"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Kena belasah kerana sudu

GOMBAK: Hanya kerana terlambat memberi sudu, seorang pekerja sebuah restoran di Dataran Selayang, di sini, cedera di mulut, muka dan kepala selepas dipukul seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun sedang bertugas menjaga kaunter apabila tiba-tiba didatangi pelanggan yang memarahinya kerana tidak mendapat sudu.

Menurut sumber, mangsa meminta lelaki terbabit bersabar dengan alasan akan menghantar sudu diminta dan pada masa sama meminta maaf.

“Namun permohonan maaf mangsa tidak diterima, malah lelaki itu terus menghamburkan kata-kata kesat dan menumbuk muka dan kepala mangsa beberapa kali walaupun cuba ditepis,” katanya.

Sumber berkata, berang apabila mangsa cuba melawan, lelaki itu memanggil dua lagi rakan yang turut membawa sebilah parang bersamanya.

“Mereka kemudian memukul mangsa bertubi-tubi. Malah pelanggan lain hanya memandang dan tidak berani campur tangan kerana lelaki itu bersenjata parang.

“Mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada terus dibelasah lelaki terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dirawat di sebuah klinik berhampiran akibat cedera di bibir, muka dan kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek masih diburu bagi membantu siasatan.
-hmetro-

Surat rayuan terbuka kepada Muhyiddin Yassin


Nasib kami berlima adalah ibarat kata peribahasa Melayu, ‘Pak Kaduk, ayamnya menang, kampung tergadai’.
Karya kami, sama ada berbentuk puisi, cerpen atau novel, terpilih untuk dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) tetapi kami merasakan diri kami teraniaya kerana penerbit bagaikan menafikan hak kami berlima untuk menerima royalti bagi karya-karya itu yang merupakan hasil cipta dan harta intelek kami sebagai penulis kreatif.
1 Cerpen Warkah Daripada Ibu karya Rohani Deraman diterbitkan oleh Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd pada 2001. Kini cerpen itu diterbitkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) dan digunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Dua. Malangnya, Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.
2 Novel Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman diterbitkan oleh Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd pada 2001. Kini novel itu diterbitkan oleh Nur-Ilmu dengan judul Cempaka Putih Untukmu dan digunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Tiga di Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan. Malangnya, Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd dan Nur-Ilmu Sdn Bhd tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.
3 Puisi Seorang Insan Istimewa karya Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri termuat dalam antologi Apologi Kepada Alam terbitan Nur-Ilmu Sdn Bhd pada 2010 sebelum terpilih sebagai teks Komsas. Malangnya, Nur-Ilmu Sdn Bhd tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.
4 Cerpen Limau Bali dan Semangkuk Daging karya Amy Suzani Mohd Ainuddin memenangi hadiah kedua Pertandingan Cerpen Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara pada 1995. Cerpen itu tersiar dengan judul “Budi Semangkuk Daging” dalam antologi Budi Semangkuk Daging terbitan Nur-Ilmu Sdn Bhd pada 2010 sebelum terpilih sebagai teks Komsas. Malangnya, Nur-Ilmu Sdn Bhd tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.
5 Novel Di Sini Bukan Duniaku karya Hazama Harun @ Aida Shahira diterbitkan oleh Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Bukan Duniaku oleh Karya Hartamas Enterprise dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Melaka. Malangnya, penulis hanya diberi sedikit saguhati dan diminta menandatangani resit kononnya menerima bayaran hampir lima kali ganda. Penulis juga tidak diberikan salinan resit itu apabila diminta.
6 Novel Satu Pengajaran karya Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal diterbitkan oleh Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Hikmah oleh V-Nice Resources dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Malangnya, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd meminta penulis menuntut bayaran daripada V-Nice Resources manakala V-Nice Resources pula mengatakan ia sudah membuat bayaran kepada Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd.
7 Cerpen Israk karya Erda Roslan Khairi tersiar di majalah Dewan Siswa pada tahun 2010. Kini cerpen itu diterbitkan dalam antologi Harga Remaja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Empat di seluruh negara. Malangnya, penulis tidak pernah dihubungi oleh penerbit mahupun Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran untuk memaklumkan hal itu atau meminta izin terbit bagi karyanya.
Dengan segala dolak-dalik pihak terbabit, kami berlima merasakan diri kami bagaikan teraniaya dan mungkin juga dipergunakan pihak tertentu untuk mengaut untung.
Maka kami berlima memutuskan untuk mengemukakan surat rayuan terbuka ini kepada Muhyiddin.
Kami merayu Muhyiddin menggunakan kuasa dan hak sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri untuk campur tangan dengan segera bagi menyelesaikan isu royalti, hak cipta dan harta intelek ini.
Pada masa sama, kami berlima memuji sikap profesional dan penuh beretika yang diamalkan oleh Sasbadi Sdn Bhd yang sudah pun membuat bayaran royalti pertama pada 25 Ogos 2011 kepada Timah Baba bagi karya anaknya, Hizairi Othman, yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Dua.
Kami merayu Muhyiddin membela nasib kami berlima sebagai penulis yang berhak menerima royalti dan hasil pendapatan halal menerusi penulisan karya sastera.
Kami berharap kes ini tidak dilihat sebagai kes terpencil dan dipandang ringan.
Kami berlima mengharapkan ‘berita gembira’ berupa pembelaan terhadap hak cipta, harta intelek dan hak royalti kami menjelang 1 Syawal 1432.
Pada kesempatan ini, kami dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muhyiddin sekeluarga serta seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia.
Surat FMT ini tulis oleh Rohani Deraman (Johor), Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri (Kelantan), Hazama Harun @ Aida Shahira (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal (Kuala Lumpur), Erda Roslan Khairi (Putrajaya), kepada Uthaya Sankar,  presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), yang juga pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

Warga asing kacau wanita dalam rumah

KUALA LUMPUR: Tidak peduli dengan keselamatan penduduk sekitar, sikap warga asing yang menetap di Flat Danau Kota di sini, keterlaluan apabila ada segelintir mereka mengganggu wanita yang menetap di situ.

Tidak kira isteri, tunang atau anak dara orang, masing-masing ligat mengganggu sehingga penduduk merasa tidak selamat walaupun di dalam rumah.

Lebih teruk, pakaian wanita yang dijemur di beranda rumah juga kerap hilang dipercayai dicuri mereka.

Tinjauan mendapati kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk kerana masing-masing terlalu bebas sehingga berani melakukan apa saja tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Penduduk, Rasdan Roslan, 17, berkata setiap hari dia perlu berdepan sikap biadab warga asing yang pelbagai kerenah termasuk ketika hendak menaiki lif masing-masing berebut tanpa mempedulikan orang lain.

“Mereka terlalu bebas di sini sehingga berani melawan dan mencari masalah dengan penduduk tempatan seolah-olah masing-masing ‘diberi perlindungan’.

“Bukan sekali, malah kerap kali. Saya pernah melihat seorang daripada mereka cuba hendak mencabul penduduk wanita di sini yang ketika itu melalui jalan gelap di belakang flat. Saya menjerit minta pertolongan dan warga asing terbabit bebas terlepas begitu saja,” katanya.
-hmetro-

Isu Gereja : AMK Gesa Cari Dalang Sebenar


SHAH ALAM, 27 OGOS: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Kerajaan Negeri menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang pemeriksaan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya awal pada 3 Ogos lalu.

Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata, pihaknya menyatakan sokongan penuh terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu ini.

Selain itu, AMK Selangor juga mahu agar kerajaan negeri memperkasakan institusi agama di negeri itu termasuk menambahbaik pengagihan bantuan zakat.

"Penyiasatan dan pendedahan dalang disebalik isu ini perlu diumumkan dengan kadar segera bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif dikalangan rakyat.

"Ini jelas, kerana sumber kepada isu ini masih lagi menjadi keraguan. Jadi kita mahu pihak kerajaan negeri mencari siapa dalang disebalik isu ini. Kita juga berharap selepas pendedahan isu ini masyarakat Malaysia lebih jelas dan faham akan perkara tersebut," tegasnya ketika ditemui di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Jelasnya lagi, AMK menolak sekeras-kerasnya pihak yang cuba menangguk di air yang keruh demi kepentingan agenda politik sempit.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Pada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) melakukan pemeriksaan ke atas gereja DUMC ekoran maklumat terdapat beberapa umat Islam menghadiri majlis makan malam muhibah yang dianjurkan oleh gereja terbabit.

Pada majlis tersebut, turut kelihatan seseorang sedang berucap sambil menyelitkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selain terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.
-tvsnews-

Awat yang SPR dok kalut dengan agama pengundi pulak dah?

Kedah la

DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini.

Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua.

"Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan.

"Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi.

"Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR.

"Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi.
Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam.

Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan di dokumen berkenaan.
Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi.

Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka.

"Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama.

"Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya.

"(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR.

Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinynatakan di borang berkenaan.

Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod.

Wang lebihan zakat bina bangunan, orang miskin dibiarkan

Mutaligat
Riuh rendah seantero negara bahawa ramai orang miskin mendapat bantuan dari gereja lantaran kesusahan mereka untuk mendapat bantuan wang zakat. Ada antara mereka menyatakan bahawa memohon wang zakat macam meminta sedekah.

Malaysiakini melaporkan bahawa seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.

"Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

"Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, gereja tidak memaksa supaya murtad tetapi pendekatannya "amat mempengaruhi".

Dr Asri bagaimanapun tidak mendedahkan nama gereja terbabit dan sama ada sebelas lagi yang ditahan dalam majlis di DUMC tergolong daripada pihak yang dikatakan murtad itu.
Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," katanya.

Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan.

"Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam.

"Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Jelas sekali kemiskinan menghampiri kekufuran. Apabila miskin makanan pun tiada, kehidupan sengsara maka mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup tanpa menghiraukan amal perbuatan itu halal atau haram. Hatta mereka sanggup menggadaikan agama sekalipun.
Di Melaka, SPRM menyatakan bahawa wang lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). SPRM menyataan demikian selepas ditanya oleh Pesuruhjaya PAS Melaka berpandukan kepada Laporan Ketua Audit Negara.

Apakah benar duit zakat ini ada lebihan sedangkan ramai lagi umat Islam yang miskin dan dhaif.

Apabila Si Ulama Bangga, Dirinya Dipandang Rendah Oleh UMNO

ramziredang
"Lain padang lain belalang, lain orang lain cara berfikirnya. Mufti harussani mungkin berniat lain bila menceritakan kisah tiga belas tahun lalu yang masih segar diingatannya. Dalam wacana yang bertajuk Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti yang dianjurkan oleh sinar harian baru baru ini, harussani mungkin mengambil kesempatan ke atas khalayak umum yang ramai untuk membuktikan bahawa kononnya dia bukan ulama bisu. Kononnya dia bukan ulama yang hanya makan gaji. Kononnya dia pun ada menegur kerajaan.

Dia ada menceritakan bahawa dia pernah menegur bekas perdana menteri pada ketika itu, tun mahathir supaya tidak memecat anwar dan tidak menuduh anwar tanpa saksi. Itu cerita tiga belas tahun lepas. Ianya juga memberitahu bahawa tegurannya itu tidak dipandang endah oleh mahathir. Malah permohonannya untuk bertemu mahathirpun ditolak mentah mentah oleh mahathir. Itu cerita dari harussani sendiri, itu mungkin versi 'bangga' dalam dirinya yang diceritakan kepada umum.

Setelah tiga belas tahun berada di dalam kerajaan yang tidak menerima pakai sebahagian dari tegurannya terhadap kerajaan, harussani masih di situ. Dia masih berbangga berada di dalam kerajaan yang tidak memandang sangat terhadap tegurannya. Mungkin dia beranggapan 'dakwah perlukan kesabaran' lantaran itu dia sanggup bersabar. Dia rela walaupun ilmu agamanya tidak diterima pakai oleh kerajaan, dia sanggup menahan itu semua. Baginya 'dakwah memerlukan kesabaran' ini menyebabkan nilai dan intergriti seorang ulama menjadi rendah,pun dia tetap rela. Dia rela ulama direndahkan martabatnya asalkan dia dapat ber'dakwah'.

Dia lupa di dalam islam, jika mengajar anak sekalipun,kalau anak anak tidak mendengar kata kata nasihat, maka bolehlah memukul. Pujuk ada tahapnya dan pukul ada tahapnya. Malah digambarkan tahap keimanan seseorg itu berdasarkan lisan,perbuatan ataupun hati. Maka mungkin ulama seperti harussani ini memilih keimanan yang hanya dapat menegur di dalam hati sahaja.

Harussani mungkin lupa akan cerita cerita sejarah, bahawa ramai para ulama terdahulu menolak jawatan mufti kerana memang menjangkakan sebuah kerajaan akan hanya mengambil mufti sebagai hiasan sahaja. Hiasan untuk menggambarkan bahawa kerajaan masih cinta dan mengamalkan Islam.

Dia mungkin lupa bahawa jika kita masih reda dengan kemaksiatan yang berlaku di sekelilingnya maka dia akan digolong dan dipertanggungjawabkan segala maksiat ke atas dirinya. Jika bertugas di bawah kerajaan yang zalim, maka dia juga akan termasuk di dalam golongan orang yang zalim.

Ingatlah satu kisah di zaman khalifah marwan yang memerintah dengan zalim dan penuh maksiat. Satu ketika jubah marwan telah koyak dan dia ingin mengupah tukang jahit untuk menjahitkan. Tetapi seluruh tukang jahit di dalam negerinya tidak sanggup menjahit pakaian tersebut kerana takut menjadi talibarut kepada pemerintah yang zalim. Kemudian ada seorang yang sanggup menerima baju tersebut dengan syarat dia perlu bertanya dulu kepada orang alim akan hukumnya. Setelah ditanya boleh ke dia menjahit jubah tersebut, kepada seorang alim, maka jawab ulama tersebut,' Jika kamu menolong orang yang zalim,maka kamu akan tergolong dari golongan mereka dan kelak kamu akan disambar api neraka". Lalu si tukang jahit mengembalikan jubah khalifah marwan dan tidak berani menjahitnya.

Kini,harussani bukan sahaja sanggup menjahit jubah pemerintah tetapi selesa duduk di atas kerusi empuk yang disediakan pemerintah. Patutlah harussani berbangga menceritakan ilmunya tidak diterima pakai oleh pemerintah, rupa rupanya dia berani menanggungnya...nauzubillah.

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordKontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.
Hasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.
Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green card
Semakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

azlanMalaysiakini telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.
Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

Sebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.
Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.
-malaysiakini-

ISU LYNAS - Tuduhan DR Che Rosli Terhadap PKR Melampau

wfauzdin_ns

TV 3 selalunya kurang dipercayai atau langsung tidak dipercayai sekiranya menyiarkan berita atau laporan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Seringkali berita yang disiarkan itu diselewengkan dari segi fakta atau diputarbelitkan agar rakyat terkeliru dengan Pakatan Rakyat, sekaligus menguntungkan kerajaan yang memerintah. 

Namun, ada kalanya berita yang disiarkan itu perlu kita kaji dan memberikan jawapan sebenar agar rakyat tidak terkeliru walaupun jawapan kita itu pastinya tidak akan mendapat liputan dari media berkenaan. Pakatan Rakyat perlu menjawabkan dengan menggunakan segala saluran media alternatif yang kita ada. Sebagai contoh, terbaru adalah isu Lynas di Gebeng, Kuantan. 

Memetik sumber dari Pahang Daily, Laporan dari TV 3 di dalam Buletin Utamanya kelmarin, isu Lynas dibangkitkan dengan laporan pengacara sensasi Karam Singh Walia antara lain laporan berkenaan mendedahkan bahawa kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Australia yang dijangka akan memulakan pra-operasinya di kawasan Perindustrian Gebeng pada September ini adalah selamat. 

Apa yang mengejutkan kita adalah disebutkan bahawa seorang Ahli Parlimen dari PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat (Saintis Nuklear) yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan Hulu Langat, Selangor membuat kenyataan seperti berikut, "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily). 

Pertamanya, saya mahu persoalkan benarkah yang hanya membawa isu ini adalah PKR sepertimana yang disebut oleh Dr Che Rosli? Setahu saya, terlalu banyak pemimpin PAS juga bercakap menentang projek Lynas ini, dan di Pahang termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bahkan, ramai pemimpin dari MCA juga turut menentang projek Lynas ini. Mengapa mahu diletakkan beban ke atas PKR sahaja? Di mana sikap tanggungjawab beliau mengulas isu ini? 

Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini? 

Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini. 

Kita harap di dalam masa yang terdekat ini, Pakatan Rakyat harus menilai semula pendiriannya berdasarkan pendedahan dari Dr Che Rosli. Apa yang perlu kita tahu, penentangan terhadap projek Lynas bukan hanya datang dari PKR sahaja tetapi turut disokong kuat oleh PAS dan DAP termasuk beberapa pimpinan MCA di Pahang dan beberapa NGO yang lain. Tentu lebih baik jika Dr Che Rosli menarik balik tuduhannya terhadap PKR agar tidak menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di Pahang yang amat jitu sekarang ini./wfauzdin.blogspot.com

Peringatan untuk PEMIMPIN PAS - Jangan GILA buat Kenyataan Akhbar

Sofi Wahab
Saya menerima rungutan dari ahli dan penyokong PAS seluruh negara tentang budaya baru pimpinan PAS iaitu gila membuat kenyataan akhar di media termasuk media musuh - TV3, Utusan dan sebagainya.

Komen saya mudah sahaja - jangan gila untuk menonjolkan diri sendiri jemaah punah ranah disebabkan kesilapan kenyataan akhbar tersebut

Kita bercakap kita tidak sedar apa yang kita cakap. BANYAK CAKAP BANYAK SILAP. Musuh sentiasa menanti kenyataan kita...SEDIKIT KESILAPAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENYERANG KITA.......Berhati-hatilah ......

Ribuan anak-anak muda hadir munajat pilihan raya

M Faqih
KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Kes Liwat II – Bukti Kenapa Taraf Universiti Negara Ini Jatuh Merudum

periapahit
Masuk hari ke lima pebicaraan kes liwat II DS Anwar semakin memalukan Negara. Dari sehari ke sehari semakin banyak perkara yang sepatutnya disembunyi oleh pihak pendakwaraya untuk menjaga kredibiliti pihak pendakwaan terpecah dengan kuasa Allah.

Hari ini ketika Dr Brian Mc Donald, pakar DNA yang dijemput oleh pihak peguambela mula menelanjangkan pelbagai pihak. Bukan hanya pihak pendakwaraya sahaja yang malu bahkan kita sebagai rakyat Malaysia juga turut malu dengan pendedahan oleh beliau.

Bermula dengan ketiadaan kelulusan ISO untuk makmal DNA Malaysia sehinggalah kredibiliti Dr. Seah Lay Hong, Saintis Forensik Malaysia jatuh merudum pada hari ini.

Berbanding isu Projek Lynas yang diulas oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Merangkap Saintis Nuklear Dr Che Rosli Che Mat yang belum lagi diulas oleh pakar-pakar nuclear luar Negara, maka kita ketepikan dahulu ulasan tersebut.

Pendedahan oleh Dr. Mc Donald menyebabkan saya tertarik untuk mencari profil Dr. Seah Lay Hong. Dari carian goggle, saya menemui pautan ini:


Berusia 53 tahun dan berasal dari Teluk Intan Perak. Dari profil tersebut, kita boleh dapati bahawa Dr. Seah membina kerjaya sebagai Medical Laboratory Technologist (Haematology and Clinical Chemistry), pada tahun 1978 dan mendapat Diploma in Medical Laboratory Technology (Haematology and Clinical Chemistry) Universiti Kebangsaan Malaysia,pada tahun 1984. Meneruskan pengajian peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kimia sehingga 1989.

Meneruskan pengajian ke peringkat Master sehingga tahun 1994 dan membuat kedoktoran (PHD) pada tahun 2000. Semasa membuat PHD, barulah Dr. Seah mengikuti jurusan forensic Kimia DNA. Tetapi kehebatan Dr. Seah terserlah kerana sejak dari 1994 – 1997 beliau telah menjawat jawatan Saintis Forensik (DNA/Serology) dengan kelulusan Master dalam Pathology sebelum membuat kedoktoran pada tahun 2000.

Kalau dilihat dari profil tersebut, kita harus mengakui bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) begitu bagus pengajiannya kerana Berjaya menghasilkan saintis forensic DNA dengan hanya kelulusan Master dalam Pathology.

Tetapi pada hari ini, kerjaya yang Dr.Seah bina sejak dari tahun 1978 sehingga kini terburai kerana terlalu taksub pada BN sehingga meninggalkan sifat professional sebagai seorang saintis forensic.

Apakah sistem pengajian di UKM dan USM yang mengajar Dr. Seah untuk membuat kajian DNA kes liwat II mengikut system yang beliau lakukan sekarang. Mengikut DR. Mc Donald, boleh dikatakan kebanyakkan tindakan Dr.Seah sewaktu melakukan kajian DNA itu tidak mengikut piawaian antarabangsa tetapi Dr. Seah masih mendapatkan jawapan kepada kajiannya berbanding pakar-pakar DNA diluar Negara yang sukar mendapatkan jawapan kerana DNA telah tercemar. Begitu bagusnya UKM dan USM dalam memberi pelajaran dalam bidang ini kepada Dr. Seah sehingga PAKAR DNA pun tak dapat lakukan apa yang Dr.Seah boleh lakukan.

Sepatutnya UKM dan USM diberi penarafan yang lebih tinggi dalam kedudukan Universiti Terbaik Dunia kerana sudah terbukti dapat menghasilkan seorang saintis forensic yang lebih berwibawa dari Pakar DNA Australia. Bahkan dengan ketiadaan kelulusan antarabangsa makmal DNA yang dikawal selia oleh Dr.Seah, beliau masih mampu memberi kajian DNA kepada mahkamah Malaysia.

Saya secara peribadi berharap Dr. Seah diberi gelaran Datuk oleh mana-mana negeri yang dikuasai oleh BN kerana kemampuan pencapaian Dr.Seah adalah standing dengan pencapaian Datuk Nicole David (Tenis) dan Datuk Lee Chong Wei (Badminton). Cuma perbezaanya ialah Datuk Nicole dan Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Malaysia dimata dunia manakala Dr.Seah pula membusukkan nama Malaysia dimata dunia.

Jadi tidak hairanlah kenapa taraf universiti di Malaysia semakin merudum kedudukannya di rangking dunia. Juga tidak hairanlah kenapa Najib dan menteri-menteri lain berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar Negara sebab mereka tahu university tempatan akan hanya menghasilkan graduan setaraf Dr. Seah sahaja.

Tujuan artikel ini saya tulis bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak terutama Dr. Seah atau UKM mahupun USM. Perlu diingatkan bahawa kes DS Anwar Ibrahim merupakan kes tumpuan dunia dan bukan hanya saya seorang sahaja yang membuat penyelidikan begini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang ingin mengenali Dr. Seah Lay Hong akan membuat carian goggle dan akan menemui pautan seperti diatas. Sepatutnya, profil tersebut akan menjadi satu profil berharga jika Dr.Seah mengutamakan profesionalisme dalam tugas beliau berbanding mengikut telunjuk kerajaan yang memerintah. Disebabkan itu maka profil tersebut menjadi bahan ejekan satu dunia disamping merendahkan lagi taraf UKM dan USM dalam rangking university dunia.

Fikir-fikirkalah berbaloi tak kerjaya yang dibina puluhan tahun hancur dalam.

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun dalam keadaan bogel

XIAO ANRONG menggunting rambut anaknya, Tang Zuhua yang dirantai dalam keadaan bogel di sebuah bangsal di Chingqing, China baru-baru ini.
CHONGQING: Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak. 
-Agensi-

Tikus gergasi sepanjang hampir satu meter dibunuh di New York

JOSE RIVERA membunuh seekor tikus gergasi dengan menggunakan serampang peladang di kawasan perumahan Marcy di Brooklyn, New York baru-baru ini.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.

Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. 
-Agensi-

Jamal Abdillah derma beras satu treler

JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.
IPOH: Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.
-kosmo-

Anwar berjaya menjerat musuhnya


Mohamed Hanipa Maidin
Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.

Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil. Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut. Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa, undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah (yang boleh disoal balas) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah (yang tidak boleh disoal balas) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar. Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi-saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi-saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi-saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara (baca kecut untuk bersuara).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya.

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor-aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar!