"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Barisan pimpinan PAS dan Ahli jawatankuasa kerja yang baru

SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.


Keputusan tak resmi penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa.

Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 yang diumumkan petang Sabtu.

Presiden

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Mohamad Sabu - 588 undi

Naib Presiden - diumumkan pagi Ahad

Ahli jawatankuasa kerja:

1. Idris Ahmad - 927 undi
2. Mazlan Aliman - 840 undi
3. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688
4. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi
5. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649
6. Nasrudin Hassan - 645
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627
8. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626

9. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi
10. Mohamed Hanipa Maidin - 604
11. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi
12. Khalid Abd Samad - 547 undi
13. Nik Zawawi Nik Salleh - 518
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476
15. Dr Riduan Mohd Nor - 469
16. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi
17. Dr Siti Mariah Mahmud - 437
18. Nuridah Salleh - 424

Sultan Johor menitahkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumat dan Sabtu 4.

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014.

Pengumuman berkenaan diisytiharkan sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi tadi.
-hmetro-

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin cabar mufti Kedah sumpah laknat

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.

"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.

"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.

'Tuduhan samakan Allah dengan kera'

Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.

Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.

Dulu budak ini pada usia 2 tahun ketagih rokok, sekarang ketagih makan

Pada usia dua tahun, Aldi Rizal mengejutkan dunia kerana tabiatnya yang suka merokok.
budak kuat merokok ardi rizal3budak kuat merokok ardi rizal4
Kini, Aldi, 5, berjaya berhenti merokok, tapi memiliki ketagihan baru, makanan. Aldi menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa apabila dirakam menaiki basikal roda tiganya sambil merokok di sebuah kampung di Sumatera.

Laporan itu menyebabkan kerajaan Indonesia melancarkan kempen membanteras tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak dan menganjurkan program pemulihan khas untuk Aldi berhenti rokok.

Aldi dibawa ke Jakarta menjalani terapi selama dua minggu bagi membantunya melupakan tabiat menghisap 40 batang rokok sehari.

Usaha itu berjaya, tapi Aldi masih tidak menjalani hidup secara sihat.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi berlaukkan daging ayam.
budak kuat merokok ardi rizal
Ardi Rizal bergaya di depan wartawan asing.
budak kuat merokok ardi rizal2
Sejak berumur dua tahun Ardi kuat merokok tetapi tabiat itu berjaya dikurangkan.
Ibunya, Diane Rizal, 28, mengaku masih ada yang menawarkan rokok, tapi Aldi menolak.
Bagaimanapun Diane kini bimbang terhadap berat badan Aldi yang beralih kepada makanan.

Malah, perangai Aldi kini sama seperti ketika dia meronta-ronta meminta rokok, bezanya kali ini dia meminta makanan.

“Pada awal berhenti rokok, Aldi meminta mainan. Dia akan menghantukkan kepala ke dinding jika tidak dapat apa yang diingininya.

“Rumah kami didiami ramai orang dan sukar menghalang Aldi memperoleh makanan,” katanya.

Ibu dan bapanya sudah mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan mereka dinasihati supaya memberi makanan sihat kepada Aldi.

“Tubuh Aldi terlalu berat, tidak sesuai untuk usianya. Dia makan terlalu banyak karbohidrat,” kata pakar pemakanan Fransisca Dewi. – Agensi

Alhamdulillah!! Dengan menggunakan herba-herba ini penyakit HIV, AIDS berjaya dirawat (Gambar)

Temui penawar HIV, AIDS
Temui penawar HIV, AIDS Tuan Mohamad (kanan) menunjukkan herba yang digunakannya bagi menghasilkan penawar AIDS/HIV.
MACHANGSetelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.

Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.

“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.

“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.

Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.

Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.

Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.

“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.

“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.

“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.

“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.

Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.

Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.

“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.

Adakah Muhyiddin di ambang bahaya?

Zabidi Saidi
ANALYSIS
PETALING JAYA: Heboh di parlimen isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pergi ke Qatar menggunakan jet kerajaan sedangkan beliau bukan menteri.
Pembangkang membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat . Isu ini gagal dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Yang lebih mengejutkan apabila ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengatakan Rosmah pergi bukan atas urusan kerajaan tetapi atas urusan peribadi.

Sedangkan Shahidan berkata ia adalah di atas urusan kerajaan sambil beliau mencabar wartawan suruh cari pelabur untuk negara.

Pendedahan Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan memang mengejutkan sambil beliau berkata yang meluluskan Rosmah menggunakan jet peribadi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adakah Muhyiddin diperangkap? Apa motif Azalina mendedahkan Muhyiddin yang meluluskan permohonan Rosmah? Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak boleh lepas tangan kerana bukan beliau yang meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet peribadi.

Rosmah berkata beliau tidak kesah dengan kritikan. Memanglah beliau tak kesah kerana yang meluluskan permohonan itu bukan suaminya.

Bagaimana masa depan Muhyiddin dalam isu ini? Adakah Muhyiddin akan selamat sehingga PRU ke 14?

Baru-baru ini ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan kerana skandal NFC berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Skandal RM250 juta itu mengejutkan rakyat kerana bukan lembu yang dibeli oleh suami Datuk Seri Shahrizat Jalil sebaliknya kondo yang dibeli.

Usaha untuk mendapatkan komen Muhyiddin gagal untuk menjawab desakan Zuraidah itu. Sehingga ini Muhyiddin belum bersuara mengenai isu skandal NFC itu. Muhyiddin yang dikaitkan dengan kelulusan jet kepada Rosmah juga belum menjawab isu ini.

Bulan lepas ketika berkempen pada PRK Sungai Limau. Muhyiddin dimarahi oleh penyokong PAS kerana mengaitkan isu penarikan subsidi gula dengan aruah ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak. Kononnya kaki Azizan dipotong kerana makan gula berlebihan yang menyebabkan penyakit kencing manis. Keluarga Azizan mendesak Muhyiddin minta maaf dan akhirnya Muhyiddin minta maaf.

Inilah tiga kesilapan Muhyiddin yang mana isu Azizan, beliau minta maaf tetapi dua isu lagi, jet peribadi yang digunakan Rosmah dan isu skandal NFC belum dijawab oleh Muhyiddin.

FMT cuba mendapatkan komen Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengenai desakan Zuraida supaya Muhyiddin meletakkan jawatan kerana beliau adalah menteri yang bertangungjawab sewaktu permohonan pinjaman NFC diluluskan, tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu enggan mengulas sebaliknya beliau berkata biarlah Muhyiddin yang menjawabnya.

Selamatkah Muhyiddin dalam politik apabila tiga isu ini tercetus? Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik. Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara.

Mungkin Najib mengenang budi Muhyiddin. Kalau bukan Muhyiddin yang desak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan pada tahun 2008, mungkin Najib masih kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Maka Najib masih memerlukan Muhyiddin buat masa ini.

Muhyiddin disanjung pada tahun 2008 kerana berani desak Pak Lah berundu selepas BN gagal menang majoriti dua pertiga. Tetapi apabila Najib juga gagal dapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin membisu kerana kononnya Umno makin banyak menang kerusi (88 kerusi) walaupun prestasi BN pada PRU ke 13 (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi PRU ke 12 (140 kerusi).

Tiga isu sudah meletup. Mungkin selepas ini ada lagi isu yang melibatkan Muhyiddin meletus, maka Najib tidak dapat mempertahankan Muhyiddin lagi. Ketika itu Najib terpaksa melepaskan Muhyiddin pergi secara baik.

Inilah peluang bagi Najib untuk menaikkan sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dua tahun lagi. Biasanya Naib Presiden Umno yang ketiga yang menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad (1976), Tun Musa Hitam (1981) dan Tun Ghafar Baba (1986). Adakah Hishamuddin akan mengikut jejak langkah Naib Presiden Umno ketiga? Sama-samalah kita tunggu.

Ibrahim Ali jadi bahan jenaka di Sabah?

KOTA KINABALU: Pelbagai reaksi diberikan orang ramai apabila sebut nama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di hadapan mereka. Ada yang ketawa, ada yang marah, ada yang benci dan ada yang meluat.
Ibrahim Ali adalah seperti resipi ikan goreng empat perisa yang tidak menjadi kerana terlebih pedas atau garam. Yang pasti, ramai di Sabah yang tidak gembira atau senang hati tiap kali berbicara mengenainya.

Sejak kredibilitinya menjadi bahan jenaka pelayar laman siber selepas gagal menunaikan janji membawa ribuan ahli Perkasa membantah perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, dia terus menjadi hidangan sampingan untuk diketawa dan dikutuk warga netizen dalam Facebook.

Penangan Presiden Perkasa ini sememangnya menjadi satu ‘fenomena’ di Sabah, mungkin lebih kepada fenomena negatif kerana ia mencabar keamanan dan perpaduan penduduk berbilang kaum di negeri ini dengan membawa elemen perkauman yang ekstrem.

Setiap hari buka saja Facebook, mukanya pasti ada ‘menghiasi wall’ dan paling menarik wajah dan setiap kata-katanya dikarikaturkan dalam pelbagai rupa. Paling banyak wajahnya disamakan dengan katak siap dengan kapsyen “adakah mulut kita berbeza”, merujuk kepada gambar seekor katak dengan mulutnya ternganga luas.

Suara katak sumbang, sumbang jugalah mesej yang dibawa oleh Ibrahim.

Terbaru, dengan berita Presiden Perkasa ini mahu datang ke Sabah, pereka grafik melukis beliau disepak dan dan digigit oleh peta negeri Sabah yang dilukis wajah seperti anjing dengan kapsyen ‘kau tidak dialu-alukan di sini”.

Lukisan itu memang melucukan, satirikal dan sinis. Ada gambarnya yang diedit menjadi wajah dinosar dengan kapsyen “…me eat Bibles”. Ia merujuk kepada kenyataannya dulu yang mahu membakar alKitab penganut Kristian sebagai tindak balasnya terhadap kedegilan orang bukan Islam yang mahu menggunakaan perkataan Allah dalam penerbitan, termasuk dalam Bible.

Ibrahim Ali sepatutnya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 23 November ini untuk acara Perkasa cawangan Sabah. Namun ramai pihak sudah menyuarakan bantahan beliau menjejakkan kaki di negeri ini. Beliau juga dilaporkan mahu datang ke Sarawak tetapi sudah dibantah awal-awal oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.

Pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud tidak mahu Perkasa berada di Sarawak. Seorang menteri negeri yang juga ahli Pesaka Bumiputera Bersatu itu (PBB) berkata, mereka tidak senang dengan niat Perkasa yang mahu datang di bumi kenyalang untuk mendapatkan sokongan terhadap agendanya.

Perkasa sebelum ini mendedahkan ia ada 45,000 ahli di Sabah dan mendakwa organisasi itu “bukan rasis” tetapi mahu menjaga hak-hak Bumiputera.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin dan berkata, kumpulan itu bersifat radikal dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Sarawak.

“Perkasa tidak dialu-alukan di Sarawak. Ini juga terpakai kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang menggalakkan pandangan Perkasa. Kita tidak mahu menjadi satu lagi Yugoslavia,” katanya merujuk kepada perpecahan di negara barat iu akibat isu bangsa dan agama.

Abdul Karim berkata, Perkasa perlu tahu bahawa pandangan ekstrim mereka tidak didokong oleh pelbagai kaum Malaysia yang masih percaya kepada sikap bertoleransi.

Netizen Facebook tidak mahu ketinggalan dalam membantah lawatan Ibrahim di Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Bomoh Se-Borneo menghantar gambar hitam putih gambar alat-alat untuk membomoh dengan kapsyen “kiram sudah kena…mungkin lepas ni …yang baik terhadap kita, kita balas dengan jutaan kebaikan, yang jahat kita hadiahkan ‘sepiring’ mantera…”

Penduduk Sabah dan Sarawak bersatu dalam hal berkaitan dengan Ibrahim Ali. Mereka bimbang perpaduan dan tolak ansur yang tinggi di kalangan pelbagai kaum di Borneo ini akan terjejas jika membenarkan Ibrahim menyembur racun perkauman dan menghina pegangan agama bukan Islam dengan sesuka hati.

Bantahan terus diterima. Ibrahim dianggap sebagai ‘Bapa segala perkauman” yang amat dibenci oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana pandangannya lebih memperjuangkan kaum Melayu dan memandang rendah kaum lain.

Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya menghalang kedatangan Presiden Perkasa itu di negeri ini.

Sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah ‘Allah’ dan tidak setuju penggunaan kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus diharamkan datang ke Sabah, katanya.

“Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci, Ibrahim lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya rakyat lain.

“Musa Aman sila senarai hitamkan Ibrahim Ali daripada masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan perpaduan rakyat,Jangan biarkan orang ini membangkitkan isu perkauman di Borneo,” demikian rungutan ramai orang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pernah menggunakan kuasanya menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri sambutan Pesta Kaamatan di Penampang pada Mei lalu, maka ramai mengharapkan beliau melakukan perkara yang sama demi kebaikan penduduk negeri ini.

Sementara itu di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam, Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin, menggesa Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertindak menghalang kemasukan Presiden pelampau Perkasa, Ibrahim Ali ke Sabah.

Beliau berkata, sebagai Huguan Siou (pemimpin agung) kaum daripada Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, beliau sepatutnya lebih banyak bersuara menghalang Ibrahim daripada memasuki Sabah.

“Kita semua tahu yang ini adalah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang pelampau yang akan menyebabkan keharmonian dan gangguan awam (dengan kenyataan dan tindakan beliau). Oleh itu, Pairin sebagai pemimpin tertinggi orang KDM, perlu memastikan bahawa Ibrahim tidak menjejakkan kaki di Sabah,” katanya.

Kegagalan berbuat demikian akan menggambarkan pemimpin di negeri ini bersekongkol dan setuju dengan ideologi negatif yang dibawa Ibrahim, katanya.

Warga emas terlampau

Warga emas terlampau
Warga emas terlampau Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.
SEGAMAT: Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

SUBHANALLAH!! Kenali Pemuda Bernama Ahmad Ammar [MESTI BACA...]

matuse68
Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Ahmad-Ammar-Ahmad-AzamSubhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....
Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Al-fatihah. - IniKalilah

Inilah barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat 2013-2015

Anis, Hazayani dan Muhammad Faizal
PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua In (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan sebentar tadi.
Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.

Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.

Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.

Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai ketua Muslimat PAS manakala Dr Siti Mariah Mahmud terpilih sebagai timbalannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua
* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

Ahli Jawatankuasa
* Dr Halimah Ali - 476
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Khairiah Mohamed - 454
* Normala Sudirman - 446
* Dr Asiah Ali - 444
* Aida Yusof Rawa - 409
* Wan Ubaidah Omar - 393
* Mastura Mohammad - 392
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Azizah Khatib Mat - 360
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Kartini Ahmad - 306
* Rohani Ibrahim - 300
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Noor Hanim Ismail - 274
* Siti Faridah Samad - 260
* Rosiah Salleh - 253
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Kintan Man - 219
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Wan Hamidah Wan Daud 171 
* Noraini Hussin - 166

Filem Highland Tower Merakam Lukisan Lucah

Filem Highland Tower adalah satu lagi siri cerita hantu dan tahyul yang menyelubungi masyarakat Malaysia khususnya Melayu. Walaupun filem ini mencecah kutipan RM3 juta tapi tak banyak pengajaran daripada filem berkenaan.

Paling malang apabila filem ini telah merakam secara sengaja atau tak sengaja lukisan lucah di dinding bangunan.

Apakah pihak editor tak lihat untuk suntingan terakhir??

Entahlah apalah nasih filem Malaysia. Sebelum ini laga telah menjual seks sebagai penambah laris!

Ya Allah...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria

FB Nur Azlina
Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!  Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau...
Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!! Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau...

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....
Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata.

Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. ─░nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya.

Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.

Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

Gambar Misteri Masjid Di Atas Gunung

matuse68
Masjid yang di atas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as). Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran.

Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yang lain. -  Berita OMG

Pendedahan gempar TV Indonesia

laniismaa
Askar_Wataniah_Indonesia
BETUL ke BOHONG ?

Media dari Indonesia mendedahkan bahawa;

1. Malaysia telah menrekruit orang Indonesia menjadi askar wataniah di negara ini untuk menjaga sempadan negara.

2. Askar2 wataniah dari Indonesia ini memiliki 2 kewarganegaraan.

3. Mereka juga mempersoalkan bagaimana akhirnya nanti jika timbul konflik dan peperangan antara dua buah negara, adakah askar wataniah ini akan berpihak kepada Malaysia ataupun Indonesia?

4. Mereka juga turut mendedahkan bahawa perkara ini sudah berlaku lama.. bukan la perkara baru.

5. Ada yang terpilih menjadi askar wataniah kerana sudah lama tinggal di Malaysia.

6. Namun pihak berkuasa Indonesia menafikan bahawa orang Indonesia ada yang dilantik menjadi askar wataniah.

7. Akan tetapi pihak mereka akan menyiasat perkara ini untuk memastikan samada laporan ini benar ataupun palsu.

8. Sementara itu beberapa kelompok di Indonesia marah dengan tindakan pihak kerajaan Malaysia yang merekruit warga Indonesia untuk menjadi askar wataniah di negara Malaysia.

9. Mereka menganggap bahawa perkara ini sebagai Malaysia mencuri warganegara Indonesia untuk diperguna2kan..

10. Mereka juga mempercayai ada motif disebaliknya kenapa kerajaan Malaysia berbuat demikian.

11. Mereka juga akan melakukan protes keras [besar-besaran] jika perkara ini dapat dibuktikan..

——————————

Kita minta pihak kerajaan Najib Razak, Zahid Hamidi, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), TV3MALAYSIA – Lihat VIDEO

Ambil perhatian akan laporan ini. Adakah ianya benar ataupun sebaliknya? – Sumber – Pakatan Rakyat Supporters.

Terima kasih Rosmah, kami sangat bangga denganmu

Shahbudin Husin
Surat Terbuka Dari Rakyat Malaysia - Tahniah Dan Terima Kasih Rosmah, Kami Sangat Bangga Denganmu

Kepada
Yabhg Datuk Seri Datin Paduka Dr Rosmah Mansor
First Lady Of Malaysia
Seri Perdana, Putrajaya.

Yabhg Datuk Seri yang kami sayangi,

Setelah membaca kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim hari ini, kami rakyat Malaysia secara tiba-tiba berasa bersalah kerana telah tersalah anggap selama ini. Benar kata Shahidan, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih dengan pengorbanan yang Datuk Seri curahkan untuk negara selama ini.

Isu terbaru yang timbul berkaitan lawatan Datuk Seri ke Qatar bersama rombongan dengan menaiki jet eksekutif dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya hanyalah isu remeh jika dibandingkan dengan nilai dan impak daripada lawatan tersebut.

Sebagai isteri Perdana Menteri, kami rakyat Malaysia sedar pengorbanan Datuk Seri dalam hal ini. Jika Datuk Seri ingin bersenang-lenang sebagai isteri ketua kerajaan, Datuk Seri sebenarnya tidak perlu bersusah-payah melakukan lawatan ke sana sini, bertemu dengan ramai orang, menyampaikan ucapan dan sebagainya, sebaliknya Datuk Seri boleh saja duduk goyang kaki di Seri Perdana atau sesekali shopping sakan ke London, Milan atau Paris.

Tetapi Datuk Seri tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya ingin turut serta menyingsing lengan menyumbang khidmat bakti untuk negara. Pengorbanan ini memang wajar dipuji. Kami sendiri tidak terbuat dengan apa yang Datuk Seri lakukan ini. Datuk Seri tidak seperti isteri-isteri penoreh getah atau pesawah padi atau sesetengah kakitangan kerajaan dan rakyat negara ini yang sanggup membiarkan suami seorang diri saja membanting tulang, sebaliknya Datuk Seri telah menunjukkan contoh teladan yang terpuji untuk kemajuan negara.

Barangkali ramai yang tidak sedar, lawatan ke Qatar baru-baru ini bukanlah makan angin saja tetapi menghadiri forum perniagaan dan berpeluang bertemu dengan pak-pak syeikh Arab yang kaya-raya. Sudah tentu hasil dari lawatan Datuk Seri ini, banyak pelaburan daripada negara-negara Arab akan mencurah-curah selepas ini. Dalam masa yang sama juga, kami percaya, kecantikan dan keanggunan wajah Datuk Seri ini akan menyebabkan lebih ramai pelancong-pelancong Qatar dan negara-negara Arab lainnya akan melawat Malaysia selepas ini.

Dalam hal ini ini, Datuk Seri bukan saja telah membantu menambahkan pelaburan untuk negara, bahkan telah menyumbang sesuatu yang besar sempena Tahun Melawat Malaysia pada 2014 nanti. Secara tidak langsung, Datuk Seri telah memudahkan lagi kerja-kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Yabhg Datuk Seri, ibu kepada rakyat Malaysia,

Kami amat faham dengan tugas dan fungsi besar Datuk Seri kepada negara ini. Sebagai wanita yang cerdik, pintar dan "clever" yang telah menyumbang banyak kepada negara ini, kami faham keperluan Datuk Seri untuk ke sana sini dengan menaiki jet eksekutif. Hanya dengan menaiki jet eksekutif, barulah aura dan ketokohan Datuk Seri tambah menyerlah lagi, tambahan pula dengan menaiki jet eksekutif juga barulah pak-pak Arab yang berhidung tinggi itu memandang hormat kepada Datuk Seri dan juga negara ini.

Lagi pula, Datuk Seri, Malaysia bukanlah negara yang begitu dikenali di peringkat antarabangsa berbanding sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak itu. Hanya dengan menunjukkan sedikit kesombongan dan keangkuhan, barulah kehadiran Datuk Seri mewakili Malaysia dapat disedari. Pepatah Hindustan selalu menyebut, hanya dengan menunjuk-nunjuk kesombongan dan keangkuhan, kehadiran kita akan lebih disedari dan dihormati.

Kiranya Datuk Seri hanya menaiki pesawat komersil, walaupun lebih menjimatkan tetapi impak dan kesannya kepada negara pasti tidak sama. Hanya mereka yang tidak memahami perkara ini saja yang melalak dan melolong meminta Datuk Seri menaiki pesawat komersil untuk lawatan ke luar negara.

Bagi kami rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh di belakang Datuk Seri, bukan saja lawatan ke luar negara perlu diperuntukkan jet eksekutif, bahkan untuk lawatan dalam negeri sekali pun, Datuk Seri sebenarnya patut diberikan jet eksekutif juga.

Datuk Seri yang kami doakan kesejahteraannya siang dan malam,

Dalam isu jet eksekutif yang menjadi percakapan ramai sekarang ini, kesalahan juga sebenarnya terletak di tangan Perdana Menteri sebelum ini, terutama Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang begitu kedekut untuk membenarkan isteri masing-masing menggunakan kemudahan mewah itu semasa pemerintahan mereka.

Jika Tun Mahathir yang sentiasa mendapat kemenangan dua pertiga dalam pilihanraya membenarkan Tun Siti Hasmah menggunakan jet eksekutif ketika pemerintahannya dulu, tentulah ia tidak menjadi isu sekarang ini. Begitu juga jika selepas pilihanraya 2004 di mana Tun Abdullah membawa kemenangan paling cemerlang dengan 198 kerusi, telah bertindak ketika itu memberi kebebasan kepada isterinya aruah Tun Endon dan Tun Jeanne menggunakan jet eksekutif untuk ke mana-mana, pastilah tiada isu bila Datuk Seri menggunakannya sekarang ini.

Malangnya, kedua-dua bekas Perdana Menteri itu bukan saja kedekut tetapi juga tiada wawasan untuk masa depan. Jika ketika BN menang cemerlang, amalan menggunakan jet eksekutif ini sudah dimulakan, tentulah ianya tidak berbangkit lagi di ketika BN hanya menang dengan kelebihan 23 kerusi saja sekarang ini.

Kami juga mengharapkan Datuk Seri teruslah melakukan lawatan ke luar negara dan teruslah juga menggunakan jet eksekutif kerajaan. Sumbangan dan hasil lawatan Datuk Seri ke seluruh dunia sebenarnya amat besar untuk negara. Benarlah kata Shahidan Kassim, rakyat Malaysia harus berbangga dan berterima kasih dengan Datuk Seri.

Kami rakyat marhaen dan miskin yang sudah mula kurang makan gula sekarang sebenarnya amat berbangga dengan kehadiran Datuk Seri, sama bangganya dengan rakyat Filipina terhadap Imelda Marcos, rakyat Mesir terhadap Suzanne dan rakyat Tunisia kepada Lalia Ali suatu ketika dahulu.

Akhirnya atas segala sumbangan dan pengorbanan Datuk Seri untuk negara, kami juga mencadangkan agar sempena hari keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Agong tahun depan, Perdana Menteri dapat mengurniakan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri pula kepada Datuk Seri.

Sekian, semoga Datuk Seri terus panjang umur dan menyumbang untuk negara ini.

Daripada kami
Rakyat Malaysia yang memahami. 

Villa Nabila, ALLAH dedahkan realiti orang Melayu

Rozmal

Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu.

Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa bodohnya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat.

Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat.
Jika tidak ALLAH akan izinkan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membodohkan kita semua.

Remaja hilang di vila misteri dijumpai
19/11/2013 11:08am

JOHOR BAHRU - Remaja 16 tahun, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, yang dilaporkan hilang selepas masuk ke sebuah vila terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini telah ditemui pagi ini. Remaja terbabit ditemui di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara di sini pukul 2 pagi. Ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 38, ketika dihubungi pemberita mengesahkan anaknya itu telah ditemui. - KOSMO!

Rosmah: Seremban-KL naik bas Foh Hup, KL-Qatar guna jet eksekutif

Aspan Alias

Dewan Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.

Komen saya mudah. Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak dikawal kerana mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya ke mana-mana dia pergi.

Rosmah, hanya seorang isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu, tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi, membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.

Bagi wanita kampung ini, kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar mana pun tubuh seseorang itu dia tidaklah perlu bilik yang sebesar itu.

Apa pun yang mereka seperti ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.

Kalau kita kaji dengan teliti, Imelda datangnya dari sebuah perkampungan di utara Manila yang jauh dari kawasan perbandaran. Rosmah pula datang dari kampung di Negeri Sembilan dan bukannya dari bandar mana pun. Jadi persamaan latar belakang ini membuatkan mereka berdua ini mempunyai ‘attribute’ yang sama. Mereka ini boros dan tidak mempunyai had apabila membelanjakan wang orang lain terutamanya wang rakyat.

Seperti juga Imelda, Rosmah tidak pula saya dengar yang beliau sememangnya terlalu biasa menaiki jet eksekutif sejak kecil. Tetapi kalau kita tengok cara beliau melawat ke mana-mana negara lain, beliau menaiki jet eksekutif dan tidak menaiki pesawat nasional kita MAS.

Kekerapan beliau berjalan dengan jet eksekutif ini seolah-olah beliau, sejak lahir ke dunia ini sememangnya terbang ke mana-mana dengan jet eksekutif dan tidak pernah menaiki pesawat MAS, SIA atau pesawat tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air.

Tetapi kalau tidak salah mata saya memandang, saya pernah melihat beliau ini pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bus Foh Hup sampai ke Foch Avenue dekat Jalan Silang Kuala Lumpur. Saya sendiri berada dalam bas itu. Orang-orang muda sekarang tidak pernah tahu di mana Foch Avenue itu. Hanya yang tua-tua seperti saya atau Rosmah sahaja yang mungkin masih ingat di mana Foch Avenue itu.

Betullah ramai orang yang berubah kehidupan mereka dan menjadi kaya raya. Tiger Woods, salah seorang daripadanya. Tetapi Tiger mendapat kekayaannya dengan kemahirannya bermain golf sampai beliau berjaya menjadi pemain golf nombor satu dunia. Beliau sekarang mempunyai jet eksekutif sendiri dan istananya sendiri sehingga beliau mempunyai sebuah pulau untuk beliau berehat dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Tetapi yang seorang ini hanya seorang isteri Perdana Menteri dan boleh pula memohon kabinet meluluskan permohonan beliau untuk menggunakan jet eksekutif untuk keluar negara dan dibiayai oleh wang rakyat. Kabinet pula, kata Shahidan Kassim, telah meluluskan permohonan ini. Persoalannya sekarang kenapa kabinet meluluskan permohonan seperti ini dengan mudah sedangkan lebih banyak lagi permohonan rakyat belum lagi diambil tindakan oleh kabinet.

Jika tindakan Rosmah ini menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab.

Itulah bunyinya komen pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati.