"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Lebih Ramai NGO Akan Pertahan Abg Mat di Segamat Isnin Ini 10hb Oktober!!


Tidak bertamadun! Itulah ungkapan paling sesuai buat pemuda Umno yang semakin hari semakit tidak mendapat tempat di hati anak muda. Politik samseng yang ditunjukkan oleh pemuda Umno dan PERKASA di Ampangan, Rembau dan Labis baru-baru ini menunjukkan mereka kehabisan modal untuk berhujah walaupun mereka mempunyai seluruh kekuatan media arus perdana.

Tidakkah anda ingin tahu apakah punca Umno mengarahkan pemuda 'bacul' mereka membuat kacau dan mengapa Perkasa dipergunakan untuk mengganggu ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Md Sabu?

Dalam media yang dikuasai Barisan Nasional, Umno bebas membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat dan juga kepada Md Sabu khususnya. Kini apabila tiba giliran Pakatan Rakyat membuat penjelasan di dalam sesi ceramahnya, kini apabila Md Sabu cuba merungkai apa yang dituduh terhadap beliau dalam isu Mat Indera, Umno membuat kacau dan mengganggu program dengan mengupah samseng di atas nama PERKASA.

Semua ini berlaku kerana Umno takut kebenaran itu sampai ke seluruh pelusuk rakyat termasuklah mereka yang tidak berpeluang mendapat liputan maklumat dari media alternatif yang memerlukan talian internet. Umno tidak mahu segala penipuan mereka di TV dan akhbar utama terutamanya dalam isu Mat Indera terbongkar yang akhirnya mengheret sejarah sebenar kemerdekaan negara ke medan pertikaian. Itulah sebab dan punyanya, mengapa serangan ke atas Md Sabu adalah wajib bagi Umno demi menekan beliau supaya tidak lagi menyampaikan ceramah!

Justeru, NGO anak muda seperti SAMM, Unit Amal serta ARC akan sekali lagi berdepan dengan samseng-samseng upahan. Kali ini pertembungan berlaku di Segamat pada 10 Oktober 2011 apabila Md Sabu sekali lagi turun ke Johor untuk menyampaikan pidatonya, turut bersama dalam senarai penceramah ialah Chegubard. Berikut adalah maklumat kepada yang ingin hadir;

Ceramah Perdana
Hj Md Sabu dan Chegubard Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) Pertanyaan Lokasi 013-714720
SAMM Johor akan mengetuai komrad SAMM dalam gerakan pertahan pimpinan di pentas ceramah dan orang awam yang berada di sekitarnya. Ini diikuti dengan kehadiran SAMM N.Sembilan, SAMM Wilayah dan juga SAMM Pahang selain daripada anak Segamat yang turut bersama dengan Pakatan Rakyat. Unit Amal juga turut bersedia dan difahamkan skuad Terengganu juga akan hadir kali ini.

Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau?

Ayuh pertahankan rakyat dari samseng-samseng upahan !! Sedarlah, jika ada di antara kita yang mati ketika menghalang samseng membuat kacau, sekurang-kurangnya kita mati dalam mempertahankan rakyat dan juga satu majlis ilmu. Itu Syahid!! Namun kalau mereka yang menyerang itu terjatuh longkang dan mati, maka mereka mati dalam keadaan samseng yang ingin menyerang orang awam!! Itu mati katak namanya!!

Pilihlah jalan anda, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan pilihan dirinya.

Bajet 2012: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam.

umnopenipu
Pembentangan Bajet 2011 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2010 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang  amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan ‘Satu Malaysia’. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati.

Kita hanya ingin mengulas bahagian mengenai kakitangan awam sahaja.  Antara intisari  Bajet 2012  untuk kakitangan sektor awam ialah bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun ‘on-call’ , kecemasan, dan sebagainya.

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos  dan separuh  lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2010) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan deficit berbanding dengan tahun 2009. Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna ‘petrol pump nozzle’ dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol  sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150  dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman regim BN. Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!

Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan  tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN yang zalim ini tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama.  Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya  masuk Universiti dan memperolehi  Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi ‘bos’ kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat.  Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!...

Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah  menikmati  sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan ‘time-based’ walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri  Mahyudin agar memberi ‘time-based’ policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru??

Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai ‘defence mechanism’ mereka  iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang.  Mereka rompak RM1000 dari kita  dan ‘mencampak’ semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita ‘redha’ dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan.  Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan  yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini.

Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
-hmetro-

Samseng bermotor serang ceramah Mat Sabu

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.

(Gambar: Amer cedera dimuka terpaksa menerima tujuh jahitan)

Presiden Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi hari ini mempersoal sikap polis yang seakan-akan 'melepaskan' mereka membuat gangguan di tempat ceramah.

"Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis.

"Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ada dalang

Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut.

"Saya yakin ianya dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya.

Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang, bukan membuat serangan sedemikian.

"Kalau nak buat bantahan atau nak serah apa-apa memorandum kepada kami, silakan sebab PAS bersikap terbuka.Jangan gunakna budak-budak buat kerja tak sihat begini," katanya.

Beberapa hari lalu, insiden serangan turut berlaku di program ceramah Mohamad Sabu di Rembau.

Mufti ingatkan, jangan sertai upacara keagamaan Non Muslim

Muslim Abdul Razak
ALOR SETAR, 6 Oktober 2011 – Umat Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain dinasihatkan oleh Mufti Negeri Kedah agar tidak lagi berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan aqidah.

Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Baderudin Ahmad, berkata majlis fatwa telah mengeluarkan perintah melarang orang Islam menyertai sebarang upacara keagamaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu orang Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain di Pejabat Mufti Negeri Kedah di Anak Bukit.

“Pernah  pejabat Tuanku meminta komen daripada kita mengenai isu tersebut dan pihak Jabatan Mufti menasihatkan agar Tuanku Sultan tidak menyertainya kerana baginda merupakan ketua agama Islam, kecuali acara tersebut tidak berkaitan dengan keagamaan.

“Dalam isu ini kita menggunakan kaedah 'meredhai kekufuran itu kufur' dan jika kita setuju dengan maksiat maka kita juga tercalit dengan maksiat tersebut," katanya.

Tambah beliau, walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat, Majlis Fatwa tetap perlu menyatakan kebenarannya dan ini adalah pandangan semua ahli fatwa.


Nota : Mat bashah respon sikit dlm isu ini-aya
Video boleh tengok di sini

Durian runtuh: Akibat Mohamad Sabu ‘celupar’

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.

Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.

“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.

Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.

“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.

Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.

"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.

Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.

“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.

Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...

Antara komen lagi:

“Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.

“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”

MESTI TAHU : 3 sebab mengapa klip ini diharamkan

tokpepijat
Mengapa klip video tentang kempen "UNDILAH" ditarik balik(diharamkan?) oleh kerajaan dari disiarkan oleh TV?

Melihat kepada klip video itu sepanjang 4.38minit, dapatlah kita tahu sebab-sebab utamanya.

Antaranya, pertama tentang penampilan Ku Li sebagai "pelakon" utama klip itu. Dengar betul-betul pengucapan beliau dalam klip itu.

"Malaysia negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini.......ia memang banyak masalah...Malaysia perlukan kita semua..."

Kedua dari segi gambar pula, cuba lihat cara penampilan gambar PMNajib di siarkan. Terlalu cepat dan pantas. Ada kalanya ada "seekor" maskot bersama gambar Najib. Apa maknanya?

Dan ketiga ada foto Hospital Tung Shin. Semua maklum hospital ini pernah timbul kontroversi pada 9 Julai yang lalu akibat penembakkan gas pemedih mata dan semburan air asid keatas Hospital tersebut. Apa maknanya?

Tentunya UMNO marah kerana ianya bakal mengingatkan kembali rakyat tentang BERSIH 2.0 dan kejahatan polis menembak pemedih mata kearah hospital.

Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Umum tahu, Ku Li masih "bernafsu" untuk jadi PM. Dan ini ancaman kedua kepada PMNajib selepas Anwar Ibrahim.

Di kalangan pimpinan UMNO terdapat 3 kem yang mempunyai penyokong masing-masing dan mempunyai impian untuk menjadi PM selain Najib iaitu Muhyiddin dan Ku Li.

Dengan penyiaran klip video ini walaupun atas kempen UNDI, sekurang-kurangnya satu promosi buat Ku Li.

Nizar dan masa depan politik Perak


Moaz Nair
Kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli politik bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di Perak pada pilihanraya umum yang seterusnya tidak boleh dighttp://media1.malaysiakini.com/117/a8f0c9e769ad778656f31d8ed13fdeae.gifna pakai. Terdapat sentimen yang benar-benar tidak memihak kepada pemegang kuasa politik di Perak sekarang. Menurut pemerhati politik, pilihanraya umum di Perak yang seterusnya akan menjadi saksi penting bagi saingan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, dan hasilnya ialah PR mengambil alih kerajaan negeri dengan majoriti mudah


Pakatan Rakyat yang merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS telah memenangi pilihanraya di Perak ketika huru-hara politik pada tahun 2008 akan tetapi mereka kehilangan kuasa ketika perampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009. Kemelut politik bagi PR ini masih menghantui bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyerah kalah di dalam Dewan tetapi juga pengundi di Perak.

Kerajaan negeri Perak mempunyai populasi Bumiputera sebanyak 55.74 peratus, Cina 28.77 peratus, India 12.15 peratus dan lain-lain termasuk bukan warganegara 3.44 peratus. Nisbah pengundi adalah beranggaran 6:3:1 masing-masing di kalangan Bumiputera, Cina dan India. Walau bagaimanapun, komposisi perkauman antara pengundi tidak dibahagikan sama rata di antara kawasan bandar dan luar bandar dan di antara majoriti penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera – kelebihan politik yang biasa terdapat di hampir kesemua bahagian di Negara ini untuk memihak kepada kerajaan yang sedia ada.

ADUN PAS dipilih jadi Ketua Menteri
Pada pilihanraya umum 2008 di Perak, DAP telah memenangi 18 kerusi, PKR tujuh dan PAS enam. Walau digabungkan kerusi PKR dan PAS (iaitu 13) masih tidak dapat melebihi jumlah kerusi DAP. Ketiga-tiga parti ini mewakili PR. Walaupun DAP telah memenangi kerusi terbanyak, akan tetapi penggubal undang-undang PAS merupakan wakil yang terpilih untuk menjadi Ketua Menteri. Ketua Menteri yang dilantik tersebut telah menjadi pemimpin yang dikenali ramai dan juga amat berkebolehan. Walau bagaimanapun, kerajaan PR telah jatuh ke tangan BN selepas tiga dari wakil mereka meninggalkan pakatan tersebut untuk menjadi ADUN bebas dan mesra BN. Rakyat Perak rupanya, tidak dapat melupakan bagaimana peliknya kerajaan PR digulingkan setahun selepas memegang kuasa. Di atas sebab ini, pilihanraya umum seterusnya akan menunjukkan persaingan sengit antara BN dan PR di mana terdapat petanda bahawa ia tidak akan memihak kepada BN. Terdapat petunjuk optimistik bahawa PR akan memenangi semula negeri itu dengan majoriti mudah.

Menurut kajian bebas yang baru sahaja dilengkapkan, didapati bahawa 6 dari 10 rakyat Perak masih boleh menerima kerajaan Perak yang sekarang dan selebihnya telah berpecah mengikut siapa yang patut memerintah Perak pada masa akan datang. 9 daripada 10 orang mahukan kerajaan yang stabil dan juga mahukan rakyat untuk mengundi menggunakan peti undi bagi memilih kerajaan pilihan. Menurut mereka, pihak mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan berkenaan hal-hal politik – ia adalah hak rakyat bagi memilih siapa yang sepatutnya dijadikan pemimpin. 52 peratus daripada responden yang dikaji dalam kawasan majoriti Melayu memilih PR bagi membawa perubahan dan 76 peratus daripada responden dalam kawasan majoriti bukan Melayu juga akan membuat pilihan yang sama. Ternyata bahawa Cina, India dan Melayu masih lagi memihak kepada PR untuk menang jika pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sebelum pertengahan tahun depan. Ini membuktikan bahawa rakyat tidak dapat melupakan kejatuhan politik yang berlaku di Perak pada tahun 2009.

Perpecahan di dalam UMNO
Kajian tersebut juga tidak mempunyai sebarang maklum balas yang baik bagi MIC, PPP, atau Gerakan. Kemungkinannya adalah semua calon MIC, PPP, atau Gerakan yang bakal bertanding di dalam pilihan raya umum akan datang semuanya akan tewas kepada calon PR. Persaingan sengit akan berlaku di antara kerusi-kerusi majoriti Melayu di mana prospek purata 52-48 masih memihak kepada PR. Calon-calon DAP akan memberi kesan yang besar dengan memenangi hampir semua kerusi yang dikawal mereka sekarang. Empat penggubal undang-undang tersebut (2 dari PKR dan 2 dari DAP) yang telah meninggalkan PR akan kehilangan duit deposit mereka jika mereka bertanding lagi. Rakyat sudah tidak mempunyai sebarang kepercayaan terhadap mereka dan sudah pastinya BN tidak akan memilih mereka sebagai calon bagi mewakili parti gabungan BN. Apa yang diramalkan ialah kesemua kerusi yang dipegang mereka pada masa ini akan dimenangi oleh PR pada pilihan raya umum akan datang sama ada kerajaan asal bertanding atau tidak. Inilah senario yang bakal berlaku di Perak jika kajian ini dilakukan untuk mencerminkan sentimen rakyat.

Untuk meyakitkan hati BN lagi, UMNO sedang mengalami perpecahan kuasa di Perak kerana terdapat segelintir ahli parti tersebut yang amat bercita-cita tinggi dan mahu dipilih sebagai calon bagi pilihan raya umum akan datang. Telah dikatakan sesama responden bahawa Pemuda Umno negeri tidak berpuas hati dengan ketua menteri yang sedia ada. Mereka juga berpendapat bahawa ketua menteri tersbut akan digantikan selepas pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertanding bagi kerusi di peringkat negeri. Perebutan dan pertelagahan di antara bakal calon- calon tersebut akan memberi kesan kepada peluang kemenangan UMNO di mana peluang kemenangan sudah nampak tipis bagi mereka. Tiada sebarang inisiatif dari parti UMNO untuk berkempen secara besar-besaran bagi BN kerana mereka sedang menantikan sebarang petanda daripada pemimpin-pemimpin parti bahawa mereka adalah calon yang terpilih. Walaupun seseorang itu ahli politik yang berbakat, menurut kiraan politik, ketua menteri yang sedia ada di Perak tidak akan dapat membendung rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan BN dan ini akan diungkit oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat mempunyai persepsi bahawa PR masih boleh menang walaupun ketua menteri negeri ditukar.

Petanda kurang baik bagi BN
Orang ramai masih mempunyai persepsi bahawa proses demokrasi di Perak telah dirosakkan. Mereka masih berdendam dengan BN kerana rampasan kuasa oleh BN yang menghancurkan kerajaan PR pada tahun 2009. Ditambah lagi dengan beberapa faktor setempat yang dihadapi kerajaan seperti kos sara hidup yang semakin meningkat, jurang pendapatan yang besar antara golongan kaya dan miskin, pengangguran di kalangan graduan dan belia, kekurangan peluang pekerjaan, kemasukan pekerja tanpa izin, kadar jenayah yang tinggi, kekurangan pembangunan dan aliran pelabur, perkhidmatan kesihatan yang lemah dan kekurangan perumahan kos rendah bagi mereka yang kurang bernasib baik. Peminggiran etnik telah membuatkan mereka yang terabai semakin miskin. Majoriti golongan miskin kekal miskin dan negeri itu sendiri digambarkan sebagai mundur berbanding Selangor dan Penang. Mereka menganggap rasuah sebagai endemik dalam kalangan mereka yang berkuasa. Orang-orang luar bandar dan golongan miskin di bandar merasakan bahawa mereka tidak mendapat banyak manfaat sejak pilihan raya umum yang lepas. Ini semua merupakan petanda buruk bagi kerajaan negeri sedia ada.

Pujian bagi Nizar
Anehnya, pertelagahan dan perebutan antara BN dan PR selepas dua ADUN PKR dan satu ADUN DAP menjadi penggubal undang-undang bebas di Perak (Februari 2009) masih lagi segar di ingatan rakyat. Ketua menteri yang sedia ada yang membuat pengorbanan besar kerana telah memasuki pertelagahan pada masa yang salah, sehingga kini belum lagi membuat sebarang kesan yang besar dalam meyakinkan rakyat bagi benar-benar memihak kepada BN. Dan kini, tidak kira sebaik mana beliau cuba untuk memainkan peranan sebagai ketua menteri yang sah bagi rakyat di Perak, beliau masih belum sepenuhnya memenangi hati rakyat. Pada pendapat rakyat, majoriti pengundi mempunyai persepsi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin sepatutnya menjadi ketua menteri Perak yang sah. Kajian menunjukkan bahawa Nizar masih lagi seorang ahli politik yang disegani.

Tragedi di Perak pada tahun 2009 mempunyai kesan yang mendalam iaitu melahirkan seorang pemimpin politik yang amat berkemampuan di Malaysia dan beliau bernama Nizar. Nizar telah meletakkan dirinya dengan elok pada di dalam politik negara sebagai pemimpin yang dikenali ramai di kalangan semua kaum di negeri ini. Kejatuhan di perak telah meletakkan beliau di dalam perhatian politik negara dan ini juga merupakan petanda yang baik bagi negara. PAS nampaknya mempunyai seorang lagi pemimpin yang boleh diharapkan.

Nizar sebenarnya adalah amat muda berbanding ahli-ahli politik lain yang berpengaruh di negara ini dan beliau mempunyai bersifat tenang dan mempunyai kebijaksanaan yang boleh menjadikan beliau seorang pemimpin yang baik.

Dilatih untuk menjadi jurutera, beliau dikurniakan dengan kecerdasan dan kebijaksanaan. Peranannya sebagai ketua menteri Perak selama hampir setahun telah membuatkan dirinya disukai kebanyakan rakyat Perak dan Malaysia.

Dianggap sebagai tidak gila kuasa, beliau dianggap rakyat sebagai ahli politik yang ikhlas dan sanggup berkhidmat bagi rakyat pada bila-bila masa. Latar belakang agamanya yang kukuh talah menjadikan beliau seorang lelaki yang kukuh prinsipnya. Rakyat dengan sendirinya telah mengesahkan beliau di dalam hati sebagai pemimpin masa hadapan untuk semua rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat juga telah meramalkan bahawa beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kami boleh melihat beliau sebagai pemimpin PAS yang tulen dan bersederhana menerajui kepimpinan negara ke arah kemakmuran masyarakat berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh pemimpin Islam yang diterima semua.

Pemimpin bersih diperlukan
Nampaknya, lebih banyak Nizar ditolak di dalam kemelut politik Perak lebih dikenali ramai dirinya – ringkasnya BN telah berjaya mencipta seorang pemimpin kuat PAS yang sebelum kemelut politik Perak ini cumalah seorang lelaki yang biasa di dalam politik. Walaupun beliau berlembut berkenaan nilai-nilai agama yang sederhana dan juda merupakan seorang pemimpin PAS, beliau mempunyai pendekatan yang bijak tentang agama dan politik dan sokongan berterusan yang beliau berikan berkenaan keadilan dan kesaksamaan dari perspektif Islam telah membuatkan PAS dan Islam lebih diterima oleh orang bukan Islam.

Falsafah politik Nizar berdasarkan nilai-nilai universal seperti keadilan untuk semua dan amanah telah memenangi hati rakyat Malaysia. Bagi beliau, pemimpin-pemimpin yang rosak, nepotistik dan dicemari skandal tidak mempunyai tempat di dalam politik Islam. Rakyat kini mencari seorang pemimpin yang "bersih" untuk memimpin mereka. Ini telah menambah nilai kepada kelayakan politik Nizar.

Dididik dengan didikan agama, merendah diri dan bahagia bersama keluarga,bebas skandal yang melibatkan rasuah, nepotisme dan wanita, Nizar adalah lelaki yang telah diramalkan untuk memimpin Perak sekali lagi dan mungkin negara ini satu hari nanti. Ini adalah persepsi kebanyakn rakyat Perak. Tidak dinafikan lagi, beliau mempunyai masa depan yang cerah di dalam politik Malaysia. Seorang poliglot, beliau amat bersahaja dan sederhana, sentiasa didekati dan berkarisma menjadikan beliau pemimpin pilihan di kalangan ramai rakyat Malaysia - tua dan muda.

Penyelidikan yang dijalankan oleh stesen TV tempatan selepas "rampasan kuasa" 2009 Perak menunjukkan bahawa 99 peratus daripada orang yang mengundi mahu pilihan raya baru di negeri Perak. Ini adalah bukti yang cukup bahawa rakyat sudah muak dengan keadaan huru-hara dan perebutan kuasa yang berlaku di negeri ini pada masa itu. Dalam persepsi rakyat, keseluruhan insiden di Perak telah merendahkan imej Polis, Badan Kehakiman dan Perlembagaan - dan ini juga dianggap sebagai tamparan hebat bagi demokrasi di Malaysia. Bottom of Form

Kuasa mutlak di tangan rakyat
Rakyat juga berasa bahawa mereka telah ditipu oleh wakil-wakil mereka. Mereka yang meninggalkan PKR dan DAP untuk menjadi penggubal undang-undang yang mesra BN kini sedang dipandang jijik. Abraham Lincoln (1809-1865) pernah berkata, "Anda boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa tetapi bukan semua orang pada setiap masa”. Rakyat tidak boleh ditipu lagi oleh mereka yang tidak mengenang budi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat Malaysia, secara zahir, kini telah mempunyai kesedaran bahawa mereka telah ditipu untuk jangka masa yang cukup lama dan kini mereka mempunyai kekuatan mereka dan boleh memutuskan dengan yakin siapa pemimpin mereka yang tidak boleh dinafikan lagi.

Rakyat Malaysia secara amnya kini lebih responsif kepada peristiwa politik di negara ini. Mereka menyedari bahawa kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dalam formula menentukan politik negara. Mereka menghargai undang-undang, perlembagaan dan pengekalan demokrasi di Negara ini. Mereka jijik dengan pertelingkahan undang-undang hanya untuk mencari kesahihan dalam politik. Seorang rakyat Perak berkata selepas rampasan kuasa, “Kini semuanya di tangan Ilahi. Rakyat tidak boleh mudah dimanipulasi kali ini. Pihak media boleh bersikap berat sebelah dalam laporan mereka dan lebih banyak mereka taksub dengan pendekatan ini untuk mengelirukan rakyat, rakyat akan menunjukkan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan. Ini telah dibuktikan dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas kejadian di mana pembangkang menang lebih berbanding BN. "

Menjatuhkan BN
Daripada semua pilihan raya kecil, penunjuk terbaik penolakan yang ditunjukkan oleh rakyat untuk BN adalah di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Dari ketua menteri hinggalah ke ahli parlimen, ketua menteri Perak yang tersingkir, Nizar (PAS) menang dengan majoriti yang memberangsangkan iaitu 2789 terhadap calon UMNO/BN. Dalam pilihan raya kecil Bukit Selembau pada tahun 2009 menunjukkan S. Manikumar menang dengan majoriti undi 2403 berbanding dengan calon MIC/BN. Ini adalah petanda jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan BN dan kejatuhan di Perak pada tahun 2009 . Orang ramai akhirnya akan menolak BN tidak lama lagi di peringkat kebangsaan, mungkin ke tahap tidak pulang lagi ke gelangggang politik Malaysia.

Persepsi bahawa Polis dan Badan Kehakiman yang disalahgunakan oleh BN membawa kerosakan teruk kepada reputasi BN. Persepsi bahawa politik perkauman adalah permainan yang dipatuhi oleh UMNO dan BN akan terus mendatangkan lebih banyak mudarat kepada reputasi mereka. Nampaknya, rakyat kini telah menetapkan fikiran mereka untuk membawa perubahan. Persepsi mereka adalah terdapat ramai pemimpin lain di luar sana yang lebih cekap untuk memimpin dan membawa kemakmuran kepada rakyat.

Nizar dikurniakan dengan karisma yang tinggi dan amat disukai oleh orang Melayu, Cina dan India. Lemah-lembut, berpendidikan dan meyakinkan, beliau telah memenangi hati rakyat hanya dalam masa yang singkat dalam politik. Pada satu ketika beliau merupakan seorang ahli politik yang teragak-agak, kerana beliau tidak begitu bersemangat untuk jawatan ketua menteri apabila disyorkan oleh pasukan Pakatan Rakyat yang telah menang. Beliau telah dipilih di kalangan beberapa orang lain dalam parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengetuai kerajaan oleh Raja. Dia teragak-agak menerima jawatan itu tetapi kemudiannya membuktikan dirinya menjadi seorang pemimpin yang berkmampuan di dalam proses tersebut. Keperibadiannya bersinar lebih cerah berbanding orang lain semenjak beliau dilantik menjadi ketua menteri Perak selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Perbandingan dengan Zambry
Musuhnya, ketua menteri sekarang telah berusaha keras untuk meyakinkan rakyat, tetapi tidak mempunyai karisma seperti beliau dan amatlah berwaspada pada setiap masa. Beliau pernah juga mengalami "penolakan" ketika mendekati rakyat tetapi telah menggunakan strategi bijak kerana beliau memahami sentimen semasa . Ketua menteri yang sedia ada boleh menjadi pemimpin yang baik dengan kesabaran dan keberanian tetapi oleh kerana mencari pertelagahan pada waktu yang salah telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang sukar. Nizar walaupun telah digulingkan masih lagi kekal berjaya dan nampaknya lebih popular di kalangan kebanyakan rakyat Perak. Walaupun Nizar tidak kembali sebagai ketua menteri, Perak masih boleh diselamatkan daripada BN dengan ketekadan Nizar. Ini adalah persepsi rakyat. Ini juga merupakan ramalan kebanyakan penganalisis politik. Pilihan raya umum akan datang mungkin akan menyaksikan pertembungan PR diketuai oleh Nizar terhadap pasukan BN untuk menuntut takhta politik di Perak.

Oleh itu, untuk mendakwa bahawa BN akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang oleh parti BN yang berpemikiran sempit adalah satu strategi politik semata-mata kerana sentimen sebenar mengatakan sebaliknya. Patut diperhatikan bahawa terdapat turun naik di dalam politik. Dalam politik, anda boleh digulingkan sekali tetapi ini tidak bermakna bahawa anda tidak boleh mendapat kembali kuasa, terutamanya apabila rakyat yakin untuk menerima anda lagi bergantung kepada kredibiliti dan pengalaman yang anda telah melalui.
-Malaysia Chronicle-

Intipati Bajet Pilihanraya Najib


NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu serba merah hati, Najib yang juga Menteri Kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".


Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen.

Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.



Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.


INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.



Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. 

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.


Felda

Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.



Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.


Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.



Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.


Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.



Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.



Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.



Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.



Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.



Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. 

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

-malaysiakini-