"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


11 cedera, pengebom bunuh diri sasar Makkah

Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah cedera selepas seorang pengebom nekad menjadikan kota suci Makkah sebagai sasaran meletupkan dirinya, kata kementerian dalam negeri.

Kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

AFP memetik jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, yang memberitahu televisyen Saudi, polis menggagalkan rancangan lelaki itu yang cuba menjadikan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat sebagai sasaran.

Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.

"Dia mula menembak ke arah anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Tembakan berlaku sebelum dia meletupkan diri," kata Turki.

Letupan itu menyebabkan sebahagiannya bangunan tempat suspek berlindung runtuh, mencederakan enam jemaah, kata Turki.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi sering berdepan pengeboman berkala dan tembakan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Daesh.

Akhir Ramadan lalu, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

Ia antara satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif.
-malaysiakini

40 Ribu Orang Masuk Islam Setelah Penghina Nabi Muhammad Tewas Digigit Anjing

Islamedia - Orang-orang Nasrani itu bersuka cita. Mereka meluapkan kegembiraannya karena Pemimpin Mongol yang tadinya beragama Islam kini murtad.

Dalam perayaan yang dihadiri para tokoh Nasrani itu, tampillah seorang pendeta. Dengan segagah mungkin, ia ingin tampil mengkesima semua mata yang tertuju padanya. Ia juga ingin menguatkan pendirian sang raja. Agar tetap dalam kemurtadannya, dan tak sedikitpun melirik kembali agama Islamnya.

Dalam ceramahnya, pendeta itu menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Baru beberapa ucapan, tiba-tiba seekor anjing pemburu yang terikat di arena itu menyalak keras. Orang-orang terkejut. Tapi belum hilang keterkejutan itu, dengan cepat anjing tersebut lepas dari ikatannya dan berlari mencakar wajah pendeta. Masih beruntung, orang-orang di sekitar pendeta itu berhasil menghentikan aksi anjing tersebut.

“Itu pasti gara-gara engkau mencela Nabi Muhammad, karena itu anjing ini marah dan menyerangmu,” orang-orang mengingatkan sang pendeta yang kini wajahnya terluka.

“Oh, tidak. Anjing ini hanya salah merespon. Ia mungkin terkejut dan mengira isyarat tanganku tadi hendak menyerangnya,” sergah sang pendeta.

Ia pun kemudian bersiap melanjutkan kembali ceramahnya. Tak kapok, ia mulai menghina Nabi Muhammad lagi. Baru terucap beberapa kata-kata keji tentang Rasulullah, anjing tadi berontak dan lepas dari ikatan. Secepat kilat, ia menyambar leher pendeta dan merobek dadanya. Seketika pendeta itu roboh. Tak lagi bernyawa.

Teriakan histeris segera terdengar. Ada yang takut, pasti. Tetapi lebih banyak lagi yang merenungi peristiwa ini. Tidak mungkin ini kebetulan saja. Tidak mungkin anjing itu menyerang dua kali pada saat Nabi dihina kecuali ia digerakkan oleh Dzat yang Maha Kuasa. Akhir riwayat sang pendeta, secara dhahir, memang akibat dikoyak anjing. Tapi di balik itu, sesungguhnya kematian dengan cara mengerikan itu adalah adzab dari Dzat yang tidak ridha Muhammad dihina.

Siapa Dzat itu kalau bukan Allah? Siapa yang kuasa melakukan hal itu kalau bukan Rabb yang mengutus Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam? Maka, mereka pun kemudian berbondong-bondong masuk Islam.

“Karena kejadian ini,” tutur Ibnu Hajar Al Asqalani seperti ditulis Imam Adz Dzahabi dalam Mu’jamus Syuyuukh, “40 ribu orang Mongol masuk Islam.” Allahu akbar!

sumber : Kisahikmah.com

Peluang PH kuasai Putrajaya lebih cerah dengan PPBM dan Tun Mahathir

MALAYSIA DATELINE

Dr Dzulkefly Ahmad

Pakatan Harapan mempunyai peluang cerah untuk menggantikan BN di Putrajaya dengan kehadiran Parti Bersatu Bumiputera Malaysia (PPBM) manakala Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memecah kebuntuan menjelaskan isu-isu kritikal negara seperti 1MDB, kleptokrasi dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam wawancara dengan akhbar dwimingguan The Edge, Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkifli Ahmad berkata, kehadiran PPBM dalam pakatan pembangkang menjadi 'pemutus litar' (circuit breaker) terhadap isu-isu yang dahulunya dianggap sebagai 'isu pembangkang'.

"Maklumat yang dahulunya tidak dipercayai rakyat kerana datang daripada pembangkang kini mudah dipercayai apabila Mahathir dan PPBM di dalam pasukan kami.

"1MDB sebagai contoh bukan lagi menjadi mesej pembangkang, ia telah menjadi mesej rakyat. Mereka bukanlah memahami sangat mesej itu, tetapi apabila ianya datang daripada seseorang yang telah menerajui negara selama 22 tahun, mesej itu - termasuk kos sara hidup dan isu-isu ekonomi menjadi begitu kuat, mudah dan boleh difahami oleh semua," katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, rakyat kini dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi dan khuatir tentang gaji mereka berbanding tekanan inflasi.

Kejatuhan nilai ringgit sehingga 22 peratus dalam tempoh dua tahun, katanya menambah buruk keadaan apatah lagi negara banyak mengimport barangan makanan termasuk barang keperluan asas.

"Berhubung isu kaum dan agama, mengapa jurangnya semakin dalam? Mengapa ia diperbesarkan? Kita mesti menyelesaikannya secara berhadapan dan tidak menyapunya di bawah tikar. Adalah mengecewakan apabila Umno dan Pas menggunakan isu kaum dan agama," ujarnya.

Mengulas tentang kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan, Dr Dzulkefly berkata posisi Amanah di atas premis Islam yang progresif dan inklusif telah menggantikan posisi yang secara tradisinya diambil Pas (dalam pakatan pembangkang).

Ini katanya secara kebetulan menyentuh tentang keprihatinan masyarakat bukan Islam terhadap Pas dalam pakatan pembangkang apatah lagi Pas kini sudah kehilangan sokongan pengundi teras kaum Cina, India dan masyarakat Melayu bandar yang diperolehi pada PRU 2008 dan 2013.

Menurut beliau, sokongan masyarakat Cina, India dan Melayu bandar kini telah beralih kepada Amanah dan berasaskan faktor ini, Amanah yakin boleh memainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan.

Video: Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang nafi Dan basuh Nasrudin Hassan "

Setelah Masuk Islam, Cucu Nelson Mandela Larang Penjualan Khamr


AFRIKA SELATAN: Cucu Nelson Mandela, yang telah masuk Islam dikabarkan telah membuat marah warga desa sekitar rumahnya di Afrika Selatan. Pasalnya, ia gencar melakukan kampanye untuk melarang penjualan khamr, Heatst melaporkan pada Selasa (31/1/2017).

Mandla Mandela, 42, adalah cucu tertua Nelson Mandela dan didaulat sebagai kepala daerah mayoritas Kristen di Mvezo Provinsi Eastern Cape sepeninggal kakeknya pada 2007. Mandla telah menjadi seorang Muslim sebelum menikah dengan istrinya, Rabia Clarke pada Februari 2016 silam.

Sejak itu, Mandla telah menginformasikan kepada bar dan pub lokal untuk tidak menjual minuman beralkohol di wilayahnya. Truk pembawa pasokan yang menjadi distributor khamr juga telah dicegah untuk menyebarkan minuman haram tersebut di wilayahnya.

Seorang pengacara yang mewakili Mandla mengatakan aturan baru ini tidak dibuat untuk alasan agama, namun karena efek destruktif, yakni alkohol bisa merusak keharmonisan keluarga.

Mandla Mandela mengatakan pada tahun 2016 silam bahwa alkohol telah membunuh ayahnya sendiri, yang meninggal karena penyakit yang terkait AIDS pada tahun 2005.

“Salah satu penyebab langsung atau pengaruh dari kematiannya adalah karena alkohol. Ayah mengatakan kepada saya dan Ndaba [adik Mandla] bahwa kami harus melihat ayah kami sebagai contoh bahwa alkohol sangat buruk. Karenanya kami tidak boleh minum alkohol,”
-Islampos

Mufti lawat pekerja seks, pengguna dadah (Gambar)


Sebahagian masyarakat mungkin memandang rendah dan jijik kepada mereka, tetapi tidak bagi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.

Dr Zulkifli hari ini mengadakan lawatan ke Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia yang menempatkan pengguna dadah, pekerja seks, transgender dan bekas banduan.

Menceritakan ziarah berkenaan, aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi berkata, kehadiran Dr Zulkifli ke persatuan itu menyebabkan kejutan di kalangan penghuninya.

"Bila dia sampai, semua tengah baring-baring. Saya waktu jemput Datuk mufti tak bagitau siapa-siapa pun kecuali staffIkhlas sebab nak surprise.

"Betul, sesetengah terkejut melihatnya. Ada yang salam cium tangan. Ada yang mata merah tak habis-habis ucap terima kasih sebab datang. Masih ada yang sayang.

"(Bila) Mufti tanya, puasa tak hari ni? "Takkkk" jawab sesetengah mereka dengan kuat. Hadoyy," tulis Syed Azmi di laman Facebooknya.

Menurut Syed Azmi, kedatangan Dr Zulkifli ke pusat yang terletak di Chow Kit itu disusuli dengan sesi tazkirah dan bertanyakan soalan. Malah mereka juga bersolat jemaah bersama dengan berimamkan Dr Zulkifli.

"Kesemua mereka duduk bersila dan rapat rapat. Betul-betul pemandangan luar biasa. Beliau membuka sesi Q & A. Mereka bercakap mengenai orang yang memandang rendah pada mereka.

"Saya benar-benar tersentuh apabila mufti mohon ampun bagi pihak umat Islam lain yang memperlakukan mereka dengan buruk. Datuk mufti memberi duit raya dan mengimamkan solat Zuhur. Mengagumkan," cerita Syed Azmi.

Menerusi Facebook, Syed Azmi berkongsikan gambar-gambar kedatangan Dr Zulkifli ke pusat itu.

"Foto-foto ini bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi lebih penting adalah seseorang seperti tuan mufti boleh datang dan bersama orang-orang ni, siapa saya nak menghukum.

"Saya suka bila dia tanya nama setiap orang dan dari mana mereka datang. Seorang wanita sedih sangat bila dapat duit raya. Itu memang saya terasa," luahnya.

Syed Azmi turut menegaskan bahawa penghuni di pusat itu masih beragama Islam dan meminta masyarakat membantu persatuan itu dengan memberikan sokongan kepada mereka.

"Akidah mereka masih utuh dan mereka perlukan sokongan. Sila hubungi 03-40511211 jika anda ingin bertanya apa-apa. Ia bukan tentang saya, ini adalah tentang rakan-rakan muslim saya yang mahukan kasih sayang," kata Syed Azmi.




"Kami sayang mereka kerana Allah'

Sementara itu, Dr Zulkifli menerusi status di Facebooknya mengakui tersentuh hati melihat penghuni Ikhlas ketika melawat mereka.

"Alhamdulillah, petang tadi diizinkanNya menziarahi Pusat Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia. Sebuah pusat komuniti yang menghimpunkan sebahagian gelandangan, transgender, pekerja seks dan bekas banduan di Chow Kit, KL.

"Hati mana yang tidak tersentuh melihat mereka yang dipandang serong dan hina oleh masyarakat, berpusu-pusu bersalam dengan kami. Nampak jelas riak teruja dan terharu di wajah mereka semasa kehadiran kami ke sana.

"Jauh dalam benak hati mereka, terpancar 1001 sinar harapan untuk mereka dibimbing dan dapat merasai nikmat hidup dalam masyarakat arus perdana," kata Dr Zukkilfi.

Menurutnya, ramai penghuni pusat komuniti itu meluahkan perasaan dan kecewa kerana dipulau oleh masyarakat.

"Kami mewakili umat Islam yang lain dengan sejujurnya memohon maaf atas sikap-sikap yang tidak menyenangkan oleh segelintir umat Islam kepada komuniti ini," ujarnya.

Menurutnya, ziarah ke pusat komuntiti seumpama itu tidak akan dihentikan dan bukan kali yang terakhir.

"Akan ada tindakan susulan untuk membimbing mereka ke arah yang diredaiNya. Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah. Terima kasih Tuan Syed Azmi yang mengaturkan ziarah mengejut ini," jelasnya.
-malaysiakini

Gabungan semula Anwar-Mahathir bakal cetus sokongan majoriti, kata Husam

ZIKRI ABDULLAH
Kejayaan usaha menggabungkan semula kepimpinan Tun Dr.Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik sokongan besar bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14

Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata majoriti rakyat berbilang kaum akan memberi kepercayaan kepada dua tokoh ini untuk menyelamatkan negara.

"Ramai tidak menduga pengabungan semula ini boleh berlaku.

"Semua perlu meraikan pengorbanan kedua-dua pihak yang sanggup melupakan sejarah lama demi kepentingan rakyat dan negara," katanya di majlis tadabbur al-Quran dan simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan  di Pasir Mas semalam.

Perkara paling penting bagi gabungan Pakatan Harapan sekarang katanya adalah mengutamakan tindakan berasaskan keputusan bersama.

"Bila semua kita bertindak secara bersama, segala yang dirancang akan dapat dicapai," katanya.

Pada majlis itu pimpinan semua parti dalam Pakatan Harapan peringkat negeri turut sama menjalani simulasi Aidilfitri yang bakal digunakan pada hari raya nanti.

Tidak pelik PAS mahu rujuk dengan PKR

Amanah tidak pelik PAS kembali sudi bersama PKR, PPBM
Faiz Zainudin
KUALA LUMPUR: Amanah tidak pelik PAS sekali lagi mengubah pendirian mereka berhubung kerjasama dengan PKR dan PPBM.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata sikap tiada berpendirian tetap sudah sinonim dengan pimpinan bekas partinya sekarang.

“PAS boleh buat keputusan hari ini, kemudian esok berubah, jadi saya tak pelik dengan ‘flip flop’ yang menjadi amalan pemimpin PAS hari ini,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.

Beliau mengulas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Gagasan Sejahtera masih terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanapun PKR dan PPBM perlu memutuskan hubungan Amanah dan DAP, tambahnya.
PKR dan PPBM serta DAP dan Amanah menganggotai Pakatan Harapan.

PAS mewujudkan Gagasan Sejahtera, yang dianggotai parti kecil seperti Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Parti Cinta Malaysia dilaporkan berminat untuk menyertai pakatan itu.

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama hampir 18 tahun dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 12 Februari menutup kerjasama dengan PPBM, dengan alasan mereka tidak mahu bekerjasam dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015. Amanah ditubuhkan bekas pemimpin veteran parti itu selepas tewas pada pemilihan parti tahun itu.

Dalam sidang media sama, Salahuddin memaklumkan senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan akan diumumkan selepas sambutan hari raya.

Ini kerana mereka gagal mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan barisan kepimpinan PH sebelum Aidilfitri.

“Kita tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat beberapa hari ini kerana hari raya akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata Majlis Presiden PH akan kembali bermesyuarat mengenai senarai kepimpinan pakatan dan logo bersama mereka selepas sambutan hari raya.

Sebelum ini Salahuddin berkata barisan penuh pimpinan PH akan diumumkan sebelum hari raya memandangkan gabungan itu sedang memperkemaskan senarai ahli jawatankuasa dan melakukan sentuhan terakhir ke atas logo PH.

Ini sebabnya pemandu van putih serang jemaah masjid masih hidup

FMT Reporters

PETALING JAYA: Serangan ke atas sekumpulan umat Islam yang baru selesai solat tarawih di London semalam mungkin merebak dan tidak terkawal, kalau bukan kerana tindakan pantas seorang imam masjid berdekatan yang merayu supaya penyerang tidak diapa-apakan.

Mohammed Mahmoud, imam di Pusat Kebajikan Islam di Finsbury Park di utara London, berkata beliau baru selesai mengimami solat apabila seorang pemuda meluru masuk memberitahu jemaah sebuah van putih sengaja merempuh orang ramai.

Di luar masjid, sekumpulan orang awam sudah pun menangkap pemandu van itu, Darren Osborne, lelaki tempatan berusia 47 tahun yang menyebabkan seorang terbunuh dan 11 lagi cedera.

Saksi berkata Osborne menjerit “I’m going to kill all Muslims” (Saya akan bunuh semua orang Islam) ketika merempuh vannya ke arah orang ramai di kaki jalan, sejurus selepas solat tarawih sekitar 11.30 malam. Dia menganggap tindakan itu adalah sebagai membalas serangan dilakukan 3 lelaki Islam di pusat bandar raya London pada 4 Jun, yang meragut 8 nyawa.

Lelaki itu hampir pasti dibelasah orang ramai yang mengepungnya kalau bukan rayuan Mahmoud yang cuba meredakan kemarahan.

Sesetengah daripada mereka sudah mula membelasah dan menendang lelaki itu yang terbaring di atas jalan.

Seorang pemilik kafe berdekatan yang menjadi saksi kejadian itu memberitahu akhbar The Guardian: “Imam tiba dari masjid dan berkata, ‘Dengar, kita berpuasa, ini bulan Ramadan, kita dilarang bertindak sebegini. Tolong berundur’,” katanya.

“Itu sebabnya lelaki itu masih hidup pada hari ini. Itu sahaja sebabnya. Kalau bukan kerana imam itu, dia tidak ada lagi.”

Tindakan Mahmoud menerima pujian ramai, termasuk Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

“Bila keadaan tidak terkawal, dan kita memahaminya, Imam Mohammed menenangkan situasi dan memastikan keadilan boleh dan perlu dicari menggunakan saluran betul,” Sadiq memberitahu Sky News.

Sementara itu, imam tersebut berkata beliau turut dibantu oleh orang lain.

“Saya bukan sendiri, ada sekumpulan lain. Mereka tenang dan berjaya menenteramkan orang ramai dan memadamkan api kemarahan yang mungkin mencetuskan huru hara kalau bukan campurtangan mereka ini yang bersikap matang,” kata Mahmoud kepada pemberita.

Insiden semalam adalah peristiwa berdarah ke-3 di London sejak permulaan Ramadan, selepas serangan pengganas di pusat bandar itu dan kebakaran pangsapuri Grenfell Tower di utara Kensington yang setakat ini dipercayai meragut lebih 50 nyawa.

Pasangan buat seks dalam kereta maut terjunam tasik

Gara-gara terlalu asyik melakukan seks di dalam kereta, sepasang kekasih maut selepas kenderaan mereka bergerak ke depan tanpa disedari lalu meluncur masuk ke dalam tasik.

Mayat pasangan itu, Evgeny Chernov dan Yana Kryuchkova ditemui di tempat belakang kereta terbabit yang tenggelam di dalam sebuah tasik di wilayah Volograd, Rusia.

Mereka dikatakan terperangkap dan tidak dapat keluar dari kereta jenis SUV itu.

Kedua-duanya berusia 22 tahun. Pasangan tersebut dikatakan telah memberhentikan kenderaan yang dinaiki di tepi tasik itu dan meletakkan gear N.

Namun disebabkan pergerakan ketika melakukan seks, kereta itu telah meluncur ke dalam tasik.

Mayat mereka ditemui setelah keluarga masing-masing membuat laporan polis selepas pasangan itu gagal pulang ke rumah.
-kualalumpurpost

'PAS ibarat orang main dam aji kalih tudung botol'

ARIF ATAN
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan pendirian Pas termasuk terbaharu berhubung kerjasama dengan PKR seperti 'orang main dam aji kalih tudung botol'.
Zolkharnain Abidin
Hal ini ujarnya dapat dilihat pada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini yang mendakwa parti yang tidak berpayung di bawah Pakatan Harapan itu terbuka untuk kerjasama dengan PKR.

"Tak sampai dua bulan, pendirian Pas berubah terhadap Keadilan. Sebelum ini, timbul urat leher pemimpin Pas beritahu, Pas lebih kuat dan sanggup berdepan sesiapa saja secara bersendirian.

"Akhirnya, tak sampai dua bulan Pas mengaku kalah. Pas sedar bersendirian masuk pilihan raya maksudnya bersendirian jugalah ia menggali kuburnya sendiri," bidasnya dipetik dari catatan beliau di Facebook hari ini.

Untuk rekod, Dewan Ulama Pas meluluskan usul putus hubungan dengan PKR pada 27 April lalu yang kemudian disahkan Majlis Syura parti itu pada 11 Mei.

Walau bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan semalam berkata, Pas 'membuka ruang pada semua' kecuali DAP dan Amanah bahkan meyakini gabungan partinya bersama PKR dan Bersatu berpotensi untuk menumbangkan BN.

Sehubungan itu, Zolkharnain melihat Pas tidak tetap pendirian bahkan menjual prinsip memandangkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut bertegas tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan Amanah dan DAP.

"Sebelum itu lagi, bukan main tegas Pas pasakkan pendirian tak akan bekerjasama dgn mana-mana parti yg bekerjasama dgn DAP dan Amanah.

"Keadilan bukan parti Islam tapi parti sekular pragmatik. Demikian label Pas kepada Keadilan. Kini, semuanya berkalih macam orang main dam aji kalih tudung botol. Tiada pilihan, kalih pun kalihlah, asalkan boleh main dam politik kluk klek," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis berpendapat perkataan dasar Islam dalam perlembagaan parti bulan itu seperti asap setanggi untuk menutup bau sebenar 'rumahtangga' Pas.

"Minggu lepas, perjuangan ini demi agama, minggu ini perjuangan ini demi undi. Tahun lalu, kita akan berjuang bersendirian demi prinsip. Tahun ini, kita terbuka untuk berkawan. Dah jual prinsip? Lidah bergulung, bahkan bercabang juga.

"Pas sebenarnya tidak konsisten dengan pendirian politiknya. Di dalam bilik-bilik rumah Pas ada kain pelikat dan serban tak berbasuh, ada lampin tidak berbuang dan ada longgokan sampah yang berulat. Bau setanggi dasar Pas menutup semua bau hapak itu," selarnya.

Namun, jelasnya, bau setanggi berkenaan pada masa ini semakin tewas dengan bau hapak itu menyebabkan pemimpin Pas kelam-kabut memanggil orang itu dan orang ini untuk bersamanya, kononnya menikmati bau setanggi.

"Padahal dari jauh orang sudah terbau hapaknya. PPBM (Bersatu) juga diajaknya, padahal sebelum ini mereka menolak Tun Mahathir yang kini mengetuai PPBM. Semua buruk Tun M diungkit. Tapi kini? Boleh berkirakah politik hapak sebegini?" soalnya.

Mengakui hak Pas untuk menyusun langkah politiknya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, Ustaz Zolkharnain mengingatkan supaya rakyat perlu diberitahu tentang sikap parti tersebut.

"Parti politik seperti Pas bukanlah parti yang sesuai untuk menjadi platform kepada aktivis politik bermaruah. Parti itu hanya sesuai untuk mereka yang suka beretorik dan bergurindam politik," tegas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan selepas Pilihan Raya Umum 1999 itu lagi.

Balasan buat perogol


TUJUH lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dipenjara antara 18 hingga 22 tahun dan dikenakan enam hingga 16 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dua gadis berusia 17 dan 15 tahun secara beramai-ramai di Ketereh, Kota Bharu, tiga tahun lalu.

Hakim Adli Ab Ghalib membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Muhmed Azroel Hassan, 26, Mohamad Faiz Azahan, 24, dan Che Azuan Che Hassan, 32, masing-masing dipenjara 22 tahun dan 16 sebatan manakala dua lagi tertuduh, Eris Che Azmi, 21, Che Muhamad Farhan Isyrif Che Mat, 21, masing-masing dipenjara 22 tahun dan lapan sebatan.

