"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Biadab punya amah

Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah bertindak biadab apabila sengaja memuat naik gambar barang kemas milik majikannya yang dirompak melalui laman sosial Facebook (FB).

Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, yang tinggal di Shah Alam, Selangor, mendakwa terkejut dengan tindakan berani pembantu rumahnya dikenali sebagai, Ani, 24, berasal dari Jambi, Indonesia.

Menurutnya, wanita itu bertindak mencuri pelbagai barang kemas miliknya sebelum melarikan diri dari rumah, September lalu.

“Ini adalah pembantu rumah saya yang keempat. Saya mula mengambilnya bekerja melalui ejen di sana pada tahun 2012 dengan bayaran hampir RM5,000.
“Sepanjang dua tahun berkhidmat, saya perhatikan dia seorang yang tidak bersungguh membuat kerja dan kerap buat perangai,” katanya.

Mangsa yang juga seorang cikgu berkata, dia tidak berani menegur wanita itu kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika dia keluar bekerja.

“Bukan itu sahaja, segala kehendaknya saya penuhi termasuk memberi cuti setiap hujung minggu bagi membolehkan dia bertemu rakannya.

“Malah, dia mendakwa sudah berkahwin dan sentiasa memberi alasan untuk bertemu suaminya yang bekerja di kawasan pembinaan di ibu kota,” katanya.

Katanya, Ani bagaimanapun menghilangkan diri selepas mencuri pelbagai barangan miliknya dan adik membabitkan nilai keseluruhan hampir RM10,000.

“Ini termasuk wang tunai, beg jenama mewah, barang kemas seperti gelang jade dan cincin. Bukan itu sahaja, tudung dan kerongsang saya juga turut dicuri.

“Saya mengetahui perkara itu selepas melihat beberapa gambar yang dimuat naik Ani di dalam akaun FB miliknya sambil menunjukkan barangan curi milik saya,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit, dia ke pejabat imigresen untuk membatalkan permit sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
-hmetro-

Wanita cantik ini bersiar tanpa sebarang seluar tapi tidak dihirau oleh warga New York (Gambar)

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememangnya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.
Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.

Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.

Menurut Elite Daily, model berkenaan Leah Jung dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.
Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan Leah menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.

Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.

Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.

Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.

Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu. 

Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar. 

Leah sempat menoleh dan kertawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian. 

Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis. 

Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille de­ngan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.' 

Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai. 

Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.
-hmetro-

Cameron Highlands: Salah Palanivel, Adnan

Faiz Zainudin 
DAP : Kecuaian kedua-dua individu ini yang gagal mengambil tindakan serius punca tragedi yang meragut nyawa itu,
KUALA LUMPUR: DAP menggesa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya bertanggungjawab ke atas tragedi banjir di Cameron Highlands.

Memetik laporan Roketkini, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata ekoran kecuaian Adnan dan Palanivel yang gagal mengambil tindakan serius terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram adalah punca tragedi yang meragut lima nyawa itu.

“Adnan dilaporkan mendakwa jika kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan ketat, akan ada orang yang menyerangnya sebagai tidak berperikemanusiaan. Kenyataan ini amat dangkal dan inilah dia hasilnya (banjir lumpur).

“Kenyataan Palanivel juga amat mengejutkan apabila dia menyatakan tidak tahu apa punca masalah, walaupun pemantauan dibuat namun tetap sukar untuk dikawal. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua individu tersebut perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku,” katanya.

Teresa menambah, kegagalan Palanivel mengambil tindakan mengakibatkan rakyat menderita apabila tiap kali berlaku bencana.

Sebelum ini, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Palanivel yang dilihat seolah-olah ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir di daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.
-fmt-

Haram pakai lilitan di lengan baju

Datuk Dr Juanda Jaya KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam.


Justeru beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik mengenai perkara ini apabila ia dilihat sering berlaku dalam kalangan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung yang juga tidak disyariatkan agama Islam kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu,

“Jadi kita tidak boleh mewarisi perbuatan penjajah sebelum ini sedangkan ia bertentangan dengan agama.

"Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Kitab al_Jihad Secara Taklil (Daripada Ibn Umar katanya: Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”),” jelas Dr Juanda.

Qasidah mohon bantuan Rasulullah syirik

Jawatankuasa Fatwa Perlis turut melarang penduduk Islam di negeri ini, samada dalam bentuk qasidah, nasyid atau doa yang menyebut perkataan 'al-madad ya Rasulullah' yang membawa maksud 'mohon bantuan wahai Rasulullah' kerana ia adalah perbuatan syirik.

Dr Juanda berkata berdasarkan kajian penyelidik jabatan mufti berkenaan mendapati tidak ada ruang langsung untuk memahami ungkapan 'al madad ya Rasulullah' itu membawa kepada maksud lain kecuali meminta pertolongan daripada Nabi Muhammad.

Katanya ia adalah sejenis al- istighathah (doa) yang tidak dibenarkan dalam agama Islam.
Malah nas-nas dalam al-Quran dan hadis jelas melarang meminta tolong kepada orang yang mati termasuk Rasulullah yang telah wafat 1,400 tahun yang lalu.

“Untuk perkara ini jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat.

"Antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.

“Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan,” katanya.

Dr Juanda juga meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan penyelidikan tentang ungkapan sedemikian di dalam qasidah agar umat Islam terutama orang awam tidak tertipu oleh ungkapan yang boleh menyebabkan mereka secara tidak sedar jatuh melakukan perbuatan syirik dalam doa.

Pihaknya telah lebih setahun membincangkan mengenai ungkapan yang banyak disebut dalam qasidah atau syair dan jelas ia tidak menunjukkan maksud lain selain meminta pertolongan Rasulullah.

Ketika ditanya mengenai majlis qasidah yang dibawa oleh golongan tertentu yang semakin mendapat perhatian ramai, Juanda berkata sekiranya dalam qasidah tersebut mempunyai ungkapan sedemikian ia tetap syirik.

“Kita bukan menghukum majlis seperti itu, saya sendiri tidak pernah berada dalam majlis qasidah berkenaan.

"Bagaimanapun, kita bimbang jika ia ada diselit dengan ungkapan tersebut secara tidak langsung akan membawa kepada unsur Syiah seperti meminta pertolongan kepada cucu Rasulullah Hasan, dan Husein serta anakanda baginda Fatimah,” katanya.
-sinarharian-

Senyum misteri Dr M, KJ jawab isu 1MDB

Jarang untuk dilihat dua sosok yang dilihat mempunyai 'perang dingin' ini berkongsi pentas.
Tetapi itulah yang berlaku antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Putrajaya hari ini.

Di sebalik perbezaan pendapat, kedua-dua tokoh itu bagaimanapun dilihat senada berdepan soalan pemberita berhubung isu sekitar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ditanya dalam sidang media sama ada perhimpunan agung Umno minggu depan patut membincangkan isu itu, Mahathir dan Khairy hanya membalasnya dengan senyuman, tanpa sepatah kata dilontarkan.
Ekoran itu, penganjur campur tangan dan menyebut: “Soalan lain”.

Mahathir sebelum ini dilihat kuat mengkritik aspek hutang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang juga kuat mengasak 'skandal' itu, dengan membangkitkan pelbagai persoalan dan mendedahkan pelbagai dokumen, daripada Putrajaya ke Pulau Cayman, United Kingdom.

Sementara itu, Mahathir (kanan) juga ditanya berhubung kenyataan Khairy bahawa banyak menteri menghantar anak ke sekolah kebangsaan.

Beliau bagaimanapun enggan menjawabnya atas alasan sudah berbuat demikian.
“Saya dah bagi saya punya pandangan berkenaan isu ini, tak payah saya terangkan lagi,” katanya.

Khary semalam menangkis dakwaan Mahathir bahawa ramai menteri kabinet menghantar anak mereka ke sekolah persendirian atau sekolah antarabangsa.

Khairy berkata, ramai di kalangan menteri menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri.

Bantu KJ pakai jersi

Kedua-dua mereka hari ini hadir ke program lumba berbasikal "Le Tour de Langkawi" di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mereka juga tampil mesra hari ini.

Malah Mahathir dilihat membantu Khairy memakai baju program yang disediakan penganjur.

Sebelum berjersi kuning untuk ke sidang media, Khairy semula itu hadir dalam pakaian kemeja batik berlengan panjang.
-malaysiakini-

Sultan Pahang naik angin, mahu 'pukul' pihak terlibat 'surat kuning'

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda akan “memukul” pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menggunakan pengaruh istana untuk penerokaan tanah di Cameron Highlands.
Laporan Berita Harian menyebut, baginda juga serius untuk menangani perkara tersebut dengan meminta agar pihak berkuasa berhubung terus dengannya dan juga kerajaan negeri.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Kalau saya tahu, saya pukul dia (pihak terlibat dengan surat kuning),” titahnya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan akhbar minggu lalu yang mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.

Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.

Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.

Menurut laporan itu, dokumean seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.
-malaysiakini-

Ni usaha pecahbelahkan PAS: Yang kalah tinggalkan parti

Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu.

"Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru.
"Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil nama presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan perwakilan PAS memastikan mereka membuat pilihan yang betul dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke-61 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.

Beliau yang enggan namanya disebutkan berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika mengulas hala tuju PAS ekoran perbezaan pendapat yang ketara dalam parti itu sekarang, bermula sejak kekalutan pemilihan menteri besar Selangor.

Sebelum fenomena yang dihadapi Malaysia ini, Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang besar juga menghadapi fenomena sama.

Sehingga pada awal 1980-an, semua aktivis politik Islam di Turki berada dalam satu parti iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan.

Namun mereka berpecah kerana berbeza jalur pemikiran dengan kumpulan progresif dalam parti itu membentuk AKP dan konservatif membentuk Parti Saadet.

AKP pimpinan Erdogan menang pilihan raya Turki selepas menyertainya buat pertama kali pada 2002 dan memerintah Turki sehingga sekarang sedangkan Saadet kekal sebagai parti pembangkang dengan menerima sokongan tidak sampai 2% daripada rakyat Turki.

Ahli Parlimen PAS itu berkata, keputusan perlu dibuat dengan jelas oleh perwakilan PAS sama ada mereka mahu bersama dengan pendekatan progresif yang dibawa kumpulan profesional atau konservatif yang dibawa kumpulan pro ulama.

"Kempen nampaknya sudah bermula. Semuanya dilakukan dengan jelas oleh NGO masing-masing," katanya.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mewakili kumpulan ini manakala Geng Ustaz (GU) mewakili kumpulan pro ulama.

"Kita meminta perwakilan mempunyai minda yang jelas, pemilihan tahun depan untuk menentukan hala tuju PAS. Sama ada kita mahu maju bersama Pakatan Rakyat (PR) atau kita mahu bersendirian dengan alasan mahu menjaga kemurnian Islam.

"Jika perwakilan mahu maju bersama PR, mereka perlu memilih pemimpin yang pro PR. Jika mereka memilih pemimpin yang pro kepada duduk bersendirian dan menjauhi PR, kami terpaksa meninggalkan PAS kerana kami mahu maju ke depan," katanya.

Pihak yang paling tersepit dengan fenomena yang berlaku dalam PAS sekarang adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Aktivis PasMa mula menyerang beliau secara terbuka dalam laman sosial di samping tekanan yang diberikan rakan dalam PR sendiri khasnya DAP.

Terbaru, aktivis PasMa dari utara semenanjung Zolkharnain Abidin, bekas ketua Pemuda PAS Perlis menulis dalam Facebooknya:"PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan".

Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra daripada pembaca.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan itu.

Pihak yang pro ulama pula aktif menyerang kumpulan profesional ini, juga melalui Facebook di samping menggunakan aktiviti dalaman parti itu sebagai tapak serangan mereka.

El Haraki menamakan pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang pro kumpulan ini sebagai 'Jebon' iaitu sejenis binatang yang suka membuat kerosakan.

Kumpulan ini juga menguatkan kedudukannya di Kelantan termasuk melantik seorang pemimpin baru di Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan mulai Januari nanti.

Koleksi Gambar Banjir Di Kuala Nerus, Terengganu










Kesan banjir di kawasan Kuala Nerus, Terengganu sejak beberapa hari lalu.
-mstar-

Warden wanita dilarang sentuh tahanan ini - Hakim mahkamah tentera


HAKIM tentera Amerika Syarikat (AS) memerintahkan seluruh warden wanita di pusat tahanan Guantanamo untuk tidak mendekati dan menyentuh seorang tahanan warga Iraq yang dituduh sebagai salah seorang pimpinan Al-Qaeda di Afghanistan, lapor laman web dakwatuna, semalam.

Peguam kepada seorang tahanan yang bernama Abdul Hadi mendedahkan bahawa anak guamnya seorang muslim dan keyakinannya melarang untuk bersentuhan dengan wanita yang bukan isteri.

Hakim telah mengeluarkan perintahnya pada 7 November lalu yang melarang seluruh warden wanita di pusat tahanan tersebut untuk tidak menyentuh Abdul Hadi kecuali ada keadaan yang mengharuskannya.

Keputusan tersebut kemudian dilanjutkan pada Selasa (18 November) sehingga jadual sidang berikutnya pada 26 Januari 2015.

Keputusan hakim tersebut berlatarbelakang kejadian pada 8 Oktober 2014 lalu di mana Abdul Hadi memberontak dan marah ketika penjaga penjara wanita hendak menyentuhnya dan memakaikan gari ke tangannya, sehingga akhirnya terpaksa memanggil warden laki-laki.

Menurut sumber tentera AS, terdapat kira-kira 10 peratus warden wanita

Fesyen lawan syariat

Siti Fatimah Hassan
Gombak: Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PWISI) menyelar budaya songsang yang dicetuskan kumpulan tertentu dalam menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang boleh mengundang kekeliruan dan salah faham serta bercanggah dengan tuntutan syarak dalam kalangan wanita Islam.

Fesyen terbabit yang menjadi ikutan di Indonesia mula diharamkan di negara berkenaan selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah, tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

Golongan itu mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala, tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

Pengerusi Piswi, Prof Datuk Seri Dr Zaleha yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, biarpun perkembangan wanita berhijab di Malaysia ketika ini menunjukkan perubahan positif, namun ramai dalam kalangan wanita Muslimah terikut-ikut dengan kepelbagaian fesyen yang tidak mengikut etika berpakaian sebenar ditetapkan syariat Islam.
Foto
FESYEN semakin menjadi ikutan sesetengah golongan muda.
Katanya, keghairahan wanita muslimah berhijab mengikut trend semasa dilihat mudah diambil kesempatan oleh segelintir pihak yang tidak memahami cara berpakaian wanita Islam, sekali gus menghasilkan fesyen yang tidak kena untuk digayakan mereka.

Peraturan bodoh pencacai Amno: Unit Amal kalau nak masuk bantu pelajar2 UniSZA yang terperangkap banjir, mesti buat permohonan resmi dulu

HARAKAHDAILY
Dr Azman (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin melawat mangsa banjir yang melanda daerah Kuala Nerus.
KUALA LUMPUR: "Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab," tegas Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tersebarnya dalam media sosial apa yang beliau istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tidak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terperangkap banjir.

Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.

"Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus serta asrama pelajar," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, kalau hendak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.

"Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!" ujarnya lagi.

Baginya, banjir pun nak berpolitik juga, ini adalah suatu yang amat dikesali.

"Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat.

"Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut," jelas beliau selanjutnya.

Kenapa Bung Moktar mengamuk tuduh Astro menipu kerajaan dan rakyat, ada apa-apa ke?

Khairil Ashraf
Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.
-fmt-

Ezad (Exist) Direman Empat Hari didakwa memiliki dadah jenis syabu

GOMBAK: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.
Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.

Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.
-mstar-

Nama Sebenar Aaron Aziz Dalam IC Terbongkar

Nak tergelak pun ade jugak. Admin ingat memang dah betul nama Aaron Aziz tu. Ye la kan nama orang Singapare ni tak sama dengan nama orang Malaysia. Tapi rupa-rupanya silap. Korang tahu tak nama sebenar Aaron Aziz tu ape? Tengok kad pengenalan Aaron Aziz ni kat bawah.

Nama Aaron Aziz yang sebenar ialah Mat Haron Mustafa bin Mat Aziz Mustafa.

Lagi kes pembuli jalan raya: Gadis pecah bibir ditampar pemandu teksi (Gambar)

Kuala Lumpur: Kes pembuli jalan raya berulang lagi apabila seorang gadis pecah bibir selepas ditampar sekuat hati oleh seorang pemandu teksi.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.

Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.

"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.

Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.
-hmetro-

Pulak dah!! 5 Gambar Azwan Ali Berhijab Bertudung

Jangan sakit jantung, diva Azwan Ali kesayangan ramai ni bertudung ala-ala Yuna, Shila Amzah dan ala-ala balik dari Mahkamah Syariah kerana dia baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam TV Comercial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order 1300888333 order domino.

Jom tengok 5 keping foto adik kepada Menteri Besar Selangor itu cantik berhijab.

Harga minyak RON97 sepatutnya sekitar RM1.80 - RM2

HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.

Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.

Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.

“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.

“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.

Malam tadi Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen.

Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.

Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia.

Katanya juga kerajaan menghadapi tekanan bagi menggambarkan harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga minyak dunia.

“Kefahaman yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat Malaysia kerana faktor nilaian mata wang yang berbeza adalah tidak berbangkit.

“Jika dilihat kepada rekod pada 22 Ogos 2008 kadar tukaran USD berbanding Ringgit ialah USD1=RM3.33 manakala hari ini pada paras USD1=RM3.36,” katanya.

Kata beliau jika benar harga minyak RON97 diselaras mengikut harga minyak dunia, maka paras yang paling ideal ialah RM1.80 - RM2.

“Namun beranikah kerajaan Barisan Nasional meletakkan paras harga minyak RON97 lebih rendah dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi.

“Nyatalah sekarang rakyat sedang ditipu kerajaan Umno dan BN,” ujarnya. 

Soalan Cepumas: Siapakah Vokalis pop-rock terkenal ditahan miliki syabu

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan pop-rock terkenal tempatan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Kompleks Selayang Mall, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata, penyanyi lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam ‘Ops Tapis,’ ketika dia sedang memandu.

"Pemeriksaan ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

"Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'," kata Ali ketika dihubungi Bernama.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. 
-Bernama-

Video: Patutlah Faekah Hussin bermati-matian membela TS Khalid Ibrahim

Khalid Samad menjawab Pendakwah yang menghentamnya atas istilah ‘Anak-Anak Allah’ dan kalimh Allah

Kebelakangan ini saya dicemuh, sekali lagi, atas penjelasan saya berhubung penggunaan ungkapan "We are all Allah’s children" dari Zainah Anuar salah seorang ahli Sisters in Islam atau SIS. Mereka mendakwa bahawa ungkapan tersebut bermaksud "Kita semua adalah anak-anak Allah" secara literalnya dan dengan itu dikatakan ianya kata-kata syirik dan menyebabkan yang menyatakannya terkeluar dari Islam.

Saya menjelaskan ianya tidak boleh difahami secara literal dan dalam masyarakat Barat, khususnya masyarakat yang berbahasa Inggeris, kata-kata tersebut bermaksud "Kita semua adalah sama, ciptaan Allah, milikNya dan dikasihiNya" dan bukan bermaksud "anak" sepertimana biasanya. Kefahaman saya mengenai apa yang dimaksudkan saya perolehi dari penjelasan Zainah sender dan juga pengalaman saya bersama masyarakat Inggeris di mana saya berada sepanjang 7 tahun.

Namun walau apa pun yang saya cuba nyatakan, yang mencemuh saya terus mencemuh dengan terus mendakwa maksud ungkapan tersebut adalah "anak" dalam erti kata biasa dan mereka berkeras bahawa itulah yang dimaksudkan Zainah tanpa bertanya kepada Zainah sendiri apa sebenarnya yang dimaksudkannya. Maka tanpa soal-siasat, mereka berpegang kepada andaian dan tafsiran mereka seolah-olah mereka tahu apa yang terdapat dalam hati dan akal orang lain.

Di sinilah timbul masalahnya, apabila kita ingin memberitahu seseorang apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya tanpa ingin mendengar penjelasannya mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kata-kata itu. Seolah-olah kita lebih tahu apa yang ingin dikatakannya. Dalam bahasa Inggeris ini dinamakan “putting words into some body else’s mouth” atau ‘memasukkan perkataan/maksud ke dalam mulut orang lain’.

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi, biarlah kita rujuk seketika kepada Al-Quran berhubung isu ini. Seperti biasa, kefahaman mantap dan jalan keluar dari segala kemelut boleh ditemui di dalam KitabulLah.

