"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harga Diesel dan Petrol Dijangka Turut Naik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.

Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

“Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,”katanya.
-tvselangor-

Ibrahim Ali Adalah Pemecahbelah Bangsa Dan Perosak Masyarakat Sebenarnya

Tok Janggut
Bagi orang yang buta hati dan tolol, bila mendengar ceramah dan melihat perangai si Ibrahim Ali ni memang nampak hebat, pejuang bangsa, hero Melayu dan berbagai lagi. Tetapi tahukah kita, beliau ini adalah sebenarnya pemecahbelah bangsa, perosak masyarakat dan batu api yang sangat bahaya.

Semasa dalam UMNO, beliau adalah orang yang paling lantang samada di ceramah-ceramah terbuka atau di dalam Dewan Rakyat yang begitu bersungguh-sungguh mengutuk dan menghina serta memperkecilkan-kecilkan pembangkang terutamanya PAS dengan tujuan agar rakyat percaya dan membenci PAS. Apabila UMNO berpecah dua, muncul pula Parti Semangat 46, beliau yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam parti serpihan UMNO itu mula pula mengutuk UMNO, pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional juga dengan tujuan supaya rakyat percaya dan membenci UMNO dan pemimpin Barisan Nasional.

Apabila parti Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali kepada UMNO kerana sanggup mencium punggung Mahathir walaupun agaknya ketika itu Mahathir baru saja buang air besar dan belum sempat basuh pun lagi, si Brahim sanggup cium walaupun busuk kerana beliau sememangnya seorang yang busuk jasad, busuk hati dan busuk segala-galanya dan memang suka buat benda yang busuk. Ketika itu beliau mula pula mengutuk dan menghina pembangkang iaitu PAS denagn berbagai tuduhan juga berharap rakyat percaya dan benci semula kepada PAS setelah sebelumnya beliau bersama-sama PAS (Semangat 46).

Apabila di pecat oleh UMNO dari jawatan yang dipegangnya, beliau bergegas menziarahi DSAI di luar Negara walaupun kedatangan beliau tidak diundang dan tidak diperlukan sama sekali. Sekali lagi beliau bersama di pentas PAS dan mengutuk dan menghina serta mendedahkan pula semua pekong UMNO dan Barisan Nasional. Kini setelah merasakan beliau tiada tempat dalam pembangkang, tidak diendahkan, dipulaukan, beliau mula kembali mengutuk pembangkang termasuk PAS dan PKR.

Bagi rakyat yang beriman, cerdik, berfikiran terbuka dan matang mesti berfikir akan perangai dan kenyataan atau ceramah Brahim ini, mana satu yang betul? Satu ketika dia kata UMNO dan BN jahat dan penipun, ketika lain pula dia kata pembangkang pula yang jahat dan penipu. Tindakan dan muslihat beliau inilah antara punca masyarakat keliru dan berkecamuk, pecahbelah dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Tujuanya hanya untuk mencari nama, menjadi jaguh, mencari kedudukan dan pangkat. Beliau tidak peduli dengan tindakan dan ceramah beliau itu, rakyat dan orang Melayu bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. Beliau sepatutnya diusir dari bumi Malaysia ini. Kalau ada sepuluh orang seperti beliau ini, Negara dah lama hancur dan rakyat berperang sesama sendiri.

Beliau marah bila Nik Aziz kata orang Islam dari bangsa lain selain Melayu layak menjadi Menteri Besar hatta menjadi Perdana Menteri sekalipun sekiranya orang itu warak, dalam ilmu Islamnya, adil dan baik akhlak serta amanah. Tapi beliau lupa sepanjang puluhan tahun UMNO memerintah adakah Pulau Pinang di ketuai oleh orang Melayu UMNO? Walaupun UMNO punya kerusi majority di Dun Negeri itu? Singapura, adakah UMNO serahkan pada orang Melayu untuk memerintah?

Islam membenarkan setiap orang Islam tanpa mengira dari bangsa atau keturunan apa layak menjadi ketua dan pemimpin bagi Negara atau negeri umat Islam, tapi UMNO pula kata tak boleh, mesti orang Melayu. Inilah sesatnya UMNO. Yang Allah dan Nabi kata boleh, dia kata tak boleh. Mengapa UMNO tak hantar Melayu UMNO jadi Presiden atau Perdana Menteri di Cina, Thailand, Singapura, India atau Amerika? Hanya orang Islam yang beriman dan bertaqwa saja yang layak menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri, bukanya orang Melayu. Bodoh! Orang Melayu yang tidak amanah, khianat, perasuah, zalim, penindas, rompak harta Negara dan harta rakyat, penipu, pembunuh, penzina, pemabuk dan menggelapkan wang zakat dan baitulmal tidak layak diangkat jadi pemimpin malahan haram hukumnya. Rakyat yang memilih manusia sebegini menjadi pemimpin akan tetap menanggung dosa sama. Di akhirat nanti akan dibangkitkan dan dikumpulkan bersama-sama pemimpin-pemimpin Melayu seperti ini. Jika pemimpin sebegini dihumban ke neraka, maka rakyat yang memilih atau mengangkat pemimpin begini akan turut di humban sama. Tak kiralah dia mufti, ustaz, ustazah, imam atau JKKK.

Kalau UMNO kata DAP itu Cina, MCA, Gerakan, MIC, PBS itu Melayu ke? Tak ada bezanya UMNO dengan parti bukan Melayu tu. Tolak dan hina Islam belaka. Mungkin di akhirat nanti UMNO akan dikumpulkan bersama DAP, PBS, MCA, Gerakan, MIC dan zionis dalam satu sangkar. Penipu, hina Islam dan zalim seakan-akan samanya saja nampaknya. Cuma cara solat je yang lain. Itulah perjuangan Ibrahim Ali sebenarnya.

kemusnahan belia adalah peluang kemenangan untuk BN

hermansamsudeen


Inilah parti tahun baru yang paling disukai oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rata-rata anak-anak Melayu Umno yang ghairah untuk berpesta secara berlesen.


Maklumlah mak bapak mereka penat berjuang dalam Umno-BN untuk dapatkan lesen bagi premis maksiat dan arak nie. Bila dah dapat, senanglah mereka nak berhibur. Teruskan mengundi Barisan Nasional kalau nak berhibur macam nie….gelek sampai masuk kubur….nanti kat kubur jangan lupa bagitau Malaikat, ini BN dan Umno punya angkara!

Sesungguhnya kemusnahan belia adalah peluang kemenangan untuk BN. Mari semua pendakwah Islam kita selamatkan mereka dari azab kubur dan neraka.

Selamatkan belia dari kerosakan yang dicipta BN. Bawa mereka kembali kepangkal jalan. Tumbang BN, Selamat Belia!

http://syukran.wordpress.com

SPRM dan Polis Cuba Sekat Media

Susulan laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand dan akhbar Suara Keadilan.

Dua peguam yang juga wakil rakyat membidas SPRM yang mahukan tindakan diambil terhadap akhbar milik Parti Keadilan Rakyat dan pakar patologi itu berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff berkata polis bertanggungjawab untuk merungkai punca kematian itu dan bukan menyekat kebebasan media melapor kepada masyarakat.

“Saya nampak itu lebih kepada satu tindakan sekatan terhadap kebebasan bersuara. Isunya di sini isu kebebasan bersuara, saya rasa dalam hal ini betul kita perlu menyantuni siasatan tapi dalam masa yang sama tidak ada satu proses pun yang boleh menghadkan perbuatan bersuara terutama di sini kita melihat dari segi media” ujar Yusmadi.

Sambil menyifatkan inkues Beng Hock sebagai inkues awam dan pemberita boleh melaporkan apa jua maklumat yang diperolehi, Yusmadi menambah jika SPRM membuat laporan tersebut kerana mahu menjaga kredibilitinya, ia terlambat.

“Yang sepatutnya tugas itu diambil oleh pihak polis. Saya melihat sepatutnya pihak polis perlu bertangunggjawab iaitu dalam merungkaikan isu tersebut bukan dengan sehingga menunggu pihak media terpaksa berekrja lebih kuat daripada pihak polis dalam menangani masalah jenayah di Malaysia”.

Peguam mewakili keluarga mendiang, Gobind Singh Deo berkata tindakan SPRM memfailkan laporan polis terhadap Dr Pornthip adalah tidak munasabah kerana Suara Keadilan memetik sumber rahsia dan bukan pakar forensik itu.
-tvselangor-

DAP selar SPRM buat laporan polis pada Dr Pornthip

DAP hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di Pulau Pinang untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu" di Komtar hari ini, lapor Bernama.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lepas, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan
peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner.
-malaysiakini-

Jangan Jual MIG29N

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa kerajaan tidak perlu menjual MIG29 dan beli pesawat baru. Saya sebenar memang mempunyai maklumat dan pandangan yang sama dengan Tun Dr. Mahathir, tapi saya sebenarnya sengaja simpan dulu masalah ini untuk dibangkitkan pada sidang Parlimen bulan Mac 2010 akan datang. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir sudah bangkitkan persoalan ini, saya terpanggil untuk menyetujui pandangan Tun Dr. Mahathir.

Saya mempersoalakan kenyataan Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang menyatakan kerajaan belum muktamadkan lagi sama ada nak meneruskan atau tidak khidmat MIG29. Sedangkan pada 28 Oktober 2009 baru-baru ini, beliau menyatakan di Dewan Rakyat bahawa perkidmatan pesawat tempur MIG29 akan di tamat tahun depan (2010). Tiba-tiba bila Tun Dr. Mahathir menegur dan mengkritik keputusan tesebut Datuk Seri Zahid mengatakan belum memuktamadkan lagi keputusan tersebut. Ini menunjukan kerajaan tidak ada pendirian yang jelas membuat keputusan begitu gopoh atau kenyataan Datuk Seri Zahid sekadar nak meredakan kemarahan Tun Dr. Mahathir, bila reda kerajaan akan jual semula

Hakikatnya mereka sedang menyembunyikan keputusan kerajan yang sememang hendak menjual pesawat tersebut dan membeli pesawat baru, seperti kerajaan menyembunyikan kehilangan injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini barulah rakyat mengetahui mungkin dalam tempoh tersebut kerajaan telah berjaya menyembunyikan maklumat atau dokumen-dokumen dan juga fakta tertentu yang mungkin melibatkan keterlibatan pihak atasan TUDM dan KEMENTAH dan ahli-ahli politik.

Kembali pada isu MIG29, kenapa perlu dibeli baru? Mengapakah ianya tidak boleh kita upgrade semua injin MIG 29 seperti mana Kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia untuk upgrade semua MIG milik India. Perjanjian tersebut telah membenarkan Hindustan Aeroautics Pte Ltd iaitu syarikat pertahanan / penerbangan milik Kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India. Ini bermakna India bukan sahaja dapat melanjutkan kegunaan pesawat tempur MIG mereka malah syarikat tempatan mereka mendapat teknologi baru dan juga pengalaman yang sangat berharga untuk negara India.

Begitu juga Kerajaan Polond yang merupakan anggota NATO yang memusuhi Rusia dan mempunyai 32 pesawat MIG29 yang dijangka dapat menggunakan sehingga 2012-2015. Polond juga sedang mengambil langkah yang sama. Sepertimana India untuk upgrade pesawat MIG29 milik mereka. Begitu juga dengan Jet pengebom UK English Electric Canberra yang diguna sejak dari tahun 1950 hingga perang teluk yang pertama setelah melalui beberapa siri upgrade dilaksanakan bersesuaian dengan umur dan rolenya.

Kenapa MIG29N milik Malaysia yang belum mencapai usia 20 tahun tiba-tiba nak di ganti dengan pesawat lain yang baru.

Betullah kata Tun Dr. Mahathir bahawa penjualan dan pembelian pesawat milik kerajaan mampu memberi keuntungan besar kepada orang tengah untuk kepentingan orang politik yang berkuasa sepertimana pembelian kapal selam dan pesawat Sukoi. Malaysia perlu diselamatkan. 2009 mencatat peristiwa-peristiwa korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang memalukan dan merugikan rakyat dan negara. Saya mencadangkan perlu diwujudkan satu Jawatankuasa Pertahanan negara dibawah Parlimen untuk meneliti perkara yang bekaitan dengan industri pertahanan termasuk soal jual beli pesawat, kapal laut / selam dan peralatan persenjataan ketenteraan. Ini akan menjadikan setiap keputusan di secara telus dan beritegriti.

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

Ustaz Hj Idris Ahmad
Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kalimah Allah, JPM akan kemuka rayuan

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan "Allah" di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru itu, Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

"Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Jamil Khir juga berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
-malaysiakini-

Dr M: Kebenaran guna kalimah Allah perlu syarat ketat

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, perlu diiringi syarat yang ketat.

Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Ini kerana terjemahan 'God' yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk (bergabung) dalam Malaysia...tapi di Semenanjung ni kita tak pernah dengar pula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Mahathir berkata sensitiviti umat Islam perlu dipertimbang oleh bukan Islam, sebagaimana umat Islam di negara ini menjaga sensitiviti penganut agama lain bagi mengekalkan keharmonian negara.

"Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan guna secara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam.

"Kalau mereka nak gunakan (kalimah) Allah, ia harus dikenakan syarat yang ketat," katanya yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan kemelut itu.
-malaysiakini-

Tiada masalah orang Islam bangsa lain, jadi MB

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 2 Jan:
Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa orang bukan Melayu beragama Islam boleh menjadi menteri besar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berpendapat, perkara itu wajar asalkan individu tersebut mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Calon Menteri Besar atau pemimpin bagi kerajaan yang berteraskan Islam, calon itu mestilah mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Ini kerana sebagai menteri besar dan pemimpin, perlu memutuskan satu-satu perkara berdasarkan kepada syariat dan hukum," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat sempena pembukaan Bazar Tengku Anis di sini kelmarin.

Beliau berkata, dalam sejarah Islam itu sendiri, aspek 'bangsa' itu adalah sebagai satu yang tidak pernah diambil kira oleh Rasulullah s.a.w .

"Bahkan dari segi ilmu, Hadis Nabi saw sendiri menyebut (bahawa) disaran supaya menuntut ilmu walau pun sampai ke negeri Cina. Itu dari segi ilmu.

"Dalam Islam, setakat yang saya faham, tidak pernah ada syarat untuk menjadi pemimpin itu mesti (dari) bangsa-bangsa tertentu," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong.

Menteri Besar baru-baru ini menyatakan kesediaan Kerajaan Kelantan untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Beliau berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah negeri Kelantan pada 1990.

Mengikut dasar Islam, kata Nik Aziz, calon Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu itu layak dijadikan pemimpin asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang taksub terhadap bangsa sendiri apabila menolak saranan tersebut dan menyifatkan Umno pada masa akan datang tiada tempat dalam politik negara, malahan imej Umno pada kacamata masyaakat Cina lebih buruk.

Turut menyokong pandangan Menteri Besar Kelantan itu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali .

Malah Mustafa mencadangkan ianya bukan sahaja untuk Menteri Besar Kelantan saja, bahkan membabitkan pemimpin utama negara.

Mengulas perkembangan perniagaan dijalankan para peniaga di negeri ini membabitkan peniaga di Pasar Buloh Kubu, Bazar KB Mall dan terbaru Bazar Tengku Anis di sini, Takiyuddin berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk mewujudkan satu suasana yang kondusif serta selesa.

Peranannya tersebut bukan saja perlu dimainkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan pihak Kerajaan Negeri, bahkan membabitkan semua jabatan dan agensi berkaitan.

"Pada masa sama, pihak peniaga perlu mengambil inisiatif melariskan perniagaannya, Kerajaan hanya memberi pandangan dan galakan di samping menyediakan kemudahan dan cara (facility), keselamatan, kebersihan dan keceriaan, bahkan MPKB-BRI sendiri amat bertoleransi dengan para peniaga,' katanya.

Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009

Ali Hashim
ALOR SETAR, 2 Jan:
Kerajaan Negeri Kedah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di negeri ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita juga telah berjaya mencapai beberapa sasaran penting tahun 2009 seperti pengurangan kadar kemiskinan kepada 3 peratus.

"Begitu juga dengan kadar kemiskinan tegar telah berjaya dikurangkan kepada 0.3 peratus dan kadar pengangguran kepada 3.3 peratus," katanya.

Untuk tahun 2010 ini, kerajaan negeri katanya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keadilan semua pihak di negeri ini dengan mengotakan janji sebagai asas perjuangan kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Azizan, azam tahun baru tidak akan memberi apa jua pengertian sekiranya ia tersasar daripada membawa keadilan dalam mencapai keredaan Allah.

"Sehingga Oktober 2009 yang lalu daripada anggaran hasil sebanyak RM480 juta, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM211.6 juta.


"Dalam tahun 2010 ini aspek yang akan diberi keutamaan ialah kebajikan rakyat, pertanian, kemudahan ICT, agama dan juga sosial, pembangunan infrastruktur dan pentadbiran.

"Kerajaan Negeri juga akan memperbanyakkan lagi program baru yang mampu membantu usahawan tempatan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga antarabangsa,"katanya lagi.

Menurut beliau lagi setiap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan negeri Kedah supaya kehidupan yang aman, selesa dan diberkati dapat dinikmati bersama.

Kertas Putih, Bendera Putih

Husam Musa

'Kedudukan aliran tunainya yang kurang memuaskan tidak memungkinkan ia dapat menebus semula baki bon yang diterbitkannya berjumlah RM7.10 bilion." - Lapor Ketua Audit Negara ke atas SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD milik MoF.RM 7 billion baki bon yang tidak akan mampu ditebus. Kerugian berterusan bagi tempoh tahun 2005 hingga 2007 dan kerugian terkumpul setakat 31 Disember 2007 sudah mencecah RM839.81 juta.

Dalam keadaan seperti itu, Rapid KL, anak syarikat Prasarana menjadikan 1,000 buah bas-bas yang masih tampan sebagai 'arwah' lebih awal dari hayatnya. 1,000 bas baru dibeli dan ia dikatakan dibekalkan oleh Scomi.

Adakah ini tidak cukup untuk Kerajaan mengambil tanggunjawab menjelaskan kenapa ia berlaku?

Kali terakhir Kerajaan membentangkan Kertas Putih ialah pada 6 April 1999 di Dewan Rakyat - STATUS EKONOMI MALAYSIA - selepas krisis kewangan melanda negara sejak 1997. Ia dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu, DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI.

Pada tahun 1986, Kerajaan membentangkan Kertas Putih skandal BMF - melibatkan kehilangan RM 2.5 billion.
Kebocoran akibat kecuaian dan salah urus yang kita bincangkan sekarang jauh lebih besar dari RM 2.5 b Skandal BMF.

Jika skandal RM 2.5 b Kerajaan merasa bertanggungjawab membentangkan Kertas Putih, tak kan dengan jumlah yang berkali ganda lebih besar, Kerajaan hanya mengangkat Bendera Putih.

Kita nakkan Kerajaan berputih tulang unuk memikul tanggungjawab akauntabiliti ini dan bukannya berputih mata semata-mata seperti kehendak PM.

Ambil sahaja amalan runding terus yang berlaku terus menerus dan telah menimbulkan pelbagai mala petaka seperti projek gagal disiapkan, kos meningkat luar biasa tinggi dan projek bermasalah.

Imbas kembali Laporan Ketua Audit Negara sahaja sudah cukup untuk Kerajaan merasa malu untuk tidak mengambl tanggung jawab menjelaskan kedudukan-kedudukan ini.

Runding terus - antara yang sempat disenaraikan oleh Ketua Audit Negara adalah seperti berikut;


1. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit, Alor Setar, Kedah - RM287 juta

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengeluarkan Surat Niat kepada Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. pada 26 Ogos 2002 yang dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan kaedah ‘reka dan bina’.

Ada beberapa tindakan lucu oleh JPM dan MoF, seperti catitan Ketua Audit Negara;

A. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2002 dengan Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana. Penglibatan JKR telah dibatalkan pada hari yang sama surat niat dikeluarkan kepada Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd.

Pada 5 November 2004 Kementerian Kewangan telah membatalkan pelantikan Arah Semangat Sdn. Bhd. tersebut serta Syarikat PMN Sdn. Bhd. sebagai PMC dan melantik semula JKR sebagai Penguasa Projek!

Kalau itu belum lucu, baca catitan Ketua Audit Negara di bawah;

B. Semakan Audit mendapati rundingan harga hanya diadakan antara JKR, JPM dan Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. pada bulan Jun 2004 iaitu selepas 22 bulan daripada tarikh Surat Niat dikeluarkan.

Yang ini lebih melucukan;

C. Hasil daripada rundingan harga yang telah dijalankan, kos projek yang ditawarkan oleh Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. berjumlah RM350 juta telah dapat dikurangkan kepada RM287 juta. Bagaimanapun, Kementerian Kewangan tidak bersetuju untuk menawarkan projek ini kepada Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. dan pada 5 November 2004 Kementerian Kewangan telah membatalkan pelantikan syarikat tersebut serta mengarahkan supaya kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur dilaksanakan secara tender terbuka melalui beberapa pakej.

Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya kerja tanah yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. berjumlah RM6.24 juta dan khidmat perundingan PMC berjumlah RM2.38 juta dibayar.

Pada bulan Mei 2005, Kementerian Kewangan telah memutuskan supaya Syarikat Arah Semangat Sdn. Bhd. dilantik semula untuk melaksanakan sebahagian daripada projek ini yang bernilai RM151 juta dengan alasan syarikat ini telah menyediakan pelan reka bentuk projek. Sebahagian daripada projek yang bernilai RM136 juta dilaksanakan oleh kontraktor lain yang dipilih secara tender terhad.

Kelucuan flip flop ini memakan korban wang rakyat.


2. Projek Pembinaan Jalan Sapulut - Kalabakan, Sabah - RM 563 juta

Sejumlah RM563.33 juta telah dibelanjakan bagi membina Jalan Sapulut - Kalabakan, Sabah secara design and build. Projek ini dilaksanakan oleh Konsortium F.A. Irama Duta Sdn. Bhd. (kontraktor) yang dilantik secara rundingan terus oleh Kementerian
Kewangan.

3. Landasan Berkembar Rawang-Ipoh - Lebih RM 5.7 billion!

Kerajaan telah melantik DRB-Hicom secara rundingan terus sebagai kontraktor utama dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Projek ini dilaksanakan secara fast track, reka dan bina serta kos kontrak ditetapkan secara lump sum bernilai RM2.58 bilion.

Pengauditan yang dijalankan mendapati beberapa kelemahan seperti projek lewat disiapkan menyebabkan kos projek meningkat dianggarkan sejumlah RM1.43 bilion. Kerajaan juga besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian daripada kos kerugian yang dianggarkan berjumlah RM1.14 bilion. (Kerugian dan peningkatan kos berjumlah RM 2.57 billion)

Ketua Audit Negara seterusnya mencatatkan;

Sehingga bulan Disember 2008, sejumlah RM5.77 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek ini. Jumlah perbelanjaan ini adalah RM1.43 bilion (32.9%) lebih tinggi daripada nilai kontrak asal projek yang berjumlah
RM4.34 bilion!

4. Hospital Pekan, Pahang - RM 81.59 juta

Hospital baru di daerah Pekan, Pahang bagi menggantikan hospital sedia ada dengan anggaran kos berjumlah RM81.59 juta.

Pelantikan kontraktor bagi membangunkan Hospital ini dilakukan secara rundingan terus oleh Jabatan Perdana Menteri.

5. PROJEK PEMBINAAN PELABUHAN PERIKANAN LAUT DALAM BERSEPADU
TANJUNG MANIS, MUKAH, SARAWAK

Pada bulan Januari 2002, Kementerian Kewangan telah memutuskan
supaya projek ini dilaksanakan dengan kaedah reka dan bina serta fast track. Kementerian Kewangan juga memutuskan supaya syarikat usaha sama Juara-HSL-Rheinhold & Mahla JV dilantik secara rundingan terus.

Semakan Audit mendapati Kementerian Kewangan telah melakukan kelucuan melampau sekali lagi.

Bahagian II diluluskan lebih dahulu dari Bahagian I projek!

Bahagian I (kerja-kerja marin iaitu pembinaan jeti, pontun dan
dermaga) pada bulan Julai 2004, sembilan bulan lebih awal dari kelulusan Bahagian I!

Bahagian II (kerja-kerja bangunan, mekanikal dan elektrikal) pada bulan Oktober 2003.

Oleh itu kerja Bahagian II) terpaksa dimulakan lebih dahulu walaupun kerja ini sepatutnya dimulakan selepas kerja pembinaan jeti, pontun dan dermaga (Bahagian I) disiapkan. Melucukan?

Ketua Audit seterusnya mencatatkan;

PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM BIDANG
SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan di bawah RMK-9 untuk melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan. Bagi tempoh tahun 2006 hingga bulan Disember 2008, sejumlah RM153.73 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan Program ini.


PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2008 mendapati beberapa kelemahan seperti sasaran skim tidak dapat dicapai sepenuhnya; pembiayaan diberi kepada penerima yang tidak mematuhi syarat kelayakan; kelemahan dalam syarat kontrak perjanjian; kelewatan mengagihkan peruntukan; kegagalan mematuhi syarat perjanjian serta kelemahan pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan Program.

Kertas Putih boleh membantu Kerajaan memulihkan integritinya. Membantu cadangan mengelakkan kerugian dan kecacatan serupa berulang pada masa depan. Membantu memperbaiki kekurangan kawalan dan sistem. Membantu Najib membuktikan beliau bukan penerus kepincangan-kepincangan lalu. Membantu memulihkan keyakinan terhadap Kerajaan.

Mengapa tidak?

http://cetusan-hati.blogspot.com

Kerajaan BN silap, Pas jadi mangsa: Nik Aziz

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan. Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upayatadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

:“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya.

S/H

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Jan:
Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Turunkan BN untuk elak barang naik

Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.

Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.

Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.

Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.

Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.

Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.
http://idhamlim.blogspot.com

Kenyataan Media Hukum sebat MB NS

Chegubard

HUKUMAN SEBAT OLEH MAHKAMAH RAKYAT DIJATUHKAN KEPADA PENGKHIANAT EKONOMI NEGARA MOHAMAD HASSAN, ROSMAH MANSOR DAN LAIN – LAIN YANG TERLIBAT MENYELUDUP WANG KE LUAR NEGARA.

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walaubagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai kira - kira RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ke luar negara ialah Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam penghantaran haram RM 600,000 (dipercayai sebagai tambahan kepada wang membeli belah yang tak cukup ketika berada di Dubai) Tan Sri Abu Sahid, tokoh korporat Melayu yang diberikan ruang mengetuai Perwaja dan Maju Holding terlibat dalam penghantaran haram RM 22.2juta dan seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan regim pemerintah adik Syed Mokhtar al Bukhari iaitu Syed Mohammad setakat ini dikesan terlibat dalam menghantar wang secara haram sebanyak RM 1.19 juta.

Perkara ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat. Pada 16 Nov. Satu surat (terbuka) rasmi telah dihantar kepada MB Negeri Sembilan memohon jawapan namun sehingga kini bukan sahaja surat tidak dibalas tetapi media dihalang menyiarkan berita mengenainya. Pada 24 Nov. Mohamad juga gagal menjawab soalan berkaitan di dewan. Bank negara tidak menafikan, Mohamad dan pesalah yang lain juga tidak menafikan sehingga kini.

Pada 3 Dis lepas satu laporan rasmi berkaitan perkara ini turut difailkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Namun seperti biasa PDRM semakin dilihat gembira menjadi kuda tungggangan regim maka sehingga kini tiada respon terhadap susulan yang kami lakukan.

SAMM selaku seguah gerakan anak muda yang percaya dengan perubahan dan sayangkan negara ini, dengan ini memandang serius jenayah penyeludupan wang secara haram keluar negara ini. Jenayah ini merupakan sabotaj terhadap ekonomi negara. Mereka inilah sebenar pengkhianat negara yang sebenar.

Maka hari ini 'atas nama Mahkamah Rakyat' maka kesemua penderhaka dan pengkhianat ini dijatuhkan hukuman sebat.

Walaupun ia hanya 'olok-olok' tetapi ia mewakili suara derita rakyat yang bergelumang dengan kepayahan tetapi di atas sana orang kaya di keliling regim pemerintah terlalu mewah dan tidak kisah mengkhianati ekonomi negara. SAMM menyeru rakyat supaya bangkit dengan berani melawan regim yang melindungi kepentingan kapitalis dan terus tanpa sedar dan tidak sedar menindas rakyat.

Amaran kami kepada sistem perundangan negara. Jangan sampai 'olok-olok' ini menjadi benar.

Sekian demi memperkasa ketuanan rakyat.


che'GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia

-utaraonline-

Kes Beng Hock : SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Pakar Bedah Thai


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.

SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya yang mendakwa mendiang mati di bunuh.

Bagaiman pun bekas majikan Beng Hock yang juga ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah berpendapat laporan polis itu mungkin taktik untuk menutup hasil siasatan Dr Porthip.

“Saya rasa SPRM mungkin hendak menutup mulut Suara Keadilan dan juga cuba untuk menolak report Dr Pornthip untuk dijadikan satu bukti di dalam inkues, “Ean memberitahu TV Selangor,"katanya.

Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.

Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.

Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.

Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM.

Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.

Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.

Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.

Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.

Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.

Forum E-Undi: Aziz Bari tarik diri

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 1 Jan:
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menarik diri sebagai panel Forum Terbuka: E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Universiti anjuran Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH).

Melalui email yang diterima penganjur dua jam sebelum program bermula, Abdul Aziz memberitahu beliau terpaksa berbuat demikian ekoran mendapat surat amaran daripada pentadbiran UIA.

Selain itu, publisiti yang negatif berhubung program tersebut turut mendesak beliau supaya tidak menyertai forum itu.

"Saya tidak dapat hadir disebabkan situasi publisiti yang negatif dan surat amaran dari UIAM," dipetik dari email yang diihantar oleh Abdul Aziz.

Mengambil teladan dari layanan Universiti Malaya ke atas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad beberapa bulan lalu, Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa mengambil sikap tidak terlalu menonjol.

"Saya teringat apa yang berlaku pada YB Nik Nazmi tempoh hari, dia ahli politik tapi saya masih terikat dengan kontrak Universiti," jelasnya.

"Eloklah saya bersikap 'lowprofile' dulu buat masa ini."

Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa menolak program sebegini.

"Seingat saya, inilah kali pertama saya menolak pelawaan progrm sebegini," jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, sekumpulan mahasiswa terpaksa meneruskan forum tersebut di tapak letak letak kereta pensyarah.

Forum tersebut kemudiannya berpindah ke koridor APIUM disebabkan hujan.

Semalam, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengarahkan BANTAH membatalkan forum tersebut.

Dua ekor lembu jadi penumpang sebuah kereta

Zuliaty Zulkiffli



JITRA: Tindakan nekad dua suspek meninggalkan sebuah kereta Proton Iswara di tepi jalan berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Paya Kamunting, di sini, akibat tayar pancit, membawa kepada penemuan dua lembu dipercayai dicuri untuk dijual kepada sindiket tertentu.

Kedua-dua lembu termasuk lembu betina yang bunting lapan bulan itu turut diikat keempat-empat kaki dengan tali dan disumbat ke dalam kereta yang sudah diubahsuai dengan kusyen belakang kereta ditanggalkan.

Haiwan ternakan milik penduduk di kawasan itu dipercayai diberi suntikan pelali bagi mengelak ia bertindak agresif selain tidak sedar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat penyembelihan atau kepada sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika anggota polis peronda yang melakukan rondaan di kawasan itu ternampak kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan, namun menyangka ia dibiarkan pemiliknya disebabkan tayar pancit.

Beliau berkata, apabila anggotanya berpatah balik ke lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian, pihaknya mendapati sesuatu yang mencurigakan dan berhenti di tepi jalan untuk membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua ekor lembu diikat di bahagian belakang kereta itu dalam keadaan tidur dan mengesyaki haiwan itu dicuri pihak tertentu.

“Kereta Proton Iswara itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dengan trak penunda untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sawaludin berkata, pihaknya turut meminta bantuan Jabatan Veterinar Daerah untuk menjalankan pemeriksaan terhadap lembu terbabit dan hasil siasatan mendapati lembu itu disuntik dengan ubat pelali.

Beliau berkata, lembu itu dipercayai dicuri dua suspek di sekitar kawasan kejadian dan untuk dijual terus kepada sindiket atau dagingnya dijual.

“Setakat ini, kami masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kereta dinaiki itu tayarnya pancit.

“Selain itu, kami turut menjalankan siasatan sama ada kereta itu dicuri atau sebaliknya kerana selepas membuat pemeriksaan pada nombor pendaftaran, didapati kereta itu milik seorang individu,” katanya.

-hmetro-

Bapa mentua nikah dengan menantu???

SIK: Pasangan bapa mentua dan menantu yang mendirikan rumah tangga meskipun tidak dibenarkan dalam Islam boleh diambil tindakan mengikut undang-undang syariah.

Pelbagai pihak termasuk peguam yang menyifatkan kejadian itu pertama kali berlaku di negara ini menyatakan bukan saja pasangan berkenaan, tetapi mereka yang menjalankan upacara nikah terbabit perlu diambil tindakan.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Abdul Shukor Abdul Hamid, berkata tindakan boleh diambil ke atas pasangan berkenaan dan di Selangor misalnya, mereka boleh didakwa di bawah kesalahan sumbang mahram.

“Sepanjang pengalaman saya, kes ini tidak pernah berlaku lagi, namun bagi Jais, kes seperti ini boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah apabila mereka melakukan hubungan kelamin dan sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, perkahwinan seperti itu jelas haram kerana ibu atau bapa mentua sama taraf dengan ibu dan bapa sendiri.

Harian Metro semalam melaporkan pasangan bapa mentua dan menantu yang dikenali Pak San dan Nita, bernikah pada 8 Disember lalu di negara jiran dengan bayaran RM1,400.

Begitupun mereka hanya sempat hidup sebagai suami isteri selama 21 hari saja apabila Pejabat Agama Islam Daerah Sik menyedari pernikahan itu dan mengambil tindakan awal dengan mengarahkan mereka berpisah.

Peguam syarie yang juga pemilik firma guaman Zaidi Zain and Associates, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata apabila ada aduan, jabatan agama Islam negeri boleh mengambil tindakan dengan mendakwa pasangan itu di mahkamah.

Beliau berkata, kejadian itu memalukan umat Islam, malah penganjur pernikahan itu juga seharusnya tidak dilepaskan.

“Tindakan boleh diambil ke atas mereka bukan saja pasangan berkenaan tetapi saksi, kadi dan mereka yang terbabit dalam majlis pernikahan itu,” katanya.

Sementara itu, pensyarah psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, menyifatkan perkahwinan ‘menantuku suamiku’ itu hanya bersandarkan keinginan seks semata-mata.
-hmetro-

Elias YDP, Salleh Man Timbalan YDP MAIPP

Ali Hashim
GEORGETOWN, 1 Jan:
Spekulasi mengenai siapa yang akan menggantikan Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi penggal 2010 hingga 2012 telah terjawab apabila exco kerajaan negeri Abdul Malik Abul Kassim mengumumkan mengenai pelantikannya dalam satu kenyataan media semalam.
Bekas Pengarah Pusat Islam USM, Elias Zakaria dilantik sebagai YDP MAIPP manakala Ustaz Salleh Man, Adun Permatang Pasir dilantik sebagai timbalan YDP.

Menurut Abdul Malik lagi dengan pengumuman tersebut maka isu pelantikan siapa sebenarnya YDP MAIPP telah pun selesai. Abdul Malik juga menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai kerusi Timbalan YDP MAIPP yang diterajui oleh Mohd Salleh.

"Kerusi Timbalan YDP MAIPP bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah lama diwujudkan. Sebelum ini pun jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham Datuk Ibrahim Yahya.

"Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bersabit pelantikan ini kerana tidak mahu dituduh melangkaui kuasa Yang Dipertuan Agong sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Selain daripada dua jawatan tersebut Kerajaan Negeri juga melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus sebagai pegawai ex-officio MAIPP."

Abdul Malik juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Datuk Hashim Yahaya, Dr.Danial Zainal Abidin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain, Norhayati Jaafar yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Abd Aziz Che Yacob, Zainudin Hanif dan beliau sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa MAIPP.

"Kerajaan Negeri juga selepas ini meminta pentadbiran baru MAIPP untuk mengadakan audit luaran bagi mengetahui kedudukan sebenar agar pentadbiran baru ini dapat melaksanakan pentadbiran mereka selaras dengan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang menjadi prinsip perjuangan Kerajaan Negeri selama inim"katanya lagi.

Kartika Sari Dewi diceraikan oleh suaminya, Mohamad Afandi

IPOH: Bekas model sambilan yang sedang menunggu hukuman sebat kerana didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Mohamad Afandi Amir, 38.

Ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam, beliau berkata, Mohamad Afandi, warga Singapura, dijadual memfailkan permohonan cerai itu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar seminggu dua lagi.

Katanya, suaminya melafazkan cerai di rumah mereka di Singapura Mei lalu sebelum melaporkan lafaz berkenaan di Mahkamah Syariah Bishan, Singapura, sehari kemudian.

“Sebelum ini, saya menyembunyikan hal ini termasuk daripada kedua-dua ibu bapa kerana tidak mahu mengganggu perasaan mereka, lebih-lebih lagi ketika itu saya menghadapi perbicaraan di Mahkamah Syariah Kuantan.

“Sekarang saya mendedahkan perkara sebenar kerana tidak sanggup lagi berasa tertekan,” katanya.

Kartika Sari mendirikan rumah tangga dengan jurutera rangkaian agensi berita antarabangsa itu di Singapura pada 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Azfar, 7 dan Wann Kaitlynn Saridewi, 5.

Kartika Sari yang berasal dari Kampung Jawang Utara, Sungai Siput, dekat sini, berkata perkahwinannya dilangsungkan di Singapura dan kemudian didaftarkan di Kuala Kangsar.

Dia didakwa kerana meminum arak pada 1 Disember 2008 dan pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas disabitkan kesalahan berkenaan.

Kartika Sari yang menangis setiap kali menjawab soalan ketika ditemubual berkata, penangguhan hukuman sebat sejak lima bulan lalu memberi tekanan tinggi kepadanya dan mengakibatkan kesan negatif kepada anak keduanya.

“Saya cuba menyembunyikan perasaan setiap kali bersedih dan menjauhkan diri daripada Wann Kaitlynn tetapi dia masih boleh merasai jiwa saya.

“Kami sekeluarga membawa dia ke taman tema dan mandi di kolam renang untuk mengurangkan tekanan.

“Wann Kaitlynn juga merindui ayahnya yang dipanggil ‘Daddy Cool’ kerana saya hanya pulang ke Singapura sebulan sekali selepas mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara terhadap saya,” katanya.

Pada 11 Julai 2008 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang menahan Kartika Sari di sebuah hotel di Cherating ketika meminum arak bersama rakan bukan Islam.

http://www.bharian.com

Hamidah Osman cuba ceroboh surau


Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.

Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.

Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.

Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.

Beliau telah menggunakan sepenuh kuasanya (sepertimana kuasa merampas kerajaan negeri dan melarikan adun-adun) untuk mengenepikan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau dengan menyeret Jabatan Agama Islam Perak dan juga Pengarahnya, Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz didalam masalah ini.

Diharap semoga pihak JAIPk tidak berjaya 'dibaculkan' oleh Hamidah demi memenuhi hasrat politiknya. Keputusan mesyuarat AJK Surau perlu dihormati dan dipertahankan oleh pihak Jaipk dan Pengarahnya.

Kini, Hamidah benar-benar ingin menunjukkan kuasanya dengan mengarahkan agar kesemua khemah-khemah yang sebelum ini dipasang dipadang berhampiran surau tersebut
dipindahkan kedalam kawasan surau.

Jika sebelum ini, beliau pernah dihalau oleh penduduk sebuah taman didalam kawasan 'jajahannya' semasa ingin mengadakan majlis bersama rakyat disitu. Dia dihalau kerana sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ditaman tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Setelah permasalahan ditaman tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau kembali datang kesitu untuk berjanji lagi. Akibatnya, beliau telah dihalau daripada memasuki taman tersebut.

Keras sungguh kepalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya daripada seorang wanita yang bergelar 'Yang Berhormat' ini. Masih terhormatkah perbuatan-perbuatan sumbangnya dinegeri tercinta ini.

Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 1 Jan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan menukar tema 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kepada tema yang baru - 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberi cadangan sinikal tersebut sebagai respon pada keputusan kerajaan menaikan harga gula RM0.20 bermula 12 tengah malam semalam.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena berharap rakyat menilai semula slogan 1Malaysia Najib dan sistem Aras Tanda Pencapaian (KPI) kerajaan yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Selain mengkritik Najib, Mahfuz juga mendakwa keputusan yang diambil oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri bukanlah keputusan terbaik demi kepentingan rakyat.

"Ia tidak bantu meningkat pendapatan rakyat, kenaikan harga gula akan tinggalkan kesan berantai pada kenaikan harga susu, tepung, roti, biskut dan barang keperluan rutin yang lain," jelasnya.

Dakwanya, kenaikkan harga gula itu mengambarkan bahawa kerajaan seolah-olah sedang mengurangkan subsidi gula dengan membiarkan pemegang permit kebenaran (AP) tertentu sahaja mengimport gula.

Tambahnya lagi, kerajaan sepatutnya melonggarkan undang-undang kastam dengan membenarkan rakyat tempat mengakses barang-barang asasi, termasuk gula untuk kegunaan rutin dari negara-negara jiran.

Dengan berbuat demikian, beliau berkata, mampu memberikan rakyat suatu tawaran harga paling minima dan murah kerana para pembekal barang-barang asasi terpaksa bersaing memenuhi keperluan rakyat.

Ianya sekaligus, memecahkan blok monopoli oleh kapitalis tertentu dan mengukuhkan blok konsumerisme rakyat di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini, harga sekilo gula di Malaysia dan kepulauan Borneo masing-masing adalah RM1.45 dan RM1.55.

Jual pesawat MIG29N, sandiwara kerajaan

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 1 Jan :
Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bahawa kerajaan belum ada keputusan yang muktamad untuk menjual pesawat MIG29N dipersoal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menganggap kenyataan Ahmad disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan sebelum ini.

"28 Oktober lalu di Dewan Rakyat, (Ahmad berkata) perkhidmatan pesawat tempur MIG29N akan di tamat tahun depan (2010), tibak-tiba apabila Tun menegur dan kritik, (Ahmad) Zahid kata belum muktamad lagi," jelasnya.

Beliau menganggap, kenyataan Ahmad sekadar meredakan kemarahan Tun sahaja - yang tidak mahu pihak tertentu mengaut keuntungan komisen, sebagaimana yang berlaku dalam transaksi kapal selam Scorpene dan pesawai Sukhoi sebelum ini.

Sebagaimana kes kehilangan dua enjin jet F5E baru-baru ini, beliau mendakwa Ahmad cuba menyembunyikan niat sebenar kerajaan untuk membeli pesawat yang baru.

"Hakikat mereka sedang disembunyikan (adalah) nak jual MIG29N dan beli pesawat baru, semacam mereka sembunyikan dua injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini," jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak atasan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) terlibat dalam beberapa penyelewengan tersebut.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan Mahathir supaya pesawat MIG29N itu dinaik taraf dengan kelengkapan teknologi terkini sahaja.

"kita naik tarafkan semua injin MIG29N seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia (ke atas) semua MIG milik India," jelasnya.

Jelasnya lagi, perjanjian tersebut membenarkan Hindustan Aeroautics Pte. Ltd. iaitu syarikat pertahanan-penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.

Begitu juga dengan Polond, mendapatkan kepakaran Rusia untuk menaik taraf kesemua 32 pesawat MIG29N yang dijangka siap sekitar 2012-2015.

Beliau juga menjelaskan bahawa United Kingdom turut menaik taraf pesawat-pesawat juang negaranya.

"Jet pengebom UK English Electric Canberra diguna sejak tahun 1950 hingga Perang Teluk yang pertama setelah dinaik taraf beberapa kali, sesuai dengan usianya dan modelnya," jelas.

Beberapa usaha kerajaan itu, sekali gus mendorong rakyat menganggap kerajaan membazirkan wang rakyat.