"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Sewajarnya Kita Bertenang Dalam Isu Muqabalah Ini.

Isu muzakarah masih belum reda walaupun perkataan muzakarah telah ditukarkan kepada muqabalah. Media-media yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO masih terus digunakan untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memecahbelahkan antara pemimpin dengan pemimpin dan ahli-ahli PAS.
Apa yang lebih malang umpan yang dihulur oleh media-media yang dikawal oleh UMNO ditelan dengan lahap oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat dan ahli-ahli PAS sendiri. Lantas kita dijamu denga tulisan-tulisan yang menghentam pemimpin-pemimpin tertinggi PAS secara melampau tanpa mengira budi dan adab yang dibenarkan untuk menegur pemimpin. Seolah-olah pemimpin-pemimpin PAS telah melakukan kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dimaafkan.
Sepatutnya kita berpada-pada dalam menyatakan ketidakpuasan hati kita kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran dan pengatahuan mereka semasa membuat keputusan menerima jemputan UMNO untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan tersebut . Sebagaimana kita disarankan untuk berpada-pada memberi pujian kepada orang yang kita suka.
Saya sendiri sebenarnya tidak setuju dengan pertemuan dan perbincangan yang diadakan kerana kita sedia maklum keikhlasan UMNO dalam hal ini. Dahulu semasa UMNO kuat dan menang besar dalam pilihanraya, cadangan pemimpin PAS untuk bermuzakarah dan mengadakan perbincangan demi kepentingan agama Islam sedikit pun tidak dilayan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Tetapi sekarang semasa mereka hampir lemas dengan tidak semena-mena mereka mengajak pemimpin-pemimpin PAS berbincang untuk berkerjasama demi kepentingan bangsa dan agama kononnya. Pengalaman lalu sepatutnya mengajar kita, tidak sewajarnya kita dipatuk dua kali oleh ular dari lubang yang sama. Saya sekali-kali tidak dapat melupakan kezaliman pemimpin-pemimpin UMNO.
Kepada semua ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sewajar kita bertenang dalam menghadapi isu muqabalah yang dimainkan oleh UMNO dan sekutunya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah Taala untuk memberi petunjuk kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bagaimana caranya untuk menangani isu ini.

she becomes a moslim by a song