sedang terbuai oleh mainan Umno berkenaan kerjasama Umno-PAS. Tambah ada pula mendakwa ada video, tetapi yang saya tahu yang didakwa turut berada dalam video itu tidak pernah berada di situ…….demikianlah nilainya penyampai berita tersebut yang memang tersohor rendah maruahnya. Tambah ada yang terus mahu usul beliau dipecat!

Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insyallah pulang malam ini. Dan biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya. Contohnya Ketua Penerangan PAS Perak menulis dalam blognya:

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Begitulah dramatiknya hidup ini kiranya kita bekerja untuk mencari salah orang semata-mata. Orang lain pukul gendang kita yang menari............

Selamatkan Selangor: Eloklah, Ezam Bukannya Ada Kerja Pun

laniisma
Ezam akan diberi tanggungjawab 'Selamatkan Selangor' dari tangan PR. Apa yang ingin diselamatkan pun tidak diketahui. Mereka hanya pandai menyebut ingin 'Selamatkan Selangor', selamatkan daripada apa lagi? Mereka sendiri tak tahu menjawabnya. Apa yang kita dengar banyak kebajikan yang dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk rakyatnya.

Eloklah, Ezam dah ada kerja kedua. Pertama kerjanya membalun Anwar sepadu mungkin ketika pilihan raya, Kini dia mempunyai kerja kedua ingin 'Selamatkan Selangor'. Nanti taklah pula orang nampak Ezam bergaji buta. Itu juga tugas terbaik bagi Ezam selepas dilantik menjadi Senator. Kerjanya yang sebelum ini pun sehingga dilantik menjadi Senator, ek-ele apalah sangat. Balun! Balun! Balun! Itulah kerjanya. Untuk nampak berjasa dan berbudi Ezam kenalah berbuat sesuatu yang lebih besar, 'Selamatkan Selangor'.

Kerajaan Selangor juga perlu berhati-hatilah. Ini kerana Ezam akan bermati-matian menegangkan urat-urat 'mereh' ingin menumbangkan PR di Selangor. Budi mesti dibalas, jasa dibalas jasa dan rasuah jawatan mesti dibalas kerjanya juga. Mungkin jawatan Senator dapat disambung lagi.

Jadi mereka dah nak nak Selamatkan Selangor, Bagaimana PR, kalau berkempen 'Selamatkan Malaysia' pula. Amacam...boleh tak?

Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana

Mohd Dzul Khairi
Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:

1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’ dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam.

2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam. Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.

3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah status Umno pada pandangan mereka.

4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat.

Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku.

Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah.

Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata.

Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama.

Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan, saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri.

Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme.

Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi. Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia.

Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno

Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 23 Julai:
Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta; Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.

Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.

Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.

"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

"Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini."

Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif.

"Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

"Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank."

Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut.

"Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM.

"Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau.

'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini

Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita
Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.

Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).

Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.

Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.

Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.

Bersumpah demi Allah

Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan
Washington Post.

Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.

Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.

"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.

Menyentuh soal
Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Jenakakan KSSB, ejek Khalid 'gagap'

"Kenapa lapor Umno Selangor nak gaduh pasal isu pasir? Sebab tuan dia (
Malaysiakini) sama kepala dengan Anwar Ibrahim," katanya sambil mengaitkan Malaysiakini dengan George Soros.

Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus.

Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor.

Bukan sahaja KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada 'Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah', Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga diejek sebagai gagap.

Malah Satim dan Shukor dalam ucapannya dilihat meniru gaya 'gagap' Khalid sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Malam tadi, program SSDE itu turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingg 8 Ogos ini.

KSN sepatutnya neutral, profesional

Mohd Ali Hashim
GEORGETOWN, 24 Julai:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menyelar Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan apabila beliau bertindak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus yang didakwa cuba mensabotaj kepimpinan kerajaan negeri.

Lim juga mendakwa sokongan yang diberikan oleh KSN membuktikan kegagalan yang wujud pada mereka dalam membina sebuah pentadbiran yang telus dan profesional.

Katanya, tindakan KSN mempertahankan Nik Ali walaupun sebelum ini ternyata setiap pegawai perkhidmatan awam sepatutnya bersikap berkecuali dan profesional serta neutral sudah tidak wujud lagi pada perkhidmatan awam yang ada sekarang.

Mereka ini, ujarnya sudah dipolitikkan dengan membenarkan penjawat awam mengkritik dan mengecam kerajaan negeri yang mendapat mandat dari rakyat.

Sepatutnya, kata beliau sebagai seorang Pegawai Kemajuan Negeri yang profesional dan berkaliber, kenyataan kesat seperti yang dilemparkan kepada Ketua Menteri iaitu biadap dan dayus adalah suatu tindakan yang tidak seharusnya dilemparkan oleh seorang penjawat awam kepada pemimpin yang memerintah negeri.

Mengulas kenyataan KSN yang menyokong tindakan Nik Ali menyelarnya, Guan Eng menambah, Sidek tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah yang wujud.

"KSN seharusnya menegur tindakan Nik Ali sebagai Pegawai Kemajuan Negeri yang mengkritik kerajaan negeri secara terang-terangan. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan jawatan seorang penjawat awam dalam kerajaan negeri yang memerintah," tambahnya lagi.

Ketegangan antara Lim dan Nik Ali bermula setelah isu kecurian pasir di Balik Pulau mulai dipersoalkan setelah ianya bergerak sebelum kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat pada Mac 2008 yang lalu.

Nik Ali yang cuba mempertahankan tindakannya telah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan status Ketua Menteri sehinggalah Lim menyelar Nik Ali dan memintanya supaya melepaskan jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang setelah tidak dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada kerajaan negeri.

Ular Sawa sambar tangan kiri

GOMBAK: Keberanian seorang lelaki yang ingin menangkap seekor ular sawa batik gergasi seberat lebih 30 kilogram hampir menyebabkan pergelangan tangan kirinya hampir putus selepas digigit reptilia berkenaan.
TANGKAP...anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang menggigit tangan Tengku Asmawi, semalam.
TANGKAP...anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang menggigit tangan Tengku Asmawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, tangan mangsa dipercayai luka parah digigit ular sepanjang kira-kira empat meter itu.

Tengku Asmawi Tengku Zahrin, 24, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal untuk ke kedai berhampiran rumahnya di Kampung Kerdas, Batu 5, Jalan Gombak, di sini.

Menurutnya, di pertengahan jalan, dia terdengar jeritan beberapa lelaki meminta bantuan menangkap seekor ular sawa batik gergasi yang menceroboh masuk ke kampungnya.

“Ular sawa itu cuba melarikan diri dengan menyusup masuk ke bawah pagar rumah berhampiran. Walaupun tiga lelaki cuba menariknya, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menurutnya, ketika menarik ekor ular itu tiba-tiba ia berpaling dan membaham pergelangan tangan kirinya.

“Kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan saya panik dan cuba melepaskan diri. Namun, gigi tajam ular sawa itu yang tidak ubah seperti pisau cukur terbenam jauh ke dalam tangan dan sukar dibuka.

“Bagaimanapun, saya dapat merentap tangan dari mulut ular sawa itu,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mampu merintih kesakitan melihat darah dari tangan kirinya memancut keluar manakala ular berkenaan cuba melarikan diri.

“Saya dibawa rakan menaiki motosikal ke pusat perubatan berhampiran, namun doktor mendakwa luka terlalu parah dan menasihati saya dibawa segera ke HKL,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, kejadian itu menyebabkan dia hampir pengsan berikutan kehilangan terlalu banyak darah sebelum dirawat di wad kecemasan HKL.

“Walaupun doktor dan kakitangan perubatan cuba mencuci luka terbabit, darah masih tidak henti mengalir keluar dari kesan koyak pada kulit tangan saya.
“Doktor terpaksa membalut terlebih dahulu luka sementara menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Ibu mangsa, Siti Rosimah Abu Bakar, 45, berkata, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mendapatkan bantuan menangkap ular itu.
“Anggota JPAM diketuai Leftenan Muda Shahrul Kamar Johari yang membantu menangkap ular terbabit kemudian membawa pulang ular sawa berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Walaupun anak saya cedera, saya bangga dia berani menangkap ular sawa itu yang dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak atau haiwan ternakan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, ular sawa berkenaan kini disimpan di JPAM Wilayah Persekutuan sebelum tindakan susulan diambil termasuk menyerahkan kepada zoo.