"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelancong China mirip Ustaz Azhar Idrus

NORHASPIDA YATIM
Tangkap layar video tular pada Khamis yang menunjukkan raut wajah seorang pelancong di Pulau Redang seiras dengan UAI.
Tangkap layar video tular pada Khamis yang menunjukkan raut wajah seorang pelancong di Pulau Redang seiras dengan UAI.
KUALA TERENGGANU - Video tular memaparkan raut wajah seorang pelancong di Pulau Redang yang dikatakan mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat perhatian warganet dan meraih 1.5 juta tontonan.

Sehingga Sabtu, hantaran dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama shamsulzahari90 di platform media sosial TikTok itu mendapat 5,192 perkongsian, 1,604 komen dan 99,600 tanda suka.

Video berdurasi 33 saat dengan keterangan 'nampak sama tapi bukan dia' itu dikongsikan di kebanyakan media sosial termasuk Facebook.

Ia menunjukkan pelancong dikatakan berasal dari China itu sedang bercuti bersama keluarganya dan selesai mengikuti aktiviti menyelam yang terkenal di kawasan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju malah ada yang mendakwa bukan setakat raut wajah lelaki itu mirip UAI malah cara berjalan juga dikatakan ada persamaan.

Sementara itu, MeeraAyumi90 berkata, dia terkejut sebaik melihat video berkenaan kerana menyangka UIA mengahwini wanita berbangsa Cina.

"Masa tengok (video) ini, terkejut, ingat UAI ada kahwin lagi satu dengan 'auntie Cina'," tulisnya senada dengan Puteri August.

Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang bersetuju dengan dakwaan itu mengatakan wajah mereka berdua mempunyai persamaan kerana telah melihat pelancong tersebut secara berdepan.

Menurut Cikz Pelangi, penampilan lelaki berkenaan yang turut memakai kopiah membuatkan dirinya seiras penceramah terkenal itu.

"Saling tak tumpah, kopiah pun sama. Semoga keduanya sihat selalu," tulisnya.

Cinnong Forger Art pula berkata, pelancong tersebut sudah pasti akan berasa hairan kerana dirinya mendapat perhatian di negara ini.

"Kalau dia melancong di Malaysia, mesti dia hairan kenapa ramai yang senyum tengok dia, hendak salam dan swafoto," tulisnya.

Tiada ulasan: