"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pelajar Melayu ‘KANTOI’ Gay, Ateis Oleh Ibu Sendiri

hazim ismail gay
Pengajian seorang pelajar Melayu dalam jurusan psikologi di Universiti Winnipeg, Kanada terjejas selepas ibunya mengetahui dia seorang gay dan ateis.

Hazim Ismail, 20-an, dibiaya oleh ibunya sehingga pendedahan gambar dia dan rakannya di bar gay di Winnipeg pada akhir tahun lalu.

Berikutan itu, Hazim yang mengalami gangguan personaliti membuka halaman GoFundMe pada November untuk mengumpul dana bagi meneruskan pengajiannya pada 2016.

“Saya bergelut dengan masalah gangguan personaliti dan selepas disisih oleh keluarga, saya hampir putus asa menghadapi cabaran hidup.

“Sebagai peyelesaian, saya meminta jasa baik orang ramai untuk menyumbang kepada saya melalui halaman yang diusahakan sendiri dan berjaya memperoleh $5,365 iaitu lebih daripada sasaran $5,000,” ujarnya.

Hazim memberitahu CTV Winnipeg bahawa dia berterima kasih dengan sokongan yang diberikan masyarakat Winnipeg kepadanya.

Universiti Winnipeg turut mengeluarkan kenyataan menyokong Hazim.

“Hazim seorang yang berani dan pintar. Kami berbangga dengan kehadirannya sebagai pelajar kami dan akan sentiasa memantau kempen GoFundMe dengan memastikan dia mampu menyempurnakan pengajian musim sejuk di sini,” petik kenyataan Universiti Winnipeg. – FMT / Blake Chen
-malaysiastylo-

Anak TGNA, Nik Omar sarankan supaya PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan

Apabila kesusahan rakyat menjadi bahan gurauan para menteri


Bawa bekal ke pejabat hanya guruan, kata menteri oleh kinitv

Kantoi: Isteri Terdail Nombor Suami Ketika Sedang Lakukan Seks Dengan Lelaki Lain

Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbit ketika sedang mengerang melakukan hubungan seks bersama kekasih gelapnya lapor akhbar Kwong Wah Yit Poh.

Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang, bergegas pulang ke rumah setelah menerima panggilan telefon tersebut kerana beranggapan isterinya itu sedang dalam kesusahan.

Walaubagaimanapun, suaminya yang juga seorang jurutera itu terkejut apabila mendapati isterinya itu sedang duduk di atas katil hanya berpakaian dalam. Selimut di atas katil tersebut juga tiada.

Isterinya kemudian memberitahu Zhang bahawa beliau telah membasuh selimut tersebut dan mahu bersedia untuk mandi

Zhang merasakan seperti ada yang tidak kena dengan isterinya lantas menggeledah rumah mereka dan akhirnya menjumpai kekasih gelap isterinya, berbalut dengan selimut tersebut sedang menyorok di dalam almari di bilik tetamu.

Saya sangat kecewa, katanya. Beliau juga berkata, pernah terlihat lelaki tersebut di dalam akaun FB isterinya.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis.

Di balai polis, Isteri Zhang mendakwa lelaki tersebut datang melawatnya ketika beliau mahu mandi dan selepas membersihkan rumah.

Kekasih gelapnya pula memberitahu polis beliau datang melawat wanita itu sebagai rakan lama dan masuk ke dalam almari tersebut untuk beronani ketika beliau sedang mandi.
-malaysianreview-

‘Tutup buah dada sebelum mencabar’ - AMK kecoh di Whatsapp (Gambar)

Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda PKR (AMK) dengan ahli majlis pimpinan pusatnya, Halimah Nasoha yang digugurkan diheret kepada beberapa siri perbualan yang dianggar berbaur seksis di media sosial.

Paparan skrin WhatsApp Pemuda PKR menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed meminta Halimah "menutup buah dadanya sebelum nak mencabar".

Zainol membuat ulasan itu sebagai respons kepada rakan-rakan Pemuda PKR yang berkongsi gambar Halimah memakai baju putih tanpa lengan bersama tiga rakannnya.

Perbualan mengenai Halimah dalam kumpulan itu bermula selepas dia menuntut lembaga disiplin parti untuk memanggil Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan ahli PKR yang lantang membidas parti itu sendiri, Badrul Hisham Shaharin untuk menamatkan konflik terbuka mereka.

Ketika dihubungi kemudian, Zainol mengakui dia membuat kenyataan itu dan berkata kumpulan berkenaan ‘panas’ ketika membincangkan kenyataan Halimah.

“Dalam kumpulan Whatsapp itu memang hangat perbincangan pasal isu dia (Halimah). Dalam itu kan, macam-macam ada.

“Dalam tulisan itu kita kata, suruh dia jaga aurat dulu sebelum sibuk nak tegur orang pula," katanya kepada Malaysiakini.

“Dan dalam sambungan perbualan itu pun, kita sebut bahawa menutup aurat adalah satu tuntutan syariat,” tambahnya.

Zainol bagaimanapun mengakui tidak mempunyai idea mengenai siapa yang membocorkan perbualan WhatsApp mereka.

Katanya, terdapat lebih daripada 100 ahli dalam kumpulan berkenaan.

“Tak boleh nak syak sesiapa, dalam itu (kumpulan) banyak kem.

“Penjelasan saya, saya tidak menyerang dia secara peribadi atau menggunakan kenyataan seksis tetapi lebih kepada syariat,” katanya.
Halimah kemudiannya dipetik portal Selangor Post sebagai berkata perbualan di kumpulan Whatapp itu sebagai 'menjijikkan'.

Halimah hari ini dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata bahawa Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard hendaklah mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Azmin yang didakwa meluluskan konsesi pembalakan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.

Katanya, Azmin boleh mengheret Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan melihat jika sama ada dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mengesahkan bahawa Halimah telah digugurkan daripada majlis pimpinan pusat dan kenyataannya tidak mewakili sayap parti.

Afif berkata Halimah secara automatik digugurkan daripada jawatankuasa itu mengikut Perkara 7.14 peraturan tetap AMK.

Peraturan itu menyebut ahli majlis pimpinan pusat AMK yang gagal menghadiri mesyuarat sebanyak enam kali tanpa sebab munasabah dianggap telah meletakkan jawatan.

Sambil mengakui bahawa dia digugurkan kerana tidak aktif, Halimah, bagaimanapun, mempersoalkan masa tindakan itu kerana dia dipecat 24 jam selepas membuat kenyataan berkenaan.
-malaysiakini-

Turki keluar arahan henti bekerja waktu solat Jumaat

Perdana Menteri Turki telah menyebarkan surat edaran yang berisi bahawa waktu solat Jumaat adalah waktu berhenti bekerja bagi pegawai kerajaan dan bukan kerajaan, demikian lapor Miliyyet dipetik oleh Turkey Post, Selasa (6 Jan).

Sebagaimana dinyatakan dalam surat edaran tersebut bahawa seluruh kerja berhenti ketika solat Jumaat dilaksanakan dan mula kembali selepas pelaksanaannya.

Dan pihak kerajaan akan menentukan waktunya yang disesuaikan dengan perubahan waktu solat dan perbezaan di wilayah masing-masing. (Eramuslim)
-harakahdaily-

PAS Atau Amanah, Mana Lebih Untungkan Pembangkang?

ARIFFUDDIN ISHAK
SEMUA pihak sedar hubungan atau kerjasama politik yang longgar antara PAS, PKR dan DAP menerusi Pakatan Rakyat mendorong kepada perpecahannya pada Jun tahun lalu.

Jika disoroti kembali sekitar 2009 iaitu sewaktu Pakatan Rakyat dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, ketiga-tiga parti optimis bahawa mereka mampu bertahan sebagai satu entiti politik tanpa menggadaikan prinsip perjuangan masing-masing.

Bagaimanapun selepas enam tahun, hubungan yang hanya bersandarkan kepada ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ tanpa garis panduan yang jelas gagal mendisiplinkan parti yang menganggotainya.

Bertitik tolak daripada kegagalan itu, parti-parti pembangkang yang mahu meneruskan konsep untuk bergerak sebagai satu pasukan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 segera bangkit membentuk kesatuan baharu.

Kerjasama serius pembangkang demi kepentingan politik masing-masing kini memasuki fasa ketiga dengan penubuhan gabungan baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan selepas kejatuhan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Tujuh Prinsip

Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mengambil masa lama untuk menaikkan semula momentum pembangkang selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.

Buktinya dalam masa tujuh bulan, mereka kini bakal tampil dengan lebih serius menerusi perjanjian 'hitam putih’ yang mengikat parti-parti anggotanya.

Pada tanggal 9 Januari 2016 (esok), Shah Alam sekali lagi bakal merekodkan detik bersejarah apabila perjanjian rasmi akan dimeterai antara PKR, DAP dan Amanah.

Menariknya perjanjian tersebut menyentuh secara khusus mengenai pra-syarat yang perlu dipatuhi parti anggotanya bagi memastikan sejarah hitam dalam Pakatan Rakyat tidak berulang.

Perjanjian berkenaan memberi fokus kepada tujuh perkara utama ke arah pembinaan sebuah kesatuan politik yang mapan.

Tujuh perkara utama itu secara khusus menyentuh mengenai prinsip dan kaedah membuat keputusan, tatacara menyelesaikan pertikaian antara parti serta cara menangani keadaan apabila sesuatu perjanjian dilanggar.

Selain itu, ia turut menyenaraikan garis panduan berkaitan aspek pengurusan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang serta prinsip dan kaedah membina kesatuan politik antara parti, membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama serta kaedah menguruskan pilihanraya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi.

Disiplin Parti Anggota
Persoalan yang mungkin timbul di kalangan rakyat ialah bagaimana perjanjian berkenaan berupaya memastikan 'pisang tidak berbuah dua kali' selepas kejatuhan Pakatan Rakyat.

Rata-rata rakyat tidak mahu Pakatan Harapan hanya menjanjikan harapan palsu yang akhirnya membawa nasib sama akibat kerakusan parti anggotanya.

Bagi parti Amanah yang baharu berusia sekitar empat bulan, mereka yakin dokumen perjanjian yang mengandungi garis panduan secara hitam putih itu berupaya mendisiplinkan parti-parti anggotanya.

Sebagai parti serpihan PAS, Amanah mahu memastikan Pakatan Harapan bergerak secara lebih serius di platform untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, kekurangan dan kelemahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat menjadi faktor yang diambilkira dalam pembentukan kerangka Pakatan Harapan.

“Dalam Pakatan Harapan, kita mempelajari kekurangan masa lalu dengan cuba memperbaiki dan melakukan penambahbaikan terhadap kekurangan yang dikenal pasti.

“Kali ini buat pertama kalinya ketiga-tiga parti yang bersekutu dalam Pakatan Harapan akan membuat persetiaan, memeterai perjanjian yang akan menjadi garis panduan untuk bergerak sebagai sebuah gabungan,” katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, perjanjian itu juga bakal menjadi benteng bagi mengelak berlakunya pertembungan sesama sendiri.

“Sebelum ini kita tak ada garis panduan atau peraturan, masing-masing ikut kepala sendiri.

“Tapi kali ini selain bersetuju dengan dasar untuk bersama, kami juga tertakluk kepada tataetika khusus dalam menjalinkan kerjasama politik antara parti,” katanya.

Kerangka politik yang dibentuk Pakatan Harapan dilihat akan melegakan penyokongnya terutama dalam menangani isu kesefahaman dan kebersamaan dalam pasukan.

Namun isu besar yang perlu diberi perhatian ialah sama ada gabungan itu mampu mengulangi kejayaan pada 2008 dan 2013 ketika menghadapi BN.

Bagi PKR dan DAP mereka mungkin tidak berhadapan laluan sukar, namun tumpuan sebenar harus diberikan kepada komponen paling bongsu - Amanah.

Sifirnya mudah, sesuatu kerjasama itu haruslah menguntungkan. Untung bukan sahaja dari aspek hubungan yang baik tanpa mencetuskan masalah, tapi dalam konteks yang lebih luas iaitu kemenangan dalam pilihan raya.
Untuk itu, persoalan sama ada penyertaan Amanah bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan bakal mengulangi kejayaan PAS ketika bersama Pakatan Rakyat masih belum ada jawapan sehingga mereka diuji pada pilihan raya akan datang.
-mstar-

Mufti Wilayah bertemu dan berpelukkan dengan ketua biskop

Pertemuan mesra mufti, ketua biskop bincang isu toleransi
Ketika pelbagai isu melibatkan umat Islam-Kristian di Malaysia baru-baru ini, berlaku pertemuan muhibah kedua-dua tokoh agama itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad semalam menerima kunjungan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Zulkifli memuat naik gambar pertemuan yang dianggapnya “bersejarah” dalam Facebook beliau.

Ia antaranya memaparkan kemesraan mereka berdua bersalaman, berbincang, bergambar bersama dan malah berpelukan.

Beberapa orang kelihatan turut serta dalam pertemuan itu.

Menurut gambar-gambar yang dimuat naik, Zulkifli hadir berkopiah merah-putih, manakala Leow pula memakai rantai salib.

Dalam satu acara Leow kelihatan menadah tangan seperti berdoa seakan-akan amalan orang Islam.
“Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama,” kata Zulkifli.

Usaha itu dijayakan oleh pendakwah mualaf terkenal Shah Kirit daripada Global UNITY Network.

Bulan lalu masyarakat Kristian meluahkan rasa tidak puas hati dengan seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka.
-malaysiakini-

Isu bauksit lebih serius berbanding vape, kata mufti Perlis

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa kecewa kerana ilmuwan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.

Isu pencemaran kegiatan perlombongan bauksit seharusnya diberi perhatian lebih serius berbanding isu penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata isu berkaitan pencemaran bauksit adalah lebih berbahaya daripada penjualan dan penggunaan vape.

"Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tetapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?

"Alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian lebih daripada isu vape itu," " katanya dalam catatan laman Facebook beliau semalam.

Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya apabila ilmuwan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.
-Bernama-

Wanita rentung akibat khianat

Ipoh: Seorang wanita maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat di Hala Bekor 2, Taman Pertama di sini, awal pagi semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, dua kenalan mangsa masing-masing seorang wanita berusia 36 tahun dan lelaki berusia 66 tahun turut cedera dan tidak sedarkan diri akibat terhidu asap.

Mangsa Lai Yee Leng, 26, yang mati di tempat kejadian ditemui pasukan bomba tertiarap atas lantai dalam bilik tidur utama di tingkat atas kediaman itu manakala dua lagi mangsa yang sesak nafas ditemui di tingkat bawah sejurus selepas bomba memecah masuk rumah berkenaan.

Difahamkan, terdapat beberapa barang dan kesan unsur khianat ditemui di lokasi kejadian termasuk tong yang dipercayai mengandungi cecair mudah terbakar, penukul besi, pemutar skru selain cermin pintu gelongsor hadapan rumah itu terdapat kesan seperti dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata, pihaknya bagaimanapun setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR) kerana masih menunggu laporan rasmi bomba berhubung punca sebenar kebakaran.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu jam 2.29 pagi dan siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan tiga mangsa yang seorang daripadanya meninggal dunia manakala dua lagi tidak sedarkan diri akibat sesak nafas.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Dua lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan polis masih belum dapat merakam keterangan kedua-dua mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan forensik bomba turut membuat siasatan dan setakat ini punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P Samasuvam berkata, seramai 20 anggota bersama empat jentera tiba ke lokasi kejadian jam 2.13 pagi dan mengambil masa lebih lima minit untuk memasuki kediaman berkenaan termasuk terpaksa memotong pintu jeriji rumah.

“Sebaik berjaya memecahkan pintu belakang, anggota bomba menemui dua mangsa iaitu lelaki yang melecur 40 peratus dan wanita dalam keadaan lemah dan separuh sedar di bahagian dapur,” katanya
-hmetro-

Najib, Hadi - Kisah cinta pemimpin terdesak - Kadir Jasin


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin melabelkan cubaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ‘memikat’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kisah cinta dua pemimpin terdesak yang mula kehilangan sentuhan dengan ahli akar umbi serta realiti.

"Buat masa ini, perkembangan ini sangat menarik dan dilihat sebagai percintaan antara dua pemimpin parti terdesak. Mereka terpikat dengan satu sama lain dan semakin hanyut daripada ahli-ahli parti mereka dan realiti.

"Ini adalah dua orang yang tidak mengenali tetapi menjeling satu sama lain pada waktu malam sambil tertanya-tanya apa keinginan (hati) kerana tahu bahawa mereka telah kehilangan hati dan minda ahli-ahli parti," katanya dalam blognya hari ini.

Ini, kata Kadir apabila Najib terus merenggangkan dirinya daripada akar umbi Umno dengan mengketepi atau menyingkirkan mereka yang berbeza pendapat atau cuba mencari jawapan berhubung skandal kerajaan seperti 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion.

Hadi juga banyak kehilangan ahli parti kepada parti sepihan Parti Amanah Rakyat (AMANAH) kerana tindakannya yang hampir sama dalam mengendalikan PAS.

Najib menghulurkan salam kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69 awal bulan lalu dan ia diterima dengan baik oleh Hadi.

Kedua-dua pemimpin berkongsi pentas pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.
-malaysiakini-

Guru disiplin jentik kemaluan pelajar dengan getah

Nizam Bakeri
KUALA PILAH: Hampir dua bulan berlalu namun aduan Ramlan Razak mengenai nasib anaknya di sekolah tidak dilayan sesiapa.

Dia diminta pihak sekolah untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain. Apabila laporan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah, tiada jawapan diterima.

Tiba tahun baru 2016, Ramlan nekad dan akhirnya membuat laporan polis:

Anak lelakinya bersama seorang lagi murid telah didera oleh seorang guru dengan dipaksa membuka seluar dan kemaluan mereka dijentik guru berkenaan dengan getah.

Menurut Sinar Harian, insiden tersebut berlaku di bilik simpanan buku sebuah sekolah rendah di sini November lalu.

Ramlan turut mendakwa dua murid berkenaan turut ditampar dan kaki mereka dipijak. Mereka kemudiannya dipaksa membuat laporan bertulis mengenai kesalahan yang mereka tidak lakukan iaitu mencuri penutup nat tayar kereta guru berkenaan.

“Kalau sekadar merotan dan mencubit, saya tidak kisah tetapi bila mengaibkan mereka di hadapan rakan-rakan, ia adalah di luar batasan. Sedikit sebanyak mengganggu emosi anak saya yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” ujar Ramlan.

Penjaga seorang lagi mangsa, Maimunah Harun turut mengesahkan cucunya didera guru berkenaan.

“Saya bimbang pembelajaran cucu saya terganggu dek perangai guru terbabit. Tambahan pula, tiada bukti bagi menunjukkan kedua-dua murid ini mencuri penutup nat tayar kereta guru ini dan penderaan dilakukan tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan,” jelas Maimunah.

Menurut Ketua Polis Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abdul Rahman, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

“Guru terbabit boleh didakwa atas kesalahan mencederakan, namun disebabkan tidak parah, lazimnya suspek tidak ditangkap. Selepas siasatan selesai, kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah Luqman.
-Astro Awani-

Berta'awun: Kenapa Pas mahu jadi penolak kereta mogok sahaja?

Mohd Sayuti Omar
Parti agama, Pas telah membuat penegasan dan pendekatan baharu dengan Umno di mana pendekatan ini adalah pendirian politik terkini mereka untuk tahun 2016. Pendekatan dimaksudkan itu ialah Pas akan berta'awun dengan Umno. Ta'awun bermaksud membantu dan bergotong royong dengan Umno, untuk kebaikan bersama, dalam aspek agama dan maslahat ummah. Bukan politik?

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Nik Zawawi Nik Salleh. Serentak itu beliau menegaskan Pas tidak sama sekali bertahaluf syiasi, yakni bekerjasama politik dengan Umno. Ertinya arahan dan kebenaran MSU sebelum ini sudah termansuh?

Mungkin ramai yang tidak berapa faham perbezaan antara ta'awun dengan tahaluf syiasi? Dalam pemahaman dan definasi diberikan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, ta'awun itu seperti membantu menolak kereta mogok dijalanan bagi meringan dan menyelesaikan masalah dihadapi tuan kereta itu. Bantuan itu bukan bermaksud yang menolak itu bersetuju dengan tuan kereta. Mudah.

Analogi simplistik ini (mungkin) boleh dimaksudkan begini, Pas boleh "tolak kereta" Umno yang mogok tetapi tidak semestinya bersetuju dengan Umno, apa lagi akan ikut sertai menaiki kereta berkenaan bersama Umno walaupun kebetulan perjalanan orang Umno itu ke masjid? Ertinya Pas setakat membantu Umno dari konteks kemanusiaan sahaja dan tidak mengharap keuntungan spiritual.

Kenapa sikap sebegitu diambil. Apakah Pas tetap juga tidak akan menaiki kereta Umno yang ditolak itu hidup sedangkan ia menuju ke destinasi sama untuk ke masjid? Pegangan Nik Amar ini atau falsafah ta'awun Pas ini boleh diperbetulkan.

Ta'awun demikian adalah berdasarkan kepada maksud untuk membantu demi kebaikan bersama. Ianya diambil setelah mengkaji pelbagai sudut dan keadaan terdesak. Kesedaran dan langkah ini sesuatu yang patut dipuji kerana telah lama ummah di negara ini berkecamukan dan mengalami pelbagai kerugian kerana ketiadaan ta'awun seperti ini.

Bahkan ta'awun seperti ini sudah lama dipraktikan oleh kaum-kaum minoriti lain di negara ini khasnya Cina. Mereka bukan sahaja berta'awun tetapi melakukan lebih daripada itu termasuk tahaluf syiasi yang boleh diistilahkan mereka sangat understanding dalam berpolitik. Dengan understanding demikianlah menjadikan kaum itu kukuh dan megah di negara ini sehingga pula kita kadang-kadang mencemburui mereka.

Nah makanya apabila Pas membuka gapura baharu politik ini ia perlu diberi perhatian. Boleh jadi pendekatan baharu ini ia merupakan aspirasi pimpinan Pas yang baharu yang telah insaf dan kasyaf mengenai masa depan ummah di mana kesannya terabai selama ini?

Secara peribadi saya tidak setuju dengan langkah Pas menggunapakai istilah ta'awun bagi menggantikan tahaluf syiasi yang skopnya lebih luas. Jika Pas ikhlas untuk membangun ummah, Pas tidak hanya perlu setakat membantu, dalam konteks tertentu sahaja tetapi harus sama bekerjasama, berada dalam kerangka yang lebih besar dan global.

Dalam hal ini Pas harus jelaskan sikap dan pendirian mereka. Pas harus meletakkan matlamatnya dan bukan berhelah dengan istilah disebabkan takut kepada ahlinya. Kalau Pas yakin dengan bekerjasama dengan Umno itu baik untuk kepentingan semua, Pas harus berusaha ke arah itu dengan sesungguhnya.

Apa yang penting, apa yang ada dalam jiwa Pas kini, khasnya pimpinan tertingginya. Mereka tidak perlu berjibuh dengan istilah-istilah itu. Seorang yang dikatakan pemimpin, ialah orang yang berani membuat keputusan dan berani pula menanggung segala risikonya. Keberetian sebagai seorang pemimpin ialah melakukan perubahan, reform.

Bagi saya Pas bukan perlu membaiki dan menukar istilah, tetapi yang lebih penting memberi kefahaman kepada ahli tentang kepentingan berkerjasama dengan Umno. Pas kena jelaskan asas-asas yang konkrit. Pas perlu berterus terang dengan apa yang hendak dilakukan. Hari ini orang semua celik dan sudah ada minda sendiri. Apa yang disukai ialah berterus terang, jujur, tegas dan berprinsip.

Penipuan dan kezaliman Umno terhadap Pas selama ini perlu dijustifikasikan oleh pemimpin Pas kini. Ahli dan penyokong mahukan jaminan bahawa Umno tidak jahat seperti dahulu lagi. Untuk memastikan ini mungkin Pas perlu mengadakan perjanjian ala Hudaibiyah dengan Umno. Mengenakan syarat-syarat yang dapat ditanggung kedua belah pihak. Dengan perjanjian itu juga baharu Pas dapat menguji sejauh mana Umno ikhlas seperti mana diucapkan oleh pemimpinnya.

Iya, dalam politik tidak ada perjanjian dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditaati, tetapi setidak-tidaknya bila ada perjanjian Pas ada tali untuk pegang dan buat menambat Umno.

Kesimpulan daripada Pas mengambil masa untuk menjelaskan definasi ta'awun kepada ahli diseluruh negara dan dalam masa sama menafikan yang Pas ingin berkerjsama dengan Umno, elok Pas memberi penerangan dan tarbiyah kepada ahli kenapa dan sebab apa Pas perlu berkerjasama dengan parti itu kini. Perlu rajin memberi kefahaman ini. Usaha Pas untuk menafikan ia tidak akan berkerjsama dengan Umno ia umpama kerja menjirus air ke daun keladi sahaja.

Suka atau tidak suka, Pas berhelah atau tidak, suatu hari nanti Pas tetap perlu menerima hakikat yang parti itu perlu bekerjasama dengan Umno demi masa depan ummah. Dan jika ia dirancang dan disusun dengan teliti dan berhemah ummah akan dapat menerimanya.
http://msomelayu.blogspot.my/

Prinsip PAS tergadai di Selangor

Nazuri 
pas,amanahSeperti ada yang tidak kena dengan pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor yang menjadi tumpuan media dua tiga hari ini.

Sejak zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, isu pembahagian dan pemilihan ahli majlis PBT menjadi masalah terutama daripada pihak PKR apabila wujud elemen cantas-mencantas.

Kali ini, di bawah pentadbiran Menteri Besar terkacak di Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, isu pembahagian ahli majlis kembali hangat dan menjadi kontroversi.

Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bukan sebahagian daripada pentadbiran negeri seperi ‘berhalunasi’ apabila ‘menuntut hak’ mereka dengan alasan dua ADUN mereka berada dalam kerajaan Selangor – Ulu Klang dan Morib.

Akhirnya, selepas berunding, yang sebenarnya dilihat lebih kepada ‘menagih simpati’, lapan kerusi diberikan oleh PKR kepada AMANAH. Itupun hanya majlis daerah, bukan majlis perbandaran malah jauh sekali majlis bandaraya.

Sekali imbas, seakan PKR terpaksa mengalah dan ‘terkorban’ kerana 19 kerusi ahli majlis diberikan kepada PAS, DAP dan AMANAH.

Sebetulnya, PAS yang kerugian kerana terpaksa menggadai prinsip yang tidak mahu bekerjasama dengan AMANAH.

Pembahagian kerusi kepada AMANAH menandakan kerajaan Selangor telah mengiktiraf parti cebisan PAS itu sebahagian daripada kerajaan negeri.

Ini merupakan pukulan hebat untuk PAS. Tak mustahil mereka pula dipujuk untuk korbankan kerusi untuk AMANAH pada PRU14 nanti.

Selepas ‘serang-menyerang’ antara kedua-dua pihak sehingga timbul tuduhan parti ala-ISIS, PAS akhirnya terpaksa tunduk kepada AMANAH walaupun tiada kerusi ahli majlis yang dikorbankan.

Tatkala ini, sudah kedengaran suara-suara tidak puas hati dalam kalangan penyokong PAS. Jika Datuk Iskandar Samad menerima tawaran menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim, masalah PAS tertindas pasti tidak berlaku.

Kerana terlalu setia dengan Pakatan Rakyat (pada waktu itu), PAS akhirnya diperkotak-katik dan berpecah belah. Takziah untuk PAS.
-fmt-

Remaja Bawah Umur Mengaku Rogol Gadis Tipu Diculik

KLANG: Seorang remaja lelaki di bawah umur pada Khamis mengaku bersalah di mahkamah juvana di sini kerana merogol gadis yang memalsukan berita peculikannya baru-baru ini.

Remaja berusia 16 tahun itu yang tidak dapat dinamakan berkenaan telah dibawa ke hadapan Majistret Nor Asma Ahmad bersama kedua ibu bapanya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis berusia 15 tahun di Bandar Sultan Suleiman di sini pada tengah hari Disember tahun lalu.

Nor Asma menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan dua penjamin.

Beliau menetapkan 14 Januari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dia juga telah diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Pada hari Rabu , gadis itu mengaku bersalah di mahkamah juvana di sini untuk memberikan maklumat palsu kepada pihak polis.
-mstar-

Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia?

Faridz Ridzwan
pahang-bauksit
Rakyat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima tumpuan luar biasa dari seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini.

Malah, tidak salah kalau kita kata bahawa rakyat negeri Mat Kilau itu mencuri tumpuan dunia atas sebab yang dirasakan tidak kena gaya.

Dua kali banjir dan penerokaan tanah haram di Empangan Cameron Highlands, tanah runtuh di Karak, banjir besar, pembalakan haram dan terbaharu adalah penerokaan galian bauksit, di mana semua isu itu menjadikan Pahang ‘negeri panas’.

Itu belum lagi masuk kemelut 1MDB yang penasihatnya adalah salah seorang Orang Besar Berempat Pahang dan pendirian tegas bela Melayu-Bumiputera oleh menteri Kabinet dari negeri itu.

Ramai tertanya mengapa Pahang jadi sedemikian rupa sehingga ada pendapat yang mengatakan Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia.

Kita yakin, pendapat berkenaan keluar kerana peningkatan pendidikan rakyat Malaysia yang menyebabkan kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar menjadi lebih baik.

Apabila berlaku isu salah urus alam sekitar di Pahang, ia meletus umpama letusan bom hidrogen buatan Korea Utara dalam kalangan rakyat termasuk di luar Pahang.

Rakyat luar Pahang memandang dan mencari rakyat Sultan Ahmad Shah dan yang sedihnya ia atas alasan yang salah dan sangat tidak kena.

Majoriti rakyat Sultan Ahmad Shah tentu malu dan letih menjawab dengan rakyat negeri lain mengenai isu alam sekitar yang tidak habis-habis di negeri itu.

Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Seri Adnan Yaakob pula semacam ‘kerasnya’ menyebabkan rakyat Sultan Ahmad Shah sekali lagi pening kepala.

Kita fikir, rakyat Sultan Ahmad Shah tidak perlu susah hati kerana rakyat negeri lain sebenarnya masih suka dengan Pahang.

Rakyat negeri lain sangat suka masakan ikan patin dan sentiasa tertawan dengan kecantikan, kelembutan dan kehebatan wanita yang berajakan Sultan Ahmad Shah.

Cuma itulah, kepemimpinan negeri hendaklah menjaga alam sekitar Pahang dan janganlah memalukan rakyat yang bersultankan keluarga Bendahara Wan Ahmad Wan Ali.
-fmt-

Pangkat polis bergantung kepada perut

FMT Reporters
(PDRM)-bakal-mewajibkan-anggota-lulus-ujian-Indeks-Jisim-Badan-2PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Aziz Desa dan misteri ‘pemuafakatan pergi tidur’

Lanhh
RAKAN saya, Saudara Aziz Desa, 50, meninggal dunia pagi Ahad (27 Disember) lalu. Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan insan pilihan Allah SWT. Semoga Allah SWT meredai dan menerima amalan baik dan mengampuni dosa-dosanya, amin. Al-Fatihah.
Kali terakhir saya bertemu Aziz yang sakit September lalu.

Saya sedih dan terharu melihat kawan saya cengkung, kurus dan tidak bermaya di atas kerusi roda di rumahnya di sebuah taman perumahan berhampiran Masjid al-Hana di Kuah, Langkawi. Itu ketentuan Ilahi, kita sebagai makhluk-Nya perlu reda dan banyak bersabar, demikan antara kata-kata semangat saya kepada Aziz. Kini Saudara Aziz sudah pergi, kita pun akan mengikuti jejaknya...hanya masanya kita tak tahu.
Allahyarham Aziz Desa, saya dan sejumlah lagi wartawan pelatih (saya terlupa jumlah sebenar, mungkin 10 orang) mula bekerja serentak di sebuah akhbar harian nasional pada penghujung 1986.

Sebelum tahun itu berakhir, kumpulan kami dihantar mengikuti kursus bina semangat (team building) di Mimaland, Gombak.

Hari ini resort yang masyhur pada 1970-an dan 1980-an (termasuk lokasi membikin filem) ini hanya tinggal kenangan; ia sudah mati!

Pada suatu malam ketika kursus, kami dikehendaki membincang dan membahaskan sesama kami satu topik dan cabarannya adalah kami (semua peserta) perlu menyetujuinya (mencapai kata sepakat) yang kemudian akan diserahkan kepada fasilitator untuk dinilai.

“Bermodalkan” semangat pekerja baru (belum dapat gaji pertama pun) dan kami mudamuda belaka, kami pun mula berbincang dan berbahas secara baik tetapi lama kelamaan bukan persetujuan pendapat yang kami capai tetapi perbalahan yang semakin lama semakin besar jurangnya. Malam kian larut tetapi perbahasan makin panas.

Ia berlanjutan melepasi jam 12.00 tengah malam.

Peserta “gian berbahas” terus bercakap dengan hebatnya, tetapi sesetengahnya seperti saya sudah naik bosan. Saya berkali-kali menguap. Aku nak tidur, aku nak ZZZZZZ, bisik hati saya. Apalah kau orang ni, nak berbahas tunggulah esok. Bila agaknya aku dapat tidur sedangkan pada siang hari tadi pelbagai aktiviti memenatkan dijalankan; esok harinya jam 6.00 pagi perlu bangun untuk solat Subuh dan membuat tugasan lain pula.

Jam sudah pukul 2.00 pagi; saya meradang, apabila ada kesempatan, saya bangun seterusnya berkata (perkataan sebenar saya tak ingat): “Bukankah fasilitator mahu kita mencapai kata sepakat sesama kita. Sekarang sudah pukul berapa dah? Kalau macam ini, tak capai kata sepakatlah. Tak tidurlah malam ni. Apa kata kita semua bersepakat bahawa kita mahu menamatkan perbahasan ini dan pergi tidur. Ya kita semuanya bersepakat untuk pergi tidur!”

Semua peserta terpinga-pinga.

Mereka sudah berbahas berjam-jam lamanya tetapi tiada kata sepakat;

sekarang terbuka peluang untuk berbuat demikian. Namun hal ini pun tidak disepakati, berlaku lagi pergaduhan – ada yang mahu pergi tidur dan ada pula berkata orang yang mahu pergi tidur itu tidak mengenang budi– syarikat sudah buat banyak membuat kebajikan termasuk menyediakan kami penginapan dan makan minum tetapi kita pula ambil mudah apabila mahu pergi tidur!

Macam mana ni, berlaku perbalahan hangat lagi, akhirnya jam 3.00 pagi kami membuat undian. Keputusannya kami sepakat untuk menamatkan perbincangan dan pergi tidur. Bagi diri Allahyarham Aziz Desa, saya tidak ingat dia sokong kumpulan mana. Kami sampaikan keputusan kesepakatan (pergi tidur) kepada fasilitator; mereka tak kata apa-apa namun mereka membiarkan saja kami pergi tidur.

Sehingga hari ini, saya tidak tahu sama “kesepakatan” kami itu betul atau tidak. Ia masih menjadi misteri. Namun menurut perkiraan (pandangan) saya langkah kami itu betul, kerana fasilitator sengaja membiarkan kami berdebat berjam-jam lamanya. Ya mereka sedang menguji kami kerana maklumlah manusia memang susah mencapai kata sepakat, asyik nak bergaduh saja. Dalam al- Quran ada dinyatakan jika berlaku perselisihan, kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya (al-Quran dan hadis) sebagai kata pemutus!

Sekali lagi, pembaca sekian marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham Aziz Desa. Semoga Allah SWT merahmatinya.
-detikdaily-

Inilah Cara Sangat Mudah Menghilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak TAHU !!

Tranungkite
karang gigi
Karang gigi adalah mineral deposit berwarna kuning atau coklat yang melekat pada gigi, yang boleh mengakibatkan periodontitas, terlebih bila dilewatkan begitu saja tanpa ada usaha untuk membersihkannya.

Untuk menyingkirkan karang gigi, umumnya orang bakal pergi ke doktor, namun sesungguhnya, anda boleh juga melakukan prosedur ini sendiri dirumah.

Namun yang perlu diingat iaitu, cara ini tidak akan menghilangkan karang gigi secepat yang dikerjakan oleh doktor gigi. Untuk menyingkirkan karang yang terkumpul, ada beberapa pilihan rawatan.

Beberapa bahan yang diperlukan iaitu:
1. Hidrogen peroksida
2. Air
3. Serbuk soda kue
4. Garam
5. Antiseptik pencuci mulut
6. Dental pick
7. Berus gigi

Caranya:

Campur satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air hangat, lalu kumurlah dengan gabungan itu selama satu minit. Buang, lalu basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.

Alat yang paling umum serta berkesan untuk singkirkan karang gigi iaitu baking soda. Campur 1 sudu makan baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Lalu, rendam berus gigi di air hangat serta celupkan dalam gabungan.

Awalilah memberus gigi
Anda memakai gabungan itu. Semua sistem mesti dikerjakan selama 5 minit.

Cuci mulut dengan antiseptik pencuci mulut.

Pakai dental pick untuk bersihkan karang pada gigi. Kerjakan dengan hati-hati, sehingga tak mengikis serta mengakibatkan kerosakan gusi anda.

Untuk mendapatkan gigi putih bak mutiara serta senyum yang indah ikuti panduan dibawah ini:
1. Penggunaan keju.
Makanlah keju Switzerland atau cheddar saat sebelum makan, hal itu bakal menolong meneutralkan asid pencetus karang gigi.
2. Strobery serta tomato.

Tomato serta strobery adalah buah yang mengagumkan untuk melindungi kesihatan mulut, lantaran keduanya kaya vitamin C. Kedua-duanya boleh memutihkan gigi serta melembutkan karang gigi. Cukup gosokkan segera tomato serta strobery ke gigi serta diamkan selama 5 minit. Anda boleh lakukan langkah yang sama, memakai makanan lain yang juga kaya vitamin C, seperti limau nipis, limau, lemon, lada serta betik. Kemudian, cuci mulut anda memakai kombinasi yang diperbuat daripada baking soda serta air hangat.

Berikut panduan untuk melindungi kesihatan mulut:
Anda harus teratur memakai benang gigi.

Bersihkan mulut anda dengan cara alami memakai air liur yang dicetuskan dari makanan pedas yang bakal membuahkan kelenjar ludah.

Untuk mencegah bakteria berkembang biak, gosok gigi memakai kulit oren saat sebelum tidur tanpa dicuci.

Masa memberus gigi, pakai berus gigi yang lembut serta buat pergerakan menegak. Pastikan sentiasa untuk membersihkan bilik pada gusi serta gigi.

Sempat hantar mesej bunuh diri (Gambar)

Sempat hantar mesej bunuh diri
Sebahagian mesej mahu bunuh diri yang dihantar lelaki terbabit dalam grup WhatsApp. Gambar kanan: Mangsa dibawa ke Unit Psikiatri Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
PARIT BUNTAR: Seorang penganggur sempat mengirim mesej mahu membunuh diri kepada rakan-rakannya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 8 malam, kelmarin.

Bagaimana pun, cubaannya membunuh diri gagal setelah rakannya memaklumkan kiriman itu kepada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Islam Kerian (PSKK).

Pengerusi PSKK, Sohaimi A Hamid berkata, pihaknya bergegas ke pinggiran Sungai Kerian, di Ampang Jajar di sini, sejurus menerima maklumat itu.

"Lelaki tu terkejut bila tengok kami sampai dan ugut mahu terjun Sungai Kerian kalau kami tak beredar.

"Kami tengok dia amat tertekan, jadi, kami terus maklumkan pada polis dan bomba untuk memujuknya membatalkan niat bunuh diri," katanya ketika ditemui media di pekarangan Hospital Parit Buntar, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, sebuah perahu turut diletakkan di pinggir sungai sebagai persediaan menyelamat sekiranya mangsa terjun.

Menurutnya, lelaki berasal dari Bagan Tiang itu berjaya ditenangkan dan seolah-olah membatalkan niat membunuh diri setelah hampir dua jam dipujuk.

"Tapi, tiba-tiba mangsa cuba terjun... mujur sempat dipeluk ahli PSKK.

"Masa tu mangsa macam dirasuk, meronta-ronta menolak beberapa ahli PSKK yang memegangnya.

"Lepas laungkan azan barulah lelaki ni nampak tenang dan kita terus bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, rakannya, Mohd Zaihid Yahaya, 24, berkata, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila menerima kiriman mesej dalam grup WhatsApp daripada lelaki terbabit.

"Dia kata nak bunuh diri terjun Sungai Kerian sebab putus cinta. Dia juga minta maaf dengan kami.

"Mulanya kami ingat dia berjenaka, tapi bila telefon banyak kali dia tak angkat, kami terus maklumkan kepada PSKK.

"Mujur juga dia bagi tahu kami... kalau tak mungkin dia dah terjun," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan mangsa dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan susulan.
-sinarharian-

Patutnya salam Najib tidak disambut - Subky Latif

Subky Latif
IKUT patutnya salam kerjasama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib agar Umno bekerjasama dengan PAS tidak perlu dilayan justeru PAS baru saja dikecek oleh Umno.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Jamil Khir Baharom tentunya tidak pandai sendiri menyarankan kepada Kerajaan Kelantan meninda enakmen kanun jenayah Syariah Kelantan 11 bagi membolehkan pindaan dibuat pula di Parlimen sebagai laluan pelaksanaan hudud di Kelantan dan mungkin juga di Terengganu.

PAS pun apa yang disarankan tetapi PM Najib biarkan PAS terkial-kial untuk membawa usul persendirian di Parlimen atas perkara itu. Umno basuh tangan.
Tetapi PAS adalah sebuah badan politik yang juga gerakan dakwah. Maka lamaran Umno itu mendapat reaksi yang menyenangkan dari PAS. Tidak keberatan bagi PAS menimbangkan untuk bekerjasama.

Kerjasama macam mana tiada yang tahu kerana belum diketahui ada kedua-dua pihak membuat apa-apa pertemuan, setakat yanag diketahui.

Kerjasama kedua pihak tidak boleh dimulakan dengan Umno mengirim Jamal Khair Bahrom atau Dr ASyraf Wajdi Dasuki dengan Nik Abduh atau Takiyudin Hassan.

Cakap Jamal Khair dan Dr Asyraf tidak laku. Ia mesti bertemu dulu PM Najib dengan TG Abdul Hadi Awang seperti yang Tun- Razak dan Dato’ Asri lakukan acam kali selepas 13 Mei 1969 dulu.

Jadi atau tidak jadi keduanya mesti acap bertemu dulu. Tak jadi pun tak mengapa tetapi pertemuan empat mata antara keduanya sekurang-kurangnya TG Haji Hadi dapat sampaikan nasihat dulu sekurang-kurangnya.

Apa pun Umno nampaknya macam hendak sangat. Macam ia sudah hendak dilakukan esok atau lusa. Apa yang ada dalam hati pemimpin PAS tidak dikektahui lagi, tapi tindakan melarang peserta Israil dalam temasya luncur layar sudah dilihat sebagai permulaan kerjasama itu.

Tentulah kerjasama yang dibangkit itu baru peringkat alam diplomasi. Kedua-duanya wajar bercakap elok. Tapi kalau belum sempat apa lalu dikatakan bendabenda yang benarkan kerajaan buat sudah dikatakan kerjasama sudah bermula, takut terlajak laju sangat.

Sama ada Umno suka atau tidak suka, tiada muka dalam Umno yang sedia bercakap belawanan dengaan apa yang Najib kata. Kalau Najib kata, Umno patut terjun ke telaga najis nescaya berdulu kemudian mereka terjun.

Akan tetapi sekalipun sudah habis anasir anti Tok Guru Abdul Hadi dalam lari ke alam lain ada juga yang pro kepimpinan ulama, setia kepada PAS, ada yang tidak sedap hati juga dengan apa yang dikatakan kesediaan PAS bekerjasama dengan Umno.

Mungkin sesama pimpinan yang acap bertemu dengan TG Haji Hadi telah mafhum dengan apa yang beliau maksudkan dengan kerjasama itu, tetapi ada yang sedia dengan PAS itu yang kecut perut dan sakit kepala dengan reaksi pemimpin PAS itu.

Hingga ada yang berkara, akan berlaku gembang kedua meninggalkan PAS dengan kerjasama itu. Saya dak pernah bertemu dan berbincang dengan pimpinan PAS atas perkara terbaru ini. Ramai yang bertanya saya akan arah tuju cakap-cakap terbaru itu.

Ada yang menyebut mereka tidak faham dan belum setuju dengan reaksi dan apa yana pimpinan PAS hendak buat dengan kerjasama itu.

Saya tidak dapat paksa mereka menerima yang pimpinan PAS mahu. Cuma saya suka sentuh sedikit tentang alam diplomasi politik yang dimainkan oleh para pemimpin. Tidak semua perkara diplomasi dan muslihat kerjasama itu boleh diterangkan kepada semua.

Diplomasi itu adalah alam yang penuh dengan muslihat. Pemimpin tidak cerita semua apa yang dalam kepalanya kepada semua. Kepada yang terdekat pun perlu juga dirahsiakan dulu. Jika semua yang sulit yang pemimpin hendak buat, jika diceritakan kepada orang, maka muslihat tidak jadi muslihat lagi dan pihak sasaran pula akan payah terima apa yang dimuslihatkan.

Ustaz Fadzil Noor pernah ke rumah Anwar Ibrahim sebaik Anwar dipecat dari Timbalan Perdana Menteri tanpa memaklumkan kepada sesiapa dalam PAS. Tindakan itu dipertikai PAS, tetapi Ustaz Fadzil menjawab, sepatutnya pimpinan diberi sedikit kebebasan untuk membuat sesuatu tindakan tanpa menyebutkan dulu kepada parti.

Saya boleh bersetuju dengan kemahuan Ustaz Fadzil betapa pimpinan diberi untuk bertindak terhadap apa yang difikirkannya baik. Dan pemimpin itu mestilah berani bertindak termasuk dalam perkara yang mulanya dirasakan tidak popular.

Pada akhirnya pemimpin mestilah membuat apa yanga dipersetujui oleh semua dan pemimpin itu mestilah bersedia untuk didengar.

Khalifah Abu Bakar Siddiq dan Khalifah Umar al-Khatab tidak mengira mereka adalah orang terbaik ketika menerima pelantikan khalifah tetapi meminta teguran terhadap apa yang dikira tidak kena.

Dan kita juga wajar faham tidak semua yang pemimpin nampak dinampak sama oleh orang lain. Maka pemimpin itu perlu diberi keperacayaan orang bawah bertindak apa yang difikirkannya baik dan apa yang pemimpin fikir baik itu tidak dirasakan baik oleh orang lain.

Itu jika kita bercakap dengan dan tentang pemimpin dari manusia biasa. Biasalah apa yanga dia nampak, orang lain tidak nampak.

Bukan semua yang pemimin nampak, orang lain nampak.

Mungkin kita boleh merujuk kepada perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dengan wakil Musyrikin Quraisy. Tidak semua yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. disetujui oleh para sahabat yang terdekat.

Baginda bersetuju dengan bantahan Quraisy tentang muqadimah perjanjian tidak menggunakan kalimah Rasulullah tetapi menggunakan Muhammad saja. Sayidina Ali yang jadi juru tulis draf perjanjian enggan memadamkan kalimah Rasulullah. Maka Baginda sendiri memadamnya.

Sahabat-sahabat termasuk Umar al-Khatab tidak setuju perjanjian memulangkan orang Makkah yang lari ke Madina tetapi orang Madina lari ke Makkah tidak dipulangkan. Usai perjanjian baginda minta semua bertahalul sebelum kembali ke Madinah. Sekaliannya enggan bertahalul.

Baginda mengadu pada isterinya tentang bantahan para sahabat itu. Nasihat isterinya, baginda dulu tahalul. Lalu sekaliannya tahalul.

Jika keputusan Nabi ada yang sahabat besar tidak nampak hikmahnya, maka tentulah ada yang tidak faham keputusan pemimpin biasa. Bagaimana pemimpin ulama tentunya membuat keputusan berdasarkan panduan lazim pimpinan Islam seperti istikharah dan ada ijtihadnya, maka wajar semuanya memberi kepercayaan dan kebebasan kepada seorang amir membuat keputusan.

PAS sebagai parti dakwah tidak wajar putus asa dengan Umno tipu dalam soal pindaan hudud di Parlimen, tetapi hikmat dari boleh berbaik dengan Umno membuka peluang kepada orang PAS bergaul mudah dengan orang Umno. Tentunya peluang baik digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah.

Adapun tentang pilihan raya, cerdiklah supaya tidak terikat.

Sepanjang PAS berkonfrantasi dengan Umno, waktu pilihan raya saja perahu undi PAS pergi ke rumah Umno. Tiada apa dapat buat bila Umno tutup pintu pada perayu undi PAS.

Jika selepas kerjasama, harihari bertemu orang Umno, maka orang Umno tidaklah terasa sangat waktu pilihan raya saja PAS temu mereka. Ketika orang Umno sendiri keliru dengan Umno, maka ini masa yang terbaik untuk berinteraksi dengan orang Umno.

Ini satu percubaan politik baru sebagai pembangkang. Bekerjasama kerana Allah, menjadi pembangkang pun kerana Allah. Salahkah kerjasama itu sebagai permulaan PAS ganti Umno?