"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Guru wanita laku hubungan seks dengan pelajar

FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS): Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.
Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan 
JENNIFER RIOJAS
seorang pelajar berumur 16 tahun.
Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.
Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.
Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu. 
-Agensi-

ANGIN hujung minggu


Inilah muka-muka yang akan KELUAR selepas masuk ...

Ini pula muka-muka yang mula-mula dulu masuk,lepas tu keluar, sekarang MASUK balik lagi...

ANGIN bertiup kencang kata KJ, busuk-busuk pun musti TIMBALAN MENTERI.

Jawatan dalam kabinet untuk KJ?? Woww!!.. Ini macam sudah kira 'bonus' satu tahun gaji sebab PRU-13 pun sudah start bau, bau yang sangat kuat.

ANGIN yang sama kata, AHMAD MASLAN yang tugasnya sebelum ini sebagai Ketua Penerangan UMNO, yang jaga orang-orang felda supaya jangan maki hamun kerajaan BN/umno, nampak macam telah menjalankan tugas dengan baik dan telah tiba masa KENA BAGI upah dekat dia sebagai MENTERI PENUH.

(sebab tiap-tiap minggu tidur dirumah peneroka felda?? Kah..Kah..Kah..rumah peneroka felda manalah yang bertuah sebab menteri datang tidur..)


ANGIN ini juga kata Ahmad Shabery,Ismail Sabri,Shaziman Mansor,Ng Yen Yen akan di-KELUARkan dan di-MASUKkan pula (gurkah kata recycle semula) Tengku Adnan Mansor dan Azalina Othman.

Memang tepat apa yang gurkah-gurkah politik di'port' kata yang parti umno ini adalah jenis yang keluar masuk,keluar masuk,keluar lagi dan masuk lagi, sambil teringat yang Tun Mahathir pernah kata dekat Anwar Ibrahim pada 1998 dulu..."You pi KELUARq dulu, lepas tu nanti bila-bila you mai MASUK balik". (Kalau Anwar dengar cakap Mahathir, dah tentu dia tak perlu menghabiskan masa di Sungai Buloh)

Lain-lain??! ..... yang lain?? Hisham 'auwww..' disuruh jaga PERTAHANAN.
Paling lewat awal Disember, atau paling cepat pun minggu depan, kita semua bolehlah dengar Najib akan buat pengumuman ini.

dollah yankee - Kita tengoklah nanti bila Tun Mahathir yang sebelah mata pun tak boleh pandang siKJ, tiba-tiba ada post dalam kabinet, maka lagi sakanlah dia nanti gaduh dengan Nazir Razak. 

Keluarga Remaja Musykil Tindakan Polis

PETALING JAYA, 20 NOV: Ibu kepada mangsa yang mati ditembak polis, Nor Hafizah Mad Razali tidak dapat menerima cara kematian anaknya, Mohd Shamil Hafiz Shafie.

Mohd Shamil, 16 tahun adalah antara tiga suspek yang mati ditembak kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam pada pukul 4.15 pagi 13 November lalu.

"Saya tidak dapat terima kematian anak saya,saya lihat tembakkan dikepalanya,begitu tepat dan tembus kebelakang"

Hati seorang ibu dirundung sayu yang tidak berkesudahan apabila mengenangkan esok merupakan hari ulang tahun anaknya yang ke 16.

Kali terakhir Norhafizah bertemu anaknya pada pukul 3.00 pagi ketika berkemas setelah selesai megendalikan perniagaan makanan di kedai Tomyam milik beliau.

Dalam pada itu,datuk mangsa Mad Razali Rahman memberitahu cucunya adalah seorang remaja yang baik dan kesal dengan tindakan polis terhadap cucunya Mohd Shamil.

"Saya memang terlalu rapat dan saya sangat sayang kepada cucu saya dan saya sedih melihat mangsa ditembak tepat dikepala dan didada," tambahnya lagi.
-tvsnews-

PKR Masih Kuat, Penuh Semangat

Mohd Sayuti Omar
Saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.

Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Samad. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaib ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anawar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Zaid sebagai menteri besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya. [wm.kl. 1:30 am 20/11/10]
Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tiak setia dengan parti silalah keluar..
Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.
Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.
Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertah dan menjawa maruah parti.

 
Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.

 
Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.

 
Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.

Suami gay: Enam tahun kahwin tapi masih dara

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.

“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya.
-hmetro-

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.
selangor pkr gathering 201110 swearingMemberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad parti dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah orang berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.

-malaysiakini-

Canselor UNISEL: Rosmah boleh blah


BESTARI JAYA,  20 NOV: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini hari ini.   

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.  

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.  

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor,"katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.  

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.    

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Februari 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Februari depan.   

Sebelum ini pelbagai pihak dan pelajar Unisel mendesak agar Rosmah meletakkan jawatan sebagai Canselor Unisel kerana kelayakannya untuk menerajui gedung ilmu itu.

Pada satu program yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Unisel pada Julai 2009 lepas, seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Cadangan tersebut dibangkitkan pada "Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim" anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya.

Susulan daripada cadangan itu, Dato' Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini mendesak kepada kerajaan negeri itu supaya menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Rosmah Mansor yang didakwanya tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij itu. 
-tvsnews-

BN Terima Anggota Langsung Kerana Takut Kepada Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 20 NOV:  Barisan Nasional (BN) meluluskan pindaan  menerima anggota langsung ke parti itu dalam usaha memulihkan kenyakinan pengundi selepas kalah teruk dalam sejarah pada PRU-12.

Ia pindaan paling besar sejak BN ditubuhkan pada awal 1970-an bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak keanggotaan BN buat kali pertama dalam sejarah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan lima negeri pada pilihan raya umum 2008.

 Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi yang mengadakan mesyuarat pagi ini meluluskan langkah menerima anggota-anggota langsung sistem yang mirip diguna pakai oleh Perikatan awal 1970-an BN memperluaskan keanggotaan pada 1974 dengan menukar nama asalnya Perikatan.

 Najib berkata BN akan memaklumkan perubahan itu kepada Pendaftar Pertubuhan Najib yang juga perdana menteri berkata Datuk Seri S Samy Vellu menghadiri mesyuarat hari ini selaku presiden MIC buat kali terakhir.
Presiden MIC paling lama itu akan melepaskan jawatannya awal Januari ini Pindaan-pindaan lain yang diterima hari ini ialah membolehkan ahli-ahli politik yang tidak memihak mana-mana parti boleh menyertai BN sebagai anggota bersekutu .

Selain itu BN juga akan menubuhkan kelab Rakan Muda BN bagi menarik penyokong berusia antara 18 dan 21 tahun.

"Anggota-anggota langsung tidak akan mempunyai hak mengundi sebagai parti komponen tetapi kami mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang inklusif " kata Najib Najib yang juga Presiden Umno berkata ahli parti komponen yang keluar parti masing-masing tidak akan dibenarkan menyertai BN sebagai anggota langsung .

"Sebagai contoh Datuk Samy Vellu " kata Najib secara berseloroh. Najib juga berkata peraturan baru itu akan dibentangkan pada konvensyennya hujung minggu depan.
-tvsnews-

Kenapa Zaid Di Label 'Orang Jahat' ?

Sejak dipecat dari UMNO tanpa berlengah memohon menjadi ahli seumur hidup PKR bersama keluarganya. Beliau di berikan Keistimewaan di lantik pengerusi PKR Kuala Lumpur dan juga sebagai calun PKR di Hulu Selangor. . Setahun lebih beliau dalam dalam PKR. Apakah sumbangan beliau selama ini untuk memperkasakan parti ?

1) Mempropaganda kan diri beliau sebagai Penyelaras PR yang tiada  jawatan itu dalam PR.

2) Menggunakan Jentera Media songsang UMNO/BeEND yang sebenarnya di boikot oleh PR itu sendiri untuk menghina parti sendiri.

3)  Orang jahat yang baru setahun jagung dalam Parti dan menyuruh DSAI berhenti/berundur  dari berpolitik.

4) Beliau cuba mempengaruhi pemimpin PR yang lain untuk menghuru-harakan parti PKR itu sendiri untuk menyokong idologi beliau.

5)  Beliau manusia yang tidak dapat menerima hakikat yang beliau akan kalah dalam Pemilihan Timbalan Presiden dengan alasan Pemilihan Tidak Telus dan masih tidak dapat memberi bukti untuk menyokong dakwaannya.

6) Apakah Motif beliau untuk keluar pada 16 December sedangkan beliau sudah menghantar permohonan keluar parti pada 19 November?

7)  Semasa mula menyertai Parti beliau berkata ingin membantu parti dan bukan untuk mengejar Jawatan.

Zaid Ibrahim Kalau 'Orang Baik' akan berjumpa dengan kepimpinan tertinggi parti untuk melepaskan segala kehendak nafsu serakah beliau terus kepada MPP dan bukan menyembah Utusan untuk menjahanamkan parti.

Semua orang tahu Zaid sememangnya mampu untuk menubuhkan parti sendiri dan sememangnya beliau memang layak untuk melantik diri sendiri sebagai Presiden Parti yang beliau idamkan.

Silalah keluar dari PKR secepat mungkin dan tubuh Parti Baru anda dan buktikan berapa ramainya pengikut anda seperti yang anda banggkan.

Sementara PKR ..... tanpa membuang masa buangkan lah sampah sarap yang masih membusuk agar segera di cuci.. menjelang PRU 13.

Sudah berapa ramai pemimpin kanan PKR yang sudah keluar parti yang kebanyakan nya 'sedih kuat ' seperti Zaid dan manusia yang telah di beli samaada dengan duit atau maruah mereka seperti yang kita serba maklum.

Apakah sudah puas nafsu dan tembolok manusia seperti Ezam, Zul Kulim, Wee Che Keong dan spesis yang lain setelah mengkhianati amanah rakyat....? 

Media pencacai umno memfitnah PKR menunnjukkan PKR masih di geruni mereka.... kalau tidak apakah jadahnya mereka bersusah payah membuat fitnah setiap hari.......? di bantu oleh Orang2 Jahat dalam PKR itu sendiri. Ini lah modal terdesak akhir umno untuk melingkupkan PKR. Nasihat APCO semakin menjadi-jadi

Kes Sime Darby: Siapa bakal didakwa?


 Izmas
Syarikat konglomerat negara, Sime Darby akan mengambil tindakan undang-undang pada hujung tahun ini terhadap beberapa individu untuk mendapatkan semula RM2.1 billion kerugian besar yang dialami akibat salah tadbir dan salah laku dalam bahagian tenaga dan kemudahan awam (energy and utilities - E&U).

Pengurusan Sime Darby telah mengenal pasti beberapa nama individu yang terlibat dalam skandal itu. Menurut sumber, beberapa pengurus kanan dan pengarah dalam bahagian E&U bakal didakwa di samping segelintir "ikan jerung" yang juga akan dipanggil sebagai saksi. Pengurusan di bahagaian itu didakwa menjalankan perniagaan melibatkan lebihan kos (over run cost) yang disangsikan menyebabkan Sime Darby kerugian besar dalam perniagaan baharu yang sepatutnya tidak mereka terokai.

Pengurusan atasan Sime Darby turut dipersalahkan kerana membuat keputusan menerokai perniagaan baharu tenaga yang bukan menjadi keutamaannya. Sepatutnya pihak pengurusan fokus kepada enam perniagaan teras (core businesses) yang menjadi perniagaan asalnya seperti perladangan, hartanah, automotif, perindustrian dan penjagaan kesihatan.

Syarikat konglomerat negara itu mengalami kerugian besar RM2.1 billion dalam perniagaan bahagian E&U yang dicatatkan dalam kira-kira kewangan tahunan Jun lalu yang menyaksikan ketua eksekuitfnya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zubair Mursyid dinasihatkan bercuti (dalam bahasa halus diminta melepaskan jawatan).

Menurut pemangku ketua eksekutif Sime Darby yang baru dilantik, Datuk Mohd Bakke Salleh, pihak pengurusan terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah demi untuk mendapatkan semula wang kerugian yang dialami syarikat dan mendakwa mereka yang benat-benar terlibat. Beliau menyerahkan skandal itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan siasatan lanjut.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam selepas mesyuarat tahunan syarikat bersetuju, urusan salah laku dan salah tadbir yang melibatkan jenayah bukan lagi urusan syarikat sebaliknya sudah diserahkan sepenuhnya kepada SPRM dan SC untuk bertindak sewajarnya.

Juru audit bebas KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Sdn Bhd dan sebuah firma guaman sudah dilantik bagi melihat dan menyiasat situasi sebenar yang berlaku dalam empat projek besar termasuk empangan Bakun yang dikatakan mengalami kerugian luar biasa akibat lebihan kos. Pengurusan atasan Sime Darby dikatakan salah membuat perhitungan dengan terlibat dalam projek empangan Bakun yang menurut penganalisis ekonomi sangat berisiko tinggi.

Akibat kerugian besar syarikat, pemilik saham dalam mesyuarat tahunan telah mengambil keputusan drastik melantik lima pengarah baharu. Seorang pengarah lama meletak jawatan secara sukarela sementara enam lagi tidak mencalonkan diri untuk dilantik semula. Pengerusi jawatankuasa audit, juga salah seorang pengarah jawatankuasa Risk (pernilai risiko perniagaan) dalam syarikat, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Enjin bas meletup: Jatuh dalam lubang berapi

PARAH...Nurzilawati melecur 26 peratus dari bahagian pinggang ke bawah.
PARAH...Nurzilawati melecur 26 peratus dari bahagian pinggang ke bawah.
KUALA LUMPUR: Tiga pelajar kolej kejururawatan cedera, dua melecur teruk selepas enjin bas dinaiki tiba-tiba meletup menyebabkan mereka terjatuh ke dalam ‘lubang berapi’ di bahagian enjin yang terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini, ketiga-tiga mangsa jatuh ke dalam lubang itu sejurus lantai bas berkenaan runtuh akibat letupan yang berlaku.

Ketika kejadian bas itu berhenti di persimpangan lampu isyarat dan ketiga-tiga mangsa yang dalam perjalanan pulang ke asrama di Subang Bestari, dekat sini, selepas membeli-belah di ibu kota sempena cuti Aidiladha, duduk di kerusi paling belakang.

Seorang mangsa, Nurzilawati Hussin, 20, berkata sedang rancak berbual, enjin bas di bawah lantai tempat mereka duduk tiba-tiba meletup, menyebabkan dia terus terperosok masuk ke bahagian enjin.

“Kejadian berlaku sekelip mata dan api menyambar kaki serta baju kurung dipakai saya hingga paras punggung. Dalam keadaan cemas itu saya sempat ditarik keluar rakan ke tempat selamat.
Jatuh dalam lubang berapi
“Dalam keadaan terbaring kesakitan di tepi jalan, seorang lelaki yang simpati mencurahkan air ke kaki saya yang panas akibat terbakar,” katanya.

Nurzilawati dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan melecur dialaminya serius dan memerlukan pembedahan segera.

“Doktor memberitahu hampir 26 peratus tubuh saya melecur. Malah saya terpaksa menjalani pembedahan lebih tiga jam pagi tadi (semalam) memulihkan kulit melecur teruk,” katanya.

Menurutnya, dia belum lagi memaklumkan kejadian menimpanya kepada ibu bapanya di Batu Rakit, Terengganu kerana bimbang mereka sukar menerimanya.

“Saya sedih kerana kecederaan yang saya alami menyebabkan saya tidak dapat menduduki peperiksaan kolej bakal bermula 13 Disember depan.

“Saya mungkin terpaksa mengulangi semula semester ini dan membayar yuran kira-kira RM10,000. Itu satu lagi beban kerana bapa saya hanya bekerja sebagai penjual sate,” kata Nurzilawati.

Menurutnya, kesan kebakaran itu menyebabkan kulit bahagian punggung hingga tapak kakinya sakit seperti dihiris benda tajam selain menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Dia yang cedera paling teruk berbanding dua rakan lain mendakwa memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Seorang lagi mangsa, Nur Nadia Husna Arshad, 20, turut melecur 11 peratus dari paha ke bawah.

Menurutnya, sebelum enjin bas itu meletup dia bersama Nurzilawati dan seorang lagi kawan, Nur Aisyah Abd Samad, 20, duduk di kerusi belakang bas dengan penutup enjin terletak berdekatan kaki mereka.

“Sebaik bas berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, enjin bas tiba-tiba meletup dan mengeluarkan percikan api sebelum asap memenuhi bas.

“Kami bertiga kelam-kabut selamatkan diri dan saya tidak boleh melihat dengan jelas. Ketika hendak lari ke pintu bas, saya terjerumus ke dalam lubang di lantai bas.

“Saya terperosok di bahagian enjin hingga paras pinggang mengakibatkan kedua-dua kaki sangat pedih akibat terkena wap panas dan percikan api,” katanya yang ditemui di PPUM, semalam.

Nur Nadia berkata, selepas jatuh dia menguatkan diri keluar dari lubang itu dan merangkak ke pintu bas sebelum Nur Aisyah memapahnya keluar.

“Doktor beritahu saya perlu masa tiga hingga empat minggu untuk pulih, itupun jika menggunakan ubat khas yang agak mahal kosnya dan perlu dibayar tunai.

“Wakil syarikat bas datang melawat dan berjanji menanggung segala kos. Kalau benar saya harap mereka dapat bayar segera kerana saya ingin menduduki peperiksaan Disember ini,” katanya.

Sementara itu, Nur Aisyah yang dibenarkan keluar berikutan hanya melecur di tapak kaki kanan pula berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka selamat walaupun berdepan insiden paling bahaya pernah mereka alami.
-hmetro-