"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Jerman sita Bugatti ‘rare’ dalam siasatan berkait 1MDB

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis Jerman dilapor menyita empat kereta super Bugatti Veyron edisi khas di Munich, awal minggu ini, dalam siasatan ke atas skandal 1MDB.

Akhbar Jerman, Bild, melaporkan empat kereta super itu disita daripada sebuah kemudahan penyimpanan persendirian.

Empat kenderaan itu dikatakan tergolong dalam siri “Legends”, yang mana hanya 18 buah dibina dalam enam spesifikasi.

Polis Malaysia belum terima maklumat tentang siasatan pihak berkuasa Jerman itu, menurut laporan media yang memetik Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin dilapor berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan siasat.

Empat kereta yang disita itu dilaporkan daripada barisan model (line) Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille, dan Meo Constantini, yang pernah dijual pada harga RM14 juta.

Bild bagaimanapun berkata nilai sebenar kenderaan-kenderaan ini sukar dianggarkan dan jarang dijual secara lelongan awam.

FMT sedang mendapatkan komen SPRM.

Tiada ulasan: