"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

“ …..Jaga Mulut sikit !!! Aku Bukan Biawak ….” - Zaharin

professor
Biasalah dan sudah menjadi kebiasaan bilamana andainya suatu dibuat bukan dengan niat kerana Allah , maka beginilah jadinya.

Sudah menjadi kebiasaan dan sudah terdidik puluhan tahun oleh UMNO , harta , duit , pangkat dan nama adalah Tuhan bagi pemimpin – pemimpin dan ahli – ahlinya , maka tidak salah bagi YB Bayan Baru berkelakuan dan bersifat seperti yang tersiar dan terkeluar dalam TV3.

Itulah sifat dan cirri – cirri orang – orang UMNO. Bukan satu kerja mudah untuk mengeluarkan diri dari terzahirnya sifat – sifat sedemikian.

Tahniah YB Bayan Baru.

Cuma yang tak sedapnya ada orang mengumpamakannya sebagai ‘biawak hidup’. Benarkah begitu ?

Kalau benar kata Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti.

Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.

Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.

"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.

Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Nota

Kalau bukan biawak , YB Bayan Baru ni jenis spesis reptilia mana ? Dek kerana tak dapat kontrak menyelenggara padang golf , dibalunnya kerajaan negeri semaksimum mungkin , apa nama pemimpin macam ni ?


Bukankah sudah menjadi sifat seekor biawak yang sentiasa menjelirkan lidah sepanjang masa , bukan saja kerana mengidam projek padang golf tapi juga kerana mengejar harta , duit , pangkat dan nama !!!!

Rujukan

Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi

Bagi ahli cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mereka sudah lama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bayan Baru.

Malah, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman berkata ahli cabang itu sebelum ini pernah bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Zahrain.

Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang itu percaya Zahrain tidak mendapat sokongan akar umbi, malah tiada seorang pun ahli cabang yang mengikut langkah Zahrain.

Mansor juga menyatakan Zahrain jarang turun padang. Kebanyakan kerja di kawasan Parlimen Bayan Baru dilaksanakan oleh ADUN kawasan masing-masing

"Pertama sekali bila dia mula buat serangan atas pimpinan parti,lepas tu dia buat serangan atas Ketua Menteri, hari ke dua selepas itu Ketua Umum,jadi kita jangka dia dah buat keputusan macam inilah(ketua parti)" kata Mansor kepada Tv Selangor.

"Maknanya bila dia serang kepimpinan parti, dia memang bercita-cita untuk inilah (keluar parti).Jadi itu maknanya keputusan yang dibuat itu bukan di luar jangkaanlah selepas dia buat keputusan itu, cabang dia mahu berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu dia tidak turun buat keputusan dicabang ini menunjukkan dia tak berani berdepan dengan ahli di peringkat cabang. Dia termasuk dalam golongan yang meletakkan kepentingan diri dahulu" tambahnya lagi.

Menurut Dr. Mansor, serangan Zahrain ke atas parti dan kerajaan Pulau-Pinang membuka ruang bagi tohmahan dan serangan dari Umno.

"Sebab dia perkara pokok dia macam ni, bila dia mula buat serangan tu, maka UMNO ambil kesempatan. Jadi dia buka floodgates".

"Untuk buka ruang bagi UMNO untuk serang kita, serang parti. Kalau kita tgk semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu semua kata memang PKR dalam keadaan huru-hara, kucar kacir dan ramai pemimpin dia tak berpuas hati cara parti mengendalikan isu-isu itu membuka ruang bagi mereka serang parti" kata Mansor.
-tvselangor-

Bala Bimbang Diperangkap SPRM

Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menolak cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekod keterangannya di kedutaan Malaysia di Singapura berhubung misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, kerana bimbangkan keselamatannya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Bala mungkin dalam dilema untuk menerima cawangan itu kerana ia mungkin satu perangkap.

Peguam Bala, Americk Sidhu sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya memang tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan keselamatan Bala.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan itu dilema Balasubramaniam. Saya cadangkan diskusi ataupun keterangan ini direkodkan di tempat yang neutral. Di tempat yang bebas. Di Asean Sekratariat di Jakarta sebagai contoh” kata Shamsul.

Ujar Shamsul, wujud perjanjian ekstradisi antara Singapura dan Malaysia yang membolehkan SPRM melakukan tindakan luar jangka termasuk menahan Bala.

Bala sebelum ini diberitahu, SPRM sedia merekodkan keterangan beliau di mana sahaja tapi kemudian menetapkan untuk berbuat demikian di kedutaan Malaysia di Singapura.

“Antara Singapura dan Malaysia ini ada perjanjian ekstradisi yang pada saya, itu yang merisaukan Bala dari segi keselamatan beliau. Dalam hal ini saya merasakan SPRM harus memahami perkara ini dan tidak cuba menangguk di air yang keruh” katanya lagi.

berada di luar negara sejak setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah mengenai kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.

Akuan bersumpah itu bagaimanapun dinafikan Bala melalui akuan bersumpah kedua sehari kemudian, sebelum beliau menghilangkan diri.

Baru-baru ini, Bala muncul kembali dan menegaskan akuan bersumpah pertama sahih manakala akuan bersumpah kedua dibuat atas paksaan individu yang rapat dengan Najib dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

“Isu yang sebenarnya ialah sejauh mana SPRM itu dan kalau mereka bersedia dengan sesungguhnya, saya percaya tidak ada masalah untuk mencari tempat yang agak bebas bagi mereka merekodkan keterangan Balasubramaniam" tambah beliau lagi.
-tvselangor-

Khalid : Penunjuk Perasaan Harus Akui Kelemahan YBK

Tindakan 300 ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan pro- parti itu semalam dilihat sebagai mirip kepada demostrasi jalanan zaman reformasi yang di kecam oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan itu gagal berdepan dengan beberapa persoalan asas mengenai ketelusan Yayasan Basmi Kemiskinan dalam menguruskan hartanah awam yang disumbang oleh kerajaan negeri.

Tunjuk perasaan ini berlangung selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Ia dipimpin oleh Adun Kuang Abdul Shukor Idrus dan Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali.

Walaupun tidak mempunyai permit, penunjuk perasaan tidak dihalang polis dan dibenarkan berarak hingga ke bangunan setiausaha kerajaan negeri untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada pejabat menteri besar.

Sangkaan UMNO bahawa kerajaan negeri pakatan rakyat akan rasa tertekan dengan tunjuk perasaan seperti ini meleset.

“Semasa dulu kerajaan BN marahkan reformasi dijalankan melalui tunjuk perasaan dan sekarang menjadi terbalik pula apabila mereka yang lakukan dan saya anggap ini adalah satu pengajaran kepada mereka.

Kepada saya oleh kerana saya dari kumpulan reformasi, saya tidak menghalang kerana kita lebih cekap daripada semua itu,” katanya.

Khalid menjelaskan penunjuk perasaan ini enggan menerima hakikat kerajaan negeri terpaksa bertindak apabila YBK gagal membayar cukai tanah selama 13 tahun.

“Boleh jadi ini perkara biasa dalam pentadbiran BN, kalau perkara biasa, saya perlu betulkan dan kalau bukan perkara biasa, lagi saya perlu betulkan,” katanya.

Justeru beliau berkata YBK perlu membuat permohonan baru bersabit cukai untuk tanah yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

“Permohonan itu ada beberapa perkara dan tidak dapat pentadbiran yang dulu terangkan, kita minta mereka membuat permohonan semula kerana salah satu sebabnya mengapa 13 tahun tidak membayar hasil.”
-tvselangor-

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.
-malaysiakini-

Perbicaraan Anwar 'tidak adil'

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.

param cumaraswamy interview judiciary crisis 060808 05Param (kanan) yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali.

"Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat," katanya.

Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.

Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai saksi.

NONE"Mengapa pendakwaraya merahsiakan senarai saksi? Pihak peguambela perlu tahu siapakah saksi-saksi.

"Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya," kata Karpal (kiri).

Seorang lagi peguam, Sankara Nair berkata dokumen-dokumen harus disediakan awal bagi mengelakkan penangguhan untuk pihak peguambela mendapatkan pandangan pakar.

"Sehingga hari ini, kami dihalang memperolehi lebih banyak bukti walaupun hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah), telah mengarahkan pihak pendakwa berbuat demikian," katanya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan pendakwaraya menyerahkan kepada pihak peguambela, senarai saksi, bukti, rakaman CCTV dan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas pihak pendakwaraya mengemukakan rayuan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Anwar.

-malaysiakini-

Pakatan Pulau Pinang mahu ‘dedahkan’ Zahrain malam ini

G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Feb 12:
Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan “perang” terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Tidak sampai 12 jam selepas Zahrain mengumumkan tindakannya membelakangi PR dengan keluar PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman pihaknya akan mendedahkan segala-galanya mengenai Zahrain dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan beliau malam ini.

Majlis penerangan yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diadakan di bahagian pilihan raya Bayan Baru.

“Saya yakin Ketua Menteri akan mendedahkan segala-galanya malam ini,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis penerangan ini juga akan dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri, kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Zahrain mengumumkan keluar dari PKR di sini pagi tadi berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam PR.

Mengulas keputusan Zahrain keluar PKR, Mansor berkata tindakan itu memang sudah dijangkakan.

“Sebaik sahaja Zahrain mula menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, saya sudah menjangkakan yang beliau akan keluar PKR.

“Saya tidak kecewa dengan tindakan beliau keluar PKR, yang saya kecewa ialah perkataan-perkataan yang beliau gunakan terhadap Datuk Seri Anwar dan Ketua Menteri,” katanya.

Bagaimanapun kata Mansor kini senang bagi pihaknya untuk berhadapan dengan Zahrain.

“Sebelum beliau keluar, Zahrain bersama PKR... jadi sukar bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas dibangkitkan beliau.

“Tetapi oleh kerana kini beliau sudah keluar, maka kami di PKR juga boleh menghadapinya dan menjawab segala tuduhan,” katanya.

Mansor juga memberitahu, sebenarnya kepimpinan bahagian Bayan Baru juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan undi tidak percaya ke atas Zahrain.

“Ia sepatutnya diluluskan (dalam beberapa hari lagi) tetapi oleh kerana Zahrain sudah keluar, ia sudah tidak perlu diadakan, sudah tidak relevan.

“Ini dengan sendiri menunjukkan Zahrain sudah tiada sokongan di bahagiannya sendiri,” kata beliau yang turut menekankan bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang kesan.

Bahagian itu akan dipangku oleh timbalannya Tan Seng Kiat.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider akhir bulan lalu, Mansor memberitahu bahawa tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional.

Mereka termasuklah Zahrain.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Anwar (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Tindakan Zahrain keluar parti menyusuli kenyataannya dua minggu lalu mengkritik keras Lim sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.
-malaysianinsider-

Lim Guan Eng jawab tuduhan malam ini

Mohd Sabri Said
BAYAN BARU 12 Feb:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan ceramah 'Tolak Fitnah' yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung malam ini jam 8.00 malam.

Ceramah tersebut akan membariskan kepimpinan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau dijangka akan menjawab semua pertuduhan yang ditujukan kepada dirinya serta kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang akan genap dua tahun 8 Mac depan.

Antara pertuduhan yang dilemparkan kepada kepimpinan Lim sejak akhir-akhir ini ialah bersifat
diktator dan perkauman sehingga mengakibatkan peniaga melayu tersisih atau dipaksa
merobohkan gerai kerana mahukan perubahan.

Lim juga terpaksa berhadapan dengan ragam dua Ahli Parlimen iaitu Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibung Tebal, Tan Tee Beng yang baru sahaja mengumumkan keluar PKR dan menjadi bebas.

Antara yang turut dijemput menyampaikan pidato ialah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Haji
Omar, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman serta beberapa orang exco.

Rakyat negeri ini turut diminta hadir beramai-ramai ke Tapak Pesta Sungai Nibung.

Pemuda PAS bantah sambutan hari kekasih menara KL

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Feb:
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam supaya tidak terlibat di dalam mana-mana sambutan sempena hari kekasih atau Valentine's Day pada 14 Februari ini.
Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, remaja negara ini perlu akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan meraikan sambutan Valentine bukan dari ajaran Islam.

"Kita risau sekiranya sambutan yang bakal diadakan diisi dengan program-program maksiat yang jelas bertentangan dengan Islam dan budaya timur.

"Ia juga menggalakkan budaya 'couple' secara bebas di kalangan anak-anak muda yang menyumbang gejala negatif di dalam negara kita dan bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih diharamkan oleh agama Islam.

Kamaruzaman bersama beberapa orang Exco Pemuda PAS Wilayah sebentar tadi telah menyerahkan surat bantahan sambutan hari kekasih yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Surat bantahan diterima oleh Mohd Zakhir Azam, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan setelah perbincangan selama lebih kurang 30 minit.

Pihak Menara KL telah menerima baik bantahan dan saranan Pemuda Wilayah dan menjelaskan beberapa perkara yang menimbulkan kekeliruan seperti laporan akhbar pada 11 Februari lalu.

Antaranya tawaran baucar hotel yang ditawarkan adalah baucar makanan dan bukannya baucar penginapan untuk pasangan kekasih tidur bersama pada malam tersebut.

Mohd Zakhir menjelaskan bahawa tidak ada minuman keras yang akan dihidangkan dan dijual pada malam sambutan tersebut.

Selain itu, pihak menara KL akan memastikan tidak ada ruangan bersendirian disediakan untuk pasangan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Pemuda PAS Wilayah turut menyarankan agar pada masa akan datang Menara KL menganjurkan program-program yang lebih bermanfaat kepada masyarakat khususnya anak-anak muda Malaysia.

Pada 11 Februari lalu, akhbar melaporkan bahawa sambutan hari kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini, buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara KL berketinggian 300 meter itu.

Zahrain khianati penyokongnya

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.
-malaysiakini-

Hishammuddin nafi anak Raja Petra didera

PUTRAJAYA, Feb 12: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein(picture) menafikan dakwaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, kononnya anaknya, Raja Azman, didera ketika ditahan di penjara.

“Jangan ada mana-mana pihak (mengatakan) bahawa kita sengaja tangkap dia ni. Dia mengaku salah kerana mencuri dan pihak penjara telah membuat laporan polis.

“Perkara ini sedang disiasat oleh pihak polis, dan apabila tiba masanya kita akan dedahkan (laporan kejadian) kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Azman, 34, sebelum ini dilaporkan telah menelan sebilah pisau cukur dan juga mencederakan pergelangan tangannya sendiri ketika dalam tahanan.

Raja Petra, yang sedang dalam pelarian dan dipercayai berada di luar negara kerana dikehendaki polis berhubung satu laporan ftinah, telah mendakwa dalam laman webnya kononnya pihak berkuasa Malaysia menggunakan Raja Azman, yang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh, untuk menghukum beliau.

Dia juga mendakwa kononnya anaknya bertindak demikian kerana tidak tahan dengan penyeksaan mental dan fizikal yang dihadapinya.

Semalam, jurucakap Jabatan Penjara Malaysia, Abdul Rahman Taib berkata Jabatan Penjara telah menubuhkan satu Lembaga Siasatan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hishammuddin berkata berikutan kejadian itu, pihak-pihak tertentu menggunakan isu itu untuk memesongkan pandangan orang ramai kepada perkara yang tidak berasas.

“Cara kita nak tanganinya ialah membuat liputan sebenar. Jangan terikut-ikut dengan dakwaan dan tuduhan tidak berasas dan melulu itu.

“Dia ditahan, berada dalam penjara selepas mengakui sendiri salah mencuri. Sekarang berada di dalam wad, di hospital dan tuduhan di Internet sekarang kononnya nak menggambarkan bahawa kita tangkap, kita dera... saya menafikan sekeras-kerasnya,” katanya.

-Bernama-

'Jangan ganggu penjual, haramkan jika mahu'

Kinibooks - penerbit dua buah buku yang dirampas di seluruh negara - mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut dan menggesanya menghentikan gangguan terhadap penjual buku.

Penerbitnya - sebuah anak syarikat Malaysiakini - menjelaskan sebanyak 118 naskhah kedua-dua buku itu 1Funny Malaysia danWhere is Justice telah dirampas di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 7 Januari lalu.

NONERampasan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas dakwaan boleh membahayakan ketenteraman awam, moral, keselamatan awam dan hubungan antarabangsa.

Ketika dihubungiMalaysiakini, pihak berkuasa berkenaan menjelaskan buku tersebut tidak diharamkan dan rampasan tersebut dibuat untuk membolehkan polis "menganalisis kandungannya".

"Sekiranya mereka mahu untuk menilai buku tersebut, mereka boleh mendapatkan daripada kami. Kami berbesar hati untuk memberikan setiap naskah secara percuma kepada mereka.

"Kami mahu polis dan KDN secara rasmi menghentikan gangguan kepada penjual buku di seluruh negara," kata Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Beliau menambah Kinibooks bercadang untuk menghantar surat peguam kepada KDN supaya menjelaskan sebab rampasan tersebut dibuat dan mendesak naskah tersebut dipulangkan.

'Berhentilah guna pintu belakang'

Bersetuju dengan pandangan itu, editor buku Where is JusticeNathaniel Tan berkata KDN "sepatutnya perlu menilainya dan membuat keputusan dengan segera".

"Sekiranya kamu mahu ia diharamkan, maka lakukanlah. Kami sedia mencabarnya di mahkamah. Tetapi mereka menggunakan taktik pintu belakang untuk menghalang orang awam mendapatkan buku ini.

"Buku-buku ini (kandungannya) tidak berapa panjang dan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Saya rasa pegawai KDN mampu berbuat demikian," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak ada sebarang sebab yang munasabah dari segi undang-undang untuk mengharamkan buku tersebut. Ini kerana ia ditulis berdasarkan kepada fakta dan "tidak melanggar sebarang undang-undang".

Sementara itu, pengarang buku 1Funny Malaysia Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata rampasan itu terus mengekang industri kartun politik di Malaysia.

"Peranan kartunis sentiasa memerhati gerak geri kerajaan (tetapi) mereka cuba untuk mewujudkan budaya takut yang akan mempengaruhi hasil karya mereka," katanya.

Zunar menambah, walaupun penerbitannya yang lain Gedung Kartunsebelum ini turut mendapat nasib yang sama, tindakan KDN tersebut bagaimanapun menguatkan lagi keazamannya.

"Saya menerima banyak e-mel pembaca yang memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha. Ini kerana kartun boleh diterima pelbagai lapisan umur dan latar belakang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penjualan buku Kinibooks kini mencatatkan penjualan yang tinggi selepas berlakunya rampasan yang mendapat "liputan meluas secara percuma".

"Kami juga menerima panggilan dari kedai buku yang meminta tambahan naskah," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malaysiakini See Tho Chee Seong.

Beberapa kedai buku bagaimanapun mengeluarkan buku tersebut daripada raknya dan hanya dijual berdasarkan permintaan.

"Ini tidak betul... Berhentilah melakukan muslihat dan taktik kotor. Sekiranya (kerajaan) mengambil berat dan tidak mahu pekung di dada mereka dibuka, selesaikanlah masalah dalaman mereka sendiri. Janganlah mengganggu penjual buku," katanya.

-malaysiakini-

‘Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 12 Feb:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.
Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.

Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.

"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.

Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Waktu itu, ujarnya ramai kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.

Beliau juga hairan melihat sikap Zahrain pada tahun 2010 yang sepatutnya bekerja keras membantu PKR Pusat ataupun negeri walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri.

"Saya rasa bangga dengan ucapanya sewaktu peralihan kuasa kepada Dr Mansor di Yayasan Aman, Penanti di mana beliau berkata walaupun tiada apa-apa jawatan di peringkat negeri tetapi atas dasar perjuangan beliau tetap berdiri di belakang Dr Mansor, " jelasnya.

Rupa-rupanya, kata Mustaffa Kamal apa yang dikatakan tidak menjadi kenyataan kerana Zahrain tewas di tengah jalan perjuangan.

K'jaan alami masalah kewangan serius

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Feb:
PAS melihat Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal di mana kementerian dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini kerajaan mengarahkan agar semua pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik di waktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik.

Kemudian, katanya kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan kementerian serta jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di hotel-hotel.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, beliau menambah, walau bagaimana pun arahan itu tidak semua dipatuhi dan langkah terbaru kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan di beberapa jabatan.

Menurutnya, tahun lepas sahaja, sejuta kakitangan awam kecewa kerana kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib menggantikannya dengan wang saguhati RM500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Katanya lagi, kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi di beberapa kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa.

“Pada waktu ini kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan bajet pengurusan telah dikurangkan,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama dua atau tiga tahun.

Di samping itu, semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini.

PAS, ujarnya melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak kerajaan ditamatkan.

“PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada kakitangan kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing,” katanya lagi.

Tegasnya, PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga, katanya mahu kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan manakala projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beliau menambah, beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini.

“Pada waktu inflasi sebegini, bantuan kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna di pasaran tidak boleh dihalang.

“Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna,” katanya.

PAS juga, tambahnya hairan kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Tun Abdullah tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika.

“Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai,” ujarnya.

Justeru, katanya, PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China Asean.

Menurutnya lagi, negara akan bankrap jika kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Kenyataan rasis UMNO (Rauf) di London?

Setiausaha kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh (gambar) dengan keras menafikan dakwaan seorang pelajar Malaysia bahawa beliau ada menggunakan kata-kata rasis pada majlis Kelab Umno di London beberapa hari lalu.

Rauf mengetuai delegasi ke London untuk menemui ahli-ahli parti dalam satu pertemuan tertutup awal minggu ini di mana seorang pelajar Malaysia, Ahmad Naim Mazlan mendakwa beliau memanggil bukan Melayu sebagai “bangsa asing” yang menginjak-injak orang Melayu di “Tanah Melayu”.

Dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider, pelajar jurusan kewangan dan perakaunan itu mendakwa ada mendengar Rauf sebagai berkata:“Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.”

Bagaimanapun Rauf menafikan membuat kenyataan sedemikian dengan menekankan ia merupakan sesi tertutup dan tiada pihak luar yang harus mendengar apa yang dibincangkan.

Ini adalah sesi tertutup… ia tidak benar kerana apa yang dikatakan ialah orang Melayu mesti kekalkan kuasa dalam usaha untuk memperoleh penghormatan daripada Cina dan kaum-kaum lain,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider dalam temu bual melalui telefon.

Kata beliau, pertemuan itu merupakan majlis parti bagi Kelab Umno dan bukan forum publik dianjurkan oleh Jabatan Pelajar Malaysia.

“Saya merasakan pelajar berkenaan tersilap dengar, bahasa (Malaysia) dia tidak baik,” katanya.

Pelajar itu mendakwa dia mendengar Rauf dan “seorang Exco Pemuda Umno” turut mempertahankan kenyataan rasis dibuat oleh bekas pembantu khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar.

Nasir telah melepaskan jawatan itu pada hari yang sama dia didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka awal bulan ini.

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

“Biar saya kata begini — ada forum yang sesuai untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan apa yang Nasir Safar kata tidak betul, bercakap mengenai itu di tempat awam,” katanya.

Rauf menambah Umno merupakan sebuah parti orang Melayu dan oleh itu menjadi amalan diterima baginya untuk bercakap mengenai “kepentingan orang Melayu”. -MI
Setiausaha kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh (gambar) dengan keras menafikan dakwaan seorang pelajar Malaysia bahawa beliau ada menggunakan kata-kata rasis pada majlis Kelab Umno di London beberapa hari lalu.

Rauf mengetuai delegasi ke London untuk menemui ahli-ahli parti dalam satu pertemuan tertutup awal minggu ini di mana seorang pelajar Malaysia, Ahmad Naim Mazlan mendakwa beliau memanggil bukan Melayu sebagai “bangsa asing” yang menginjak-injak orang Melayu di “Tanah Melayu”.

Dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider, pelajar jurusan kewangan dan perakaunan itu mendakwa ada mendengar Rauf sebagai berkata:“Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.”

Bagaimanapun Rauf menafikan membuat kenyataan sedemikian dengan menekankan ia merupakan sesi tertutup dan tiada pihak luar yang harus mendengar apa yang dibincangkan.

Ini adalah sesi tertutup… ia tidak benar kerana apa yang dikatakan ialah orang Melayu mesti kekalkan kuasa dalam usaha untuk memperoleh penghormatan daripada Cina dan kaum-kaum lain,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider dalam temu bual melalui telefon.

Kata beliau, pertemuan itu merupakan majlis parti bagi Kelab Umno dan bukan forum publik dianjurkan oleh Jabatan Pelajar Malaysia.

“Saya merasakan pelajar berkenaan tersilap dengar, bahasa (Malaysia) dia tidak baik,” katanya.

Pelajar itu mendakwa dia mendengar Rauf dan “seorang Exco Pemuda Umno” turut mempertahankan kenyataan rasis dibuat oleh bekas pembantu khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar.

Nasir telah melepaskan jawatan itu pada hari yang sama dia didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka awal bulan ini.

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

“Biar saya kata begini — ada forum yang sesuai untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan apa yang Nasir Safar kata tidak betul, bercakap mengenai itu di tempat awam,” katanya.

Rauf menambah Umno merupakan sebuah parti orang Melayu dan oleh itu menjadi amalan diterima baginya untuk bercakap mengenai “kepentingan orang Melayu”.

-malaysianinsider-

Cakap ikut punggung

Penarik Beca

Kena ada bencana besar, ada pergaduhan kaum dan perang barulah barulah rakyat Malaysia dianggap tidak gembira. Kalau baca berita Malay Mail hari ini bertajuk "Muhyiddin slams PERC report", itulah cakap ikut punggung yang kita baca.

Harga
barang naik (BN), kita orang gembira. Harga minyak dijangka naik, kita orang gembira. Peluang pendidikan dikudungkan, kita orang gembira. Lu lanyak rasuah sampai rakyat susah, kita orang gembira. Orang parti 'asabiyyah serang masjid, surau, gereja dan kuil, kami gembira.

Orang yang memberi kerjasama kepada SPRM dilaporkan telah dibunuh, kami gembira. Orang tuduh mahkamah negara kami macam sial, kami gembira. Kepala sindiket jenayah pakai uniform, kami gembira. Tauke yang dikayakan oleh ketuanan Melayu dan kenyang melantak subsidi untuk IPPnya perli peniaga baru bertatih yang mengharap subsidi, kami gembira. Hari-hari muka puaka keluar TV, kita orang gembira.


Rakyat miskin semuanya gembira kerana cakap ikut punggung kata tak ada bencana besar, pergaduhan kaum dan perang. Hidup 1Puaka, hidup perpaduang!

Berkaitan:
'It is time for brutal competition

NST (9/2/10): There should be "brutal" competition for Malaysia's business environment to thrive, a top industrialist said yesterday.

YTL Group managing director Tan Sri Francis Yeoh, after attending the 1Malaysia Economic Conference here yesterday, said the country could no longer have a "little brother" mentality where businesses are protected by the government.

"It has lulled us into an economic model that cannot be sustained," he said.

"Globally we are not as competitive. Today, at our door-step, we have India, China, Vietnam and Thailand. Even Indonesia and the Philippines are competing against us."

Yeoh added there shouldn't be any subsidies in the country at all, and that Malaysia has "been running on a subsidy mentality" for too long.

He said the government's "experiment" with raising the price of sugar "was interesting".

"I think it's been so successful that they want to raise the price of sugar a bit more," he quipped.

He added that "brutal" competition did not have to mean that those who can't compete will be sidelined.

The government, he said, had a role to play in making sure that didn't happen.

"There must be a social net where those who cannot brutally compete will be helped. But we must live today with market pricing mechanisms in everything. Water, electricity, sugar or whatever."

However, Yeoh was optimistic that the country is "moving in the right direction".

"The prime minister is very cognizant of what is going on in the world, of how competitive Malaysia has to be.

"It's good to have a PM with vision. He has guts. He has the courage to move."

He said the key performance indicator applied to ministers' performances was proof that the government was not just "macro-talking".

"In this aspect, I feel more confident that Malaysia is moving in the right direction.

"If you are doing research about the country, you must be truthful and accurate about your own productivity or your own lack of it and what is the way forward."

Yeoh said all that is left now is for the private sector to respond.

"The private sector has been cynical in the past and I think rightly so. But right now there are enough in this country believing in this journey."



Kapal selam: Lagi episod aib negara

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Feb:
Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata selain meyedihkan, ianya juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.

"Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah dalam usrusan pembelian kapal tersebut.

"Kita minta satu kertas putih dibentangkan di parlimen, kenapa sering berlaku perkara begini pada sistem pertahanan negara kita, terlalu banyak penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pembelian ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Semalam Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

Ekoran itu kapal selam terbabit dinasihatkan untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Kelmarin sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Pecat duta: Negara jual kemerdekaan diplomatik rakyat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Feb:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemecatan diplomat veteran Duta Mohd Arshad Manzoor Hussain menghantar isyarat kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia telah menjual kemerdekaan diplomatik rakyatnya.

Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, ini kerana pemecatan itu belum pernah lagi terjadi.

Katanya, penyingkiran Mohd Arshad kerana beliau mengundi bersama-sama Cuba dan Venezuela merupakan peristiwa yang cukup malang.

“Beliau telah melalui suatu kerjaya khidmat yang panjang dan terkenal dengan ketokohannya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Secara peribadi, tambahnya, Mohd Arshad mempertahankan tindakannya mengundi itu seiring dengan prinsip-prinsip yang diangkat dalam Gerakan Negara-negara Berkecuali, yang mana selama ini Malaysia merupakan anggotanya yang cukup bersungguh-sungguh sekali iltizamnya.

Justeru, katanya PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian kepada umum, sama ada Malaysia telah membuang prinsip negara berkecuali dan menyerahkan kedaulatan negara kepada kehendak serta keinginan kuasa besar dunia.

Zahrain keluar PKR

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.

Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.

Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"

"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.
-malaysiakini-

Kapal selam dah jadi bot?

Sofi Wahab
Laporan media menyebut kapal selam yang umurnya setahun jagung sudah tidak boleh menyelam kerana masalah teknikal. Tetapi jangan risau kalau kapal selam itu tidak boleh menyelam ia boleh jadi bot tidak perlu menyelam.

Ternyata satu lagi episod malang yang boleh ditertawakan orang luar. Bagaimana sebuah kapal selam yang didakwa canggih manggih, belum apa sudah mengalami masalah.

Hal ini bukannya dinyatakan oleh Pengerusi JKKK kampung tetapi diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Abdul Aziz mengakui bahawa kapal selam tersebut iaitu KD Tunku AbduL Rahman mengalami kerosakan teknikal di mana bahagian yang menyalurkan tekanan air kelur masuk bermasalah, ini menyebabkan ianya gagal dilancarkan di bawah permukaan air.

Ternyata sekali lagi sistem pertahanan negara kita dilihat longgar dan lemah. Macamana sebuah kapal selam yang baru dibeli sudah mengalami kerosakan. Masalah ini sudah tentu akan menyebabkan duit rakyat hangus sekali lagi kerana digunakan untuk membaiki kerosakan ini.

Kalau sebelum ini enjin jet hilang kita ditertawakan orang, kini kapal selam pula tidak boleh menyelam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini. 1Malaysia semuanya bermasalah.

Zahrain keluar PKR, bertindak MP Bebas

Adip Zalkapli
PETALING JAYA, Feb 12:
Setelah dua minggu menafikan akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim(gambar) hari ini mengumumkan pendiriannya meninggalkan parti itu dan akan berperanan sebagai wakil rakyat Bebas.

Ia diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu di sini pagi ini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR pertama berbuat demikian.

Sejak mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Zahrain telah beberapa kali menafikan akan keluar PKR.

Hari ini Zahrain memberitahu wartawan beliau mula meragui kepimpinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk tindakan-tindakan Lim yang menurutnya “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Selain beliau beberapa Ahli Parlimen yang lain dikatakan akan keluar menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Atas nama Allah, saya ingin umumkan peletakan jawatan saya dari PKR,” kata Zahrain sambil menambah akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Parlimen.

Zahrain merupakan pemimpin PKR yang telah dirujuk kepada lembaga disiplin akhir bulan lalu.

Selain Zahrain yang lain dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Datuk Zaid Ibrahim.
-malaysianinsider-

Kesahihan ketua Umno Tanah Merah dipertikai

Seorang bekas pemimpin Umno Tanah Merah mempertikaikan status jawatan ketua Umno dan timbalan ketua bahagian tersebut yang didakwanya tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut susulan cawangan mereka berstatus "dibubarkan sementara" oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 November 2007.

Bekas setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian berkenaan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan timbalannya, Baharuddin Yusof, yang masing-masing dari cawangan Pondok Lama dan Banggol, adalah dari cawangan terbabit.

Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut, cawangan berkenaan dilarang mengutip yuran dan ahlinya ini tidak boleh menjadi perwakilan atau menawarkan diri untuk bertanding.

Bagaimanapun Amran mendakwa kedua-dua pemimpin tersebut menawarkan diri untuk bertanding bagi kedua-dua jawatan dan menang dalam pemilihan parti itu pada tahun 2008.

"Untuk bertanding pada pemilihan tahun 2008, ia haruslah berdasarkan kepada yuran 2007. tetapi perkara ini (pembubaran sementara) tidak didedahkan.

"Jadi mereka dibenarkan bertanding pada 2008. Pada hal, status cawangan tersebut dibubarkan. Jadi mereka tidak ada kelayakan untuk bertanding. Mereka tidak ada kelayakan untuk menawarkan diri untuk bertanding," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Amran mendakwa perkara tersebut menyalahi peraturan ROS dan sekiranya tidak diselesaikan ia akan menimbulkan lagi berbagai masalah antaranya berhubung perlantikan penghulu.

Menurutnya, beliau telah membuat aduan tersebut kepada ibu pejabat parti dan badan perhubungan Umno negeri, berhubung perkara ini sejak 2008. Bagaimanapun, katanya tiada tindakan susulan daripada pihak yang berkenaan.

Ekoran itu, beliau membuat aduan polis pada 30 Januari lalu berhubung perkara itu selepas mendapat salinan surat dari ROS pada 25 Januari lalu.

Dalam aduan itu, Amran mendakwa kedua-dua cawangan tersebut telah menerima surat pembubaran sementara, bermula pada tarikh 15 November 2007 dan dibatalkan pendaftarannya berkuatkuasa 10 November 2009 oleh ROS.

Sementara itu, ketua Umno bahagian itu, Ikmal Hisyam Abdul Aziz berkata semasa pemilihan jawatan tersebut dua tahun lalu, ibu pejabat parti memberi kebenaran untuk mereka untuk bertanding.
"Masa itu, ibu pejabat Umno kata ahli di bahagian boleh bertanding dan cawangan masih lagi sah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sambil mengesahkan menerima surat pembatalan pendaftaran cawangan tersebut daripada ROS.

Menurutnya lagi, mengikut perlembagaan Umno, sekiranya sesuatu cawangan yang dibubarkan, seseorang ahli masih lagi boleh bertanding atau boleh memegang jawatan di dalam parti.

"Cawangan hanya dibatalkan oleh ROS. Keahliannya dalam Umno tidak tergugur," katanya sambil menambah seseorang itu boleh merayu atau mendaftar di cawangan yang lain.

Ikmal Hisyam berkata, beliau sudah membuat proses rayuan untuk menghidupkan semula cawangan termasuk cawangannya yang dibatalkan oleh ROS sejak memegang jawatan itu pada 13 Disember 2008.

Dalam pemilihan jawatan ketua bahagian tahun 2008, Ikmal Hisyam mendapat sokongan 92 daripada 108 cawangan di bahagian Tanah Merah.
-malaysiakini-

Pakatan dan UBN Perlu Ikhlas Untuk Tenangkan Perak

Mohd Sayuti Omar

SYARAT yang dikenakan oleh Pakatan Rakyat untuk berkerjasama dengan UBN Perak adalah sesuatu yang munasbah. Semestinya dalam kedudukan Pakatan dalamphobia kerana kerajaannya berusia setahun dicuri, mereka memerlukan syarat untuk bekerjasama. Pakatan perlu berwaspada sebelum menerima pelawaan atau membuat tawaran.

Saya rasaUBN yang menawarkannya. Kerana kalau Pakatan yang terhingin, tentulah syarat itu tidak dikenakan. UBN pula seharusnya tidak menolak apa lagi prejudis kononnya Pakatan ada agenda atas hasratnya itu. Permudahkan jalan untuk kerjasama demi politik Perak dan orang Melayu amnya. Selagi ada perasaan buruk sangka itu maka selama itu kebaikan tidak akan tercapai.

Perbalahan berlanjutan tidak ada gunanya. Perak memerlukan masa rehat. Main bola sepak juga ada masa rihat 15 dalam sebelum cukup tempoh 90 init. Dalam masa rihat inilah kedua pihak perlu mahasabah diri mencari kebaikan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Membawa permainan terlalu panjang meletihkan rakyat. Mana-mana rakyat yang tidak faham dan alergik dengan politik akan cemuh menyebabkan mereka akan berpaling tadah. Perubahan sokongan rakyat merugikan mana-mana pihak. Manakala sokongan rakyat pula bukan sesuatu yang kekal mereka akan membuat penilaian sokongan mereka mengikut perkembangan semasa.

Tiga syarat yang dikenakan oleh Pakatan seperti mana disebut Mohamad Nizar Jamaluddin ialah, antaranya, mahukan Sivakumar dilantik sebagai speaker yang sah, mahukan dana untuk wakil rakyat Pakatan dan minta kebenaran untuk menggunakan dewa serba guna. Tentunya bagi membolehkan kegiatan parti mereka dijalankan di permis itu.

Dua syarat itu adalah sangat ringan, cuma cadangan agar melantik Sivakumar sebagai speaker itu agak berat sedikit. Cadangan itu seolah Nizar sengaja mahukan UBN tolak cadangan perbaikan itu. Bagaimana pun kalau UBN dan Zambry Abdul Kader ikhlas ingin meredahkan pergolakan politik Perak beliau perlu menerima saja syarat berkenaan dan tidak melihat maksud di sebalik cadangan itu. UBN tidak perlu berifkir panjang dan melihat Pakatan ada agenda di sebalik desakan agar Sivakumar dilantik sebagai speaker. Tentulah Nizar dalam hal ini mahu menguji sejauh mana kesediaan di sebelah Zambry.

Dan sekiranya dengan perlantikan Sivakumar itu Pakatan mengkhinati atau cuba menimbulkan huruhara semula, UBN boleh gugurkan semula speaker berkenaan. Di sini apa yang penting Zambry harus memberi peluang untuk Pakatan menunjukkan kerjsama mereka.

Manakala syarat kedua itu, walaupun Nizar tidak memintanya, ia perlu dilaksanakan. Menjadi kewajiban kerajaan UBN yang melaungkan keadilan dan sikap telus memberi dana kepada kesemua wakil rakyat Perak tanpa mengira anutan ideologi. Perlu disedar wakil rakyat adalah pilihan rakyat manakala parti adalah pakaian atau simbol saja. Di mana-mana ceruk dan relung rakyat tidak boleh disisihkan.

Wang yang akan disalurkan bukan wang parti tetapi wang kerajaan. Bila wang kerajaan bermakna ia menjadi hak untuk semua wakil rakyat. Tetapi malang di negara ini sudah menjadi
perecedent bahawa mana-mana wakil rakyat pembangkang tidak akan diberikan peruntukan atau geran pembangunan. Sebenarnya amalan ini salah dan bertentangan dengan semangat federalisme, perlembagaan negara dan semanagta demokrasi.

Cuma sekiranya Zambry bersedia memenuhi syarat-syarat berkenaan termasuk melantik Sivakumar sebagai spekaer, Pakatan janganlah menjadikan speaker sebagai kuasa dalam DUN Perak. Sudah tentu kalau Sivakumar menjadi speaker ia akan dilihat sebagai spekaer Pakatan Rakyat. Peranan dan kuasa seorang speaker adalah besar dan luas dalam Dewan mengatasi kuasa MB dan ahli Yang Berhormat yang lain.

Bagaimana pun pada saya sukar untuk UBN memenuhi syarat yang satu ini. Pakatan pula perlu mengugurkan syarat itu kalau mereka ikhlas untuk membawa ketenangan kepada politik Perak. Adalah munasabah kalau Nizar Jamaluddin meminta untuk mengisi mana-mana jawatan kuasa atau agnesi kerajaan atau meminta kerusi Exco daripada mencadangkan agar Sivakumar dilantik menjadi speaker.

Seperkara lagi dalam mencari titik temu dan damai ini, inilah masanya untuk Nizar Jamaluddin menguji sejauh mana penerimaan para pemimpin DAP kepada mereka. Umum tahu sebelum ini banyak polisiyang digarapkan semasa beliau menjadi MB adalah demi memenuhi aspirasi perjuangan DAP. Maka kali ini untuk mencari damai, giliran Nizar pula untuk meminta DAP agar menyokong aspirasinya.

Nizar boleh uji sejauh manakah DAP jujur dengannya. Kenapa saya berkata begitu kerana perdamaian tidak akan berlaku kalau Pakatan menjadikan DAP sebagai ketua. Perdamaian akan berlaku bila mana Pakatan menerima Nizar Jamaluddin sebagai ketua dan patuh kepada pendekatan ataupun semangat yang bakal beliau tuangkan dalam kejasama dengan UBN itu. Sedar atau tidak sedar pertentangan politik di Perak hari ini bukan antara Pakatan dengan UBN tetapi antara pengundi Melayu dan pengundi Cina yang mewakil parti berkenaan.

Alangkah damainya kalau cadangan ini diterima oleh kedua-dua pihak. Kita akan melihat politik Perak yang kalut akan tenang. Seharusnya semua pihak berusaha untuk membawa Perak ke arah itu. Bagi Pakatan masa tenang ini bolehlah digunakan menyusun jentera parti seperti mana saran Anwar Ibrahim untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Pakatan tidak perlu kesal dan terlalu kecewa dengan apa berlaku. Yang berlaku biarlah jadi sejarah yang akan dikenang dan dijadikan teladan berguna. Sekiranya mereka yakin rakyat menyokong mereka, masa depan menanti mereka untuk menghukum UBN. Pilihan raya ke - 13 kelak adalah mahkamah sejati yang bakal menentukan apakah, UBN atau Pakatan atau mana-mana pihak lain yang dikatakan campur tangan dalam krisis politik Perak yang berhak. Pilihan itu juga juga akan menjadi tali gantung untuk menggantung mana-mana mereka yang curang dan khianat.

Saya yakin kalau Pakatan mengambil sikap terbuka dan profesional itu rakyat akan lebih simpati kepada mereka daripada mereka terus membuat onar dan menyusun strategi untuk menganggu pentadbiran Zambry.

http://msomelayu.blogspot.com/