Dua lagi tertuduh Muhamad Adib Che Harun, 20, dan seorang remaja bawah umur berusia 17 tahun masing-masing dipenjara 18 tahun dan enam sebatan.

Mengikut pertuduhan, enam tertuduh didakwa merogol dua mangsa yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, antara 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Muhmed Azroel, Mohamad Faiz dan Che Azuan didakwa merogol kedua-dua mangsa manakala Eris, Che Muhamad Farhan Isyrif dan remaja bawah umur itu didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhamad Adib didakwa merogol mangsa sama berusia 15 tahun di satu lagi lokasi lain di sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama antara 2 hingga 3.30 pagi, 21 Mei 2014.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala semua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri, Mohd Zubairi Salleh dan Nik Nazhriq Nik Nazman.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol dalam kejadian 7.30 malam pada 20 Mei 2014.
Tujuh lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun dipenjara antara 18 hingga 22 tahun dan dikenakan enam hingga 16 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dua gadis berusia 15 dan 17 tahun secara beramai-ramai di Ketereh, pada 2014 lalu. FOTO Zaman Huri Isa© Provided by Media Prima Tujuh lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun dipenjara antara 18 hingga 22 tahun dan dikenakan enam hingga 16 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol…

Sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.

Pelajar itu mendapatkan bantuan seorang rakan lelaki yang mempunyai motosikal untuk mengambilnya sebelum menjemput rakannya di Ketereh.
-hmetro

Kaitkan dengan komunis: Amanah tegas saman Bendahari Pas Pusat

Posting Razman Zakaria
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengemukakan saman fitnah terhadap Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya Pas Perak berhubung dakwaan beliau kononnya Amanah ditubuhkan sebagai 'proksi DAP'.

Beberapa hari ini, gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya tular semula di media sosial.

Gambar itu difahamkan dimuat naik oleh Razman tahun lalu sebelum beliau sekali lagi mengulas berhubung gambar itu di Facebooknya semalam.

Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.
Pc Hanipa Maidin
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.

"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.

Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.

"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.

Beliau juga berkata, DAP juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.

"Dari segi undang-undang DAP boleh saman jika mereka mahu kerana tuurt dikaitkan dalam fitnah ini," katanya.

Razman juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Pada tahun 2015, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP.

'Apasal lari kalau tak salah?': Tetak nenek, cucuh isteri dengan bara api

Nurul Nadira Shaari
KUANTAN: Seorang lelaki Orang Asli menetak neneknya sehingga mati dan mencederakan isteri dengan bara api di Kampung Pagar, Lipis pagi semalam selepas berang apabila diajak berjumpa Tok Batin untuk menerima rawatan.

Dalam kejadian jam 8 pagi, suspek berusia 32 tahun yang dikatakan mengalami gangguan mental, menetak neneknya berusia 76 tahun selepas diajak berjumpa Tok Batin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal polis mendapati suspek terlebih dahulu mencederakan muka isterinya berusia 21 tahun menggunakan bara api sebelum pergi ke rumah neneknya untuk meminta makanan.

"Apabila mangsa memberitahu tiada makanan di rumahnya dan ingin membawa suspek berjumpa Tok Batin untuk rawatan, suspek bertindak ganas dengan mengambil parang dari rumah itu sebelum menetak leher mangsa.

"Akibat tetakan itu mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini, pagi tadi.

Azry Akmar berkata, suspek kemudian pulang ke rumah dan berlaku pergelutan dengan bapa mentuanya menyebabkan lelaki berusia 56 tahun itu cedera di belakang badan dan leher.

Katanya, suspek ditahan dengan bantuan seorang jiran yang menyaksikan pergelutan suspek dan bapa mentuanya itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek masih ditahan hingga keputusan pemeriksaan kesihatan (mental) diperoleh," katanya.
-Berita Harian

'Apa jasa besar Isa Samad ke atas Najib?'

ARIF ATAN

Pemuda Amanah Nasional mempersoal sumbangan bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran pendekatan Presiden Umno itu menangani krisis syarikat perladangan tersebut.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berpendapat kemelut FGV bukan perkara baru apabila meledak sejurus Najib mengangkat Isa sebagai Pengerusi Felda merangkap Pengerusi FGV.

Menurutnya, kerugian saham FGV di senarai bursa wajar cukup menjadi indikator awal pemecatan Isa.

Shazni Munir Mohd Ithnin"Itu tidak termasuk penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah anak syarikat yang dimiliki 50 peratus saham oleh FGV di Turki, dengan kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.

"Umumnya, penyelewengan tersebut telah menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September 2016 melebar daripada RM33.9 juta tahun lalu kepada RM94.86 juta.

"Namun, entah mana silapnya, Najib terlihat begitu sayang dengan Isa Samad. Apa jasa besar Isa ke atas Najib pun kita tidak tahu.

"Maka kekallah Isa dengan restu Najib hingga meletup baru-baru ini yang Isa merehatkan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) FGV, Datuk Zakaria Arshad hingga mewujudkan pertembungan baru dalam FGV," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Semalam, Isa 'mengundurkan diri' daripada jawatan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV yang disandangnya sejak 1 Januari 2011 walaupun pada 8 Jun lalu, Ahli Parlimen Jempol itu bertegas tiada sebab untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri pada masa sama mengumumkan Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Krisis FGV sebelum ini juga menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggeledah' Ibu Pejabat FGV di Menara Felda, 8 Jun lalu dengan membawa turun 4 bekas kotak, 3 beg tarik dan beberapa bungkus plastik yang mengandungi dokumen FGV.

Terdahulu, Isa dikatakan memaksa empat pengurusan kanan FGV supaya bercuti berkuat kuasa serta-merta pada 6 Jun lalu dengan mendakwa siasatan awal FGV mendapati wujud salah laku dan tidak mematuhi prosedur dalam urus niaga antara Safitex dan Delima Oil Products.

Mengulas lanjut, Shazni menyifatkan Najib masih tidak meletakkan pendirian yang jelas berhubung polemik melanda FGV.

"Pihak Pejabat Perdana Menteri hanya mengumumkan Idris Jala sebagai mediator dalam menangani krisis yang sedang memuncak," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar krisis FGV dan pelbagai kepincangan lain harus sampai kepada rakyat termasuk di kawasan luar bandar.

"Soalnya bagaimana? Seluruh jentera Amanah dan Pakatan Harapan perlu mengambil kesempatan atas semangat Ramadan ini untuk sampaikan maklumat ke masjid-masjid dan surau.

"Sambil-sambil mengedar kurma di bazar, selitkan sekali mesej perubahan yang mahu kita sampaikan. Menghampiri Aidilfitri, mungkin boleh difikirkan bentuk-bentuk mesej yang dekat dengan perayaan," sarannya.

Menurutnya, Revolusi China tidak bermula dengaan mekanisme yang sukar sebaliknya melalui mesej mudah yang diselit di kuih-kuih bulan ketika musim perayaan sehingga mampu menghasilkan impak yang menyeluruh.

"Hari ini kita tidak risau dengan pengundi yang selalu berkepit dengan telefon pintar kerana ruang maklumat terlalu luas dan bervariasi.

"Kerunsingan kita ialah pada pengundi lama, pedalaman dan di tanah-tanah rancangan. Mereka memerlukan sentuhan tradisional, mudah dan mesra," tambahnya lagi.

Ketua kampung ditangkap berjudi

Lhokseumawe: Polis di sini semalam menangkap sembilan orang kerana berjudi, termasuk dua ketua kampung dan seorang ahli jawatankuasa kampung di sebuah gerai di kampung Blang Raya di daerah Muara Dua.

Penyelarasan ‘pasukan bintang’ polis Lhokseumawe, Komodor Ahzan berkata, pihaknya menyerbu kedai berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan bahawa kedai makan itu juga sarang judi.

“Anggota saya berjalan sejauh 50 meter menuju ke gerai berkenaan bagi memastikan kedatangan mereka tidak disedari oleh penjudi berkenaan,” kata Ahzan kepada akhbar kompas.com

SEORANG lelaki disebat atas kesalahan berjudi di luar Masjid Al Munawaroh di Jantho, daerah Aceh Besar, Jumaat lalu. Walaupun beragama Buddha, dua lelaki yang ditangkap baru-baru ini kerana terbabit dalam judi laga ayam memilih untuk disebat daripada berdepan tuduhan jenayah. - Antara © Provided by Media Prima SEORANG lelaki disebat atas kesalahan berjudi di luar Masjid Al Munawaroh di Jantho, daerah Aceh Besar, Jumaat lalu. Walaupun beragama Buddha, dua lelaki yang ditangkap baru-baru ini kerana terbabit dalam judi…

Dua ketua kampung yang ditahan itu masing-masing berumur 40 dan 34 tahun sementara ahli jawatankuasa kampung terbabit berusia 34 tahun.

“Kami merampas tujuh kotak kad domino, dua set pakau dan wang tunai berjumlah Rp11.8 juta (RM3,800).

Menurutnya, polis juga merampas barangan milik suspek, termasuk enam dompet, enam telefon bimbit dan empat motosikal.
-hmetro

Pas meroyan lagi

Pas terbuka kepada semua kecuali Amanah dan DAP, tegas Mohd Amar

MALAYSIA DATELINE
Pas mengulangi penegasan bersedia bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika mereka meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Amanah dan DAP.

"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,” katanya.

Beliau hadir di majlis dialog dan berbuka puasa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama pengamal media di Hotel Grand River View semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, Pas bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya Pakatan Harapan tidak serius melawan untuk Umno dan BN.

"Bahkan kita menawarkan kepada Bersatu dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya.

Bagaimana IGP boleh kawan dengan penjenayah?'

PKR mempertikaikan bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh mengenali suspek utama yang didakwa menjadi dalang sindiket judi haram dan rumah urut di Melaka.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Khalid turut mengakui Gopinathan Krishnan, 50 berhubungan terus menerusi telefon dan merupakan kawan keluarganya.

"Wujud pelbagai persepsi, bagaimana seorang ketua dalam pasukan polis negara boleh berkawan baik dengan tauke judi yang dikatakan dalang kepada sindiket judi haram dan rasuah judi di Melaka?

"Sedangkan mana-mana pegawai polis terikat dengan peraturan khusus yang tidak membenarkan mereka menjalin sebarang hubungan dengan penjenayah.

"Sangat pelik, Khalid tidak mengetahui kegiatan kenalannya itu. Adakah Khalid cuba melindungi seorang penjenayah yang dikehendaki?," soalnya dalam kenyataan media.

Laman web Sarawak Reportsebelum ini mendakwa Gopinathan berhubungan langsung dengan Khalid dan memainkan peranan utama dalam menjalankan perlindungan polis di kawasan perjudian dan rumah pelacuran di Melaka.

Susulan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 12 suspek- kebanyakannya pegawai polis - berhubung kes itu bulan lepas.

Mengulas tindakan SPRM, Khalid berkata sekiranya terdapat bukti jenayah, beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan suruhanjaya itu terhadap Gopinathan.

"Saya tidak akan bersekongkol. Saya dan pegawai-pegawai saya (akan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

“Orang yang mengenali saya, ahli keluarga saya, jika mereka melakukan apa juga perkara di belakang saya, tak mungkin saya dapat tahu semuanya. Tetapi mereka perlu bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berkata suruhanjaya itu hanya akan memanggil Khalid jika ada keperluan berbuat demikian.

'Tangkap segera kenalan'

Mengulas lanjut Syed Ibrahim berkata, hubungan antara seseorang pegawai polis dan penjenayah merupakan kesalahan serius dan mencemarkan kredibiliti pihak berkuasa itu.

Justeru beliau meminta Khalid sendiri mengambil tindakan terhadap suspek penjenayah berkenaan.

"Khalid tidak seharusnya berpura-pura dalam hal ini, beliau sewajarnya menangkap segera kenalannya itu kerana terlibat dengan kegiatan jenayah yang cukup besar di negara ini.

"Sampai bila Khalid mahu menyembunyikan perkara ini? Kalau tidak didedahkan olehSarawak Report, mungkin sebarang kenyataan tidak akan dikeluarkan dan disahkan oleh Khalid sendiri. Ini sebenarnya amat memalukan," tegasnya.
-malaysiakini

Budak perempuan ini mati selepas guru tadika membalut mulutnya dengan pita selofan kerana dituduh terlalu becok

Mati mulut kena gam
Beijing: Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut selepas guru tadikanya membalut mulutnya dengan pita selofan kerana dituduh terlalu becok.

Provided by Media Prima GUO mati selepas guru tadika menghukumnya dengan membalut mulutnya dengan pita selofan. FOTO Daily Mail /Weibo
Ayah kanak-kanak itu membuat dakwaan berkenaan terhadap guru serta tadika terbabit di media sosial Weibo pada 12 Jun lalu.

Mangsa, Guo Jintong dilaporkan mati di tadikanya selepas sesi senaman pagi pada hari sama.

Menurut ayahnya guru Guo menuduh budak itu terlalu becok ketika sesi senaman pagi berkenaan.

Sebaik sesi senaman berakhir, guru berkenaan menutup mulut Guo dengan gam sebelum membalutnya dengan pita selofan.
-hmetro

Mati hidup semula selepas tergantung di pokok kelapa

NORJULIANA YAACOB

Che Siah Awang, 66 menunjukkakn kesan luka di leher Zulhisyam
PENDANG - Bagaikan mati hidup semula, itulah pengalaman yang dirasai oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Zulhisyam berkata, ini adalah pengalaman yang sangat ngeri buat dirinya dan dia tidak akan pernah melupakan detik tersebut.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.

Katanya, ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil buah kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja," katanya.
Tandan kelapa yang terjatuh
Menceritakan detik cemas berkenaan, Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

"Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut," katanya dengan nada kesal.

Katanya, setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan buah kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

"Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali di berkenaan terjerut leher saya.

"Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

"Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

"Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya," katanya.

Mengulas berkaitan videonya yang tular dan mengundang pelbagai persepsi sehingga ada yang mengatakan Zulhisyam berniat membunuh diri, dia berkata dia telah memaafkan mereka yang berkata demikian.

"Saya dah tengok video tu, tapi tu cuma rakaman pertengahan sahaja dan bukannya rakaman permulaan saya memanjat untuk mengambil buah nyoq tersebut.

"Saya maafkan depa, cumanya selepas ni kalau ada kejadian yang sama macam ni kalau boleh siasat lah dulu. Kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa yang tidak bersalah," katanya.