"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Pas pernah tegur Ambiga

SHAH ALAM: Semua pihak tidak wajar mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dalam kontroversi penganjuran program Seksualiti Merdeka hanya disebabkan sokongan gabungan itu terhadap Ambiga dalam Bersih 2.0.
Khalid Samad


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mendedahkan, pihaknya pernah menegur tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menyokong usaha mewujudkan Program Seksualiti Merdeka.

Katanya, sebaik isu itu timbul, salah seorang pimpinan Pas Selangor telah menghubungi Ambiga untuk menyatakan pendirian Pas.

Beliau berkata, Pas membantah program Seksualiti Merdeka yang didakwa bukan bertujuan memperjuangkan hak asasi, sebaliknya menjatuhkan martabat manusia.

“Saya difahamkan ada beberapa pemimpin Pas ada menghubungi dan tegur beliau (dalam isu ini), walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau.

“Tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan PR mahupun hak asasi manusia. Pendirian PR jelas isu Seksualiti Merdeka,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya menyokong Ambiga sebagai Pengerusi Bersih 2.0 termasuk isu pembaharuan sistem pilihan raya, namun dalam isu yang menyokong hubungan sejenis ini, Pas tidak bersetuju.
-sinarharian-

Apa Beza Ambiga Dengan Anak Tun Mahathir ?

WFAUZDIN NS

UMNO_logoGEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara ini. Semuanya adalah kerana S.Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali Umno memperjuangkan akidah umat Islam.


Buktinya apa? Buktinya program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang tunjangnya adalah Umno.

Program seumpama ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu itu S.Ambiga bukan musuh Umno. S.Ambiga menjadi musuh utama Umno apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno mendapat peluang untuk menghentam S.Ambiga dengan menggunakan isu Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.

Tujuan Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S.Ambiga di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. Tuan Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga atau individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.

Berbeza dengan Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya untuk memberi nyawa kepada Umno.

Mereka mempersoalkan mengapa DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau menyokong kemungkaran. Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam BERSIH 2.0 dahulu.


Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan Umno/Bn. Baca di sini. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program Seksualiti Merdeka.

Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong beliau.

Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap pasal judi?

Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah, Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini./wfauzdin.blogspot.com

Kuda MSN dan Kuda Pemimpin Umno Terengganu beli… mana lebih Cerdik?

Saiful Bahri
Horse Image - High Quality and Resolution - Wallpaper
Heboh bising seluruh Negara apabila lapuran audit menyebut tentang pembelian 23 ekor kuda dengan harga RM5.66juta. Ini bererti seekor ia dibeli dengan harga hampir 250K. Sebanyak itu hanya 5 ekor sahaja yang boleh dipakai untuk ekuestrian dan sukan lasak manakala bakinya tidak layak. Maka harganya kalau dikira adalah RM1juta lebih seekor manakala bakinya tu baham lebonglah jawapnya.

Itupun kira pecah berita jugak apabila laporan audit mendedahkannya. Bagaimana pula apabila duit rakyat Terengganu yang dikeluarkan untuk membeli 5 ekor kuda di Argentina. Peruntukan yang dikeluarkan adalah RM5juta. Tetapi dek pemimpin Umno dok makan angin kononnya dok nak cari kuda… melilau seluruh Argentina. Maka duit tak cukup. Kuda yang dibeli dengan kos kurantin dan sebagainya menyebabkan tiada peruntukan untuk pengangkutan balik dari Argentina ke Terengganu.

Nasib baiklah ada kapalterbang TUDM. Bolehlah juga diarahkan ambik kuda tersebut. Ini semua kerja-kerja pemimpin yang otak duduk dikepala lutut kuda. Dah jadi Exco, ingat boleh buat apa sahaja duit rakyat. Ingat rakyat yang memilih kamu sepatutnya dengan duit RM5juta tu dah banyak mana kalau dibuat bantuan pendidikan untu rakyat. Kalau seluruh dun Bukit Besi dibahagikan duit RM5 juta tu… nescaya seluruh pengundi Dun Bukit Besi dapat pendidikan percuma diperingkat IPT.

Kalau buat rumah kos rendah dengan RM5 juta tu, dah habis orang miskin tegar di Dun Bukit Besi tu dapat rumah free. Tapi dah pergi buat beli 5 ekor kuda tu… apa yang rakyat dapat???? Ingatlah tu baru dunia orang persoalkan. Bagaimana dengan akhirat? Ingat lepas macam tu je ke?

Mungkin orang di MSN cakap bukan mereka sahaja baham lebong beli kuda ni. Orang Terengganu pun baham lebong jugok. Bukan anak Pak Pandir aje mati , anak orang pun mati jugok. Siapalah yang jadi Pak Pandir tu. Bukan sekadar pandir tetapi pelebong duit dan harta rakyat le tu. Ish 3X!!! mungkin YB Datuk Din Adam boleh komen kot?

Laporan Audit: MSN beli kuda RM5.66 juta tanpa kelulusan

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.

Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.

Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Pemaju Umno Pulau Pinang Robohkan Rumah Kampung Melayu

Afix Redzuan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas. Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.

Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.. Hanya di Malaysia.

Anaksungaiderhaka
Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya.

Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan.

Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu..

Ini kerana jambatan yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur itu telah dibina diatas darat, tengok betul-betul gambar dibawah..


Hanya di Malaysia.. di Negara yang lebih majupun tiada projek seumpama ini..

RM70 Juta tambahan yang diperlukan itu bertujuan untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

Jadi jika anda masih mahu melihat projek-projek pelik seperti jambatan ini teruskanlah menyokong Barisan Nasional!!

Di bawah adalah fakta-fakta mengenai projek gila ini..

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT-2)

B-27 – Kementerian Kerja Raya

Pembinaan Jalan dan Jambatan


1. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

2. Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila.

3.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai olehwang rakyat Terengganu.

4. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

5. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

6. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hampir siap dan 12 lagi belum.

7. Antara pakej bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus – Bandar Baru Kerteh, Daerah Kemaman.

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!


- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa – RM 210 juta. Perlu tambahan RM70 juta.


- Jambatan ini hampir siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan RM70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.


b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re - tender

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak RM20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.


c) Pakej 5A – Jalan Bahaya

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.

Sumber info.. yang bergaya dalam gambar tu..

Satu lingkaran ubat nyamuk sama dengan 100 batang rokok?

papabran
Smoke emitted from one mosquito repellant coil is equivalent to those of 100 cigarettes, thus causing harm to a large number of people in India, an expert said Wednesday.


Times of India

One mosquito coil equals 100 cigarettes

Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak.

"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini.
"Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan.

Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik.

"Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik.

"Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu.

"Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu.

"Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu.

"Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka?

"Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya.

Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu.

Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral.

"Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan?

"Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya.

Hampir 3 juta jemaah haji mula berhimpun di Arafah

SEBAHAGIAN jemaah melawat Jabal Nur yang menempatkan Gua Hira' dekat Mekah kelmarin.
MEKAH: Lebih 2.5 juta jemaah haji meninggalkan bandar ini untuk ke Padang Arafah yang merupakan lokasi tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah haji terakhir.

Para jemaah itu yang berpakaian serba putih memenuhi jalan-jalan untuk menuju ke Mina, lima kilometer dari Masjidilharam.

Ramai jemaah menaiki bas manakala yang lain berjalan kaki.

Sebahagian jemaah lagi menaiki sistem pengangkutan tren yang dienali sebagai Mashair Railway ke Padang Arafah.

Perkhidmatan tren itu akan beroperasi buat kali pertama pada tahun ini dengan kapasiti 72,000 jemaah setiap jam.

"Perkhidmatan Mashair Railway akan mengangkut 500,000 jemaah dari Mina melepasi Muzdalifah, tiba di Arafah dengan tambahan sejuta jemaah pada hari kemuncak iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah," kata pengarah prohek tren tersebut, Fahd Abu-Tarbush.
-AFP-

Konstabel didakwa kerana merogol pelajar dalam Balai Polis

Jamil diarah membela diri atas tuduh merogol gadis di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat konstabel diarah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua tuduhan merogol dan memaksa seorang gadis berusia 17 tahun melakukan seks oral di Balai Polis Putra Height, Subang Jaya tiga tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz memutuskan demikian terhadap tertuduh Jamil Abdul Sah, 30, selepas mahkamah dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 20 Disember depan untuk tertuduh membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa merogol pelajar tingkatan lima itu di antara pukul 6 pagi dan 7 pagi, 18 Jun 2008 di Bilik Maklumat, Balai Polis Putra Height di sini.

Bapa kepada dua orang anak itu turut dituduh memaksa pelajar berkenaan melakukan seks oral di bilik sama dan pada waktu tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B kanun yang sama, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 20 tahun juga sebatan jika sabit kesalahan.
-kosmo-

BN/UMNO Pengkhianat Atau MB Ahmad Said Penyeleweng?

mohdnoorawang

Cukup jekas dan cukup bukti UMNO/BARISAN NASIONAL TERENGGANU PENGKHIANAT DAN PENYELEWENG WANG RAKYAT.


Menteri besar Terengganu Dato' Sri Ahmad Said dan UMNO Terengganu melakukan pengkhianat dan penyeleweng yang jahat dan ketara seperti yang terdapat LAPORAN LEMBAGA AUDIT NEGARA:-

Berlaku penyelewengan bantuan pakaian sekolah dan peralatan tahun 2008-2010 sebanyak RM28.47 JUTA.

Laporan audit dikesan seperti:-

1- proses rundingan harga tidak mematuhi garis panduan kontrak.

2- tiada tanda tangan dalam kontrak dengan pembekal dan kerajaan ngeri.

3- PROSES PENGEDARAN TIDAK SAMPAI KEPADA SASARAN PELAJAR SEKOLAH DAN KELUARGA MISKIN.

SATU lagi berlaku penyelewengan yangketara ialah hasil RAYOLTI KAYU KAYAN AGAK RENDAH JIKA DINIALAI DENGAN JUMLAH 560,137 METERPADU DIKELUARKAN HASILNYA RM7 JUTA SAHAJA?.

Dalam laporan lembaga audit negera 2010 jika mendapati belanja mengurus dan kakitangan kerajaan cukup tinggi, RM1.6 juta. Paling tinggi berbanding dengan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Walhasilnya kerajaan BN/UMNO Ahmad Said perlu digugurkan dari menteri besar Terengganu tahun 2012 atau PRU13.

Jelas berlaku penyelewengan yang jahat dan ketara semasa Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu. Untuk rekod Ahm ZOO, Kemaman.

Ayuh bangkitlah semua rakyat Terengganu kita robohkan bentang UMNO/Ahmad Said PRU13.

Laporan The West Australian sengaja dirancang?

KUALA LUMPUR 4 Nov: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mencetuskan kemungkinan media Australia dirancang menyiarkan laporan mengenai anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The West Australian baru-baru ini melaporkan anak perempuan perdana menteri itu berbelanja mewah sebanyak RM195,000 di David Jones- sebuah gedung membeli belah terkemuka di Perth, Australia.
Bagaimanapun akhbar itu membuat pembetulan hari ini dengan menyatakan anak perdana menteri itu tidak berada di lokasi membeli belah seperti dilaporkan, Isnin lalu.

“Perlu difikirkan ini mungkin boleh disifatkan kegagalan kempen media antarabangsa yang melibatkan wang yang banyak yang dibayar oleh kerajaan Malaysia, sesuatu yang amat tidak kena berlaku, Najib sendiri perlu melihat perkara ini.

“Kecualilah ia memang menjadi strategi permainan perang saraf baru di mana (Najib) rancang media (supaya) lapor salah dan kemudian media tersebut minta maaf dengan harapan memadam sekali isu besar,” tulis Chegu Bard dalam blognya.

Sebelum ini kerajaan melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

Kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).

Kerajaan juga menggunakan perkhidmatan syarikat pro Israel, Apco Worldwide sebanyak RM77 juta bagi tujuan itu, selain didakwa mempromosi slogan 1Malaysia yang menyamai konsep One Israel, hasil nasihat perunding berkenaan.

Isnin lalu, akhbar The West Australian bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing”, menyiarkan berita anak gadis Najib yang membelanjakan $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones.

The West Australia melaporkan mereka berbelanja mewah ketika mengikut rombongan Najib menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), sebelum akhbar itu membuat pembetulan terhadap berita mereka hari ini.

Pesta Liar Sesuatu Yang Lumrah Di Arab Saudi

Selatanonline

Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat berteraskan aliran fahaman Wahabi, tetapi di belakang tabir kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.


Keluarga raja

Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

Aziz Bari membidas DAP dalam PPSMI

NONE



Pensyarah kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari berpandangan bahawa sokongan DAP supaya pilihan diberi untuk belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris salah daripada aspek perlembagaan.

Pakar perlembagaan itu berkata, perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini.

"Tambahan pula ia berjalan sehingga (mantan perdana menteri) Mahathir (Mohamad) secara bersendirian menukarnya (kabinet tidak terliabt membuat keputusan itu)," katanya pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (bawah) pada 30 Oktober dilaporkan berkata, kementerian pelajaran perlu lebih anjal dan wajar memberi pilihan supaya kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris demi mengekalkan bakat terbaik dalam negara.

Katanya, prinsip paling penting harus terima pakai ialah pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik.

Sehari sebelum itu, timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

NONE



Dalam kenyataan hari ini, Aziz berkata, tindakan Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memansuhkan PPSMI dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebelum ini adalah betul.

"Bawah perlembagaan dibenarkan belajar bahasa lain; hatta dana awam boleh digunakan untuk tujuan itu. Kenapa pengajaran Matematik dan Sains dijadikan bahan ujikaji?" soalnya.

Beliau berpendapat, walaupun PPSMI tidak disebut antara dasar bersama Pakatan Rakyat, iltizam untuk melindungi dan menegakkan sistem beraja, agama Islam, hak istimewa dan bahasa Melayu, cukup jelas.

"DAP - seperti juga MCA - perlu konsisten berhubung perkara yang melibatkan perlembagaan," katanya.
-malaysiakini-

Majlis khatam al-Quran: BN bohong dalam masjid

http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/1image/pokjoe2011/portar-3.jpg
Mat Zain Mat Isa
Sabtu (29 Oktober) lalu kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Islam Terengganu (YIT) sekali lagi menghimpunkan puluhan ribu kanak-kanak sekolah pada majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai. Majlis berkenaan dilangsungkan secara serentak mengikut kawasan Parlimen di tujuh lokasi berbeza di seluruh negeri itu.

Dilaporkan seramai 20,133 murid sekolah rendah terlibat menjayakan program tersebut yang sengaja dirancang untuk melakar sejarah tersendiri. Kumpulan terbesar ialah seramai 6,325 murid pada majlis diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia menggabungkan murid-murid dari sekolah-sekolah di seluruh Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Serentak itu, bagi Parlimen Besut, seramai 3,149 murid berhimpun di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja. Sejumlah 2,744 rakan sebaya mereka berkumpul di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, manakala 2,311 lagi di Masjid Permaisuri, Setiu.

Seramai 2,024 murid di Dataran Padang Merdeka, Dungun, diikuti 1,910 murid di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang dan 1,670 lagi di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman.

Sejajar hasrat ia diadakan, majlis anjuran bersama YIT, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) itu sekali lagi berjaya menempatkan negeri itu di dalam Malaysia Book of Records (MBoR). Ia diiktiraf sebagai majlis khatam al-Quran secara serentak melibatkan paling ramai murid. Majlis kali ini malah sekaligus memecahkan rekod dicatat negeri itu sendiri tahun lalu dengan kehadiran seramai 16,929 murid dalam majlis serupa.

Tidak syak lagi pencapaian itu bakal dijadikan modal politik oleh parti pemerintah. Paling tidak ia akan dilaungkan sebagai bukti kesungguhan kerajaan negeri mendidik anak-anak sedari usia kecil untuk mendekatkan diri dengan kitab suci umat Islam itu.

Namun, biar apa pun yang akan dibangga dan digembar-gemburkan para pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu berhubung kejayaan itu, yang pasti ia sebenarnya lebih didorong hasrat mencipta rekod dan mencari kemasyhuran. Sebab itu saban tahun perkara dijadikan sasaran utama penganjurannya ialah mempertingkat jumlah mereka yang dikumpulkan dalam program serupa.

Segalanya bermula dengan keghairahan seorang pemimpin Terengganu untuk mencipta nama. Kononnya pemerintahan BN di bawahnya mampu mengutarakan perubahan menerusi pelbagai aspek kehidupan. Lalu diuar-uarkanlah betapa kerajaan pimpinannya berupaya mengubah impian rakyat negeri itu menjadi realiti.

Pelbagai slogan dicipta dan diulangsebut. Antara yang masyhur ialah Terengganu sebagai tapak ‘Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun’. Justeru, antara sejarah yang kononnya dipahat ialah kejayaan BN melahirkan ribuan kanak-kanak di usia awal yang sudah mampu khatam al-Quran.

Bagi membuktikan dakwaan itu, buat pertama kalinya majlis sedemikian diadakan pada 2006. Dikatakan seramai 937 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun yang belajar di tadika YIT dihimpunkan dalam satu majlis untuk kahatm al-Quran secara serentak.

Apa yang didakwa sebagai kejayaan itu mendapat laporan meluas media-media arus perdana. Ceritanya diulangsuara menerusi pelbagai saluran propaganda milik kerajaan negeri, termasuk bahan bercetak dan sesi ceramah penerangannya.

Bagaikan belum puas dengan sebaran setakat itu, BN berbelanja besar pula untuk memastikan setiap orang yang berada di Terengganu tahu tentang kejayaan didakwa itu. Lalu didirikanlah berpuluh papantanda gergasi di segenap jalan utama di serata negeri memaparkan gambar kanak-kanak sedang mengaji al-Quran beserta angka 937 itu.

Rekod itu diperbaharui oleh pihak sama dengan penganjuran majlis serupa pada 2007. Seramai 2,010 kanak-kanak pula dihimpunkan. Kali ini turut melibatkan murid-murid Tadika Kemas dan prasekolah JPNT, selain Tadika YIT. Kejayaan sama diulang-ulang saban tahun dengan peningkatan jumlah murid yang terlibat.

Apa yang dikesalkan, keberlangsungan majlis itu sebenarnya dipenuhi pembohongan dan kepalsuan. Fakta mendakwa kesemua murid yang hadir dan terlibat sudah khatam al-Quran amat mengeliru dan layak dipertikaikan. Ada bukti sangat meyakinkan betapa sebahagian besar murid-murid terbabit sebenarnya baru di peringkat sangat awal pembacaan al-Quran. Mereka mungkin telah mengenal huruf dan dapat membaca sendiri tanpa perlukan tunjuk ajar atau bimbingan guru. Tetapi sekadar dapat menbaca dan menghafal beberap surah belum sesuai dianggap sebagai khatam.

Sebahagian yang tidak sedikit daripada murid terbabit baru sekadar khatam mukaddam atau diistilahkan orang Terengganu sebagai ‘Al-Quran Kecil’. Sebilangan lagi baru berada pada juz-juz awal pembacaan. Mereka belum pun tamat membaca separuh al-Quran. Jauh sekali untuk dikatakan telah khatam 30 juzuk.

Ertinya dakwaan mengatakan kesemua murid terbabit dalam majlis itu telah khatam al-Quran adalah pembohongan yang nyata. Ia juga melibatkan pemalsuan fakta yang dicatat dalam rekod negara dan sedang dipahat sebagai sejarah, terutama untuk tatapan generasi puluhan tahun akan datang.

Tambah mendukacitakan pemalsuan dan pembohongan itu dianjurkan secara bersama oleh pihak-pihak yang ada hubungkait sangat rapat dengan kemajuan agama. Mereka sepatutnya bertanggungjawab menganjurkan ajaran agama sebenar kepada masyarakat dan bukannya mempromosi program yang penuh kepura-puraan.

Lebih dikesalkan, pemalsuan fakta dan pembohongan itu diadakan di masjid. Premis ibadat itu sepatutnya tidak disalahgunakan untuk tujuan keduniaan, lebih-lebih lagi untuk tujuan mencari kemasyhuran, mencipta nama dan mencapai agenda politik. Apatah lagi khutbah Jumaat terbaru di masjid-masjid seluruh Terengganu turut membicarakan soal fungsi sebenar masjid.

Namun melihatkan apa yang baru berlaku itu, BN nampaknya bukan sahaja gagal bertindak seperti dikhutbahkannya sendiri, malah juga amat bebal untuk menjaga kesucian masjid, sehingga sanggup berbohong di dalamnya!