"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Penyokong PAS solat hajat untuk Mukhriz?

Orang Thailand, penyokong PAS solat hajat untuk Mukhriz
Mohamad Fadli 
mukhriz-malaysia-thailand-pasALOR SETAR: Rakyat Thailand yang tinggal di sempadan Malaysia- Thailand dikatakan turut mengadakan solat hajat memohon Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.
Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang dikatakan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing mendoakan Mukhriz tidak digantikan.

“Ini semua kerana sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau membantu semua orang termasuk parti pembangkang seperti PAS,” kata seorang rakyat Kedah, Norwani kepada FMT.

Kakitangan sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya ini berkata, keperibadian Mukhriz yang mesra rakyat dan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar membuatkan beliau disenangi.

“Mukhriz juga sering memberi bantuan menggunakan gaji dan elaun Menteri Besarnya sendiri kepada rumah-rumah pondok dan tahfiz di kawasan luar bandar di Kedah.

“Mukhriz disukai sehinggakan di kawasan Sik yang merupakan kubu kuat PAS di Kedah membenarkan Mukhriz masuk. Dahulunya orang Barisan Nasional (BN) tidak dibenarkan masuk ke dalam Sik. Tetapi Mukhriz dibenarkan masuk kerana mereka suka Mukhriz,” katanya.

Mohd Saidi, 45, yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, Mukhriz memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri itu.

“Pemuda suka sebab beliau sering mengikuti anak muda main bola pergi ikut sama ke padang dan sorak sama-sama. Kalau ada kekurangan beliau akan bantu.

“Beliau suka berkawan. Saya sedih kerana tidak sempat lihat Mukhriz bangunkan Kedah,” katanya.

Pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali Pak Cik Arif berkata, sumbangan terbesar Mukhriz dalam bidang sukan apabila melonjak status pasukan bola sepak Kedah.

“Bola sepak pasukan Kedah yang dulunya telah jatuh ke Liga Perdana kini naik ke Liga Super dan sehingga jadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.

“Ini mungkin berkat usaha dan cara kepimpinannya yang berkesan, Alhamdulilah,” katanya.

Sementara itu, Shariff Mohamad berkata, dia menyokong penuh kepimpinan Mukhriz walaupun tidak memihak atau menyokong mana-mana parti.

Dia juga tidak menolak penyingkiran Mukhriz ini dengan masalah dalaman yang berlaku dalam politik Malaysia.

“Kenapa perlu ditukar pemimpin yang baik kepada semua orang. Penyingkiran Mukhriz ini satu penghinaan kepadanya,” katanya.
-fmt-

Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

Mohd Sayuti Omar
Kenyataan dikeluarkan oleh Setiusaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang mengatakan beliau yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) dirasakan kurang bertepatan dengan perkembangan atau persepsi negatif orang ramai kepada lembaga itu kini.

Untuk apa tiba-tiba Takiyiddin perlu untuk membela Tabung Haji dengan mengeluarkan pendapat demikian, sedangkan waktu ini orang ramai mencurigai akan TH ekoran surat teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap lembaga berkenaan yang mana tidak boleh mengumumkan dividen apabila asetnya kurang daripada semua jumlah obligasinya?

Apakah Takyuddin sengaja berbuat demikian, membela Tabung Haji kerana ia dalam rangka partinya (Pas) akan berta'awun dengan Umno dalam hal ehwa Islam? Kalau pun Pas ingin berta'awun tetapi bukan dalam keadaan sekarang ini kerana ia semacam tidak menghormati sensitiviti penyimpan Tabung Haji di kala ini. Cara dan tindakan Setiausaha Agung Pas itu tidak bijaksana.

Takiyuddin juga berkata dia yakin dengan pengurusan Tabung Haji yang patuh syariat. Apakah beliau salah seorang orang yang dilantik untuk memantaunya atau sekadar mempercayai kepada kata-kata Menteri?

Sepatutnya Takiyuddin memberi pandangan kepada Tabung Haji untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai urus tadbirnya, termasuk kelewatan mengumumkan bonus tahunan serta mendesak Tabung Haji menjadi persoalan umum. Atau pun kalau beriya untuk menyokong Tabung Haji bagi menyerlahkan Pas sudah memulakan ta'awun tunggulah sehingga TH mengumumkan dividen.

Tindakan pentas begitu seakan ada undang di sebalik batu. Kita berharap pandangan Takiyuddin itu tidak mencermin pandangan parti agama itu yang seharusnya melihat dari segenap aspek termasuk pengurusan yang bersih, telus dan berwibawa.

Menghairankan juga apabila Takiyuddin langsung tidak menyentuh pelantikan Mohamed Apandi Ali sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji. Pelantikan Apandi sebagai ahli lembaga pengarah itu seakan meramaikan "orang-orang yang sepertinya" dalam lembaga itu. Apakah Apandi seorang lulusan syariah dan arif mengenai Islam?

Apabila ia tidak dipersoalkan, umum melihat Pas menerima pelantikan itu walaupun reputasi Apandi menerusi jawatannya sebagai Peguam Negara dipertikaikan ekoran beliau membebaskan Najib Razak di luar mahkamah berhubung dakwaan isu dana RM2.6 billion.

Apapkah Pas bukan lagi menjadi parti yang mengambil berat soal-soal integriti dan moral dan mengharap keredhaan Allah? Hendaknya parti agama itu tidak diheret untuk bersubahat dengan kemungkaran semata-mata kerana mengejar benefit politik.~http://msomelayu.blogspot.my

Saya Keluar UMNO jika Mukhriz Gugur - Mahathir


Kemelut yang melanda Kedah ini pantas diambil perhatian oleh banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Seolah-olah mempertahankan jawatan anaknya, Tun M hari ini secara terbuka menyatakan bahawa beliau akan bertindak meninggalkan UMNO bersama-sama pengikutnya andai Datuk Seri Mukhriz digugurkan dari jawatan beliau selaku Menteri Besar.

Nyata ugutan ini bukan kali pertama berlaku kerana Tun M sentiasa mengeluarkan ugutan pada setiap perkara yang beliau tidak sukai atau membantah sesuatu perkara.
images (4)
Dalam hal ini, secara dasarnya, ugutan terbaru yang dikeluarkan oleh Tun M ini mudah difahami. Ini kerana, Mukhriz adalah satu-satunya anak beliau yang melibatkan diri dalam politik. Jesteru, andai Mukhriz digugurkan, pastinya legasi politik Tun M dalam arena politik tanah air akan berakhir dan seterusnya menggagalkan impiannya meletakkan Mukhriz selaku bakal Perdana Menteri satu hari nanti.

Namun dari segi politik, Tun M sebenarnya terlalu terdesak untuk memastikan beliau mempunyai waris dalam politik. Ini ditambah lagi dengan hampir semua sekutu beliau yang masih aktif berpolitik telahpun disingkirkan secara perlahan-lahan dari pentadbiran negara. Ini menjadikan Mukhriz sebagai satu-satunya harapan beliau dalam usaha menggerakkan operasi menjatuhkan Najib dari dalam.

Jesteru, adalah tidak menghairankan andai Tun M akhirnya menggunakan helah lama beliau untuk meninggalkan UMNO andai Mukhriz disingkirkan dari kerusi Menteri Besar. Semua ini dilakukan dengan harapan, beliau masih mempunyai kelompok penyokong tegar yang akan bersama-sama beliau keluar daripada UMNO.

images (6)
Adakah helah ini menjadi sewaktu kali terakhir beliau guna semasa ingin menggulingkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu? Walaupun beliau masih mahu menggunakan sentimen yang sama, namun hakikatnya hari ini, mereka lebih mengutamakan keperluan hidup terlebih dahulu dari mengikut rentak politik sumbang dan kuno yang diperkenalkan oleh Tun M.


Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa, tiada siapa lagi yang mahu menghalang Tun M dari meninggalkan UMNO berikutan perpecahan dalaman yang beliau cipta hanya kerana memuaskan nafsu peribadi dan politik beliau sahaja. Tun M bernasib baik kerana Datuk Seri Mohd Najib bukan seperti beliau, mencipta pertuduhan yang tidak pasti kebenarannya demi kuasa politik.

Misteri penumpang pesawat penerbangan AA109 pengsan seorang demi seorang

Misteri penumpang pengsan seorang demi seorang
Petugas perubatan memeriksa penumpang pesawat penerbangan AA109 semalam.
KEFLIK - ICELAND. Misteri menyelubungi penerbangan AA109 milik American Airlines apabila seorang demi seorang penumpang jatuh sakit dan pengsan, semalam.

Menurut laporan New Zealand Herald, seorang kru penerbangan dan lima penumpang pengsan semasa penerbangan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Keadaan tersebut menyebabkan pesawat Boeng 777-300 tersebut terpaksa berpatah balik ke Iceland dan kapten pesawat mengisytiharkan 'kecemasan'.

Beberapa trak bomba dan petugas perubatan kemudian menyambut pesawat tersebut di lapangan terbang Heathrow manakala beberapa barangan milik penumpang dirampas untuk pemeriksaan.

Beberapa penumpang lain dilarang keras dari keluar dari pesawat sementara petugas paramedik melakukan pemeriksaan di dalam pesawat.

Sehingga kini, sejumlah enam kru pesawat dan dua penumpang dikenal pasti pengsan dan jatuh sakit.

Sementara itu, American Airlines gagal memberikan sebarang komen berkenaan kejadian berkenaan dan menyuruh orang awam dan media menunggu laporan paramedik.

Pesawat tersebut membawa 13 anak kapal semasa kejadian dan jumlah penumpang gagal dipastikan.
-sinarharian-

AG Kantoi: Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah... (Gambar)

Tranungkite
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang disalurkan melalui beberapa buah syarikat, masuk ke akaun peribadi Najib yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini..
Dokumen (carta alir) yang dikemukakan oleh SPRM merekodkan pemindahan wang sebanyak RM33juta ke dalam dua (2) akaun peribadi milik Najib.

Wang ini disalurkan melalui syarikat-syarikat yang telah membuat pinjaman sebanyak RM4bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Sebanyak RM3.2juta telah dibelanja menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard ketika di Eropah pada bulan April 2014.

Tersilap tayang.. kan ke dah kena zoom!

Selalunya, 'whistle blowers' yang bocorkan maklumat, tapi kali ini AG Apendi Ali sendiri yang dedahkan di khalayak ramai dokumen siasatan SPRM!

Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke?

Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini?

Transaksi yg tidak pernah ditimbulkan sebelum ini tiba-tiba didedahkan sendiri secara tidak sengaja oleh AG Apendi Ali ketika sidang media untuk menutup kes SRC dan RM2.6 bilion. Apa nak dikata....

RM6juta + RM27juta = RM33juta dikreditkan ke dalam dua (2) akaun peribadi...
RM23.5juta diagihkan kepada 17 penerima bertuah.

RM3.2juta dibelanjakan guna Visa & Mastercard.. Masih berbaki RM6.3juta.. Tak seronok ke?

Sebab itu, kita melihat SPRM amat bertegas mahu mendakwa Najib namun telah digagalkan oleh AG Apendi Ali. Dengan terdedahnya dokumen ini secara tidak sengaja, pasti Rakyat sudah mendapat bukti yang jelas memang ada kes untuk mendakwa Najib dan dibicarakan.

Namun, dalam keadaan sekarang di mana kuasa menentukan sesuatu kes itu sama ada dibawa untuk pendakwaan di mahkamah adalah hak mutlak Peguam Negara, bolehlah kita jangka, perkara ini tidak akan ke mana-mana.

Hanya dengan pertukaran kuasa Kerajaan Pusat dan pertukaran Ketua Setiausaha Negara dan semua ketua agensi pelaksana dan penguatkuasaan, Insya Allah segala kes penyelewengan ini akan dapat disemak semula. Sama-samalah kita berdoa.

Apa-apa pun, syukur atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka dengan pendedahan AG ini. Jika mereka masih mahu berterusan mencabar kekuasaan Allah, silakan....

Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana.

------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.

Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.)) - At Toriq ayat 15&16

Pendedahan asal yang terperinci, sila rujuk di sini.

UMNO tiada pilihan terpaksa lantik Bashah sebagai MB

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: Khabar angin mengatakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah akan dilantik mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bukti UMNO tiada pilihan.
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, pemilihan itu dibuat hanyalah berdasarkan Bashah sebagai individu paling lama dalam UMNO Kedah.

“Saya rasa memang UMNO Kedah ini tiada pilihan sebenarnya (lantik Bashah sebagai Menteri Besar). Bashah dilihat orang paling lama dan dianggap calon paling terbaik bagi UMNO.
“Ditambah pula dia pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, dia juga banyak penggal menjadi EXCO dan ketua bahagian,” katanya kepada FMT.

Bekas pemimpin kanan kerajaan PAS negeri Kedah itu menambah, sekiranya Bashah dilantik sebagai Menteri Besar di Negeri Jelapang Padi itu, menyaksikan jumlah sokongan rakyat kepada UMNO akan menurun, sekaligus membuka peluang kepada pembangkang menawan semula negeri itu.

“Kalau dilihat berdasarkan kajian yang dibuat pada 2013, sokongan rakyat kepada Bashah tidak tinggi.

“Saya jangka sokongan rakyat kepada BN akan menurun lima hingga 10 peratus sahaja pada pilihanraya akan datang, malah jumlah itu sudah cukup untuk berlaku perubahan kerajaan.

Mukhriz dedah Istana Kedah belum perkenan tukar MB

Kumpulan penentang yang mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad setakat ini masih belum menghadap Istana Kedah bagi mendapatkan perkenan menukar menteri besar.

Menteri besar Kedah itu yang berdepan asakan daripada kumpulan diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, spekulasi mengatakan pihak Istana sudah memberi perkenan adalah tidak benar sama sekali.

"Yang masuk dalam telefon kata macam, kata sudah dapat perkenan.

"Selepas itu tiba-tiba tidak dapat lagi, belum jumpa menghadap. Tidak menghadap macam mana boleh dapat perkenan?
"Selepas itu kata hari ini angkat sumpah, selepas itu tidak jadi, kemudian esok pula.

"Mana mereka dapat idea ini? Mereka kata mengenai susun kerusi, tapi sebenarnya susun kerusi itu untuk bagi pingat," kata Mukhriz di hadapan kira-kira 200 penyokong kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Mukhriz berkata, pihak media tidak sewajarnya membuat spekulasi mengenai kemelut yang sedang berlaku di Kedah pada ketika ini.

"Jangan buat spekulasi bukan-bukan, media jangan lapor bukan-bukan. Taktik itu sudah difahami," katanya.

Mukhriz mengulas mengenai khabar angin mengatakan menteri besar baharu bakal diumumkan hari ini.

Spekulasi mengatakan Bashah antara calon yang disebut-sebut sebagai menteri besar Kedah yang baharu.

Mengenai nasibnya sebagai menteri besar, Mukhriz berkata sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun menyerahkan kepada takdir dan Allah dalam menentukan nasibnya.

"Saya dah bersedia lama. Sedia dengan sebarang kemungkinan tapi saya serah bulat-bulat kepada Allah sahaja," katanya.

Siapa Boleh Jamin Simpanan DalamTabung Haji Selamat?

Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

"Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.

"Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat," katanya.

Ismee berkata, lembaga itu biasanya mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun dan memberi jaminan tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada pendeposit.

"Insya-Allah, Tabung Haji akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 selepas melalui proses dalaman dan audit interim seperti lazimnya setiap tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam menetapkan kadar bonus Tabung Haji mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, 2015 adalah tahun mencabar dan perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut.

Ismee berkata pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka dijamin kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji juga mengambil maklum saranan Bank Negara untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Bank Negara menghantar surat kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember, memberi amaran rizabnya pada paras negatif.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata penyimpan wang jemaah itu tidak akan dapat membayar dividen kepada kira-kira 9 juta pendeposit tahun ini jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

Remaja wanita didenda RM300 kerana sembur serbuk lada kepada perogol

Didenda RM300 kerana lawan perogol
Pegawai sekuriti memeriksa orang awam di stesen kereta api di Denmark. - Gambar hiasan
SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.
-sinarharian-

Orang Darah O Wajib Baca !! Inilah Titik TERLEMAH Orang Darah O !! ((SEBARKAN))

Tranungkite
Ini-Titik-Terlemah-Orang-Bergolongan-Darah-O
Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.

Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu. Waktu lakukan wawancara kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab, komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.

Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asam lambung di banding golongan darah yang lain, mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser. Orang-orang dengan kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. 

Astaghfirullah.. Benarkah ada 'setan' kat sini ?? (Gambar)

Ada berapa ekor 'setan' dimasukkan secara berjemaah kat dlm lembaga tabung ni ??



-------------------------------
Penyata kewangan Tabung Haji negatif, rugi RM351 juta, kata PKR

PKR mendakwa sekiranya pendeposit Tabung Haji mengambil kembali simpanan, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayarnya yang bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, ia akan mengalami kerugian lebih besar.

Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, sekiranya pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

"Kedudukan kewangan ini berlaku sebelum 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai mata wang ringgit yang mendadak.

"Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Tabung Haji semalam mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki.

“Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.

“Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat,” katanya.

Rafizi dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015.

"Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya.

"Ini bukan perkara kecil dan saya akan terus meneliti perkara lain mengenai prestasi kewangan Tabung Haji," katanya.

Sebagai permulaan, katanya, beliau menuntut Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.
-malaysianinsider-

Singkir Mukhriz, ‘bom jangka’ meletup – Ahli UMNO

PETALING JAYA: Tindakan menyingkirkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan meledakkan ‘bom jangka’ kemarahan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu ditegaskan Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed kerana api kemarahan rakyat terhadap kerajaan pimpinan BN sedang memuncak ketika ini susulan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir dengan baik.

“Isu (penyingkiran) Datuk Seri Mukhriz kini bukan isu Kedah sahaja tetapi beliau sudah menjadi ikon serta penjenamaan semula UMNO yang mula diterima rakyat pelbagai golongan.
“Penyingkiran beliau hanya meledakkan satu bom jangka yang mana sebelum ini bibit-bibit kemarahan rakyat telahpun memuncak.

“Justeru, penolakan rakyat kepada UMNO dan BN tidak dapat disangkal lagi bukan hanya kepada Kedah tapi Malaysia keseluruhannya,” katanya kepada FMT.

Rushdan berkata, kumpulan yang cuba menjatuhkan Mukhriz sesuai dikategorikan sebagai kumpulan gila kuasa.

“Nafsu serakah (gilakan jawatan) puak-puak tertentu sudah tidak dapat dibendung lagi,” katanya.

Adun Kedah ini dedah diburu, hampir jatuh laut, dipaksa sokong pecat Mukhriz

Datuk Abu Hassan SarifAdun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi.
Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

“Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

“Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya,” kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

“Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

“Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda,” katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

“Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

“Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong,” katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

“Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar,” katanya.
-malaysianinsider-

Pembohongan akhirnya terbongkar

Pembohongan akhirnya terbongkar
Anggota penguat kuasa JAIM ketika menjalankan siasatan awal terhadap kedua-dua wanita yang didapati berkelakuan dan berpakaian tidak sopan ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya.
BANDARAYA MELAKA: Seorang wanita bukan sahaja sanggup menggunakan nama Allah malah turut beristighfar ketika menipu kononnya mahu meyakinkan penguat kuasa bahawa dia telah menyerahkan kad pengenalannya ketika diminta semasa pemeriksaan dalam satu operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, kelmarin.

Malah wanita berusia 41 tahun bersama rakannya berumur 37 tahun itu mendakwa telah menyerahkan kad pengenalan kepada seorang lelaki bertopi dan sempat mengenyit mata kepada mereka ketika kad identiti tersebut diserahkan.

“Demi Allah, tadi I dah bagi”

Itu antara ayat yang diulang-ulang wanita yang berpakaian menjolok mata berwarna hitam ketika ditanya anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan negeri ketika ujian saringan awal urin dan HIV dilakukan kepada dia dan rakannya dalam operasi bersepadu bersama pelbagai agensi dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira- kira jam 2.45 pagi.

Pembohongan terbongkar kira-kira setengah jam apabila anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Imigresen negeri menjumpai kad pengenalan di dalam beg tangan kedua-dua wanita berkenaan.

Kad tersebut ditemui selepas pemeriksaan kali kedua di sebalik duit kertas berlipat pada poket kecil berzip dalam beg wanita berusia 41 tahun dan ditindih dengan kad-kad lain di dalam beg kecil yang terdapat di dalam beg tangan wanita berusia 37 tahun itu.

Kedua-dua wanita yang masing- masing berasal dari Merlimau dan dan Banda Hilir itu juga menunjukkan muka selamba seolah- olah tiada rasa bersalah menipu penguat kuasa yang mula bengang dengan sikap mereka apabila pembohongan terbongkar.

Terdahulu, kedua-dua wanita tersebut didapati tiada jangkitan HIV dan tidak dipengaruhi dadah selepas pemeriksaan darah dan ujian saringan awal urin terhadap mereka negatif.

Bagaimanapun, mereka dikenakan tindakan oleh anggota penguat kuasa JAIM kerana didapati berkelakuan dan berpakaian tidak sopan di khalayak mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, dua wanita berkenaan antara tujuh yang diberi surat perintah hadir ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

“Kesemua wanita berusia 21 hingga 41 tahun telah didapati memakai pakai tidak sopan ketika pemeriksaan dijalankan di dua buah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, semalam (kelmarin).

“Kita minta masyarakat Islam menghormati undang-undang yang mewajibkan umatnya berpakaian sopan yakni menutup aurat bukan sahaja di pusat hiburan tetapi di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan tegas akan dikenakan termasuk didakwa ke Mahkamah Syariah terhadap individu yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan yang diperuntukkan undang-undang.
-sinarharian-

Isu MB hampir selesai : Angkat sumpah jawatan dijangka hari ini atau esok

ALOR SETAR: Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah hari ini atauesok berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

“Mungkin hari ini atau esok majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.

“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya .

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.

“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.

Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di semalam.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang semalam bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini.

“Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.
Utusan Malaysia

Kisah suami ini terpaksa berbohong kereta rosak, sangat menginsafkan kita...

Tranungkite
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le...

Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni...

"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya pernah kena camni dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro, rase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalau cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !".

Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takda minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering camni. Setau aku, kalau pun oil pump rosak, minyak mesti akan meleleh sikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak - tak naik langsung ! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita, aku keluar dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la, dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku, dia nak bayar, tapi aku cakap takyah la, macam la beratus...

Mungkin terasa nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik. Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal ? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau.

Aku pun berenti le...tetiba..."Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal ?" Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air.

"Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang takda duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah,tapi..." Aku masih diam..."duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpa...aku halalkan.

Dia sambung lagi. "Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti, tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aih...dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap beria-ia ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei...

Lepas tu dia pandang anaknya.

"Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.

"Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta...Sumpah...Demi Allah, aku pun nangis sama...

Sambil kesat air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi pada saya ni." Dia mintak nombo telipon aku. Nak tak nak aku bagi...

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat...Besok kalau dah berjaya, jaga babah dan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahuakbar...sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku...

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.

Cerita lain di sebalik kemelut politik di Kedah?

Mohd Sayuti Omar
Kemelut politik di Kedah apa dinamakan pemberontakan untuk menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai MB dan juga Pengerusi Umno Kedah mempunyai cerita berbingkai, prodi. Cerita dalam cerita atau pun ada maksud tersirat. Cerita berbingkai ini jarang disuluh atau mungkin sama sekali tidak terintai kerana terlalu ghairah untuk melihat Mukhriz tersungkur segera.
Keghairahan itu sehinggakan menutup cerita dalaman.
Usaha penyingkiran Mukhriz pula ada sangkut paut dengan, atau bersekali dengan kerja untuk membalas dendam menyerang dan memalukan Dr Mahathir Mohamad yang bertubi talu menyerang Najib. Para pendokong Najib atau mereka percayai hidup senang dengan kuasa, berkolaborasi untuk melawan Mahathir demi survival politik Najib. Mereka itu perlu menjaga dan menyelamatkan survival politik Najib kerana mereka juga bergantung hayat kepada Najib. Mereka perlu menjaga Najib dengan harapan Najib terus memberi nyawa serta baksis kepada mereka.

Orang-orang yang berpegang demikian seharusnya tidak diterima sebagai pemimpin. Mereka seperti inilah pengkhianat amanah rakyat dan negara. Yang hidup atas titik peluh dan kepercayaan rakyat. Seharusnya mereka ditohok dan dijatuhkan. Orang-orang yang disebut celaka oleh Allah, adalah mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas amanah yang disangkutkan ke atas bahu mereka, sesudah mereka mengaku dan bersumpah untuk memikulnya.

Itulah yang dilihat disebalik kemelut dan pergolakan politik di Kedah itu. Ia dapat disahkan apabila rancangan atau pelan hendak menjatuhkan Mukhriz itu tidak dibuat mengikut perlembagaan dan konvensyen parti sebelum ini. Kemelut itu bukan lahir di Kedah, tetapi ia terilham dari Putrajaya. Sikap atau kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor menjelaskan segala cerita.

Hal ini bukan sengaja untuk memburuk-burukkan apa yang berlaku, tetapi diakui sendiri oleh sebahagian pemimpin Umno Kedah. Perkembangan yang bergeliwat, peralihan yang berkecamukan di Kedah kini menambah jelaskan apa yang tidak jelas.

Apa yang berlaku itu adalah gambaran luaran sahaja. Tetapi ada maksud dan agenda lain lagi lebih besar disebalik usaha hendak menggugurkan Mukhriz dan sekali gus melemahkan pengaruh Mahathir itu. Ia bukan setakat mahu menukar jawatan MB Kedah, itu perkara kecil sahaja. Perkara paling besar ialah untuk melaksanakan agenda setahun dua tahun lagi. Apa dimaksudkan ialah agenda untuk menguasai Umno seluruhnya. Itu yang utamanya. Isu Mukhriz itu sebagai alasan sahaja.

Saya tetap berkeyakinan kemelut itu bukan beraspirasi di Kedah tetapi di Putrajaya, maka ianya dirancang di luar Kedah cuma diletupkan di Kedah. Justeru agenda sebenarnya lebih besar daripada hendak menurunkan Mukhriz itu.

Peristiwa di Kedah itu hanya adalah permulaan sahaja. Peristiwa itu untuk mencapai dua maksud utama, pertama menguasai Umno dan kedua pilihan raya ke-14. Apa pun niat menguasai Umno itu lebih penting daripada pilihan raya kerana kalau pilihan raya diutamakan peristiwa itu tidak diletupkan kerana ia menjejaskan prestasi Umno di Kedah.

Dalam konteks Kedah, Umno bukan bersiap dengan membuang Mukhriz untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tidak. Kalau pilihan raya umum bukan dengan menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri, sebaliknya persiapan sebenanrya ialah untuk menghadapi perhimpunan agung Umno. PAU adalah penting bagi tokoh-tokoh tertentu menempatkan dirinya bagi mengekalkan kedudukan yang ada kini. Bahkan kemenangan mereka dalam PAU lebih penting dari mengekalkan Kedah ditangan Mukhriz.

Justeru gerakan menggugurkan Mukhriz itu bagai membendung pengaruh MB dan bapaknya yang kini sedang cuba mempengaruhi Umno untuk mengembalikan parti itu ke tapak sebenarnya dimana kalau dibenarkan kedudukan orang-orang tertentu yang berhajat untuk naik akan tergendala. Maka bagi melincinkan perjalanannya usaha harus dilakukan.

Orang-orang berminat untuk menguasai Umno khasnya memenuhi kekosongan jawatan timbalan presiden, dan naib presiden berkemungkinan bertanggugnjawab atau menjadi dalang dan mastermind terhadap apa yang bergolak di Kedah?

Kedudukan timbalan presiden dan dua kerusi naib presiden sudah pasti menjadi rebutan apabila Muhyiddin Yassin sudah dibuang dari rejim Najib. Walaupun Muhyiddin bercadang untuk mempertahankan kedudukannya, tetapi sudah pasti bekas TPM itu tidak akan berkeupayaan kalau hanya dengan tangan kosong. Jadi mereka ini sudah menyedari akan peluang yang ada kepada Muhyiddin sangat tipis dan masa terbaiknya ialah waktu ini.

Jadi orang yang nampak ghairah untuk mengambil jawatan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Ahmad Zahid Hamidi. Kemunasabah ini bertambah apabila beliau kini dilantik menjadi TPM, dimana tanpa jawatan timbalan presiden menjadikan jawatan itu tidak relevan. Jadi Zahid pasti mahu menempatkan dirinya di situ. Zahid hendak tidak hendak harus meletakkan dirinya di posisi orang nombor dua bagi mengesahkan kedudukannya kini selaku TPM.

Senario inilah memungkinkan dilihat apa yang berlaku di Kedah itu boleh diterjemahkan adalah atas perancangan Zahid Hamidi? Mungkin persiapan telah dibuat bagi mempastikan dia akan menang selesa di kerusi timbalan presiden dalam PAU akan datang. Apa kena mengena Zahid dengan Kedah? Seperti di katakan tadi kerusi naib presiden menjadi kosong apabila Zahid berganjak ke atas. Kekosongan itu boleh diisi sesiapa daripada Kedah. Makanya untuk mengisi itu sesuatu harus digerak dan dilakukan dan seorang tokoh dari Kedah hendaklah ditonjolkan ke peringkat nasional.

Melihat kepada tokoh-tokoh Umno Kedah yang sesuai untuk melompat ke kerusi naib presiden ada dua orang berpotensi. Jamil Khir Bahrum dan juga Mahadzir Khalid. Dari segi ketokohan, kekuatan pengaruh dan bijak politik Mahadzir lebih berbanding dengan Jamil kerana Mahadzir pernah menjadi MB Kedah dan beliau sendiri juga berkelulusan Sarjana Sains Politik dari USAM. Bukan itu sahaja Mahadzir dikenali sebagai orang yang setia kepada Najib Razak.

Mengukur situasi ini, maka orang yang akan diimpikan menjadi naib presiden ialah Mahadzir Khalid. Mahadzir pula apabila dia dicalonkan untuk jawatan itu tentu gembira kerana akan melangkah naik setangga lagi. Dan inilah peluang Mahadzir untuk merebut tangga ketiga itu bersama tokoh-tokoh lain yan juga sudah mula menunjukkan minat. Kedudukkanya sebagai Meneteri Pelajaran juga adalah berpotensi untuk menjabat jawatan itu.

Dan bagi Zahid, Mahadzir boleh diasuh untuk menjadi pendokongnya dari Utara. Sebagai orang bercita-cita untuk menjadi PM, Zahid seharusnya mencari gandingan mantap yang setia. Zahid sedar pencabarnya untuk jawatan PM ialah Hishamuddin Hussein. Dua daripada tiga jawatan naib presiden mestilah orangnya.

Bila menyebut siapa lagi gandingan Zahid ini mungkin ia boleh dinamakan Ismail Sabri Yaakob. Sabri boleh mewakili zon Pantai Timur. Manakala Salleh Said Keruak dari Sabah pula akan diharap menjadi pesaing kepada Hishamuddin setelah Shafei Afdal sudah tidak mempunyai harapan lagi.

Jadi, peristiwa di Kedah adalah permulaan sebagai persiapan tokoh-tokoh disebut tadi untuk menguasai Umno dalam perhimpunan agung akan datang dan isu Mukhriz itu hanya sampingan sahaja?
http://msomelayu.blogspot.my