"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Adegan peluk cium jejas niat baik filem Papadom / UBN Najib Altantutya / Zambry / PKFZ

RAYUSA

DARI suatu
segi, agak sukar untuk saya menilai dan mengakui Papadom, filem arahan keenam Afdlin Shauki ini layak diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22)atau sebaliknya kerana saya tidak menonton semua filem Melayu tempatan dalam tempoh setahun lalu (tempoh layak menyertai FFM22).

Saya cuma pasti Papadom lebih baik daripada filem arahan Afdlin sebelum ini, iaitu Buli (filem pertamanya yang mempesonakan), Baik Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah serta Los dan Faun.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi filem Melayu tempatan mutakhir ini dan isu yang dikemukakan, setelah membaca ulasan oleh pengkritik serta pengulas bahawa banyak filem Melayu tempatan hambar, saya bersetuju Papadom diberikan taraf tersebut.

Tema yang dibawakannya, iaitu kasih sayang dan kekeluargaan mungkin sudah basi. Namun, Papadom menarik dan segar kerana cara tema itu dipaparkan (filem arahan Afdlin selalu tampil segar dan unik berbanding filem Melayu tempatan lain).

Kisah menunaikan wasiat barangkali pernah dipaparkan dalam filem Melayu tempatan sebelum ini. Pun begitu, klise bukan masalah besar jika persembahannya berbeza.

Papadom membawa kisah Saadom (lakonan Afdlin Shauki) yang cuba sedaya upaya menunaikan wasiat isteri tercinta, Munirah (Noorkhiriah Ahmad Shapie) yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Saadom adalah seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Tidak disangka wasiat isterinya agar menjaga anak mereka, Miasara (Liyana Jasmay) dengan baik telah mengubah diri Saadom.

Sebelum isterinya meninggal dunia, Saadom terlalu asyik mengurus perniagaan nasi kandarnya. Selepas kematian isterinya, dia berubah menjadi seorang bapa yang begitu mengambil berat terhadap setiap perkara yang berlaku ke atas Miasara atau Mia.

Tidak dinafikan, seorang bapa perlu cakna dan mengambil berat kehidupan anaknya, terutama anak perempuan yang masih belajar. Bagaimanapun, usah berlebih-lebihan sehingga mengongkong kebebasan seperti yang Saadom lakukan. Niat Saadom amat baik dan dialu-alukan. Mungkin caranya yang salah dan memang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bapa pun.

Akibatnya, setelah remaja, Mia mulai rimas dengan kasih sayang Saadom yang melimpah-ruah. Kawan-kawannya seperti Yvonne (Chelsia Ng) juga rimas dengan Saadom yang sentiasa mengawasi Mia. Mia malu kerana Saadom juga sering memeluk dan menciumnya di hadapan kawan-kawannya.

Malah pada waktu rehat di sekolah, Saadom membawa makanan untuk Mia dan kawan-kawannya. Kadang-kadang kawan-kawan Mia terpaksa menolak kerana berdiet.

Saadom juga selalu berada di dalam kawasan sekolah Mia untuk memastikan keselamatan Mia hingga kadang-kadang dia dihalau oleh pengetua sekolah.

Timbul masalah apabila Mia berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Walaupun Mia mahu belajar jauh kerana ingin bebas daripada bapanya, Saadom mahu Mia memilih universiti yang berdekatan sahaja.

Saadom cemas apabila teringat janji terhadap arwah isterinya untuk menjaga Mia dengan baik. Dia cuba mencari jalan sehingga tega bekerja sebagai tukang kebun di universiti tempat Mia menuntut. Saadom seperti cuba membuktikan bahawa kasih bapa atau ayah sepanjang jalan (kasih ibu sepanjang zaman).

Daripada segi keprihatinan seorang bapa, Papadom boleh dianggap berunsur Islam. Sikap tanggungjawab dan prihatin seorang bapa terhadap anaknya adalah tuntutan Islam. Jadi, niat dan penampilan filem ini memang baik.

Adegan peluk dan cium

Cuma, mengapa filem Melayu tempatan tidak boleh lari daripada adegan peluk dan cium? Malanglah kerana filem yang sebaik ini juga agak dicemari adegan peluk serta pegang dan cium tangan. Sebagai contoh, adegan Munirah memeluk Saadom, Saadom memeluk Mia dan Saadom menggenggam tangan Munirah.

Sungguhpun sekadar adegan suami isteri dan bapa dengan anak perempuannya, itu hanya dalam filem. Para pelakonnya beragama Islam dan bukan muhrim. Bagaimana dengan adegan Hisham Hashim (Farid Kamil Zahari) memeluk Mia? Hisham bukan abang, adik atau suami Mia.

Cuba lihat filem Iran. Filem cintanya tetap hebat serta dikagumi walaupun tidak memaparkan adegan peluk serta pegang atau cium tangan.

Tanpa berpeluk atau berpegangan tangan pun pernyataan cinta boleh dizahirkan. Ada caranya. Para pelakon beragama Islam harus peka. Penulis skrip dan pengarah beragama Islam juga perlu mengelakkan adegan peluk dan cium. Tidak cacat filem tanpa adegan berkenaan walaupun membawa tema kekeluargaan.

Selain Afdlin, Liyana, Noorkhiriah, Chelsia dan Farid, Papadom turut dibintangi Harun Salim Bachik, Que Haidar, Vanidah Imran, Scha, Pete Teo dan Adam Malik.

Papadom yang menelan belanja RM1.4 juta turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Afdlin, Pelakon Wanita Terbaik (Liyana), Cerita Asal Terbaik (Afdlin) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Pacai).

www.malaysiabebas.com

Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin / Nizar / PKFZ

Harakahdaily
SHAH ALAM, 31 Okt
: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.

Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.

"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.

Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.

Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.

"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.

"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.

"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.

"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.

Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

Apa Yang Harus Dikatakan Lagi? / PKFZ / Zambry /

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.

Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28192/84/
http://gomalaysian.blogspot.com/

KENALI WAJAH PENJENAYAH YANG MEMBUNUH PEMBANTU RUMAH / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ



Inilah penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap pembantu rumahnya warga Indonesia sehingga mati.Kini beliau akan menderita sepanjang hidup di penjara....rasakan nanti di dalam penjara....

Gantung Polis Dahulu / UBN Najib Altantuya / zambry / PKFZ

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28167/84/

AMK Selangor Desak ADUN Pelabuhan Klang Letak Jawatan ADUN Segera / Nizar / PKFZ

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak agar ADUN Pelabuhan Klang,YB Badrul Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN dengan kadar segera. Ini adalah untuk membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih setelah beliau gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat dengan baik, demikian menurut satu kenyataan media daripada Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut.

Menurut kenyataan itu lagi, AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini
jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.

AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasional di Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.

AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.

Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.

AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.

AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.

AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru sepertiDemocratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripadaLiberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.

AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.

Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.

Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.

Dr Asri akan sertai parti politik? / Nizar / PKFZ

PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

-utaraonline-

Amaran azab akhirat agar henti perkara yang ditegah Allah

KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


SEBAHAGIAN tanggungjawab bersahabat ialah saling mengajar dan menasihati, kerana keperluan kepada ilmu tidak kurang keperluannya dibanding pada harta.

Justeru apabila berkawan bertujuan untuk mendapat pertolongan harta benda, itu bukanlah berkawan cara yang dikehendaki Islam.

Seandainya seseorang itu kaya ilmu yang dikurniakan Allah SWT, sayogia timbangrasa terhadap sahabatnya sekiranya jiwanya lapar dan dahaga ilmu.

Berilah santapan jiwanya dengan ilmu, sebagaimana bantunya memberi makanan ketika perutnya lapar.

Pimpinlah dia menuju kepada kebaikan di dunia lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat. Justeru itu timbulnya sistem ‘usrah’ dengan berberapa orang yang diketuai seorang ‘naqib’ (penyelaras).

Usrah dipimpin seorang naqib. Ketua usrah tidak dipanggil sebagai tok guru, kerana menyebabkan ada orang merasa dirinya sebagai murid sentiasa jahil.


Justeru tiada peluang untuk bertukar fikiran merasa tidak perlu, kerana sudah ada tok guru di majlis tersebut. Usrah adalah majlis bentuk keluarga, perlu ada tegur menegur dan memberi pandangan.

Jika pendapat peserta tidak sejajar dengan keperluan usrah, menjadi tugas naqib sebagai ketua penyelaras, memberi pandangan dari sudut pengalaman dan pengetahuannya.

Dengan cara itu bakat sebagai penasihat dapat dicungkil dalam usrah, jika tidak penasihat hanya berlaku sebelah pihak. Sedangkan ta'lim ialah nasihat kedua pihak sebagai ukhuwah.

Sekiranya diajar dan dipimpin tetapi tidak mahu turut dengan kehendak ilmu, maka menjadi kewajiban naqib dan anggota usrah yang lain menasihatinya.


Sebahagian asam garam nasihat ialah peringatkan kembali mengenai peristiwa dahsyat di alam akhirat. Manusia akan berdepan dengan azab api neraka, jika melampaui peraturan Allah SWT.

Tujuan diperingatkan sengsara akhirat, supaya dia hentikan segala perkara yang ditegah ugama. Gerakkan jiwanya supaya sedar dia sedang bergelumang dengan keaiban.

Seperkara yang mesti diketahui ialah bahawa memberi nasihat dan teguran, hendaklah dilakukan dalam sulit rahsia.

Ajak dia ke suatu sudut dan nasihatinya secara empat mata, supaya orang lain tidak mengetahuinya.

Ini kerana orang yang dinasihati tidak terasa dirinya dalam salah. Telah jadi tabiat manusia yang dalam keadaan salah, dia tidak suka kesilapannya diketahui orang lain.

Justeru jika mendedahkan suatu perilaku yang negatif, jangan disebut nama pelakunya. Nabi Muhammad s.a.w. apabila terlihat kelakuan yang tidak baik oleh seorang sahabatnya, lalu dijadikan tajuk ucapan nasihatnya tanpa menyebut siapa pelakunya.

Nabi s.a.w. menasihati secara umum, mana yang wajar dan mana yang tidak. Seorang alim dan juga sebagai wali bernama Dzunnun Al-Masri berkata: "Kamu berkawan dengan Tuhan hendaklah dengan menyetujui semuanya, tidak berkawan dengan makhluk kecuali ada tegur menegur (nasihat menasihati), jangan berkawan dengan nafsu sendiri kecuali kamu berbalah dengannya."

Menurut Dzunnun bahawa hidup di dunia ini mesti berkawan dengan tiga pihak, lantaran tiga pihak itu berbeza maka cara berkawan pun berbeza juga.

Wajib bersama Allah SWT "Wahua ma'akum ainama kuntum," bahawa Allah SWT bersama denganmu di mana saja kamu berada. Manusia sentiasa berangkai dengan kekuasaan-Nya, setiap masa dan ketika.

Berkawan dengan Tuhan secara turut dan patuhi segala suruhan dan larangan-Nya, itulah cara dan kaedahnya manusia Muslim berkawan dengan Tuhan.

Sebab itu jangan ada sesaat pun hati terlalai dengan-Nya, kerana lalai itulah punca utama manusia menuju kepada ingkar dan kesalahan.

Manusia adalah mahluk. Justeru dia mesti bermasyarakat dan berkawan sesama makhluk, dengan cara saling tegur menegur nasihat menasihati. Sesiapa melakukan kesilapan jangan malu menerima tegur nasihat kawannya.

Ketiga, manusia terpaksa berkawan dengan nafsu, kerana nafsu itu kurniaan Allah SWT bersama kejadian dirinya. Tetapi kejadian nafsu seperti yang dijelaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kekufuran dan ketakwaannya." (Surah Asy-Syams ayat 7 dan 8)

Apabila manusia sedar bahawa nafsu sentiasa bersamanya, mereka terpaksa berkawan dengannya. Oleh kerana nafsu diilhamkan Allah SWT jalan berlaku fujur (kufur) dan takwa (taat) kepada Tuhan, maka cara berkawan sentiasa berlawan dan waspada.

Nafsu seperti yang ditegaskan oleh al-Quran menerbitkan dua perkara yang bertentangan, elok (takwa) dan hodoh (fujur). Kedua-duanya sama sama berasal dari nafsu.

Sebahagian ulama menafsirnya bahawa yang cenderung kepada fujur (ingkar) ialah nafsu yang rendah, sementara yang cenderung kepada takwa ialah nafsu jenis akal. Sesuai dengan akal dari minda yang terletak pada tempat tinggi.

Apabila bersahabat dengan seseorang mesti wujud nasihat menasihati, kerana nasihat itu menggerakkan hatinya yang lalai, hingga mengetahui apa yang dia tidak tahu sebelumnya.

Yang demikian adalah bukti kamu betul betul kasihan belas dengannya, sebagai sahabat sejati.

Mat Sabu ingatkan Pemuda PAS: Sekarang bukan zaman slogan! / Nizar / PKFZ

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Wartawan Harakah Terengganu

KEMAMAN: Pemuda merupakan pemimpin masa depan sesebuah negara yang bakal mencorakkan pemerintahannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, mahu tidak mahu generasi muda hari ini bakal memimpin negara dimasa hadapan.

Katanya, apabila mendapat kuasa dan memerintah pelaksanaan lebih penting daripada teori dan slogan.

“Saya berpesan kepada kamu (pemuda). Kamu sekarang ini bukan lagi berada di zaman slogan dan teori tetapi kamu (pemuda) berada di zaman pelaksanaan.

“Bila kita sudah dapat memerintah kita kena tunjuklah. Bagaimana sistem zakatnya, macam kehidupan pemimpin yang dapat kuasa dan sebagainya.

“Dan bukan lagi kita bercakap tentang pemimpin Saidina Umar Abdul Aziz (teori) tetapi peringkat pelaksana,” ujarnya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Himpit 10K 2009, di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman pada 29 Oktober lalu.

Ini kerana, katanya orang bukan Islam telah mula dapat menerima pendekatan Islam dan cara Islam memerintah.

Menurutnya, penyelesaian kepada segala permasalahan kehidupan boleh diselesaikan dengan Islam.

“Sebab itu, orang sudah terima (Islam) sekarang. Ini termasuk orang bukan Islam iaitu Islam sebagai penyelesaian.

“Saya yakin orang Cina, orang India berpotensi besar untuk memeluk Islam dimasa akan datang jika kita (PAS) dapat memperhebatkan (pelaksanaan teori),” jelasnya.

Katanya, apa yang dilakukan itu akan dilihat oleh manusia dimasa akan datang bagaimana kehebatan Islam mentadbir dunia.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang Dipertua PAS Kemaman, Harun Ismail dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan / Zambry / PKFZ /

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik.

“Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya.

“Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu.

Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan.

Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak.

Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar.

Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional.

“Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami.
Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti termasuk Ketua polis Negara sekali.

“Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup kasar kepada kami. Kita boleh buktikan gambar di mana Sivakumar dicekik,” katanya.
-tvselangor-

Pinda ISA, bukan hasrat rakyat-GMI / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 30 Okt:
Gerakan Mansuh ISA (GMI) menegaskan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersandarkan sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tidak mencerminkan sokongan sebenar rakyat Malaysia.

Malah NGO terbabit langsung tidak dilihat mewakili rakyat terbanyak, tetapi mereka adalah penyokong setia dasar kerajaan.

"Kelab Penyokong BN dan BTN (Biro Tata Negara)...mewakili suara rakyat, atau memang pertubuhan yang jelas menyokong dasar-dasar kerajaan dan Umno seperti sokong ISA," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi Harakahdaily.

"Hishamuddin jemput beberapa pertubuhan yang sudah menyokong kerajaan bersama Majlis Peguam Negara. Walaupun Majlis Peguam tidak bersetuju, masih tidak memadai untuk kerajaan putuskan seluruh rakyat sokong ISA."

Ujarnya, sekiranya kerajaan jujur mahu mendengar suara rakyat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewajarnya turut menjemput GMI untuk memberi pandangan tentang akta tersebut.

Ini kerana pertubuhan tersebut sejak tahun 1987 lagi lantang menentang ISA dan layak memberi pandangan tentang akta tersebut.

"GMI bukan sebuah NGO, tapi sebuah gabungan 87 pertubuhan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), badan berkanun Kerajaan, parti-parti politik, badan wanita dan beberapa pertubuhan pelajar," jelasnya.

"Dalam GMI ada JiM (Jamaah Islah Malaysia), keahliannya 10 ribu orang. Parti PAS, PKR, DAP yang bersama GMI semuanya tentang ISA, jika minimum ahli satu juta, bermakna sudah ada lebih tiga juta. Ini baru mencerminkan suara sebenar rakyat."

Tambahnya lagi, Hishamuddin juga sepatutnya memanggil NGO berlatarbelakangkan perundangan dan hak asasi menusia, seperi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Beliau juga menasihatkan Hishamuddin agar melihat bersama beberapa penanda aras yang lain, selain pendirian beberapa NGO terbabit.

"Satu lagi aras tanda, lebih 40 hingga 50 ribu rakyat berhimpun aman desak ISA dimansuhkan pada 1 Ogos lalu, sedangkan penyokongnya (pro ISA) boleh dibilang dengan jari, maksudnya jumlahnya cukup kecil."

"Satu lagi aras tanda, keputusan PRU (pilihan raya umum) lepas, kita (GMI) percaya kempen anti ISA adalah salah satu faktor BN hilang majoriti besar di Parlimen dan hilang empat negeri (Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang) lagi."

Ekoran keputusan Hishamuddin itu juga, Said Ibrahim bercadang mengadakan suatu dialog tergempar di Parlimen demi melobi para Ahli Parlimen menolak draf pindaan ISA kelak.

Semalam, Bernama melaporkan Hishamuddin mahu meminda iSA sahaja, setelah mendapat sokongan dari Kelab Penyokong Barisan Nasional, BTN, Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO).

Hishamuddin juga dilaporkan yakin membentangkan draf pindaan akta itu untuk bacaan pertama dalam sidang parlimen sekarang.

Tegasnya lagi, akta tersebut diperlukan demi mempertahankan keselamatan negara dari ancaman militan dan pengganas.

Sekiranya pindaan pada akta tersebut masih mengekalkan amalan 'tahanan tanpa bicara' bermakna akta tersebut akan kekal diprotes oleh rakyat, termasuk GMI.

Jahat dan berniat jahat / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Zulkifli Sulong

PENDAPAT

Inilah yang dikatakan berniat jahat dan melaksanakan kejahatan itu. Ketika merancang sidang DUN Perak Rabu lepas, Adun dari Pakatan Rakyat diberitahu, mereka akan memasuki DUN tepat jam 9.50 pagi. Sebelum dari mereka, Adun BN akan masuk dahulu kononnya untuk mengelakkan perebutan dan kekecohan.

Namun apabila Adun Pakatan Rakyat mahu memasuki DUN Perak, mereka terpaksa melalui lima check point (tempat pemeriksaan). Di setiap check point ini, polis yang bertugas di situ akan memeriksa setiap Adun berkenaan satu per satu.

Akibatnya, mereka lambat sampai ke DUN Perak. Di sana Adun BN sudah lama menunggu dan sudah memulakan sidang mereka. Speaker DUN, V Sivakumar terpaksa bergelut dan dicekik sehingga jubah speakernya koyak.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan gambar bertajuk "House is half full" (Gambar bawah). Ia cuba menghantar mesej negatif. Adun Pakatan lambat masuk, tidak masuk, tidak ada dalam Dewan dan sebagainya.

Inilah apa yang boleh dinamakan sebagai pakatan jahat antara pihak-pihak yang berkepentingan di Perak.

Image

Jadi tidak terkejutlah kalau Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin amat berang dengan apa yang berlaku sehingga beliau mencadangkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan dengan insiden yang berlaku di Perak.

Nizar ketika ditemui mencerita satu persatu bagaimana usaha yang dibuat beliau untuk memastikan sidang kali ini berjalan dengan lancar. Pihak polis dan beberapa pihak lain juga memberikan jaminan tidak akan campur tangan dan memastikan sidang Dun berjalan dengan lancar.

Namun apa yang berlaku di hari itu amat mengecewakan beliau. Mungkin Nizar dilihat kasar dalam menuntut hak Pakatan Rakyat di Perak namun gesaan beliau agar kedua-duanya meletakkan jawatan amat besar untuk beliau lakukan.

Namun, situasi yang beliau dan rakan-rakannya hadapi 28 Oktober lalu sesuatu yang sememangnya cakap di depan lain, rancang di belakang lain. Semuanya untuk cuba mengambil keberuntungan politik dari gambar yang bakal disiarkan.

Apa perasaan anda apabila melihat gambar yang disiarkan di muka depan akhbar ini. Adalah diyakini, sebagaimana orang lain, anda akan rasa sekurang-kurangnya Adun Pakatan Rakyat tidak masuk ke Dun Perak.

Padahal apa yang berlaku di belakangnya amat menyedihkan. Segala jentera dan aparat kerajaan digunakan sepenuhnya untuk menafikan hak para Adun Pakatan Rakyat yang mewakili dengan sah pengundi masing-masing.

Mereka disekat, diperiksa, dicekik hingga koyak bajunya dan pelbagai usaha lagi. Semuanya bertujuan untuk menunjukkan, Adun Pakatan tidak masuk atau lambat masuk Dun.

Lembaga Disiplin PAS bersidang esok / Nizar / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Okt:
Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.

Pinda ISA, bukan hasrat rakyat-GMI / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 30 Okt:
Gerakan Mansuh ISA (GMI) menegaskan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersandarkan sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tidak mencerminkan sokongan sebenar rakyat Malaysia.

Malah NGO terbabit langsung tidak dilihat mewakili rakyat terbanyak, tetapi mereka adalah penyokong setia dasar kerajaan.

"Kelab Penyokong BN dan BTN (Biro Tata Negara)...mewakili suara rakyat, atau memang pertubuhan yang jelas menyokong dasar-dasar kerajaan dan Umno seperti sokong ISA," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi Harakahdaily.

"Hishamuddin jemput beberapa pertubuhan yang sudah menyokong kerajaan bersama Majlis Peguam Negara. Walaupun Majlis Peguam tidak bersetuju, masih tidak memadai untuk kerajaan putuskan seluruh rakyat sokong ISA."

Ujarnya, sekiranya kerajaan jujur mahu mendengar suara rakyat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewajarnya turut menjemput GMI untuk memberi pandangan tentang akta tersebut.

Ini kerana pertubuhan tersebut sejak tahun 1987 lagi lantang menentang ISA dan layak memberi pandangan tentang akta tersebut.

"GMI bukan sebuah NGO, tapi sebuah gabungan 87 pertubuhan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), badan berkanun Kerajaan, parti-parti politik, badan wanita dan beberapa pertubuhan pelajar," jelasnya.

"Dalam GMI ada JiM (Jamaah Islah Malaysia), keahliannya 10 ribu orang. Parti PAS, PKR, DAP yang bersama GMI semuanya tentang ISA, jika minimum ahli satu juta, bermakna sudah ada lebih tiga juta. Ini baru mencerminkan suara sebenar rakyat."

Tambahnya lagi, Hishamuddin juga sepatutnya memanggil NGO berlatarbelakangkan perundangan dan hak asasi menusia, seperi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Beliau juga menasihatkan Hishamuddin agar melihat bersama beberapa penanda aras yang lain, selain pendirian beberapa NGO terbabit.

"Satu lagi aras tanda, lebih 40 hingga 50 ribu rakyat berhimpun aman desak ISA dimansuhkan pada 1 Ogos lalu, sedangkan penyokongnya (pro ISA) boleh dibilang dengan jari, maksudnya jumlahnya cukup kecil."

"Satu lagi aras tanda, keputusan PRU (pilihan raya umum) lepas, kita (GMI) percaya kempen anti ISA adalah salah satu faktor BN hilang majoriti besar di Parlimen dan hilang empat negeri (Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang) lagi."

Ekoran keputusan Hishamuddin itu juga, Said Ibrahim bercadang mengadakan suatu dialog tergempar di Parlimen demi melobi para Ahli Parlimen menolak draf pindaan ISA kelak.

Semalam, Bernama melaporkan Hishamuddin mahu meminda iSA sahaja, setelah mendapat sokongan dari Kelab Penyokong Barisan Nasional, BTN, Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO).

Hishamuddin juga dilaporkan yakin membentangkan draf pindaan akta itu untuk bacaan pertama dalam sidang parlimen sekarang.

Tegasnya lagi, akta tersebut diperlukan demi mempertahankan keselamatan negara dari ancaman militan dan pengganas.

Sekiranya pindaan pada akta tersebut masih mengekalkan amalan 'tahanan tanpa bicara' bermakna akta tersebut akan kekal diprotes oleh rakyat, termasuk GMI.

DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS

Masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor.

Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing.

"Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?

"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

"Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.

"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP.

"Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor."

Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata:

"Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya."
-malaysiakini.com-

Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah / Nizar / PKFZ

Nasrudin Hassan at Tantawi

Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita. Justeru itu, jangan leng[ukhuwwah+2.jpg]ah, alpa dan bersahaja. Sebaliknya tangkas, tuntas dan cergas. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu bany ak sudut yang boleh kita bersama.

Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah. Sebaliknya, segeralah nyalakan obor persaudaraan [ukhuwwah fillah] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [sejahtera] dan mengharapkan curahan Maghfirah [keampunan]

Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa. Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara, lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini.

Mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita. Sungguhpun demikian, mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [syura] sebagai contoh, adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir.

Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ukhuwwah fillah] dikalangan kita. Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [kasih sayang] dan tasaamuh [tolak ansur] yang tinggi. Jauh dari bayangan hasad dengki, dendam dan khianat.

Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar. Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah, jika pemimpin dan anggota tidak benar-benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya.

Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana. Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya. Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita-cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk, menyelinap dari celah saf pejuang-pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa.

Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah. Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan? lalu, lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian. Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut. Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan. Mentari esok masih sedia menyinar. Terpulang kepada kita, apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah.

Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang. Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti. Hulurkan tangan kalian, kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang. Ayuh, kita hadapi musuh tanpa ragu!

Kita Berbeza............

Aris Awang

Pemuda dan pemudi ku,
Kita berbe
[DSCN0715.JPG]za, yang aku maksudkan 'kita' ialah, jamaah kita, perjuangan kita, halatuj u kita, pembawaan kita, cara berfikir kita berbanding dengan organisasi lain, lebih-lebih lagi parti politik lain di atas muka bumi Malaysia ini.

Ini penting ditekankan semula kepada aku dan kamu semua pemuda dan pemudi ku agar kita tidak terjebak dengan penafsiran yang dilakukan oleh berbagai pihak sehingga kita berfikir bahawa perjuangan kita ini adalah sama seperti parti-parti politik lain yang tidak ada apa-apa tujuan melain untuk tujuan keduniaan dan paling tinggi ialah untuk tujuan kemanusiaan semata-mata. Ingin aku tegaskan bahawa kita tidak begitu perjuangan kita ialah akan membawa merentasi dari dunia ini sehinggalah ke alam kehidupan selepas kematian yang kekal abadi.


Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, tetapi perjuangan yang telah di gariskan didalam perlembagaan kita, yang kita yakini ia disusun dan di bina tanpa ada tujuan lain selain dari menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kesalahan, keganjilan, kefasadan adalah dilakukan oleh manusia yang memimpin atau manusia yang menyertai sesebuah jamaah ini, jamaah tetap mulia dan dihormati selagi perlembagaannya meletakkan asas utama itu.

Pemuda dan pemudiku, rujuklah perlembagaan jamaah, bertanyalah kepada diri sendiri adakah kita masih berada dilandasan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan ataupun kita telah turun dari landasan perlembagaan. Apakah usaha-usaha yang diarahkan oleh perlembagaan telah dilaksanakan oleh kita dengan penuh kesungguhan demi mencapai matlamatnya.

Lihat sahaja usaha yang pertama: Fasal 6. (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. dan (2) Memperjuangankan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Renungilah diri kita sendiri secara sedar dan insaf, setakat manakah 2 usaha diatas telah kita lakukan secara yang maksimum berdasarkan kemampuan kita? Pepatah Melayu mengatakan, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Apakah kita masih bertahan untuk hidup seratus tahun lagi, atau seribu tahun lagi untuk mengelak dari berhadapan dengan Rabul Jalil dan akan ditanya tentang usaha yang telah disepakati bersama sejak 1951, tetapi ianya hanya terabai didalam perlembagaan jamaah seperti terabai ayat-ayat suci Al-Quran di mushafnya sejak penjajahan dunia barat ke atas negara umat Islam, dengan hancurnya tamadun Islam.

Ya, kita berbeza dari organisasi politik lain, jangan hiraukan cubaaan mereka-mereka yang ingin menyamakan perjuangan kita dengan perjuangan parti-parti politik lain, jangan hiraukan mereka yang cuba melunakkan agar kita meninggalkan perjuangan asasi ini, iaitu perjuangan menyambung tugas para nabi dan rasul a.s yang tercatat dalam sejarah amat sedikit bilangan mereka ini yang berjaya memerintah di atas muka bumi ini. Ada yang digergaji sehingga terbelah kepalanya, ada yang dihalau dari negeri asal, ada yang dibunuh mati, ada yang dihina, dicerca dituduh gila, bodoh, tidak bijaksana dan sebagainya.

Dasar PAS ialah Islam, seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. teruskan perjuangan walaupun kita dilihat berbeza dari mereka dengan suatu pandangan anih serta ganjil!

http://arisawang.blogspot.com/