"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Nizar masih MB Perak ; Ku Li.


PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.                                                                                                                                                                                                                                                  
http://idhamlim.blogspot.com/

Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan

Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.

Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya.

"Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru

Ramai yang bersetuju dengan pandangan dan pendapat Professr Dr Abdul aziz Bari diatas.Beliau nampak tidak bias kemana-mana pihak; tetapi mahukan rakyat yang membuat penentuan bagi meleraikan krisis tersebut. Nak baca pendapat Professor Kangkung sila klik di sini                                                                                                                                                                                                                                                http://alhusseyn51.blogspot.com/

Umno diseru agar menghormati Institusi Diraja


Malam tadi ramai yang berkampung di kediaman Rasmi Menteri Besar.Mereka tidak mahu MB Nizar di kweluarkan dari kediaman tersebut.

Kerajaan Haram Umno Perak menggesa Nizar supaya meninggalkan kediaman tersebut petang kelmarin dan mereka khabarnya mahu bertindak dengan kekerasan untuk memaksa Nizar keluar dari situ.                                                                                                      Sokongan dan dorongan orang ramai agar Nizar terus mempertahankan kerajaan yang memperjuangkan  kebajikan rakyat

Betapa tatkala tersungkurnya Umno /BN 10 bulan yang lau, Tajol terus mendiami kediaman tersebut selama sebulan lebih tanpa digugat oleh Pakatan Rakyat.Tidak ada sesiaopa pun yang memaksanya untuk keluar.Begitu sopan santunnya Pakatan Rakyat ; namun Umno/BN tidak tahu membalas kesantunan Pakatan Rakyat terhadapnya.

Dibawah Pakatan Rayat, Cina Melayu dan India boleh bermuafakat

Pagi kelmarin, mereka cuba menghalang Nizar daripada memasuki pejabatnya. Bila beliau dibenarkan untuk mengambil barang-barang peribadinya di situ, beliau amat te5rkejut melihat pejabatnya kosong sebagaimana 10 bulan yang lalu tatkala beliau memasuki pejabat tersebut.

Segala-galanya nya ghaib! Laci-lacinya semua kosong.Ini tentunya kerja Langsuyor al-Tantuya!

Nizar juga mendedahkan sikap sebenar Setiausaha Negeri yang selama ini berpura-pura bersikap wara' dan berlemah lembut.

"Dia yang mengherdik para wartawan suruh keluar; tapi dalam surat khabar perdana, saya pula yang dituduh berkelakuan kurang ajar macam itu," kata Nizar.

Umno kini memainkan isu kononya Nizar derhaka kepada Sultan dan engkar perintah Sultan.

Malam tadi beliau menafikan dakwaan tersebut.Nizar berkata, beliau hanya merayu dan merafa’ sembah perkenan Duli Tuanku agar Tuanku membuat ‘review’ keatas keputusannya yang kelihatan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Pakatan Rakyat berharap supaya diadakan pilihan raya yang baru supaya rakyat jelata dapat menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

Kerajaan Haram Umno jangan cuba berselindung dan mengheret Institusi Diraja ke kancah politik.

Nizar berharap agar Institusi Diraja negeri Perak Darul Ridzuan ini akan terus dihormati sebagaimana Institusi Diraja Thailand yang sangat dihormati setiap rakyat kerana tidak berpihak kemana-mana parti politik.

Bunuh Altantunya: Siapalah pulak yang mengkambing hitamkan si Koperal Sirul ini?




TERTUDUH kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama.

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis.

Sirul Azhar mula membacakan nota kenyataan pembelaannya setebal 15 muka surat mulai jam 9.40 pagi, dengan menjelaskan mengenai pertemuannya dengan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, pada 18 Oktober 2006 di Central Market untuk mencari Hotel Malaya setelah dia selesai bertugas.

"Saya bertanya kepada Azilah apakah tujuan mencari Hotel Malaya dan apakah tujuan untuk ke Damansara (ke rumah Abdul Razak Abdullah Baginda, tertuduh ketiga yang telah dibebaskan dan dilepaskan sebelum ini)?. Azilah memberitahu saya beliau ada kerja yang hendak dilaksanakan dan meminta saya mengikutinya sahaja.

"Dalam perjalanan ke Damansara, Azilah ada menceritakan kepada saya bahawa DSP Musa Safri telah memberitahu beliau hal seorang kawan DSP Musa yang sedang menghadapi masalah perempuan.

"Azilah mengarahkan saya untuk memandu ke rumah kawan DSP Musa yang dimaksudkan di Bukit Damansara. Menurut Azilah kawan DSP Musa adalah seorang berjawatan tinggi, seorang ahli perniagaan dan seorang yang berada.

"Bagaimanapun, Azilah tidak mendedahkan kepada saya identiti kawan DSP Musa itu," katanya.

Sirul Azhar berkata sepanjang perjalanan, Azilah juga menceritakan seorang perempuan dan seorang lelaki yang dipercayai abang kepada perempuan tersebut, kedua-duanya berbangsa Cina, telah mengganggu dan membuat kecoh di hadapan rumah kawan DSP Musa.

Menurut Azilah lagi perempuan itu adalah kekasih lama kawan DSP Musa tersebut, katanya. Sirul Azhar berkata persetujuan untuk membuat rondaan di kawasan rumah Abdul Razak adalah sebagai bantuan kerana beliau mengenali Musa yang merupakan pegawai atasannya dan ia juga adalah arahan daripada Azilah yang juga pegawai atasannya.

Dia turut mengakui telah pergi ke Hotel Malaya (tempat penginapan Altantuya) bersama Azilah pada hari tersebut untuk menemui wanita Mongolia itu tetapi tidak berjaya kerana Azilah tidak tahu yang mana satu biliknya.

Sirul Azhar berkata bahawa pada 19 Oktober 2006, Azilah menelefonnya pada jam 8.45 malam memintanya datang ke rumah Abdul Razak bagi memberi bantuan sokongan sekiranya lelaki dan perempuan Cina yang membuat kecoh itu bertindak ganas.

Katanya, setiba di kediaman tersebut (dengan berjalan kaki kerana kenderaan diletakkan di simpang jalan), dia melihat Azilah sedang bercakap dengan seorang perempuan Cina dan seorang lelaki India, dan apabila Azilah ternampak, dia membuat isyarat tangan supaya Sirul Azhar masuk ke dalam sebuah kereta Wira Aeroback berwarna merah.

"Tidak lama selepas itu saya nampak perempuan Cina itu berjalan menuju ke kereta sambil diikuti Azilah dan lelaki India itu. Perempuan Cina tersebut terus membuka pintu penumpang belakang dan memasukinya," kata Sirul Azhar.

Katanya selepas itu kereta yang dipandu Azilah terus menuju ke simpang tiga dan dia meminta Azilah menurunkannya di situ untuk mengambil kereta. Azilah kemudiannya mengekori kenderaan Sirul Azhar dan ketika berhenti di sebuah perhentian bas, dia berjumpa dengan Azilah dan dimaklumkan bahawa perempuan Cina itu menunjukkan perilaku dan respon yang baik setelah dinasihati supaya tidak terus membuat kacau di rumah Abdul Razak.

"Saya memberitahu Azilah bahawa memandangkan keadaan adalah terkawal dan saya tidak mempunyai apa-apa peranan lagi saya ingin pulang ke rumah. Azilah kata okay. Selepas itu saya meneruskan pemanduan dari Jalan Damansara membelok ke kompleks kerajaan Jalan Duta.

"Sebelum membelok menghala ke NKVE (New Klang Valley Expressway), saya telah menghubungi Azilah melalui telefon untuk bertanyakan sama ada saya perlu membuat rondaan di kawasan rumah kawan DSP Musa pada keesokan harinya memandangkan Azilah akan bertugas di Putrajaya.

"Menurut Azilah dia telahpun menasihati perempuan Cina tersebut dan perempuan itu bersetuju untuk tidak mengganggu atau membuat kecoh di hadapan rumah kawan DSP Musa lagi. Azilah memberitahu bahawa saya tidak perlu membuat rondaan keesokan harinya," katanya.

Sirul Azhar berkata dia tiba di rumah pada jam 10 malam dan keluar semula pada jam 12 tengah malam menghala ke plaza tol Kota Damansara menuju ke plaza tol Jalan Duta dan seterusnya ke Kampung Baru Kuala Lumpur untuk bersahur.

Dalam perbicaraan lalu, pihak pendakwaan telah mengemukakan laluan-laluan tersebut sebagai laluan alternatif untuk Azilah dan Sirul Azhar membawa Altantuya ke Puncak Alam dari rumah Abdul Razak.

Keterangan Azilah ketika membela diri juga tidak menyatakan Sirul Azhar bertindak pulang ke rumah sebaliknya Sirul Azhar dikatakan telah mengikutinya hingga ke Bukit Aman dan bersetuju menghantar Altantuya ke hotel pada malam tersebut.

Sirul Azhar dan Azilah sedang dibicarakan pada peringkat pembelaan terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Pada 31 Okt tahun lepas, Hakim Dato' Mohd Zaki Md Yassin memerintahkan agar Abdul Razak, yang juga penganalisis politik, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Dalam keterangannya hari ini Sirul Azhar berkata bahawa sebelum berlepas ke Pakistan pada 31 Oktober 2006 untuk satu tugasan liputan keselamatan perdana menteri, dia telah meninggalkan kenderaan, iaitu sebuah jip, di tempat letak kereta perkarangan Bukit Aman dan meninggalkan kunci kepada seorang bernama Sarjan Rosli.

"Sebelum berlepas ke Pakistan, saya telah mengemas kenderaan saya dan menyusun rapi barangan di dalamnya termasuklah sepasang selipar berwarna merah yang saya sisipkan dengan rapi di tepi kotak plastik yang besar di bahagian belakang kenderaan," katanya.

Bagaimanapun katanya selipar yang ditunjukkan sebagai eksibit (mempunyai tompokan darah Altantuya) bukanlah miliknya dan tidak sama dengan yang sebelum ini kerana warna berbeza dan saiz tidak sesuai dengan kakinya.

Mengimbas bagaimana dia dibawa ke tempat kejadian, Sirul Azhar berkata ASP Tonny Lunggan (pegawai penyiasat kes itu) telah mengarahkan beberapa orang pegawai polis yang turut membawa kamera video ke satu kawasan pada 6 Nov 2006 tetapi berada di situ sekejap sahaja kerana hari hampir senja.

Sirul Azhar berkata bahawa pada esokannya, ASP Zulkarnain telah memintanya membuat pengakuan dengan berkata "...macam inilah Sirul, kalau kau setuju, engkau ikut aku, kau camkan barang-barang itu, kau pegang dan tunjuk ke arah barang itu sambil jurugambar ambil gambar, aku boleh tolong engkau dan hal ini kita tidak bawa ke mahkamah."

Selepas itu tanpa bertanya apa-apa, Sirul Azhar berkata dia telah mengikuti beberapa anggota polis ke rumahnya dan di situ (rumah) dia melihat ASP Zulkarnain membuka pintu menerusi kunci yang mana sebelum itu dia telahpun menyerahkannya kepada ACP Mastor Mohd Ariff (pegawai atasan UTK) sewaktu di Pakistan.

Bagaimanapun, Sirul Azhar berkata kunci yang ditunjukkan di mahkamah bukanlah kunci rumahnya yang sebenar kerana ia masih berkilat sedangkan kunci miliknya telah lusuh dan banyak. Katanya, ketika di rumah, dia telah dipaksa memegang jaket dan menunjuk arah barang-barang milik Altantuya untuk dirakam gambarnya dan sewaktu keadaan itu berlaku dia tidak dibacakan apa-apa 'amaran' oleh mana-mana pegawai polis.

"Sebelum saya mengakhiri kenyataan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengenali mangsa dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi mahupun sebaliknya dengan beliau.

"Saya juga tidak mengenali Abdul Razak dan tidak mempunyai sebarang urusan dengan beliau sebelum kes ini. Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi dari D9 IPK (siasatan jenayah berat) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa berubah-ubah cerita mereka bila disoal balas.

"Saya melihat keadaan ini dengan keperihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya," katanya. Selesai sahaja Sirul Azhar memberi keterangan, peguam Hasnal Redzua Merican yang mewakilinya, menyatakan bahawa pihaknya tidak akan memanggil saksi lain dan menutup kes pembelaan.

Hakim Mohd Zaki menetapkan 16 dan 17 Feb ini untuk semua pihak mengemukakan penghujahan sebelum beliau membuat keputusan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Pakatan Rakyat wajib teruskan tunjuk perasaan kebangkitan rakyat

Sejarah pernah membuktikan bahawa apabila satu ketika pejuang di Malaya menentang perlantikan Gabenor Malayan Union dengan memulaukan terus Malayan Union punya adat istiadat. Masih ingat bahawa ketika itu Umno(yang ketika itu hero no-1 rakyat Malaya) berjuang keras tentang Malayan Union buat tunjuk perasaan.

Jangan lupa bahawa perjuangan Umno berjaya mematahkan Malayan Union adalah disebabkan tunjuk perasaan. Jadi saya pohon kepada Pakatan Rakyat supaya bertindak dengan tegas menentang pembentukan kerajaan baru Perak yang secara paksaan ini. Percayalah hanya dengan kebangkitan rakyat bakal membuatkan BN dan Sultan Perak akur kehendak rakyat.

Teruskan supaya menuntut agar Sultan Perak membenarkan pilihanraya negeri Perak diadakan supaya membolehkan rakyat berkuasa mutlak memilih.

Sultan adalah manusia biasa dan baginda bukannya Tuhan mutlak di mana semua cakap baginda hendak didengar. Baginda pun manusia jadi mesti ada buat silap. Sepatutnya Pakatan Rakyat pimpinan saudara Anwar Ibrahim wajib membetulkan baginda supaya memilih jalan yang betul dalam merestui kerajaan yang dipilih secara adil dan saksama.

Dulu Umno malahan Najib sendiri pernah kata bahawa lompat parti ni tidak bermoral, sekarang siapa yang lebih tidak bermoral?

Saya pohon bagi rakyat Perak agar Pakatan Rakyat tidak ikhtiraf langsung kerajaan negeri baru Perak ini. Gulingkan dan gunakan kuasa rakyat untuk jatuhkan BN Perak.

Oleh Ahmad Izham

Suhakam: Cara Tubuh Kerajaan Baru BN Bermasalah

Dari Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.

“Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.

“Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi,” katanya.

Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.

Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.

Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.

Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi.

Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

IKLAN

Image Hosted by ImageShack.us

Ruang iklan bersaiz 600 x 100 pixels
Kadar Sewa: RM50.00/bulan 

Ruang iklan teks 
Kadar sewa : RM15.00/bulan


Traffic semasa blog gigitankerengga mencecah 8,000 dan kadang-kadang boleh menjangkau 15,000 pelawat setiap hari bergantung keadaan semasa. Manakala ranking alexa semasa bagi blog gigitankerengga ialah di tangga 1850 (Malaysia). Kedudukan blog politik pro Pakatan Rakyat ke 13. Rujuk sini  dan sini  untuk ranking semasa.


Jika berminat, sila hubungi kami:- gigitankerengga@gmail.com dan sertakan :-
-URL Web / Blog
-URL / Link untuk gambar

-Tempoh iklan adalah dari tarikh blog INI siarkan iklan berkenaan.

KENYATAAN MEDIA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.                                                                                                                                                                                                               

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

LAPORAN KHAS MALAYSIAKINI

Laporan  Malaysiakini

kemaskini 4.39pm Polis Perak mengesahkan sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan.

Lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat bersurai beransur-ansur selepas diarahkan oleh seorang pemimpin PAS Perak setengah jam lalu.

kemaskini 4.22pm 
Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang tadi.

Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.

Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.17pm Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan “gagal dihubungi” masih bersama PKR.

Kebimbangan tentang “kehilangannya” cepat merebak susulan wujud dakwaan wujud usaha seumpama Perak terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

kemaskini 4.12pm 
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

kemaskini 4pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

kemaskini 3.55pm 
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak,  Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

kemaskini 3.48pm 
Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

kemaskini 3.36pm 
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak,  Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh “kenapa masjid diperlakukan sebegitu.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat  berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
“lempar batu sembunyi tangan”, lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45pm Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

KERAJAAN BARU PERAK "HARAM" DARI SEMUA PERSPEKTIF


Kerajaan baru Perak 'haram' - Nik Aziz 


Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

                                                                                                                                                                                                                                     http://drhalimahali.blogspot.com/

Dua MB Perak? Apa tindakan Pakatan Rakyat selepas ini?



BERIKUT catatan Malaysiakini tentang episod hari ini berikut BN akan menabalkan Adun Pangkor, Zamry Abdul Kader sebagai Menteri Besar yang baru. Sementara itu, Nizar Jamalauddin secara prinsipnya masih sah sebagai Menteri Besar. Ikuti rentetan di bawah:

Kemaskini 4.39pm: Polis Perak mengesahkan sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan. kemaskini 4.22pm Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang tadi.
Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu. Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

Kemaskini 4.17pm: Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan "gagal dihubungi" masih bersama PKR. Kebimbangan tentang "kehilangannya" cepat merebak susulan wujud dakwaan wujud usaha seumpama Perak terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

Kemaskini 4.12pm: Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.kemaskini 4pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

Seorang AJK PAS Perak dibenarkan menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah. Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.

Kemaskini 3.55pm: Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

Kemaskini 3.48pm: Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

Kemaskini 3.36pm: Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi. Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kemaskini 3.33pm: Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur. Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

Kemaskini 3.25pm: Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Kemaskini 3.20pm: Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.
Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

Kemaskini 3.11pm: Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

Kemaskini 3.01pm: Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

Kemaskini 2.58pm: Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid. Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

Kemaskini 2.50pm: Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

Kemaskini 2.40pm: Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

Kemaskini 2.26pm: Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah. Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

Kemaskini 2.21pm: Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

Kemaskini 2.15pm: Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka. Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap "lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

Kemaskini 1pm: Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

Kemaskini 12.40pm: Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut. Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.
Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Jam 12.01pm: Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

Jam 11.50pm: Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jam 10.45pm: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

Jam 10.15am: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.
Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

Jam 9:40am: Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

Jam 9.30am: Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

Laporan sebelumnya:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata: "Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Pembubaran Dun Perak lebih tepat, elak krisis Perlembagaan - Presiden PAS



BERIKUT kenyataan terkini Presiden PAS: PARTI Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukun negara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tindakan zalim BN terhadap Menteri Besar yang diangkat oleh rakyat





RAKAN media saya, wartawan Muda Mohd Noor dari malaysiakini melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.

Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup. Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka. Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka.

Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu. Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya.

Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya. Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.

"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.

Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias. Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar. Semua wartawan keluar dari bangunan itu.

Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis. Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.

9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut. Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.

10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  http://sanggahtoksago.blogspot.com/