"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

23 askar maut dalam letupan di pangkalan tentera

BHarianonline 
Smoke billows from the warehouse following an explosion at an army base in Kampong Speu province on April 27, 2024. Twenty Cambodian soldiers have been killed in an ammunition explosion at an army base, Prime Minister Hun Manet said on April 27. The blast at around 2.45pm (0745 GMT) at the army base in Kampong Speu province to the west of the capital also wounded several soldiers, according to the PM, with the army saying that an entire truck of munitions had exploded. (Photo by AFP)
Smoke billows from the warehouse following an explosion at an army base in Kampong Speu province on April 27, 2024. Twenty Cambodian soldiers have been killed in an ammunition explosion at an army base, Prime Minister Hun Manet said on April 27. The blast at around 2.45pm (0745 GMT) at the army base in Kampong Speu province to the west of the capital also wounded several soldiers, according to the PM, with the army saying that an entire truck of munitions had exploded. (Photo by AFP)
PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 23 askar Kemboja terbunuh dalam satu letupan di pangkalan tentera, menurut Perdana Menteri, Hun Manet.

Letupan pada kira-kira 2.45 petang (0745 GMT) di pangkalan tentera di wilayah Kampong Speu di sebelah barat ibu negara itu turut mencederakan beberapa askar.

Tentera memaklumkan keseluruhan sebuah trak yang mengandungi peluru, bahan letupan dan senjata api turut meletup.

"Saya amat terkejut menerima berita mengenai kes letupan berkenaan. Takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh," kata Hun Manet dalam kenyataan di Facebook.

Tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu manakala gambar di media sosial menunjukkan bangunan setingkat yang musnah diselubungi asap, dengan penduduk kampung berhampiran turut berkongsi imej kerosakan pada rumah.

Imej lain menunjukkan orang yang kelihatan seperti orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, yang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital.

Letupan senjata api bukanlah sesuatu yang luar biasa di Kemboja, yang dipenuhi dengan bahan letupan dan peluru berikutan konflik sivil sejak berdekad lalu, yang diburukkan lagi dengan piawaian keselamatan yang agak longgar.

Tentera Kemboja menyifatkan kejadian itu sebagai 'letupan gudang peluru', yang memusnahkan sebuah trak sarat dengan peluru, bahan letupan dan senjata api.

Dalam kenyataannya, Hun Manet berkata beliau sudah mengarahkan menteri pertahanan dan ketua komander Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja untuk segera mengatur pengebumian askar yang terkorban.

Beliau juga berkata, keluarga mangsa yang terbunuh akan menerima kira-kira AS$20,000 (RM95,390) setiap seorang, manakala tentera yang cedera akan mendapat AS$5,000 (RM23,847).

Kemboja dipenuhi dengan peluru, bahan letupan dan senjata, saki baki yang dibuang sepanjang perang saudara sejak 1960-an.

Hanya sekitar minggu lalu, empat orang terbunuh akibat senjata tidak meletup (UXO), menurut Pusat Tindakan periuk Api Kemboja.

Tahun lalu, ribuan kepingan UXO yang ditinggalkan ketika perang saudara digali dari sebuah sekolah di timur laut, termasuk kira-kira 2,000 bahan letupan. - AFP

Tiada ulasan: