"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunyi letupan selamatkan enam beranak

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
DUA rumah musnah dalam kebakaran di Tumpat, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
DUA rumah musnah dalam kebakaran di Tumpat, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
Tumpat: "Nasib baik saya terdengar bunyi letupan kecil dari rumah sebelah, jika tidak, sudah pasti kami enam beranak terperangkap dalam kebakaran," kata Noraidah Mohd Sidi, 32.

Rumahnya dan sebuah lagi rumah di Kampung Kajang Sebidang di sini, musnah dalam kebakaran pada 10 pagi hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian itu dia berada di ruang tamu dan mendengar bunyi letupan beberapa kali sebelum membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, dia sangat terkejut apabila melihat asap tebal dan api marak di rumah sebelah yang berjarak beberapa meter dari rumahnya.

"Saya menjerit beritahu suami dan mengarahkan dua anak, ibu dan adik supaya keluar dari rumah, sebelum api merebak ke rumah kami.

"Ketika itu hanya sempat mencapai beg duit dan dokumen pengenalan diri sahaja," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya sebuah lagi rumah yang terbakar dihuni tiga sepupunya yang ketika itu tiada di rumah.

Dia juga memaklumkan ketika ini menumpang di rumah saudara buat sementara waktu, sebelum mencari rumah sewa.

Tiada ulasan: