"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dirogol bapa sejak berusia 12 tahun sehingga lahirkan dua anak

Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Port Dickson: Pasangan suami isteri ditahan kelmarin bagi membantu siasatan selepas anak mereka mendakwa dirogol bapanya sejak lapan tahun lalu sehingga melahirkan dua anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pasangan suami isteri berusia 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada 11 malam, Rabu lalu.

"Polis menerima pengaduan daripada mangsa berusia 20 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun.

"Hasil siasatan, mangsa mendakwa dirogol sejak 2016 sehinggalah kejadian terbaharu tahun ini dan kesemua perbuatan itu berlaku di dalam bilik mangsa di Kampung Chuah, Port Dickson," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Katanya, mangsa mengatakan kejadian ini pernah diceritakan kepada ibunya, namun tidak diendahkan.

"Ibu mangsa tidak mengendahkan aduan yang dibuat mangsa walaupun mangsa sudah melahirkan dua anak.

"Polis membuat tangkapan ke atas pasangan itu kelmarin jam lebih kurang 11.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson," ujarnya.

Aidi Sham berkata, hasil semakan rekod lampau, polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.

"Suspek sudah dibawa ke Mahkamah Seremban dan tahanan reman dibenarkan selama lima hari bermula semalam hingga 8 Mei ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376B kerana sumbang mahram,"

Tiada ulasan: