"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Bekas Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Pengkalan Chepa menyertai AMANAH

Ustaz Hj Hashim Muhammad, Bekas Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Pengkalan Chepa menyertai AMANAH bersama sebilangan besar penduduk Kg Sabak. Majlis penyerahan borang diadakan di Majlis Dialog & Santai Pagi bersama YB Dato Hj Husam Musa. 

Foto Dato Haji Husam Musa.

Kerajaan Kelanran jangan layan orang Asli macam binatang

'Orang tauke balak' di penghalang jalan Jabatan Perhutanan Kelantan?
ARIF ATAN
Wanita Orang Asli antara yang berkumpul di sekatan jalan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan semalam.

Semalam masuk hari kedua Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan membuat halangan masuk di kawasan penempatan Orang Asli Pos Tohoi di Gua Musang.

Sekatan jalan tersebut di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi berdekatan kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Seorang aktivis memberitahu, sekatan atas alasan perlunya permit untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) itu turut disertai pihak syarikat pembalak yang hadir bersama kenderaan pacuan empat roda.

"Tengah hari tadi (semalam) budak-budak tauke balak (Datuk Roshaimi) ada datang dengan dua buah Hilux," ujarnya.

Datuk Roshaimi Razak adalah Penasihat Persatuan Pembalak Negeri Kelantan yang sebelum ini dilapor menggesa masyarakat Orang Asli di HSK Balah supaya tidak menghalang syarikat konsesi daripada mengeluarkan kayu balak di kawasan itu.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan Orang Asli di kawasan HSK Balah bahawa pihaknya melepaskan tembakan dan menggunakan kumpulan samseng untuk menakutkan masyarakat tersebut pada 28 September lalu.

Roshaimi yang dikenali sebagai Cikgu Ami dikatakan mewarisi legasi bisnes balak daripada ayahnya, Abdul Razak Abbas yang juga Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK).

Sumber aktivis anti-balak Kelantan memberitahu, Roshaimi memperoleh lesen membalak dalam banyak zon di HSK Balah tetapi menyerahkannya kepada 15 syarikat balak dimiliki orang Cina.

Penghalang jalan oleh Jabatan Perhutanan di Pos Tohoi didakwa turut disertai pihak syarikat pembalak.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Siti Kasim memberitahu pihak Jabatan Perhutanan Kelantan telah menaikkan papan amaran yang menyenaraikan 16 kesalahan memasuki HSK antaranya menduduki atau menjalani sebarang aktiviti tanpa kebenaran.

"Papan tanda baru didirikan yang berkesan menghentikan semua kelangsungan hidup Orang Asli di kawasan pedalaman," ujarnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.

Papan amaran yang dinaikkan sekaligus dilihat sebagai menafikan hak dan kewujudan Orang Asli di kawasan itu.

Semalam, lebih 100 Orang Asli terdiri daripada lelaki dan wanita berkumpul dekat halangan jalan dilakukan pihak Perhutanan itu.

Mereka yang diketuai Azmi Badol bersoal jawab dengan dua pegawai Perhutanan yang beruniform perang dengan salah seorangnya bertopi, bercermin mata coklat dan sedang merokok.

"Dulu kenapa tidak dimaklumkan orang luar tidak boleh masuk? Kami jemput dia (Siti) sebab dia peguam kami," ujar Azmi yang merupakan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).

Haji Hadi kena bodohkan oleh Mat Sabu?

Tiada kena mengena Bersih 5 dikaitkan Arab Spring , kata Mat Sabu
MALAYSIA DATELINE
Presiden Amanah Mohamad Sabu membidas kenyataan  Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh himpunan Bersih 5  pada November,  bakal menyebabkan kemusnahan dan pertumpahan darah seperti 'Arab Spring' yang berlaku di negara timur tengah.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata tindakan mengaitkan Bersih dengan Arab Spring adalah sesuatu yang bodoh dan bersifat kepura-puraan kerana Bersih telah bermula seawal 2007 iaitu sebelum Arab Spring.

"Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011. Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan Bersih meniru atau lanjutan daripada Arab Spring.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain.

"Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 ini," katanya.

Hadi sebelum ini berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.

Ianya sekaligus menjelaskan pendirian tegas Pas yang tidak akan menyertai himpunan kali ini walaupun bersama-sama selaku penganjur pada himpunan Bersih yang pertama hingga ketiga.

Mohamad yang juga ketua mobilisasi untuk himpunan sebelum ini berkata, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain," kata Mohamad seperti dilaporkan.

TV3/4 boleh bungkus juga seperti Utusang kalau macam ini. HA ha ha

Mahkamah arah TV3 bayar RM180,000 kepada Nizar
BORHAN AHMAD
TV3 diperintahkan membayar RM180,000 kepada TV3 oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan menetapkan stesen TV itu perlu membayar RM180,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam hanya membenarkan jumlah ganti rugi yang ditetapkan timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.

Jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am dan menolak tuntutan ganti rugi teladan dan teruk, lapor Malaysiakini.

TV3 sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 berikutan penyiaran laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Yeoh memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk mengurangkan kuantum kepada RM30,000 selepas kes TV3 menjalani perbicaraan penuh.

Beliau membandingkan ini dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 yang Utusan Malaysia diarahkan membayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelesaian di luar mahkamah, dalam satu kes fitnah lain.

TV3 diwakili oleh peguam Lim Qi Si manakala Nizar diwakili oleh Mohd Fitri Asmuni.

Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah mendakwa stesen televisyen itu telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi siaran berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012 berhubung tweetnya.

Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 menolak saman fitnah Nizar dan beliau kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya pada 25 Februari 2014 dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.

Pada 14 Julai lalu, Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memerintahkan TV3 menbayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohammad Nizar

Dr Yusuf Al-Qaradhawi sanggah Haji Hadi dan Ketua Dewan Ulama PAS (video)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi: Tidak ada gunanya taqrib Sunni-Syiah kecuali kembali kepada sunnah

Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan bahwa tidak ada gunanya melakukan taqrib Sunni-Syiah kecuali kembali kepada sunnah.

Dalam diskusi yang diadakan murid-muridnya dia menyebutkan bahawa seluruh hidupnya telah digunakan untuk menyeru pendekatan antara Syiah dan Sunni. Harapannya, segala perbezaan dan perselisihan terkikis antara umat Islam.

“Namun tidak ada gunanya melakukan taqrib kecuali kembali kepada Sunnah,” terangnya seperti dimuat Al-Wasath.

Menurut ulama Mesir yang tinggal di Qatar ini, tidak ada gunanya mendekatkan antara mazhab-mazhab Islam dan Syiah. Perbezaan keduanya bukan terjadi di cabang namun di usul agama.

“Tidak ada gunanya mendekatkan antara mazhab Islam dan Syiah,” ungkapnya. – news.fimadani.com

www.indahnyaislam.my

-------------------------

Sempena Asyura, Hadi seru penyatuan Sunni-Syiah
FMT Reporters

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam bermazhab Sunni dan Syiah di seluruh dunia kembali bersatu dengan mencontohi hubungan erat ulama kedua-dua mazhab itu suatu ketika dulu.
Hadi yang juga naib presiden Persatuan Ulama Sedunia berkata ulama terkemuka Sunni dan Syiah zaman dulu bersatu menentang pemerintahan zalim pada zaman masing-masing.

“Imam Abu Hanifah di penjara bersama Imam Jaafar al-Sadiq. Imam Syafie pula diheret bersama Imam Ziad kerana menentang kezaliman khalifah pada zaman mereka. Ini menunjukkan betapa Sunni dan Syiah boleh bersatu.

“Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, pihak berkuasa agama baru-baru ini membuat 2 tangkapan terhadap penganut mazhab Syiah yang mengadakan sambutan sempena memperingati kematian Husain pada Hari Asyura.

Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menahan 2 lelaki warga tempatan ketika sedang membuat persiapan menyambut hari Asyura 2 hari lalu, manakala Majlis Agama Islam Selangor menyerbu majlis sambutan yang diadakan 50 penganut Syiah warga Pakistan semalam.

Hadi berkata beliau kecewa kerana keadaan jauh berubah dengan zaman sebelum ini apabila golongan Sunni dan Syiah kini saling bermusuhan dan lebih malang ia seperti disokong agamawan kedua-dua pihak.

“Dikeluarkan fatwa daripada kalangan ulama di negara masing-masing, hujahnya ialah mazhab Sunni yang wajib melawan Syiah dan di pihak Syiah pula wajib melawan Sunni.

“Barangkali, zaman kini sudah berubah, kiblat sembahyangnya lain dan kiblat politik dan ekonominya lain pula,” katanya sambil membayangkan pengaruh luar yang turut menjadi faktor perpecahan mazhab itu.

Beliau secara khusus menyebut Iran, negara majoriti Syiah yang mula dianggap musuh sebaik selepas Revolusi 1979 diketuai Imam Khomeini menumbangkan pemerintahan Shah Iran.

“Selepas revolusi, Iran dianggap musuh yang sesat bahkan ada menamakannya Majusi selepas memutuskan hubungan dengan Israel. Rakyat Iran diharamkan menunaikan haji di Mekah, hanya layak menyertai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan tilawah Al-Quran saja,” katanya.

Walaupun tidak menyebut mana-mana nama, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh yang dilaporkan melabel Iran sebagai “anak Majusi”, ekoran kritikan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mendakwa negara itu gagal menjamin keselamatan jemaah haji.

Buat kali pertama untuk tempoh 3 dekad, warga Iran tidak dapat menyertai musim haji tahun ini selepas kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat dalam hal keselamatan dan logistik.

----------------------

Syiah sebahagian Islam, kata Ulama PAS
Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad hari ini berkata umat Islam beraliran Syiah merupakan sebahagian daripada Islam, susulan seruan presiden partinya supaya pengikut Sunni dan Syiah bersatu mengatasi perbalahan mereka.

“Memang banyak pandangan Syiah itu berbeza dan tidak semua perbuatan mereka itu terkeluar daripada Islam,” kata Mahfodz kepada FMT.

“Pandangan peribadi saya, dengan apa yang saya belajar di Universiti Al-Azhar dahulu, Syiah termasuk dalam Islam. Walaupun ada mazhab Syiah yang nampak lain, tetapi tak boleh nak kata mereka sesat dan sebagainya,” kata Mahfodz.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam, di sebalik pendirian rasmi agamawan Malaysia yang menganggap mazhab kedua terbesar Islam itu “sesat”.

“Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.

Pandangan sedemikian berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan.

Baru-baru ini, pihak berkuasa agama di Selangor dan Melaka dilaporkan menangkap pengikut aliran Syiah yang menyambut Hari Asyura, yang memperingati peristiwa pembunuhan Husain, tokoh yang menjadi tunggak aliran Syiah itu.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa pengikut Sunni dan Syiah kini amat bermusuhan, dan menyeru umat Islam kedua-dua mazhab itu bersatu menentang kezaliman.

“Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata keperluan untuk bersatu mengatasi perbezaan fahaman dan amalan.

“Musuh yang mencemburui Islam sentiasa mengapi-apikan antara sesama orang Islam, lalu sesuatu perbezaan faham fiqh dan akidah dibesarkan menjadi pertembungan,” katanya.

Mahfodz bagaimanapun berkata, walaupun Syiah sebahagian Islam, ia tidak bermakna PAS membenarkan Syiah disebarkan di Malaysia.

“Orang Syiah di Malaysia tak boleh sebarkan fahaman Syiah tetapi sebagai amalan peribadi tidak ada masalah. Ini kerana kerajaan dan ulama di Malaysia sepakat untuk amalkan aliran Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Shafi’i,” katanya.

Dr M: Tukang masak saya pun Najib nak tukar

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk melemahkan semangat beliau.

Mahathir mendakwa, untuk itu, Najib terus melakukan pelbagai tindakan, termasuk melibatkan pihak sekelilingnya.

“Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga.

“Bukan sahaja escort (pengiring) motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.

Selain itu beliau turut mendakwa disekat daripada berhubung dengan kakitangan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton).

Katanya, orang-orang Proton juga tidak dibenarkan bercakap dengan beliau peniaga di kalangan kenalanya tidak dibenarkan pengadakan 'business' dengan Proton.

"Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.

"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.

"Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu.

Tambah beliau, ramai rakyat yang takut didera oleh kerajaan Najib.

"Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan kerajaan kuku besi Najib.

"Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan Kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang PM yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.

"Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib," katanya.

------------

'Najib terdesak, ugut dan tindas ahli BERSATU'
Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ada yang menyatakan mereka menerima ugutan dari parti Umno dan kerajaan Najib.

Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari Umno, atau lucut jawatan dalam kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.

Tetapi mereka masih sanggup didera seperti ini kerana kepercayaan bahawa akhirnya, dengan penyertaan mereka dalam BERSATU dan mengundi baginya dalam PRU14, nikmat berkali ganda akan diperolehi oleh negara dan diri mereka juga.

Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai BERSATU. Dan mereka berusaha mendapat bumiputra lain termasuk ahli Umno supaya menyertai BERSATU.

Perjuangan bagi mereka bermakna kesanggupan mengatasi sebarang rintangan. Perjuangan tidak bermakna jika jalan ke arah matlamat terbuka luas dan ditabur dengan bunga mawar sepanjangnya.

Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga.

Bukan sahaja escort motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar.

Kena cukai tambahan

Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan.

Orang-orang Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.

Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.

Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.

Sesungguhnya ramai juga orang Malaysia yang takut didera oleh kerajaan Najib. Itulah demokrasi Najib.

Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan kerajaan kuku besi Najib. Mereka tidak takut.

Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang PM yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.

Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib.

Tanpa restui Agong

Undang-undang ini yang tidak direstui oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi kuasa kepada Najib mengisytihar kawasan sekuriti dan dengan itu sesiapa sahaja boleh di masuk dalam tahanan tanpa dibicara.

Ini lebih buruk dari ISA.

Jika sesiapa terbunuh atau dibunuh, sama ada anggota keselamatan atau orang awam, tidak ada inquest (pemeriksaan oleh majistret berkenaan sebab-sebab kematian) yang akan diadakan. Dan keluarga simati tidak boleh bawa kes ke mahkamah untuk mendapat keadilan.

Sebenarnya undang-undang seperti ini tidak boleh disahkan tanpa tandatangan Yang di-Pertuan Agong. Tetapi Najib tidak peduli kepada undang-undang atau aturan-peraturan.

Ia PM dan ia percaya sebarang pencabulan undang-undang olehnya tidak boleh didakwa di mahkamah. Pendakwarayanya jinak akan halang.

Semua ini menjadi tanda bahawa demokrasi sudah tidak ada lagi di Malaysia. Yang ada hanyalah pemerintahan kuku besi, pemerintahan diktator.

Rakyat akan membantah penghapusan demokrasi di negara tercinta ini melalui proses yang halal. InsyaAllah ketegasan rakyat akan akhirnya menamat salah laku Najib.
-malaysiakini

MP Umno ini taja parti Cina untuk lawan DAP kerana mahu buat kasino di Pulau Pinang

MALAYSIA DATELINE

Zahidi bersama ahli jawatankuasa penaja PFP.
Sebuah parti Cina baru sedang memasang angan-angan untuk mengalahkan DAP dan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang dan turut merancang untuk menjadikan negeri itu seperti Macau dengan membina pusat judi kasino.

Lebih menarik lagi, parti Cina ini ditaja pemimpin Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, lapor Roketkini.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa pusat kasino adalah berlawanan dengan dasar kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah mengambil dasar untuk mengekalkan aktiviti perjudian yang sedia ada dan tidak memperluaskan kegiatan judi baru di Pulau Pinang.

“Itulah sebabnya apabila Menteri Kewangan meluluskan lesen judi bola pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menolak dan mengharamkannya.

“Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, DAP dan saya sering difitnah sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” ujar Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP justeru mendesak Umno supaya meminta maaf atas perbuatan Zahidi, apatah lagi kerana Umno sendiri menganggap partinya sebagai pembela agama.

“Mereka bukan sahaja harus meminta maaf dan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen mereka, tetapi harus dengan serta-merta membubar parti Cina baru tajaan pemimpin Umno ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” tegas beliau.

Rakyat Pulau Pinang katanya, mempunyai pilihan jelas antara Pakatan Harapan yang menolak pembinaan kasino judi ataupun BN khususnya Umno yang bersedia menaja parti Cina baru untuk membina kasino.

Penang Front Party (PFP) yang didaftarkan pada 9 September lalu mendakwa telah mendapat sokongan lebih 100 NGO Cina. Namun parti tersebut belum mendedahkan senarai sokongan tersebut sehingga sekarang.

Agong Baharu Ditentukan Hari Ini 14 Oktober

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan Jumaat ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim akan berakhir 12 Disember ini.

Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

Erdogan bunuh diri kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain

Lelaki kecewa bunuh diri secara 'live' di FB
Salinan paparan perkongsian yang viral di Facebook
OSMANIYE - TURKI. Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri menggunakan servis siaran langsung Facebook (Facebook Live), 10 Oktober lepas.

Menurut laporan Mirror, Erdogan Ceren, 22, sebelum ini kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dalam rakaman yang viral, Erdogan memulakan siaran dengan membacakan puisi yang ditujukan khas kepada teman wanitanya.

"Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang," kata Erdogan sejurus selesai membaca puisi.

Senjata yang digunakan Erdogan bagaimanapun gagal berfunsi, memaksanya memeriksa senjata berkenaan semula.

Percubaan seterusnya merakamkan bunyi tembakan dan Erdogan terjatuh, sebelum siaran langsung tamat.

Laporan media tempatan mengadakan ahli keluarga yang mendengar bunyi tembakan berkenaan menghantarnya ke hospital.

Mangsa diisytiharkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
-sinarharian

Mimpi ngeri Najib bermula

KHABAR MENAKUTKAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN
Shahbudin Husin 
Jeng...jeng...jeng...
Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland akhirnya memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

OAG memaklumkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam siasatan 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan yang diambil Finma ke atas Falcon.

Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland semalam mendedahkan sebanyak RM15,200 juta dana berkaitan 1MDB, termasuk RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, telah disalurkan melalui Falcon.

Berikutan kesalahan itu, Finma mengarahkan Falcon menyerahkan sejumlah RM10.55 juta yang disifatkan sebagai keuntungan haram kepada agensi kawal selia itu yang peranan hampir sama seperti Bank Negara di negara kita.

Di Singapura, Falcon turut diarahkan tutup kerana kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram.

Apa yang harus dipuji ialah OAG yang begitu pantas dalam berindak. Hanya sehari selepas mengumumkan kemungkinan ke arah itu, OAG semalam memutuskan prosiding jenayah ke atas Falcon akan dimulakan.

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, tentunya ini merupakan khabar menakutkan yang semakin hampir menjadi kenyataan, terutamanya tentang kebenaran berkaitan wang RM2,600 juta yang diterima oleh Najib.

Peguam Negara kita?

Hahaha...awal-awal sudah mengatakan tiada kesalahan, sedangkan di negara-negara lain, ia seperti baru hendak dimulakan. (SH 13/10/2016).

Memang teruk dah kerajaan Kelantan ni memang patut tukar dah (video)

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk
12 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Masyarakat Orang Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.

Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.

Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.

Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Kelantan bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.
Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak.
Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

-------------------

Siti Kasim dakwa Kelantan sekat jalan masuk kampung Orang Asli
FMT Reporters | October 12, 2016

siti kasimPETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim hari ini mendakwa Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah menutup laluan ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Dalam posting di Facebooknya jam 8 malam tadi, Siti berkata beliau dihalang dalam satu sekatan di kawasan itu hari ini.

“Mereka halang semua orang kecuali Orang Asli,” katanya.

Siti berkata ini bermakna tidak ada sesiapa boleh menghantar bantuan makanan ke kampung itu dan Orang Asli juga dihalang hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman.

Katanya, beliau akan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan masuk bertemu anak guamnya dan dihalang menghantar bekalan kepada Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli di situ marah kerana aktiviti pembalakan dijalankan di hutan itu. Sekatan jalan yang mereka letakkan sebelum itu menghalang pembalak masuk, dipecahkan.

----------------------

Expedisi Balak Kelantan: Ada muslihat lulus tebang hutan kurang 500 hektar
12 Oktober 2016 | Oleh ARIF ATAN foto WAN ZAHARI SALLEH
Longgokkan balak yang ditebang secara ‘cuci mangkuk’ ditemui dalam Expedisi Balak Kelantan.

Tindakan kerajaan negeri Kelantan meluluskan aktiviti pembalakan kurang daripada 500 hektar bagi sesebuah kawasan hutan simpan disifatkan sebagai muslihat untuk mengelak daripada menyediakan laporan terperinci Penilaian Alam Sekitar (DEIA).

Pengerusi Penaja NGO Royalti (R) Malaysia, Hishamuddin Ghazali berkata demikian ketika mengulas isu pembalakan melampau di pedalaman Gua Musang yang mengancam sumber air dan hutan di lebih 20 kampung dekat pos Orang Asli di kawasan berkenaan.

Menurutnya, taktik kelulusan itu menyumbang kepada kemusnahan hutan dalam skala yang besar sekaligus menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli ketika kerajaan negeri berkempen ‘Anok Kelate Saye Hute’ (Anak Kelantan sayang hutan).

“Saya lihat banyak hutan simpan diluluskan oleh kerajaan negeri kepada pembalak. Mereka ‘pandai’. Luluskan bawah 500 hektar supaya tidak perlukan laporan DEIA. Tidak hairanlah kerajaan negeri luluskan sehingga 400 hektar sahaja supaya menepati syarat jangan lebih 500 (hektar).

“Ini tidak betul. Tutup kelemahan pengurusan ekonomi negeri tapi kaut banyak keuntungan dengan meluluskan kawasan hutan simpan seluas-lusanya kepada syarikat-syarikat pembalak tanpa mengambil kira kesan buruk pada masa akan datang.

“Bahasa mudahnya menipu. Banyak lesen yang diluluskan itu pula tanpa pengawasan ketat daripada Jabatan Perhutanan sehingga ada yang hanya dua hingga tiga rantai dari gigi air seperti berlaku di Gua Cha dan Pos Gob,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Hishamudin Ghazali, ketua Expedisi Balak Kelantan bercakap dengan Orang Asli.

Sehubungan itu, beliau yang dikenali sebagai Sham Ghaz menyeru supaya kerajaan negeri mendengar tuntutan masyarakat Orang Asli supaya menghentikan selama-lamanya kegiatan pembalakan tidak terkawal tersebut.

“Pembalakan masih berlaku di rizab sungai. Kerajaan negeri kena buka mata, pantau operasi syarikat pembalak ini,” tegasnya lagi selepas program dua hari menjelajah lokasi pembalakan di Gua Musang bermula 10 Oktober lalu.

Tinjauan dalam program anjuran R itu mendapat beberapa penempatan pekerja balak yang dipanggil ‘kongsi’ telah ditinggalkan kosong.

Antaranya berdekatan Pos Gob, kongsi di Hutan Simpan Kekal Balah itu dianggarkan boleh memuatkan tidak kurang daripada 50 pekerja balak berdasarkan pelantar untuk tempat tidur yang ditinggalkan.

Notis di kongsi itu pula memaklumkan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd sebagai pelesen dengan seluas 239 hektar hutan terbabit diserah kepada kontraktor Souncern Timber Sdn Bhd.
Kompleks Perkayuan Kelantan dilihat banyak memberi lesen membalak kurang daripada 500 hektar bagi mengelak laporan DEIA.
Satu lagi kongsi yang ditinggalkan adalah berhampiran Pos Bering walaupun salah satu papan tanda di situ memaklumkan tempoh kuatkuasa lesen membalak daripada 28 Jun sehingga 27 Disember tahun ini.

Kebanyakan kongsi berkenaan ditinggalkan ekoran tuntutan masyarakat Orang Asli membuat penghalang jalan di simpang Petei bagi menyekat kemasukan lori balak sejak akhir September lalu.

Program anjuran bersama Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka Malaysia), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Impian Kelantan dan Belantara Rimba 4x4 Oren turut disertai beberapa media lain.

-----------------

Membalak di rizab sungai, musnahkan kubur Orang Asli
ARIF ATAN

Sekumpulan Orang Asli dari Pos Gob menunjukkan tapak kubur Adik A/L Tengah di Kawasan Rondong yang musnah akibat kerja membalak.
Kerakusan syarikat pembalak di hulu Kelantan terbukti apabila berlakunya penebangan yang melanggar sempadan ditetapkan Jabatan Perhutanan sehingga menghapuskan kawasan perkuburan Orang Asli.

Tinjauan Malaysia Dateline semalam bersama-sama R Kelantan dan beberapa NGO alam sekitar mendapati aktiviti pembalakan berhampiran Sungai Jawai dilihat berlaku secara tidak terkawal apabila menceroboh rizab sungai tersebut.

Sisa-sisa kayu balak sehingga berdiameter satu meter dapat dilihat jelas di kawasan Rondong itu yang turut memuatkan kubur Adik A/L Tengah dari Pos Gob.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yang turut serta dalam siasatan itu menyifatkan kerja-kerja membalak berjarak kurang 50 meter dari sungai itu jelas melanggar syarat dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.

Presidennya, Hafizzuddin Nasarudin berkata, aktiviti pembalakan tidak lestari yang menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan seperti berlaku di Gua Musang itu mencemarkan kualiti sungai yang juga menjadi sumber air bagi Orang Asli.

Presiden KUASA, Hafizzuddin Nasarudin bersama seorang penduduk Orang Asli menunjukkan kerja-kerja membalak yang menceroboh rizab Sungai Jawai.
“Kita boleh lihat di sini zon penampan dilanggar. Ini bukti wujudnya kelemahan pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan negeri walaupun dasar berkaitan sudah sedia termaktub.

“Kesannya bukan sahaja kena pada Orang Asli bahkan sampai kepada penduduk di Kota Bharu apabila bekalan air diperoleh tidak bersih. Sebab itu isu ‘air teh tarik’ atau air keruh di Kelantan satu masalah besar yang tidak pernah selesai.

“Saya rasa inilah punca utama. Kami dari kumpulan NGO tidak menolak pembangunan tetapi biarlah berjalan secara lestari yang maksudnya melakukan pembalakan terpilih bukannya pembalakan ‘cuci mangkuk’ atau tebang habis,” tegasnya lagi kepada Malaysia Dateline.

Pelik tapi bebar: Pusat judi haram sebelah pejabat Majlis Agama Islam

Malaysian Crime Watch



Premis ini merupakan sebuah pusat judi yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu dibelakang Petronas Bahau, Negeri Sembilan. Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari "tanpa pengetahuan" PDRM IPD Jempol.

Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Daerah Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?

Yang menyedihkan PDRM Jempol langsung tidak ambil peduli tentang kewujudan sebuah premis judi bersebelahan premis Majlis Agama Islam. Ini menunjukkan bahawa PDRM Jempol langsung tidak memikirkan sensitiviti agama dan apakah kerja risikan yang dibuat oleh JSJ Jempol dan D7 IPK Negeri Sembilan?

Adakah tauke premis judi ini yang bernama Sunny iaitu Raja Judi Mesin Negeri Sembilan begitu berani membuka pusat judi di sini kerana ada "tangan ghaib" yang menjaga mereka dari sebarang tindakan undang-undang? Justeru tidak hairanlah premis ini mampu beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah “dijentik” oleh pihak berkuasa khususnya PDRM Jempol.

Baru-baru ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat dengan lantang menegaskan akan menghalau keluar mana-mana Ketua Polis yang gagal mengambil tindakan terhadap pusat judi yang menjalankan operasi di dalam kawasan mereka. MyWatch menggesa Tok Mat mengenakan tindakan tegas terhadap "tangan ghaib" yang melindungi premis perjudian ini. MyWatch akan menganjurkan satu protes secara aman dihadapan SUK Negeri Sembilan dalam masa terdekat jika premis-premis ini masih beroperasi tanpa sebarang tindakan pihak PDRM IPD Jempol.

"Fight Injustice Everywhere"
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Pengerusi MyWatch

Wan Azizah Tahu Latheffa Koya & Surendran Duduk Serumah?

Tranungkite
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa mengetahui dua peguam PKR, Latheffa Koya dan N Surendran duduk serumah tanpa kahwin, dedah blog Captain M.

Walau bagaimanapun dakwa blog itu, Wan Azizah sengaja mendiamkan diri untuk menjaga reputasi parti memandangkan kedua-dua individu itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Surendran juga merupakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai dan Ahli Biro Politik parti itu.

“Selepas siri pendedahan entri FB CheguBad dan page Jeneral M baru-baru ini sumber rapat Presiden PKR Wan Azizah mengesahkan dan telah maklum lebih awal berhubung skandal khalwat Latheefa Koya dan Surendran (bekas) Naib Presiden PKR itu.

“Sumber itu melaporkan satu laporan penyiasatan telah dihantar kepada Presiden Parti di rumahnya lengkap dengan bukti visual kes skandal Latheefa itu. Sebagai peguam Muslim dan Biro PKR perbuatan itu sangat tidak bermoral.

“Wan Azizah Presiden Parti sedia maklum dan membiarkan siasatan sepenuhnya dilakukan. Walau bagaimanapun Wan Azizah memohon salah laku pemimpin PKR ini tidak didedahkan agar tidak menjejaskan imej parti,”dedah blog itu.
Latheefa Koya dan Surendran juga merupakan peguam Anwar yang sering bersama-sama dalam firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

Pada 29 Sept lalu, AIDCNews bertanyakan siapakah Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR yang tanpa berkahwin itu.

Pertanyaan itu dibuat berdasarkan pendedahan ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin atau Chegubard yang mendakwa telah menerima bukti ‘pasangan’ tersebut.

“Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.


Walaupun Chegubard enggan mendedahkan identiti mereka, namun blog Captain M menamakan pasangan itu ialah Latheffa Koya dan N Surendran.


“Sehingga ke hari ini Latheefa Koya dan (bekas) Naib Presiden PKR itu masih berdiam diri. Tiada respon balas dan laporan polis dilakukan untuk menafikan skandal ini.

“Jika kes ini tidak benar sudah tentu Latheefa Koya bertindak melaporkan kepada pihak polis dan melakukan saman sivil kepada pihak yang memfitnahnya.

“Wan Azizah Presiden PKR yang sedia maklum kes ini juga dicabar mendedahkan laporan salah laku Latheefa.

“Sikap hipokrit pemimpin pembangkang seperti PKR bukanlah baharu. Sebelum ini Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong (terdedah gambar bogel) turut bersekedudukan dengan pembantunya berbangsa Melayu iaitu Hilmi Malek,” dakwa blog itu lagi

Sumber : AIDCNews