"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Ayuh Demi Satu Perubahan Untuk Masa Depan

Malaysia perlu dipulihkan segera, kerajaan BN mesti diganti dengan secepat mungkin. Segala kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Apa sudah jadi dengan sistem kehakiman negara kita, apa sudah jadi dengan sistem pilihanraya negara kita begitu juga apa sudah jadi dengan ajensi penguatkuasa dinegara kita ini, semuanya dijadikan alat oleh pemimpin BN terutama pemimpin UMNO untuk mempertahankan kuasa secara tidak jujur dan melindungi kerja-kerja jahat mereka. Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu bergerak bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan demi masa depan kita dan masa depan anak cucu kita.
Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen pada Isnin 14 Julai 2008.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/