"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Akhirmya.. Rahsia Shafie Afdal Terbongkar

Addin
Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.
Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu.

Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal.

Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia. Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun.

Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna. ~nanatanjungcafe74

Gempar..!! 6 Ribu Bantah Kehadiran Anwar Ibrahim di Bukit Gantang Selepas Solat

Orang Ni
15 mac 2013-- Bukit Gantang. Lepas solat Jumaat tadi lebih kurang jam 2.15 petang seramai lebih takdak ...kurang mungkin dalam 6 ke 7 orang telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran DSAI ke Masjid Taman Mewah.

Dikatakan DSAI akan singgah untuk menunaikan solat Maghrib malam ni di masjid tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke program beliau.
6 orang termasuk juruvideo,demo syok sendiri...
Demo depan masjid di Taman Mewah ini Orangni tak pasti anjuran mana kerana ada orang Perkasa, ada orang Persatuan Veteran ATM dan ada orang UMNO. Kalau dicampur, tolak,kali dan bahagi...jawapanya UMNO lah semuanya...hehe..

Demo ini dipercayai diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Mej (B) Zul (Sebab dia yang bertepik lebih sangat) selain dari itu antara individu yang hadir menurut sumber mengatakan Hj Ahmed, Hj Jamall, Abdullah Sany (AJK umno cawangan dan Pen. S/U Masjid), Pak Majit Karaoke, Aton tokey Ayam dan tak ketinggalan Ketua Kampung Kg. Rahmat En Zalie.

Mereka berdemo sambil mengangkat sepanduk dan melalut-lalut tidak keruan kerana tidak mendapat sambutan langsung dan umpama tidak diendahkan oleh orang ramai.

Akhirnya sepanduk yang dibuat dari kertas dibakar oleh mereka sendiri,mungkin sebagai tanda marah atau tanda kecewa sebab tiada sambutan.

Salah seorang jemaah yang ditemui menyatakan beliau agak keliru kerana ada antara nama2 yang disebut di atas tidak pernah berjemaah di masjid tersebut termasuklah Ketua Kampung dan boleh dikatakan kesemua nama2 tersebut tidak pernah mengikuti kuliah agama yang dianjurkan di masjid termasuk la Pen S/U tadi.

Dari bisik-bisik mereka yang terlibat dalam demo tadi juga didengari kemungkinan akan mengadakan demo lagi sekiranya DSAI telap hadir untuk bersolat maghrib.
........................................
Angka 6 ribu bantah kehadiran DSAI adalah satu angan-angan yang tidak mungkin dapat dikumpul oleh pendemo hari ini, kemungkinan tiada upah disediakan... hahaha...

Menurut maklumat terakhir program DSAI tetap dengan jadual asal.

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.

Lahad Datu: Lepas solat Jumaat, Umno sebar fitnah

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Selesai solat Jumaat hari ini, puak Umno membuka pentas ceramah fitnah mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 50 ahli dari beberapa NGO pro Umno itu diadakan berdekatan Masjid Negara dan bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini bermula jam 2.15 minit petang tadi.

Sebuah lori dijadikan pentas fitnah bertajuk ‘Anwar dalang Lahad Datu’ untuk pemimpin utama NGO terlibat.

Mereka mencerca dan memfitnah Ketua Umum KEADILAN dalam isu tersebut.

Turut menjadi sasaran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Presiden Jati, Datuk Hassan Ali berulang kali mengaitkan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mantan pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan kumpulan pemisah Filipina.

Antara yang hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md Arip.

Mengulas tindakan itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Fariz Musa berkata, Umno BN ketandusan isu untuk dibawa dalam pilihan raya akan datang.

Beliau menyifatkan, fitnah yang mengaitkan Anwar sebegitu tidak ubah seperti meludah ke langit.

“Ramai sudah maklum penafian Nur Misuari mengenai pembabitan Anwar dalam insiden Lahad Datu.

“Puteri Jacel Kiram iaitu waris Sultan Jamalul Kiram III juga menafikan sebarang komunikasi dengan pembangkang Malaysia dan menolak dakwaan berlaku perbincangan antara mereka,” kata Fariz kepadaKeadilan Daily.

Fariz berkata, himpunan fitnah itu tak ubah rancangan tidak bermoral Umno untuk membentuk persepsi umum kononnya Anwar bersalah.

“Mereka cuba mempengaruhi pengundi luar bandar dengan memfitnah Anwar kerana mereka tahu kempen itu gagal diterima pengundi muda dan bandar disebabkan kelompok ini terdedah pelbagai sumber berita,” kata Fariz.

Menteri Dalam Negeri tolong jawab nih!

AlHusseyn
Ramai yang begitu sedih dan rasa begitu bersimpati dengan polis kita yang telah terkorban di Lahad Datu.

Tidak patut kalau aku tidak turut sama merasakan kepiluan tersebut.

Namun aku bertambah pilu dan sedih apabila mengetahui betapa malang nasib polis kita di Lahad Datu yang masih lagi hidup.

Yang terkorban tu dah dapat kenaikan pangkat, tapi takkanlah yang masih hidup ni akan terus hidup teraniaya dan hanya apabila mereka ini terbunuh baru terhegeh-hegeh nak berikan penghargaan dan naikkan pangkat?

Pendedahan yang dibuat oleh bekas ketua polis Lahad Datu, Kamis Daming dalam satu kenyataan akhbarnya sangat memalukan kerana layanan kerajaan Umno/BN keatas pasukan polis di Lahat Datu amat menyedihkan.

Bekas Ketua Polis Lahad Datu itu bukan sahaja menyalahkan kerajaan Umno/BN diatas kematian 9 perwira didaerah tersebut, malah beliau mendedahkan banyak masalah-masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku.

Nampaknya, Umno/BN hanya lebih berminat mengankut keluar khazanah Sabah seperti minyak dan kayu balaknya, tetapi gagal memberikan perlindungan dan keselamatan yang sewajarnya.Korang bacalah sendiri pendedahan berikut :


Bekas Ketua Polis Lahad Datu , menyalahkan Kerajaan Persekutuan diatas apa yang berlaku bulan lalu yang mengakibatkan kehilangan 9 nyawa anggota keselamatan kerana berterusan tidak ambil peduli ke atas aspek keselamatan di Sabah terutamanya di daerah terlibat.


Kerajaan Umno/BN adalah bersalah diatas apa yang berlaku bulan lalu yang mengakibatkan kehilangan 9 nyawa anggota keselamatan kerana berterusan tidak ambil peduli ke atas aspek keselamatan di Sabah terutamanya di daerah terlibat.

Beliau berkata, Kuala Lumpur tidak pernah melayan sebarang cadangan dan permintaan untuk menaik taraf keselamatan di daerah ini (Lahad Datu).

"Apabila saya berada di Lahad Datu lima tahun lalu, saya sering menyatakan kepada ketua kami kebimbangan tentang kemungkinan pencerobohan oleh unsur-unsur asing, tetapi cadangan dan permintaan untuk memperkukuhkan keselamatan telah dilihat sangat ringan," katanya kepada pemberita, Khamis.

Kamis berkata polis daerah Lahad Datu tidak pernah mempunyai peralatan yang mencukupi dan kenderaan pacuan empat roda mereka sentiasa rosak dan bot peronda akan berada dalam keadaan yang buruk.

Beliau berkata daerah ini juga mempunyai kakitangan yang tidak mencukupi dan sentiasa berhadapan kekurangan bekalan bahan api kerana pembekal enggan membekalkan disebabkan oleh jumlah hutang besar yang masih belum diselesaikan.

"Satu lagi perkara yang menyedihkan adalah bahawa beberapa pegawai polis dan kakitangan perlu menyewa rumah di luar kompaun polis kerana tidak ada cukup kediaman," katanya.

Kakitangan pangkat rendah dipaksa untuk tinggal di berek polis usang yang mempunyai lubang pada siling dan lantai kerana tidak ada rumah di luar disediakan bagi mereka untuk menyewa.

"Dan apabila kita memfailkan permohonan bagi dana untuk membaiki berek, ibu pejabat akan menjawab bahawa belum ada lagi peruntukan," kata Kamis.

"Hidup di bawah persekitaran sedemikian begitu mematahkan semangat anggota pangkat rendah dan apa yang boleh dijangkakan daripada mereka?" soalnya.