Perkataan "abnaa ulLah" dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran perkataan "abnaa uLlah" atau "anak-anak Allah" boleh ditemui dalam ayat 18 Surah Al-Maidah. Dalam ayat ini Allah berfirman;

“Dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani “Kami anak-anak Allah dan dikasihiNya.....”

Jika dirujuk kepada Tafsir Ibn Kathir yang juga dipetik Dr. Wahbah Zuhaili dalam Tafsir Al-Munirnya, ianya dijelaskan begini:

Mereka berkata: Kami pengikut Rasul-rasul yang merupakan anak-anakNya, yang dijagaiNya. Tuhan juga mengasihi kami.” golongan Ahli Kitab mendakwa bahawa Allah berkata kepada hambaNya Israil (Iaitu Nabi Yaakob), “awak adalah anakKu yang sulong”. Tetapi mereka menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya. Sebahagian dari Ahli Kitab yang kemudiannya memasuk Islam, menyanggah kenyataan palsu ini dengan mengatakan “Kenyataan ini hanya mengambarkan kemulian dan penghormatan sepertimana kebiasaan dalam cara kata-kata pada ketika itu.” Masyarakat Kristian mendakwa bahawa Isa berkata kepada mereka “Saya akan kembali kepada ayahku dan ayah kamu”, bermaksud tuhanku dan tuhan kamu. Adalah diketahui bahawa masyarakat Kristian tidak mendakwa mereka juga adalah anak-anak Allah sepertimana mereka dakwa terhadap Isa. Sebaliknya kenyataan ini hanya bertujuan untuk mengambarkan hubungan rapat dan keakraban dengan Allah. Itulah sebabnya mengapa apabila mereka mendakwa mereka adalah anak-anak Allah dan dikasihiNya Allah menyanggah dakwaan mereka,

“Katakan: Sekiranya begitu, mengapa Dia mengazabkan kamu atas dosa-dosa kamu?”

Penggunaan bahasa simbolik atau kiasan

Ulama’ zaman lampau seperti Ibn Kathir, amat memahami wujudnya bahasa simbolik atau qiasan dalam pertuturan manusia. Maka istilah dan ungkapan perlu difahami dari sudut maksud penggunaannya dan bukan dari sudut literalnya semata-mata. Disebabkan itu dijelaskan, bagi pihak Yahudi dan Nasrani maksud sebenar kata-kata serta dakwaan mereka dan tidak diputar-belit atau diselewengkan untuk "memukul mereka" dengan lebih teruk lagi. Ini dilakukannya walaupun Yahudi dan Nasrani merupakan musuh tradisi ummat Islam.

Dijelaskan bahawa kenyataan "abnaa ulLah" membawa erti kedudukan mulia dan terhormat serta keakraban dengan Allah dan bukan bermaksud "anak" secara literalnya. Kecuali, mengikut fahaman orang-orang Kristian, Nabi Isa (AS) yang dianggap "anak" secara literalnya (dan juga sebahagian dari Tuhan mengikut konsep Trinity mereka).

Malahan dalam soal fahaman Kristian, Ibn Kathir menggunakan perkataan “wa ma’lum..” atau pun, “dan diketahui...”, tanpa bercerita panjang lebar kerana ianya sesuatu yang difahami, terang lagi bersuluh. Sudah pasti jika mereka anggap orang Kristian sebagai anak tuhan secara literalnya, maka hancur berderailah theologi Kristian yang mendakwa Isa adalah anak Allah. Kerana sekiranya semua Kristian adalah anak Allah, maka apa keistimewaan pada Nabi Isa (AS)! Dan theologi mereka bahawa Allah mengorbankan anakNya demi menebus dosa manusia tidak akan bermakna lagi! Lagi pun, dakwaan Kristian bahawa Nabi Isa (AS) adalah anak Allah adalah bersandarkan kepada kelahiran ajaib Nabi Isa (AS) yang tidak mempunyai bapa dan ibunya seorang dara. Adakah orang Kristian semua tidak mempunyai bapa dan ibu mereka masih dara semasa mereka dilahirkan? Kalau tidak dan sudah pasti tidak, maka atas alasan apa orang Kristian ingin mendakwa mereka semua adalah anak-anak Allah secara literalnya?

Yang tidak memahami bahasa simbolik dan qiasan ini, mengikut Ibn Kathir, adalah sebahagian golongan Yahudi yang “..menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya.”

Pengertian ungkapan "abnaa ulLah"

Maka amat jelas, maksud ungkapan "abnaa ulLah" atau anak-anak Allah tidak seharusnya difahami secara literal. Masyarakat Yahudi menggelar diri mereka sebagai ‘abnaa ulLah’ untuk membawa erti "kaum pilihan (terhormat dan mulia)" yang dikasihi Allah. Masyarakat Kristian pula menggelar diri mereka "abnaa ulLah" untuk membawa erti golongan yang rapat dengan Allah yang dikasihi Allah. Kedua-dua golongan tidak mendakwa diri mereka sebagai anak Allah secara literalnya.

Maka begitu jugalah dengan penggunaannya masyarakat Inggeris yang diguna-pakai golongan SIS, khususnya Zainah Anuar. Ia bukan bererti anak secara literal tetapi sepertimana saya jelaskan, kata-kata tersebut bermaksud "Kita semua adalah sama, ciptaan Allah, milikNya dan dikasihiNya".

Kesesuaian ungkapan tersebut bagi seseorang beragama Islam

Dalam usaha saya menjelaskan maksud ungkapan berkenaan, saya tidak pernah mempertahankan penggunaannya orang yang beragama Islam. Sememangnya ianya agak janggal walaupun saya memahami maksud sebenar ungkapan tersebut. Hubungan di antara manusia dan khaliqnya yang digambarkan serapat hubungan anak dan ayah adalah lebih mirip kepada kefahaman Kristian. Dalam Islam, walaupun kasih terhadap Allah ditegaskan, sepertimana juga kasihnya Allah terhadap makhlukNya, namun hubungan manusia dengan Allah lebih bercorak hamba dan penciptanya, bukan anak dan bapa.

Maka sememangnya adalah tidak sesuai dan salah bagi seseorang Muslim menggunakan ungkapan sebegitu kerana ianya tidak tepat. Lebih lebih lagi ianya amat mengelirukan sepertimana terbukti melalui kontroversi yang tercetus darinya.

Justeru itu, sekiranya ada yang ingin menyerang dan menyelar Zainah atas penggunaan ungkapan tersebut, maka serang dan selarlah sepuas-puas hati kamu, tetapi atas ketidak-sesuaian dan ketidak-tepatan ungkapan tersebut, bukan atas kononnya beliau mendakwa dirinya dan manusia kesemuanya sebagai anak-anak Allah secara literalnya. Biarlah serangan dan selaran itu tepat dan adil terhadap dirinya, seperti yang dilakukan Ibn Kathir dalam tafsirnya dan bukan sebaliknya.

Sekiranya diserang dan diselar atas tuduhan beliau mendakwa semua manusia adalah anak Allah secara literalnya, maka beliau difitnah dan dizalimi. Biarlah kita bertindak adil walaupun terhadap orang yang tidak disukai, malahan terhadap musuh sekali pun.

Teguran tersasar seorang datuk

Ada juga saya terbaca di dalam Sinar Harian teguran seorang Datuk Melaka yang kononnya "pendakwah bebas". Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkannya melalui tegurannya. Amat jelas bagi saya beliau tidak memahami tajuk yang ingin dikupas. Apa kena-mengena "We are all Children of God" dengan konsep Triniti? Malahan tidakkah kefahaman semua manusia adalah "children of God" menyanggah konsep Triniti? Kerana Triniti itu menganggap hanya Isa anak Tuhan dan bukan semua manusia?

Ditegur juga pendirian saya berhubung kalimah Allah. Tidakkah beliau lihat bagaimana dalam ayat 18 Surah Al-Maidah ini Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah Allah juga apabila mereka mendakwa mereka adalah “abnaa ulLah”. Maka sekiranya Datuk ingin menghalang penggunaan kalimah Allah yang bukan Islam, adakah Datuk sanggup "mengedit" Al-Quran? Dan memperbetulkan ayat-ayat di mana yang bukan Islam menggunakan kalimah Allah seperti ayat 18 Surah Al-Maidah ini. Maaf, saya tak kenal Datuk ini dan saya tidak faham hujjahnya. Adakah hujjah yang dikemukakan? Atau tuduhan semata-mata? – 19 November, 2014.