"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kalau dah ditegur tapi tak endah, tukar sahajalah MB ini’, PU Syed ‘sound’ Sanusi

SITI NUR ZAWANI

Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dirakam sedang menyanyi di atas pentas dalam sebuah program di Kedah mendapat teguran keras daripada seorang pendakwah bebas.

Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata,  tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyanyi di atas pentas dengan berlatarbelakangkan sekumpulan kanak-kanak perempuan menari sebagai contoh yang tidak wajar.

Kata PU Syed, banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat selain menyanyi, lebih-lebih lagi Sanusi membawa imej sebagai pemimpin Pas.

“Wahai DS (Datuk Seri) MB (Menteri Besar), cukup-cukuplah menyanyi, banyak perkara lain yang boleh dibuat selain menyanyi.

“Kali ini video yang tersebar disertakan tarian di belakang MB, ia sangat tak bagus!

“Ambe (Saya) sangat tidak setuju pemimpin PAS menunjukkan contoh sebegini kepada khalayak ramai atas alasan berhibur dan menghiburkan,” katanya menerusi hantaran di TikTok miliknya baru-baru ini.


PU Syed turut mempersoalkan sama ada pemimpin parti berkenaan berhasrat untuk membuat pembaharuan, namun dalam masa sama menyalahi kepimpinan ulama.

Beliau menasihatkan agar ulama di Kedah supaya bertegas dan menegur menteri besar itu supaya lebih berhati-hati agar isu berkenaan tidak akan dijadikan sebagai bahan politik pihak lawan.

“Tolong tegur secara tegas terhadap MB kesayangan rakyat Kedah ini agar lebih berhati-hati agar tdak menjadi ‘bola tanggung’ kepada lawan.

“Tegur tanda sayang, tapi kalau kerap sangat ditegur tapi masih tak dengar, saya harap digantikan menteri besar yang baharu bagi menggantikannya.

“Jagalah himmah sebagai pemimpin gerakan Islam,” ujarnya.

Tiada ulasan: