"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah 'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang terbesar di dunia'.

Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut.

"Saya diberitahu...tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar... yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

"Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia.

"Saya tidak boleh dedah (lokasi)...saya tidak boleh beri tahu anda," katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk,
"Conversations on the Constitution and Oil Royalty -- A Constitutional Right?" anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga tidak menamakan siapa yang memberitahunya mengenai perkembangan Petronas itu.

Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas, menafikan penemuan tersebut.

"Petronas ingin menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu dan sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian adalah tidak benar," kata perbadanan minyak nasional itu semasa dihubungi
Bernama.

Tengku Razaleigh baru-baru ini tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti bagi minyak yang dikeluarkan dari kawasan luar pantai negeri itu.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas menteri kewangan berkata penemuan lapangan minyak yang besar bermakna Petronas mempunyai masa depan yang baik tetapi menambah, ia perlu diurus dengan sewajarnya.

"Saya berharap Petronas akan diurus dengan baik...tiada ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata beliau gembira walaupun Petronas terpaksa membelanjakan wang bagi pembinaan Menara Berkembar Petronas di sini dan pembangunan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan, syarikat minyak nasional itu "masih meraih untung, dengan wang dan masih mempunyai baki rizab".

Petronas menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan, di mana ia bersamaan dengan kira-kira 42 peratus daripada pendapatan negara.

Sejak ditubuhkan pada 17 Ogos, 1974, Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 31 negara.

Petronas tersenarai di kalangan syarikat terbesar Fortune Global 500 di dunia.

Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat ke-95 terbesar dunia pada 2008 dan ke-80 terbesar pada 2009.

Ia juga menyenaraikan Petronas di kedudukan kelapan bagi syarikat paling mendapat untung di dunia dan syarikat yang paling meraih untung di Asia.

Harga minyak jatuh sejak dua minggu lepas sebanyak 2.8 peratus kepada di bawah AS$80 setong pada Jumaat. London Brent Crude bagi Mei turun AS$1.60 setong kepada AS$79.88.

-Bernama-

Kezaliman kerajaan Umno menyamai kerajaan Firaun

Tun Telanai
Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.

Haji Hadi menambah : “ Kerajaan BN [juga maksud : UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan”[rujuk : Suara Keadilian,16-23 Mac 2010]

Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.

Jadi, dipendikkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?

i.Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.

ii.Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?

iii.Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?

iv.Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?

v.Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?

vi.Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?

Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO.Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.


Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.

Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.

Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.

Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.
Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.

Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.


UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga. Contoh : ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.

UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.

Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.

UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.

Contoh : Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.

Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]

UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.

UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.

Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.

Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud :

Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat,berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu,janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu."

Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar ebjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.

Firman Allah swt:"Janganlah engkau takut hai Musa!sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu,nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu.Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun,mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata:

"Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt."

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah,maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.

Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.

Firman Allah bermaksud:

"Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)

Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.

Najib Jelas Tersimpang - Ku Li

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.
-tvselangor-

PR tunai janji RM100 kepada warga emas

Mohd Sabri Said
SEBERANG JAYA, 20 Mac:
Apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini dikotakan apabila seramai 300 orang warga emas seluruh Seberang Perai menerima wang RM100 setahun sebagai penghargaan mereka peringkat Perdana di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya petang tadi.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng diiringi Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman serta Exco Kerajaan Negeri itu terbukti kesungguhan kerajaan negeri membantu golongan terbabit bukannya cakap kosong sebagaimana yang disangkakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pemberian itu sekaligus melawan dakyah Umno dan BN yang sering mendakwa pemberian berkenaan merupakan 'sogokan politik' kononnya untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berada di hati rakyat setelah berjaya menang pada pilihan raya umum dua tahun lalu.

Lim Guan Eng dalam ucapanya menegaskan, selain memberikan RM100 setahun pada warga emas kerajaan negeri tetap mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kerajaan BN yang asyik memenuhkan poket kroni sahaja.

Prinsip 3P iaitu Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan bukan slogan kosong bahkan telah menjadi realiti BN hingga segala curahan yang mereka berikan tiada tolok bandingnya dengan kemajuan yang diperolehi oleh Negeri Pulau Pinang dari dulu sehinggalah sekarang.

Hari ini juga tambahnya, dakwaan bahawa penghargaan warga emas digunakan untuk menambah ahli DAP silap sama sekali sebaliknya merupakan suara sumbang ekoran perasaan dengki kerajaan terdahulu kerana gagal melaksanakan program seumpama itu walaupun telah memerintah lebih 51 tahun.

"Untuk pengetahun anda semua seluruh warga emas yang didaftarkan berjumlah 82,983 orang. Jumlah itu meliputi 54 peratus di bahagian pulau manakala 47 peratus di Seberang Perai. Kami bukan anti Melayu atau Islam sebagaimana yang digambarkan kepada umum," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.

Beliau juga mengucapkan terima kasih pada jentera Adun, Ahli Parlimen, Senator, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang selagi itulah bantuan kepada warga emas akan diteruskan tanpa ada pilih kasih sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan BN dahulu.

"Kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang dengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat tetap tidak akan melupakan jasa yang telah ditaburkan demi pembangunan Pulau Mutiara, " kata Lim bersemangat.

SMM 'bergelimpangan' teruskan kongres

Selepas halangan demi halangan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini meneruskan kongres gerakan mahasiswa anjuran mereka dengan penuh daif, sehingga pesertanya terpaksa duduk bergelimpangan di lantai.

Walaupun program tersebut berlangsung di tempat yang penuh selesa di sebuah dewan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kumpulan tersebut mendakwa kerana “mahalnya” dewan itu, mereka tidak lagi mampu menyewa kerusi.

“Kami tidak mampu bayar. Dewan ini bukannya murah. Cuba tengok di sebelah sana,” kata pengerusinya Hilman Idham sambil menunjuk ke arah tabung derma yang diletakkan di sebelah pintu masuk dewan tempat program itu berlangsung.

Semalam, sebuah universiti universiti di Lembah Klang Universiti Malaya (UM) dilaporkan
melarang pelajarnya menghadiri program anjuran SMM - yang sering dilabelkan propembangkang.

Dalam notis yang ditampal di sekitar universiti itu semalam, kongres tersebut didakwa bakal membincangkan isu-isu politik yang didakwa bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ditemui
Malaysiakini di program tersebut, Hilman menceritakan, SMM terpaksa bertukar tempat di saat akhir (semalam) kerana “disabotaj” pihak-pihak tertentu.

Katanya program tersebut tersebutnya yang sepatunya berlangsung di sebuah dewan di Taman Setiawangsa ditukar tempatnya setelah “dihalang” dengan pelbagai alasan.

Hilman berkata, ketika pihaknya mahu mengadakan raptai program semalam, seorang pegawai yang ditugaskan menjaga dewan berkenaan memberitahu mereka, program tersebut tidak sesuai dijalankan di dewan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu.

Menurut pemimpin pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kakitangan tersebut antaranya memberitu mereka, program tersebut “tidak sesuai” dijalankan di situ kerana melibatkan anak ketua pembangkan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun kedatangan Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Pantai bagi merasmikan program tersebut pagi ini ternyata mengubat hati kira-kira kira 300 penuntut daripada pelbagai universiti di seluruh negara itu.

Dalam ucapannya, beliau antaranya mengimbau kembali detik-detik ketika bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bergelut dalam gerakan reformasi sepuluh tahun lalu.

ADUN Bukit Tunku Lau Weng San juga turut hadir menyaksikan program tersebut. Beliau turut kelihatan duduk bersila di lantai.

Pada hari ini, di tempat yang sama, sekretariat belia Selangor turut mengadakan persidangan anak muda di tempat yang sama, tetapi dewan yang berbeza, sekali gus memeriahkan lagi suasana sekitar kawasan itu.
-malaysiakini-

DAP sedia sokong BN gubal akta antilompat parti

PULAU PINANG, 20 Mac: DAP yang pernah menyatakan keperluan digubal undang-undang antilompat parti sebelum ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menggubal undang-undang bagi tujuan itu.

Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, DAP bersedia menyokong BN jika mereka mahu membentangkan undang-undang itu dan memberi jaminan bahawa 28 Ahli Parlimen parti itu akan memberi sokongan.

“Pendirian saya jelas bahawa saya menentang tindakan melompat parti dan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang anti lompat parti diluluskan nampaknya cara terbaik bagi menyelesaikan isu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas yang disifatkannya sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi.

Katanya Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) sepatutnya meletak jawatan bagi membolehkan orang ramai memilih wakil mereka selepas mereka meninggalkan parti.

Selain itu beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP juga telah keluar parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas di Perak, Kedah dan Selangor.

-malaysianinsider-

Peguam: Kelantan, Terengganu tiada hak tuntut royalti minyak

Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Petronas dalam tuntutan Terengganu mendapatkan royalti satu dekad lalu berkata, kesemua negeri di Semenanjung tiada hak untuk menuntut royalti ke atas minyak ditemui di luar kawasan tiga batu nautika dari pesisir pantai.

Abraham (kanan) berkata negeri-negeri Malaysia Barat tidak berhak meminta bayaran royalti minyak. — Gambar oleh Jack Ooi

“Kesemua rangka kerja perundangan dan perlembagaan menunjukkan semua negeri di Malaysia Barat, Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak menunjukkan atau ada hak terhadap laut dan kawasan tanah yang tenggelam di luar perairan dan pentas benua berdampingan dengan negeri-negeri berkenaan,” kata Abraham.

Abraham berkata demikian pada forum “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan” anjuran Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan berhubung pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum.

Abraham yang mewakili Petronas dalam kes tuntutan wang royalti oleh Terengganu juga berkata, kes Kelantan juga menyerupa nasib Terengganu dialami satu dekad lalu.

Justeru kata beliau, pertikaian sekarang ialah sama ada Kelantan harus dibayar wang royalti bagi hasil petroleum yang dikeluarkan di kawasan yang jauhnya 140kilometer dari pantai negeri itu.

Kelantan kini menuntut kerajaan persekutuan membayar wang royalti lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di kawasan luar pesisir pantai negeri itu.

Bagaimanapun Putrajaya menegaskan, Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus, sebaliknya hanya bersedia untuk memberi wang ihsan, yang dibuat mulai bulan ini.

Terengganu membawa pertikaian tuntutan wang royalti ke mahkamah pada tahun 2000 selepas kerajaan pusat memutuskan untuk menghentikan pembayaran wang royalti selepas ia jatuh ke tangan PAS.

Bagaimanapun Abraham tidak menjelaskan asas pembayaran wang royalti yang dibuat kepada Terengganu sebelum PAS menguasai kerajaan negeri itu pada 1999.

Kata beliau, perjanjian dengan Petronas untuk bayaran wang tunai sebagai gantian kepada hak ke atas petroleum telah ditandatangani oleh kerajaan pusat.

“Sebagaimana kerajaan pusat tidak boleh mengharapkan dibayar wang tunai bagi hak petroleum yang diberikan kepada Petronas oleh negeri, begitu juga kerajaan negeri tidak boleh mengharapkan dibuat bayaran tunai bagi hak petroleum yang menjadi hak dan diserahkan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

“Jadi isunya ialah apakah hak harta yang menjadi milik kerajaan persekutuan dan apakah hak harta yang menjadi milik negeri,” katanya lagi.

Oleh itu jelas beliau, jika petroleum adalah milik persekutuan maka kerajaan-kerajan negeri tiada hak kepada petroleum yang diperoleh dan tidak boleh mengharapkan dibayar wang tunai atas alasan dipindahkan hak itu kepada Petronas.

Beliau mengetengahkan Akta Perlombongan Petroleum dan Akta Pelantar Benua 1966 yang menyediakan peruntukan bahawa sumber petroleum yang ditemui di kawasan tiga batu nautika adalah milik kerajaan persekutuan.

“Oleh itu adalah jelas bahawa Akta Perlombongan Petroleum mengiktiraf bahawa hak negeri hanya dipanjangkan sehingga perairan negeri masing-masing,” kata Abraham.

Malah kata beliau, tuntutan Kelantan juga tidak disokong oleh Konvensyen Pelantar Benua Geneva 1958 yang mewujudkan kedaultan negeri berhubung pelantar benua yang mengelilingi sesebuah negeri.

“Kelantan tidak dan tidak dapat menerima pakai Konvensyen Pelantar Benua Geneva 1958 sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 kerana ia bukan sebuah negeri berdaulat ketika itu, ia mungkin sebuah negeri berdaulat sebelum itu tetapi berada dalam pertikaian sebab sehingga 1909 ia sebahagian daripada wilayah taklukan Thailand,” kata Abraham.

“Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukan negeri berdaulat dari sudut undang-undang antarabangsa awam sama ada sekarang ataupun sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu di bawah perjanjian 1948 atau perjanjian 1957,” katanya.

Dalam kes Sabah dan Sarawak, Abraham berkata kedua-dua negeri itu dilindungi perundangan dan perjanjian sebelum pembentukan Malaysia pada 1963.

“Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Mereka menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963,” katanya.

Abraham menambah, Perintah-perintah dalam Majlis 1954 kerajaan penjajah memberikan hak kepada pelantar benua kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri di Malaysia Barat.

Dalam pada itu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka berkata wilayah perairan bukan satu isu.

“Membuat rujukan kepada 10 lagi akta yang lain secara total tidak relevan sama sekali. Akta Pembangunan Petroleum tidak pernah menyentuh doktrin wilayah perairan,” kata beliau dengan merujuk kepada undang-undang itu yang membawa kepada pembentukan Petronas.

Soal beliau, jika perairan menjadi satu ukuran mengapa Terengganu diberikan wang royalti RM7 bilion dari Jun 1978 hingga September 2000.

-malaysianinsider-

92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan,” katanya yang terkenal dengan kajian masa depan melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies.
-malaysiakini-

Presiden bangga MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera

Mohd Sabri Said
SEBERANG JAYA, 20 Mac:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parlimen (MP) mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu seluruh negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Ketika menyampaikan amanat di Dewan Perpustakaan Negeri di sini, pagi tadi beliau menambah, berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat, PAS ternyata ke hadapan sebagai sebuah organisasi yang mantap.

"Walaupun bahtera kadang-kadang terumbang ambing namun PAS berjaya menunjukan prestasi yang baik tidak mudah terjerat dengan mainan politik yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Sikap tidak gopoh menghadapi sebarang rintangan, " jelasnya dalam program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau menggesa semua organisasi PAS harus mengatur program dengan lebih berkesan dan agresif supaya muncul formula baru yang dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat.

“Di sinilah kekebalan PAS menerusi baiah, usrah dan pertemuan dapat menghindarkan tanggapan buruk serta memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus dapat membersihkan tohmahan musuh.

"Sebenarnya baiah, usroh dan pertemuan dalaman memberi kelebihan pada PAS sendiri. Kita dapat membina kekuatan dalaman dan mengawal tindak tanduk yang boleh mengancam kestabilan politik parti sendiri," tegasnya.

Katanya, sikap sedemikian dapat membentuk jati diri yang kuat di samping bersatu hati dalam sebarang isu dan bersama memantau jika timbul persoalan yang sukar diselesaikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tetap memilih jalan demokrasi untuk menawan Malaysia walaupun tahu ia datang dari barat.

Melaluinya, kata beliau PAS berpeluang menyampaikan dakwah dan penerangan dengan lebih baik asalkan bijak mengatur isi penyampaian samada di masjid, surau ataupun medan ceramah sempena hari kebesaran Islam dan sebagainya.

Tambahnya, PAS adalah wadah politik yang perlu dipertanggugjawabkan bukan untuk main-main, maka apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira semua risiko.

"Kita bukan berperang yang mahu membunuh musuh tapi kita berdemokrasi yang mana perlu mengintai peluang agar terus berjaya menonjolkan PAS ke arah yang lebih tinggi, " tambahnya.

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
http://chegubard.blogspot.com

Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 20 Mac:
Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu.

“Memang hak kerajaan negeri. Menurut Tun Musa, bahawa perjanjian mengenai royalti minyak Kelantan itu adalah jelas.

“Bagi saya, kenyataan Tun Musa itu adalah satu pandangan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Bola Sepak Terbuka Kelantan di Padang Perdana di sini pagi semalam.

Tun Musa dalam wawancara yang disiarkan melalui Astro Awani menegaskan bahawa pembayaran wang royalti atau pun wang ehsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan Kelantan untuk diuruskan selaras peruntukan undang-undang yang ada.

Wang tersebut mesti dikendalikan kerajaan negeri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan jawatankuasa khas mengenainya.

Kerajaan Pusat melalui Pengerusi Perhubunga Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memberitahu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengagihan wang ehsan. Ekoran itu, kerajaan negeri Kelantan dijemput menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa itu namun ia ditolak oleh kerajaan negeri kerana tidak mengiktirafnya.

Kenyataan Tun Musa sekali lagi memberikan tekanan hebat terhadap Umno yang terus berkeras tidak mahu menyerahkan wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri dan mahu mengendalikannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang dibentuknya.

Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.

Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri.

Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti.

Mula-mula RM20 juta diumumkan sebagai jumlah wang ehsan yang akan dibayar. Baru-baru ini, jumlah itu berubah pula kepada RM26 juta.

Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.

“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.

Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.

Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.

Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.

“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.

'PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu'

Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.

Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam wawancara Ibrahim dengan
Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.

“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.
-malaysiakini-

Saksi Akui Pembayaran Kelulusan 'Calling Visa' Untuk Dana Politik

KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran ke atas kelulusan 'calling visa' pekerja Bangladesh adalah untuk dana politik.

Ahli perniagaan Datuk Zulkafli Maulud, 53, berkata beliau mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh Datuk Seri Low Chang Hian dan apa yang difahamkannya, wang itu untuk seorang Menteri.

Sebelum menyatakan wang itu untuk dana politik beliau juga menyebut ia sebagai sumbangan politik kepada orang yang sama.

Ditanya oleh peguam V. Sithambaram yang mewakili Wahid dalam pemeriksaan balas, sama ada beliau pernah berhubungan dengan adik ipar menteri terbabit yang dikenali sebagai Syed Abdullah, Zulkafli berkata: "Tidak pernah."

Pada perbicaraan lepas, seorang broker Burugabudeen Mohamed Ismail, 50, memberitahu mahkamah bahawa Syed Abdullah pernah menerima wang daripadanya sebagai upah mempercepatkan permohonan 'calling visa' untuk pekerja asing pada 2008 dan ia adalah untuk dana politik.

Mengikut pertuduhan, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Di awal prosiding, Zulkafli yang terlibat dalam perniagaan menyediakan pekerja, perkapalan dan senjata api memberitahu bahawa beliau telah direman selama lima hari bersama-sama Low dan seorang broker Abdul Jabbar Abdullah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin disambung 29 dan 30 Mac.

-BERNAMA-

Reman Benjy dilanjut seminggu lagi

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Tempoh tahanan reman terhadap pelakon yang juga anak aktres Azean Irdawaty, Benjy (gambar) berhubung penemuan 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu bernilai lebih RM650,000, Khamis lalu, dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Mac ini.

Pendaftar Mahkamah, Bakri Ali Omar mengeluarkan perintah itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, dan rakan wanitanya yang berusia 23 tahun di Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Difahamkan, pelakon itu tiba di mahkamah dari Pusat Tahanan Reman di Bukit Jalil kira-kira jam 10 pagi dan meninggalkan kompleks mahkamah sejam selepas itu.

Pihak media yang membuat liputan kes itu dimaklumkan Azean Irdawaty akan hadir ke mahkamah untuk berjumpa anaknya, namun tidak muncul.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, ketika dihubungi Harian Metro, berkata lanjutan tempoh tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes berkenaan.
-hmetro-

Jangan anti-hiburan membuta tuli

Hazayani Zakaria
Golongan dewasa khususnya pendokong gerakan Islam harus menghargai minat dan bakat yang dimiliki golongan belia dan remaja serta tidak bersifat anti-hiburan secara membuta tuli.

Pengasas dan Pengurus Besar Adnin Management & Training Centre, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli berkata, sikap anti-hiburan yang tidak bertempat tidak akan mengalihkan perhatian remaja kepada hiburan sebaliknya golongan ini harus pandai memandu remaja dan belia untuk mendapatkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

“Golongan dewasa dan ibu bapa kebanyakannya tidak menghargai kemahuan, minat dan bakat anak-anak muda menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan dan terus mencari hiburan yang melalaikan.

“Sekarang ini peratus hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan dan faedah terlalu banyak,” katanya ketika ditemui di program ‘Mini Konsert Hibur Didik’ anjuran Unit Amal Gombak dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid di Dataran Masjid Amaniah, Batu Caves baru-baru ini.

Akhwan juga berkata, tidak wajar untuk pendokong gerakan dakwah memandang hiburan dari sudut yang negatif sahaja tanpa berusaha untuk membetulkan konsep hiburan yang ada agar sesuai dengan ajaran Islam.

Beliau juga tidak bersetuju terhadap pandangan sesetengah pihak yang menganggap hiburan hanya merangkumi bidang nyanyian dan lakonan sahaja sedangkan ujarnya, definisi hiburan itu terlalu luas.

“Hiburan tidak tertumpu kepada nyanyian dan lakonan sahaja tetapi apa yang membawa kepada kebahagian, itulah hiburan.

“Tidak kiralah nyanyian ke, lakonan ke, ceramah ke, kalau yang dilihat dan didengar itu membawa kepada keseronokan, itulah hiburan, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya tidak sampai membawa kepada maksiat dan melakukan perkara-perkara negatif lain,” katanya.

Ujarnya juga, sikap suka menghukum sesuatu perkara itu sebagai haram tanpa mengkaji pandangan-pandangan ulama secara menyeluruh akan lebih memburukkan keadaaan.

Sebaliknya, beliau berkata, menjadi tugas pendakwah untuk menyediakan platform kepada golongan belia untuk berhibur mengikut cara yang betul.

“Kita masih belum sepenuhnya menggunakan konsep dakwah secara terbuka, maksudnya berdakwah melaui hiburan. Sikap hanya tahu menghukum sesuatu perkara akan lebih memburukkan keadaan.

“Kepada para pejuang dan pendokong gerakan Islam, harus tahu menghargai dan menyayangi hiburan. Hiburan ini terlalu luas, tidak bertepi. Jangan terlalu sempitkan fikiran,” ujarnya.

Terdahulu, Akhwan menyampaikan lima buah lagu berlirik ketuhanan dan sirah Rasululllah s.a.w. diselang-seli dengan interaksi dengan hadirin yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.

Beliau turut menyampaikan lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ nyanyian Jamal Abdillah namun mengajak pendengar menghayati lirik lagu tersebut ke arah mencintai Allah S.W.T.

Turut disampaikan beliau kata-kata nasihat dan motivasi secara santai kepada hadirin.

Sementara itu, pengarah program, Damanhuri Dol berkata, Unit Amal Gombak memfokuskan semua golongan dalam program-program mereka dan akan terus merangka pelbagai program kemasyarakatan yang dapat menarik minat kanak-kanak, belia dan golongan dewasa.

“Kami memang sentiasa merancang program-program untuk mendekati semua golongan khususnya para remaja dan akann memastikan program selepas ini lebih tersusun,” katanya.

Najib, Yahudi, Altantuya dan Saiful Tetap Relevan

mohdnoorawang
Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak tidak memberi (enggan) memberi jawapan dalam sesi pembahasan di parlimen kepada soalan asal mengenai pentadbirannya dicemari dengan isu kematian model Mongolia Altantuya dan bekas pembantu peribadi Datuk Sri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari kes liwat.
Najib bangun memberi jawapan kes kemataian Altantuya dan Saiful tidak relevan. Jawapan Najib bagi menjawap soalan tambahan asal dari wakil DAP karpal Singh Parlimen Jelutung.

Namun isu pemnunuhan Altantuya dan kes liwat Saiful masih relevan. Cukup jelas Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes kematiana model Mongoliar jika diambil kira laporan yang dibuat oleh wartawan Perancis. Kes liwat Saiful Bahari dengan Anwar Ibrahim teramat jelas kes liwat yang direka oleh Najib dan Rosmah.

Hukum alam seseorang yang enggan memberi jawapan dalam satu satu kes atau peristiwa, umumnya pehak yang enggang memberi respon atau jawapan pada kebiasaannya pehak tersebut tahu atau terlibat sama. Rakyat akan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap Najib serta pentadbiran Najib terhadap kematian model wanita Mongolia dan kes liwat Saiful Bahari.

Malah ketua Pembangkang, Dato' Sri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam parlimen yang mula bersidang Datuk Sri Najib Razak didakwa mengunakan khidmat konsultan Israel, APCO Worldwide dengan bayaran perundingan RM60 juta. Syarikat perunding dari Israel juga menjadi penasihat kepada Datin Sri Rosmah Mansor.

Jika benar Najib dan Rosmah mengunakan syarikat Yahudi sebagai penasihat serta perunding, kami rakyat Malaysia cukup terhina dan menjatuhkan maruah bangsa, ugama dan satu Malaysia ditipu oleh Najib. Dengan itu kes Altantuya, Saiful bahari dan mengunakan perunding Yahudi sebagai penasihat tetap menjadi relevan. Akhirnya yang menjadi pengkhianat sebenar ialah UMNO terhadap bangsa, ugama dan bahasa.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kepada Yusof Qaradawi Tiada Ertinya.

SHAH ALAM 18 MAC: Tiada ertinya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menobatkan Dr Sheikh Yusof al-Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah sedangkan fatwa ulama tersohor itu dibakulsampahkan.

Pengerusi Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty senada dengan pimpinan Pakatan Rakyat, mencabar kerajaan menarik balik anugerah berkenaan daripada Pengerusi Ulama Sedunia itu.

Beliau juga kesal kerana kerajaan Umno BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak peduli terhadap fatwa yang menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan kes konspirasi kedua.

“Kalau mereka sendiri menobatkan Yusof Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana kewibawaan ilmunya tapi pada masa yang sama Yusof Qardawi prihatin dan mahu Anwar dibela menerusi prosedur qazaf, malangnya ia tidak diberi perhatian oleh pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Agama sendiri.

"Maka, memang munasabah cadangan untuk ditarik balik gelaran berkenaan,” katanya kepada TV Selangor.

Yusof Qaraqawi sebelum ini mengeluarkan fatwa, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak maka hukumnya adalah munafik; sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut, maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Terdahulu, kerajaan Umno BN dilihat cuba melengah-lengahkan permohonan qazaf yang difailkan Anwar terhadap Saiful Bukhari Azlan walaupun mendakwa memartabatkan sistem perundangan syariah.

Dr Muhammad Manuty menyifatkan keengganan kerajaan Umno BN mempercepat kes qazaf terhadap Saiful mencerminkan ketidakikhlasan kerajaan dalam memartabatkan perundangan syariah Islam.

“Dalam kes Anwar mahupun Kartika Sari lebih bermotif politik daripada kejujuran, keikhlasan untuk menobatkan syariah,” katanya membuat kesimpulan.
-tvselangor-

Bila sudah bercerai

Zukri Aksah
Isteri saya seorang peguam syarie, yang beramal melalui firma guaman syarie miliknya sendiri. Antara kes terbanyak yang dibawanya adalah kes perceraian, juga kes-kes selepas perceraian seperti tuntutan nafkah, anak dan harta sepencarian.

Sepanjang yang saya lihat biasanya perceraian berlaku kerana sebab-sebab semasa, bukan kerana ketidakpuashatian yang panjang dalam tempoh perkahwinan. Contohnya seperti tiba-tiba diketahui suami berkahwin dua, suami hilang sumber pendapatan utama, pertengkaran, kehadiran pihak ketiga sama ada di pihak isteri atau suami dan sebagainya.

Tetapi bila sudah masuk mahkamah panjang pula ceritanya. Kalau asalnya bekas isteri memohon cerai fasakh kerana suaminya berkahwin dua, bila dalam mahkamah perinciannya menjadi panjang lebar, diungkit segala macam perkara yang berlaku dalam perkahwinan. Kononnya si suami tidak pernah memberi nafkah zahir kepadanya, walhal dia datang ke mahkamah dengan keadaan fizikal yang cukup sihat walafiat, tiada pula tanda-tanda tidak cukup makan.

Maka dituntutlah macam-macam, tunggakan nafkah, nafkah edah, mutaah dan sebagainya. Si bekas suami pula, untuk mengelak dari dihukum bersalah dalam hal ini, mendakwa si bekas isteri tiadalah berhak untuk mendapat semua ini, kerana si bekas isteri telah nusyuz kepadanya sewaktu dalam perkahwinan. Bukan susah membawa cerita, diberitahulah pada satu malam dalam perkahwinan kerana tidak mahu lepas satu rancangan televisyen, si bekas suami melaung dari tengah rumah, “Yang, buat kopi panas secawan!” Si isteri yang baru mahu duduk selepas meletak kain yang dilipat dalam almari sudah naik angin, “Uhhhh! Tangan ada, sudu ada, gula ada, kopi ada, air ada, abang pergi buat sendirilah.”

Begitulah kisah selepas bercerai, semua keburukan mahu diungkit, padahal mereka bukan bercerai kerana itu, bukan kerana wang-ringgit, makan-pakai mahupun kopi secawan. Perceraian bukan hanya berlaku dalam perkahwinan, ia juga berlaku dalam perhubungan politik. Bila perhubungan politik tercerai, maka sama seperti perceraian perkahwinan, emosi marah membawa kepada terungkitnya cerita buruk dalam kelambu, dalam kain masing-masing.

Inilah yang kita saksikan mutakhir ini, kita dipersembahkan dengan gelagat buruk orang bercerai politik, seperti Salehuddin Hashim, Zahrain Hashim (maaf, mereka bukan adik-beradik), Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng, seorang bekas Setiausaha Agung dan empat Ahli Parlimen dari PKR.

Biasalah selepas bercerai, semua tidak kena, semua tidak baik, diungkit segala serba mak nenek, seolah-olah parti yang mereka wakili selama ini tiada kebaikan langsung, walaupun saya percaya setiap seorang dari mereka ini hanya ada satu sebab mengapa mereka bercerai dengan parti mereka. Dalam kelantangan dan kelancangan mereka, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, mereka terlupa sekurang-kurangnya satu kebaikan bekas parti mereka itu, bekas parti merekalah yang memberi peluang kepada mereka menjadi calon pilihanraya, Presiden bekas parti merekalah yang menyerahkan watikah bagi membenarkan mereka bertanding, pekerja bekas parti dan parti sahabat merelah yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen sehinggalah meraih dan merayu undi untuk mereka ketika hari pengundian, sampailah mereka menang dan bergelar Ahli Parlimen.

Biasalah juga selepas bercerai, bekas parti mereka ini dakwa mereka tiada jasa, buat apa mereka mahu letak jawatan, jawatan Ahli Parlimen mereka itu amanah rakyat katanya. Amanah rakyat? Pooorahhh… Mereka lupa mereka mendapat kepercayaan rakyat dahulu sebab parti meletakkan mereka di situ sebagai calon. Sebelum mereka mendapat kepercayaan rakyat, terlebih dahulu mereka mendapat kepercayaan parti. Lalu sebagai calon yang menang kemudiannya dan bergelar Ahli Parlimen, mereka sebenarnya membawa dua amanah, amanah parti dan amanah rakyat. Ingat! Di kertas undi tempohari bukan hanya ada nama Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng sahaja, tetapi di sebelah setiap nama mereka, ada lambang parti yang mereka wakili. Rakyat memberi amanah kepada mereka atau kepada parti? Dan sekarang mereka khianat kepada siapa?

Sama seperti pasangan berkahwin yang bercerai, orang yang bercerai politik ini juga menuntut macam-macam, mendakwa macam-macam. Ada yang tuntut Anwar letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, tuntut Wan Azizah letak jawatan, mendakwa Lim Guan Eng diktator, cauvinis dan komunis, peliknya di antara lima yang keluar dari PKR, yang membuat tuduhan inilah yang keluar dengan imbuhan paling besar, keluar dengan gelaran Datuk Seri! Dan untuk mendapat gelaran tersebut, namanya mestilah dicadang oleh Lim Guan Eng sendiri kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang!

Tidak cukup dengan ini, si Zahrain Hashim mengamuk pula di Parlimen, mendedahkan (kononnya) perancangan “rampasan kuasa” 16 September Anwar Ibrahim. Katanya Anwar Ibrahim kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6, habis semua orang mahu dilibatkannya, Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Parlimen BN, tentera, juga Yang DiPertuan Agung. Sikap ini samalah dengan sesetengah bekas suami atau isteri yang bercerai, kerana tidak puas-hati, semua mahu dikaitkannya, adik-beradiklah, ipar-duai, sepupu-sepapat, ibubapa, mertua sampailah kaum-kerabat jauh dan dekat serta rakan dan sahabat.

Menguatkan hujahnya ini, Zahrain cakap sebab itulah nombor plet kereta Anwar 6. Ehhh… salahkah itu, kalau tidak silap ingatan saya, sewaktu kempen PRU2008 yang lalu, antara poster PKR yang paling banyak bertebaran adalah poster Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-6, ia senjata perang psikologi politik. Saya percaya poster ini banyak tertampal di Parlimen Bayan Baru sewaktu Zahrain Hashim bertanding di sana. Mahu tidak mahu, Zahrain terpaksa mengaku yang antara penyumbang kemenangannya di situ adalah kerana pengaruh psikologi poster tersebut. Untuk membuktikannya, Zahrain boleh sahaja menjadi politikus budiman seperti Shahrir Samad yang berani meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Umno Johor Bharu, kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dan menang. Apakah Zahrain percaya BEBAS boleh memberi pengaruh psikologi sehebat itu kepada pengundi Bayan Baru?

PKR pula dalam usaha mempertahankan diri, menganggap mereka yang bercerai dan dicerai dari parti ini adalah Ahli Parlimen dan bekas pemimpin parti yang “nusyuz.” Sebahagiannya boleh dibuktikan kerana orang-orang seperti Zahrain, Zulkifli Noordin dan Tan Tee Beng sudah berlagak meninggikan suara sejak sebelum menjadi bebas lagi. Orang nusyuz tidak berhak kepada harta, wa’ima tempat tinggal sekalipun. Tempat tinggal mereka sekarang, Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal adalah tempat tinggal ketika mereka masih dalam PKR, Zulkifli Noordin yang sentiasa berkopiah itu mungkin boleh mengulas.

Cumanya, dalam kes perceraian perhubungan politik, tidak ada mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang boleh mengadilinya, yang ada cumalah mahkamah rakyat, itupun bersidang lima tahun sekali sahaja.

Kerajaan Umno BN Patut Semak Latar Belakang APCO Worldwide

SHAH ALAM 18 MAC: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Tenggara, Abdul Ghani Samsuddin kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengkaji latar belakang APCO Worldwide sebelum melantiknya sebagai penasihat kerajaan.

Beliau membidas tindakan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen yang mahu mengambil tindakan terhadap pendedahan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

Abdul Ghani juga mengganggap pendedahan Ketua Pembangkang itu mengenai Apco Worldwide itu perlu supaya perkara sebenar yang cuba diselindung Umno-BN, diketahui rakyat umum.

“Kita boleh melihat dari sumber melalui pengkaji mengenai hakikat kebenaran ini. Walaupun APCO ada membuat penafian demi kepentingannya etapi penafian seseorang itu tidak semestinya menggambarkan hakikat.

“Banyak orang menafikan sesuatu tetapi mengelak untuk memberikan keselesaan kepada diri dia dan orang lain,” katanya kepada TV Selangor sambil menyifatkan jawatankuasa tersebut diragui intergritinya di mata rakyat.

“Sudah pasti mereka yang berkuasa. Dia (Umno-BN) akan guna badan-badan yang dia cipta mengikut skrip yang dibuat untuk membuat sesuatu yang menguntungkan dia dan merugikan musuh dia atau lawan dia.

“Dalam hal ini, masyarakat kena lebih cekap dan bijak dalam menilai sesuatu. Apatah lagi kita melihat dalam kes liwat yang dikenakan terhadap Anwar. Itu sangat menjolok mata dari segi kebolehpercayaan," katanya.

Ghani juga mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu mengheret Anwar ke jawatankuasa itu dan meneliti segala fakta yang dibawa Ketua Umum Keadilan itu.

“Itu biasalah. Tindakan orang berkuasa yang sudah biasa melakukan pelbagai tindakan yang sukar dijustifikasikan dan bersifat adil, jadi sudah pasti itu watak orang berkenaan,” katanya.
-tvselangor-

SPRM Wajar Siasat Ahli Parlimen Sabah?

ZAKARIA RAZAK

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menjalankan siasatan segera terhadap semua Ahli Parlimen Barisan Nasional Sabah yang telah menyalahguna kuasa membelanjakan dan melesapkan peruntukan kerajaan untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.

Naib Presiden FOMCA, Datuk Patrick Sindu, mendedahkan bahawa banyak peruntukan yang disalurkan terus oleh beberapa kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri ke akaun Ahli Parlimen berkenaan tidak dibelanjakan untuk tujuan peruntukan berkenaan

“Sebaliknya mereka mengguna wang tersebut untuk kepentingan peribadi membeli kereta mewah, rumah serta untuk makan angin; sedangkan tujuan utama disalurkan terus bantuan berkenaan adalah untuk memastikan bantuan disalurkan serta merta kepada masyarakat yang memerlukan tanpa karenah birokrasi,” ujar Patrick yang kesal kerana SPRM masih belum memulakan sebarang siasatan terhadap Ahli Parlimen BN yang telah melakukan jenayah ‘menelan’ peruntukan kerajaan.

Sewajarnya, kata Patrick, kementerian berkenaan tidak lagi menyalurkan peruntukan antara RM30,000 sehingga RM100,000 melalui Ahli Parlimen BN kerana mereka lebih cenderung melakukan pembaziran dan menggunakan peruntukan tersebut dengan hanya mengemukakan laporan palsu yang tidak langsung diaudit Jabatan Audit Negara.

“Bukankah lebih baik jika semua peruntukan berkenaan diserahkan kepada Pejabat Daerah atau agensi kementerian terbabit untuk ditadbir urus dengan sempurna,” ujar Patrick yang kesal kerana ada ahli parlimen tidak membayar sewa pejabat dan gaji pegawai sekalipun Jabatan Perdana Menteri memberi peruntukan RM100,000 sebulan untuk belanja sewa pejabat dan urusan pentadbiran kepada setiap Ahli Parlimen BN.

Tambah Patrick, Jabatan Alam Sekitar juga turut menyalurkan RM30,000 setahun kepada setiap Ahli Parlimen, namun ianya tidak digunakan mengikut tujuan dana berkenaan disalurkan.

Penubuhan unit khas SPRM untuk menyiasat salah laku Ahli Parlimen dan Adun BN kata Patrick hanya kelihatan seperti kegiatan ‘mencurah air di daun keladi’ kerana Ahli Politik BN kelihatan kebal daripada tindakan SPRM yang kelihatan lebih berminat untuk mengganyang ahli politik pembangkang.

Dalam pada itu, Patrick turut menggesa SPRM menjalankan siasatan khusus terhadap beberapa Ahli Parlimen yang melantik proksi untuk menjalankan projek kecil yang dianugerahkan kepada kontraktor kelas F secara pukal.

“Walaupun pada dasarnya ianya diberikan kepada kontraktor bumiputera Kelas F, namun ianya dijalankan secara monopoli oleh satu atau dua kontraktor bukan bumiputera yang menjadi proksi Ahli Parlimen berkenaan,” tegas Patrick yang kesal kerana kebanyakan kerja kontrak dijalankan sambil lewa dan tidak bermutu kerana ditawarkan semula dengan yang murah kepada sub kontraktor atau dipotong komisyen untuk Ahli Parlimen berkenaan.

Tegas Patrick, ianya bukan rahsia lagi kerana kontraktor berkenaan sering kelihatan bersama Ahli Parlimen tertentu dan membiayai semua kos politik dan digelar sebagai ‘Macai’ yang bertindak sebagai ‘Menteri Kewangan’ Ahli Parlimen yang kaya sekelip mata, walaupun tidak memegang sebarang potfolio dalam Kabinet Malaysia.
-sabahkini-

Jenis kawan makan kawan tak layak jadi pemimpin

Penarik Beca

Saya tidak peduli apa yang Datuk Seri Zahrain Hashim jerit di Parlimen . Saya dah nyatakan pendirian saya sebelum ini (lihat posting saya "Kerajaan katak"). Kalau benar Datuk Seri Anwar Ibrahim tipu depa, elok juga dia tipu. Kurang-kurang pun auta kare 16 September tu dapat menghalang berudu dari cepat-cepat menjadi katak.

Kalau tak ada auta kare 16 September, dua katak yang disabitkan dengan kes rasuah tentu melompat lebih awal dari itu. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga hilang jawatan sebagai Menteri Besar Perak lebih awal lagi jika tak ada auta kare 16 September (jika berlaku lagi kemenangan seperti kemenangan 8 Mac 2008 dan orang PAS sekali diminta menjadi Menteri Besar Perak, kepimpinan PAS diharap memastikan orang itu bukan Mohammad Nizar).

Bagi saya, apa sahaja jeritan Zahrain menelanjangkan sifat bangangnya. Si bangang itu sebenarnya menceritakan bagaimana dia ditipu dengan auta kare 16 September untuk menghalang dia menjadi katak lebih awal.

Mampoih pi la katak yang mengkhianati undi dan kepercayaan rakyat. Yang lebih memprihatinkan saya ialah apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin dalam artikel bertajuk "
Zahrain, please tell the whole story". Jika benar apa yang diceritakan oleh Raja Petra, ia betul-betul cerita kawan makan kawan.

Saya rasa saya tahu siapa yang Raja Petra tulis sebagai "a new man was supposed to take over as Prime Minister of Malaysia (bukan Anwar)".

Memang, di mana boleh hormat, saya hormat. Macam juga di mana saya boleh hormat Mursyidul Am dan Presiden PAS, saya hormat sangat-sangat. Di mana yang saya tidak boleh hormat, sikit pun saya tak hormat.

Begitu juga "a new man was supposed to take over as Prime Minister of Malaysia". Sifat kawan makan kawan, jika benar perkara yang diceritakan oleh Raja Petra itu berlaku, amat jijik dan hina.

Saya ulangi lagi, di mana boleh hormat, saya hormat. Tetapi, jenis kawan makan kawan tak layak jadi pemimpin

http://penarikbeca.blogspot.com

Pemimpin MCA anggap Tan Sri Ong Ka Ting mungkir janji

Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dianggap telah melanggar janji untuk tidak terlibat dalam politik dan mencampuri hal ehwal dalaman parti apabila mengumumkan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu 28 Mac ini.

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon berkata, Ka Ting tidak mempunyai alasan munasabah untuk bertanding kerana telah berjanji untuk tidak lagi terlibat dengan parti sebelum ini.

“Tindakan ini menyebabkan implikasi dan contoh kepada veteran pemimpin parti komponen Barisan Nasional lain untuk membuat perkara sama seperti beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Ka Ting tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin veteran dengan menasihati dan berbincang bersama kepimpinan parti sekarang untuk mencari jalan penyelesaian masalah parti.

Dalam pada itu, seorang ahli CC MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, kehadiran Ka Ting tidak sesuai dalam keruncingan parti sekarang.

“Ini menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap MCA kerana permasalahan dalaman yang masih lagi belum selesai.

“Permasalahan sekarang juga berpunca daripada rejimen lama MCA yang berlarutan dan semakin meruncing.

Beliau berkata, kemunculan Ka Ting tidak akan diterima sepenuhnya kerana masyarakat umum sekarang lebih bijaksana untuk menilainya.

-SinarHarian-