"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Binatang yang merogol anak sendiri lompat kandang selepas hakim jatuh hukum

LELAKI yang didapati bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anak kandungnya berjaya ditangkap sekumpulan pekerja kontrak selepas dia cuba melarikan diri dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, sebaik hakim menjatuhkan hukuman

LELAKI yang didapati bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anak kandungnya berjaya ditangkap sekumpulan pekerja kontrak selepas dia cuba melarikan diri dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, sebaik hakim menjatuhkan hukuman

Perogol anak lompat kandang selepas hakim jatuh hukum

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini semalam gempar apabila seorang bapa yang dihukum penjara 69 tahun dan 30 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anak kandungnya, melarikan diri sebaik hukuman dijatuhkan.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, lelaki berusia 39 tahun itu melompat keluar dari kandang tertuduh sebelum terjun ke bawah bangunan setinggi kira-kira dua meter itu.

Drama mencemaskan itu berakhir lima minit kemudian apabila tertuduh ditahan beberapa pekerja kontrak di kawasan pembinaan di sebelah mahkamah selepas mendengar jeritan anggota polis yang mengejarnya.

Terdahulu, Hakim Hasbi Hasan memerintahkan bapa lapan anak itu menjalani serentak hukuman penjara 23 tahun bagi setiap tuduhan, bermula dari tarikh dia ditangkap. Dia juga dihukum 10 sebatan bagi setiap kesalahan.

Tertuduh yang ditahan pada 13 April 2008, dituduh merogol anak perempuannya yang berumur 13 tahun enam bulan ketika kejadian pada 2, 14 dan 25 Mac 2008 di rumah mereka di Gombak.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, mengaku bersalah selepas sembilan saksi termasuk mangsa memberi keterangan di mahkamah, kelmarin.

Ketika merayu hukuman diringankan, tertuduh berkata dia sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu serta mahu kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Bagaimanapun, Penolong Pendakwa Raya, Wan Noor Nisa Ngadirin memberitahu mahkamah, tertuduh sudah disabitkan dengan tiga tuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebat sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Katanya, pengakuan salah tertuduh pula dibuat selepas sembilan saksi memberi keterangan dan hanya tinggal tiga saksi yang perlu memberi keterangan.

Wan Noor Nisa juga memberitahu mahkamah, tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau termasuk kesalahan mencabul.                  http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/01/24/14319/                                      Binatang ini sepatutnya dikenakan 20 sebatan seperti dalam klip video ini.