"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Pekerja Ladang Rogol Adik Angkat Dihukum Penjara Enam Tahun

SALWA SHA’ARI
KLANG: Seorang pekerja ladang tergamak mengugut mahu mencabut tayar motosikal milik adik angkatnya supaya menuruti permintaannya ke ladang kelapa sawit sebelum mangsa dirogol, dua tahun lalu.

Hamiruddin Abd Haris, 27, menerima balasan atas perbuatan terkutuk itu selepas dia diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula Jumaat, selepas Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali menerima pengakuan salahnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 7 bulan, pada pukul 3 petang, 18 Disember 2008 di dalam kereta Proton Satria, di sebuah ladang kepala sawit yang terletak di Sabak Bernam, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman terhadapnya dapat diringankan bagi membolehkan dia menjaga ayah yang sakit.

“Saya berasal dari keluarga yang susah dan ayah juga tidak bekerja. Saya menanggung keluarga dengan pendapatan bulanan RM900. Saya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya.

Hebatnya Rosmah Mansor

Khairul Izwan  
Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin-pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia.

Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium.

Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama.

Sabda nabi “aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita.

Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain.  Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad.

Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Beginikah pemimpin yang kita mahukan?  Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.

Kini,  Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.

Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa-rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka.

Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa Kamal Attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda-petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa  tapi,  sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.

Ramai-ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri. Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan.  Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk. Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Istana iktiraf kerajaan PAS Kelantan: Gambar yang bisa buat penyokong Umno meracau

Pria Malaya
Teringat beberapa minggu yg lepas..penyokong atau lebih tepat blogger fanatik Umno cuba memanipulasi gambar mesra Tok Guru bersama Tuanku Sultan Kelantan..Gambar yg memaparkan Tuanku Sultan memberi penghormatan (laluan) kepada Tok Guru Nik Aziz di'pusing'nya mengikut selera nafsu mereka...


Dituduhnya Tuanku Sultan telah 'mengajar' Tok Guru kononnya tidak tahu protokol, perkara biasa org yg lebih muda menghormati org yg lebih tua dan pelbagai lagi alasan2 mereka..kononnya nk menggambarkan penyokong PAS terdesak mahu menonjolkan hubungan akrab pihak istana dan kerajaan negeri..kononnya gambar itu menunjukkan Sultan sindir dan tidak berkenan dengan Tok Guru Nik Aziz..

Boleh rujuk di SINI dan di SINI...ceita sebenar sebagaimana yang diceritakan oleh Topeng Perak yg berada di tempat kejadian boleh dilihat di SINI...

Apakah SPIN mereka untuk kali ini??...sama2 kita saksikan...;)

Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan







Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru. - TPU

-selatanonline-

Banyak Pak Pandir Umno Di Kelantan

Mohd Sayuti Omar
SAYA tertarik dengan anologi yang dibuat oleh jurucakap Umno Kelantan, Alwi Che Ahmad (foto) supaya orang Umno tidak jadi macam Pandir. Rasanya anologi itu tepat bagi menggambarkan apa yang wujud dalam Umno sekarang ini, terutamanya Umno Kelantan. Pandir yang hendak diketengahkan oleh Alwi ialah seseorang yang bekerja tidak mempunyai maklumat tepat dan segala perbuatannya sia-sia dan dicemuhi rakyat.

Saya ingin menambah sedikit bukan saja mereka yang tidak mempunyai maklumat boleh dianggap Pandir, tetapi yang bebal maklumat juga termasuk dalam kategori Pandir.

Begitu juga yang penakut ataupun tidak berapa berani membuat keputusan, juga termasuk dalam species Pandir. Malahan yang mengampu tidak tentu fasal juga adalah golongan Pandir.

Memang apa yang dibimbangi Alwi itu sudah pun wujud. Ia bukan saja satu kebimbangan tetapi sudah benar-benar berlaku dan terjadi dalam Umno. Dalam konteks Umno Kelantan nampak begitu jelas sekali. Banyak Pandir bergelewat di sana - mereka mencari makan dan bukan berjuang untuk rakyat.

Tengok mengenai pilihan raya kecil di Galas. Perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya adalah menunjukkan ciri-ciri kepandiran itu. Ketua Umno Kelantan ialah Mustapa Mohamed di mana beliau sepatut mengepalai jentera pilihan raya. Tetapi atas dasar Tengku Razaleigh ketua Umno Gua Musang dan tokoh lama di situ maka ia diserahkan kepada Tengku Razaleigh. Ia tidak salah, tetapi nampak kepandirannya.

Cuma dalam kes di Galas ini saya tidak tahu siapa yang menjadi lebih pandir? Apakah Tengku Razaleigh atau pun Mustapa Mohamed atau kedua-dua sekali. Mustapa bukan main lagi bila nama Tengku Razaleigh disebut akan menjadi ketua telah melompat gembira dan cepat-cepat menyusun jari sepuluh merafak sembah menyokong. Khabarnya pada pagi menyambut kepulangan Tengku Razaleigh dari luar negeri Mustapa tidak tidur sampai ke Subuh, bimbang takut tidak sempat untuk menyambung Tengku Razaleigh. Apakah ini bukan pandir?

Seperkara lagi dan ini paling parah dalam Umno kalau seseorang itu sudah tahu dirinya pandir dia terus membiarkan dirinya dipandirkan. Misalnya Mustapa sudah tahu yang dia tidak layak, kirang baja ataupun tidak disegani sebagai ketua, kenapa harus menjadi ketua lagi? Sepatut beliau lepaskan jawatan dan berikan kepada orang lain. Tetapi disebabkan ada perangai pandir lagi, beliau cuba juga untuk berkhidmat walaupun kurang maklumat dan keberanian maka beliau sanggup mengheretenya dirinya menjadi pandir.

Demikian juga halnya protes Umno Kota Bharu kepada Zaid Ibrahim yang menjual bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab kepada Dewan Pemuda Pas. Wah... bukan main lagi Umno Kota Bharu termasuk, ketuanya Fatmi Che Salleh menuduh Zaid menjual harta Umno. Nampak kritikan dan protes ini kerja pandir? Kerja orang yang tidak ada maklumat yang mudah diperbodohkan dan sesia.

Saya nampak dalam hal penjualan bangunan Umno ini baik Fatmi dan ahli jawatankuasa lain kena jual atau kena lelong kepada Zaid. Kalau benarlah aset itu hak Umno dan Zaid menjualnya ini bermakna baik Fatmi dan yang lain sudah menjadi pandir. Pandir yang ditipukan oleh Zaid. Kalau diri kita sudah jadi pandir apakah layak untuk jadi pemimpin lagi? Pandir biasanya bukan duduk di depan tetapi menjadi badut penglipur lara dengan keletah kebodohan dan kebebalannya saja.

Kalau mereka tidak pandir mereka tidak akan lepaskan begitu saja aset berkenaan. Mereka akan mempertahankan juga dengan apa cari sekalipun. Apakah tindakan memprotes itu sebahagian daripada kerja pandir. Mereka tidak tahu bahawa Zaid sudah pun menguasai bangunan itu secara diam-diam? Kalau Fatmi atau Umno Kota Bharu kena tipu ia bukan salah mereka tetapi salah perangai pandir mereka semua.

Tidak timbul Zaid menjual harta orang dan Pemuda Pas membeli harta yang tidak betul. Negara ini ada undang-undang. Orang Umno sangat mempercayai kepada undang-undang negara dan keadilan yang ditegakkan. Logiknya mahkamah sudah menentukan siapa milik bangunan berkenaan. Zaid tidak akan menjualnya kalau ia bukan haknya mutlak, dan begitu Pemuda Pas tidak akan membelinya kalau ia harta yang beluk?

Jadi kritikan Fatmi dan ahli Umno bahagian Kota Bharu itu sia-sia saja. Ia dibuat tanpa pengetahuan serta maklumat mendalam. Dan usaha mereka itu samalah kerja pandir yang dibimbangi dan diperingatkan Alwi di dalam perhimpunan itu. Jadi cerita pandir yang bodoh ini, bukan baru tetapi sudah lama wujud dalam Umno Kelantan. Tegasnya kalau Umno Kelantan tidak pandir masakan Kelantan terus berada dalam tangan Pas selama 20 tahun, di mana Pas hanya dianggap Mat Jenin saja oleh Umno. Antara Mat Jenin dan Pandir ternyata Mat Jenin lebih bijak dan berjaya.

SKMM semakin sasau kini giliran Malaysia Chronicle pula disiasat

KUALA LUMPUR, 23 Okt:- Selepas akhbar web portal, Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO, penuliis blog berita Malaysia Chronicle, Wong Choon Mei pula memaklumkan bahawa beliau juga dikenakan tindakkan yang sama.

Choon Mei, yang menerbitkan blog berita bahasa Inggeris, dalam tulisannya berkata walaupun sudah acapkali beliau di'ganggu' oleh pihak berkuasa kerana berita-berita dan tulisan artikel di blognya, namun beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan 'kepantasan dan kerakusan' kerajaan UMNO BN bertindak terhadap pengkritik atau pembangkang.

Beliau menambah tindak-tanduk UMNO-BN terbabit mencerminkan betapa rendahnya kebejatan gabungan parti tersebut telah rebah.

"Tiada siapa yang tahu siapakah yang mengarahkan tindakan terhadap blog saya. Saya difahamkan SKMM juga menyiasat Malaysiakini tengahari tadi (semalam) dan juga Malaysian Insider sebelum itu," kata beliau dalam tulisan di blog beritanya.

Beliau seterusnya merumuskan memang banyak pihak yang berang terhadapnya dan mereka termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Isterunya, Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga MCA.

Dengan nada sinis, Choon Mei menyindir SKMM dengan menyatakan bahawa apabila beliau bertandang ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi 25 Oktober ini , kemungkinan pegawai suruhanjaya terbabit akan menyoal siasat beliau berkaitan ucapan " mayat bergelimpangan', 'nyawa yang hilang', "pembasmian etnik" yang dilaungkan oleh Najib.

Semalam, akhbar portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider dilaporkan disiasat oleh SKMM berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates".

Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari semalam dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan.

Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan.

Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri".

Jangan takut gertakan Najib

Mohd Sabri Said
BUTTERWORTH, 23 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.

Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.

"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara. Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.

Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.


Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Festival Fashion) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

Shafie Apdal cadang Umno guna masjid untuk daftar pengundi Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.

Muhyiddin bayangkan p'raya mungkin beberapa bulan lagi

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan bahawa pilihan raya umum mungkin akan dilakukan dalam masa beberapa bulan saja lagi.

"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungannya dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak pula masih berteka-teki tentang kemungkinan pilihan raya umum akan dijalankan dalam tempoh yang dekat.

Katanya, pada masa ini beliau masih perlu memberi tumpuan kepada "kerja-kerja kerajaan."

Perdana menteri menambah, sekarang ini negara masih berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Jadi bila kita dah selesai (baru adakan pilihan raya)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Katanya lagi, beliau melihat bahawa pemulihan ekonomi yang dijalankannya berjalan dengan mantap.

"Pelan transformasi pun dah kita rumuskan dengan begitu teliti.

"Insya-Allah hari Isnin ini akan ada pengumuman yang besar berhubung GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan bererti segala perancangan kita dah sedia untuk dimulakan," katanya lagi.

Tambahnya, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengikuti program untuk bertemu dengan rakyat di seluruh negara.

Ditanya sekiranya program itu merupakan petanda bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, Najib berkata langkah itu boleh diinterpretasikan dalam banyak cara.

"Saya ada susunan dalam menjalankan sesuatu," katanya lagi.

-malaysiakini-

Agenda Sulit UMNO Aibkan Ku Li di Pilihanraya Galas?

SHAH ALAM, 23 OKT: UMNO mempunyai agenda tersembunyi melantik Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Umno-BN bagi pilihanraya kecil Galas dan ia berkait rapat dengan budaya menabur fitnah peribadi yang sinonim dengan parti berkenaan.
Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata UMNO tidak ubah seperti talam dua muka yang cenderong kearah kepura-puraan.

Beliau berkata, dalam pada UMNO sendiri menyerang dengan menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap calon PAS bagi pilihanraya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad, perkara yang sama juga mungkin ditujukan kepada Ku Li oleh UMNO sendiri.

"Kita tidak dapat menafikannya kerana sebelum ini kita melihat serangan Umno-BN terhadap Ku Li memang serius, dan Ku Li pula hanya diangkat, dipuja, dan disanjung semasa pilihanraya kecil ini, jadi usaha Umno-BN mengambil Ku Li sebagai pengarah pilihanraya sebenarnya usaha untuk memerangkap Ku Li," katanya kepada TV Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak terperanjat sekiranya Ku Li dijadikan sebagai kambing hitam jika UMNO gagal menawan Galas dan sememangnya percaturan berkenaan sudah dicongak oleh kumpulan-kumpulan tertentu sekaligus mahu menyaksikan kareer politik ahli Parlimen Gua Musang terbabit terkubur.

"Kita lihat dalam konteks politik, jika beliau berjaya merampas kerusi Galas, akan menaikkan imej Presiden Umno-BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan Umno dan yang lain-lain tetapi jika beliau gagal, bebanan kekalahan terpaksa dipikul sepenuhnya oleh Ku Li," jelas beliau. 

Tuan Ibrahim seterusnya mendedahkan bahawa wujud beberapa kumpulan berasingan di dalam Umno sendiri dan ada antaranya yang tidak sehaluan dengan Ku Li.

"Tidak mustahil kalau wujudnya kumpulan-kummpulan sebegini di dalam Umno yang cuba membuat sesuatu untuk menjatuhkan kredibiliti Ku Li, terutamanya di Gua Musang," jelas beliau lagi.

Ibrahim menambah keadaan demikian boleh dilihat dengan situasi pemilihan calon Umno untuk Pilihanraya Galas masih belum selesai akibat percanggahan pendapat antara kumpulan-kumpulan dalam Umno sendiri.

Justeru, katanya budaya menabur fitnah peribadi terhadap calon parti pembangkang bukanlah sesuatu yang baru dan ia sebenarnya mainan politk Umno-BN menyembunyikan kekucar-kaciran gabungan itu sendiri.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindak-tanduk sedemikian dapat dilihat dihampir kesemua pilihanraya kecil dan umum yang diadakan di negara ini sambil menjelaskan bahawa dakwaan terhadap Dr Zulkefli merupakan satu pembohongan kerana wanita yang didakwa oleh media UMNO merupakan ibu Dr Zukefli sendiri.

"Budaya fitnah sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana pilihanraya kerana penggunaan isu peribadi calon yang bertanding untuk oleh phak lain yang juga bertanding bercanggah dgn Akta Pilihanraya," tegas beliau.

Beliau berkata, tindakan Umno-BN cuba mewujudkan suasana yang gawat dengan menggunakan nama ibu Dr Zulkefli amat bercanggah dengan norma dan nilai yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan khususnya PAS.

"Kita juga berharap agar para penyokong kita tidak membuat serangan peribadi khususnnya terhadap calon lawan kerana isu peribadi melibatkan elemen etika dan adat di dalam konteks Islam yang perlu dipertahankan," kata beliau lagi.

"PR akan pegang ‘kunci kemas’ dalam Perlembagaan"

Nurul IzzahSHAH ALAM: Undang-undang anti- demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Penerbitan dan Percetakan (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dihapuskan segera bagi mewujudkan ruang demokrasi sebenar. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab membuka ruang-ruang baru bagi menyejahterakan dan mewujudkan demokrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 

“Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010, kelmarin. Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah ‘terkunci kemas’ di dalam Perlembagaan. 

“Beliau berkata, seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab PR memegang kunci itu bagi membuka ruang baru untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. 

Beliau berkata, kunci itu juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas, melainkan undang-undang anti-demokratik itu digunakan bagi mengunci dan merantai rakyat untuk kepentingan UMNO. 

“Kunci itu juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali. Ini kerana kunci itu terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya raja bagi semua rakyat. 

“Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya. 

Nurul Izzah berkata, saranan Presiden UMNO untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada UMNO. “Sudahlah dan cukuplah kerana telah tiba masanya semua raja dan rakyat memegang kunci ini, bukan UMNO yang menjadi pemfitnah dan berpura-pura memperjuangkan bangsa,” katanya.

Kenyataan Rasmi ILMAN Berhubung Isu Islamic Fashion Festival


Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini  telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w. Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan  satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’. Ingatlah firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)


ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang  dilakukan itu tidak berniat untuk menghina. Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.


Ustaz Mohd Azizul Hisham bin ZulkifliPresiden,Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

Cerita dari Galas


Lagi tiga hari nak penamaan calon untuk kerusi DUN Galas dalam Gua Musang, tetapi penduduk-penduduk di-'sleepy town' ini sudah mula terganggu dengan kehadiran kereta-kereta dan kenderaan-kenderaan luar serta macam-macam jenis punya muka-muka yang mereka tidak kenal mula masuk ke Gua Musang.


Galas, dahulunya dikenali sebagai Hulu Kelantan, saiznya adalah lebih besar dari negeri Melaka. Populasi Galas dihuni oleh mereka yang yang kebanyakan adalah peladang, penoreh-penoreh getah, pekerja-pekerja yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan juga pekerja-pekerja yang bekerja dalam sektor yang bersangkut dengan pembalakan.


Ada dua orang gurkah-gurkah politik di'port' telah ditugaskan untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang padan patut yang boleh digunakan untuk tujuan pilihanraya kecil ini yang baru kembali dari Galas kelmarin dengan bermacam-macam cerita menarik.


Walaupun pekan Galas ni macam pekan 'cowboy' atau pekan hantu, namun kes-kes ragut dikatakan selalu juga terjadi dan begitu juga dengan kes-kes pecah rumah. Dan ada juga cerita yang gaji seorang penoreh getah di Galas boleh mencapai 200 ringgit satu hari. Woww..!!


Yang akan menjadi tumpuan untuk didirikan bilik-bilik gerakan oleh parti-parti yang bertanding dan yang terlibat dalam pada pilihanraya kecil dalam Gua Musang dari seluruh Malaysia ini ialah, di dua kawasan perumahan iaitu Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi yang lebih dikenali sebagai Damansara Heights Gua Musang.


Gurkah-gurkah ini sudah cakap yang sewa sebuah rumah teres di Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi ini untuk kegunaan parti-parti politik yang terlibat pada PRK ini telah mencecah diantara 6 ribu sehingga 15 ribu ringgit untuk satu bulan, manakala sewa untuk sebuah bilik pula boleh mencapai sebanyak 3 ribu ringgit. Kadar sewa rumah dan bilik itu telah di-naikan sehingga 1,000 %.


Memandangkan pilihanraya kecil yang tak pernah berlaku disini, orang-orang Galas memang pandai mengambil kesempatan pada situasi ini untuk mencekik orang-orang politik dari bandaraya dan lain-lain bandar yang mahu kesini.


dollah yankee -

mengikut maklumat yang diterima gurkah-gurkah politik di'port', pengundi disini telah mengharapkan agar PAS/Pakatan Rakyat dapat meng'Galas' harapan mereka.