"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Guru gadai nyawa demi murid (Gambar)

Guru
Beijing: Seorang guru koma selepas sempat menyelamatkan anak muridnya daripada dirempuh motosikal yang dibawa laju di depan sekolah mereka.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kejadian jam 1.05 petang (waktu tempatan) pada 16 Disember lalu itu dengan guru berkenaan, Xu Meirong, 50, dilihat bersama empat muridnya melintas jalan di depan sekolah mereka di Huanggang, tengah China.

Jalan itu tiada lampu isyarat, dan apabila mereka tiba di tengah jalan kelima-limanya kelihatan terpaku seolah-olah terkejut melihat sesuatu yang datang dari arah kanan mereka.

Dua murid berkenaan terus berlari semula ke kaki lima, manakala dua lagi tidak bergerak kerana terkejut.

Tiba-tiba sebuah motosikal dilihat meluru ke arah mereka. Xu pantas menolak seorang muridnya sambil memberi isyarat supaya motosikal itu berhenti, tetapi penunggangnya tidak mengendahkannya dan terus merempuhnya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, Xu cedera teruk di kepala, tetapi kini dilaporkan stabil.

Penunggang motosikal terbabit dikenal pasti bernama Liu, 24, didakwa mabuk ketika kejadian.
-kualalumpurpost-

‘Ibu syaitan’ bantu kekasih rogol anak sendiri

Wanita durjana ini layak diberikan gelaran `ibu syaitan’. Kesalahan yang dilakukannya ialah membantu kekasihnya merogol anak perempuannya sendiri yang berusia 12 tahun.

Jeannie Mae Carpenter mengaku salah atas perbuatan berkenaan dan dihukum penjara seumur hidup.

Dia bagaimanapun layak mendapat parol selepas 20 tahun penjara dan akan didaftarkan sebagai pesalah seks setiap 90 hari, untuk seumur hidupnya.

Teman lelakinya juga dihukum penjara seumur hidup. Carpenter dilaporkan memegang anaknya ketika lelaki buas itu merogol kanak-kanak berkenaan.

Namun tidak diketahui berapa kali anaknya dirogol atau mengalami penderaan seks.

Menurut pendakwaraya, Dan Dry, kanak-kanak berkenaan memberitahu saudara maranya bahawa kekasih ibunya itu telah merogolnya selama dua minggu.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Fregiato menyifatkan kes berkenaan sebagai bertentangan dengan norma manusia.

“Jika kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak lagi boleh mempercayai ibunya untuk menyayangi dan melindunginya, siapa lagi di dunia ini yang boleh dipercayainya.

“Dia tentunya sama sekali tidak menyangka bahawa ibunya akan membantu kes rogol itu berlaku,’’ kata Fregiato ketika menyelar wanita itu.
-kualalumpurpost-

KIsah pilu penoreh getah: Bukan mahu meraih simpati (Menteri dan pemimpin Umno wajib baca)

 Bukan mahu meraih simpati
Zurina menidurkan anaknya sebelum menoreh getah.
BEGINILAH rutinku dan suami setiap hari. Seusai solat subuh, tatkala jalan masih gelap, tanggungjawab demi masa depan anak perlu dilunaskan.

Aku mahu dia pandai supaya kepayahan kami alami sekarang tidak berpanjangan.

Sebaik anak sulung melangkah kaki ke sekolah, aku dan suami serta anak bongsu bergegas ke kebun getah.

Walaupun kami bukan tuannya, tetapi pokok inilah yang menyara hidup kami empat beranak.

Ku cari dahan yang selalu ku gantung buai anakku. Aku tiada pilihan. Jikaku mampu anak ini pasti tidak perlu berada di sini. Dia boleh saja berada di rumah pengasuh.

Tapi apakan daya. Pendapatanku dan suami hanya RM40 sebulan. Aku dan suami mengambil upah menoreh pokok orang lain. Mana mampu nak gajikan pengasuh.

Jika disoal kepada sampai bila anak kecil ini perlu 'diasuh' di dalam kebun getah, ku tiada jawapannya.

Jika kesudahan nasibku tiada nokhtah aku reda, mungkin ini takdir dari yang maha Esa.

Selalunya, sebelum menoreh getah yang menyara hidup kami anak beranak, Aku akan menyuap anak kecil berusia dua tahun ini dengan nasi lemak yang dibeli suami.

Bila kekenyangan, baru ditidurkan di dalam buaian yang diikat suami di pohon getah.

Tangan yang menghayun buaian ini ku iringi selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan dengan berkat selawat ke atas Baginda, anakku tidak lupa kami bila dia berjaya kelak.

Bila memandang wajahnya, hati tiba-tiba sayu, ku terkenang beberapa pengalaman yang pernah menimpanya.

Beberapa ekor beruk buas pernah mengganggunya, mujur ku sempat melempar sesuatu kepada haiwan itu dari bertindak di luar jangkaan.

Kakaknya pula biasa disengat kala jengking di kebun ini, ketika itu hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu. Alhamdulillah, dia selamat dari bahaya selepas dirawat di klinik kerajaan.

Jika cuti sekolah setiap minggu, mahu atau tidak, anak sulung turut dibawa ke kebun getah ini seharian.

Lamunan terhadap kenangan lalu terhenti, sehelai daun pokok getah yang melayang jatuh di hadapan wajahku buatkan ku tersedar.

Pokok getah, bisik hati kecil hatiku, harap-harap hari ini susu dapat keluar banyak.

Selepas anak bongsu ini lelap, ku capai pisau di dalam raga motosikal, perlahan-lahan meninggalkan anak kecil yang lena di dalam buaian.

Aku dekati suami yang selesai menoreh 15 batang pokok, dia menunjukkan isyarat tangan kepada ku ke arah pokok yang belum ditoreh.

Dengan kudrat yang ada, aku turuti arahan suami, kami bersama-sama menoreh di dalam kedinginan Subuh.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menoreh, pekerjaan ini seboleh-bolehnya ingin dijauhi, tiada yang sanggup bermain dengan bau busuk dan lekit getah kecuali mereka yang hidupnya memang dihimpit kesusahan.

Namun, aku bersyukur, sehingga hari ini, setidak-tidaknya kami anak beranak tidak perlu mengemis di tepian jalan seperti insan senasib kami.

Dengan hasil susu getah ini, suami akan bahagiakan kami anak beranak.

Biarpun selama hidup bersamanya jariku ini tidak pernah disarungkan cincin mahal, tidak pernah dipakaikan seutas rantai berharga, tetapi hati ini tenang hidup di sampingnya.

Selalunya, makanan yang dimasak di rumahku hanya nasi kosong, ikan masin dan air garam.

Alhamdulillah, biarpun itu yang selalu kami jamah hampir setiap hari, tetapi jika reda dan bersyukur dengan rezeki yang ada, pasti ALLAH akan limpahkan rasa cukup dengan apa yang diberikan oleh-Nya.

Bagaimanapun, ku akui, disebabkan kemiskinan ini anak-anak juga terpaksa menempuh dan menanggung derita.

Jika ikan masin, beras atau sekurang-kurangnya telur dan ikan sardin mampu dibeli, tetapi susu tepung untuk anak kami berusia dua tahun itu tidak mampu dibeli.

Jika dibeli sekalipun, mungkin sekali dalam setahun.

Pernah anak merengek kerana lapar mahukan susu, dalam poket suami tika itu hanya ada RM5, berbanding harga satu tin susu tepung mencecah puluhan ringgit benar-benar buatkan kami tidak mampu.

Dalam tangisan itu, akhirnya dia diam apabila diberikan minuman disangkanya susu.

Bersama mata yang digenangi air, ku bancuhkan kepada anakku itu teh atau kopi menggantikan susu.

Sungguh! Jika harga getah tidak serendah sekarang, mungkin susu tepung masih mampu dibelikan suami.

Seperti kebiasaannya, anakku akan mengalami ciri birit selepas meminum 'susu' yang dimintanya, bersandarkan tawakal kepada ilahi, ku akur dengan perjalanan hidup ini.

Anak sulung juga terpaksa menerima hakikat betapa dia hidup bersama ayah dan ibunya yang tidak kaya seperti keluarga lain, tatkala musim hujan, aku dan suami tidak mampu membekalkannya duit kerana pendapatan kami merosot.

Pokok tidak dapat ditoreh, bagaimana dapatkan hasil?

Bukan sekadar duit berbelanja di sekolah tidak mampu diberi, malah wang mengisi minyak motosikal terpaksa difikir berkali-kali sebelum diisi.

Seperti bulan November baru-baru ini, dalam sebulan hanya tiga kali pokok dapat ditoreh, mujur anak sulung kami menerima bantuan makanan dari sekolah.

Adakalanya suamiku sendiri terpaksa menebalkan muka berhutang di kedai.

Ku punya jalan hidup berbeza, anak sulung kami berusia 11 tahun ini sebenarnya anak kepada suami pertama, selepas diceraikan, hadir seorang lelaki yang sanggup menerima dan membela kami.

Sebagai isteri, aku hanya mampu berdoa agar suamiku dilindungi ALLAH. Ku titipkan kalimah rahsia kepada ALLAH agar diberikan suamiku ini sebuah syurga kepadanya.

Zurina Jusoh, 32,
Kampung Seri Dacing, Sik, Kedah.
-sinarharian-

Bimbang Pas jadi pelindung korupsi Umno - Husam Musa

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kebimbangan beliau terhadap hubungan baik di antara Pas dengan Umno yang akan memberi kesan kepada nasib orang Melayu selepas ini.

Menurut Husam, Pas dibimbangi akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan oleh Umno demi kepentingan parti berkenaan.

“Saya bimbang kalau-kalau parti saya (Pas) berpakat dengan Umno untuk melindungi korupsi. Tindakan ini lebih membawa bahaya kepada orang Melayu.

“Kepimpinan Melayu tidak akan diterima sekiranya track recored parti agama yang dibawa oleh Pas tidak mampu mempertahankan korupsi yang buruk dan laknat,”katanya ketika hadir di Majlis Makan Malam Pari Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.

Beliau berkata, korupsi merupakan satu dosa dalam Islam malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu turut menganggap perkara ini adalah sebagai satu isu yang penting untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Husam turut memaklumkan bahawa isu penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah merupakan salah satu bentuk rasuah.

“Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan?

“Lebih manfaat kalau wang-wang ini digunakan untuk membantu penduduk Melayu di luar bandar,penduduk desa,dan nelayan-nelayan miskin,” katanya.
-sinarharian-

Adakah Dr. Zuhdi ditugaskan untuk menyerang DAP

Dakwaan Zuhdi terhadap DAP cerita lama UMNO
Raja-BahrinPETALING JAYA: Dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki sekiranya DAP berjaya menawan Putrajaya, mereka akan membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini adalah cerrita jajaan UMNO yang sudah lapuk.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, ia merupakan cerita lama UMNO yang tersebar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi senyap selepas itu.

“Apakah Zuhdi telah ketandusan idea dan diberi pinjam idea itu oleh UMNO? Maklumlah ini zaman era baru kerjasama ‘you help me i help you’.

“Atau adakah Zuhdi diarahkan oleh UMNO? Dia merupakan insan yang sangat bertuah kerana walaupun bertahun-tahun menjadi Pengarah Strategi Pas, dia masih diboleh mengajar di universiti kerajaan UMNO.

“Sangat istimewa kedudukannya. Seperti dikatakan oleh Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dahulu, ‘you help me, i help you,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut meminta pandangan Zuhdi mengenai keistimewaan syarikat negara China yang dibenarkan memiliki 100 peratus Stesen Tenaga Elektrik Strategik Negara walaupun bertentangan dengan amalan keselamatan negara.

Menurutnya, syarikat negara China juga dibenarkan memiliki tanah strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

“Bukankah pihak UMNO dan ultra Melayu sahabat Zuhdi begitu bersangka buruk kepada Cina rakyat Malaysia sendiri sehingga berbagai tuduhan dikeluarkan?

“Kenapa mesti ‘double’ ini?

“Kenapa buruk sangka kepada Cina tempatan rakyat Malaysia dan baik sangka dengan Cina Negara Komunis?,” tanya beliau.

Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.

Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya
-fmt-

Pramugari MAS dihalang pakai tudung dan dipaksa menghidang arak, apa tindakan kita sebagai seorang Islam

MAS, Tudung dan Arak
DrMAZA.com
Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.

Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim.

Sesetengah orang melayu jika diberitahu ada syarikat tertentu halang wanita muslimah memakai tudung ataupun memaksa mereka menghidangkan arak, tentu akan mengamuk sakan. Segala dalil dan semangat akan dihamburkan. Malangnya kita lupa bahawa syarikat penerbangan negara yang merupakan imej dan identiti Malaysia itu sendiri tidak membenarkan pramugarinya memakai tudung dan terpaksa menghidangkan arak.

Retorik-retorik politik berbaur agama yang kita dengar di media dan bicara ahli-ahli siasat itu, tidaklah setakat mana jika kita lihat kepada nasib pekerja-pekerja MAS yang beragama Islam itu.

Saya dengan ini, mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai stewardess MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah. Juga pekerja muslim dan muslimah tidak ditugaskan untuk menghilangkan arak. Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?!!

Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan.

KEJUTAN!!! Nik Omar anak Almarhum TG Nik Aziz sertai AMANAH dan dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan

Anak Nik Aziz sertai Amanah
ZULKIFLI SULONG
Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya. 

Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.

Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu.
-malaysianinsider-

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.
-tranungkite-

Siaran langsung ucapan Husam musa di majlis makan malam Amanah (Youtube)


http://dpedasfm.blogspot.my/

http://radioamanahfm.blogspot.my/

Telefon bimbit berusia 800 tahun cetus spekulasi (video)

(
Sebuah objek berusia 800 tahunditemui oleh pakar arkeologi menjadi viral di media sosial kerana ia saling tidak tumpah seperti sebuah telefon bimbit.

Terdapat dakwaan yang mengatakan telefon itu dari kurun ke -13 dan ini membuktikan tamadun dahulu yang jauh lebih maju ketika itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa? - Mufti Perlis

Dr Asri
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.


Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.

Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.

Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.

----

Kes Nur Amirah: MyWatch mahu tindakan tegas diambil
culik Amirah
culik Amirah Remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki diculik. - Foto Facebook
SHAH ALAM – Remaja hilang yang kononnya diculik, Nur Amirah Athirah Abdul Majid perlu dikenakan tindakan tegas kerana melakukan dakwaan palsu berhubung kehilangannya.

Pengerusi kumpulan pemerhati jenayah MyWatch, Datuk Seri Sanjeevan R berkata, tindakan yang dilakukan remaja terbabit bukan sahaja menyusahkan ibu bapa tetapi turut menyusahkan pihak polis dan orang awam yang ramai bersimpati mengenai keselamatan dirinya.

“MyWatch mengutuk sekerasnya tindakan remaja 14 tahun, Nur Amirah yang mereka cerita dengan mendakwa dirinya diculik supaya beliau dapat keluar bersama teman lelakinya.

“Mywatch menggesa tindakan tegas dikenakan kepada remaja ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Teman lelaki remaja ini juga harus didakwa kerana bersubahat dalam kes penipuan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nur Amirah yang hilang sejak Ahad lepas ditemui selamat bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta di Banting, Selangor oleh pasukan polis jam 8 malam tadi.

Menurut Sanjeevam, pihaknya percaya sekiranya tiada tindakan tegas diambil, kes seperti ini akan berulang pada masa akan datang.

“Ini bukan kes yang pertama kalinya berlaku. Sebelum ini pada hujung tahun 2014, seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang turut bertindak mereka cerita kononnya diculik oleh tiga lelaki di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang hanya kerana mahu melepaskan diri setelah gagal menghantar tugasan yang diberi pensyarah.

“Bagaimanapun, MyWatch memuji risikan berkesan pihak polis yang berjaya menjejaki remaja ini dan teman lelakinya. MyWatch turut menghargai rasa simpati dan ambil berat masyarakat dalam kes jenayah ini,” katanya lagi.
-sinar

Hak Pertahankan Diri Tidak Bermakna Anda Boleh Bunuh Seseorang? Macam mana kes Tan Sri tembak mati perompak ni?


Hak Pertahankan Diri Tidak Bermakna Anda Boleh Bunuh Seseorang
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.

Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.

"Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.
"Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).

"Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?

"Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai," katanya di Bukit Aman pada Khamis.

Khalid berkata hak untuk mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.

Baru-baru ini, netizen marah apabila berita mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati selepas menikam seorang perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Kerteh, Terengganu, tersebar di media sosial.

Menurut laporan itu, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.-mstar


-------------

Polis tembak mati empat lelaki disyaki perompak

Polis menembak mati empat lelaki awal pagi ini yang disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga rompakan bersenjata dilaporkan di Bintulu, bulan lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata insiden itu berlaku dalam pukul 1 pagi semasa tiga pasukan D9 sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, kira-kira 600 kilometer dari sini, berikutan beberapa rompakan yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata semasa rondaan, pasukan itu ternampak empat lelaki yangberkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta Toyota Vios dan sejurus mereka menyedari kehadiran polis, pemandu kereta itu memecut ke arah Miri.

"Kereta itu kemudian membelok ke dalam ladang kelapa sawit, Ladang Maskat di Km42 Jalan Bintulu-Miri. Pasukan polis terus mengejar kereta itu sehingga ia terbabas ke bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan di Kuching, Sarawak hari ini.

Beliau berkata apabila pihak polis menghampiri kenderaan itu, polis mendengar beberapa tembakan dipercayai daripada selaras senapang patah daripada kereta itu, dan polis membalas tembakan ke arah kereta suspek.

Kejar suspek

Muhammad Sabtu berkata beberapa anggota polis mengejar suspek apabila melihat dua lelaki keluar daripada kereta dan bergegas ke ladang kelapa sawit tetapi apabila mereka hampir tiba di ladang itu mereka berpusing balik dan cuba menyerang anggota polis.

"Seorang daripada mereka melibas sebilah parang dan seorang lagi sebilah sabit. Polis menembak mati mereka untuk mempertahankan diri. Pemeriksaan taktikal polis selepas itu mendapati kesemua empat lelaki itu mati selepas polis melepaskan tembakan.

Seorang suspek rebah di kerusi pemandu, suspek kedua ditemui di tempat duduk penumpang dengan senapang patah di sisi tubuhnya. Dua lagi suspek berada tidak jauh daripada kereta dengan parang dan sabit di sisi tubuh masing-masing," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemui beberapa peralatan memecah rumah, sebilah parang dan beberapa jam tangan dipercayai daripada rompakan awal manakala Toyota Vios yang digunakan mereka dilaporkan hilang di Bintulu pada Julai 2015.

"Tiada dokumen pengenalan dijumpai pada suspek, yang disyaki terlibat dalam tiga rompakan bersenjata di Bintulu pada 25 Dis, dan terakhir pada 29 Disember," katanya.

Muhammad Sabtu juga berkata kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes di Miri dan Sibu tahun lepas.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak atas kejayaan pasukan D9 yang telah berada di Bintulu sejak sebulan lepas untuk mengumpul maklumat risikan dan menjejaki kumpulan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan itu.
-Bernama-

Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat bersama teman lelaki? (Gambar)

Tranungkite
Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat-Sebenarnya pada permulaan kami berasa berita ini masih samar-samar kepastiannya tetapi setelah melihatnya dimuatnaik oleh laman yang berkaitan polis jadi kami memandang serius dakwaan cerita yang disampaikan ini.

Sebuah laman media sosial ‘Pertubuhan Anak Polis Malaysia (PAPM)‘ telah mendakwa sebenarnya Nur Amirah Athirah lari bersama teman lelaki yang baru ditemuinya dan mereka cerita bahawa dia telah diculik oleh individu tertentu. Kisah kanak-kanak ini menjadi viral sehingga menarik perhatian akhbar dan televisyen.
Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat
Memetik dari status dari laman sosial tersebut:

“Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama Nur Amirah ni, mmg cela%a nya budak..penipu..
Untuk pengetahuan dan makluman semua, budak nama amirah tu sudah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan khas yg dibentuk, dia didapati telah keluar dengan TEMAN LELAKI YANG BARU DIKENALI selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.
So sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.
Mmb ba alip ba ya Nur Amirah…ba alip ba ya kau ni..
Menyusahkan polis dan orang ramai
-NZ-“

Berita sebelum ini: Kronologi kes penculikan Nur Amirah Atirah Di Klang

Kami rasa kesamaran dalam berita ini dan telah menghantar sistem pesanan ringkas(SMS)kepada pegawai polis yang menguruskan kes ini untuk kepastian.Kami akan updatekan dari masa ke masa untuk berita yang terbaru

Terbaru: Laman facebook milik seorang saudara yang di dakwa kepada mangsa juga sudah hilang dari carian Facebook. Kami telah selidik dan membuat carian keatas individu bernama ‘Hazi Aziey’ yang sebelum ini mengaku saudara terdekat mangsa memuatnaik satu status menceritakan kejadian sebenar kes penculikan kanak-kanak 14 tahun di Klang, Amirah Athirah.
Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat
Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat bersama teman lelaki
staff hiburan.my


10442955_1644166869141583_1351599825721095800_n
1450716_907059109365067_8264447871440842138_n

Gambar Perkahwinan Marsha Milan Londoh

Dengan Sekali Lafaz, Marsha Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan
Marsha dan Mohamed Shaiful Mohamed Shaiful Nizam sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz.
PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail kira-kira pukul 8.55 malam pada Khamis.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam, 29, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim manakala Marsha diwakil walikan oleh hakim.

Marsha yang kelihatan anggun dengan persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Mohamed Shaiful Nizam manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.

Upacara pernikahan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan rakan kepada pasangan tersebut.
Marsha mengucup tangan suaminya selepas selamat bergelar suami-isteri.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Adira, Ozlynn, Adeline Tsen, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Michael Ang dan Dafi.

Terdahulu, Marsha mendedahkan sudah memeluk agama Islam beberapa minggu lalu namun lokasi dan tarikh sebenar majlis pengislaman itu dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam terdahulu mengikat tali pertunangan pada 14 Disember lalu di Sabah.

Dalam pada itu, Marsha dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, dia berharap peminat mendoakan kesejahteraan perkahwinannya.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat dan saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.

"Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua yang banyak membantu dan membimbing saya. Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya," kata Marsha.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu.
-mstar-








Pasangan suami isteri meninggal dunia ketika mengadakan hubungan seks di dalam kolam hotel

Sepasang suami isteri warga emas meninggal dunia selepas mengadakan hubungan seks di dalam kolam mandi air panas di hotel Playaca Palace di Mexico.

Charles Mckenzie, 67 tahun; dan isterinya yang berusia 63 tahun, Dorothy berada di hotel berkenaan sempena majlis perkahwinan anak perempuan mereka.

Namun kegembiraan pasangan warga emas dari Kanada itu bertukar menjadi tragedi apabila Charles mengalami serangan jantung. Isterinya dipercayai meninggal dunia akibat kelemasan dalam kolam mandi.

Mayat mereka ditemui hanya dua hari sebelum anak perempuan pasangan itu dijadualkan berkahwin.

Dalam pada itu, abang ipar Charles, Douglas Hasting berkata, ketika ini mereka sedang membuat persiapan bagi membawa pulang mayat kedua-duanya untuk dikebumikan.

“Saya tidak memikirkan mengenai perkahwinan itu,’’ katanya.
-kualalumpurpost-

Trompet guna kertas helaian al-Quran disebar untuk sambut tahun baru?

SATU trompet kertas yang diperbuat dari helaian al-Quran yang dijual di sebuah kedai di Bogor.
Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merampas sejumlah trompet kertas yang diperbuat daripada helaian kitab suci al-Quran yang dijual secara meluas di beberapa bandar di negara itu.

Trompet kertas yang dijual sempena untuk menyambut Tahun Baru itu dikesan diedar di Jakarta, Bekasi, Kendal dan di wilayah Bogor.

“Kami merampas 400 trompet kertas tulisan ayat al-Quran yang dijual di Parung dan sejumlah lagi di Leuwiliang dan Cibungbulang,” kata jurucakap polis Bogor, Aulia Djabar semalam.

Menurutnya, anggota tentera Indonesia merampas trompet yang sama di beberapa bandar lagi di Bogor.

“Kami mengambil keterangan peniaga untuk mengesan pihak yang membuat trompet berkenaan,” jelasnya.

Penjualan trompet itu mencetuskan bantahan beberapa pertubuhan Islam di Indonesia yang mahu kerajaan mengambil tindakan tegas.

Sementara itu, sebuah syarikat percetakan di Semarang, CV Aneka Ilmu mengakui trompet berkenaan diperbuat daripada helaian kitab al-Quran yang dicetaknya.

Pemiliknya, Suwanto berkata, kitab al-Quran itu sepatutnya dihantar untuk dilupuskan selepas rosak akibat terkena banjir.

“Kami menghantar kitab ini kepada sebuah syarikat untuk dibakar, tetapi kami tidak tahu ia dijual kepada syarikat lain dan digunakan untuk membuat trompet,” katanya. - Agensi
-hmetro-

Inilah Masalah Dan Tanda-tanda Kerosakan Gearbox Yang Ramai Tidak Tahu

main-gearbox
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer. Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Saksikan video auto transmisi gearbox belakang bekerja menggerakan roda belakang kereta.

[Info lanjut: www.news.mydebat.com]
-tranungkite-

Jalan terpaksa ditutup apabila 200 remaja perempuan bergaduh (video)


London: Akibat dua remaja perempuan bergaduh, polis terpaksa menutup jalan di pinggir London kerana ia hampir membawa kepada rusuhan apabila hampir 200 remaja, sebahagian besarnya perempuan masuk campur dengan ada bersenjatakan pemukul besbol.

Tidak diketahui punca sebenar pergaduhan di depan Stesen Keretapi Walthamstow Central tetapi berdasarkan yang tersebar melalui media sosial, ia dipercayai bermula dengan pertelingkahan dua remaja perempuan dari kolej berlainan membabitkan seorang lelaki.

Ada pengguna Twitter mendakawa pergaduhan itu sudah diatur kerana risalah memberitahu mengenai pergaduhan itu sudah diedarkan di kolej.

Menurut polis Waltham Forest, kira-kira 200 orang berumur antara 16 hingga 20 tahun berkumpul di Walthamstow sejak sebelum 5 petang semalam.

Lebih 100 anggota polis memenuhi kawasan itu bagi mengawal keadaan dan rakaman video menunjukkan remaja terbabit menarik rambut lawan, dipukul dengan kayu besbol, sekumpulan remaja perempuan membelasah seorang remaja dan mereka yang ditangkap polis.
-hmetro-

Najis lembu laris dijual di Internet termasuk Amazon dan eBay (Gambar)

Kek' najis lembu laris dijual di Internet
New Delhi: Sama seperti pengguna di seluruh dunia, rakyat India juga gemar membeli belah di Internet tetapi ada satu produk yang dilaporkan sangat laris jualannya di negara itu.

Beberapa syarikat jualan dalam talian di India memberitahu, ‘kek’ najis lembu adalah antara produk paling popular di Internet.

Najis lembu digaul dengan rumput kering sebelum dijemur dihasilkan di kawasan pedalaman dan biasanya dijadikan bahan bakar.

Sejak ratusan tahun, ‘kek’ najis lembu digunakan penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan dalam upacara keagamaan.

Kini syarikat jualan dalam talian termasuk Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk penduduk di kawasan bandar.

Apa yang menarik, menurut syarikat berkenaan, sejak ‘kek’ najis lembu mula dijual di Internet beberapa bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kek najis lembu disenaraikan beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar.
-kualalumpurpost-