Harapandaily
Pengarah Strategi Keadilan Selangor, Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) harus bertanggungjawab berhubung isu status akademik calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Khairul Azhari Saut.
Tegasnya, Pengarah Pilihan Raya PN juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut dan meminta maaf kepada pengundi KKB.
“Tolonglah jangan hina pengundi KKB dan rakyat Selangor dengan menghantar penipu sebagai wakil rakyat ke Dewan Sidang Selangor yang mulia,” katanya dipetik MalaysiaGazette.
Saifuddin berkata, tindakan calon PN itu menyebabkan ‘kecurigaan’ ramai semakin menjadi-jadi kerana ia seolah-olah membenarkan dakwaan terbabit.
“Ini satu disaster kepada permulaan kempen untuk memancing undi pengundi PRK KKB,” ujarnya.
Sehubungan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali tersebut berkata, mana-mana calon dan parti perlu jujur dan berterus terang tentang kelayakan, keupayaan diri apatah lagi calon juga adalah kalangan penduduk setempat.
“Ingat ya, anda adalah calon yang mewakili rakyat dan berbahas mengenai dasar kerajaan negeri pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Dalam poster kempen, Khairul Azahari, 54, dilihat menyenaraikan Diploma Eksekutif Pengurusan yang diperoleh dari Universiti Malaya (UM) pada 2019.
Dia juga dicatatkan sebagai pemegang Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diperoleh pada 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan