"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Zamihan hanya berani dialog dengan Asri di Jakim

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin tidak mahu memasuki gelanggang untuk berdialog dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di Perlis mengenai isu wahabi.

Sebaliknya, Zamihan mencadangkan sesi dialog itu diadakan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) kerana terdapat ramai ulama dengan tajuk ‘Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta atau Auta?’

Zamihan berpendapat bahawa mufti Perlis itu sengaja memerangkapnya dengan menetapkan dialog di negeri itu supaya hujahnya akan dilihat bercanggah dengan enakmen pentadbiran Islam Perlis.

Tambahnya, Asri boleh menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan juga Raja Perlis,
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai tetamu dalam sesi dialog di Jakim itu.

Sebelum ini, Asri berkata pihaknya bersedia untuk menganjurkan debat dan menjemput Zamihan untuk berdialog di Perlis.

Huluran debat Asri itu berikutan Zamihan berkata beliau sedia menyahut cabaran mufti Perlis itu untuk mengadakan dialog
yang sebelum ini ditujukan kepada NGO Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN).

Ia selepas AMIN dilaporkan mendesak kerajaan supaya membanteras fahaman wahabi yang dilihatnya memberi ancaman keselamatan kepada negara.
Sementara itu Zamihan menggesa Asri berlapang dada untuk berdebat dengannya mengenai isu itu.

Katanya, isu itu kini sudah sampai ke peringkat nasional dan wajar diadakan di hadapan semua mufti bagi mencapai kata sepakat mengenai isu wahabi.

“Bila semua sudah diputuskan, kita jangan lagi sibuk-sibuk cakap pasal wahabi. Lima negeri fatwa wahabi sesat lagi menyesatkan," katanya sambil menegaskan Asri harus menghormati fatwa negeri lain.
-malaysiakini

Orang Asli dipaksa makan kaca, Suhakam siasat laporan FMT

Bernama 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kesahihan laporan sebuah portal berita mengenai pendidikan anak Orang Asli yang dikatakan terabai.

Artikel tersebut disiarkan semalam oleh Free Malaysia Today yang mengaitkan berhubung dakwaan penderaan yang dilakukan seorang guru ke atas seorang murid Orang Asli yang dipaksa memakan kaca walaupun dia dikatakan tidak sengaja memecahkan tingkap kaca sekolahnya.

Suhakam berkata dakwaan itu disuarakan semasa sebuah bengkel anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) di Pos Piah, Perak pada 28 Ogos yang turut dihadiri wakil Suhakam.

“Hasil siasatan itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkaitan agar tindakan wajar dapat diambil ke atas sesiapa yang didapati bersalah,” kata Suhakam dalam satu kenyataan.

Muhyiddin ikrar tidak akan kembali pada Umno walaupun Najib undur

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyingkiran beliau daripada Umno sebagai suatu hikmah.

Beliau berkata, Allah telah mengeluarkannya daripada kumpulan yang disifatkan sebagai munafik.

Bercakap dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi, bekas timbalan presiden Umno itu berkata beliau telah melaksanakan tanggungjawab menegur kesalahan pemimpin parti itu.

“Suatu hikmah Allah asingkan saya keluar daripada kumpulan-kumpulan yang dikatakan munafik.

“Supaya saya tidak dipersoalkan lagi. Saya dah jalankan tugas, saya dah bercakap. Tapi akhirnya saya dipecat, saya terima,” katanya di hadapan hampir seribu hadirin yang memenuhi dewan.

Muhyiddin juga menegaskan, beliau tidak akan kembali kepada Umno sekalipun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengundur diri kerana yakin kerosakan dalam parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.

“Ada orang tanya saya adakan saya akan kembali kepada Umno jika Najib berundur dan jawapan saya, saya tak akan balik kepada Umno kerana saya yakin Umno tak boleh lagi dibaiki,” katanya.

Justeru beliau memberi komitmen untuk bekerjasama dengan Amanah, PKR, DAP termasuk Pas untuk melawan Barisan Nasional secara satu lawan satu.

“Apa nak buat selepas tubuhkan Bersatu? Sistem demokrasi berparlimen iaitu pilihan raya.

“Saya sokong seratus peratus saranan Amanah untuk kita bersatu menentang BN.

“Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP, Pas untuk menggabungkan semua parti untuk menang pilihan raya dengan syarat bersatu hati dan mengenepikan perbezaan.

“Prinsip kita, pembangkang mesti bertanding satu lawan satu menentang BN,” katanya.
-malaysiadateline

‘Service MAS memalukan!’ – Che Ta


Kuala Lumpur: Hasrat Rozita Che Wan aka Che Ta mahu menghadiri sebuah majlis makan malam bertempat di satu lokasi di Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi, musnah apabila beliau terpaksa membatalkan kehadirannya disaat-saat akhir kerana begnya yang berisi busana yang sepatutnya dipakai khas untuk majlis tersebut tercicir.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, aktres itu dengan nada sangat kecewa berkata, beliau sudah pun sampai di Kota Kinabalu tetapi malangnya beg pakaiannya masih berada di Kuala Lumpur gara-gara kecuaian pihak penerbangan yang dinaiki iaitu penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

“SUNGGUH MEMALUKAN SERVICE MALAYSIA AIRLINES!!!!.

“I FLY DR KL KE KK JE TAPI BEG I TERCICIR AND STILL KAT KL. Tu baru domestik flight!! I terpaksa cancel dinner sebab tk de baju and duk tunggu bag tak sampai!!!! And i fly bisnes class, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bg tu!!! So embarrassing dengn service MAS!!!!!,” tulisnya.

Status dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya malah rata-rata menyatakan rasa simpati dan kasihan terhadap insiden malang yang menimpa Che Ta.
-kualalumpurpost

Umno dilanda 'gelombang pertama' akar umbi sertai BERSATU

Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi.

Sepuluh daripadanya mengisytiharkan keluar Umno untuk menyertai BERSATU di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.

Manakala seorang daripada mereka - ketua cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh - sebagai wakil turut menyerah 100 lagi borang keahlian dari ketiga-tiga bahagian berkenaan untuk menyertai BERSATU, sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.

Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.

Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar oleh salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.

Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.

Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.

Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama.
Malah, Mohd Hamidi mendakwa beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu.

"Malam ini hanyalah gelombang pertama dan ia akan disusuli dengan gelombang seterusnya. Saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai BERSATU," katanya.

Antara yang menyertai BERSATU malam tadi ialah AJK Umno bahagian Serdang, Zainurin Ariffin; exco Pemuda dan ketua Umno cawangan di bahagian Kapar, Mahathir Mansor.
-malaysiakini

Video viral guru bercumbu rakaman 8 tahun lalu bukan guru


Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di
pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.

"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.
-Bernama

Video viral guru bercumbu disiasat

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menyiasat kesahihan rakaman video viral berdurasi lapan minit yang mendakwa dua individu yang bercumbu dalam video tersebut melibatkan guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan melihat tindakan lanjut yang akan diambil selepas siasatan selesai.

“Kita tak tahu di mana lokasi tersebut tapi jawatankuasa khas telah ditubuhkan, cuma kita belum dapat kenal pasti di mana.

“Sebab nombor telefon yang hantar tu (video tersebut) pun susah nak dikesan. Kita juga telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Tablet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Utusan Melayu (M) Berhad kepada Warga Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan mengenai video yang memaparkan aksi bercumbu dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.

Video yang mula tersebar di media sosial sejak minggu lalu didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu dan ia mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral./Kosmo

Video viral guru bercumbu

 Video viral guru bercumbu disiasat

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menyiasat kesahihan rakaman video viral berdurasi lapan minit yang mendakwa dua individu yang bercumbu dalam video tersebut melibatkan guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan melihat tindakan lanjut yang akan diambil selepas siasatan selesai.

“Kita tak tahu di mana lokasi tersebut tapi jawatankuasa khas telah ditubuhkan, cuma kita belum dapat kenal pasti di mana.

“Sebab nombor telefon yang hantar tu (video tersebut) pun susah nak dikesan. Kita juga telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Tablet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Utusan Melayu (M) Berhad kepada Warga Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan mengenai video yang memaparkan aksi bercumbu dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.

Video yang mula tersebar di media sosial sejak minggu lalu didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu dan ia mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral./Kosmo

-------------------------
Rakaman 8 tahun lalu bukan guru
Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di
pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.

"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.
-Bernama

Remaja paling tinggi di dunia semakin membesar mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci (Gambar)


Broc Brown (tengah) bersama ahli keluarganya.
MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang baru berusia 19 tahun sudah mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci dan dijangka akan semakin tinggi.

Menurut laporan Mirror, Broc Brown telah diakui oleh World Guinness Book of Records 2016 sebagai remaja paling tinggi di dunia.

Ketika di tadika, Broc sudah memiliki ketinggian 5 kaki 2 inci.

"Anak saya mempunyai ketinggian 7 kaki ketika di sekolah menengah," kata ibu Broc, Darci.

Kata Darci, anaknya mengalami gangguan genetik yang menyebabkan tumbesarannya tidak berhenti.

"Beliau telah disahkan menghidap Sotos Syndrome yang juga dikenali sebagai Cerebral Gigantism.

"Doktor pada awalnya memberitahu Broc tidak akan melepasi umur remaja akibat gangguan genetiknya,' Jelas Darci.

Broc kini sudah mengalami kesukaran untuk belajar, tekanan pada jantung dan tulang belakang yang semakin bengkok.

Beliau juga dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang.

"Bila saya lakukan sesuatu, ia sangat menyakitkan, rasa seperti dicucuk jarum. Saya hanya mampu berharap doktor dapat mengurangkan kesakitan yang saya alami," kata Broc penuh harapan.

Seluruh rakyat Malaysia patut rasa malu: Wartawan Indonesia dedah betepa tak bergunanya penguatkuasa Malaysia

Video viral Pati : Polis tahan lima individu bantu siasatan
 BERNAMA 

Polis telah menahan lima individu yang terbabit dalam video tersebut bagi membantu siasatan.
Lima individu termasuk seorang saksi ditahan bagi membantu siasatan berhubung video warga Indonesia dikatakan mudah memasuki daerah ini dengan hanya membayar RM50 hingga RM100 kepada anggota penguat kuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu termasuk tiga wanita yang kesemuanya bekerja sebagai buruh ladang ditahan di sebuah rumah dalam kebun kelapa sawit Anderasy, Batu 17 semalam.

"Ketika ditahan, semuanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Siasatan lanjut turut mendapati seorang lelaki berusia 38 tahun yang ditahan adalah saksi yang dikenal pasti berada di bot dalam video viral pendedahan wartawan Indonesia berhubung kemasukan mudah rakyat Indonesia ke Tawau," katanya di sini.

Fadil berkata, pihaknya akan merakamkan keterangan saksi terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

Semalam, Fadil berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan sogokan bagi memudahkan kemasukan PATI seperti dilaporkan program televisyen TransMedia di Indonesia.

Menurut Fadil, pihaknya tidak berkompromi terhadap apa juga pelanggaran integriti atau salah laku membabitkan mana-mana anggotanya.

Saya ditinggalkan jet PM di Madinah

PADA tahun 2000 saya pergi lagi ke tanah suci, kali ini membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad).

Memandangkan program lawatan seperti selalunya dirancang rapi oleh semua pihak berkaitan, maka saya tidak langsung meramalkan sebarang masalah.

Seperti ke mana-mana pun saya dan wartawan lain pergi dalam lawatan rasmi seperti itu, segala keperluan, daripada tempahan tiket kapal terbang hingga kepada penginapan biasanya disediakan.

Rupa-rupanya telahan saya tersasar kali ini. Saya berhadapan dengan masalah besar.

Tidaklah seserius tragedi kesesakan, tolak-menolak dan tindih-menindih yang berlaku di terowong Muassim, Mina, yang meragut lebih 1,500 nyawa ketika saya tunai haji pada 1990, tetapi ia tetap mencemaskan.

Ia bermula selepas rombongan kami yang seramai 36 orang tiba di Madinah. Kami ditempatkan di Hotel Oberoi, terletak hanya 80 meter dari Masjid Nabawi.

Sebelum Zohor, beberapa orang yang bersama perdana menteri di kawasan Raudah, diberi penghormatan memasuki makam Nabi SAW.

Tentu saya tidak mahu lepaskan peluang keemasan seperti itu. Bukan semua orang diizinkan masuk kawasan makam Nabi.

Keesokannya, seorang pegawai bertugas mengedarkan surat ringkas ke bilik kami yang memaklumkan bahawa kami perlu bersiap sedia untuk keluar dari hotel jam 8.30 malam untuk bertolak ke Riyadh dengan jet peribadi perdana menteri. Semua penjadualan penerbangan kami dengan pesawat komersial dibatalkan.

Saya masukkan kain baju ke dalam beg, dan petang itu, saya ke Masjid Nabawi lagi. Di antara Maghrib dan Isya saya mengambil peluang membaca al-Quran.

Jam 7.15 malam, saya kembali ke hotel untuk bersama rombongan yang bakal bertolak jam 8.30 malam seperti dijadualkan.

Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dapati beg saya sudah tiada lagi dalam bilik dan semua rakan wartawan sudah tiada di bilik masing-masing.

Akhirnya saya diberitahu oleh seorang lelaki Melayu yang ada di hotel itu bahawa perdana menteri bersama rombongannya sudah meninggalkan hotel.

Saya mula cemas. Seingat saya, saya tidak pernah segelabah itu; ke hulu ke hilir di luar hotel dan di sekitar masjid, mencari mereka macam kucing kehilangan anak.

Antara jam 7.45 dan 9.45 malam saya berjalan mencari rakan-rakan rombongan, setiap detik mendoakan agar dapat temui mereka. Percikan keringat jangan dikira lagi!

Gagal menemui mereka di situ, saya menyewa teksi, terus ke kawasan lapangan terbang khas yang dijadualkan membawa rombongan kami ke Riyadh, tetapi tempat itu sunyi-sepi. Seorang manusia pun tidak ada. Saya balik semula ke Masjid Nabawi, debaran jantung bertambah kencang.

Sudah hampir mati akal. Saya tidak tahu di mana lagi hendak mencari mereka.

Setelah bertanya kepada beberapa orang di Hotel Oberoi, saya diberitahu di kawasan berdekatan ada pejabat menjual tiket penerbangan yang buka jam 10 malam.

Nasib saya sangat baik. Ketika itu dalam poket kot saya ada pasport, sedikit wang dan cek, tiga benda yang amat saya perlukan.

Saya bergesas ke pejabat jualan. Hanya ada seorang pelanggan dan dua staf yang sudah bersiap untuk ‘tutup kedai'.

Saya memberitahu mereka saya perlukan tiket ke Riyadh. Seorang daripada mereka yang boleh bertutur bahasa Inggeris berkata: “Kami nak tutup pejabat sekarang.”

Saya: “Tolonglah saya. Saya perlukan tiket ke Riyadh, malam ini atau esok."

Pegawai itu bertanya: “Who are you?”

Saya memberitahu profesion saya dan terus mengambil peluang menunjukkan itinerari program lawatan rasmi itu.

Dia sedikit mesra selepas menelitinya.

Pegawai: “Anda lihat seorang pelanggan tadi. Dia nak ke Riyadh juga kerana saudaranya mati. Tapi kami tidak boleh buat apa-apa sebab kapal terbang sudah penuh.”

Saya: “Ya, saudara dia sudah mati, tapi saya masih hidup. Perdana menteri saya akan temui raja anda di Riyadh dan apa jadi pun, saya wajib ada di sana pagi esok. Kalau tidak, saya akan mati. Anda pun akan mati juga!”

Kerana gelabah, saya bagaikan hilang arah tentang apa yang patut saya cakap.

Pegawai itu merenung saya. Entah apa yang difikirkan. Dia pergi kembali ke mejanya, capai gagang telefon dan buat panggilan. Pandangannya terus ke arah saya.

Saya memicit dahi, tidak putus-putus berharap dan berdoa. Saya yakin ALLAH akan melepaskan saya daripada kecemasan.

Kira-kira 10 minit kemudian, pegawai itu keluar kembali, berdiri di hadapan saya dan berkata: Brother, you got the ticket... 7.45 am flight tomorrow.

Subhanallah! Saya lega teramat. Kami berpelukan. Badan saya terasa seolah-olah ringan, seperti mahu terbang masa itu juga.

Dari jam 7.45 pagi keesokannya, saya lena sepanjang penerbangan hingga pesawat mendarat di kota Riyadh, ibu negeri Saudi Arabia itu, hampir dua jam kemudian.

Yang menarik, sehari sebelum itu, ketika di Madinah, saya siap menghantar ucapan perdana menteri yang dijadual untuk disampaikan dalam majlis dengan pemerintah di Riyadh dan ucapan itu disiarkan di muka depan The New Straits Times keesokan hari.

Tidak lama selepas bertemu dan berpelukan dengan rakan-rakan wartawan di Riyadh, saya diberitahu, perdana menteri tidak jadi berucap malam itu.

Astaghfirullah. Saya diam seribu bahasa!

Tiga Kanak-Kanak Digilis Kereta Terselamat (video)


BEIJING: Tiga kanak-kanak di China mengalami detik-detik ngeri digilis sebuah kereta ketika sedang bermain di tengah-tengah jalan raya, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Shenzhen itu pada 17 September lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selama 33 saat pada awalnya menunjukkan tiga kanak-kanak terbabit sedang duduk di tengah-tengah jalan sebelum dihampiri sebuah kereta berwarna putih yang baru keluar dari simpang.

Bagaimanapun kesemua kanak-kanak itu kelihatan tidak menyedari kehadiran kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang wanita.

Pemandu terbabit terus menekan minyak, menyebabkan ketiga-tiga budak lelaki malang tersebut, dua daripadanya dipercayai berusia lima tahun dan seorang lagi berusia enam tahun, terperosok masuk ke bawah kereta.

Turut kelihatan tangan seorang daripada kanak-kanak itu digilis tayar kereta sebelum pemandu wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Zeng menghentikan keretanya.

Menurut laporan portal People's Daily Online, kesemua kanak-kanak itu terselamat walaupun mengalami kecederaan patah tulang dan luka calar.

Zeng kemudiannya ditahan pihak polis untuk ujian alkohol tetapi dia didapati tidak mabuk dalam kejadian itu.

Namun ramai pengguna laman sosial percaya Zeng menggunakan telefon ketika memandu menyebabkan dia tidak perasaan ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan.

Siasatan ke atas kes itu masih dijalankan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Zeng akan didakwa atas kejadian tersebut.

Hubungan penyokong Zahid, Hishammuddin semakin tegang

PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.

“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.

“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”

Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.

Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.

Pengundi Cina alih arah?

Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangkang.

Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.

“Perasaan dikhianat oleh PAS yang semakin dirasai orang Cina itu diiringi kesungguhan Najib cuba memikat Beijing sebagai sekutu diplomatik dan penaung utama ekonomi,” kata akhbar itu, yang menambah sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009, syarikat milik kerajaan China berjaya mendapatkan pelbagai kontrak lumayan termasuk jambatan kedua Pulau Pinang, Empangan Murum di Sarawak, dan projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Katanya, Beijing juga membantu melangsaikan hutang 1MDB menerusi pembelian sektor tenaga dan hartanah yang berkait bernilai lebih RM16 bilion.

“Setakat ini, petanda menunjukkan pilihan raya awal tahun depan, mungkin pada separuh tahun kedua.”

David Teo Kenal Dalang Sebar Foto Bogel Atikah Suhaime

David Teo Kenal Dalang Sebar Foto Bogel Mirip Atikah Suhaime

Atikah Suhaime nafi sebagai individu dalam gambar bogel yang tersebar.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberi amaran kepada dalang yang menyebar gambar-gambar bogel mirip pelakon Atikah Suhaime agar tidak lagi melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

David berkata, pihaknya mengetahui siapa individu berkenaan dan sudah pun mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwanya ke muka pengadilan.

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas," ujarnya kepada mStar Online.

David berkata demikian ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.


Penerbit filem ini menjawab kontroversi tentang pelakon di bawah pengurusannya itu yang dikaitkan dalam gambar bogel bersama seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan.

Tambah David, aktres tersebut menjadi mangsa individu yang merancang untuk menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, dia memohon agar masyarakat tidak terus menghukum Atikah dengan kontroversi yang tidak dilakukannya itu.

"Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

"Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap," ujarnya.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah bersama syarikat pengurusannya tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti./mstar

Kisah Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Kristian

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1.

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Senator ugut bunuh kami - AJK Umno Gombak

Khairil Ashraf
KUALA LUMPUR: Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara.

Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan berkata mereka menerima ugutan itu daripada salah seorang pemimpin Umno bahagian itu, ketika Persidangan Puteri Umno Gombak pada 14 Ogos lalu.

“Eh marilah, yang mati dah mati dah, ni ada lagi yang nak mati… 3 tahun aku dah tahan,” menurut Farouk memetik kata-kata senator berkenaan.

“Sambil menjerit dia berkata dan terus nak menyerang saya,” katanya kepada wartawan hari ini.

Farouk berkata laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang pada 15 Ogos, tetapi masih belum ada tindakan.

Azmi mendakwa beliau turut menerima ugutan pada hari dan tempat yang sama, selesai persidangan.

“Dia cakap, Mi apa yang kau tak puas hati. Dia bawa saya ke tempat lain,” katanya.

Azmi berkata dia sebelum ini mempersoalkan kehadiran senator tersebut mewakili Umno Gombak ke Persidangan Umno Petaling Jaya Selatan.

Azmi berkata sedang mempertimbangkan membawa perkara terbabit kepada Biro Pengaduan Umno.

Sementara itu, usaha FMT menghubungi senator terbabit masih buntu.

Kerjasama Umno-Pas di Selangor bakal mudahkan rakyat membuat pilihan

MALAYSIA DATELINE
Dakwaan wujudnya kerjasama politik antara Umno dan Pas di Selangor adalah perkembangan yang perlu disambut baik kerana ia bakal memudahkan pengundi membuat pilihan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong berkata, rakyat akan perlu membuat keputusan untuk memihak kepada mereka yang hendak mengekalkan status-quo atau melakukan perubahan dan reformasi.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata demikian sebagai mengulas laporan eksklusif akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang.

Laporan tersebut juga mendakwa terdapat perjanjian bahawa UMNO hanya akan menentang PKR manakala PAS pula akan berhadapan Parti Amanah Negara.

Perjanjian tersebut dipercayai hanya menanti lampu hijau Presiden Pas.

“Sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan.

“Malah, ia merupakan andaian yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,” kata Chin Tong dipetik Roketkini.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kluang itu percaya bahawa keadaan politik dan ekonomi semasa membolehkan tercetusnya sebuah ‘gelombang Melayu’ pada pilihanraya umum akan datang.

Namun katanya, itu hanya boleh terjadi sekiranya wujud garis pemisah jelas dalam politik negara antara mereka yang menyokong agenda politik perkauman UMNO-PAS dan mereka yang menyokong perubahan, dari kalangan parti-parti Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO anti-Najib yang kini bersama parti Bersatu.

“Pensejajaran semula politik negara mesti bermula dari mereka yang mahukan perubahan dan reformasi.

“Ada keperluan mendesak untuk suatu konsensus bagi memperjelaskan situasi kerana kepimpinan PAS hari ini hanyalah satu cabang daripada UMNO pimpinan Najib,” dakwa Pengerusi DAP Johor itu.

Menurut beliau lagi, pakatan UMNO-PAS akan memberi dilema kepada ribuan anggota PAS yag telah lama menentang UMNO selama bertahun-tahun dengan agenda Islam inklusif yang tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa parti tersebut.

PAS dalam muktamarnya tahun lalu menyingkirkan kepimpinan utamanya yang progresif dan pro-Pakatan Rakyat. Mereka yang tersingkir kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara yang kini bergabung semula dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Sejak muktamar itu, parti Islam tersebut dilihat kian mesra Umno.

4 Menteri Besar Bertukar Atau PM Ditukar Oleh 4 Menteri Besar ?

Shahbudin Husin

Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.
Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian, mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.

Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan, memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.

Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.

Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.

Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?

Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?

Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?

Tidak mungkinkah juga berlaku lebih banyak unsur sabotaj, tidak mahu bekerja atau lepas tangan di kalangan penyokong atau orang kuat Menteri Besar yang digugurkan itu?

Lebih tidak mustahil ialah bagaimana jika sementara Najib merancang melakukan pertukaran pemimpin, rakyat atau pengundi pula membuat pertimbangan untuk menukar kerajaan di empat negeri terbabit?

Jika UMNO dan BN terumbang-ambing, hilang banyak kerusi dan mungkin juga gugur kuasa di peringkat negeri, tidakkah ia secara langsung akan menyukarkan lagi Najib mengekalkan kuasanya di Pusat?

Akhirnya, empat Menteri Besar yang dirancang untuk digugurkan itu mungkin juga merupakan sebab untuk Najib sendiri lebih mahu ditukarkan. Berbanding pertukaran empat Menteri Besar, lebih ramai sebenarnya yang mahu Najib digantikan.

Bahkan, pasti lebih ramai yang gembira jika Najib dan keempat-empat Menteri Besar itu dapat digugurkan secara serentak. (SH 19/09/2016).