Kamis menyokong kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) , Datuk Yong Teck Lee bahawa rakyat Sabah telah membunyikan loceng penggera selama beberapa dekad mengenai ancaman yang ditimbulkan oleh pendatang haram di Sabah tetapi Kuala Lumpur sambil lewa tentang hal itu.

Menurut Yong, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan pencerobohan Sulu ke Sabah sebagai panggilan bangun sudah terlambat kerana kerosakan yang serius telah pun dikenakan ke atas Sabah.

"Banyak loceng penggera telah dibunyikan oleh penduduk Sabah sejak beberapa dekad lalu tetapi Kuala Lumpur tidak pernah bangun sehingga ia terlalu lewat," kata Yong di sini
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Gambar ‘Anwar’ bercumbu dengan lelaki mula beredar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.

Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.

Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.

Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.


Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.

Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.

“Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,” tulis blogger Erapasca.

Terkejut!! Ribut melanda majlis Najib (video)

AnakSgDerhaka
Ini apa yang Bernama laporkan..Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut... kononnya...

Berikut pula adalah apa yang Bernama tidak laporkan..
Sejurus Najib selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.
Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Khemah berkenaan agak jauh dari khemah utama yang menempatkan Najib dan barisan pemimpin Umno dan BN negeri dan nasib baiklah serpihan khemah terbang tidak masuk ke dalam khemahnya.

Pemuda Pas buat kejutan isytihar Nizar calon Dun Changkat Jering

Pemuda Pas buat kejutan isytihar Nizar calon Dun Changkat JeringIPOH: Belumpun tiba tempoh penamaan calon, Pemuda Pas Perak mengambil langkah berani dengan membuat pendedahan berhubung peletakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad Nizar yang sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan kerusi parlimen dan hanya akan bertanding untuk kerusi Dun, diisytiharkan sebagai calon Dun Changkat Jering.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada satu ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Dalam ucapannya, Raja Ahmad memaklumkan, pencalonan itu dilihat tepat dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan kemenangan setelah wakil rakyat sebelum ini mengisytiharkan diri sebagai calon bebas.

Menurutnya, personaliti Bekas Menteri Besar Perak yang dilihat sebagai ikon masyarakat itu mampu mengukuhkan kepercayaan pengundi yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Tindakan Adun sedia ada melompat parti tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PR.

“Jentera Majlis Tindakan Dun (MTD) khususnya di kalangan pemuda berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi misi mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Pada PRU 2008, Kapten (B) Mohd Osman Jailu yang mewakili PKR menang di Dun Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasiional (BN), Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, kejayaan merampas kerusi yang sebelum ini disandang BN, tidak kekal lama apabila pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon bebas bersama tiga wakil rakyat lain.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Salman Saleh pula berkata, Nizar merupakan pilihan terbaik sebagai calon Pas untuk bertanding di Dun Changkat Jering setakat ini.

“Kami yakin beliau dapat menggalas tugas ini dengan baik dan diharap, pengumuman ini dapat mengembalikan beliau sebagai menteri besar,” katanya.

Pendedahan Pemuda Pas ini dianggap masih kabur berikutan tiada pengumuman rasmi berhubung peletakan calon dikeluarkan Majlis Pimpinan PR Negeri dan Pusat.

Bagaimanapun, kemungkinan itu ada kerana Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhamad Nur Manuty ada menyatakan bahawa semua pembahagian kerusi PR sudah dimuktamadkan kecuali Dun Changkat Jering yang menjadi pertikaian antara PKR dan Pas.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menganggap tindakan Pemuda Pas mengisytiharkan dirinya sebagai calon Dun Changkat Jering sebagai pendekatan yang ‘nakal’.

Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat.

“Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap Dun Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
-sinarharian-

Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya

http://shalehudin.blogspot.com
Kesian Fathul Bari, letak GAMBAR ja patahkan hujahnya [Tengok laa...]
Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.
"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Ada Dakwaan Sebut Anwar Minta Sedekah AL-Fatihah Kpd Pengganas Lahad Datu

Blog wfauzdin.blogspot.com

AWAS !! Sudah ada blog yang siarkan kenyataan kononnya DS Anwar Ibrahim mahu umat Islam di negara ini 'sedekahkan Al Fatihah' kepada pengganas-pengganas yang menceroboh di Lahad Datu atas alasan mereka semua adalah umat Islam. Ada juga blog yang menyebut bahawa YB Tian Chua dianggap ' Hero' oleh rakyat Filipina. Apa tujuan semua ini ?
Sejak awal lagi pimpinan-pimpinan PKR sudah beritahu kita bahawa blog Suara Pakatan Rakyat bukan blog Pro PR. Mungkin ada yang keliru dengan beberapa tulisan di dalam blog tersebut seperti pro PR, tetapi banyak tulisan di dalamnya adalah 'duri dalam daging'. Kita mesti jauhi dari mempercayai blog upahan Umporno ini. Ini semua kerja cyber Trooper yang dibentuk untuk menghuru-harakan PR khususnya PKR.

Blog tersebut pernah melaga-lagakan pimpinan PKR dengan PAS. Blog yang sama juga sering melaga-lagakan sesama pimpinan PKR. Jangan kerana beberapa tulisan yang seolah-olah 'menyerang' Umporno maka kita anggap blog tersebut pro kita.

PI. Bala meninggal dunia. Najib Razak orang paling gembira

mohdnoorawang
Mengikut maklumat berita rengkas MKini, Penyiasat persendirian (PI) Bala telah meninggal dunia. P. Bala sempat memberi gambaran sebenar kematian wanita mongolia dan model bernama Altantuya yang mati dibunuh dan diletupkan mayatnya dengan peluru atau bom C4.
P. Bala sempat juga menceritakan detik detik ringkas episod kedatangan Altantuya dan tujuan wanita berkenaan datang ke Malaysia. Dimana P.Bala dalam sumpah pertamanya watak utama dalam episod duka ada orang yang berjawatan tinggi terlibat.

Malah dunia Malaysia sudah menjaga kematian wanita tersebut adalah wanga dan sex yang melibatkan Najib Razak dan sahabat karibnya.

Untuk rekod P. Bala terpaksa dan dipaksa dengan bayaran untuk menyediakan surat sumpah kedua untuk menafikan sumpah pertama. episod ini melibatkan kaum keluarga Najib Razak.

Akhirnya P. Bala dihantar tinggal di sebuah negeri di India dengan pertolongan sahabat karib Rosmah Mansor menguruskan segala kewangan dan kemudahan keluarga P.Bala.

Namun itu kisah dulu dan berlaku janya tidak sampai duat tahun P.Bala tinggal di India. P. Bala kembali ke Malaysia dalam akhir bulan Febuary yang lalu dan sempat menjelajah dua negeri menceritakan kronologi wanita Altantuya sehingga membawa kematiannya yang terlibat dengan penama Najib Razak.

Namun kami rakyat Malaysia cukup berbangga diatas keberanian P. Bala dalam membongkar kisah paling tarjis yang melibatakan kematian dan pembunuhan melibatkan Najib Razak.

Kepada keluraga P.Bala, iesteri dan anak anak serta kaum kelurganya kami ucapakan TAKZIAH diatas kematian P.Bala.

P.Bala seorang pejuang dan pejuang keadilan. Diharap kerajaan PR dan pemimpin PR memberi sesuatu pengharagaan kepada P. Bala dan membantu ister dan anak anak P.Bala.

Dan orang yang paling gembira dab ceria kemabli ialah Najib Razak. keran maklumat dan rahsia yang ada P. Bala teka sempat dibongkar lagi.

Tangkap dan dakwa Tan Sri Harris Salleh atau memang betul polis melakukan kerja jahat di Sabah

Harakahdaily

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyifatkan pandangan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (gambar) sebagai pandangan peribadi.

"Bagi saya itu pandangan peribadi dia kerana semua tindakan kita tidak ada pilih kasih.

"Kita bertujuan untuk membanteras jenayah dan dalam tindakan kita tidak ada pilih bulu, orang Bajau ke orang Sulu ke, kita tidak kira," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.

Sultan Kelantan Mengetuai Majlis Tahlil Allahyarham Ahmad Hurairah..

abuluqman
Sultan Muhammad V (Sultan Negeri Kelantan) yang berjiwa rakyat... bertanyakan sesuatu semasa menghadiri dan MENGETUAI majlis tahlil Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam tadi.

Takbir... Allahuakbar 3x..

Nukilan Abu Luqman Berita Menarik Lagi Di SINI 

PI Bala meninggal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang ini ketika mendapat rawatan di Klinik Rawang.

Demikian tulis Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melalui twitter.

Bala telah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Subang jaya (SJMC) selepas seminggu dirawat di situ, angioplasty menunjukkan terdapat tiga sekatan utama pada saluran jantungnya.

Mendiang dijadualkan menjalani pembedahan pintasan tiga minggu lagi, selepas ditangguhkan sebelum ini.

Bala mendapatkan rawatan susulan pagi ini di SJMC dan kelihatan sihat.

Namun, beliau mengalami sesak nafas sekitar jam 1.30 petang.

Kepulangan Bala
(Bala bersumpah dengan kitab suci Hindu di KLIA sebaik saja pulang)
Bala pulang dari persembunyian di luar negara awal bulan lepas selepas meninggalkan negara sejak 2008.

Beliau keluar negara sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua (SD2) berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Sebelum itu, beliau membuat akuan bersumpah yang mendakwa pemimpin negara terlibat dalam kematian wanita Monggolia itu.

Dalam SD2 pula, beliau menarik balik semua yang dinyatakan dalam SD1.

Semasa di luar negara beliau membuat pengakuan, beliau telah dipaksa membuat SD2 dan dipujuk serta diberikan wang oleh seorang yang bernama Deepak Jaikishan.

Deepak, rakan perniagaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku membantu Rosmah memujuk Bala agar membuat SD 2.

Beliau berbuat demikian setelah diminta Rosmah dan suaminya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Beliau bersama adik Perdana Menteri, Nazim Razak kemudian berjumpa Bala di The Curve, Sri Damansara.

Ekoran itu, Bala membuat SD2 dengan dibantu oleh dua peguam terkenal.

Sebaik saja pulang Bala bersumpah dengan kitab suci agama Hindu, Beghawan Geta, SD keduanya tidak benar dan SD pertama yang benar.

Deepak pula mengalu-alu kepulangan Bala dan berharap dapat bekerjasama antara mereka untuk mendedahkan segala rahsia di sebalik kematian Altantuya Shariibuu.

Deepak memohon PAS dan Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau mendapat perlindungan sebagai saksi untuk membuat segala pendedahan.

Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku.

Namun, beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat.

Ada yang mendakwa beliau dikenakan ubat guna-guna oleh pihak-pihak tertentu namun tidak dapat disahkan.

Bala telah seminggu dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan sepatutnya akan menjalani pembedahan pintasan jantung dalam masa tiga minggu lagi.

Namun hayat beliau telah sampai dan meninggal di rumahnya selepas keluar dari hospital untuk berehat.

Rumah Bala terletak di Taman Pelangi Indah, Rawang.

Nak lucut kerakyatan Tian Chua? hebat Ezam!

notan
Assalamualaikum,,.. 

Ezam muncul di sidang akhbar mengumukan penubuhan Barsatu, gabungan NGO bukan politik untuk mengajak rakyat(tapi berdasarkan maksudnya melayu) untuk kembali bersatu ekoran kejadian Lahad Datu. Ezam begitu bersemangat untuk pertahankan negara dari anasir luar walaupun elemen anasir luar itu turut terdapat dalam tuduhan yang dikenakan kepada Tian Chua.

Apa yang peliknya, ialah dakwaan Ezam tuduhan terhadap Tian Chua masih belum cukup, Ezam mahu kerajaan mencari akta yang lebih berat seperti akta yang boleh menggugurkan kerakyatannya. Peliknya ialah kesemua empat tuduhan terhadap Tian Chua tidak mengandungi unsur menghasut atau menghina sebaliknya, kalaupun ianya menghina, apa yang dihina oleh Tian Chua ialah UMNO dan kalau ianya merupakan tuduhan tidak bertanggungjawab, ianya hanya tuduhan terhadap UMNO bukan anggota pasukan keselamatan seperti digembar gempurkan.

Tuduhan Tian Chua terhadap UMNO adalah perkara biasa mengambil kira tuduhan yang pernah dibuat UMNO termasuk oleh Ezam terhadap PR. Kalau menghina UMNO boleh masuk mahkamah, maka sepatutnya menghina PR juga perlu masuk mahkamah, kalau menghina UMNO perlu digugurkan kerakyatan, maka menghina PR juga perlu dilucutkan kerakyatan. Itu baru adil namanya.

Ezam nampak bersemangat ketika mengajak rakyat bersatu menentang anasir luar bagi mengelakkan trajedi Lahad Datu berulang. Bersatu katanya akan berusaha kearah itu, Bersatu yang dianggotai antara lain oleh PERKASA dan beberapa NGO yang terlibat dalam demo membakar gambar Tian Chua dan melempar telur di pejabat PRK. Inikah orang orang yang diharapkan Ezam untuk menyatukan rakyat?.

Bersatu bermakna sama sama jujur dan ikhlas dalam melakukan semua perkara tanpa adanya niat jahat atau bergerak atas dasar kebenaran. Dengan prinsip ini kita akan bersatu tanpa mengira fahaman politik atau parti atau bangsa. Dalam konteks ini, rakyat sudah lama bersatu untuk maklumat Ezam yang mungkin terlepas pandang atas apa yang berlaku. Rakyat sudah bersatu di bawah BERSIH, di Bawah Hijau dan di bawah beberapa NGO lain seperti ABU dan seumpamanya.

Tidak perlu bagi Ezam menjadi hero kerana rakyat sudah lama bersatu, tinggal lagi ianya tidak diakui oleh UMNO. Pada UMNO rakyat hanya perlu bersatu untuk menyokong mereka, membiarkan mereka berbuat apa saja tanpa bantahan, itu bersatu menurut definasi UMNO. Inilah juga definasi Ezam barangkali ketika menyeru rakyat bersatu, yang bermakna bukan rakyat tetapi melayu yang perlu bersatu menentang anasir asing yang mungkin juga termasuk kalangan bangsa lain yang membantah tindakan kerajaan UMNO seperti Tian Chua, sebab itu Tian Chua mesti digugurkan kerakyatannya. Tetapi bagaimana pula militia Sulu yang dilapurkan ada IC? Bagaimana bangsa Indon, bangla, Pakistan, India, Nepal dll. yang turut ada IC? Apakah mereka ini bukan anasir asing?

Patutlah ada khabar yang mengatakan IC pendatang Sulu sedang dihapuskan di Sabah, walaupun dinafikan oleh kerajaan setakat ini. Ezam tak perlulah desak kerakyatan Tian Chua digugurkan kalaupun ada akta yang membenarkan begitu kerana Tian Chua tidak bersendirian, malah di mahkamah ada cubaan untuk menangkap beliau sebelum kesnya disebut tetapi apa jadi dengan cubaan itu? Tak perlulah Ezam nak tunjuk hebat, bimbang bimbang sumpah keramat yang pernah angkut ke sana ke mari dulu benar benar terjadi!

Banner paling aneh dari PAS...

http://paklongonline.blogspot.com
Orang kampung mana aneh sangat ni haa...
Awat yang pelik sangat...
Hangpa mintak maaf kat sapa pulak neh...

Hangpa berasa nak gantung, gantung ja la...
Jaga jangan dok gantung tang tempat yang tak boleh gantung dah laa...
Time nak mengundi esok, pangkah la apa yang hangpa nak pangkah...
Nak mintak maaf kat sapa...
Nak mintak maaf pasai apa...

Pelik...!!
Tak payah nak tunjuk sopan la ngan Umno neh, haha...

Budak 8 tahun berkahwin dengan nenek 61 tahun (Gambar)

Budak kahwin nenekCAPE TOWN: Seorang murid lelaki berusia lapan tahun dari Afrika Selatan mengikat tali perkahwinan dengan seorang wanita warga emas berusia 61 tahun hanya kerana mengikut 'arahan' roh nenek moyang.
Kanak-kanak itu, Sanele Masilela dari bandar Tshwane berkahwin dengan Helen Shabangu, seorang ibu kepada lima orang anak dekat sini, semalam.

Masilela berkata, dia telah dimaklumkan oleh nenek moyang supaya berkahwin dan keluarganya yang bimbang akan dikenakan hukuman jika tidak mengikut 'arahan' itu, bertindak menguruskan perkahwinannya.

Mereka membayar sebanyak 500 pound (RM2,290) kepada pengantin perempuan manakala 1,000 pound (RM4,581) lagi untuk majlis perkahwinan itu yang diuruskan dalam tempoh dua bulan.

Dengan memakai tali leher bow dan sut berwarna perak, Masilela anak bongsu kepada lima beradik saling bertukar cincin dengan pasangannya di hadapan 100 tetamu yang hadir.

Perkahwinan itu nyata mengejutkan sesetengah masyarakat, namun keluarganya mempertahankan keputusan mereka dengan menyifatkannya sebagai satu ritual dan ia tidak terikat secara undang-undang kerana tidak didaftarkan.

Ibu Masilela, Patience, 46, berkata, perkahwinan itu pertama kali berlaku dalam kalangan keluarga mereka.

''Masilela, mengikut 'arahan' mendiang datuknya yang tidak pernah berkahwin supaya mengahwini perempuan itu.

''Datuk Masilela memilih Helen kerana dia cintakannya dan dengan perkahwinan itu, kami telah menggembirakan nenek moyang kami dan sekiranya ia tidak dilaksanakan, maka nasib buruk akan menimpa kami,'' katanya.

Sementara itu, Masilela berharap akan berkahwin secara formal dengan wanita sebaya dengannya bila sudah dewasa./ AGENSI

UMNO bunuh diri?

senik
Assalamualaikum,,..
tian mahkamahBerita di TV sebentar tadi menyiarkan liputan pendakwaan Tian Chua, yang dituduh di bawah akta hasutan.Menariknya, pertuduhan itu apabila dibaca berbunyi UMNO dan pemberian IC.Sudah tentu ianya merupakan publisiti percuma kepada Tian Chua dan PR yang selama ini kenyataan pemimpinnya tidak pernah mendapat liputan TV.Pertuduhan tersebut yang dibuat dalam empat tuduhan hanyalah kenyataan Tian Chua tentang kelemahan menangani pencerobohan dan penipuan UMNO dalam isu pemberian IC kepada warga asing termasuk bangsa Sulu.
Nampaknya UMNO semakin huru hara kerana militia Sulu menuntut Sabah.Ezam baru sahaja mengumumkan penubuhan Bersatu, NGO yang tidak bermotifkan politik yang disertai oleh NGO bukan politik seperti PERKASA dan beberapa NGO yang mengamok di depan ibu pejabat PKR baru baru ni.Ezam medakwa peristiwa Lahad Datu patut membawa kita bersatu, kalau kita gagal bersatu kerana anasir luar ini, alamak negara kita akan menjadi negara yang gelap(maaf lupa kata kata ezam tadi).Ezam mahu kita bersatu dalam masa dia mendesak supaya kerajaan mengkaji undang undang yang lebih berat untuk mendakwa Tian Chua, katanya pertuduhan itu masih belum cukup, kalau boleh kerajaan patut menggunakan peruntukan yang boleh menggugurkan kerakyatannya kerana kurang ajar.

Huru haranya UMNO nampak jelas sekarang, siapa yang mengembangkan dan menyuburkan peningkatan anasir luar? Tapi UMNO tetap mahu menyalahkan orang lain.Tian Chua yang kurang ajar atau Ezam dan NGO bukan politiknya? Ezam mahu kita(merujuk kepada orang melayu) bersatu dan mahukan Tian Chua(bangsa cina) dilucutkan kerakyatannya.Apa maknanya? maknanya dia menyanggah dasar 1Malaysia Najib dan menyegarkan perkauman.Dari sudut perundangan, kata kata Ezam ini adalah hasutan yang boleh didakwa seperti Tian Chua.

UMNO mungkin hanya menggali kuburnya sendiri dari dakwaan kepada Tian Chua, apabila dibicarakan nanti, pasti nama UMNO dan IC kepada pendatang asing bakal berkumandang di mahkamah, samaada Tian Chua bersalah atau tidak, rakyat kebanyakan terutamanya pengundi atas pagar akan mendapat lebih maklumat dan kefahaman mengenai pengkianatan UMNO selama ini.

Sandiwara yang didakwa disebut ole Tian Chua ialah sandiwara UMNO bukannya sandiwara polis atau pasukan keselamatan.Tiada langsung unsur menghina polis seperti didakwa sebelum ini.Bagi seorang yang waras, sudah tentu timbul persoalan di pertuduhan mana Tian Chua menghina polis? Tian Chua hanya mengata UMNO, jadi kenapa UMNO tidak boleh dikata sehingga boleh didakwa? orang mengigaupun boleh sedar tentang ini, tidak ada penghinaan langsung, jadi di mana warasnya orang UMNO minta dilucutkan kerakyatannya?

Mungkin ramai akan membuka mata melihat tuduhan yang dikenakan ke atas Tian Chua kerana publisiti yang diperolehinya.UMNO hanya membunuh diri dengan tindakan tidak bijaknya dan kalau DSAI ditangkap dan didakwa kerana menjadi dalang pencerobohan,maka usia UMNO mungkin lebih cepat ditamatkan.

Kerajaan BN guna spyware untuk intip kita?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: New York Times dilaporkan berkata Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian ‘FinSpy’, sebuah program untuk mengintip penjenayah, pengganas dan pemerdagangan manusia yang kini disalahgunakan untuk mengintip rakyatnya sendiri.


Selain Malaysia, para pengkaji Citizen Lab yang berasal daripada University of Toronto’s Munk School of Global Affairs mendapati Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Britain juga menggunakan perisian yang sama.

“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire yang dipetik The Malaysian Insider berdasarkan laporan di NYT.

Pengarah urusan Gamma Group Martin J Muench yang menjual FinSpy berkata teknologi itu dijual kepada kerajaan-kerajaan untuk mengawai penjenayah dan ia selalu digunakan untuk penjenayah salah laku seksual kepada kanak-kanak, pengganas, jenayah terancang, penculikan dan pemerdagangan manusia.

Marquis-Boire pula berkata perisian FinSpy boleh disalahguna di negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang yang lengkap.

Antara negara yang mempunyai server FinSpy ialah Malaysia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Canada, the Czech Republic, Estonia, Ethiopia, Germany, India, Japan, Latvia, Mexico, Mongolia, Netherlands, Qatar, Serbia, Turkmenistan, the United Arab Emirates dan Vietnam.

Dalam laporan yang dikeluarkan kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch, menyatakan Malaysia masih belum membuat apa-apa untuk memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, laparan The Malaysian Insider juga berkata Putrajaya yang dipimpin BN terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan.

Finspy, lapor TMI, telah digunakan dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, emel aktivis di Bahrain, dan Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri.

“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab yang dipetik The Malaysian Insider.

5 tahun perkosa ibu kandung

Yogyakarta: Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.

Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu.

“Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” kata TG ketika disoal polis, semalam.

Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun. Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks.

Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya.

“Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya,” katanya.

Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun.

Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya./ Lensa

Ayah nampak mayat anak berdiri

Georgetown: “Selepas tiga jam mencari, saya ternampak mayat anak dalam keadaan berdiri sebelum terus mencapai rambutnya,” kata Ahmad Long, 55, yang turut ke laut untuk mencari anaknya, Marzuki Akmar, 22, yang lemas ketika memukat udang, kelmarin.

Menurut Ahmad, dia bersyukur kerana selepas seharian lemas akhirnya dia sendiri menemui mayat anaknya itu ketika keluar mencari bersama dua lagi rakannya.

“Selagi tidak jumpa, saya gelisah dan tidak dapat lelapkan mata, namun hari ini (semalam), saya lega kerana mayat anak berjaya ditemui.

“Memang naluri saya sebagai bapa kuat mengatakan yang mayat anak akan ditemui juga di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Balik Pulau, semalam.

Menurutnya, ketika mayat ditemui, kaki anaknya itu didapati terbenam dalam lumpur dengan keadaan masih memegang topi.

“Walaupun sedih, saya tetap reda dan bersyukur kerana mayatnya ditemui juga lebih-lebih lagi saya sebagai bapanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua beradik yang keluar memukat udang lemas selepas terjatuh ke dalam laut.

Ketika itu, kaki Marzuki Akmar dikatakan terbelit pada pukat sebelum abangnya, Mazlan nekad terjun untuk menyelamatkan adiknya itu.

Bagaimanapun, badan Mazlan dikatakan terbelit pada pukat sebelum dia lemas dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.
-hmetro.com