"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Lelaki miliki 100 isteri meninggal dunia


NAIROBI: Seorang lelaki Kenya yang terkenal kerana mempunyai 100 isteri meninggal dunia akibat komplikasi selepas mengalami tekanan darah tinggi, minggu ini. 

Ancentus Akuku, yang digelar 'Danger' (bahaya), berumur lebih 90 tahun semasa kematiannya dan meninggalkan antara 160 dan 200 orang anak. 

Dalam temuramah dengan stesen televisyen Barat sebelum ini, Akuku berkata dia digelar 'Danger' kerana berjaya menewaskan ramai lelaki disebabkan kekacakannya. 

Menurut media Kenya, Akuku mempunyai keluarga yang terlalu besar sehingga beliau membina sekolah dan gereja bagi kegunaan keluarganya yang tinggal di bandar Kisumu, barat Kenya. 

Akuku pernah mengakui saiz keluarganya yang besar menyebabkan hampir mustahil baginya untuk memantau mereka. 

Lelaki tinggi lampai itu berkahwin kali pertama pada 1939 dan kali terakhir pada 1992 iaitu semasa poligami dianggap perkara biasa di negara Afrika Timur itu.


Najib sekalipun calon, PAS tetap lawan-Presiden PAS

Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 9 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika Datuk Seri Najib sekalipun menjadi calon Umno di Galas, PAS tetap akan bertanding.

Ianya kerana PAS telah menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil tersebut yang dijadual 4 November ini.

"Kita akan melawan siapa sahaja, kalau Datuk Seri Najib yang bertanding sekalipun kita akan lawan.

"Kita sudah buat keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan petugas media berhubung respon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hari ini.

Ku Li pagi tadi menjelaskan beliau menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, namun berhubung calon, beliau belum boleh memberi keputusan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh soal calon Umno kerana itu hak mereka.

Namun bagi PAS beliau berkata, parti itu mengambil kira semua aspek dalam menentukan keberkesanan kempen pada pilihan raya itu nanti.

Ianya termasuk soal isu yang akan dibangkitkan yang dijangka sedikit berbeza dari PRK Manek Urai lalu memandangkan Galas lebih dekat dengan kawasan pekan.

"Dalam isu tempatan sudah tentulah berubah, masyarakatnya berbeza.

"Di Galas ada org asal, Tiong Hua, oleh sebab itu pendekatan, kita ambil kira.

Ditanya soal calon PAS, beliau memberitahu sedang menunggu mesyuarat PAS Kelantan yang akan memutuskannya dalam masa terdekat.

"Kita menunggu mesyuarat PAS Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Briged Dewan Muslimat PAS (Briged Muslimat) di sini.

Perubahan Kuasa Politik Tidak Tukar Sistem

GOMBAK 9 OKT: Pakatan pembangkang yang dilihat giat mengatur strategi bagi mengambil alih kuasa peringkat persekutuan tidak pernah cuba menukar sistem sedia ada lantaran kesetiaaan mereka kepada Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Prof. Dr Abdul Aziz Bari mengganggap rakyat Malaysia bertuah kerana perubahan politik mahupun kuasa pentadbiran yang berlaku, langsung tidak melibatkan sistem.

Bercakap pada program Wacana Rakyat anjuran Gerak Massa Malaysia (Gesa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu berbeza di negara lain yang menyaksikan penukaran sistem sebagaimana Revolusi Perancis dan China yang membawa pertumpahan darah.

"Inilah sebenarnya satu sifat, satu ciri yang menerangkan mekanisme perubahan itu dan di sini satu perkara yang sangat baik dan positif kerana perubahan tak jadikan negara tunggang langgang seperti di sesetengah tempat.

"Rakyat mampu melihat sesuatu yang berbeza tanpa membayar harga yang mahal," katanya.

Aziz berkata, rakyat Malaysia semakin berani memilih dan terbukti melalui keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu sekali gus menunjukkan mereka sudah bersedia untuk atmosfera politik baru dengan menerima pakai sistem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Macam kita bawa satu produk, dia akan ambil yang baik...yang dia rasa boleh penuhi keperluan pilihan dia," katanya.

Beliau juga menganggap sistem dua parti di negara ini semakin mantap berikutan penubuhan entiti Pakatan Rakyat yang membawa dasar yang jelas dalam perjuangan politik, sekalipun pendaftarannya sebagai sebuah gabungan, berdepan halangan.

Aziz juga berharap BN mampu mengulangi kewibawaan peranan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang jika entiti menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP itu menguasai Putrajaya, bagi mengekalkan keseimbangan politik.
-tvselangor-

Siapa pun calon Umno, PAS tetap lawan- Nik Aziz

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.


"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Mengulas program Hari Suami Isteri, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah mencetuskan idea baru dalam institusi kekeluargaan di negara ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain mengadakan program berkenaan sebagaimana lazimnya program Hari Ibu dan Hari Bapa dan seumpamanya diadakan.

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah turut diundang menjayakan program berkenaan.

Calon DUN Galas: Orang Asli vs Ku Li?

KUALA TERENGGANU 9 OKT: PAS mengulangi kenyataan betapa parti itu tidak menolak kemungkinan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyatakan kemungkinan itu jika Umno meletakkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi DUN itu.

Mohamad Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas berkata demikian pada majlis dialog di sini malam tadi yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Mohamad Sabu dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Daripada keseluruhan 11,000 pengundi di DUN Galas, lebih 1,700 daripadanya adalah Orang Asli.

Sementara itu, Lim kesal dengan tuduhan bahawa DAP anti Islam yang dilemparkan dalam satu ceramah anjuran sebuah bahagian Umno baru-baru ini.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah, Lim berkata "Islam merupakan agama rasmi negara ini dan kalau DAP anti Islam sudah lama (pemimpin DAP) dipenjarakan.
-Bernama-

Rahimi Jadi 'C4' Untuk Ranapkan Anwar Selepas Saiful Gagal

KUALA LUMPUR 9 OKT: Rahimi Osman menjadi sandaran utama untuk melakukan pemusnahan karektor terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Saiful Bukhari Azlan gagal menyakinkan rakyat melalui kes mahkamah konspirasi kedua.

“Kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan peluru hidup untuk membunuh (karektor) Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka C4 untuk membunuh karaktor Anwar,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub, hari ini.

Rabu lalu, Rahimi mendakwa dipaksa pemimpin dan peguam PKR untuk menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes melibatkan Anwar.

Bagaimanapun, tindakan Rahimi itu menimbulkan banyak menimbulkan keraguan berikutan ia seakan-akan mengulangi skrip yang berlaku kepada P Balasubramaniam yang menukar akuan bersumpah pertama kepada kedua, sebelum penyiasat persendirian itu kemudian mengakui akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu sebagai sahih.

Dalam kenyataan media, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak mengingatkan pimpinan dan rakyat betapa konspirasi terbaru melibatkan Rahimi tidak patut dipandang remeh.

Menyifatkan pimpinan Umno sebagai licik hingga PKR tidak sempat menghidu rancangan itu, beliau sangat yakin penyokong Najib-Rosmah akan menuduh parti ini tidak bermaruah dan bermasalah.

“Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah.Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk seperti ‘arwah’ Rahimi dan ‘arwah’ Saiful Bukhari!

“Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi ini,” katanya.

Mustaffa yakin kenyataan Rahimi menuduh dua peguam, Latheefa dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Najib-Rosmah dalam akuan bersumpah keduanya itu semata-mata untuk melindungi kepentingan dua individu itu.

“Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini. Tidakkah kita hairan Rahimi boleh menafikan akuan bersumpahnya selepas dua setengah tahun beliau membuat akuan itu?

“Tidakkah kita hairan, mengapa Rahimi beriya-iya memadamkan nama Najib-Rosmah tetapi mereka berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama mereka dalam akuan bersumpahnya.

Beliau mendakwa mereka mahu Ketua Umum PKR itu palang penjara dengan apa cara sekalipun kerana Umno sendiri menyakini bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkeupayaan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kulasegaran: "Saya Dengan Ngeh Tidak Pernah Bermusuh"

IPOH 9 OKT: Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran akan menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak sebelum memberi keputusan muktamad berhubung peletakan jawatannya itu.

Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata 'formula perpaduan' akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Memadai saya memaklumkan bahawa keputusan muktamad saya akan bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi yang akan mencari formula perpaduan untuk DAP Perak...parti didahulukan dan Kulasegaran perkara kedua," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini hari ini.

Sidang akhbar hari ini merupakan yang pertama selepas Kulasegaran membatalkan majlis yang sama pada 2 Okt lepas untuk mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi negeri.

Naib Presiden DAP Pusat itu dikatakan mahu mendedahkan segala punca yang membawa kepada krisis kepimpinan dalam DAP Perak selepas mesyuarat khas pada 1 Okt di Kampung Simee di sini gagal mencari jalan perdamaian dalam sidang media Sabtu lepas itu.

Bagaimanapun, Kulasegaran yang pulang ke Ipoh dari bercuti di luar negara semalam, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Ngeh atau setiausaha DAP Perak
Nga Kor Ming untuk mengadakan sebarang pertemuan atau mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan DAP Perak.

"Namun begitu, saya dengan Ngeh tidak pernah bermusuh, kerana beliau masih lagi pengerusi saya," katanya.

Katanya beliau juga akan bertemu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang,Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ngeh serta semua pemimpin utama DAP dalam satu majlis makan malam yang akan berlangsung di Sungai esok.

"Saya mengulangi bahawa krisis dalam DAP Perak yang berlaku hari ini perlu diselesaikan segera supaya parti bergerak ke arah misi politik menawan semula Perak dan juga kerajaan Pusat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Selain itu, beliau turut mencabar Ngeh berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kepimpinan dan pentadbiran semasa pakatan pembangkang itu mentadbir
Perak selama 11 bulan.

"Sudah tiba masanya parti politik di negara ini membincangkan hal-hal dalaman dan dasar parti secara terbuka. Biarlah para pengundi membuat keputusan.
 -tvselangor-

Ku Li Ketuai Kempen, Pas Anggap Underdog Tapi Yakin Menang

KUALA LUMPUR 9 OKT: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap parti itu sebagai 'underdog' atau bukan pilihan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, walaupun yakin mampu membuat kejutan bagi mempertahan kerusi berkenaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan pilihan raya itu sebagai pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN, dan bukannya pertembungan antara individu

"Bagi pilihan raya kali ini, kami menempatkan parti ini (Pas) sebagai 'underdog' walaupun dalam keadaan mempertahankan kemenangan kita. Yang penting ialah meningkatkan kekuatan jentera parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual tvselangor ekoran kenyataan rasmi Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan beliau menerima jawatan pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pagi tadi.

Justeru, Salahuddin menasihati jentera parti supaya tidak bersikap 'over confident' sebaliknya bersikap terbuka dengan apa yang bakal berlaku.

Ditanya sama ada pelantikan Tengku Razaleigh akan menjejaskan usaha mengembalikan royalti minyak Kelantan, Salahuddin menganggap ia sebagai cabaran bagi parti dalam menghadapinya secara demokratik.

"Tengku Razaleigh Hamzah telah menunjukkan sikap beliau sebagai tokoh negarawan dalam perjuangan isu royalti minyak. Keadaan ini menunjukkan kita mampu bersama dalam isu ini. Jadi terserah kepada pengundi di Galas untuk membuat perhitungan," katanya.

UPSR Kekal Dengan Sukatan Baru

KUALA LUMPUR 9 OKT: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.

"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan."

Sementara itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkenaan, beliau yang juga adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.

Muhyiddin berkata ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Katanya, satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan menjadi pilihan ramai.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Galas:Kami nak tengok Ibrahim Ali ada telor atau tidak

cucupakkasim
Karektor Beraheng Ali adalah antara karektor-karektor ahli-ahli politik yang diminati oleh gurkah-gurkah politik di'port'. Dengan keadaan fizikalnya yang gemok,pendek, rambut keringting, sudah cukup untuk menepati apa yang orang-orang tua cakap, orang pendek rambut keringting memang tak boleh pakai.

Walaupun dia famous, menonjol, pandai cakap banyak, cakap besar lagi lahh..., tetapi orang dah kurang bagi perhatian sejak dia yang menggunakan bendera PAS dalam PRU-12 dan menang telah bertukar pendirian dengan menyokong umno dan menghengtam PAS, walaupun dia tetap kata yang dia bebas.

Nama Beraheng Ali naik lagi bila dia menubuhkan PERKASA, yang mana dia kata 95% keseluruhan ahli-ahli PERKASA, adalah juga ahli-ahli umno, maka lagi besar lah cakap-cakap dan tindak tanduk Beraheng Ali.

Sana-sini dia bercakap besar, dia kata yang dia mendapat sokongan penuh dari orang-orang melayu. Dia juga pandai ujudkan drama politik dengan skrip dan adegan kata yang PERKASA bukanlah seperti umno yang lembik, yang telah hilang sokongan dari orang-orang melayu, dan PERKASA akan berjuang untuk kepentingan orang melayu yang dah hilang kepercayaan pada umno.

Oleh itu memandangkan pilihanraya kecil Galas bakal berlangsung dan tarikh penamaan calun pun masih jauh lagi, gurkah-gurkah politik di'port' ingin mencabar Beraheng Ali kita supaya, kalau benarlah dia dan PERKASA telah mendapat sokongan orang-orang melayu, gurkah-gurkah politik di'port' ini mahukan Beraheng Ali menjadi calun pada pilihanraya kecil ini, tak kira lah sebagai calun yang guna tiket umno atau guna tiket PERKASA sendiri. Sesungguhnya pilihanraya kecil ini boleh menjadi bukti dan kayu ukur untuk kita lihat sama ada orang-orang melayu di-Galas boleh menerima Beraheng Ali dan PERKASA sebagai wakil rakyat mereka atau dia dan PERKASA akan di tendang.

Lagi pun sebelum adun Galas ini meninggal dunia dan sebelum sesiapa pun menjangka akan ada pilihanraya kecil, dia asyik cakap besar kata yang dia sedang merancang dan membuat strategi yang akan mengejutkan orang ramai pada PRU-13 nanti.

Ayuh abang Beraheng, tunjuk laa 'telor' mu, nak tengok ada atau tak ada!
- dari blog
http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
umno cuma bergantung kepada karisma Tengku Li

'Tazkirah' Ayah Pin setiap Ahad, Isnin

KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Arifin Mohamad, 70, atau Ayah Pin dikatakan hanya pulang ke perkampungannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, pada setiap Ahad dan Isnin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Ramlan Ali berkata, mengikut maklumat diperolehnya, Ayah Pin hanya berada di perkampungan berkenaan selama dua hari untuk mengajar pengikutnya yang datang dari luar Terengganu.

Menurutnya, Ayah Pin dikatakan mengarahkan pengikut setianya supaya mencari lebih ramai ahli baru untuk menyertai kumpulannya termasuk remaja.

Katanya, ajaran Ayah Pin mula aktif semula sejak Julai lalu dan keluar meninggalkan perkampungannya dengan diiringi pengikut setia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Saya menerima maklumat daripada pengikut Ayah Pin bahawa dia mengarahkan ahli kumpulannya supaya mencari seberapa ramai ahli baru, termasuk remaja.

“Ayah Pin juga ketika ini menyebarkan ajarannya hanya di warung kopi milik pengikutnya di dalam kawasan perkampungan itu, bukannya di luar perkampungan itu.

“Jadi, tidak hairanlah, pada hari Ahad, terutamanya sebelah petang sejak kebelakangan ini kawasan perkampungan itu menjadi tumpuan orang ramai dipercayai pengikutnya yang datang dari beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang melaporkan Ayah Pin dilihat memberikan ‘tazkirah’ kepada 10 pengikutnya di kampung itu, Isnin lalu.

Begitupun, Ayah Pin dikatakan tidak secergas dulu kerana menghidap diabetes dan dia berpakaian singlet putih serta berseluar pendek sambil menghisap rokok ketika memberikan ‘tazkirah’ kepada pengikutnya yang datang dari luar Terengganu termasuk Johor, Selangor dan Pahang.

Semalam, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dilaporkan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Ayah Pin berada di perkampungannya selain percaya dia masih berada di sebuah negara jiran.

Sementara itu, Ramlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu mengambil tindakan segera bagi mengekang kegiatan ajaran sesat itu.

Satu lagi pilihan raya kecil: MP Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.


Mendiang berusia 54 tahun.
Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004.

Abu mayat mualaf perlu diurus ikut hukum syarak

Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa seorang lelaki mualaf yang meninggal dunia di Kuala Lumpur Rabu lalu adalah seorang beragama Islam dan abu mayatnya perlu diuruskan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dari peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), semalam.

MAIWP mengemukakan permohonan ex-parte untuk menentukan status agama Brian Eustace Steel @ Steele Shah Abdullah, 56, seorang bangsa Serani, yang meninggal dunia akibat 'septicaemic shock' (keracunan darah).

Lelaki tersebut, seorang operator pengeluaran, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan mayatnya dibakar Khamis lalu di krematorium di Jalan Kuari di Kuala Lumpur, mengikut upacara Kristian.

Abunya kini disimpan di Bahagian Kawalan Pembersihanan Bandar, Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL.

MAIWP menamakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden.

Mohd Amran dalam penghakiman ringkasnya berkata afidavit MAIWP membuktikan Brian telah memeluk agama Islam pada 20 Ogos 1975 dan melafazkan dua kalimah syahadah di MAIWP.

"Oleh itu, arwah hendaklah dikebumikan atau diuruskan mengikut kehendak agama Islam dan hukum syarak. Selain itu, pihak yang dipertanggungjawab menjaga abu arwah diminta menyerahkan abu berkenaan kepada MAIWP di samping pihak polis juga diarahkan untuk mengawasi sepanjang proses tersebut," katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Zulkifli memberitahu bahawa pengurusan abu arwah akan dilakukan pada jam 10 pagi ini.
-Bernama-

Terengganu hebat maksiat, pantai berahi, seks, dadah

amkns

Apa nak jadi dengan negeri Terengganu Darul Iman. Namanya yang cantik, negeri orang beriman sepatutnya tetapi semakin hari semakin banyak gejala maksiat, gejala sosial, dadah, sihir dan macam-macam lagi. Ayah Pin pun suka dan dah kembali duduk Terengganu. Apakah rakyat Terengganu tidak ingin menjadikan Terengganu betul-betul tempat orang beriman ?

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.  

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.  
“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya. 

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh. Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral. 

“Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam. “Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.
Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih. 

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

LOKASI SEKS DI PANTAI TERENGGANU 
Berita Harian 5 Okt 2010 - Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat. Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi. Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya. Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara.

10 TANGKAPAN SEHARI DI PANTAI TERENGGANU, PASANGAN BERBOGEL 
The Star 5 Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu, dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka. Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang pakaian. Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi pengajian tinggi. Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap 1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004. Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut kerana ianya tiada kesudahan. 

Monday July 5, 2010 10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES 
KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/5/nation/6607657&sec=nation  

PENAGIH DADAH TERENGGANU MENINGKAT 1,366.67% 
Kosmo 21 Sep 2010 KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm   

20 LAGI PUSAT KARAOKE BARU DI TERENGGANU DARUL IMAN 
KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita  

TAK SIAP-SIAP MASJID DI TERENGGANU 
Berita Harian 1 Sep 2010 - KUALA TERENGGANU: Terbengkalai lagi. Harapan penduduk Kampung Bukit Besar, di sini untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Raja Bukit Besar tidak kesampaian apabila projek RM7.1 juta gagal disiapkan walaupun sudah dua kali dilanjutkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembinaan yang dimulakan pada 21 Januari 2008, menggusarkan lebih 3,000 penduduk daripada beberapa kampung dan harapan mereka untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian.


JETI NELAYAN UZUR DI TERENGGANU YANG KAYA HASIL MINYAK 
Berita Harian 26 Ogos 2010 - CHUKAI: Seramai 40 nelayan dari Kampung Tengah di sini, merayu kerajaan menggantikan jeti pendaratan ikan di Sungai Limbong yang berusia lebih 20 tahun kerana lantai kayunya sudah reput.

MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL 
Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata masalah gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir dua tahun kerajaan BN memerintah negeri ini. Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=666:maksiat-berleluasa-di-pantai-tok-jembal&catid=13:dalam-negeri&Itemid=51  

PANTAI 'RINGAN-RINGAN' 
KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090909074756/Article/

Galas: Ku Li belum putus jadi calon

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Galas adalah apada 26 Oktober manakala tarikh pengundian pada 4 November ini.